Wednesday, October 24, 2012

Doktrin PAS cuba jadi jaguh apabila MCA hentam Hudud [Doktrin PAS] tapi bagaimana pula kalau Doktrin DAP yang hentam Hudud [Doktrin PAS]????? Adakah Doktrin PAS dan PKR akan masukkan kepala dalam tanah macam burung unta????? Siapa yang salah kalau kaum Kafirun cakap Hudud akan musnah dan rosakkan ekonomi negara. Siapa salah kalau kaum Kafirun cakap (If you want Hudud "over my dead body") dan Hudud tiada dalam Al-Kitaban Hikayat 100 hari Buku Jingay????? Siapa yang salah kalau Hudud itu di jadikan modal politik oleh parti politik untuk meraih undi????? Siapa yang salah kalau parti politik hanya memikirkan kuasa dan jawatan di kala membuat bantahan terhadap lawan sahaja iaitu sekutu parti UMNO dalam Barisan Nasional tetapi bagaimana pula penentangan yang di laksanakan oleh parti sekutu Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam????? Adakah tindakan yang sama akan Doktrin PAS dan PKR lakukan terhadap Doktrin DAP????? Inilah persoalan yang kita harus timbulkan apabila kita melihat pertelingkahan tentang isu Hudud [Doktrin PAS] ini. Kalau pihak MCA (Barisan Nasional) maka parti Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam akan kata hina Islam tapi kalau Doktrin DAP (Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam) kata itu tidak hina tapi mereka Kafirun kurang faham pengertian Hudud [Doktrin PAS] itu kononnya. Nampak double standard di amalkan oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. Pada kita yang salahnya ialah kita umat Melayu dan Islam. Kenapa kita cakap begitu. Mari kita tengok senario politik sekarang. Parti politik Melayu berpecah kepada tiga. Parti UMNO, Doktrin PKR dan PAS. Parti UMNO adalah pemerintah di negara Malaysia selama 55 tahun sudah tentu Doktrin PAS dan PKR cemburu terutamanya Pemimpin suka sama suka yang inginkan jawatan Perdana Menteri tak kira apa jadi, jawatan itu Pemimpin suka sama suka punya. Pemimpin2 Ustaz politik dalam Doktrin PAS bila dengar Pemimpin suka sama suka mula mengangkat kebiadapan, kegilaan kuasanya, kependendaman terhadap parti UMNO maka pemimpin2 Ustaz Doktrin PAS ini pun ingin turut sama kerana dendam, dengki, iri hati, buruk sangka, sombong, angkuh dan takburnya yang kononnya pemimpin2 Ustaz politik Doktrin PAS adalah pemimpin2 yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana mereka adalah pemimpin2 parti Islam. Bila perasaan dan semangat biadap, gila kuasa dan dendam ada dalam hati maka agar sukar untuk menyatukan umat Melayu dan Islam walaupun telah berbagai cara dicubai untuk menemukan kesatuan dan perpaduan itu tetapi masih ada yang menghalang dan memutuskannya di sebabkan oleh perasaan dan semangat tadi. Oleh itu Doktrin PAS sedar mungkin akibat dari ajakan Pemimpin suka sama suka bahawa kita mempunyai misi dan visi yang sama iaitu untuk balas dendam dan jatuhkan parti UMNO/Barisan Nasional walaupun mereka tahu bahawa parti UMNO itulah yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Akibatnya Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam di meteraikan di bawah agenda Al-Kitaban Hikayat 100 hari Buku Jingay. Agenda utamanya ialah untuk balas dendam dan jatuhkan parti keramat Barisan Nasional iaitu parti UMNO. Akibatnya Doktrin PAS dan PKR berlumba-lumba untuk meraih undi dari kaum Kafirun yang kononnya telah memberikan kemenangan besar semasa Tsunami politik pada PRU12 lalu. Doktrin PAS tukar tagline dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan keluar slogan Islam for All dan janji kalau undi Doktrin PAS no Hudud [Doktrin PAS]. Walaupun umat Melayu dan Islam tahu bahawa Doktrin PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan Doktrin PAS. Doktrin PAS pun bukan agama wahyu. So tiada Islamnya Doktrin PAS itu melainkan pemimpin2 Ustaz politik Doktrin PAS sahaja yang Islam. Janji-janji Doktrin PAS adalah retorik politik belaka. Doktrin PKR pula bawa slogan keadilan dan demokrasi tapi keadilan sudah jadi ketidakadilan dan demokrasi sudah jadi democrazy. Bila kuasa dan jawatan jadi keutamaan maka agama, bangsa dan negara jadi pertaruhannya. Sebelum ini kita tidak pernah mendengar pemimpin2 Kafirun menghina, mencela dan memaki serta menghamun pemimpin2 Islam ataupun agenda Islam tetapi sekarang kita sudah dapat segala-galanya. Pemimpin2 Kafirun ceramah dalam masjid dan surau, pemimpin Kafirun boleh baca dan mentafsirkan Al-Quran di hadapan kaum Islam di dalam ceramah-ceramah, kaum Kafirun menghina, mencela dan menghemtam pemimpin2 Islam dan syariat Islam dan banyak lagi. Kenapa ini terjadi????? Jawapannya senang aje. Umat Melayu dan Islam lemah dan hanya ingin mengejar kuasa dan jawatan. Kita mesti ingat di Malaysia ini parti-parti politik adalah berdasarkan komposisi kaum tak kiralah parti kerajaan mahupun parti pembangkang sama sahaja. Kalau ada yang mengatakan bahawa mereka adalah parti berbagai kaum bohong kerana walaupun di anggotai oleh berbagai kaum tetapi kaum mana yang jadi majoriti dan kaum mana yang memegang jawatan penting dalam parti dan kaum mana yang menentukan perjalanan dan polisi parti. Itulah sebabnya kaum Kafirun naik tocang. Kaum Kafirun tahu bahawa umat Melayu dan Islam perlukan sokongan mereka untuk memerintah Malaysia. Baik di sebelah kerajaan mahupun di sebelah pembangkang. Oleh itu kita nasihat umat Melayu dan Islam fikir-fikirkan lah sebelum membuat sebarang keputusan kononnya Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam itu adalah pembela Islam dan sebaliknya menuduh bahawa parti UMNO/Barisan Nasional itu bukan parti yang menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan Islam ataupun parti UMNO/Barisan Nasional itu menghina dan menjadi penyebab kepada penghinaan terhadap Agama Islam. Sebelum kita menuding jari kepada orang lain baik kita tanya diri kita sendiri apakah sumbangan aku dan parti aku kepada agama, bangsa dan negara?????


