Monday, February 28, 2011

Inilah contoh akibat terlalu mengharapkan undi Cina maka undi Melayu tercicir...dengar guruh bertembakkan di langit air dalam tempayan di curahkan tetapi hujan belum nak turun lagi.....

Sokongan pengundi Cina bimbangkan PAS?

Ibarat "seni yang memungkinkan kemustahilan" itu sendiri menjelaskan bahawa politik kadang-kala melangkaui "logik".  Kemenangan tidak semestinya menjanjikan kesenangan, jikalau tidak dikendalikan dengan baik; sokongan pula tidak semestinya mendukung, tetapi boleh juga meruntuhkan sesebuah parti politik.  Demikianlah dilema PAS yang perlu dikendalikan dengan cermat - apabila sokongan Cina terhadap parti ini kelihatan lebih terserlah daripada undi tradisionalnya yang bersumberkan Melayu-Muslim.
 
Pertama, sesungguhnya PAS melalui Pakatan Rakyat berjaya meraih undi Cina, namun pola pengundian juga menunjukkan penurunan undi Melayu di kawasan desa terhadap PR.  Realitinya, kebanyakan calon PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu, dan jelas pola pengundian terkini tidak memihak kepada PAS.  

Keduanya, PAS-PR yang diserang media milikan pemerintah terpaksa meyakinkan Melayu bahawa kepentingan kaum majoriti ini tidak akan tergadai, seandainya PR menawan Putrajaya.  Apabila retorik ini terlebih dikumandangkan, ia memberi persepsi kepada masyarakat bukan Melayu bahawa PAS-PR tidak berbeza dengan UMNO-BN.

Malah, peristiwa sejarah parti mungkin menghantui sesetengah pemimpin PAS yang mahu "menasionalkan" partinya.  Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menginstitusikan bukan muslim dalam kerangka parti PAS, dikhuatiri mengulangi nasib Chinese Consultative Council (CCC), yang dikambing-hitamkan selepas kekalahan PAS dalam PRU 1986.  Presien PAS ketika itu, Yusof Rawa melihat pertikaian terhadap CCC sebagai undi tidak percaya terhadap dirinya, lantas beliau letak jawatan atas nama "prinsip".
 
Bagaimanapun, beliau berjaya dipujuk untuk menarik balik keputusan itu.  Cuma, seperti namanya dalam bahasa hokkien, CCC mati begitu sahaja.  Kira-kira dua dekad kemudian, anak Yusof Rawa, Mujahid (gambar kiri) menghidupkan semula jiwa CCC, bertubuhkan Kelab Penyokong PAS - setelah beliau menyandang jawatan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Wawancara bersama Mujahid Yusof dijalankan pada 13 Februari 2011 di ibu pejabat PAS, selepas PAS kecundang dalam PRK Tenang.  Penulis buku Menuju PAS Baru - Krisis, Peluang dan Dinamisme ini merungkaikan dilema PAS-Pakatan Rakyat, dalam alam nyata politik tanahair.

Pola pengundian yang tidak menyenangkan PAS

Sokongan bukan Melayu, khususnya komuniti Cina terhadap PAS merupakan lonjakan besar dalam sejarah politik Malaysia.  Namun pada masa yang sama, sokongan Melayu tidak memperlihatkan kadar yang sama.  Dari perkiraan matematik, DAP paling menguntung kerana bertanding di kawasan majoriti Cina.  PKR yang bertanding di kawasan campuran pula, masih menyimpan harapan, seandainya nisbah pengundi Cina agak tinggi, dan terletak di kawasan bandar.  PAS yang bertahan di kawasan desa, majoriti Melayu bagaimanapun berdepan dengan kesukaran, apabila diasak UMNO-BN dengan pendirian yang lebih konservatif.

Mujahid enggan berselindung, meluahkan kebimbangannya di sebalik pola yang disifatkannya "menarik" ini.  "Membimbangkan, kerana saudara sebut tadi, kerana PAS bertanding dalam kerusi yang banyak Melayu.  Itu satu isyarat yang tidak baik.  Dan sudah tentu DAP mungkin lebih selesa, untuk mengukuhkan lagi bahawa mereka tidak ada masalah, kerana Cina masih tetap mengundi mereka," katanya.
 
"Cuma ada kesannya secara menyeluruh kepada Pakatan ialah, DAP sendiri pun tidak mungkin selesa, kalau kita bercakap tentang strategi yang lebih besar, iaitu strategi nak pergi ke Putrajaya.  Bahawa bagaimanapun, DAP mengharapkan PAS meningkatkan sokongan undi Melayu, supaya sama-sama kita boleh pergi ke Putrajaya."

Mujahid menyambung, "Dan kita juga berdepan dengan masalah PKR, misalnya masalah dalaman yang pelbagai, yang masih menimbulkan orang tak percaya kepada PKR.  Walaupun itu masalah PKR tapi memberi impak kepada Pakatan."

Sebagai penyelesaiannya, Dasar Pakatan Rakyat diketengahkan, untuk meyakinkan rakyat Malaysia, khususnya Melayu bahawa tiga tunggak, iaitu kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan istimewa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak berubah, seandainya PR menawan Putrajaya.

Melayu belum yakin dengan retorik PR

"Itulah yang saya cadangkan dalam buku saya, iaitu menasionalkan PAS.  Makna PAS mesti bergerak dalam kerangka perlembagaan, supaya orang Melayu percaya bahawa apa yang akan tukar nanti, untuk bagi (undi) kepada PAS, dia tidak akan rasa bimbang hilang dia punya hak keistimewaan, Raja-Raja Melayu, dan juga Islam sebagai agama rasmi persekutuan."
 
Beliau berterus-terang, "Cuma, kerana orang Melayu masih belum yakin lagi dengan retorik kita ini, maka sebab itu saya rasa, termasuk sekali serangan media kepada kita, menyatakan habislah, kalau Pakatan menang, Melayu habis, DAP akan menguasai.  DAP anti Melayu, anti Cina blah blah blah..."

Beliau meneruskan, "Orang Melayu buy that (termakan dengan kenyataan sebegitu), they buy that, they buy that.  Hingga hari ini, kita belum dapat betul-betul meyakinkan orang Melayu bahawa kalau kami, Pakatan menang, segala hak dan keperluan kamu itu tetap akan terbela dari segi perlembagaan yang ada, dengan memberi satu suntikan baru kepada makna hak orang Melayu tu apa?  Tapi persepsi ini masih sukar diubah lagi."

Ia menjelaskan mengapa PAS mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, untuk memberi gambaran kepada masyarakat Melayu bagaimana PAS sebagai parti Melayu yang besar, mampu memberi pembelaan yang lebih baik kepada Melayu dalam kerangka PR berbanding UMNO.  Misalnya, melalui peningkatan pendapatan isi rumah dari RM1700 setiap bulan kepada RM4000.

Dari kaca mata bukan Melayu: Sama retorik dengan UMNO...

Wartawan MerdekaReview mengambil kesempatan untuk berkongsi pengamatan bahawa PAS, atau PR mungkin berada dalam dilema - sementara menangkis serangan UMNO, PR perlu lebihkan jaminan bahawa hak Melayu dan Islam tidak akan tergadai.  Dari kaca mata masyarakat bukan Melayu, ia retorik yang tiada beza dengan UMNO, dan mungkin mencungkil kesangsian terhadap PAS atau PR.
 
"Kami jelas.  Pertama tentang Islam sebagai agama rasmi persekutuan, agama lain bebas untuk diamalkan, artikel ke-11.  Kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia, dan Raja-Raja Melayu.  Ini bukan retorik PAS.  Ini adalah dokumen persetujuan Pakatan Rakyat.  Dap menerimanya!"

Mujahid kemudian meneruskan, "Sejauh mana DAP meyakinkan orang Cina, itu satu soalan juga.  Ini dokumen rakyat, dia (DAP) pun kena cakap begitu juga dengan masyarakat Cina.  PKR pun kena cakap begitu juga dengan masyarakat Cina.  Kami (PAS), bercakap sama juga, ketika saya berjumpa dengan orang Cina.  Sebab ini dokumen bersama.  Jadi tidak menimbulkan keresahan."

"Dokumen mungkin tidak bermasalah.  Tetapi apabila buat program seperti Kongres Pengupayaan Melayu (nama ini digunakan ketika wawancara dijalankan), ia memberi persepsi (kepada bukan Melayu) untuk Melayu saja.  Ia sama juga (dengan UMNO)..." jelas wartawan.

DAP cakap pasal Melayu?

Mujahid menafikan, sebelum menjelaskan, "Sebab itu saya pun kena fahamkan juga orang bukan Melayu.  Itu saya kata mengapa saya cakap orang Melayu, orang cakap saya rasis.  Saya bercakap tentang, apa yang Pakatan perlu tawarkan kepada Melayu.  Sebab di Malaysia ni, kamu tak boleh lari dari racial divide.  Suka atau tidak, pada masa peralihan ini, saya kata peralihan kerana matlamat kita adalah tiada politik perkauman pada akhirnya."
 
"Dalam konteks pelbagai kaum yang ada, PAS tidak boleh lari daripada meyakinkan orang Melayu.  Kalau tidak, strategi Pakatan akan gagal begitu saja.  Kamu tak boleh mengharapkan DAP untuk bercakap kepada Melayu, malah PKR, dalam perkara itu.  Melayu hanya akan dengar kepada PAS, kalau mereka mahu dengar, apabila kamu berbicara tentang Melayu."

Wartawan menjelaskan bahawa pertikaian itu adalah "persepsi", lantas Mujahid menjawab, "Persepsi itu hanya timbul apabila MCA bising.  Kami tak buat apa-apa dia pun akan bising juga.  Jadi, kita tak boleh selalu berada pada kedudukan defensif.  Yang penting ialah kejelasan kita."

Mujahid membezakan apa yang sedang dilakukan dalam kerangka PR dengan UMNO, dengan menekankan bahawa wujud ketidakseimbangan kini di mana orang Cina sudah bersedia untuk berubah dan Melayu di sebaliknya.  Beliau mengingatkan bahawa PR tidak boleh mara ke depan tanpa keyakinan Melayu terhadap PR.
 
Maka misi menjelaskan keadaan PR kepada komuniti Cina terletak pada bahu DAP.  Ketika ditanya sejauh manakah DAP memainkan peranan tersebut, Muhajid menganggap DAP memang memahami keperluan PAS dalam menghadapi isu Melayu, cuma perkembangan ini sedikit terbantut kerana serangan media.

Beliau mengambil contoh bagaimana DAP membela calon PAS dalam isu salam (berjabat tangan dengan lelaki) ketika PRK Tenang, sesuatu yang menarik untuk Mujahid.  PAS sebaliknya, dengan mengambil contoh dirinya sebagai pemimpin di Pulau Pinang, menjelaskan kepada masyarakat Melayu-Islam tentang kejayaan DAP membela orang Melayu di Pulau Pinang.

Tiruan model Barisan Nasional?

Namun, bentuk kerjasama ini mencungkil persoalan seterusnya, sama ada ia satu tiruan (cloning) daripada model Barisan Nasional, dengan UMNO menyasarkan Melayu, MCA menyasarkan Cina dan MIC menyasarkan India?
 
"Sebagaimana yang saya kata, kami sedang melakukan reformasi terhadap sesuatu yang diterima sebagai norma untuk 50 tahun yang lalu.  Kamu tidak dapat mengubahnya dalam masa sehari.  Saya percaya ini, kamu tidak dapat mengubahnya hanya sekelip mata," ulanginya.

Mujahid meneruskan, "...terutamanya dalam situasi di mana liputan media adalah tidak bebas, terutama wujudnya kawalan yang ketat terhadap maklumat.  Dalam keadaan sebegini, kami tidak boleh mengharapkan revolusi.  Jadi, seandainya kamu bertanya kepada saya, adakah ini tiruan kepada amalan BN selama ini, saya akan kata tidak."

"Ini bukan tiruan, ini adalah realiti yang terpaksa kita hadapi sebelum kita boleh melakukan apa-apa reformasi yang menyeluruh (total reform), dengan menghapuskan politik perkauman," tegas Mujahid, "...dan saya sebagai ahli politik, mungkin berbeza dengan kamu sebagai idealis.  Sebab kami berada di gelanggang.  Kami berdepan dengan realiti.  Betapa ideal menjadi panduan kami sekalipun, saya perlu realistik.  Sekali lagi, saya ulang, apapun retorik yang kami ungkapkan, 'Ubah sekarang, Maju ke Putrajaya', apapun retorik itu, racial divide masih di sana apabila kamu turun ke gelanggang."

Berdepan dengan realiti

Apabila bercakap tentang realiti, Mujahid tanya, "Bolehkah DAP bercakap kepada orang Melayu, tentang pengupayaan orang Melayu, siapa nak pergi dengar?"
 
Suasana menjadi senyap sejenak selepas soalan itu dilontarkan, sebelum gelak ketawa daripada wartawan bersama Mujahid mengisi udara.  Sambil menahan ketawa Mujahid bertanya, "Ini realpolitik kah?" 

Beliau menyusul jenakanya, dengan meniru cara pertuturan orang Cina, "Bolehkah PAS, pergi buat satu konvensyen orang Cina, bagi tahu berniaga macam mana, orang Cina maju.  (Orang akan kata) Gila punya oranglah..."

Mujahid kembali kepada persoalan, "Saya mungkin menyetujui kamu dengan idealisme.  Saya harap sebelum saya meninggal dunia saya sempat melihat Malaysia tanpa perpecahan kaum (racial divide).  Sebagai seorang Malaysia, saya berharap saya dapat tutup mata dalam keadaan tersebut.  Namun, sebelumnya, saya perlu berhadapan dengan apa yang ada di depan saya."

Semuanya bermula dari retorik

Mujahid mengambil contoh penubuhan DHPP sebagai langkah PAS ke depan untuk membuktikan bahawa parti ini bukan rasis.  Bagaimanapun, DHPP mencungkil pertanyaan wartawan, bahawa ia dilihat lebih mengutamakan form (bentuk) dan bukan intipati, malah mungkin "superficial".
 
"Saya mungkin bersetuju dengan kamu.  Apa-apa yang kamu lakukan pada peringkat awal, adalah superficialCome on, this is an Islamic Party, man!...for the past 50 years.  Dengan adanya bukan muslim di situ, sama ada superficial atau tidak, bagi saya adalah sesuatu yang belum pernah berlaku.  Kamu boleh kata itu superficial, apa-apa sahaja... tetapi ia satu transformasi PAS untuk menjadi sebuah parti yang mempunyai sayap bukan muslim.  Dan tahukah kamu, ia badan yang halal (legitimate body), bukan badan yang tidak diiktiraf.  Ia mempunyai peraturannya sendiri, bagaimana ia dikaitkan dengan parti..."

Mujahid merendahkan nadanya, "Pada tahap ini, dengan umur... baru (tahun) 2009 kita lancarkan, jadi umurnya sekarang baru setahun.  Saya boleh fahamlah kalau orang kata ini retorik, tetapi semua benda bermula dengan retorik.  Sebagai orang di sebalik semua ini, saya boleh menjamin kepada kamu, apa yang menjadi keprihatinan dan tujuan saya, adalah untuk membuktikan kepada orang Malaysia bahawa PAS melangkaui pertimbangan batas perkauman.  Pada hakikatnya, saya harap mereka menjadi anggota penuh parti.  Sekali lagi, realiti!"

Mengulangi nasib CCC?

Mengungkit DHPP, ia semestinya mencungkil ingatan Mujahid terhadap usaha yang dimulakan ayahandanya, Allahyarham Yusof Rawa dengan penubuhan CCC pada tahun 1980-an.  Mujahid mengakui bahawa dirinya sekadar melanjutkan idea CCC, yang dibubuh noktah hayatnya, dalam tempoh yang singkat.
 
Yusof Rawa membuka lembaran Kepimpinan Ulamak apabila mengambil alih kepimpinan PAS pada tahun 1983.  Bermula dengan konsep "keadilan untuk semua" di bawah Islam, Yusof Rawa cuba menerokai undi Cina, atau sekurang-kurangnya menjangkau komuniti ini meskipun tidak mendapat sokongan daripada mereka.  Kebetulan MCA bergelut dengan krisis dalamannya pada tahun 1980-an, dan beberapa anggota MCA datang berjumpa dengan PAS.  CCC ditubuhkan, dan beberapa orang bertanding di atas tiket CCC, yang merupakan sebahagian daripada PAS.

Bagaimanapun, usaha ini gagal, dan dijadikan alasan PAS kecundang di kawasan Melayu.  "Kita kalah teruk dalam Melayu sendiri, salah satu alasan yang dia kata, ini sebab CCC-lah.  Sebab orang Melayu sudah tak percaya sama PAS, orang PAS sudah baik dengan orang Cina.  Jadi hilang undi Melayu," Mujahid menceritakan apa yang diperdebatkan ketika itu.  Lebih menarik, pemimpin yang membawa usul untuk menolak CCC pada ketika itu adalah Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam hari ini.
 
Usul Khalid Samad (gambar kiri) dilihat sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Yusof Rawa, yang meletak jawatan kemudiannya.  Bagaimanapun, beliau dipujuk untuk menarik balik keputusan tersebut, dan memimpin PAS selaku Presiden sehingga tahun 1989.

Kisah lama ini mengundang soalan berbunyi, apakah PAS kini memiliki keyakinan dalam dirinya - memandangkan PAS pernah menyalahkan CCC kerana kononnya menyebabkan kekalahannya di kawasan Melayu, dan adakah DHPP akan mengulangi nasib CCC, jikalau PAS tewas dalam PRU akan datang?

"Kita berdepan dengan keadaan yang sama.  Orang PAS bawah pun ada yang tidak faham.  Tapi, memandangkan ia adalah keputusan pimpinan, dan saya telah memberi penjelasan di merata-rata kepada anggota PAS, (tentang) mengapa perlunya orang Cina dan sebagainya..."

Beliau menambah, "Lagipun saya menyatakan, kalaupun kita tidak mendapat undi semata-mata kerana Dewan ini, tetapi sekurang-kurangnya mereka memahami dasar PAS, sudah cukup bagi saya.  Saya rasa pada ketika ini kami tidak berhadapan lagi dengan masalah, sebab sekarang kita masih mampu reserve undi Melayu yang ada, walaupun sikit menurun.  Tapi pada waktu yang sama juga kita telah melihat peningkatan undi orang Cina kepada PAS."

"Saya tidak menyatakan bahawa ini semua disebabkan oleh Dewan Himpunan (Penyokong PAS).  Saya tidak menganggap begitu.  Ia banyak berkaitan dengan senario, misalnya DAP, dan orang Cina tidak suka dengan regim racial ini.  Tapi kamu mesti faham, bahawa apa yang beri ruang kepada kami...jadi apakah cara untuk sampai kepada mereka?  Dewanlah!  0.5% pun saya rasa banggalah, itu sumbangan saya," katanya.

