Sunday, October 14, 2012

Walaupun Hassan Ali kata berjuangan Doktrin PAS sudah tersasar kemudian di ikuti pula oleh Prof. Shahnon Ahmad perjuangan Doktrin PAS sudah berubah serta di sertakan dengan ingatan Nash Mat Isa jangan terlalu kejar kuasa sehingga Islam tergadai. Kemudian Doktrin PAS di kejutkan pula oleh Haron Din yang tidak bersetuju dengan sikap Anugerah Tuhan...tetapi...Amanat Presiden Doktrin PAS tentang Tahaluf siyasi Doktrin PAS bersama Doktrin DAP itu sudah tentu menimbulkan lagi berbagai-bagai permasalahan di dalam Doktrin PAS...

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO. [Adakah dengan mengatakan bahawa undi Doktrin PAS masuk syurga tidak bertentangan dengan ajaran Islam?????].

Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias. [Adakah penentangan Doktrin DAP terhadap Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] bukannya penentangan terhadap konsep Islam daripada Al-Quran dan Sunnah].

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam. [Adakah perhubungan antara parti UMNO dengan MCA, MIC dan parti2 komponen lain dalam Barisan Nasional bukannya Tahaluf siyasi yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah?????].

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. [Adakah selama ini kerajaan Barisan Nasional tertindak zalim, pentadbiran negara hancur, pengurusan ekonomi bobrok, masyarakat jahil, pendidikan lemah dan undang-undang kelam kabut????? Adakah krisis moral dan kebanjiran kemaksiatan dan jenayah di sebabkan kesalahan kerajaan Barisan Nasional sahaja?????].

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah. [Siapa yang sebenarnya mencalarkan Islam dan menjual Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] hanya untuk mendapatkan sekuntum bunga tahi ayam di laman Putrajaya?????].

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal [Adakah Doktrin PAS bersungguh-sungguh untuk tegak Islam maka umat Melayu Islam akan selamat bersama-samanya begitu juga dengan kaum-kaum lain????? Bukankah selama ini kerajaan Barisan Nasional telah mengamalkan konsep Agama Islam ialah Agama Persekutuan dan agama-agama lain di benar untuk di praktikkan di Malaysia melainkan penyebaran agama-agama lain kepada org-org Islam di larang sama sekali. Org Melayu juga berasa selamat di bawah pentadbiran Barisan Nasional jika dibandingkan dengan pentadbiran Doktrin PAS yang banyak bercelaruan antara agama dan kepentingan politik Doktrin PAS. Inikan pula dengan Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam, Doktrin PAS hanya di ibaratkan seperti org yang menang sorak aje tapi kampungnya akan tergadai].

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya [Politik Doktrin PAS bagaimana pula?????].

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina (Adakah Melayu yang berteriak Islam di bawah Doktrin PAS itu terlalu maksum sehingga sanggup mengelar umat Melayu dan Islam yang lain kafir, sesat, jahil dan munafik kerana tidak masuk, sokong dan undi Doktrin PAS. Adakah Doktrin PAS itu lebih Islam dari Agama Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad [SAW]?????)

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO [Bukankah ketika Doktrin PAS bersama-sama UMNO, Doktrin PAS yang di anggotai oleh Nik Aziz dan Hadi Awang yang telah banyak mencetuskan perbalahan dan pertelingkahn sehinggakan kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengisytiharkan daruratdi Kelantan akibat pemberontakkan untuk merampas kuasa oleh pemimpin2 Doktrin PAS terhadap MB Kelantan dan Presiden PAS pada masa itu].

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama [Adakah Doktrin PAS akan memecat ahli kalau ahlinya bersungguh-sungguh untuk menentang amal makruf nahi mungkar????? Presiden PAS cakap seperti burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kata apabila di minta oleh org untuk berkata-kata tetapi perkataan itu telah di sediakan oleh org untuk di perkatakan. Adakah Doktrin PAS berkiblatkan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dan berkitabkan Al-Kitab Hikayat 100 hari Buku Jingay.]

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain [Melayu di Singapura dan Penang kerana terlalu nak demokratik dan kesamarataan maka jadi macam melukut di tepi gantang. Pengaruh Dinasti Lim Tokong terlalu angkuh dan sombong sebabkan Melayu melata dan berkelana ke tempat lain.]

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat [Presidan Doktrin PAS yang berkokok tahi bergelumang di buntut tak sedar diri kerana kalau org tak boleh buat akan di carinya alasan untuk menyalahkan org lain di atas kesalahannya sendiri. Maka "BLAME GAME" ialah salahkan parti UMNO yang jadi penghalang tetapi kalau di teliti betul-betul draft Enakmen Undang2 Islam yang di luluskan di Kelantan dan Terengganu itu bercanggah dengan apa yang di tafsirkan dalam Al-Quran. Maknanya undang-undang Hudud [Doktrin PAS] hanya untuk kepentingan politik Doktrin PAS sahaja janji sudah lulus maka pelaksanaannya belakang kira. Itulah Doktrin PAS semuanya nak segera sebab nak penuhi janji-janji dengan rakyat tetapi keadah dan implimentasinya tiada. Maka tergantunglah Hudud [Doktrin PAS] yang masih dalam kajian walaupun sudah di luluskan di peringkat DUN dan DYMM Sultan.]

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya [Istiqamah Doktrin PAS dalam memperjuangkan Islam ialah untuk memecahbelahkan umat Melayu dan Islam dengan mengatakan parti selain Doktrin PAS adalah kafir, sesat, jahil dan munafik. Manakala mana-mana parti yang bersekongkol dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam maka tidak jatuh ke tahap kafir, sesat, jahil dan munafik kerana telah di tarbiyahkan oleg Doktrin PAS.]

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya [Kerajaan Doktrin PAS Kelantan duduk dahulu dalam Jawatankuasa isu-isu royalti minyak yang di tubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ini tidak cakap tanpa bukti kukuh macam burung kakak tua, akibatnya panahan petir itu nanti akan hinggap pada diri sendiri.]

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali. [Kita suka dengan peringatan Nabi Muhammad (SAW) pasal jangan memecilkan diri daripada jamaah akan di tawan syaitan laksana serigala menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya. Tun Mahathir hanya mengeluarkan permasalahan bidalan sahaja maka pemimpin2 Doktrin PAS mengambilnya sebagai parti UMNO itu adalah syaitan yang di kenali tetapi bagaimana pula kenyataan Nik Aziz yang mengatakan bahawa kita bukan sahaja dengan Doktrin DAP akan berkawan malahan dengan syiatan pun kita sanggup berkawan. Adakah itu bermaksud bahawa untuk meneruskan perjuangan Doktrin PAS bukan sahaja dengan Doktrin DAP sahaja Doktrin PAS sanggup kerkawan malahan dengan syiatan sekalipun Doktrin PAS akan berkawan. Maka doa yang di minta oleh Doktrin PAS telah di makbulkan oleh Allah (SWT) apabila Anugerah Tuhan, Si Tokong, Si Ustaz Politik di kurniakan kepada Doktrin PAS sebagai kawan. Kawan yang akan menjahanamkan Doktrin PAS dari luar dan dari dalam iaitu malaikat yang bertopengkan syaitan DAPAS. Dalam Al-Quran ada mengatakan bahawa manusia jangan berkawan dengan syaitan sesungguhnya syaitan itu sesat dan menyesatkan. Maka itulah yang terjadi kepada Doktrin PAS apabila perjuangannya sudah sesat dan penyesatkan. Walaupun cuba di tegur oleh pemimpin2 Hassan Ali, Nash Mat Isa, Prof. Shahnn Ahmad tetapi pemimpin2 Doktrin PAS terutama Nik Aziz mengatakan itu hanya mainan agen parti UMNO dan pemimpin itu berlidah panjang. Sehinggakan akhir-akhir ini Haron Din pun tidak bersetuju dengan Anugerah Tuhan dalam persoalan agamanya yang ingin menerapkan liberalisme dalam kaedah beragama di Malaysia. Malang sekali pemimpin2 yang menegur Doktrin PAS itu bukan di kalangan pemimpin2 parti UMNO tetapi pemimpin2 Doktrin PAS sendiri tetapi pemimpin2 Doktrin PAS yang ada sekarang buat pekak telinga dengan mengatakan bahawa itu adalah sabotaj dan anasir-anasir jahat parti UMNO telah mersap ke dalam jiwa pemimin2 Doktrin PAS yang menegur tadi. Susahkan kalau terlebih pandai terutama dalam agama kerana sesungguhnya Allah (SWT) ada megatakan bahawa ilmu manusia adalah terhad dan terbatas. Allah (SWT) mencipta manusia itu berbagai bentuk, jenis, bangsa dan rupa serta keilmuannya. Bukan semuanya akan menjadi seperti Imam Ghazali, Imam Hambali, Imam Maliki dan Imam Hanafi. So kita tidak seharusnya mengikut pemimpin2 yang mengatakan bahawa sekiranya mengundi Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kamu akan dapat syurga ataupun pahala. Adakah syurga, pahala, dosa dan neraka di tangan Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam????? Inilah yang sebenarnya perlu di jelaskan oleh pemimpin2 Doktrin PAS bukannya melalut sehingga tak tentu arah perjuangan Doktrin PAS di buatnya hanya kerana nak menyunting sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya.]

No comments:

Post a Comment