Sunday, November 27, 2022

Pahang pun dapat kerajaan BN + PH...

 

Wan Rosdy sworn in as Pahang Mentri Besar 28/11/2022 jam 12:46 PM MYT


Tahniah kepada ADUN Jelai yang telah di angkat dan/atau dilantik semula memegang jawatan MB Pahang untuk sekali lagi bagi penggal PRU15. Insya Allah Pahang Darul Makmur akan terus maju dan rakyat akan sejahtera di bawah pentadbiran YAB MB Tok Wan Rosdy. 



Desakan broker2 PPBM...HIDUP UMNO/BN....

Dalam UMNO selepas PRU14 banyak broker-broker PPBM dan Pejuang iaitu pro TSMY dan Tun M tapi tak mahu keluar daripada UMNO sebab nak jawatan dan kuasa terutamanya yang duduk sebagai Ketua Bahagian dan dalam MKT. Broker-broker ini yang sebenarnya telah merosakkan UMNO dari dalam dengan mengeluarkan kenyataan dan pendirian seolah-olah UMNO ini sudah tiada guna lagi pada broker-broker ini. 

Desakan untuk Presiden dan Timbalan Presiden UMNO meletakkan jawatan itu amat tidak praktikal terutama dalam suasana politik yang meruncing sekarang. Selepas PRU15 tiada parti politik yang boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan melainkan bergabung untuk membentuk kerajaan dan seterusnya melantik PM10. DYMM Agong sudah mengesa agar PH dan PN bergabung untuk menyelesaikan perkara ini tetapi ianya di tolak oleh TSMY. Kenapa kita perlu bersikap sombong dan angkuh dalam perkara ini. Perlu diingat kita di lantik oleh rakyat dan rakyat sedang memerhatikan gelagat-gelagat kita menpercaturkan nasib rakyat dan negara di hujung pisau. 

Broker-broker PPBM dalam UMNO tidak bersetuju UMNO gabung dengan PH kerana dalam PAU telah dinyatakan NO DAP, NO DSAI tetapi broker-broker ini gagal untuk menyebut NO PPBM. Kenapa ianya terjadi sedangkan tubuh dan jasad dalam UNMO tetapi jiwa dan raga berkiblatkan PPBM. DSN pernah dalam ucapannya di Sabah menyatakan bahawa dalam UMNO selepas kekalahan terdapat empat (4) jenis manusia;

1. Katak (nasib baik ada Akta Anti Lompat Katak)

2. Masuk dalam Gua tapi bila UMNO/BN kuat kembali tiba-tiba sahaja jembalang ini muncul kembali

3. Jawatan dan kuasa hendak dalam UMNO tapi jiwa dan raga cakap seolah-olah seperti pemimpin-pemimpin PPBM.

4. Setia dan patuh kepada Perlembagaan UMNO/BN. 

Barang dingat bahawa semasa calon BN mengambil watikah calon BN mereka ada menandatangani berbagai dokumen yang mengikat mereka dengan BN dan memberikan mandat kepada Pengerusi/Presiden BN untuk berunding dengan mana-mana parti politik sekiranya BN tidak dapat majoriti mudah 112 kerusi. Bila perkara tersebut ada, maka Presiden BN berhak untuk berunding tetapi Presiden BN tidak pernah membelakangi MP-MP BN dengan memanggil mereka untuk duduk dalam "round table" bincangkan permasalahan ini. So broker-broker PPBM yang bukan MP itu jangan meroyan dan buat bising mengatakan itu ini tentang Presiden UMNO. Sekiranya tidak puashati sampai tarikh pemilihan nanti kita masuk gelanggang lawan semua jawatan yang di pertandingkan dalam pemilihan UMNO pusat daripada jawatan Presiden sampai kepada MKT. Kita tengok siapa yang kena game.

Selepas tiga (3) hari pasca PRU15 kita masih lagi tiada kerajaan Persekutuan. MP Titiwangsa ada mengatakan bahawa dalam membentuk kerajaan Persekutuan tidak wajar mengaitkan ianya kepada sentimen perkauman dan agama. Bahawasanya UMNO sudah tegaskan dalam PAU No DAP, No DSAI dan No PPBM. Akhirnya BN terpaksa berkecuali dengan tidak menyokong PH mahupun PN. Pada kita itu adalah jalan tengah (mediation solution) yang praktikal di ambil kerana PH ada DAP dan DSAI manakala PN ada PPBM. Natijah itu BN tolak kedua-duanya dan GPS mungkin akan ikut BN. Makna PH dan PN terpaksa mengenepikan ego masing-masing untuk membentuk kerajaan gabungan. Mandat rakyat telah di berikan kepada PH dan PN maka gunakan mandat tersebut untuk "KITA BOLEH STABIL DAN BERSIH" (sudah kena slogan tu). Kita perlu ingat bahawa PH dan PN bukan tak pernah tidur dan cium bersama-sama pada satu ketika dulu. PAS pernah jadi rakan sekutu DAP. Begitu juga PPBM dalam PRU14 rakan kuat DAP sehinggakan Presiden PPBM iaitu Tun M di angkat sebagai PM-7. Natijahnya BN sahaja tak pernah duduk dalam Pakatan dan/atau gabungan Pembangkang.

Nasihat kita kepada broker-broker PPBM (terutamanya Ketua-ketua Bahagian) sekiranya kamu berhajat untuk mengesa Presiden UMNO letak jawatan sila masuk gelanggang dalam pemilihan UMNO yang akan di adakan tidak lama lagi. Kita nantikan saat dan ketika itu, siapa yang kena game...


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto hiasan NSTP/Aswadi Alias

DSZH Presiden UMNO/BN


Kita tetap dengan pendirian Institusi Presiden UMNO mesti di hormati dan di sanjung bukannya di remehkan, dihina dan dinista serta di gulaikan sekiranya segala cita UMNO/BN tidak dapat di penuhi. Bolehkah kita percaturkan bahawa rakyat akan undi UMNO/BN sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN semuanya di benci oleh rakyat kerana berlagak, ingin membolot semua, UMNO/BN sahaja yang bagus (tapi ini memang tidak dapat di nafikan). Kilang UMNO/BN yang telah melahirkan banyak pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan sebagai PM daripada PM-1 sehingga PM-10 semuanya daripada kilang UMNO/BN.

Insya Allah kita percaya satu hari nanti pemimpin-pemimpin "true UMNO/BN" akan di angkat sebagai PM. Sebelum itu terjadi UMNO/BN kena buang orang-orang yang tidak setia dan menikam UMNO/BN dari dalam seolah-olah Presiden UMNO/BN sahaja yang patut pikul tanggungjawab akibat kekalahan dalam PRU15. UMNO/BN tidak kalah macam GTA (Pejuang) pulang dengan tangan kosong tapi UMNO/BN ada 30 kerusi solid (UMNO 26, MCA 2, MIC 1 dan PBRS 1). 

Perlu diingat bahawa undi 60% Melayu pecah kepada [UMNO, PAS, PPBM, GTA (Pejuang) dan PKR] dan undi Cina dan India solid pergi ke PH. Ini memang tidak dapat di nafikan oleh sesiapapun. Sentimen perkauman itu masih kuat dalam menentukan polar pemerintahan di Malaysia. Kita tidak nampak PH akan menang di kawasan bandar sekiranya bukan undi solid Cina dan India di belakang PH. Cuba bayangkan bagaimana majoriti undi PH di kawasan bandar meletup majoriti sekiranya bukannya solid undi Cina dan India. Kita bukan nak pertikaikan undi solid Cina dan India tapi kita hanya nak memperjelaskan bahawa sekiranya pemimpin-pemimpin Melayu tidak berhati-hati di masa akan datang maka kita pasti akan menjadi "pengemis" dalam negara sendiri. Sudahlah ekonomi pun di pegang oleh kaum lain, politik pun hendak di tentukan oleh kaum lain. Inilah akibatnya semua pemimpin-pemimpin Melayu ingin sangat mengejar cita-cita untuk menjadi PM dan/atau pemerintah akhirnya rakyat, agama Islam, negara di pergadaikan (jadi macam bola tendang sana sini tepai gol tidak juga lagi).

Oleh itu PRU15 ini boleh di jadikan pemangkin untuk UMNO/BN bangkit semula untuk menjadi tunjang pentadbiran dan memakmurkan negara Malaysia, mendaulatkan Islam dan mensejahterakan kehidupan rakyat.

HIDUP UMNO/BN...!!!!!!!!








 


Sunday, November 20, 2022

Tiada Gabungan boleh membentuk kerajaan...Institusi Presiden dalam UMNO...

 



PRU15 telah di terjemahkan oleh rakyat Malaysia dengan memberi undi kepada parti-parti di atas utuk membentuk kerajaan yang di kehendaki iaitu KITA BOLEH dan STABIL DAN BERSIH PNbest. PH (Dapigs 40, PKR 31 dan Amanah 8), PN (PAS 49 dan Bersatu 24), BN 30 (UMNO 26, MCA 2 MIC 1 dan PBRS 1), GPS (Parti Sarawak), GRS (Parti Sabah), Warisan (Parti Sabah) dan lain-lain. 

Parti manakah yang boleh membentuk kerajaan. SPR telah menyatakan tiada parti yang melangkaui 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan "simple majority". Ini bermakna parti-parti di atas perlu bergabung untuk membentuk kerajaan persekutuan Malaysia. Itulah kehendak Allah (SWT) dengan tidak semena-mena UMNO/BN yang di cari oleh parti-parti untuk membentuk kerajaan Persekutuan walaupun UMNO/BN hanya ada 30 kerusi sahaja. Ini juga bermakna kita kembali kepada seperti PRU14 yang mana akibat Langkah Sheraton dan perletakkan jawatan Tun M kerajaan PH 22 bulan jatuh dengan sendirinya. Kemudian di ikuti dengan penarikan sokongan 13 MP UMNO terhadap TSMY maka DSIS telah di lantik oleh UMNO/BN untuk menjadi PM-9. Itulah sejarahnya.

Sekarang kita terpaksa melalui keadaan tersebut sekali lagi di mana parti-parti terpaksa menagih sokongan UMNO/BN. Andaian (sekiranya UMNO/BN jahat maka mula-mula kita bagi pada PN kemudian PN gagal kita bagi pula kepada PH kemudian gagal juga akhir sekali buat PRU16). Apa-apa pun UMNO/BN hendaklah memberikan sokongan dan/atau mengemukakan SD sokongan kepada parti yang kurang memudaratkan UMNO/BN dan rakyat serta negara Malaysia. Ianya bersyarat UMNO/BN tidak mahu sebarang jawatan dan/atau kuasa dalam pentadbiran negara baik dalam membuat dasar, polisi dan pelaksanaan segala perancangan kerajaan yang dilantik pada ketika ini. Ini sejajar dengan saranan dan gesaan Presiden PAS pada 15/11/2022 tempoh hari iaitu UMNO/BN rela jadi pembangkang.

PRU15: Pas rela jadi pembangkang daripada bekerjasama dengan BN - Abdul Hadi

Shuhada Abdul Kadir
PRU15: Pas rela jadi pembangkang daripada bekerjasama dengan BN - Abdul Hadi


Institusi Presiden UMNO:-

Jawatan Presiden UMNO/BN itu adalah satu jawatan terpenting dalam dunia politik negara Malaysia. Ianya adalah jawatan yang di lantik dalam pemilihan UMNO dalam setiap penggal pemilihan 3 tahun sekali. Selepas DSNR meletakkan jawatan maka Timbalannya DSZH telah memangku jawatan tersebut dan kemudiannya di lantik sebulat suara melalui proses pemilihan untuk penggal 2018/2021 dan pemilihan untuk penggal 2021/2023 sepatutnya di adakan sebelum PRU15 tetapi UMNO telah mendapat mandat daripada ROS untuk menangguhkan pemilihan selama 6 bulan daripada tarikh PRU15.

Makna selepas ini cawangan-cawangan dan Bahagian-Bahagian boleh membuat pemilihan baru untuk menjawat jawatan Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri kemudian seterusnya Ketua Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian. Apabila semua sudah selesai maka UMNO akan adakan pemilihan pusat pula iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri.

Sekiranya pemimpin-pemimpin yang inginkan Presiden meletakkan jawatannya selepas kekalahan PRU15, maka pemimpin-pemimpin tersebut juga perlulah meletakkan jawatan dan jangan bertanding untuk sebarang jawatan dalam pemilihan UMNO baik diperingkat Cawangan, Bahagian mahupun UMNO pusat. Ini tidak kamu nak pegang jawatan sebagai Ketua Bahagian dan dalam pemilihan pusat juga kamu nak bertanding. Kita rasa dalam pemilihan kali ini nama-nama yang digugurkan tempoh hari dan banyak bunyi pasti akan di hukum dalam pemilihan UMNO pusat nanti. Ianya adalah bersebab kamu terlalu "angkuh dan sombong" dengan menyatakan saya ini Ketua Perhubungan UMNO Negeri kenapa Presiden menganggap saya macam "sampah".

Dalam tempoh tenang ini kita fikirkan dan cari penyelesaian halatuju UMNO selepas PRU15. Perlu diingat tak pernah dalam sejarah UMNO/BN ada dua (2) nakhoda dalam satu masa iaitu Presiden dan PM-9. Selalunya Presiden akan jadi PM dan Timbalan Presiden akan jadi TPM tetapi selepas kerajaan TSMY jatuh Presiden tarik diri kerana kes Mahkamah, Timbalan Presiden bukan ahli MP dan seterusnya ianya jatuh kepada Naib Presiden paling kanan iaitu DSIS. Inilah sebabnya "poster boy" BN adalah DSIS dan rakyat tidak nampak perkara tersebut. Tersebar di laman cyber undi BN maka rakyat akan dapat DSZH bukannya DSIS sebab DSZH adalah Presiden UMNO. Undi BN akan dapat DSAI sebab DSZH adalah anak didik DSAI dalam UMNO satu ketika dahulu berdasar perbualan talipon mereka. Akhirnya slogan lawan-lawan UMNO/BN berjaya di hadamkan ke dalam pemikiran rakyat. Itulah sebabnya UMNO/BN dapat 30 kerusi. Maka kita patut bersyukur kerana dengan 30 kerusi itu UMNO/BN boleh menetukan siapa bakal membentuk kerajaan persekutuan Malaysia.

UMNO/BN tak perlu terlibat dalam percaturan politik "pintu belakang dan tebuk atap" inikan lagi untuk duduk dalam kerajaan mahupun jadi kerajaan melainkan keadaan terdesak yang memerlukan UMNO/BN menyelamatkan rakyat dan negara. Adakah UMNO tamakkan jawatan dan kuasa sehingga sanggup membelakangi institusi Presiden. Siapa pun duduk di kerusi Presiden akan panas sebab bila kalah sudah tentu Presiden akan di suruh berundur tapi kita tak mahu mengkaji apa sebab kita kalah. Kajian kekalahan itu adalah penting untuk memulakan tindakan dan perancangan baru bagi menawan hati rakyat di sesuatu kawasan dan kita juga harus kekalkan calon-calon kalah di dalam kawasan tersebut bagi memantopkan penerimaan rakyat di sesebuah kawasan. Ianya tak perlu menunggu sehingga perlantikan calon untuk sesuatu kawasan itu, baru calon-calon tersebut hendak bergerak untuk menyantuni para pengundi di sesebuah kawasan. KIta kena bergerak awal daripada lawan kerana lawan mempunyai segala kemudahan yang tersedia sebab mereka adalah kerajaan pada ketika ini.

Adakah kita ingin berkomplot dengan parti lawan yang hendak membunuh UMNO/BN terang-terangan kata no DSZH. Kenapa TSMY tak mahu DSZH? TSMY tahu DSZH adalah pemimpin yang berjiwa kental yang tidak akan berganjak walaupun di tawarkan berbagi habuan. Ingat tak cakap TSMY bahawa "DSZH pernah bawa file-file kes Mahkamah beliau berjumpa saya di rumah untuk diselesaikan". Adakah kita hendak percaya kata-kata TSMY tersebut? Alhamdulillah 40 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam ke atas DSZH telah di gugurkan dan sekarang tinggal 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur "Yayasan Akal Budi" masih lagi berjalan sambung Januari 2023. Ramai orang cakap DSZH pun dapat menang majoriti hanya beberapa ratus di Bagan Dato. Adakah itu indikasi bahawa sokongan kepada DSZH sudah semakin merosot. Perlu diingat bahawa DSNR pun pernah dapat 200 lebih majoriti di Pekan satu ketika dahulu. 

Kita bukan hendak melindungi DSZH daripada gesaan untuk meletakkan jawatan tetapi hendak melindungi institusi Presiden UMNO itu daripada di perlekehkan seperti "patung cendana" apabila di perlukan dan apabila menang disanjung tetapi apabila kalah maka ianya akan di herdik dan di gesa untuk meletakkan jawatan. Malangnya orang yang menyuruh dan mengesa tersebut tak mahu pula untuk meletakkan jawatannya sebab apabila UMNO kalah maka semua pemimpin-pemimpin UMNO berjawatan perlu letak jawatan kerana kamu gagal untuk memimpin UMNO untuk mencapai kemenangan. Sepatutnya kita bagi kepada pemimpin-pemimpin baru untuk meneruskan legasi untuk UMNO sebagai wadah perjuangan agama, rakyat dan negara. Sekiranya tiada Akta Lompat Parti sudah tentu separuh daripada MP UMNO yang ada akan lompat si katak lompat dan UMNO akan menjadi semakin kecil kuasanya. Ini kita kena ucapkan terima kasih kepada PM-9 UMNO DSIS yang berjaya membawa Akta Lompat Parti dalam persidangan Parlimen tempoh PRU14 lalu.

TSMY amat terkenal dengan "scheme of things" sudah tentu beliau akan menawarkan MP-MP UMNO dengan jawatan dan kuasa bagi menyuruh MP-MP UMNO lompat si katak lompat kepada parti PPBM bagi menguatkan parti beliau yang hanya ada 24 kerusi di banding dengan PAS 49 kerusi. Ini sudah tentu PAS akan lebih banyak suara daripada PPBM. Betul kata DSIS PAS mesti dominan dalam PN. Kita amat teruja di masa pernamaan calon tempoh hari apabila melihat UMNO/BN di dokong oleh para penyokong dengan sebegitu rupa. Ini bermakna UMNO/BN ini masih di ikuti dan di hayati oleh rakyat Malaysia yang inginkan apa yang di bawa dan diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Ianya selalu kata yang akan dikotakan. Kita mesti ingat sokongan akar umbi terhadap UMNO dan tanpa sokongan ini UMNO tidak boleh bergerak. Ini juga bermakna sekiranya kita nak tukar Presiden mahupun Timbalan Presiden tunggu pemilihan UMNO yang perlu disegerakan bagi membolehkan UMNO membentuk strategik dengan saf-saf kepimpinan baru. Kita masuk gelanggang bertanding jawatan-jawatan penting UMNO pusat. Kita tengok siapa pula yang kena game. Kita tunggu apakah resolusi UMNO/BN selepas ini...










Ke mana hala tuju UMNO selepas PRU15...

Presiden UMNO, Ahmad Zahid mendakwa Muhyiddin mahu mengharamkan UMNO. - Foto hiasan NSTP/ASYRAF HAMZAH

Presiden UMNO


Selepas PRU14 kebanyakkan pendokong UMNO/BN ingat UMNO/BN akan menjadi pemerintah kembali tetapi malang ianya tidak terjadi. Itulah bermulanya sejarah hitam UMNO/BN yang berjaya memenangi beberapa kerusi dan gagal untuk membentuk kerajaan. Perdana Menteri ketika itu ialah DSNR. Beliau rasa bertanggungjawab dan melepaskan semua jawatannya dalam UMNO/BN dan jawatan tersebut telah di pangku oleh Timbalan beliau iaitu DSZH. Kemudian DSZH telah berjaya untuk menjawat jawatan Presiden apabila memenangi jawatan Presiden  dalam pemilihan UMNO. Sepatutnya pemilihan UMNO perlu di adakan sebelum PRU15 lalu tetapi telah di tangguhkan kepada 6 bulan selepas PRU15.

Pada hikmah kita pemilihan tersebut perlu di segerakan memandangkan UMNO/BN tewas teruk dalam PRU15 dengan kehilangan banyak kerusi di Perlis, Kedah, Kelate, Teganu, Pahang, Johor, Melaka, Selangor. Percaturan yang di aturkan oleh kepimpinan UMNO/BN tidak menjadi sehingga ramai pemimpin-pemimpin UMNO/BN tumbang. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab tersebut kepada satu pihak sahaja sebaliknya semua kepimpinan UMNO/BN mesti bertanggungjawab dalam kekalahan UMNO/BN.

Dalam konteks UMNO semua yang duduk dalam top 5 itu bertanggungjawab dan perlu di cari ganti dengan muka-muka fresh maka itu sebabnya pemilihan UMNO itu perlu di segerakan untuk memilih pemimpin-pemimpin yang bakal mengambilalih dalam saf kepimpinan UMNO. Perlu ini diingat bahawa UMNO tidak kalah semua masih ada lagi 30 kerusi (kemungkinan untuk lompat parti itu tidak mungkin sebab sudah ada Akta Anti Lompat Parti), maka UMNO kena bina balik momentum untuk menjadi parti yang disegani dan dihargai oleh rakyat satu masa dulu. Jasa UMNO kepada rakyat dan negara Malaysia terlalu banyak tapi sekarang rakyat terutama generasi lahir zaman "cyber" itu tidak pandang kepada infrastruktur jalanraya, bangunan tinggi dan sebagai tetapi mereka lebih kepada "apa yang lu boleh bagi kepada gua" dalam kategori pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, jamin social dan sebagainya.

Kekalahan kali kedua ini juga ada hikmahnya kerana untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang di anggap sebagai "warlord" dan yang tidak mau turun-turun walaupun sudah berpenggal-penggal menjadi "calon" mahupun sebagai Ketua Bahagian. Selagi umur di kandung badan selagi itulah hendak dipegangnya jawatan Ketua Bahagian mahupun menjadi "calon" dalam pilihanraya.

Dalam kempen politik UMNO kurang tokoh seperti BOSSku yang dapat membawa "rakyat bersama" untuk menjayakan sesuatu agenda. Malangnya BOSSku terpalit pula dengan "isu rasuah". Inilah kekurangan pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama berkuasa apabila menganggap setiap perbuatan dan tindakan itu tidak menyalahi undang-undang kerana itu adalah "dana sumbangan orang kepada UMNO" yang di masukkan kepada dalam akuan sendiri oleh gurkha-gurkhanya. Malangnya yang mengendalikan akaun tersebut pula di letakkan di atas budi bicara gurkha-gurkhanya. Dalam UMNO kadang kala gurkha-gurkha itu ibarat "kuah lebih daripada sudu".

Perkembangan yang tidak siapa menyangka ialah di Perak PN dapat 26 PH dapat 24 tapi BN dapat 9 yang di carinya untuk menubuhkan kerajaan gabungan bagi negeri Perak. Begitu juga di Pahang yang mana PN ada 17 kerusi BN ada 16 kerusi dan PH selebihnya. Pada kita itulah hikmah dan cantiknya kedudukan politik di Malaysia masa kini di mana tiada satu pun boleh dapat majoriti melainkan bergabung dengan parti-parti yang bertanding untuk menubuhkan kerajaan. Itulah juga yang terjadi di peringkat Persekutuan yang mana yang UMNO/BN ada 30 kerusi itu di cari oleh parti-parti politik untuk bergabung kerana PH ada 82 dan PN hanya ada 73. Bagi membolehkan parti-parti membentuk kerajaan mereka memerlukan simple majoriti sebanyak 112 kerusi. DYMM Agong pula sudah bagi masa sampai besok jam 2:00 ptg untuk tubuhkan kerajaan.

Persoalan samada UMNO/BN nak bergabung ataupun tidak bergabung itu semua terletak pada budi bicara UMNO/BN kerana UMNO ada 26, MCA 2 dan MIC 1 PBRS 1. Rundingan dengan rakan kongsi adalah penting bagi mencapai kata sepakat kita nak bergabung dan/atau untuk menjadi pembangkang sahaja. Sekiranya kita bergabung adakah berkehendakkan jawatan kerana apabila kita menerima jawatan maka apa-apa "kecurangan dan ketidakbolehan kerajaan tersebut akan di letakkan di bahu UMNO/BN" seperti itulah yang terjadi pada PRU15. Walaupun PH 22 bulan dan PN 17 gagal tapi semua yang terjadi diletakkan di atas bahu UMNO/BN. Lagipun rakyat melihat pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini senang nak pancing tawarkan jawatan sebagai Menteli dan/atau Timbalan Menteli maka pasti mereka akan menerimanya.

UMNO/BN mesti tegas dalam persoalan ini iaitu tiada jawatan dan UMNO/BN tak mahu terlibat dalam sebarang pembuat dasar, polisi dan pelaksanaannya. Parti-parti peneraju lantiklah di kalangan ahli-ahli mereka yang kebanyakkannya "pakar-pakar" untuk menjawat jawatan-jawatan dalam kerajaan. UMNO/BN hanya bergabung untuk melancarkan proses demokrasi dan menubuhkan sebuah kerajaan tetapi UMNO/BN menolak sebarang penawaran untuk menjawat sebarang jawatan apapun sekali. Ini bagi membolehkan UMNO/BN bangkit dan menjana tenaga serta wawasan untuk mengembalikan kegemilangannya sebagai peneraju rakyat dan negara Malaysia.

Sekiranya UMNO/BN nak jadi pembangkang maka jadi pembangkang untuk rakyat dalam memantau "check and balance" kerajaan dalam setiap dasar, polisi dan pelaksanaannya kerana UMNO/BN ada kepakaran dan kebolehan untuk mengenalpasti mana yang betul dan mana yang salah selepas 61 tahun menjadi kerajaan.

Insya Allah kita yakin UMNO/BN pasti akan bangkit untuk menerajui rakyat dan negara Malaysia satu hari nanti.



Parlimen tergantung PRU15


Saturday, November 19, 2022

UMNO/BN kena game...PRU15

PRU15 telah melaburkan tirainya di mana PH dapat 82 kerusi PN dapat 73 kerusi dan BN dapat 30 kerusi GPS dapat 22 kerusi Warisan 3 kerusi GRS 6 kerusi Muda 1 dan Bebas 2. Tiada partai yang mencapai simple majority 112 kerusi melainkan mereka bergabung untuk menubuhkan kerajaan.

UMNO/BN 30 dan GPS 22 dan GRS 6 adalah partai-partai yang akan di ajak untuk bergabung bagi melepasi angka 112 kerusi.

Sekiranya PH 82 + BN 30 + GPS 22 + GRS 6 + Warisan 3 maka sudah tentu PH akan membentuk kerajaan.

Sebaliknya PN 73 + BN 30 + GPS 22 + GRS 6 + Warisan 3 maka boleh juga membentuk kerajaan.

Sekarang pemimpin2 parti kena fikirkan manakah gabungan yang akan memberikan lebih manfaat kepada rakyat dan negara. 

Kemungkinan PN 73 + GPS 22 + GRS 6 + Warisan 3 bergabung maka cukup 114 kerusi untuk dapatkan simple majority.

UMNO/BN pasti tak mahu duduk dalam kerajaan bersama dengan PPBM melainkan pucuk kepimpinan UMNO/BN lepas brek kita boleh bergabung untuk menguatkan kerajaan campuran tapi dengan syarat kita mahu apa-apa jawatan.

Sekiranya UMNO/BN bergabungan dengan PH maka permasalahan lain pulak akan timbul iaitu Dapigs dan PKR. Inilah jajaran baru yang tidak boleh diterima oleh banyak kepimpinan UMNO/BN.

Apa yang penting UMNO/BN kena fikirkan semasak-masak jajaran mana yang lebih kurang permasalahannya kepada UMNO/BN di masa akan datang. Insya Allah dalam masa lima (5) tahun kita akan tahu jajaran dan/atau gabungan mana yang dapat mentadbir Malaysia seperti mana UMNO/BN pernah mentadbir selama 61 tahun. Adakah jajaran dan/atau gabungan baru tersebut akan meneruskan dan/atau membatalkan segala apa yang telah di laksanakan oleh UMNO/BN dan/atau menambah baik dan/atau sebaliknya. Kita tunggu...

UMNO/BN dan GPS adalah the King Makers sekarang...Pada pandangan kita UMNO/BN seharusnya menolak sebarang jawatan dalam kerajaan kerana rakyat tak mahu UMNO/BN mencampuri dalam pentadbiran negara dan negeri. Biarkan partai-partai yang mendapat majoriti mentadbir negara dan negeri.


Anwar becomes Malaysia's 10th prime minister



Tahniah kepada DSAI yang akhirnya dapat juga menjadi PM10 setelah berbagai ranjau, dugaan, musibah duka, sedih dan pahit melanda beliau dalam mengapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun PN yang di terajui oleh TSMY telah di nasihati oleh DYMM Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH tetapi di tolak mentah-mentah oleh TSMY/PN maka DYMM Agong terpaksa mengesyorkan supaya PH mencari alternatif untuk membentuk kerajaan perpaduan tersebut. Akhirnya BN, GPS bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan tersebut dengan tidak terikat dengan iltizam asal BN iaitu menjadi pembangkang untuk "check dan balance" kerajaan perpaduan ini.

Permasalahan pembentuk kerajaan Persekutuan dan lantikkan PM selesai, maka pemimpin-pemimpin parti terima sahaja kesudahan episode yang melanda negara selama satu (1) minggu penuh dengan debaran. Sekarang masa untuk kerja melaksanakan apa-apa "manifesto" yang telah dijanjikan kepada rakyat.

PS: 

Perak ikut Persekutuan dengan kerajaan perpaduan BN + PH begitu juga Pahang BN + PH. Perlis sahaja kerajaan baru PN/PAS.



Friday, November 18, 2022

Kempen sudah tamat...SELAMAT MENGUNDI

#CUKUPLAHSEKALI KENATIPU

Tepat jam 12:00 malam tamat kempen PRU15. Setiap parti telah berkempen dengan jayanya untuk mengelakkan perselisihan faham akibat bawaan fahaman politik yang berlainan tetapi ada juga satu dua insiden yang boleh di kawal oleh pihak berkuasa. Sekarang kita nampak setiap parti politik cuba mengelakkan konfrantasi antara satau sama lain baik dari pemimpin sehinggalah kepada akar umbi parti politik.

PH dengan slogan #PHKITABOLEHKENCINGLAGI

BN dengan slogan #KESTABILAN DAN KEMAKMURAN

PN dengan  slogan #STABILDANBERSIHKANKATAKDANPENGKHIANAT

GTA dengan slogan #AKULAHNYAMUKPEMECAHUNDIORANGMELAYU


Sekarang semuanya terletak di dalam dan/atau pada jari-jemari rakyat samada nak pangkah (X) mana satu untuk menerajui Malaysia untuk tempoh lima (5) tahun mendatang iaitu berakhir (19/11/2022-18/11/2027).

Manifesto BN, PH, PN dan GTA telah di hidangkan kepada rakyat. Setiap parti-parti bertanding cuba untuk menambat hati para pengundi. 

Kempen-kempen telah di jalankan dengan penuh tertib walaupun terdapat "tembak menembak" antara satu sama lain terutamanya antara PH dan PN. Masing-masing cuba menegakkan mereka yang jaguh dan prihatin terhadap rakyat.

PH masih lagi terikat dengan politik balas dendam dan kebencian. PN pula mengamalkan politik Islam extremis dengan mengatakan UMNO/BN ada keruhnya lagi dan politik berdendam dengan UMNO/BN sehinggakan UMNO/BN hendak di buangnya ke dalam Sg Muar.

SELAMAT MENGUNDI....


Thursday, November 17, 2022

Raih undi sanggup buah apa sahaja...

 


"Datang Sabtu nanti bila di umumkan bahawa PH dapat Putrajaya kita akan cari Azam Baki". 

Ini adakah satu ugutan kepada terhadap penjawat awam yang hanya menjalankan tugas-tugas di bawah bidang kuasa SPRM. Adakah ini yang rakyat mahu apabila PH mengambilalih Putrajaya seperti mana yang terjadi kepada rakyat dan negara 22 bulan lalu selepas PRU18.

PN dengan bangganya mengumumkan bahawa PN akan menawan Pahang pada PRU15 nanti iaitu "simple majority". Malangnya apabila di selidik dan di amati secara keseluruhannya Pahang akan kembali kepada BN dengan 9 Parlimen manakala 5 Parlimen (Bentong, Raub, Temerloh, Kuantan dan Indera Mahkota) masih 50:50. PRU15 Pahang BN dapat 25 kerusi DUN 8 PAS 11 PH. Indikasi PN untuk memterjemahkan sambutan "berpuluh-puluh" motosikal dan kereta sekiranya di buat "perarakan" mungkin akan menunjukkan peningkatan sokongan PN. Malangnya adakah itu menunjukkan "gelombang" telah beralih kepada PN di Pahang? Kita mesti ingat bahawa kehadiran orang di PDM-PDM ceramah tidak boleh di katakan bahawa rakyat telah menyokong PN kerana ianya mesti di terjemahkan ke dalam pengundian pada 19/11/2022. Itu telah di terjemahkan di PRN Melaka dan Johor.

PH sekarang semakin berkecamuk dengan isu-isu untuk menyakinkan rakyat dengan slogan #PHKKITABOLEHKENCINGLAGI.

GTA nampak sangat Tun M sudah uzur walaupun hatinya masih membara untuk pegang jawatan PM tetapi usia telah memakan jasad Tun M dan pemikirannya sudah semakin hari semakin merosot. Insya Allah GTA akan di bubarkan mungkin akan kembali kepada UMNO.

Insya Allah UMNO/BN akan berjaya "cross the bridge" dan bergabung dengan GRS dan GPS untuk membentuk kerajaan Malaysia yang stabil dan makmur.


Monday, November 14, 2022

Pengundian Awal...

Pengundian Awal akan di laksanakan pada 15/11/2022 untuk anggota ATM, PDRM dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Sebelum pengundian awal tersebut bakal PM aka PM tepi telah menembak bahawa terdapat di Bera pengundian telah di laksanakan sebelum 15/11/2022 dengan di bayar RM300-00. Itulah adalah satu tuduhan yang sehingga kini tidak dapat di buktikan oleh DSAI. Dalam ceramah politik semasa kempen partai-partai politik akan mengutarakan apa sahaja untuk memancing undi rakyat sehinggakan dalam seluar lawannya pun akan di bincangkan di khalayak ramai. 

Kempen PH banyak menembak kepada BN dalam soal persepsi siapa yang akan jadi PM sekiranya BN menang PRU15. Perkara ini telah di jawab dalam PAU, MKT, wawancara dengan DSZH, dalam kempen dan dalam temuramah dengan pemberita bahawa DSZH telah menyatakan bahawa DSIS akan menjadi PM sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan. Malangnya PH, PN dan GTA tidak mempercayai perkara ini dan menuding kepada kejadian di Johor di mana "poster boy"nya adalah Hasni tetapi MB yang di lantik adalah Onn Hafiz. Di Johor itu adalah kehendak ke bawah DYMM Sutan Johor, adakah kita nak menghalang sesuatu arahan Tuanku? Maka Hasni dengan hati terbuka dan berjiwa besar menyerahkan dan mencalonkan Onn Hafiz sebagai MB Johor yang baru. Kemungkinan ini terjadi apabila BN berjaya membentuk kerajaan adalah amat tipis sekali melainkan seseorang yang di calonkan itu telah hilang kelayakkan untuk menjadi PM (tiada sokongan ahli Dewan Rakyat). 