Adakah kaum India di Malaysia di pinggirkan spt kata Si Hindraf......Adakah UMNO mengamalkan sikap rasis jika di bandingkan dgn Monyet DAP spt yg di wartakan oleh Si Hindraf ini...Adakah UMNO mengagalkan perjuangan kaum India di Malaysia kalau di bandingkan dgn Monyet DAP....setelah 53 tahun kita merdeka dan hidup berbilang bangsa, agama, kebudayaan tidak pernah bangkit sedetik di setiap sanubari anak bangsa Malaysia yg mengatakan bahawa beliau telah di halang dan di anak tirikan dalam segala bidang terutama pendidikan, perubatan, perumahan dan perhubungan serta keagamaan....sehinggalah Si Hindraf ini bersuara kononnya rakyat India di Malaysia telah di pinggirkan dan UMNO itu rasis. Sekiranya UMNO rasis sudah lama kaum India tiada di bumi Malaysia begitu juga kaum Cina....tapi kita kaum Melayu tidak berniat sampai begitu kerana kita tahu pemimpin-pemimpin agung dahulu telah meletakkan batu asas yg kukuh utk kita sama-sama kongsi bumi Malaysia ini dgn semua kaum yg terdapat di Malaysia. Maka kita kena terima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuag negara yg berbilang bangsa, agama dan kebudayaan tetapi bukannya berbilang kurang ajar, berbilang demo dan berbilang rasisnya...Kita mesti melihat kpd Si Hindraf itu sendiri apakah tujuan penubuhannya. Adakah ia berjuang utk kaum India ataupun segolongan kaum India yg mempergunakan kaum India yg lain utk mendapatkan perhatian akan kekurangan mereka jika di bandingkan dgn kaum India di dalam MIC, PPP dan IPF....Mengapa pula Si Hindraf ini menggunakan gambar-gambar pemimpin-pemimpin luar utk di jadikan ikon kpd kebangkitan Si Hindraf ini. Adakah mereka tiada pemimpin-pemimpin kaum India yg perlu di contohi di Malaysia yg telah berjuang utk kaum India selama 53 tahun....Inilah persoalan yg perlu di jawab oleh Si Hindraf ini....jangan cuba utk menconteng nama baik UMNO kononnya rasis tetapi Si Hindraf kena tengok dan cermin muka masing-masing adakah aku ini tidak serasis Monyet DAP yg telah meminggirkan kaum India dan yg telah menggunakan kaum India dan kaum Melayu untuk slogan "Jom Ubah dan Selamatkan Malaysia". Sepatutnya Si Hindraf nak berjuang menentang kezaliman Pakatanal Rakyatul Syaitan bukannya BN kerana BN telah menegakkan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, keharmonian dan keadilan di semua peringkat tanpa mengira kaum sejajar dgn slogan 1 Malaysia...[1 Matlamat, 1 Wawasan, 1 Bangsa, 1 Negara , 1Malaysia]....fikir-fikirlah wahai kaum India

 

8 Hindraf, HRP leaders to be charged this Friday
Mengapa gunakan muka org luar

Hindraf hails rally a great succes

"Hindraf says it has evidence to show the police have been brutal to the Indian community during the Feb 27 protest"
.


KOTA KINABALU: Hindraf Makkal Sakthi hailed its planning for the Feb 27 anti-racism rally at the Kuala Lumpur City Centre (KLCC) as a great success.

The ad hoc apolitical human rights movement dismissed the police claim that they had thwarted the rally “as a mixture of outright lies, half-truths and propaganda”.

“We have documented enough evidence to show how brutal the police and Umno can be,” said Hindraf man P Waytha Moorthy early today from London from where he stage-managed the Feb 27 event via the Internet.

He was commenting on Prime Minister Najib Tun Razak’s statement to the press last night that Hindraf was out to paint the country in a bad light abroad and that it was an unlawful organisation.

Najib has been reported as also saying separately that the Indian community did not need Hindraf.

Waytha Moorthy said that Najib was trying to link the country with the fate of his party, Umno, “which was responsible for racism, racial prejudice and racial polarisation”.

He also dismissed Najib’s claims that Hindraf Makkal Sakthi was an unlawful organisation.

Explaining the status of his movement, Waytha Moorthy claimed that Hindraf was declared unlawful in late 2008 even before the Registrar of Societies responded to its application for registration as a human rights society.

Movement’s legitimacy

The “banned” Hindraf, according to him, has now been replaced by Hindraf Makkal Sakthi which is pending registration. The so-called ban on Hindraf, he added, doesn’t apply to Hindraf Makkal Sakthi.

“Late last year, we held our first national convention at the Chinese Assembly Hall in Kuala Lumpur,” said Waytha Moorthy.

“Why didn’t the police stop our national convention then on the grounds of it being an unlawful organisation?”

He reminded the press and police that Umno had been declared unlawful by the Kuala Lumpur High Court and that the Umno Baru which replaced it had long since ceased to be active.

Waytha Moorthy denied that he was getting into semantics. Instead, he urged that the media focus on Umno and not question his movement’s legitimacy.

“We don’t deny that we are after Umno. We are determined to expose the evil that this party has become in the country,” said Waytha Moorthy, citing the controversial novel Interlok as an example. “Umno is a menace to Malaysia and the future of us all.”

As an example, the Hindraf chief pointed at the racial profiling of Indians by the police and their behaviour towards the community as a manifestation of the deep-seated racist mindset of the Umno government.

“As our various live feeds and video hook-ups of Feb 27 show, the police did not conduct themselves with respect towards the Indian community and the handicapped,” said Waytha Moorthy. “They went after any Indian, mostly innocent ones, found within the vicinity of KLCC.”

He asked whether it was the policy of the government to deny Indians even the right to wait at a bus stop to take a ride to wherever they were headed.

International community

Asked what Hindraf intended to do with the evidence it had gathered on the Feb 27 rally, Waytha Moorthy said that his NGO intended to present it to the international community.

“We will work closely with Amnesty International, Human Rights Watch and human rights defenders,” said Waytha Moorthy. “They recognise us although the Malaysian government keeps saying that we are an unlawful organisation.”

Post-Feb 27, Hindraf’s first order of business would be to seek a meeting with Najib to present him with the report on the proceedings of a conference it held in Kuala Lumpur on Jan 23.

The meeting, which focused on the marginalised, disenfranchised communities and minorities in Malaysia, also drew participation from the Orang Asli and representatives from Sabah and Sarawak.

“Najib wants us to send him another memorandum on our problems. So, we will send him the Jan 23 report,” said Waytha Moorthy. “He’s still sitting on our memorandum from last year on our 18-point demand and the list of over 100 problems besetting the community.”

Hindraf plans to hold a series of rallies nationwide calling for “an end to Umno’s racism”. Waytha Moorthy declined to disclose when and where the next anti-Umno racism rally will be held.

“Interlok is a manifestation of the racism of Umno,” said Waytha Moorthy. “We will not be deterred. We will risk detention and arrests. We are prepared to fill all the police lock-ups in the country.”

Teruskan kehidupan dengan prasangka baik

Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang majmuk dari segala segi menjadikan negara ini sukar digugat dengan dakyah-dakyah negatif pihak tertentu yang menganggap setiap perkara yang berlaku bertujuan merendahkan kaum dan etnik tertentu. Jika ada negara lain di dunia ini yang mengiktiraf semua agama dan hari kebesaran penganut tertentu dengan memberi cuti penghormatan, sila tampil tunjukkan bukti. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru Cina, Hari Wesak, Hari Deepavali, Hari Thaipusam, Hari Krismas, semuanya diberi cuti umum.

Adakah itu bukan tanda kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO tidak bersikap pilih bulu dan mewujudkan dasar 1Malaysia yang menjadikan kita saling menghargai penduduk negara yang merdeka hampir 54 tahun dahulu.

Sebagai rakyat Malaysia, kita langsung tidak menganggap warna kulit sebagai halangan untuk saling menghormati. Senario satu pagi di Seksyen 3, Shah Alam boleh dianggap betapa uniknya negara yang dikatakan menggalakkan rasisme hanya kerana satu perkataan yang wujud di alam nyata dan telah berada dalam sebuah novel yang berpuluh-puluh tahun diterbitkan.

Senario pagi tersebut, seorang pemuda Melayu singgah makan dan minum di sebuah restoran mamak untuk menjamah roti canai dan teh tarik. Selepas 'pekena' air tangan mamak, beliau menuju ke kedai gunting. Ada tiga tukang gunting berbangsa India rakyat tempatan sedang sibuk melayan filem Aathiran (Robot) lakonan superstar, Rajnikanth dan Aishwarya Rai. Dengan senyuman manis, pemuda itu duduk di kerusi menghadap cermin, kemudian rambut digunting sehingga pendek. Sambil itu, pemuda Melayu itupun turut layan cerita tersebut dengan menjeling- jeling ke arah TV.

Selepas bergunting rambut, pemuda Melayu itu ke kedai elektrik di sebelah kedai gunting tersebut untuk membeli alat pemain cakera digital video (DVD). Kedatangannya disambut seorang peniaga berbangsa Tionghua yang juga tersenyum manis, lalu membuka hati pemuda Melayu membeli alat pemain tersebut.
Betapa cantik dan harmoni negara ini jika kita teruskan kehidupan dengan prasangka baik dan tidak cuba memporak-peranda keunikan yang telah terbentuk sejak berpuluh tahun lamanya.

Mengapa isu yang boleh diselesaikan secara senyum manis bertukar kepada kemarahan dan demonstrasi, sedangkan kita saling memerlukan. Apa yang kita perlukan ialah justifikasi sesuatu perkara secara aman, tidak mengira kaum dan agama. Orang Melayu dan Islam di negara ini memang nampak tidak sepakat tetapi orang Melayu juga bukanlah bangsa yang lambat untuk berpakat dalam keadaan terdesak. Isu raja-raja Melayu menyebabkan orang Melayu bersatu demi menjaga institusi yang menjaga kepentingan agama Islam di negara kita.

Pihak badan bukan kerajaan yang membuat tuduhan melulu bahawa kerajaan bersikap rasisme dalam isu Interlok perlu cermin diri dan cermin negara ini, adakah ia benar atau sebaliknya.

Apabila novel Interlok dikatakan menghina bangsa tertentu hanya kerana satu perkataan dalam karya sastera Melayu, adakah orang Melayu sendiri boleh mewajarkan tindakan orang bukan Melayu yang bercakap dalam bahasa asing di depan mereka, sedangkan mereka tidak tahu maknanya.

Sekolah satu aliran ingin diwujudkan kerana masalah tersebut, namun banyak suara yang membantah sehingga undi berpecah-pecah.

Adakah kerana satu perkataan yang difahami oleh orang bukan Melayu berada dalam buku berbahasa Malaysia, maka orang Melayu sudah dianggap menghina mereka. Adakah itu adil bagi orang Melayu.
Negara kita aman disebabkan kita mahu memahami orang berbangsa India dan Cina ingin memelihara bahasa dan budaya sendiri. Mengapa sukar kita fahami perkataan sensitif yang disebut oleh penulis Interlok memang sudah wujud sejak dari dahulu dan selamanya sebagai sejarah.

Adakah orang Melayu marah apabila dipanggil kaum yang semakin layu? Orang Melayu tidak marah kerana ia hanya perkataan yang tidak akan menjadi kudis selagi kita boleh menjustifikasikan ia sebagai sejarah bangsa itu sendiri.

Nama Melayu akan kekal di persada dunia apabila Hang Tuah berkata 'tak kan Melayu hilang di dunia' dan sejak hampir 700 tahun lalu, orang Melayu tetap kekal di negara ini cuma susah sangat bersatu kerana ego yang tak habis-habis.

Hargailah keamanan dengan beribu-ribu lagi perkataan yang lebih indah didengar. Namun ingatlah, kepada mereka yang berasa terhina kerana satu perkataan, fikir-fikirkanlah betapa orang Melayu tidak akan marah disebut bangsa yang seakan lemah (kerana dikatakan bangsa yang layu).

Demi gagasan 1 Malaysia, jika anda berasa terhina oleh kerana satu perkataan, kami sebagai orang Melayu berhak berasa marah jika nama bangsa kami diperlekehkan mulai saat ini.

‘Interlok a classic work of Malaysian racism’


Centre for Policy Initiatives (CPI) director Lim Teck Ghee has added his voice to calls for the novel Interlok to be removed from the Form Five Malay literature syllabus due to its perpetuation of “offensive stereotyping” of minorities.

This, while the controversial novel celebrates the virtues of the Malay race, culture and value system.
As such, Lim noted, it has led some quarters to see the novel as “the classic Malaysian racist book”.

In remarks e-mailed to Malaysiakini today, the former academician-turned-social activist said some may be tempted to invoke freedom of expression to justify maintaining the book as required reading in secondary schools.

That same “freedom to offend” would not, however, be granted if the offence were against Malays, he noted.
There is concern, furthermore, with the prospect of predominantly Malay literature teachers teaching students the novel and its racially-slanted messages.

While anger has been expressed mainly by Indian groups and politicians against the negative portrayal of the community in the novel – including the use of the term ‘pariah’ – ire has also been raised on the perpetuation of stereotypes relating to ethnic Chinese.

Stressing against the call for the book to be banned “in the same way in which the government has banned so many other books”, Lim said Interlok should not be in the prescribed literature curriculum and “certainly not let loose on young and impressionistic minds”.

It should be not made an exam text, furthermore, whereby students are liable to be coerced into giving the “officially correct” reading of the novel in their answer papers, and whose correctness is determined by the authorities marking the exam papers.

“This will poison young minds and bring unintended harmful consequences to race relations in the country,” he said.

Lim also questioned why the novel was now being made compulsory and enjoying “political patronage” when it had failed to impress the literati when it was first published in 1971 – four years after the manuscript had languished in obscurity, claimed Lim.

“It is not unreasonable to deduce that the book’s publication in 1971 was agenda-driven. The political scenario at that time, that is, the 1969 race riots and the introduction of the NEP in the following year, was rapidly evolving and veering to outright Malay nationalism.

“The decision – made only last year – to include Interlok in the reading list, is equally suspect as the 40-year-old book had in the past not got any rave reviews from either the reading public or the writing fraternity,” he added.

Expressing surprise that members of the government panel tasked with reviewing the book for its “offensive bits” had agreed to working under such a limited scope, Lim said the transparency of the exercise was suspect, given that the government had reportedly succumbed to Malay pressure groups in other issues.

“It was not paragraphs or sections of the book that were in question, although there were innumerable instances of racial stereotyping, historical errors and misrepresentation of Chinese and Indian culture and society.

“Instead, it is the sum total of the book that needs to be rejected,” he added.

Although the rejection of the book on grounds of its unsuitability as a school textbook is not part of the terms of reference, he hoped the review panel would have the courage to arrive at this decision in view of the overwhelming evidence presented on the racially offensive overall thrust of the book.

Whatever the outcome of the review process, Lim challenged cabinet members to read the book – or the translation of the book – and “decide for themselves whether they would permit their own children to be exposed to it.”

More against ‘Interlok’

The Chinese Assembly Hall Youth also lent their weight against the novel.

Besides reinforcing the stereotype of Chinese and Indians as outsiders and immigrants, and the Chinese as deceitful and greedy, the novel also unconsciously promotes the idea of Malay supremacy, said chairperson of the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth, Ng Chong Soon (left).

Although this might destroy relations between the ethnic communities in the country, this “is exactly what a race-based political party like Umno would need to serve its political agenda”, said Ng in a statement.

While freedom of expression should be respected,he added that narrow political interests should be kept out of education.

Echoing Lim’s comments, he also said the novel is rich in racial discrimination and factual errors.

“For example, the Chinese Anti-Japanese Army was depicted as wanting to build a small China in Malaya. And Indians were described as thinking that the Indian government takes better care of the Indians compared to Malaya’s government.”

The Ministry of Education should not have amended the school syllabus and selected ‘Interlok’ as a compulsory textbook unless it is treated as an example of racial discrimination, Ng stressed.

Meanwhile, The Human Rights Party’s (HRP) will hold an ‘anti-Interlok’ forum at the KL & Selangor Chinese Assembly Hall tonight, while the ‘People’s march in solidarity against Umno’s racism’ is set for Sunday.

‘Interlok’, written by national laureate Abdullah Hussein, became controversial when it was selected as a Malay literature textbook for Form Five.

Several parties then opposed it on grounds it contains words and incidents deemed demeaning to Indian Malaysians.

Education Minister MuhyiddinYassin had announced on Jan 27 that the novel would remain as a textbook for Form Five, but with amendments to parts deemed offensive by the Indian community.

Friday, February 25, 2011

Kearah manakah rakyat di kedua DUN Kerdau dan Merlimau akan condong BN ataupun PAS...Inilah contoh kedemokrasian negara Malaysia semua rakyat tak kira agama, bangsa dan kebudayaan berhak utk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pemilih di bawah sistem berparlimen di Malaysia......

Siapakah pilihan rakyat di kedua-dua tempat ini?

Nik Aziz dan politik suku-sukuan: Inilah dia contoh kalau ulama nak jadi pemimpin politik bukan nak jadi pemimpin agama. Segala yg terbit dalam sanubarinya dan koceknya akan di gunakan utk kepentingan poltik partinya walaupun ianya bertentangan dgn agama Islamitu sendiri agar ahli-ahli partinya tahu bahawa apa yg di zahirkan oleh Tok Guru mesti diambil berat kerana itulah fatwa dan dalil yg sahih dan betul kepada umat Islam di Malaysia....Kalau kita baca nukilan Yusof Harun mengenai isu ini memang ada logiknya kerana mengapa Tok Guru Kelante itu tidak ikut Ayatollah Khomeni yg tidak berminat dgn politik sedangkan beliau boleh menjadi ulama politik yg teragung di Iran sebaliknya tidak mahu tetapi terus tinggal di Qum mengajar Al-Quran di rumahnya. Kerja beliau ialah mengeluarkan fatwa agama bukan fatwa politik. Kalau ulama nak berpolitik, nak bertanding dalam pilihanraya dan tubuh parti politik maka itu bukan ulama agama tetapi ulamak politik. Dahulu PAS keluarkan fatwa politik dan dalil politik bahawa UMNO kafir kerana bersekongkol dgn MCA, MIC tetapi sekarang PAS berpelukan dgn DAP apakah itu bukan kafir? Tempoh hari PAS mengatakan bahawa undi UMNO haram dan undi PAS masuk syurga. Adakah PAS tahu siapa yg akan di haramkan oleh Allah (SWT) dan siapa yg layak masuk syurga kecuali 10 org yg telah di tentukan oleh Allah (SWT)? Dahulu menegaskan bahawa perjuangan UMNO adalah bersifat nasionalis berjuang utk bangsa Melayu tetapi disebabkan undi org Melayu terhadap PAS menurun maka nada itu sudah di tukarkan kepada PAS mengutamakan perjuangan org Melayu kerana org Melayu adalah penduduk dominan di Malaysia memang sepatutnya di bela oleh PAS. Natijahnya PAS semakin hari semakin bercelaru dan tak tahu mana satu fatwa dan dalil politik dgn fatwa dan dalil agama...Ini mungkin bala yg di turunkan oleh Allah (SWT) kepada pemimpin-pemimpin PAS yg memperjuangkan politik Islam yg tidak sedar dan masih berkhayal dalam dakapan keseronokan cinta dgn DAP yg memang terkenal kesyaitanan telah menghasut dan menebalikkan situasi di mana PAS pula di perlihatkan terus terperusuk ke dalam kancah politik maksiat yg amat jijik dan jelek sekali....




