Master of Katak si Katak Lompat in Sabah |
DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia
politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat
negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.
Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?
Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
Jadi Datuk keluar dari Umno kerana masalah dengan Ketua Menteri?
Dalam parti, saya hormatinya sebagai Ketua Perhubungan Umno Negeri,
tetapi dalam soal peribadi, mungkin beliau mengambil hati dengan saya
kerana saya terlalu lantang dalam menyuarakan masalah rakyat dan soal
perpaduan dalam parti.
Saya sering berkata dalam parti jangan ada cantas-mencantas, letak
calon sendiri untuk jatuhkan Ketua Bahagian Umno sendiri. Sebagai contoh
saya sendiri, Pada tahun 2008, Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah
Mohd Dun melawan saya, sedangkan pada waktu itu Musa sebagai Ketua
Perhubungan dan Ketua Menteri. Jika beliau rasa bertanggungjawab yang
tinggi, sepatutnya beliau boleh menasihatkan Ketua Wanita itu supaya
tidak bertanding.
Saya berkata begini kerana pertama, beliau sudah menang menjadi Ketua
Wanita. Keduanya, tiada kedengaran rakyat di kawasan Beaufort yang mahu
saya turun dari menjadi wakil rakyat. Selain itu, tiada keadilan kepada
pemimpin-pemimpin tertentu. Ada pemimpin yang dapat lebih, ada pemimpin
yang tidak dapat apa-apa. Umno sepatutnya adalah milik semua orang.
Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Apakah tiada sebab-sebab lain? Seperti pembangunan, contohnya.
Masalah utama adalah masih ramai lagi rakyat tidak mendapat bekalan
elektrik dan air sejak 49 tahun pembentukan Malaysia.
Rakyat masih meronta-ronta mahu mendapatkan bekalan air bersih. Malah
ada kawasan sudah dipasang paip namun airnya masih tiada.
Perkara ini sudah disuarakan saya sejak menjadi Adun lagi. Ketika saya
menjadi Timbalan Ketua Menteri pun saya sudah bawa isu ini ke hadapan.
Namun masalah air tetap berlaku
Saya juga melihat tahap pembangunan di Sabah masih tidak menyeluruh,
tidak sekata kerana masih banyak lagi kawasan masih belum menerima
pembangunan, tidak seperti di kawasan negeri lain. Sepatutnya
pembangunan dibawa ke kawasan ini.
Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Apakah penyelesaian yang Datuk cuba bawa?
Antara penyelesaian yang saya cuba bawa adalah projek tambatan banjir
di kawasan saya. Beaufort adalah daerah yang terkenal sejak setengah
abad dahulu kerana setiap tahun mesti tiga empat kali banjir. Perkara
ini sudah pun dibangkitkan tetapi sehingga hari ini tiada langkah yang
diambil oleh kerajaan negeri atau pusat.
Saya juga pernah bangkitkan isu banjir ini kepada kerajaan pusat.
Akhirnya saya diberitahu usul tersebut sedang dipertimbangkan. Hingga
hari ini tiada apa-apa lagi jawapan. Jadi, apabila begitu, sedangkan
saya menjadi wakil rakyat, maka saya tahu rakyat di kawasan saya akan
melihat saya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah ini.
Walaupun saya sebelum ini sebahagian dari kerajaan, namun saya masih
perlukan surat menyurat yang rasmi sama ada kepada kerajaan negeri atau
persekutuan agar projek-projek ini dapat direalisasikan.
Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Jadi adakah faktor tiada bekalan asas ini mendorong Ahli Parlimen atau Adun lain keluar parti?
Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka, tetapi saya ada bertemu
dengan pemimpin-pemimpin ini. Ramai dari pemimpin Sabah hanya menunggu
masa. Sama ada mereka akan menyertai mana-mana parti, itu terpulang
kepada mereka.
Saya mahu pemimpin Sabah sedar apa yang sedang berlaku sekarang.
Mengenai kepimpinan Ketua Menteri yang suka cantas-mencantas. Ramai
pemimpin Umno sejak dari 2008 sudah dicantas oleh beliau termasuklah
bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Yusoff Yaakob sedangkan
beliau termasuk dalam winnable candidate hanya kerana tidak sehaluan
dengannya.
Begitu juga dengan Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Said, dulu
menteri, dibuang oleh Musa. Sedikit contoh ini membuktikan bahawa
kepimpinan Sabah adalah kepimpinan one man show. Beliau sering
bertindak secara sendirian.