Leonard Tan Soon Huat -  Idris Ahmad -
 Khairul Faizi
Doktrin PAS dan PKR serahkan memo kpd wakil MCA

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka. Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf. Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. "Satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf.

"Kami juga akan berbincang dengan para peguam untuk mempertimbangkan tindakan mahkamah jika perlu," kata Khairul kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kenyataan Presiden MCA yang menghina Islam di pekarangan Wisma MCA di sini hari ini.

Seramai 150 penyokong Pakatan Rakyat turut sama menyatakan bantahan terhadap kebiadapan bekas Menteri Kesihatan itu. Dalam pada itu, Jingga 13 yang diwakili setiausahanya, DK Vicky turut menyerahkan memorandum secara berasingan mendesak  Soi Lek dan MCAS memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong serta umat Islam. Tegasnya, Soi Lek perlu menghentikan penghinaan ke atas Islam dan hudud sambil menyifatkan perbuatannya melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam. Dalam pada itu, ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Idris Ahmad menyelar sikap tidak bertanggunjawab Soi Lek, yang menurutnya sengaja menyalakan api permusuhan antara agama. Katanya, tindakan beliau cubaan meraih kembali sokongan kaum Tionghua kepadanya.

“Dalam 10 orang Cina yang saya temui, seorang pun tidak mahukan Chua Soi Lek," katanya di hadapan 150 penyokong Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan memorandum bantahan terhadap Presiden MCA itu.
Idris menambah, Pas yang memerintah Kelantan selama 22 tahun pun tidak pernah menekan orang Cina, jauh sekali menghina dan memperlekehkan agama anutan mereka. “Chua Soi Lek bukan saja mata buta, tapi hati buta semata-mata kepentingan politik sokongan dia,” tegasnya. Idris menggesa semua rakyat Malaysia termasuk orang bukan Islam supaya menolak Umno-Barisan Nasional serta parti komponennya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kebiadapan Soi Lek.


Tuesday, October 16, 2012

Mana lebih besar amanat Hadi Awang atau kerjasama dengan Si Tokong Doktrin DAP...untuk undi bukan Melayu...kita jual Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] nak Negara Kebajikan, keadilan, demokrasi dan kesamarataan...

Mampukah Doktrin PAS menyakinkan Doktrin DAP untuk menerima undang2 Islam di perjuangkan Doktrin PAS?????
[Maka apakah mereka tidak berjalan dan mengembara di bumi dan dengan itu tidakkah mereka memperhatikan bagaimana kesudahan org yang sebelum mereka. Mereka itu lebih banyak dan lebih kekuatannya serta (lebih banyak) peninggalan-peninggalan peradabannya di bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka...ayat 82 Surah Al-Ghafir].

BUKANLAH sesuatu yang mengejutkan apabila DAP Kedah sekali lagi menegaskan akan menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di negeri itu.

Sebenarnya, penentangan DAP terhadap sebarang usaha sedemikian bukanlah perkara baru sejak mereka menjalani kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Di Selangor, sebelum ini kita juga menyaksikan bagaimana DAP menentang langkah Pas melalui Datuk Dr. Hasan Ali yang ketika itu Exco Kerajaan Negeri untuk melarang jualan arak di kedai-kedai serbaneka.
Malahan kita juga sudah mengetahui bagaimana kerasnya penentangan DAP melalui pemimpin-pemimpin kanannya terhadap perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud.

Sunday, October 14, 2012

Walaupun Hassan Ali kata berjuangan Doktrin PAS sudah tersasar kemudian di ikuti pula oleh Prof. Shahnon Ahmad perjuangan Doktrin PAS sudah berubah serta di sertakan dengan ingatan Nash Mat Isa jangan terlalu kejar kuasa sehingga Islam tergadai. Kemudian Doktrin PAS di kejutkan pula oleh Haron Din yang tidak bersetuju dengan sikap Anugerah Tuhan...tetapi...Amanat Presiden Doktrin PAS tentang Tahaluf siyasi Doktrin PAS bersama Doktrin DAP itu sudah tentu menimbulkan lagi berbagai-bagai permasalahan di dalam Doktrin PAS...

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO. [Adakah dengan mengatakan bahawa undi Doktrin PAS masuk syurga tidak bertentangan dengan ajaran Islam?????].

Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias. [Adakah penentangan Doktrin DAP terhadap Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] bukannya penentangan terhadap konsep Islam daripada Al-Quran dan Sunnah].

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. [Adakah perhubungan antara parti UMNO dengan MCA, MIC dan parti2 komponen lain dalam Barisan Nasional bukannya Tahaluf siyasi yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah?????].

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. [Adakah selama ini kerajaan Barisan Nasional tertindak zalim, pentadbiran negara hancur, pengurusan ekonomi bobrok, masyarakat jahil, pendidikan lemah dan undang-undang kelam kabut????? Adakah krisis moral dan kebanjiran kemaksiatan dan jenayah di sebabkan kesalahan kerajaan Barisan Nasional sahaja?????].

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah. [Siapa yang sebenarnya mencalarkan Islam dan menjual Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] hanya untuk mendapatkan sekuntum bunga tahi ayam di laman Putrajaya?????].

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal [Adakah Doktrin PAS bersungguh-sungguh untuk tegak Islam maka umat Melayu Islam akan selamat bersama-samanya begitu juga dengan kaum-kaum lain????? Bukankah selama ini kerajaan Barisan Nasional telah mengamalkan konsep Agama Islam ialah Agama Persekutuan dan agama-agama lain di benar untuk di praktikkan di Malaysia melainkan penyebaran agama-agama lain kepada org-org Islam di larang sama sekali. Org Melayu juga berasa selamat di bawah pentadbiran Barisan Nasional jika dibandingkan dengan pentadbiran Doktrin PAS yang banyak bercelaruan antara agama dan kepentingan politik Doktrin PAS. Inikan pula dengan Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam, Doktrin PAS hanya di ibaratkan seperti org yang menang sorak aje tapi kampungnya akan tergadai].

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya [Politik Doktrin PAS bagaimana pula?????].

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina (Adakah Melayu yang berteriak Islam di bawah Doktrin PAS itu terlalu maksum sehingga sanggup mengelar umat Melayu dan Islam yang lain kafir, sesat, jahil dan munafik kerana tidak masuk, sokong dan undi Doktrin PAS. Adakah Doktrin PAS itu lebih Islam dari Agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad [SAW]?????)

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO [Bukankah ketika Doktrin PAS bersama-sama UMNO, Doktrin PAS yang di anggotai oleh Nik Aziz dan Hadi Awang yang telah banyak mencetuskan perbalahan dan pertelingkahn sehinggakan kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengisytiharkan daruratdi Kelantan akibat pemberontakkan untuk merampas kuasa oleh pemimpin2 Doktrin PAS terhadap MB Kelantan dan Presiden PAS pada masa itu].

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama [Adakah Doktrin PAS akan memecat ahli kalau ahlinya bersungguh-sungguh untuk menentang amal makruf nahi mungkar????? Presiden PAS cakap seperti burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata apabila di minta oleh org untuk berkata-kata tetapi perkataan itu telah di sediakan oleh org untuk di perkatakan. Adakah Doktrin PAS berkiblatkan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dan berkitabkan Al-Kitab Hikayat 100 hari Buku Jingay.]

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain [Melayu di Singapura dan Penang kerana terlalu nak demokratik dan kesamarataan maka jadi macam melukut di tepi gantang. Pengaruh Dinasti Lim Tokong terlalu angkuh dan sombong sebabkan Melayu melata dan berkelana ke tempat lain.]

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat [Presidan Doktrin PAS yang berkokok tahi bergelumang di buntut tak sedar diri kerana kalau org tak boleh buat akan di carinya alasan untuk menyalahkan org lain di atas kesalahannya sendiri. Maka "BLAME GAME" ialah salahkan parti UMNO yang jadi penghalang tetapi kalau di teliti betul-betul draft Enakmen Undang2 Islam yang di luluskan di Kelantan dan Terengganu itu bercanggah dengan apa yang di tafsirkan dalam Al-Quran. Maknanya undang-undang Hudud [Doktrin PAS] hanya untuk kepentingan politik Doktrin PAS sahaja janji sudah lulus maka pelaksanaannya belakang kira. Itulah Doktrin PAS semuanya nak segera sebab nak penuhi janji-janji dengan rakyat tetapi keadah dan implimentasinya tiada. Maka tergantunglah Hudud [Doktrin PAS] yang masih dalam kajian walaupun sudah di luluskan di peringkat DUN dan DYMM Sultan.]

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya [Istiqamah Doktrin PAS dalam memperjuangkan Islam ialah untuk memecahbelahkan umat Melayu dan Islam dengan mengatakan parti selain Doktrin PAS adalah kafir, sesat, jahil dan munafik. Manakala mana-mana parti yang bersekongkol dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam maka tidak jatuh ke tahap kafir, sesat, jahil dan munafik kerana telah di tarbiyahkan oleg Doktrin PAS.]

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya [Kerajaan Doktrin PAS Kelantan duduk dahulu dalam Jawatankuasa isu-isu royalti minyak yang di tubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ini tidak cakap tanpa bukti kukuh macam burung kakak tua, akibatnya panahan petir itu nanti akan hinggap pada diri sendiri.]

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. [Kita suka dengan peringatan Nabi Muhammad (SAW) pasal jangan memecilkan diri daripada jamaah akan di tawan syaitan laksana serigala menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya. Tun Mahathir hanya mengeluarkan permasalahan bidalan sahaja maka pemimpin2 Doktrin PAS mengambilnya sebagai parti UMNO itu adalah syaitan yang di kenali tetapi bagaimana pula kenyataan Nik Aziz yang mengatakan bahawa kita bukan sahaja dengan Doktrin DAP akan berkawan malahan dengan syiatan pun kita sanggup berkawan. Adakah itu bermaksud bahawa untuk meneruskan perjuangan Doktrin PAS bukan sahaja dengan Doktrin DAP sahaja Doktrin PAS sanggup kerkawan malahan dengan syiatan sekalipun Doktrin PAS akan berkawan. Maka doa yang di minta oleh Doktrin PAS telah di makbulkan oleh Allah (SWT) apabila Anugerah Tuhan, Si Tokong, Si Ustaz Politik di kurniakan kepada Doktrin PAS sebagai kawan. Kawan yang akan menjahanamkan Doktrin PAS dari luar dan dari dalam iaitu malaikat yang bertopengkan syaitan DAPAS. Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa manusia jangan berkawan dengan syaitan sesungguhnya syaitan itu sesat dan menyesatkan. Maka itulah yang terjadi kepada Doktrin PAS apabila perjuangannya sudah sesat dan penyesatkan. Walaupun cuba di tegur oleh pemimpin2 Hassan Ali, Nash Mat Isa, Prof. Shahnn Ahmad tetapi pemimpin2 Doktrin PAS terutama Nik Aziz mengatakan itu hanya mainan agen parti UMNO dan pemimpin itu berlidah panjang. Sehinggakan akhir-akhir ini Haron Din pun tidak bersetuju dengan Anugerah Tuhan dalam persoalan agamanya yang ingin menerapkan liberalisme dalam kaedah beragama di Malaysia. Malang sekali pemimpin2 yang menegur Doktrin PAS itu bukan di kalangan pemimpin2 parti UMNO tetapi pemimpin2 Doktrin PAS sendiri tetapi pemimpin2 Doktrin PAS yang ada sekarang buat pekak telinga dengan mengatakan bahawa itu adalah sabotaj dan anasir-anasir jahat parti UMNO telah mersap ke dalam jiwa pemimin2 Doktrin PAS yang menegur tadi. Susahkan kalau terlebih pandai terutama dalam agama kerana sesungguhnya Allah (SWT) ada megatakan bahawa ilmu manusia adalah terhad dan terbatas. Allah (SWT) mencipta manusia itu berbagai bentuk, jenis, bangsa dan rupa serta keilmuannya. Bukan semuanya akan menjadi seperti Imam Ghazali, Imam Hambali, Imam Maliki dan Imam Hanafi. So kita tidak seharusnya mengikut pemimpin2 yang mengatakan bahawa sekiranya mengundi Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kamu akan dapat syurga ataupun pahala. Adakah syurga, pahala, dosa dan neraka di tangan Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam????? Inilah yang sebenarnya perlu di jelaskan oleh pemimpin2 Doktrin PAS bukannya melalut sehingga tak tentu arah perjuangan Doktrin PAS di buatnya hanya kerana nak menyunting sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya.]