Nik Aziz
Pemimpin yang bemulut celupar
 

INILAH CITERNYA:-



Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menjadi pemimpin PAS yang paling popular dan tempias pengaruhnya sudah melebihi Presiden parti itu sendiri. Tetapi popularitinya tentulah bersebab. Pertama Datuk Seri Hadi Awang bukan lagi Menteri Besar Terengganu kerana seperti kita ketahui PAS dan parti gabunganya tewas dalam pilihanraya negeri pada tahun 2008.



Lazimnya populariti seseorang itu dikaitkan dengan jawatan dalam kerajaan. Justeru dengan tidak bergelar YAB Menteri Besar, pengaruh Hadi di kalangan rakyat boleh dikatakan semakin merosot.



Tapi dalam PAS senarionya berbeza. Pengaruh Hadi seperti tidak pernah pudar. Pengaruh Hadi semakin berkembang ekoran dari sikapnya yang sederhana serta stail kepemimpinanya menyerupai stail pemimpin-pemimpin agung PAS yang terdahulu.


Manakala Nik Aziz pula selaku Mursyidul Am PAS telah berjaya meletakan dirinya, setidak-tidaknya, sama popular dengan pemimpin tertinggi UMNO. Kalaulah publisiti dari TV3 serta RTM dan akhbar tidak di ambil kira maka tak mustahil Nik Aziz hanya dikenali di kalangan orang-orang Melayu di Kelantan.


Satu ketika dulu masyarakat Cina di luar Kota Bharu menganggap Nik Aziz sekadar seorang pemimpin PAS yang bermirip seorang pendakwah. Tetapi hari ini tanggapan sedemikian sudah berubah. Populariti Nik Aziz kini diakui sebagai jauh menembusi jauh ke kawasan-kawasan dominan Cina dan dikenali sebagai pemimpin PAS yang memahami asprasi kaum Cina.


Memanglah menghairankan kerana selaku Menteri Besar,isu-isu setempat masih gagal ditangani. Masalah air bersih masih menghantui rakyat Kelantan. Masalah-masalah lain seperti sosial, kebersihan serta dadah dan perjudian terus mencengkam masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang ini.



Walaupun bantuan kerajaan pusat melalui peruntukan berjumlah berbilion ringgit, pembangunan di Kelantan jauh tertinggal. Situasi mundur sebegini membuatkan penduduk yang dikategorikan dalam lingkungan belia, berhijrah ke luar. Kuala Lumpur adalah destinasi utama.


Namun bagi rakyat Kelantan, Nik Aziz sangat kebal, ia tidak boleh diusik. Penulis pun takut untuk menulis yang bukan-bukan kerana bimbang menjadi mangsa ugutan pihak tertentu. Dan tidak syak lagi, selagi Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, selama itu UMNO sukar merampas kembali negeri tersebut.


Biarpun pembangunan lembab, masalah datang bersilih ganti dan rakyat hidup serba kekurangan, dan budu masih merupakan lauk menggantikan pembangunan mega, namun PAS dan Nik Aziz terus meraih sokongan. Bagaimanapun minggu lalu, sedang Nik Aziz melalui pelbagai rentetan hidup dan seperti biasa membuat kenyataan yang tidak berselindung, jauh di Kuala Lumpur, Tun Dr.Mahathir Mohamed didalam blognya, che det.com, telah melakukan satu kejutan yang selama ini jarang dibuat oleh pemimpin UMNO dan penulis.


Dalam entrinya Dr.Mahathir telah membelasah Nik Aziz, yang dianggap seorang politician dan bukannya seorang ulama dalam erti kata sebenar. Dan matlamat Nik Aziz, melalui kenyataan yang tidak lojik itu, semata-mata menurut pemerhatian Dr.Mahathir adalah untuk membolehkan PAS memenangi pilihanraya umum.


Selama 10 minit sebaik blog che det dibaca, kira-kira 600 orang melayari serta 100 komen dibuat. Saya rasa, ini satu rekod kerana pembaca seperti terpukau dengan hujah Dr.Mahathir mengenai Nik Aziz dan tulisan mantan Perdana Menteri itu bagai buku bertemu ruas.


Suka atau tidak, dan walau apa sekalipun hujahnya, rakyat Malaysia sama orang Islam atau bukan Islam terpaksa akhirnya menerima hakikat bahawa sistem politik yang diamalkan dan diterima pakai di negara ini adalah satu sistem yang tak ada kena mengena dengan ulama, tak ada berkaitan dengan pemimpin politik berpakaian jubah dan berserban.


Prinsip demokrasi yang menjadi teras kepada pembentukan pemerintah dan pemerintahan itu sendiri adalah sesuatu prinsip yang tidak ada kena mengena dengan Islam dan bukan pula idea yang dicetuskan oleh umat Islam. Oleh kerana ia adalah satu kaedah dalam seni dan sains pemerintahan negara, maka ia tidaklah melanggar prinsip Islam selagi mana tidak ada mana-mana bahagian amalannya yang melanggar hukum.


Maka moral ceritanya mudah sahaja. Sesiapa sahaja, baik yang Islamnya atau yang bukan Islamnya, melibatkan diri dalam apa juga bentuk aktiviti pembentukan kerajaan demokratik ini atau mengamalkan sistem ini setelah membentuk kerajaan, maka ia perlu memahami betapa hal seperti ini tidak boleh dikeliru dan dicampur-adukkan dengan Islam.


Tak perlulah kita sebutkan Islam adalah agama Allah yang maha suci dan perbuatan menggunakan Islam untuk perkara yang tidak ada kena mengena dengan Islam adalah satu perbuatan terkutuk dan dilaknati Allah. Sementara di zaman Nabi s.a.w. wujud sebuah perlembagaan yang dinamakan Piagam Madinah tetapi tidak ada pula mana-mana catatan sejarah Islam yang menunjukkan adanya pilihanraya di zaman tersebut atau di zaman selepas Baginda s.a.w. wafat.


Dalam Islam mereka yang memimpin kerajaan dinamakan khalifah. Tapi hari ini mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti pembentukan kerajaan dan seterusnya menjadi pemimpin kerajaan yang telah dibentuk itu kita kenali mereka sebagai ahli politik. Dan dalam politik dan prinsip demokrasi ini ulama dan Islam tidak mempunyai apa-apa peranan. Mengapa ulama harus ada peranan sedangkan ia hanyalah satu sistem atau cara di mana rakyat boleh memimpin perwakilannya dalam kerajaan.


Kita orang Islam menerima prinsip dan amalan demokrasi ini bukan sebagai satu cara hidup atau ad-din melainkan hanya sebagai satu sistem dalam aktiviti kehidupan sebagaimana kita menerima sistem perubatan, sistem bekalan elektrik, sistem pengurusan perniagaan dan macam-macam sistem lagi yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Kita tidak akan menjadi tidak Islamik dan kita juga tidak boleh dikatakan tidak mengamalkan hidup cara Islam sekiranya kita menaiki kenderaan bermotor dan bukannya unta sebagai alat pengangkutan sebagaimana kita tidak boleh dikatakan tidak Islamik kerana menjadi nasi sebagai makanan utama kita dan bukannya buah kurma, daging kambing dan air susu.


Maka oleh kerana sistem demokrasi itu sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam dan ia merupakan satu methode membentuk kerajaan perbuatan PAS mencampur-adukkannya dengan Islam adalah sesuatu pengkhianatan terhadap Islam dan penipuan terhadap umat Islam.


Oleh yang demikian ia adalah merupakan satu dosa, satu kemungkaran dan sesuatu bersifat tidak Islamik apabila ada golongan manusia tertentu yang menganggap diri mereka sebagai ulama memperalatkan Islam dengan tujuan menjadi pemimpin dalam kerajaan demokratik.


Inilah yang cuba disebut oleh Tun Dr. Mahathir apabila menyelar Mursyidul Am PAS bahawa pemimpin PAS itu lebih berminat untuk menang dalam pilihanraya dan bukannya menegakkan satu kaedah kepimpinan politik Islam.


Sekiranya Nik Aziz mahu menegakkan satu kaedah kepimpinan politik Islam maka beliau tidak sepatutnya berada dan melibatkan diri dalam sebuah sistem pemilihan kerajaan yang bukan berakar Islam. Nak buat apa terikut-ikut dengan prinsip demokrasi ini kalau dah tahu ia bukan berpaksikan prinsip Islam. Ini sudah macam ‘cakap tak serupa bikin’.


Kalau nak memperjuangkan sebuah kerajaan Islam berpaksikan prinsip Islam kena ikut contoh Almarhum Ayatollah Khomeni di zaman pemerintahan Shah Reza Pahlavi dan selepas revolusi Islam Iran. Bukankah satu ketika dulu para pemimpin PAS cukup taksub dengan Imam Khomeni dan revolusi Islam? Bukankah satu ketika dulu, Nik Aziz dan Ahmad Awang pernah menghadiri hol memperingati kematian Imam Khomeni di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Adakah Nik Aziz Nik Mat nak jadi macam pemimpin ini
Dunia sedia maklum pemerintahan kuku besi Reza Pahlavi di Iran sebelum revolusi. Shah Iran ini mengamalkan pemerintahan authoritarian dan pendiktatoran sehingga setiap kata-kata beliau adalah undang-undang. Beliau berlaku zalim kepada rakyatnya kerana mengumpulkan kekayaan peribadi dan menafikan hak rakyat. Untuk menyenyapkan segala kritikan rakyat terhadap beliau, Pahlavi mewujudkan polis rahsia, SAVAK bagi memberkas sesiapa sahaja yang cuba mengkritik dan melahirkan pendapat yang bertentangan dengan pemerintahan Shah.


Walaupun tak ada sebuah undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dipermodalkan oleh PAS sebagai satu undang-undang zalim, namun SAVAK di Iran jauh lebih zalim dan lebih tidak berperi kemanusiaan.


Di tengah-tengah kezaliman inilah lahirnya manusia yang bernama Sayyed Ruhollah Mostafavi Moosavi Khomeini, seorang ulama yang mengambil risiko demi mengakhiri segala kezaliman ini.

Bukan mudah untuk melakukannya. Khomeni tidak menjadi ahli mana-mana parti politik sebagaimana Nik Aziz menjadi ahli dan pemimpin sebuah parti politik berdaftar. Dalam pada itu, selain daripada SAVAK yang menangkap sesiapa sahaja, Amerika Syarikat yang mahukan minyak dan hasil penjualan minyak dilaburkan dalam sistem perbankannya mahukan Reza Pahlavi terus berkuasa.

Khomeni yang mahu menukarkan sistem kerajaan Iran bukan sahaja tidak dapat menjelajah ke segenap pelusuk Iran untuk berceramah sebagaimana yang bebas dilakukan oleh Nik Aziz dan pemimpin PAS malah beliau juga dibuang negeri.


Dipendekkan cerita akhirnya tumbanglah kerajaan Shah Iran. Dan apabila Khomeni kembali ke Iran, dia ditawarkan jawatan Presiden. Tetapi kerana dia seorang ulama dan bukannya seorang ahli politik, maka jawatan tersebut ditolaknya.


Khomeni bukan sahaja tidak berminat dengan jawatan politik tetapi tidak juga meminta kediaman yang mewah sebaliknya terus tinggal dan mengajar Al-Quran di rumahnya yang serba sederhana di Qum. Khomeni tidak juga menggunakan kedudukannya sebagai ulama yang cukup berpengaruh untuk meminta kerajaan Iran melantik anak atau menantunya memegang jawatan penting dalam mana-mana perbadanan ekonomi negara tersebut. Beliau juga tidak meminta sepupunya atau anak saudaranya menjadi Menteri Besar Qum.


Kerja utama Khomeni setelah terbentuknya kerajaan revolusi Iran hanyalah mengeluarkan fatwa agama. Nah, ini baru kerja ulama. Ulama tak boleh berminat dalam politik. Kalau ulama pun nak turut sama berminat dalam politik, nak turut sama bertanding dalam pilihanraya, nak turut sama tubuhkan parti politik, maka itu bukanlah lagi ulama.


Kalau ada ulama atau mereka yang menganggap diri sebagai ulama turut sama melibatkan diri dalam politik, maka jadilah orang itu sebagai ‘agama suku, politik suku’.


Justeru tidak hairanlah kalau PAS sebenarnya parti yang suku-suku – ke sana tak sampai dan ke sini pun tak sampai. Hari ini cakap lain esok cakap lain. Dulu PAS keluarkan sebahagian dari sepotong ayat Quran kononnya orang Islam tak boleh menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin.


Hari ini PAS tak pakai lagi ayat Quran tersebut. Malah PAS bersekongkol dengan pemimpin DAP. Beberapa hari dulu Nik Aziz mengatakan seolah-olah perjuangan nasionalistik UMNO tidak Islamik, kemudian berubah pula mengatakan perjuangan orang Melayu perlu diutamakan.Memang bercelaru. Inilah akibatnya ‘agama-suku, politik suku’.

Wednesday, February 23, 2011

Zairil named Guan Eng aide in DAP bid to lose anti-Malay tag

Zairil will be the first Malay political secretary to a DAP secretary-general. — file pic

KUALA LUMPUR, Feb 23 — Lim Guan Eng has named newcomer Zairil Khir Johari, the son of the prominent Umno stalwart, as his political secretary in what appears to be the DAP’s latest attempt to shake off its anti-Malay stigma.

The son of the late Tan Sri Mohd Khir Johari is the first Malay to be appointed political secretary to the secretary-general in the history of DAP, which was founded in 1966. He joined DAP last year.

The Penang chief minister, however, stressed that Zairil’s appointment, effective today, had been based on the latter’s attributes and qualifications and not on his race.

The fact that Zairil is a Malay, he added, was “purely coincidence”.

“It is not because he is a Malay but because he is a leaned individual. He can probably even teach me things that I do not know,” he told a press conference today.

The Bagan MP added that a person’s level of competency is “race-blind” and not “race-specific”.

“Zairil is an entrepreneur, an idealist and a reformist — a truly dangerous combination. The fact that he is all that makes him fit the bill for our requirements... it is by coincidence that he is a Malay.

“With his extensive experience and positive contributions to the party, we feel that he can help us to bring real change,” he said.

Lim however admitted that DAP’s popularity among the Malays could improve with Zairil’s involvement in the party, but stressed that support should be attracted based on a community’s needs.

“We do not want to attract support based on race but on needs. And if the Malays have the greatest needs, then they should be the main beneficiaries.

“Zairil happens to be a Malay but it is about his attributes and qualifications first and only then, as a coincidence, our Malay votes may improve,” he reasoned.

Lim said that the “anti-Malay” tag on DAP had been created due to the success of Barisan Nasional’s political propaganda.

“We have never been so... it has always been the success of the propaganda of BN that we are anti-Malay or anti-Muslim so we have to break and fight this.

“I do not want to concede that we are a racist party like Umno. No, we are open to all Malaysians and of course if Zairil or anyone else can help us to breach the gap, then that would be a step in the right direction,” he said.

Lim however admitted that Zairil has only been a DAP member for about six months, but insisted that the youth, with his qualifications could assist the party well.

“We want to reach out to all, including the Ibans, Kadazans, Chinese, Indians, Malays. It is not about race or ethnicities.

“We talk about the lowest 40 per cent of household income earners, most of whom are Malays. We want to focus on this group,” he said.

Lim added that DAP’s Malay support had improved since Elections 2008 but noted that it was difficult to ascertain if this could help Pakatan Rakyat affect significant changes in the government.

“But if you look at our support, it is much more now than before 2008. In Penang where I am CM, the Malays can see how we have made Penang cleaner and greener,” he said.

Zairil later told the media that he chose to join DAP as he had wanted to be on the side of “what I feel is right”.

“When I first wanted to get involved in politics, I spoke to many people. I made up my mind that I want to be with what I feel is right which is PR,” he said.

He added that Lim had already given him many duties and pledged that he would work “25 hours a day” for the party.

“Any work that YAB Lim gives out is not easy because he is a very hardworking boss who works 24 hours a day. So we have to work 25 hours a day,” he said.

Zairil will serve Lim as political secretary in the latter’s position as DAP secretary-general and will be based at the party  headquarters in Kuala Lumpur.

The 28-year-old is a Master of Arts graduate in International Studies and Diplomacy from the School of Oriental and African Studies in the University of London.

He also has a degree in Information Systems Engineering and was an entrepreneur in the chocolate industry, where he introduced the first full-coloured chocolate printing technology in Malaysia.

The father of one comes from a family of nine siblings including himself and his father was formerly the education minister who served three prime ministers including the late Tunku Abdul Rahman, the country’s first prime minister.

Sunday, February 20, 2011

Elak amal politik garisan kaum, Kit Siang ingatkan Pakatan: Adakah ingatan Si Kit Siang ini kerana sokongan terhadap Pakatan Rakyatul Syaitan makin berkurangan setelah menerima durian runtuh pada PRU 12. Adakah Monyet DAP akan mengenepikan sikap perkaumannya hanya kerana pemimpinnya Si Kit Siang telah memberikan gambaran bahawa DAP tidak mengamalkan perkauman. Sekarang DAP sibuk utk menarik ramai intelektual Melayu ke dalam parti perkauman No.1 di Malaysia kerana merasakan bahawa pada PRU13 Pakatanal Rakyatul Syaitan akan dapat menawan negeri-negeri dan Putrajaya maka Monyet DAP perlukan org Melayu sebagai pemimpin mereka utk melaksanakan polisi dan pentadbiran negara cara Monyet DAP seperti yg dilaksanakan di Pulau Pinang pecah dan perintah. Konsep perjuangan Monyet DAP adalah kesamarataan baik ekonomi, sosial dan keagamaan, Maknanya ekonomi mesti sama Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Sosial pula sama taraf kalau Melayu dapat, Cina dapat, India dapat dan lain-laim kaum dapat. Agama pula pluralisme akan wujud di mana Islam adalah sama dgn Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain agama. Adakah kita inginkan perkara ini berlaku sedangkan dalam Perlembagaan Malaysia telah ditetap dan dipersetujui oleh bapa-bapa kemerdekaan 53 tahun dahulu. Maka adakah kita ingin percaya kepada slogan "Jom Ubah dan Selamatkan Malaysia" tajaan Monyet DAP? Kenyataan Si Kit Siang "kita ini bukan parti Cina atau parti berteraskan kaum, tetapi bekerja demi kepentingan nasional semua kaum" adalah satu retorik politik dan mainan wayang opera Cina sahaja. Umum tahu siapa Monyet DAP itu. Berani ke Monyet DAP taruh calon Cina pada PRU12 di kawasan majoriti org Melayu? Si Kit Siang dengan nada selamba jawab bahawa "kami berada dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan di mana bukan mudah utk meletakkan calon Melayu kami sendiri utk bertanding di kawasan-kawasan Melayu". Apakah sebabnya? Monyet DAP adalah parti perkauman No.1 di Malaysia. Natijahnya sekirannya kita undi Pakatanal Rakyatul Syaitan maka kita akan Undi (X) DAP. Ingat bahawa Monyet DAP akan menghancurkan dan meleburkan apa yg kita ada sekarang demi utk merealisasikan agenda politik mereka iaitu utk melihat Malaysia menjadi "Republik"....Sanggupkah kita menjadi seperti Melaka satu ketika dahulu akaibat drp pertelingkahan sama sendiri kita kehilngan pertama hati yg paling berharga iaitu Kesultanan Melayu Melaka....Bunga-bunga itu sudah nampak, kita sebagai rakyat sahaja yg boleh menentukan bahawa bunga-bunga itu tidak boleh menjadi realiti iaitu kita kehilangan Sistem Raja Berperlembagaan.....Kita fikirkanlah demi agama, bangsa dan negara serta masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita yg akan mewarisi negara Malaysia ini satu ketika nanti. Adakah kita hendak meletakkan batu asas kehancuran dan kemusnahan kepada apa yg telah di bina oleh bapa-bapa kemerdekaan kita 53 tahun dahulu? Marilah kita sama-sama tolak Pakatanal Rakyatul Syaitan (DAP, PKR dan PAS) kerana mereka adalah pembawa fitnah dan pembohongan bagi mendapatkan kuasa utk kepentingan peribadi, kaum dan dendam....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi69oZT-lsS-N2iOyHY7L3sD_uyEuLEQDPTRmhoE2yXRnhlgxIB__oGYr45bF045gFpq7JtPvUEmdyNg1r2w0rjFCwWqy0peBt4T42vXlsCz5v5QM1OAHq5qgI0Ri4U8-nv4dSJKmLW-ZI/s400/DAP+PKR+4.JPG
Gua kasi lu Kerajaan Perpaduan 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs505.ash1/29867_1446488645421_1329316014_31227609_410738_n.jpg
Kita akan julang sampai ketitisan darah terakhir



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs616.snc4/59614_160665460629878_100000592760325_414832_1807673_n.jpg
Tak apa masuk DAP nanti saya boleh jadi MB ataupun YAB PM kot


http://www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_4c580e6c-7f000010-111c3670-af80d187/1/pijaky.jpg
Kita pijak UMNO/BN dan menari atasnya..ha!!!!




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEA6NaaUUQToNriqONJ0Fgm4y81XI4Ry8yjwxvxHWEcwHVYZtJ6R_gBIh_-VdoIhiaeXK5YsYjt_n9UrzOb2eUZOfJ3hUNRFvC6M5kHDMUK4vx3XLAq-f-k5yV1mWKLCqq2WTT9uCRsSuD/s400/nizar+dinasihati+dap%5B1%5D.jpg
Lu ikut gua buat seperti mana gua suruh, lu pi akan sumpah



http://mynegeri9.net/uploads/image/risik.jpg
Molek kita bersahabat walaupun mu Syaitan

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Dengan dua dari tiga komponen Pakatan Rakyat (PR) memperlihatkan ciri parti pelbagai kaum, Lim Kit Siang mengakui perikatan berusia tiga tahun itu perlu bergerak menjangkaui politik mengikut garisan kaum.
 
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, pemimpin veteran ini mengakui bukan Barisan Nasional (BN) sahaja yang bersalah kerana meletakkan garisan-garisan perkauman, PR perlu mengelak kesilapan sedemikian untuk terus kekal sebagai perikatan kuat di negara ini.

Lim mengakui amalan meletakkan tanggungjawab agar DAP memastikan sokongan orang Cina manakala PAS pula memberi tumpuan ke atas pengundi Melayu ketika kempen politik sudah ketinggalan zaman.

Malah katanya, amalan sedemikian juga bukan sesuatu yang sihat.

“Ia tidak sihat. Kita kena keluar dari keadaan itu,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur yang genap 70 tahun hari ini.

Pemimpin-pemimpin kanan, rakan dan anggota keluarganya berhimpun di Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang, malam tadi untuk memberi penghormatan dan menyambut hari jadi beliau.

Antara yang hadir ialah Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamed Sabu.

Tetamu-tetamu yang hadir pada majlis sambutan itu menyaksikan video 43 minit yang menggambarkan perjalanan politik Penasihat DAP itu dan diedarkan buku berjudul “The Right To Differ”, karya Dr Ooi Kee Beng.

Lim berkata, selaku parti yang hanya bergerak di kawasan-kawasan bandar, sokongan kepada mereka kebanyakannya datang daripada masyarakat bukan Melayu dan ia juga tidak dibantu dengan “propaganda yang disumbat Umno.”

“Kita lihat perkara ini sehingga sekarang, malah ia lebih teruk di peringkat awal (masa lalu), Umno akan memberitahu orang Melayu bahawa jika mereka menyertai DAP mereka akan menjadi pengkhianat, malah sehingga sekarang mereka meneruskan dengan racun ini,” katanya.

Meskipun begitu kata Lim, partinya mempunyai tanggungjawab untuk mendekati rakyat dan memperlihatkan bahawa “kita ini bukan parti Cina atau parti berteraskan kaum, tetapi bekerja demi kepentingan nasional semua kaum.”

Katanya, memandangkan parti itu menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, maka ia satu peluang untuk mengubah persepsi orang Melayu terhadap DAP dan “memberi ruang bagi lebih ramai orang Melayu menyertai DAP.”

Bagaimanapun Lim tidak mengatakan sama ada DAP akan meletakkan calon di kawasan-kawasan yang majoritinya orang Melayu memandangkan “kami berada dalam pakatan di mana bukan mudah untuk meletakkan calon Melayu kami sendiri untuk bertanding di kawasan-kawasan Melayu.”

Kebanyakan wakil rakyat DAP adalah daripada kalangan masyarakat Cina manakala PAS pula dilihat sebagai parti Islam dengan majoriti daripada mereka merupakan orang Melayu.

PAS sedang berusaha untuk mendapatkan balik sokongan orang Melayu dengan bekerja keras ke arah itu, khususnya semalam, mereka mengadakan dua majlis besar-besaran masing-masing di Kedah dan Selangor.

Dalam pada itu, PKR pula, parti pelbagai kaum dengan majoritinya orang Melayu, lazimnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab menangani isu kepada wakil kaum masing-masing.

Lim berkata, meskipun cabaran politik utamanya daripada MCA dan Gerakan, adalah tidak adil untuk melabel DAP sebagai sebuah parti Cina memandangkan ia pernah mempunyai seorang Adun Melayu ketika pertama kali bertanding pada pilihan raya umum 1969, yang turut menyaksikan parti itu mempunyai empat 
Ahli Parlimen dari kaum India, lebih daripada MIC yang merupakan komponen BN.

Katanya, serangan ke atas DAP adalah “gambaran wujudnya fobia dalam Umno bahawa mereka kemungkinan akan kehilangan sokongan orang Melayu dan jika PR boleh melepasi (cabaran itu), hari-hari Umno sudah dihitung.”

“Ia satu bentuk politik terdesak,” katanya lagi.

Bagaimanapun kata beliau, aset paling besar PR ialah ia cuba membawa bersama pelbagai kaum dan agama.

“Sebenarnya, jika anda bercakap mengenai 1 Malaysia, PR yang cuba untuk menunjukkan pengertiannya meskipun itu adalah slogan mereka (BN),” kata Lim merujuk kepada gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak dua tahun lalu.

Lagu 1 Malaysia

UNDI (X) DACING utk Kestabilan, Kemakmuran, Kesejahteraan, Keamanan, Keharmonian antara agama dan kaum serta 1 Rakyat 1 Wawasan 1 Matlamat 1 Bangsa dan 1 Malaysia.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5LWG8Ob_226Y2-MPXpAM3OPUpoGSKd3e7J_MyDyYf5gZcaOrIbAEVWF5SqzM2swder8nIzd6isMvWT1UVwOo6HfpkBB_Kll9Vi-uH9zO4kKt97trggaLkULAKMLdXBMi9M_Bql0EkLafr/s400/Merlimau-Kerdau.jpg
(X) DACING

 

Kemungkinan PAS akan turunkan nama besar utk menawan Kerdau bukan Muslimatnya kerana inilah kawasan negeri kelahiran YAB PM yg menjadi simpanan tetap BN dalam setiap PRU. PAS cuba utk merobak atau mencalarkan semangat UMNO dan BN dgn merampas DUN Kerdau di depan mata YAB PM. Adakah  rakyat di Kerdau ingin bersama UMNO/BN atau bersama PAS/Pakatanal Rakayatul Syaitan....

PAS is confident that Barisan Nasional’s (BN) grip on Kerdau is loosening and will try to woo Federal Reserve Land Authority (Felda) settlers to edge out its rival at the March 6 by-election there.

"Party secretary-general Mustafa Ali said the Felda settlers in Kerdau, Pahang, are not like their counterparts in Johor where they are known to be staunch Umno supporters". (Kita rasa S/U PAS ini telah salah membaca pemikiran org Felda kerana tiada sebab mereka hendak mengundi PAS sedangkan apa yg telah di berikan oleh kerajaan BN amat membanggakan. Apa yg telah PAS berikan kepada peneroka Felda selain fitnah dan pembohongan sahaja. Kita tengok apa pula taktik yg hendak di pakai oleh PAS dalam merampas kerusi DUN Kerdau ini).

“The Felda settlers in Kerdau are not like the ones in Johor. We have done much ground work there,” he said, adding that his party has set up branches in the three Felda settlements (Inilah yg kita hendak lihat setakat mana kebenaran kenyataan S/U PAS ini).

There are about 4,000 voters within the Felda Jengka 22, 23 and 24. This means they form virtually half of Kerdau’s 8,999 electorate.

Umno leaders have said in the past that the three Felda settlements will occupy centre stage in the battle to retain the state constituency. Kerdau falls under the Kuala Krau parliamentary consituency which is also under Umno’s control.

Layakkah Pas ke Kerdau?

MUNGKIN tidak ramai yang menyedari bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sebelum ini dikenali sebagai DUN Sanggang. Jika namanya tidak diubah selepas persempadanan semula yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2004, DUN Kerdau sebenarnya telah melalui dua kali pilihan raya kecil dalam tempoh 11 tahun.

Ketika itu, DUN Sanggang terletak dalam Parlimen Mentakab. Selepas persempadanan semula, DUN Sanggang diubah kepada DUN Kerdau dan diletakkan dalam Parlimen Kuala Krau. Parlimen Mentakab dimansuhkan dan kini hanya bertaraf DUN.

Uniknya dari segi politik, Kerdau terletak dalam Parlimen Kuala Krau tetapi dari segi geografi, ia berada dalam daerah Temerloh.

Berdasarkan statistik Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, DUN Kerdau (N.28) mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 455 pengundi Cina (3.6 peratus), India (3.4 peratus) dan 260 orang daripada lain-lain kaum (2.98 peratus).

Selain DUN Kerdau, tiga lagi DUN berada dalam Parlimen Kuala Krau yang disandang oleh Datuk Ismail Mohamed Said ialah Jenderak (N.27) dan Jengka (N.29) yang berkeluasan 13,214.5 hektar.

Berada kira-kira 20 kilometer dari bandar Temerloh, Kerdau mempunyai penduduk yang rata-ratanya menjalankan kegiatan pertanian kelapa sawit dan getah di bawah program Felda dan Felcra selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Terdapat tiga tanah rancangan dalam DUN Kerdau iaitu Felda Jengka 22, 23 an 25, selain mempunyai beberapa penempatan Orang Asli.

Mengikut rekod, pilihan raya kecil yang pertama bagi DUN Kerdau ialah pada 2000 apabila penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Abdullah Kia meninggal dunia.

BN berjaya mengekalkan kerusi apabila calonnya, Datuk Redzwan Harun yang memperoleh 6,743 undi menewaskan pencabarnya, Hishamuddin Yahya yang ketika itu merupakan Bendahari Pas, dengan majoriti 1,963 undi.

Pada PRU 1999, Abdullah menewaskan pencabarnya yang juga daripada Pas, Abdul Rahim Abdul Latif dengan majoriti 1,038 undi.

BN sekali dicabar oleh Pas pada PRU 2004 yang menyaksikan parti memerintah itu mengekalkan penguasaannya di DUN Kerdau selepas Redzwan menewaskan calon Pas, Dr. Abu Bakar Mohamed dengan majoriti yang tinggi iaitu 2,565 undi.

Bagaimanapun, Redzwan yang menyandang kerusi itu selama dua penggal, digugurkan apabila BN mempertaruhkan muka baru pada PRU 2008 iaitu Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang agak rendah iaitu 1,615 undi selepas menewaskan Ketua Penerangan Pas Pahang, Hasanuddin Salim.

Perkembangan terkini menyaksikan DUN Kerdau sekali lagi terpaksa melalui pilihan raya kecil selepas kematian Zaharuddin pada 12 Februari lalu.

Berdasarkan PRU dan PRK yang dilalui di DUN Kerdau atau Sanggang sebelumnya, BN terus diberi mandat oleh pengundi meskipun jumlah majoritinya mengalami pasang surut.

Kemerosotan majoriti undi BN di DUN Kerdau banyak bergantung kepada isu semasa di peringkat nasional. Ketika tsunami politik melanda tanah air, BN masih mampu mempertahankan DUN Kerdau walaupun majoriti undinya merosot berbanding keputusan PRU 2004.

Bagaimanapun kini, tsunami politik itu telah pun berlalu. Boleh dikatakan tiada isu besar yang boleh membakar semangat rakyat untuk tidak menyokong kerajaan.

Sebaliknya, parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilanda krisis sama ada di peringkat parti mahupun di negeri yang diperintahnya.

Dalam soal pemilihan calon di PRK Kerdau ini juga, pakatan pembangkang masih belum mencapai kata putus apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu mesyuarat khas diadakan di kalangan parti sekutunya untuk menentukan calon yang bakal bertanding.

Sedangkan, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah pun menegaskan bahawa parti itu akan mengumumkan calonnya pada Khamis ini.

Dalam soal ini, parti-parti komponen BN tidak berdepan masalah apabila calon daripada UMNO akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok atau lusa.

Berdasarkan keadaan politik semasa, BN dilihat berpeluang untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau pada PRK kali ini. Persoalannya ialah sejauh mana kemampuan BN untuk mempertingkatkan jumlah majoriti yang diraih berbanding PRU 2008.

Prestasi cemerlang pada PRU 2004 tidak mustahil dicapai jika BN menerusi Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob yang dilantik sebagai Pengarah PRK BN bagi DUN Kerdau, bekerja keras bagi memastikan matlamat itu dicapai.

Bagi BN, PRK DUN Kerdau adalah maruah sebenar parti itu kerana ia terletak di negeri kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib pastinya tidak mahu kecewa untuk melihat PRK di negerinya kecundang. Kemenangan BN dengan majoriti di bawah 2,000 undi pada PRU 2008 masih belum terjamin untuk mengekalkan kerusinya di Kerdau jika tanpa usaha jitu daripada keseluruhan jentera parti.

Peluang ini juga dianggap masa terbaik untuk pakatan pembangkang yang selama ini beria-ia mahu merampas Pahang dalam pilihan raya akan datang selepas berjaya berbuat demikian terhadap Kedah dan Pulau Pinang.

Jika tidak, masakan Tuan Ibrahim sanggup melepaskan jawatannya sebagai Pengarah PRK BN bagi DUN Merlimau untuk beralih memberi perhatian sepenuhnya di Kerdau. Malah, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang disebut-sebut bakal bertanding untuk merebut kerusi DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Dua lagi yang turut disebut-sebut untuk dicalonkan ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Hassanuddin.

Penyenaraian calon-calon terbabit yang dianggap pemimpin kanan Pas itu membuktikan DUN Kerdau bukan tempat latihan bagi parti itu sebagaimana tanggapan mereka terhadap PRK DUN Merlimau.

Semua ini memberi mesej supaya BN tidak boleh memandang rendah kepentingan DUN Kerdau. Meskipun begitu, Pas juga perlu melalui ranjau yang sukar untuk memenangi hati pengundi di Kerdau memandangkan hampir tiada isu besar yang boleh dibangkitkan oleh parti itu dalam kempennya nanti.

Sekiranya terdesak, Pas bersama pakatan pembangkang yang lain mungkin terpaksa menggunakan taktik kotor dengan melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin BN.

Rekod Pas juga tidak cemerlang dalam 15 PRK yang berlangsung sejak 2008 apabila mengalami kekalahan berturut-turut di DUN Bagan Pinang, Galas dan Tenang yang mula dipertikai rakan sekutunya.

Daripada 15 PRK sejak tiga tahun lalu termasuk di DUN Merlimau pada 6 Mac ini, Pas menyertai lapan PRK manakala PKR dan DAP masing-masing enam dan satu.

Berdasarkan rekod buruk itu, PKR turut mengintai peluang untuk meletakkan calonnya di Kerdau. PKR juga tidak miskin dari segi calonnya memandangkan parti itu mempunyai pemimpin tempatan terutama Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Suhaimi Said.

Di sebalik dilema yang dihadapi pakatan pembangkang, kerajaan BN pula memiliki rekod cemerlang di Kerdau apabila 85 peratus kawasannya telah dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan raya.

Bagaimanapun, seperti di tempat lain termasuk di negeri yang diperintah pembangkang, beberapa isu masih lagi berlegar di Kerdau yang membabitkan soal pentadbiran seperti soal tanah, penempatan, infrastruktur dan masalah bayaran tanam semula di tanah rancangan Felda.

Antara yang perlu diberi perhatian ialah isu penempatan kaum India di tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di pekan Kerdau.

Isu itu sebenarnya sedang dalam proses penyelesaian tetapi ia memerlukan masa dan agak rumit kerana ia membabitkan pengambilan tanah dan soal teknikal yang lain.

Begitu juga dengan isu tanah perkuburan Cina yang dipohon oleh penduduk Tionghua yang selama in terpaksa mengebumikan mayat di Temerloh yang agak jauh.

Permohonan penduduk untuk menggantikan Masjid Kampung Ketam yang serba uzur juga perlu diberi perhatian serius.

Bagi masyarakat Melayu luar bandar yang sebahagian besarnya bergantung hidup dengan hasil getah dan sawit, dewasa ini dianggap sebagai era keemasan berikutan kenaikan harga komoditi itu di pasaran.

Kebanyakan mereka kini berpendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 apabila harga getah mencecah sehingga RM17 sekilogram.

Bagi wakil rakyat BN yang bakal meneruskan kesinambungan perjuangan parti, isu-isu yang ditinggalkan oleh Allahyarham Zaharuddin perlu diteruskan.

Sesiapa sahaja yang dicalonkan nanti perlu membuktikan bahawa BN merupakan parti yang benar-benar mampu membela kebajikan rakyat di DUN Kerdau.

Muhyiddin akan mengumumkan calon BN yang bakal menggalas tanggungjawab untuk bertanding pada PRK DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Ada yang dengan berani meramalkan bahawa Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar iaitu Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra bakal dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau.

Namun apa yang penting, pucuk pimpinan lebih bijak memilih calon yang layak berasaskan kriteria yang ditetapkan terutama dari segi kemesraannya dengan pengundi yang boleh memberi kejayaan kepada parti.

Jika Pas bakal meletakkan 'jeneral,' BN juga perlu mencalonkan seorang tokoh yang mampu disenangi rakyat dan mempunyai latar belakang agama yang ampuh bagi meruntuhkan 'keangkuhan' pemimpin parti pembangkang itu yang kononnya amat arif dalam hukum hakam ajaran Islam.