BN pada 14/11/2022 dalam wawancaranya telah menyatakan bahawa BN sudah dapat "cross the bridge" walaupun sebelum itu terdapat "gempa bumi" di beberapa kawasan tetapi ianya telah dapat di tangani. Insya Allah BN akan membentuk kerajaan pada dan/atau malam 19/11/2022 selewat-lewat pagi 20/11/2022. Perlis bagaimana di tanya oleh pemberita, BN jawab Perlis hanya memerlukan 8 kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan. Insya Allah kita boleh dapat dan Perlis akan terus berada di bawah BN. Dalam hari yang sama PH pula menyatakan bahawa PH telah melepasi 100 kerusi tetapi sebelum itu pada hari ke4 kempen Invoke telah menyatakan bahawa PH sudah ada 100 kerusi dan perlu hanya 12 kerusi lagi untuk mendapat "simple majority". Malangnya itu adalah data analisa Invoke yang bersifat "serkap jarang" dan/atau "tangkap muat" untuk menyatakan bahawa "we have the figures" seperti 16/9/2018 "we got the figures to form a new government". Alih-alih semua kena kencing hancing oleh DSAI.

PN sebelum tarikh 19/11/2022 seperti mencari jalan penyelesaian terhadap "damage" yang telah di buat oleh anggota-anggota PN dan MB Kedah yang banyak merugikan PN dalam PRU15 ini. Dalam ceramah di Kedah PN telah menyatakan "undilah PN jangan undi BN dan/atau PH nanti masuk neraka" kemudian dalam masa 24 jam kenyataan itu di tarik balik seterusnya dalam masa 2 hari beliau telah meletakkan jawatannya dalam PN/PAS untuk berehat. Dalam satu ceramah lain di Teganu "sanggup menyembelih orang kafir" dan MB Kedah pula memangnya penuh dengan kontroversi apabila menyatakan "boleh ke perempuan memikul tanggungjawab sebagai MP ataupun DUN sekiranya di kejutkan pukul 3:00 pagi. Untuk bersiap pun mengambil masa lama dengan rambut dan kain batek". Malangnya kata-katanya itu telah mencalarkan "kebolehan wanita dalam membina negara". Dalam ceramah PN juga telah menembak BN dan PH mengenai permasalahan Kluster Mahkamah yang ada pada BN dan PH tapi malangnya PN gagal untuk menunjukkan contoh akhlak dan budi pekerti dan kejujuran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan menggunakan "tohmahan dan andaian dengan dalil-dalil Al-Quran" untuk mendapatkan undi rakyat. Sekarang PN tengah berbalah apabila S/U Pas kata PN akan bergabung dengan BN tetapi itu dinafikan oleh TSMY yang menyatakan S/U Pas tiada mandat untuk berunding dengan BN. Perlu diingatkan bahawa TSMY menganggap UMNO/BN adalah musuh utama PN tetapi Pas pula menganggap PH adalah musuh utama. Sekarang mana yang perlu di ikuti dan inilah menunjukkan contoh kepada rakyat bahawa PN bukan satu bangsa, satu negara dan satu matlamat. PN ada banyak matlamat yang tidak mungkin boleh mencerminkan konsep "satu bangsa satu negara dan satu matlamat". Mana sebenarnya PNbest?

Malangnya, rakyat tak mahu sebab dalam PN itu banyak katak si katak lompat aka pengkhianat kepada amanah yang telah di berikan rakyat kepada mereka dan ada juga yang terpalit dengan "kerja-kerja sumbang semburit". Inilah yang telah mencalarkan PN. Permasalahan PN ialah untuk mendapat undi bukan Melayu kerana keberadaan PAS di dalam PN. Ingat undi orang Melayu kepada PN pun agak sukar untuk di cari kerana PN itu di anggap sebagai "malapetaka dan pengkhianat kepada Melayu dan Islam" yang sanggup bersekongkol dengan Dapigs dalam PH untuk menjatuhkan BN semasa PRU14. Melayu masih ingat kerja-kerja jahat PN untuk membunuh UMNO/BN dengan mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO/BN di Mahkamah. Dakwaan itu di laksanakan kerana pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak mahu menutup dan membubarkan UMNO dan semuanya masuk ke dalam PPBM aka Bersatu. Itulah harga yang telah di bayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menyelamatkan dan mendaulatkan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu.

Kegilaan PH terutamanya DSAI untuk menjadi PM10 telah memualkan rakyat Malaysia. Selama ini DSAI kerap di labelkan sebagai PM tepi dan DSAI perlu mencermin dirinya samada beliau layak di angkat sebagai PM10 di Malaysia. Perlu di ingat bahawa sekiranya PH menang dengan kerusi di bawah 112 kerusi, maka PH perlu bergabung dengan partai-partai lain untuk menubuhkan kerajaan. Ianya mungkin akan menjadi sukar kerana GPS tidak mahu bersekongkol dengan PH setelah PH menganaktirikan GPS dan membatalkan banyak projek-projek untuk Sarawak selepas PRU14. GRS pun belum tentu bersekongkol dengan PH. Begitu juga ura-ura DSZH and komplot sulit dengan DSAI untuk membentuk gabungan BN+PH tapi bagaimana dengan penerimaan pemimpin-pemimpin dan akar umbi UMNO? Perlu diingat bahawa dalam PAU 2021 telah dinyatakan bahawa No Dapigs, No PKR dan No PPBM.

Saingan semakin sengit di setiap kawasan PRU15, calon-calon berlumba-lumba untuk meraih undi supaya rakyat mengundi parti-parti mereka. Kita rasa rakyat sudah tahu dan telah menyimpan hasrat untuk mengundi parti mana rentetan daripada apa yang terjadi selepas PRU14. Dalam sejarah politik Malaysia kita ada 3 PM dalam satu penggal iaitu PM7 dari PH 22 bulan, PM PN 17 bulan dan PM BN caretaker selepas pembubaran Parlimen pada 10/10/2022. Kita sebenar sudah boleh mengagak bahawa "gelombang biru" akan menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia tetapi dalam politik banyak perkara yang pelik boleh berlaku di saat akhir sebelum mengundi pada 19/11/2022.

Kita nasihat kepada calon-calon BN dalam masa perbaki beberapa hari sebelum tamat kempen hendaklah jaga pertuturan dan tingkah laku dan teruskan bekerja kuat untuk meraih undi dan mengenal pasti pengundi-pengundi putih yang akan mengundi pada 19/11/2022. Sekiranya kita kena sediakan "transport" pastikan transport ada untuk membawa "pengundi-pengundi" tersebut ke tempat pembuangan undi dan perlu sediakan banyak payung untuk kegunaan membawa pengundi-pengundi di musim hujan sekarang.

Selamat mengundi pada pengundi-pengundi awal 15/11/2022...



 

Friday, November 11, 2022

Kempen semakin hangat...

BN telah melengkap calon-calon yang akan bertanding begitu juga PH, PN dan GTA. Calon-calon yang digugurkan telah menyatakan untuk bertanding di atas tiket parti lain dan ada juga yang bertanding atas tiket bebas. Setakat penulisan ini, kita hanya mengetahui Shahidan dan Ismail Mutalib sahaja yang akan bertanding di bawah tiket PN. Calon-calon BN yang di gugurkan di Johor tetap setia dengan BN begitu juga di Ketereh dan di Tanjong Karang. Di Jempol ianya masih menjadi tanda tanya,

Sebelum itu S/U BN telah mengumumkan baki calon-calon yang bertanding untuk kerusi Tumpat (Che Lah), Kuala Nerus (Khairuddin), Jempol (Timbalan Ketua Bahagian), Kuala Pilah (Timbalan Ketua Bahagian), Batu (MIC). Calon-calon yang tidak dapat bertanding telah memprotes dan ingin meneruskan hasrat untuk bertanding di kawasan masing-masing.

Pada 5/11/2022 Shahidan telah mengunakan logo PN untuk bertanding kawasan Arau, Zahidi bebas untuk bertanding di Padang Besar, Gabungan bebas telah di wujudkan di Perlis. Kempen semakin hangat di merata tempat. Di Perlis Gabungan PN yakin akan menawan Perlis apabila Shahidan telah berpaling tadah kepada PN untuk bertanding di kawasan Parlimen Arau. Begitu juga di Pahang, PN yakin akan berjaya menawan Pahang dengan meletakkan calon PN/PAS di DUN Cheka sebagai isyarat bahawa calon tersebut akan di lantik sebagai MB Pahang sekiranya PN berjaya menawan Pahang. Tapi barang di ingat bahawa calon tersebut juga bertanding di Kubang Kerian Kelate untuk Parlimen. Antara Kelate dan Pahang itu agak jauh dan ingin akan jawatan MB Pahang kemungkinan itu adalah "cakap-cakap politik".

Masing-masing gabungan telah mengeluarkan "manifesto" masing-masing. Manifesto yang berpijak di bumi nyata dan yang mungkin akan terlaksana adalah Gabungan BN. Rakyat sudah serik dengan Manifesto PH setelah menang segala janji-janji manifesto itu tidak di tunaikan malahan dikatakan manifesto adalah bukan kitab suci. Begitu dengan manifesto PN dan GTA nampak macam "berbunga dan berbuah" tapi hakikatnya "omong kosong" kerana 17 bulan penuh dengan "flip flop", katak si katak lompat, pengkhianatan, tikam belakang, tekan menekan, Parlimen di gantung di bawah Akta Darurat, Lockdown paling lama, ekonomi teruk dan kehidupan rakyat terjejas teruk. Manifesto GTA tiada yang boleh di hadamkan melainkan itu adalah retorik Tun M yang menjadi 22 tahun PM4 atas dokongan BN kemudian berpatah arang dengan BN menjadi PM7 di bawah PH. Malangnya Tun M hanya berjaya bertahan selama 22 bulan sahaja kemudian meletakkan jawatan sebagai PM7. 

Sejarah telah menunjukkan bahawa kepimpinan tertinggi negara kebanyakkan adalah dari DNA UMNO/BN bermula daripada PM1 sehingga PM9. Sekarang PH telah mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai PM10 dan PN pula mempromosikan TSMY sebagai PM10. Polimek yang di cipta oleh lawan BN adalah "undi BN maka PM BN adalah Zahid Hamidi". Sementelah itu polimek tersebut telah ditangkis oleh kebanyakkan kepimpinan UMNO yang akur dengan keputusan PAU bahawa PM10 UMNO/BN adalah DSIS (Bera). Sekiranya di lihat secara sambutan dan kesantunan rakyat terhadap DSIS adalah amat memberansangkan tetapi kita nantikan samada ianya akan di terjemahkan kepada undi pada 19/11/2022. Masa Pak Lah mengambil alih jawatan PM5 pada ketika itu telah di adakan PRU dan semasa PRU tersebut BN telah menang banyak kerusi dan memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen. Adalah perkara sebegini akan berulang kembali apabila PH dan PN telah memerintah negara dan rakyat Malaysia telah melihat akan kegagalan pemerintahan PH dan PN dengan menteri-menteri cop ayam tidak ada "kelayakkan" untuk memduduki kerusi Menteri kerana kerja sebagai kerajaan adalah ibarat kerja untuk rakyat bukan kerja sebagai "pembangkang" yang boleh cerita apa sahaja almaklum kita membangkang apa sahaja polisi dan dasar kerajaan walaupun ianya memberi manfaat kepada rakyat.

Maka wujudlah "bantuan 30 ringgek, kereta terbang, minum minyak sawit satu sudu, menoreh di musim hujan, politics prosecution, elephant v elephant grass suffer, ikan kembang ada 3 billion dan banyak lagi". Akhirnya kerajaan naik atas fitnah dan pembohongan jatuh dengan sendirinya dan hanya bertahan 22 bulan sahaja. Persoalannya adakah kita ingin mengulanginya dengan PH. Bila PN naik, maka bermulalah "polisi flip flop" kejap boleh kemudian besoknya PC kata tak boleh, wujud sindrom "katak si katak lompat", umpan MP dengan jawatan Menteri takut tiada sokongan dalam Parlimen, gantung Parlimen di bawah Akta Darurat, Lockdown tiada pergerakan maka ekonomi dan kehiduoan rakyat terjejas teruk. Adakah kita ingin mengulangi kerajaan PN?

Kempen PRU15 semakin memuncak dengan pelbagai cara dan gaya berkempen tetapi di Sik PN berkempen secara "Amanat Hadi" dengan mengatakan bahawa sesiapa undi BN dan/atau PH akan masuk neraka" begitu juga PH Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa tentera telah di bayar RM300 untuk pangkah awal di Bera. Fitnah oleh Raja Fitnah Malaysia, Rafizi Ramli bertebaran di media social dan PH terutama PKR telah memaksa bakal-bakal calon "declare harta benda calon-calonnya". Malangnya anggota PH yang lain tidak mahu mengikuti PKR iaitu Dapigs dan Amanah. Persoalanya apakah tujuan PKR membuat "polisi" declare harta benda di musim kempen PRU15? Kemudian Razifi Ramli telah di berikan surat tuntutan mengenai KASA oleh peguam Tuan Ibarahim tetapi Rafizi Ramli mengatakan "kita tunggu apabila PH menang PRU15 dan DSAI jadi PM10". Adakah ini maknanya kita akan di bawa seperti mana PH memerintah 22 bulan tempoh hari. Rakyat kebanyakkannnya risau dan gusar dengan PH dan PN kerana banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.

MB Kedah memperlekehkan kebolehan kaum wanita untuk menjadi MP mahupun DUN dengan mengatakan "mereka akan mengambil masa lama untuk bersiap" dan samada mereka mampu untuk membantu sekiranya di kejutkan pada jam 3:00 pagi. MB Kedah ini penuh dengan kontroversi, kita nantikan samada ada rakyat masih ingat kontroversi-kontroversinya yang boleh mengundang malapetaka kepada rakyat Kedah. Dalam bolasepak kita tahu akan kontroversinya dengan TMJ. Semasa kempen di PRN Johor MB Kedah ada mengatakan kestabilan hanya boleh dicapaikan sekiranya rakyat tidak lagi memilih BN walaupun masa uti MN masih wujud. MB Kedah telah di tegur oleh ahli-ahli DUN dalam DUN Kedah berkaitan isu judi dan air dengan Pulau Pinang dan isu bertikam lidah dengan TMJ.

Tinggal lagi seminggu kempen sebelum rakyat membuang undi pada 19/11/2022. Maka pada hari kemuncak pasti banyak "isu-isu panas" di utarakan dan di momokkan oleh calon-calon PRU15. Tungguuuuuuu....






Tuesday, November 1, 2022

Mampukah UMNO/BN menguasai Putrajaya...PRU15

UMNO/BN telah mengumumkan calon-calonnya untuk menghadapi PRU15 pada 1/11/2022 dengan pelbagai kejutan dan sensasi. Top 5 UMNO/BN sudah pasti memikirkan macam mana nak cari "WALI" tersebut. Percaturan Top 5 UMNO/BN mungkin nampak dinamika tetapi mampukah akar umbi di kawasan itu menerima "calon payung terjun" daripada Pusat. Sekiranya kita tengok partai-partai lain terutamanya PH calon payung terjun ini adalah perkara biasa dan para pengundi PH tidak mengundi atas nama calon tapi atas nama parti iaitu PH. Itulah sebabnya PH menang di kawasan-kawasan bandar walaupun calon-calonnya bertukar tangan.

Malangnya UMNO/BN tidak sebegitu. KIta ini terlalu bergantung harap kepada "warlords" iaitu calon-calon yang dapat hulur tetapi calon tersebut telah menjadi "disadvantages" kepada UMNO/BN. Rakyat keseluruhannya meluat dan menyampah dengan tingkah laku dan perkataan yang di utarakannya di khalayak ramai mahupun di dalam Dewan Rakyat.




Kita ambil setiap negeri dengan bermula di Perlis. Perlis ini mempunyai tiga (3) kerusi Parlimen dan ianya telah menjadi kubu kuat BN selama ini terutamanya di ARAU dan PADANG BESAR. Pada PRU15 ini UMNO telah mencalonkan Ketua Puteri UMNO Malaysia untuk Padang Besar, Fathul Bari untuk Arau dan Rozabil untuk Kangar. Pada pandangan kita itu adalah calon-calon yang boleh memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU15 pada 19/11/2022. Apa yang kita perlu ialah akar umbi kena terima percalonan parti iaitu UMNO/BN. Ingat UMNO/BN itu adalah lebih besar daripada calon-calon yang bertanding. Kita menangkan calon-calon ini untuk memberikan kerusi kepada UMNO/BN supaya UMNO/BN dapat merampas kembali Putrajaya. Top 5 mesti ada perancangan lain untuk "warlords" di Arau dan Padang Besar. Kita perlu ingat pemimpin datang dan pergi, UMNO/BN bukannya macam PH di mana anak beranak akan meneruskan legasi keluarga. 

Lihat Pekan UMNO/BN telah mencalonkan Puzi iaitu ADUN Peramu Jaya sebagai calon. Mengapa UMNO/BN tak calonkan anak DSN iaitu Nizar yang berjawatan sebagai Ketua Pemuda Pekan pada ketika ini. Mungkin pada pandangan AJK Pekan NIzar kurang pengalaman dalam selok belok perkhidmatan kepada masyarakat Pekan mahupun politik sepak terajang dalam UMNO/BN. Apa yang kita rasa lega ialah "rare talent" UMNO/BN telah di tempat di kawasan strategik iaitu Sg Buloh dan Kuala Selangor. Ini satu percaturan yang jarang-jarang di buat oleh UMNO/BN. Apa yang paling mengejutkan ialah calon kerusi Tanjung Karang tidak diumumkan lagi. Ini perkembangan yang dinanti-nanti oleh orang Selangor kerana kredibiliti kepimpinannya banyak di persoalkan oleh rakyat Selangor. Akhirnya calon Tanjong Karang telah diberikan kepada Ketua Wanita Tanjong Karang.

Di Kelantan,Terengganu, Johor dan N9 satu tindakan berani telah di laksanakan oleh Top 5 dengan meletakkan Ketua Puteri Kelantan di kerusi Ketereh dan tiada calon untuk kerusi Tumpat, kerusi Kuala Nerus, Jempol dan Kuala Pilah. Di Johor calon-calon UMNO/BN di ubah-ubah dan di gantikan dengan calon-calon baru yang berkaliber. Pulai pada mulanya Nur Jazlan tidak mahu bertanding tapi memandangkan tiada calon yang berwibawa untuk melawan "Menteli Ikan Kembong" maka Nur Jazlan akur akan kehendak parti UMNO.BN. Pagoh adalah kubu kuat Presiden PN iaitu TSMY tapi UMNO/BN telah mencaturkan Razali Ibrahim untuk mendapatkan balik Pagoh begitu juga di Larut di sandarkan kepada "DUKE" tapi "DUKE" tarik diri di gantikan dengan Ketua Penerangan UMNO Larut. Manakala di Gerik di letakkannya Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Percaturan ini nampak boleh memberikan "kejayaan kepada UMNO/BN" tetapi ianya semua bergantung kepada PDM dan jentera UMNO/BN di kawasan tersebut.

Kadang kala kita tak dapat apa yang kita hendakkan. Inilah yang terjadi kepada Ampang, Indera Mahkota dan Bandar Tun Razak (BTR) yang mana MCA telah di tugaskan untuk memikul tanggungjawab memenangkan calon BN. Memang di kawasan-kawasan tersebut UMNO Bahagian yang banyak bertindak dalam apa jua keadaan tetapi dalam untuk memenangkan calon BN maka kita tolak tepi "perbalahan dan ketidakpuasanhati" kita fokus kepada matlamatnya iaitu BN mesti dapat Putrajaya. BN itu lebih penting jangan pula sampai tutup PDM dan jentera bergerak sambil lewa.

Calon-calon sudah ada cuma Tumpat, Kuala Nerus, Jempol, Kuala Pilah dan Tanjung Karang sahaja yang belum ada. Itu kita serahkan kepada kebijaksanaan Top 5 untuk menentukannya. Apa yang menarik calon-calon kali ini ialah UMNO telah menaikkan ADUN-ADUN menjadi MP pulak. Ini dapat kita lihat di Maran dan Pendang. Ianya adalah satu tindakan bijak dan patut di praktikkan di masa akan datang.

Calon-calon sudah ada, sekarang PDM dan jentera mesti bergerak seia sekata baik UMNO, MCA dan MIC jangan ada "pilih bulu" lu kawasan ini gua kawasan ini. Matlamat kita ialah BN mesti menang dan dapat Putrajaya. Insya Allah sekiranya kita berusaha, kerja keras dan tekun patahkan tohmahan, fitnah, hasutan dan pendustaan PH, PN dan GTA kita akan menang bergaya dan dapat Putrajaya. Sekarang tunjukkan kepada rakyat bahawa kita adalah satu pasukan iatu "TEAM BN" bukannya team UMNO, MCA dan/atau MIC. Jangan kita kecewakan rakyat yang inginkan "KESTABILAN DAN KEMAKMURAN" yang telah di aur-aurkan oleh UMNO/BN. 

UMNO ADALAH SEBUAH PERJUANGAN. BN adalah wadah kemajmukkannya. Insya Allah 19/11/2022 BN akan kembali...