Selain itu, contoh cantas mencantas, Ketua Pemuda Umno Negeri, Azman
Ruslan, beliau tiada apa-apa masalah, hanya dilantik sebagai ahli
lembaga pengarah sebuah anak syarikat di bawah Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal. Shafie ini pun tidak
sehaluan dengan Musa. Hanya kerana tidak sehaluan, Azman menjadi mangsa.
Azman adalah pemimpin yang cukup berwibawa, dengan kelayakan sebagai
seorang peguam syariah, beliau amat sesuai menjadi pemimpin namun tetap
juga dicantas. Kenapa ia berlaku?
Kerana ada konflik antara Musa dan Shafie maka akhirnya Ketua Pemuda
Negeri menjadi mangsa. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku.
Begitu juga yang berlaku kepada saya, saya dibuang pada tahun 2004
sebagai Timbalan Ketua Menteri. Saya menang tanpa bertanding. Hanya
kerana calon BN kalah di Dun Kuala Penyu. Pada ketika itu saya hanyalah
Ketua Bahagian dan saya dituduh mensabotaj calon BN itu.
Kekalahan calon BN di Dun Kuala Penyu itu besar, dengan majoriti lebih
dua ribu. Kalau benar saya sabotaj, tidak mungkin saya dapat membawa
lebih dua ribu pengundi tidak mengundi calon BN. Saya menjadi mangsa. Sejak dahulu lagi, memang ramai yang mahu menukarkan saya. Malah
menjelang PRU13, ada berkata saya tidak akan menjadi calon lagi. Saya
tidak tahu apa silap saya. Memang saya tidak nafikan ada juga yang tidak
menyokong saya, tapi saya berani katakan di kawasan Beaufort, majoriti
masih memilih saya menjadi calon.
Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Adakah Datuk sebelum ini memang mahu keluar dari Umno kerana krisis yang sama atau yang berlainan?
Pada saya, apabila saya menyertai Umno, saya harap Umno berkemampuan
untuk melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan yang dahulu. Jadi
saya sanggup berkorban dengan keluar dari Parti Bersatu Sabah (PBS)
dengan berfikir Umno mampu selesaikan masalah rakyat.
Masalah-masalah utama pada ketika itu adalah pendatang tanpa izin,
masalah pembangunan, ekonomi dan mencari cara mengeluarkan rakyat dari
kemiskinan tegar, itu yang saya harapkan.
Tetapi selepas 18 tahun BN mengambil alih dan sistem penggiliran Ketua
Menteri diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Sistem ini cukup rosak dan teruk sehingga ekonomi Sabah pada
ketika itu jatuh merudum.
Kemudian nilai pula dengan kenyataan TKM Sabah Joseph Pairin Kitingan:-
Tan Si Joseph Pairin Kitingan |
Sambil menyifatkan ia sebagai usaha pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata rakyat boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di negeri ini daripada pelbagai segi seperti kemudahan asas, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
"Sejak saya berkecimpung dalam arena politik pada tahun 1975 atau 1976, saya melihat sendiri bahawa negeri Sabah suatu ketika dulu banyak kekurangan termasuk daripada segi prasarana, infrastruktur, pendidikan, bekalan elektrik dan air.
"Namun keadaannya kini jauh berubah. Terdapat perubahan yang ketara di mana banyak kemudahan yang kita boleh lihat sendiri sekarang seperti jalan raya, elektrik, bekalan air, sekolah dan institusi pengajian tinggi (Universiti Malaysia Sabah) di Sabah termasuk di kawasan Kiulu," katanya.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat Agung PBS Bahagian Kiulu di Dewan Serbaguna Kiulu, di sini, hari ini.
Selain itu, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini giat mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Sambil menyifatkan Najib sebagai 'doktor politik', Pairin berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa turun padang untuk mengubati atau menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar atau terpencil.
"Najib benar-benar mendengar keluhan dan keperluan rakyat. Sebab itu, beliau sanggup turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat termasuk di kawasan saya Tambunan," katanya sambil menambah Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang menjejak kaki di daerah Tambunan.
Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terkeliru dengan taktik pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja semata-mata untuk merebut kuasa kerana "tiada negara di dunia yang tiada kelemahan dan kekurangan termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat".
Katanya Perdana Menteri juga komited menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin khususnya di Sabah apabila bersetuju meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah itu.
Sehubungan itu, beliau meminta penduduk Kiulu memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment