SHAH ALAM, 30 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan Himpunan Bersih pada 9 Julai depan sebagai Hari Gotong Royong Perdana Peringkat Negara. Sebelum itu, beliau menggambarkan suasana hanyir dan meloyakan dengan segala macam sampah sosial berselerakan di seluruh pelosok negara menerusi sebuah sajak khas untuk Bersih. Antara bait sajaknya berbunyi: 'Rasuah berselerak di laman politik negara' yang menggambarkan keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih. Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini. Ustaz Nasrudin berbuat demikian mengakhiri pidatonya di Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini malam tadi. Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; wakil Suaram, K Arumugam, Ketua Muslimat Selangor, Ustaz Wan Hasrina Hassan. Berucap sama adalah Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan. Dalam ucapannya juga, Nasrudin menyatakan memang tunjuk perasaan atau demontrasi mesti dilakukan secara beramai-ramai dan tidak boleh dilakukan seorang diri. “Pergilah buat demontrasi seorang diri di mana-mana tepi jalan atau pun taman bunga dan menjeritlah kuat-kuat, bukan FRU yang datang tapi ambulans kerana dikatakan orang itu sudah tidak betul,” selorohnya. Ustaz Nasrudin juga sempat membetulkan kefahaman rakyat tentang erti sebuah hadis. Menurutnya, selama ini orang ramai menterjemahkan hadis berkenaan dengan erti yang salah menyebabkan tiada apa-apa berlaku meskipun sudah lama membaca hadis tersebut. Katanya, perkataan 'mengubah' dalam Hadis bila kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangan, lidah dan hati itu perlu dibetulkan kepada perkataan 'menukar'. Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar jangan bimbang kerana Pemuda PAS Malaysia menyediakan semua keperluan seperti 300 peguam dan paramedik terdiri daripada pengamal perubatan yang akan memberikan rawatan awal jika berlaku apa-apa melibatkan kecederaan. Sementara itu, Zamri juga memberi jaminan 300 peguam akan berkhidmat pada hari itu. "Mereka bukan sahaja datang untuk memberikan khidmat nasihat perundangan kepada peserta Himpunan Bersih malah mereka juga akan berarak sama pada 9 Julai depan," tegasnya. |
Thursday, June 30, 2011
Ketua Pemuda Pas kata 9 Julai "Hari Gotong Royong Negara" kerana keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih. Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini. [Sebenarnya PAS memang takut kalah dalam PRU13 nanti. Petunjuk telah ada dalam PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau kemudian di susuli dgn PRN Sarawak, di mana PAS gagal di dalam persaingannya dgn UMNO utk menjadi juara umat Melayu dan Islam. Maka apabila AMBIGA BERSIH ingin menganjurkan BERSIH di bawah bendera NGO walaupun semua tahu bahawa dalangnya adalah "AAAnugerah Tuhan", PAS dengan rela hati mengatakan bahawa PAS sanggup berjuang bersama-sama dgn AMBIGA BERSIH utk memBERSIHkan kekotoran tersebut yg telah di cipta oleh PAS dan Pakatanal Rakyatul Syaitan sendiri. Ketidak BERSIHan pilihanraya Malaysia adalah disebabkan oleh persepsi fitnah dan pembohongan PAS, PKR dan DAP aka Pakatanal Rakyatul Syaitan kerana takut kalah dalam PRU13 nanti yg mana 4 negeri yg diperintah sekarang telah memberi sedikit buffer zone kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan utk bergerak tetapi gagal utk merealisasikan janji-janji PRU12 yg menyebabkan rakyat mula naik mual dan jelak dgn perangai ala gangster Pakatanal Rakyatul Syaitan ini. Ini di celarukan lagi dgn kenyataan Presiden PAS yg mengatakan akan menyeru semua ahli-ahli PAS utk menyertai Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini. Walaupun Presiden PAS tahu bahawa ahli-ahli DAP dan PKR yg berbangsa Cina dan India tidak akan menyertainya tetapi Presiden PAS dgn muka tebal tetap menyeru ahli-ahlinya menyertainya kerana utk menundukkan kerajaan UMNO/BN yg telah menjadi mush azali mereka sejak 54 tahun merdeka dgn sorakan "Kebajikan, Kebajikan, Kebajikan" tetapi siapa yg dikebajikan. Nampak gayanya umat Melayu dan Islamlah yg akan dikebajikan oleh AMBIGA BERSIH kerana DAP tahu bahawa yg akan melaksanakan kerja jahat dan kotor adalah umat Melayu dan Islam, kaum Cina dan India akan jadikan kotak undi sebagai senjata mereka. Ini menunjukkan bahawa PAS hanya menggunakan Islam sebagai landasan utk menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal. Bagi PAS Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini adalah penentangan terhadap kerajaan UMNO kerana UMNO itu tidak Islam dan kafir serta zalim, menindas rakyat dan merosakkan akidah rakyat tetapi PAS lupa bahawa yg ditentang itu adalah kerajaan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yg telah memberi rung kepada PAS utk berkembang termasuklah pemimpin-pemimpinnya. Natijahnya "Hari Gotong Royong Negara" Ketua Pemuda PAS itu lebih kepada "Hari Barua dan Keldai AMBIGA BERSIH" memperok peranda dan menggangu ketenteraman serta kepentingan awam. Inilah yg dikatakan bagaimana PAS melaksanakan kebajikannya kepada rakyat iaitu memperjudikan ketenteraman dan kepentingan awam berlandaskan fatwa dan dalil songsang PAS yg telah banyak memecah belahkan umat Melayu dan Islam...
Wednesday, June 22, 2011
Siapa yg menjadi "barua dan keldai AMBIGA BERSIH". Jangan sertai AMBIGA BERSIH...
Kita turunkan gambar-gambar ketika perhimpunan HARAM BERSIH edisi 2007 di Kuala Lumpur iaitu setahun sebelum PRU12.
Siapa yg menjadi "barua dan keldai" |
Kita rasa sedih kerana anak muda umat Melayu dan Islam amat mudah dipergunakan oleh kaum lain bagi membawa masej utk rakyat kononnya. Sebaliknya umat Melayu dan Islam di gunakan sebagai perisai kaum lain utk melakukan dan memaksa kerajaan supaya mematuhi syarat-syarat mereka kalau tidak kita akan ajak rakyat berdemo di jalanan lagi. Inilah contoh bagimana kita menang sorak tapi kampung tergadai akibat drp perasaan iri hati, dendam dan niat buruk terhadap kerajaan sedia ada.
Mengapa pelajar IPTA dan IPTS perlu terlibat |
Mengapa pelajar IPTA dan IPTS perlu terlibat dalam kancah demo jalanan yg tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa baik pelajar mahupun pihak penganjur ataupun kerajaan. Pelajar IPTA dan IPTS harus sedar bahawa kerajaan yg sedia ada sekarang telah memberi banyak ruang dan kelonggarn utk pelajar-pelajar IPTA dan IPTS berhubung dgn pihak kerajaan tetapi ianya jarang digunapakai oleh pelajar-pelajar di negara ini. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS hanya tersangkut dgn pihak pembangkang yg banyak memberikan persepsi fitnah dan pembohongan tentang kerajaan ke dalam sanubari pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Akibatnya pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh dgn budaya demo jalanan yg telah di pelupori oleh "AAAnugerah Tuhan" di zaman studentnya. Adakah ini contoh modal insan yg sedang di bina oleh kerajaan utk dijadikan icon masa hadapan?
Adakah mereka ini mengetahui tujuan BERSIH |
Adakah makcik-makcik ini mengetahui apakah tujuan BERSIH tersebut. Adakah BERSIH itu betul-betul BERSIH. Adakah BERSIH itu tidak mempunyai agenda lain selain drp menyerahkan Memo kpd Agong. Kalau nak menyerahkan Memo mengapa harus melaksanakan demo jalanan? Kesian makcik-makcik ini yg diheret bersama-sama utk menjayakan agenda sulit Pakatanal Rakyatul Syaitan iaitu mengambil negara secara demo jalanan.
Apa matlamat BERSIH |
Adakah bersorak dan menyuarakan bantahan secara demo jalanan adalah matlamat BERSIH atau BERSIH adalah satu pergerakan utk menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia memang zalim, menindas, tidak demokratik dan tidak telus dalam mengadakan pilihanraya dan menafikan hak-hak rakyat yg telah di berikan dalam Perlembagaan Malaysia. Matlamat BERSIH hanya nak porak peranda Malaysia dan memalingkan perhatian rakyat serta dunia ke arah kerajaan Malaysia bukan kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan yg sekarang menghadapi masalah rumit iaitu bagaimana nak melenyapkan isu-isu moral dan akhlak peribadi ayam tambatan mereka "AAAnugerah Tuhan". Pakatanal Rakyatul Syaitan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain drp BERSIH utk mengembelingkan kembali sokongan rakyat terhadap Pakatanal Rakyatul Syaitan dgn cara demo jalanan seperti yg telah dilaksanakan sebelum PRU12. Kita berpendapat pisang tidak akan berbuah dua kali dan rakyat sekarang tidak segila di zaman pimpinan Abdullah Badawi di mana rakyat marah kerana kenaikkan harga minyak yg terlalu mendadak telah melenyapkan segala-gala kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Momentum itu tidak akan berlaku semasa PRU13 akan datang kerana kerajaan pimpinan YAB PM telah memberikan kedudukan selesa dan perhatian kepada permasalahan rakyat dgn berbagai sokongan utk mengurangkan bebanan rakyat akibat drp kenaikkan harga minyak dunia.
Mana pergi kaum lain dalam BERSIH |
Mana perginya kaum-kaum lain yg berada dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan. Mengapakah BERSIH ini hanya melibatkan umat Melau dan Islam sahaja. Adakah kerajaan sekarang menindas dan membelakangi umat Melayu dan Islam. Adakah umat Melayu dan Islam ini memang senang utk dipengaruhi terutamanya PAS yg memang berdendam dgn UMNO/BN. Kita tengok DAP mereka tidak hadir dalam demo jalanan kerana mereka tahu bahawa ianya akan mendatang kerugian kepada ekonomi mereka dan membuang masa sahaja. Mereka biarkan pemimpin-pemimpin mereka sahaja menyertainya kerana mereka tahu bahawa kaum yg akan menjadi "barua dan keldai" pemimpin-pemimpin mereka ialah umat Melayu dan Islam. Ini dapat kita saksikan bahawa tiada kaum lain selain drp umat Melayu dan Islam sahaja yg menyertai BERSIH ini. Mengapakah ini terjadi kepada umat melayu dan Islam di Malaysia?
Di mana amannya BERSIH |
Adakah dgn menganggu gugat ketenteraman awam dan kepentingan awam serta perniagaan org lain itu sudah di katakan Perhimpunan BERSIH itu aman. Sedangkan apabila diteliti gambar di atas nampak sangat akan ketidak amannya Perhimpunan haram BERSIH tersebut kerana telah menghalang perniagaan dan menghalang kunjungan orgramai ke gedung-gedung dan bazar-bazar perniagaan, memporak-perandakan suasana dan menggangu ketenteraman awam serta mematahkan sumber rezeki org lain. Inilah yg dikatakan dalam Islam yg memudaratkan lebih drp yg mendatangkan kebaikkan. Maka hentikan penganjuran Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH dan jangan jadi "barua dan keldai AMBIGA BERSIH".
Di mana BERSIHnya |
Friday, June 17, 2011
Kartun Zunar vs Kartun Utusan Malaysia...di mana letaknya pendirian PAS...
Wednesday, June 15, 2011
Siapakah pilihan kita...[Transformasi politik, ekonomi dan sosial atau Jom Ubah Selamatkan Malaysia]
Subscribe to:
Posts (Atom)