Sunday, October 7, 2012

BN bracing for tougher fight in GE13, young leaders say...Kita pula tak nafikan PRU13 adalah PRU paling getir seperti mana YAB PM dan YAB TPM sudah khabarkan. Indikasi menunjukkan sokongan itu ada dan terus meningkat tetapi sekali lagi semak indikasi menunjukkan kemerosotan sedikit. Walau bagaimanapun kita berharap selepas Bajet 2013 Negara Makmur Rakyat Sejahtera Janji Ditepati, rakyat Malaysia akan bertindak balas lebih positif terhadap rancangan dan polisi serta gerak kerja kerajaan Barisan Nasional. Ini pula harus di terjemahan dalam bentuk undi yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional. Indikasi lain pula menunjukkan bahawa sokong amat berat kepada Barisan Nasional walaupun kaum Cina lebih cenderung kepada Doktrin DAP. Sekarang pertempuran di alam maya ialah untuk menambat dan mengaut peratusan pengundi Melayu dan Islam yang menjadi majoriti terbesar pengundi semasa PRU13 nanti, golongan muda, golongan pertengahan dan golongan warga emas. Nasihat kita ialah turun padang dekati para pengundi saenteronya supaya setiap "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dapat di patahkan. Jangan duduk diam mimpi nak jadi calon PRU13. Kalau tak dapat sabotaj parti. Kita sebenarnya lebih takut sabatoj dari agenda "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. Agenda si biadap, si gila kuasa dan si pendendam boleh kita patahkan tapi "sabotaj atau musuh dalam selimut" amat sukar untuk di patahkan. Kenal pasti dahulu siapa musuh siapa kawan dan siapa yang mungkin mempunyai sifat-sifat musuh dalam selimut. Semasa PRU memang senang untuk di kenali kerana faktor "kekecewaan, iri hati, dengki dan pra sangka buruk" pasti akan bergantungan di hati para sabotaje ini.



Vell Paari
 
KUALA LUMPUR, Oct 7 ― Winning a strong mandate in the next general election will be harder due to the changing attitudes and weaker support from voters ― especially the younger generation ― in Pakatan Rakyat (PR) states, say several Barisan Nasional (BN) youth leaders.
The leaders were commenting on BN chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s hope for a strong mandate in the polls in order to continue his reforms and make Malaysia a fully developed nation by 2020.

Putrajaya Umno Youth chief Datuk Zaki Zahid said while several surveys show BN leading, support for the ruling coalition is just between “strong” and “not too strong”.

"A recent survey done among young people by ourselves, (Umno Youth chief) Khairy Jamaluddin included, shows that our support among youth has reduced. I would say we will win with a decent mandate, but to achieve a ‘strong’ mandate will be hard work".


MIC information chief S. Vell Paari echoed similar views to The Malaysian Insider, adding that winning a strong mandate or a two-thirds parliamentary majority was hard.

“If you ask me, the current generation of voters are a lot more astute politically, so it is going to be hard for us.

“We will return to power with a slightly better majority, but that majority is going to be hard,” said Vell Paari.

MCA Youth chief Datuk Wee Ka Siong said that winning with a strong mandate would not as easy as before, especially with PR ruling in four states.

“The prime minister has been working hard but he needs help from all sides, and while he does have the support, that needs to be translated to votes for BN.

“While the prime minister is well-liked, but people may not vote for us due to local factors,” Wee told The Malaysian Insider.

He added that there was much left to do, such as countering the attacks from PR. “We must work hard. And we must find an effective way to influence voters in (PR) states,” Wee said.

In the “CNBC Conversation” programme aired yesterday, Najib said the next five years were “very crucial” for the government to fulfil the commitments and promises made by previous leaders to the nation.

“I’d like to have a strong mandate, [CNBC host Martin Soong]. Because to achieve our vision of a fully developed nation by 2020, the next five years would be very crucial. Crucial, because you’re talking about the last lap.

“You’re talking about going down the stretch and this is the most critical part because we really have to deliver,” he was quoted as saying by national news agency Bernama.

YAB PM kata...Perangi rasuah kekal...panas sekarang buntut2 pengamal rasuah...

YAB PM serius dalam memerangi gejala rasuah
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan usaha memerangi gejala rasuah dalam negara terus kekal menjadi keutamaan kerajaan dan meletakkannya sebagai satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Perdana Menteri berkata, pelbagai pendekatan yang diambil dalam membanteras gejala rasuah termasuk aspek rangka kerja sehingga penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cukup menggambarkan keseriusan gejala tersebut pada pandangan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa pembabitan dan kerjasama menyeluruh kerana pada akhirnya langkah diambil itu perlu menjadi etika sebenar dan tanggungjawab masyarakat.

"Kita selalu mendengar apabila orang bercakap mengenai rasuah, perkara pertama yang berada dalam fikiran adalah penyalahgunaan kuasa dalam kalangan penjawat kerajaan dan ahli-ahli politik.

"Tetapi kalau kita berpandangan rasuah adalah satu perbuatan tidak beretika dan tidak bermoral, kita perlu berhenti melihat perbuatan itu hanya kepada penjawat awam dan ahli-ahli politik.

"Tanggapan sedemikian sebenarnya cukup dangkal kerana pada hakikatnya gejala rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat Kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) Keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini...



KUALA LUMPUR 7 Oct -  Pemikiran bahawa perjuangan menentang rasuah adalah tanggungjawab eksklusif kerajaan perlu diubah kerana ia harus dilakukan bersama dengan sektor swasta, kata seorang pegawai kanan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
 
"Pemikiran sebegini perlu diubah. Hakikatnya, sektor swasta mempunyai peranan penting dan mereka harus mempergiatkannya.
 
"Jadi, ia bukanlah tugas eksklusif kerajaan untuk melindungi masyarakat dan ekonomi daripada gejala rasuah. Ia mesti dilakukan bersama," kata Dmitri Vlassis kepada Bernama pada persidangan dan mesyuarat agung tahunan keenam Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) di sini hari ini.
 
Beliau berkata peranan sektor swasta adalah penting kerana menjalankan perniagaan tanpa rasuah adalah perniagaan yang baik.
 
Vlassis, wakil Setiausaha Agung PBB dan ketua jenayah ekonomi dan rasuah UNODC, merujuk skandal membabitkan Siemens, syarikat kejuruteraan elektrik dan elektronik multinasional Jerman yang pernah ditangkap menjalankan perniagaan dengan mengamalkan rasuah di seluruh dunia.

Perkara itu menggoncang dan menjejaskan keseluruhan syarikat sehingga satu pengurusan baru dengan toleransi sifar   rasuah dilantik dan sejak itu, ia dilihat mencapai keuntungan yang kian meningkat.
 
"Jadi, sektor swasta perlu memahami perkara ini, mereka perlu mengambil pendekatan langsung dan perlu berhenti menunggu untuk terjebak dan mengambil langkah agar tidak terperangkap dalam satu situasi di mana mereka melanggar peraturan dan undang-undang kerana ada kemungkinan mereka akan terjebak. Jadi, pemikiran sebegini perlu diubah," katanya.
 
Vlassis berkata terdapat bukti statistik yang jelas daripada institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang menunjukkan satu perkaitan yang jelas antara satu ekonomi yang gagal dan tahap rasuah di negara tertentu.
 
Beliau memberi contoh beberapa negara yang kini berdepan krisis kewangan di Eropah termasuk negaranya sendiri iaitu Greece.
 
Vlassis juga berkata anggapan bahawa rasuah hanya berlaku di negara membangun adalah salah kerana gejala itu turut melanda negara maju.

Katanya, kerana rasuah, sebahagian besar sumber yang boleh ditumpukan kepada pembangunan diseleweng untuk tujuan lain dan ternyata rasuah memberi kesan negatif terhadap pembangunan.
 
Beliau turut mengulas persidangan IAACA selama empat hari itu yang berakhir hari ini dan dihadiri lebih 1,000 pegawai pencegah rasuah dari lebih 100 negara anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Katanya, penganjuran persidangan itu menunjukkan komitmen Malaysia terhadap rakyatnya dan masyarakat antabangsa yang memerlukan pemimpin bagi memerangi gejala rasuah.

Laporan berkaitan:-
 
(Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat menerima peruntukan sebanyak RM276 juta bagi menjayakan peranannya dalam membanteras rasuah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkannya berkata kerajaan juga bersetuju menambah sebanyak 150 perjawatan tambahan setiap tahun sehingga mencapai jumlah 5,000 anggota yang disasarkan suruhanjaya itu.

“Langkah ini diharap akan dapat menyokong usaha kerajaan memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat pada Jumaat".

Bagi tahun ketiga berturut-turut, Malaysia menunjukkan kemelesetan pada skor CPInya di mana skor 4.3 bagi 2011 menurun sedikit dari 4.4 yang direkodkan tahun lepas dan ketara rendah dari tanda aras kerajaan 4.9. Keadaan itu menyebabkan ranking Malaysia turut merosot ke kedudukan ke-60 (dari kalangan 183 negara) dari kedudukan ke-56 tahun lepas).

Nampaknya kita sedang menuju ke arah kebersihan gejala rasuah baik di dalam pentadbiran kerajaan ataupun pentadbiran swasta. Memerangi rasuah bukan kerja eksklusif kerajaan sahaja, kalau pihak swasta tidak mengambil apa-apa tindakan dalam memerangi gejala rasuah di dalam entiti mereka. Bak kata YAB PM gejala rasuah mesti di perangi oleh semua pihak kerana perbuatan rasuah boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja. 

Lajim Ukin: Mengapa saya keluar parti UMNO...Dakwaan BN gagal bawa pembangunan di Sabah pembohongan besar...Siapa yang harus kita percayai Lajim Ukin atau Pairin Kitingan...Kita mesti ingat Lajim Ukin lompat dari PBS ke parti UMNO semasa Pairin Kitingan PBS jadi pemerintah Sabah di bawah "bendera" pembangkang. Sekarang ini PBS kembali di bawah Barisan Nasional dan Pairin Kitingan adalah TKM Sabah sedangkan Lajim Ukin lompat pula kepada parti pembangkang...permasalahan dengan kepimpinan negeri dan tiada pembangunan atau permasalahan diri sendiri yang sudah diresapi dengan agenda si biadap, si gila kuasa dan si pendendam...


 
LAJIM UKIN
Master of Katak si Katak Lompat in Sabah

DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.

Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.

Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?

Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.

Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
 
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri, tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal perpaduan dalam parti.

Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya tidak bertanding.

Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang. 

Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.

Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.

Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.

Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan. Namun masalah air tetap berlaku

Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh, tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya pembangunan dibawa ke kawasan ini.

Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?

Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir di kawasan saya. Beaufort adalah daerah  yang terkenal sejak setengah abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.

Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat. Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.

Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.

Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang kepada mereka.

Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang. Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff  Yaakob sedangkan beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan dengannya.

Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show.  Beliau sering bertindak secara sendirian.

Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.

Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap juga dicantas. Kenapa ia berlaku?

Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004 sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.

Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa. Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti masih memilih saya menjadi calon.

Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?

Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.

Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin, masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.
 
Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada ketika itu jatuh merudum.

Kemudian nilai pula dengan kenyataan TKM Sabah Joseph Pairin Kitingan:-


Joseph Pairin 
Kitingan
Tan Si Joseph Pairin Kitingan

KIULU - Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan dakwaan pembangkang Barisan Nasional (BN) gagal membawa "apa-apa pembangunan" untuk rakyat dan negeri Sabah sejak 49 tahun lepas adalah satu pembohongan besar.
  
Sambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
  
"Sejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
  
"Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu," katanya.
  
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Kiulu di Dewan Serbaguna Kiulu, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini giat mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
  
Sambil menyifatkan Najib sebagai 'doktor politik', Pairin berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa turun padang untuk mengubati atau menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar atau terpencil.
  
"Najib benar-benar mendengar keluhan dan keperluan rakyat. Sebab itu, beliau sanggup turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat termasuk di kawasan saya Tambunan," katanya sambil menambah Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menjejak kaki di daerah Tambunan.
  
Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terkeliru dengan taktik pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja semata-mata untuk merebut kuasa kerana "tiada negara di dunia yang tiada kelemahan dan kekurangan termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat".
  
Katanya Perdana Menteri juga komited menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin khususnya di Sabah apabila bersetuju meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah itu.
  
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kiulu memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Saturday, October 6, 2012

BETUL KE NIK AZIZ "USTAZ POLITIK FATWA SONGSANG"?????




‘‘Orang tolak Islam dapat pahala apa? Kita doa, itu (juga) ibadat. Orang UMNO berdoa juga, doa dengan Allah, Allah mana hendak terima (doa, sebab) kamu tolak Islam.’’

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara dengan portal propembangkang, Malaysiakini pada 16 Disember 2009.

Tidakkah kenyataan ini mampu menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam kerana UMNO dianggotai oleh orang Islam juga. Apakah doa orang Pas sahaja diterima oleh Allah SWT?

Siapakah Nik Abdul Aziz sehingga beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian?

Apa pula pandangan umat Islam apabila Nik Abdul Aziz berkata, “Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana Perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”

Ini dinyatakan oleh beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Bagaimana pula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz pada 3 Julai 1999, di Pengkalan Chepa, Kelantan apabila beliau menyatakan, “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir.”

Ini belum lagi termasuk kenyataan pada 17 Ogos 2009 di mana Nik Abdul Aziz menyatakan, “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka.”

Penulis hanya memetik beberapa sahaja kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang boleh dianggap menghina, mengeliru dan mampu memecahbelahkan umat Islam.

Segala-galanya beliau keluarkan demi kepentingan politik Pas dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Atas sebab itulah penulis melihat tindakan kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Nik Abdul Aziz mengharamkan Utusan Malaysia membuat liputan majlis kerajaan negeri dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya bermotifkan politik semata-mata.

Karikatur yang sekadar menyindir kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes zina kerana menyifatkan ia adalah besi telah dianggap menghina Islam.

Sebelum itu Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang kita tahu di mana pendirian politik mereka, turut membuat bantahan atas penyiaran karikatur berkenaan.

Ia disusuli pula oleh Dewan Pemuda Pas yang cuba menunjukkan jaguh kononnya mereka pembela Islam sebenar apabila menghantar memorandum bantahan kepada Utusan Malaysia.

Tetapi yang anehnya, kenapa kedua-dua kelompok ini hanya mendiamkan diri terhadap banyak kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz dilihat cukup kontroversi dan mengelirukan umat Islam?

Apakah kerana mereka mempunyai haluan politik yang sama maka apa juga tindakan Nik Abdul Aziz boleh dibenarkan?

Kenapakah hanya kerana satu karikatur yang bertujuan menyindir Pas dianggap menghina Islam sedangkan kartunis Pas, Zunar pernah menghasilkan karikatur yang terang-terang melakukan kesalahan berkenaan tetapi tiada apa-apa protes dilakukan.

Jelaslah, pertimbangan politik menjadi asas utama kepada Nik Abdul Aziz, PUM dan Pemuda Pas dalam membuat keputusan.

Politik diletakkan di hadapan sekali dalam apa juga keputusan dan tindakan yang hendak diambil.

Selama ini, kalau hendak dikirakan Nik Abdul Aziz lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam tetapi tiada apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak dalam Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri dan melihat sahaja, Nik Abdul mengeluarkan satu demi satu kenyataan yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Di muktamar-muktamar Pas pun tidak ada seorang pun yang berani menegur keceluparan dan kecelaruan fikiran Nik Abdul Aziz yang dilihat banyak menjejaskan imej Islam Pas.

Kedudukan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am seolah-olah menjadi ‘tiket’ kepada beliau bebas daripada sebarang teguran atau kritikan daripada mana-mana kelompok yang ada kaitan dengan Pas.

Semuanya hanya mendiamkan diri biar pun ada tindakan Nik Abdul Aziz jelas-jelas bertentangan dengan seruan Islam.

Sebagai contoh tindakan beliau menghalang kerjasama antara UMNO dan Pas biar pun ia dilakukan semata-mata demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Macam-macam hujah yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz bagi menghalang perkara yang amat digalakkan oleh Islam itu, tetapi tidak ada pula kelompok yang membantah kedegilan Menteri Besar Kelantan berkenaan.

Walaupun kelompok dalam Pas tahu apa yang Nik Abdul Aziz lakukan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam, kenapa mereka tidak menegurnya? Apa istimewanya Nik Abdul Aziz? Adakah kerana beliau seorang tok guru, ulama, ahli politik dan mursyidul am maka segala-gala yang beliau katakan adalah betul?

Apa pun kelompok yang paling gembira berikutan tindakan kerajaan Pas Kelantan itu adalah PKR dan DAP yang merupakan sekutu Pas.

Selama ini pun Nik Abdul Aziz adalah pembela utama kepada pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu sehingga timbul cadangan supaya Menteri Besar Kelantan dilantik sebagai pemimpin utama pembangkang.

Ketaksuban Nik Abdul Aziz kepada politik dan kerjasama dengan PKR dan DAP telah memungkinkan beliau tidak lagi membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam berhadapan dengan sesuatu isu.

Bagi Nik Abdul Aziz hanya Islam yang dibawa oleh Pas sahaja betul, hanya undi Pas sahaja masuk syurga dan hanya Perlembagaan Pas yang tidak kafir.

Malahan Menteri Besar Kelantan itu juga mudah-mudah sahaja menuduh Islam yang dibawa oleh UMNO bukan Islam sebenar.

‘‘Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.”

Kesimpulannya, berdasarkan kepada apa yang diperkatakan, maka mana-mana pihak tidak perlu bermuram durja atau merasa keliru dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Ia kerana selagi sesuatu perkara itu berasaskan kepada apa yang dikehendaki atau dikatakan oleh Nik Abdul Aziz maka selagi itulah ia hanyalah demi politik semata-mata.

Kalaulah martabat Islam menjadi hitungan, sudah pasti Pas tidak akan sewenang-wenangnya mengorbankan prinsip perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu meraih kuasa bersama PKR dan DAP.

Fatwa agama jadi mainan politik parti...



Pemimpin suka sama suka
Siapakah yang akan menentukan pengundi pilih parti mana dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)? Karpal Singh, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Najib Razak? Atau bekas pemimpin PKR yang tak henti-henti lantang menyerang Anwar? Apakah gelagat politik Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta bekas tokoh PKR akan menarik pengundi Melayu kepada UMNO (BN)? Orang seperti Senator Nallakaruppan eloklah berhenti menonjolkan diri.
Pada awal Ogos lalu, umat Islam diperingatkan mengundi DAP ‘haram dan berdosa’ kerana parti itu terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hudud. Tidak boleh juga menyokong PAS dan PKR kerana bekerjasama dengan DAP yang pemimpinnya kafir harbi.

Karpal tahu PAS yang teringin sangat hendak jadi pemerintah, tak boleh tinggalkan DAP. PKR dan Anwar Ibrahim pun begitu. Justeru, strategi politik jangka panjang DAP sudah mulai capai matlamatnya”

Begitulah ‘fatwa’ beberapa tokoh agama sebagai reaksi kepada ketabahan Karpal Singh menentang perjuangan asal PAS. Baru seorang yang bernama Karpal Singh bercakap, orang Melayu termasuk tokoh agama, gelabah bagai cacing kepanasan. Karpal makin seronok. Beliau berjaya memesongkan perhatian orang Melayu daripada perkara yang perlu dikerjakan untuk memperkukuhkan bangsa dan agama. Sudah berpuluh-puluh tahun kita berdebat mengenai hukum hudud tetapi tak juga selesai. Sebabnya ia bukan isu hukum tetapi isu politik dan kuasa. Akhirnya Karpal dan DAP yang ketawa.

Pemimpin dan pejuang Melayu-Islam perlu mencontohi Karpal. Tabah dan konsisten dalam perjuangan meskipun menentang rakannya yang sangat penting dalam pakatan politik. PAS lebih penting daripada PKR. Tetapi Karpal tak peduli kerana dalam percaturan politik pembangkang menjelang PRU-13 ini, Karpal dan DAP lebih kuat daripada Datuk Hadi Awang dan PAS, lebih kuat daripada Anwar dan PKR. Karpal tahu PAS yang teringin sangat hendak jadi pemerintah, tak boleh tinggalkan DAP. PKR dan Anwar Ibrahim pun begitu juga. Hati-hatilah bermain politik, orang Pulau Pinang dah menangis tak berlagu!

Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, baru sekali cuba buka mulut bercakap perkara benar – dalam mesyuarat sulit yang bocor – sudah angkat kedua-dua tangan. Ketika ketuanya, Guan Eng berada di sisi memerhati dengan mata sinis pada satu sidang media, Timbalan Ketua Menteri itu gelabah lantas dengan sungguh-sungguh ‘mengangkat’ Guan Eng.

Apabila pensyarah USM ini masuk politik dan jadi orang nombor dua dalam kerajaan negeri, orang Melayu Pulau Pinang berasa ada seorang pembela Melayu dalam kerajaan. Pensyarah universiti selalunya dihormati dan dipandang tinggi, ilmuan dan guru kelas tinggi pastilah ada integriti dan harga diri macam Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Tetapi harapan itu nampaknya tak akan tercapai.
Dalam mesyuarat sulit PKR yang heboh bocor itu, apa dibincang pun bukan masalah rakyat tetapi masalah pembahagian kerusi. Catatan mesyuarat yang bocor itu juga menyebut ‘how PKR members should rally as there would be plenty of jobs to go around if Pakatan managed to wrest Putrajaya in the coming general election’. (NST 25 Ogos 2012)

Nyatalah apa sebenarnya matlamat perjuangan pakatan pembangkang. Maka itulah sebabnya pemimpin PAS pun sanggup tunduk kepada DAP demi banyaknya ‘peluang menanti’ selepas menawan Putrajaya. Tidaklah pelik apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun sanggup mempergunakan Tun Ghafar Baba yang sudah lama kembali ke alam baqa. Apakah rakyat masih nak undi pakatan pembangkang?

Kata Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan pula: “PAS Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan menentang Islam pada dasarnya, namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO.” Ulama ini menegaskan, ‘hukum boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu’. Betulkah hukum dalam Islam begitu? Boleh diubah-ubah ikut suka hati?

Apabila ditanya wartawan mengenai fatwa ‘haram dan berdosa’ ini, jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad: “Jika itu pendapat mereka, terpulang kepada umat Islam menerimanya atau tidak tetapi saya fikir orang ramai tidak akan mengikut orang agama ini. Ini masalah kita, semua dikatakan Islam tapi tidak diamal.”

Pendapat Dr Mahathir ini berdasar realiti dan sikap pengundi pada pilihan raya sebelum ini. Namun keputusan pilihan raya menunjukkan pengundi tidaklah begitu terpengaruh dengan fatwa, meskipun heboh jadi bahan kempen dan berita besar dalam akhbar. Pengundi terutama ahli dan penyokong parti lebih dipengaruhi oleh ketokohan pemimpin yang menjadi pujaan mereka.

Kira-kira 40 tahun lalu, ulama PAS menegah umat Islam mengundi BN kerana UMNO berpakat memerintah dengan orang kafir. Waktu itu PAS kata UMNO itu asabiyyah dan kafir. Namun majoriti Melayu tetap mengundi UMNO (BN) kecuali pada PRU 2008. Sekarang dah terbalik pula, ada ulama yang kata ‘haram dan berdosa’ mengundi DAP dan pakatan pembangkang.

Mengeluarkan fatwa agama untuk kepentingan politik parti sangatlah tidak wajar dan memperbodohkan pemikiran politik Melayu-Islam. Ulama bijaksana tidak seharusnya menjadikan hukum agama sebagai permainan politik, apa lagi untuk menonjolkan diri atau untuk menentang orang tertentu atau musuh peribadi.

Friday, October 5, 2012


Sifat dusta, janji palsu porak-perandakan umat


Mengotakan janji adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan bagi memadamkan tanda munafik pada diri seseorang. Sudah sedia maklum bahawa memungkiri janji adalah satu ciri-ciri nifaq (munafik).

Oleh sebab itulah Baginda SAW mengajar umat-Nya berdoa: “Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada persengketaan, sifat munafik dan akhlak yang buruk.” (Riwayat Abu Daud dan Nasai’)
Inilah penyakit bahaya yang menular dalam kalangan masyarakat di mana ia telah menjadi sebahagian daripada akhlak kaum munafiqin.

Tiga asas sifat munafik

Sabda Baginda SAW: “Pemilik tiga sifat ini adalah munafik walaupun dia melakukan solat dan berpuasa. Apabila bercakap dia berdusta, mengkhianati janji dan pecah amanah.” (Riwayat Muslim)

Baginda SAW menegaskan terdapat tiga asas munafik antaranya ialah menipu, khianat dan mungkir janji. Ada riwayat lain menambah, pergaduhan melampau juga termasuk ciri munafik. Begitu juga perjanjian dalam bentuk tulisan, lisan, pengiktirafan dan pengakuan dikategorikan sebagai janji.

Hari ini kita melihat ramai yang pernah membuat pengakuan dan pengiktirafan tetapi malangnya apabila tiba masa diperlukan maka dia menafikan segala-galanya jika pengakuan tadi dilihat akan merugikan pihaknya.

Dihitung di akhirat

Manusia akan dihitungkan semua kata-katanya di akhirat kelak. Oleh itu, Islam menganjurkan penganutnya supaya berhati-hati terhadap sebarang bentuk perjanjian yang disebutkan tadi kerana menjadi tanggungjawab baginya untuk mengotakan segala janjinya.

Islam mengingatkan kita supaya mengotakan segala janji supaya terselamat daripada kemurkaan Allah SWT. Ia diumpamakan seperti mereka yang berkata tanpa melaksanakan apa diucapkan.

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan. Sangatlah dibenci oleh Allah SWT lantaran sikapmu itu.” (Surah Saf, ayat 2-3)

Sahabat Baginda SAW amat berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan sehingga semua perkara diucapkan adalah dianggap janji perlu ditunaikan.

Ketika tiba ajal seorang sahabat bernama Abdullah Bin Umar, beliau berkata: “Tolong uruskan urusan seorang lelaki Quraisy itu. Sesungguhnya aku telah berkata sesuatu padanya seolah-olah aku berjanji dengannya dengan anak perempuanku. Maka hari ini, aku menjadi saksi terhadap perkahwinan mereka berdua kerana aku tidak sanggup bertemu Allah SWT dengan membawa sepertiga daripada sifat munafik.”

Janji palsu

Allah SWT juga menyifatkan pendusta umpama syaitan yang pernah menaburkan janji manis dan pelbagai kesenangan dunia dalam bisikkan mereka kepada umat manusia padahal semuanya palsu belaka.

Firman Allah SWT: “Apabila tiba waktunya, syaitan berkata: Sesungguhnya semua janji Allah adalah benar. Aku juga pernah berjanji padamu tetapi kamu telah tertipu sedangkan aku tiada kekuatan apa-apa yang boleh membantu kamu dan kamu juga tidak dapat membantu pada hari ini (selepas semua amalan dihisab), tetapi kamu tetap mematuhi seruanku. Oleh itu janganlah aku dipersalahkan, bahkan salahkanlah dirimu sendiri.” (Surah Ibrahim, ayat 22)

Seterusnya, mendustakan Allah SWT dengan dakwaan halal dan haram atau mewajibkan sesuatu pada perkara yang belum ditentukan kesahihannya melalui al-Quran dan sunnah Baginda SAW.

Seharusnya dinyatakan perbezaan ulama pada sesuatu perkara hukum yang masih samar dan merumuskan pendapat terkuat dalam kalangan ulama. Inilah cara terbaik kerana pada hari kiamat, Allah SWT akan mempersoalkan, “dari mana kamu datangkan hukum ini?”

Propaganda teknologi maya

Kini juga kita berdepan pencipta propaganda dan khabar angin yang disebarkan menggunakan teknologi maya yang tiada sempadan. Penyalahgunaan teknologi itu berpotensi untuk menaikkan dan menjatuhkan seseorang.

Justeru, marilah bersama kita bina masyarakat yang benar daripada segala pembohongan dan mengecapi keuntungan dijanjikan Allah SWT di dunia dan akhirat. Jauhilah sifat dusta yang diwarisi daripada syaitan dan kaum munafik untuk memporak- porandakan umat.