Saturday, April 16, 2011

Telah terbukti di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau, Kerdau sekarang Sarawak...Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi dibelakang BARISAN NASIONAL...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpNz9i85h0EXR3FzlZjMEKcwob9fW1fhHtTsd9GBtPzbStgXr_MFaQ6EHN7Gtm01fs16PTBhpbJ-87PGTQYAJCRIY-EsuKkAlAoC3pdV7K2TMRdNgTbJSSWfT3VBOnPg65NIeL272JPSw/s1600/log.jpg
Parti kepercayaan rakyat Malaysia


Nampaknya Pakatanal Rakyatul Syaitan gagal dalam conquest utk menubuhkan kerajaan negeri di Sarawak. Walaupun Pakatanal Rakyatul Syaitan menyerang BARISAN NASIONAL dgn berbagai-bagai peluru berpandu tetapi BARISAN NASIONAL berjaya mempertahankan kubu-kubunya dgn menangkis serangan tersebut sungguhpun terpaksa mengorbankan kubu-kubu di kawasan bandar yg banyak di tawan oleh tunjang Pakatanal Rakyatul Syaitan iaiu DAP...

Ini memperlihatkan kepada kita bahawa trend dan pola pengundian tersebut akan berterusan di masa PRU13 di mana DAP akan bertanding di kawasan bandar yg di duduki oleh sebilangan kaum Cina yg sudah pasti akan menyokong DAP kerana sikap perkauman dan anti kerajaan BARISAN NASIONAL yg di tunjangi oleh UMNO sedangkan PKR dan PAS akan mengalami kekalahan di kawasan-kawasan lain bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia siapa sebenarnya yg berkuasa di Malaysia [adakah kaum Cina ataupun kaum-kaum yg lain]...

Pilihanraya di Sarawak ini juga mencerminkan bahawa sokongan rakyat terhadap BARISAN NASIONAL sangat kuat dan jitu bukan senang hendak di ganggu gugat walaupun serangan peribadi terhadap kepimpinan negeri telah di lancarkan di saat-saat akhir kempen tetapi pengundian oleh rakyat Sarawak menunjukkan bahawa pengundi Sarawak masih berdiri di belakang BARISAN NASIONAL. Ini menunjukkan kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan bahawa kalau hendak tumbangkan BARISAN NASIONAL maka hendaklah tumbangkan tunjang BARISAN NASIONAL di Sarawak khasnya iaitu PBB dan di Malaysia amnya iaitu UMNO. Parti komponen boleh tumbang tetapi sekiranya parti tunjang yang tumbang maka dominasi BARISAN NASIONAL akan tumbang.

Bagaimana Pakatanal Rakyatul Syaitan nak lakukan perkara tersebut sedangkan parti tunjang Pakatanal Rakyaktul Syaitan iaitu DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan kaum Cina sahaja. Bagaimana di kawasan-kawasan yg penduduknya berbilang bangsa siapa drp Pakatanal Rakyatul Syaitan akan bertanding? Adakah PKR dan PAS? Kita mesti ingat bahawa PKR dan PAS telah di tolak oleh org Melayu kerana jadi barua dan dongkey DAP...

Kita telah memberi peluang kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan di Sarawak tetapi gagal utk manfaatkan peluang tersebut. Ini bermakna Penasihat PKR tersebut kenalah berundur bagi org lain memimpin PKR utk menghadapi PRU13 nanti tak payahlah panggil dan buat ceramah ulamak utk menegakkan benang yg sememangnya sudah basah sedang segala yg di lemparkan di lontarkan kepada BARISAN NASIONAL adalah fitnah dan pembohongan sahaja...

Kita mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Sarawak yg telah mengundi BARISAN NASIONAL dan meletakkan BARISAN NASIONAL sebagai pemerintah selama 5 tahun lagi. Ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak perlukan transformasi bukannya perubahan. Perubahan hanya berlaku di kawasan bandar sahaja tetapi tarnsformasi akan berlaku di banyak kawasan pnggir bandar dan di luar bandar.

Kita rasa apa yg telah di katakan oleh YAB PM pasti akan ditunaikan oleh kerajaan BARISAN NASIONAL kerana ianya bertetaptan dgn slogan 1 Malaysia iaitu rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan...

No comments:

Post a Comment