Memang tidak dapat di nafikan PRN Melaka mengejutkan banyak kepimpinan pembangkang iaitu PH (PKR, Dap dan Amanah) dan PN (PPBM, PAS dan Gerakan). Pada ketika PRN Melaka PN adalah gabungan parti di peringkat pusat tetapi UMNO/BN tidak mahu bekerjasama dengan PPBM kerana PPBM menjadi tapak kepada katak-katak lompat dari UMNO. Presiden PPBM (PM8) adalah bekas Timbalan Presiden UMNO yang di pecat, Mantan Presiden PPBM (PM7) adalah Presiden UMNO selama 22 tahun. SU PPBM adalah MP Larut UMNO yang lompat si katak lompat. Cuba bayangkan 14 MP UMNO di Sabah yang jadi katak si katak lompat masuk PPBM dll.
Dalam PRN Melaka UMNO/BN memenangi 21 (UMNO 18, MCA 2 dan MCI 1) kerusi dari 28 kerusi di pertandingkan. PN (PPBM) hanya dapat 2 dan 5 gabungan PH (Dapigs 4 Amanah 1)
Dalam PAU 2020 telah di putuskan bahawa tiada kerjasama dengan Dapigs, PKR dan PPBM. Ini bermakna di timbal balik pun UMNO kena patuh kepada keputusan akar umbi di PAU 2020 tiada kerjasama dengan partai-partai tersebut di atas. Sebaliknya UMNO bekerjasama dengan PAS dan menandatangni Piagam Muafakat Nasional (MN) adalah untuk menyatukan silaturrahim parti terbesar Melayu di Malaysia iaitu UMNO dan PAS bagi mengelakkan pertembungan yang akan merugikan orang Melayu dan Islam seperti dalam PRU14.
Sebaliknya PPBM yang memang berniat jahat, iri hati, dengki dan berdendam dengan UMNO melancarkan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan mengajak semua parti di Malaysia bergabungan dengan PPBM dalam PN. Pada ketika penubuhan PN, Presiden PPBM adalah PM8 Malaysia. PN telah di daftarkan sebaliknya MN tidak di daftarkan kerana pada pandangan UMNO MN adalah piagam kesepakatan antara UMNO dan PAS. MN bukannya kesepakatan dan/atau gabungan politik antara UMNO dan PAS. Apa yang dipersetujui adalah tiada pertembungan antara UMNO dan PAS dalam PRU kelak mahupun PRN dan/atau PRK. Ini memang di persetujui dan di sambut baik di kalangan akar umbi UMNO dan PAS yang berseteru selama ini sehinggakan kafir mengkafir (Amanat Hadi Awang) yang membawa kepada cerai berai, sembahyang dua imam dan sembilahan UMNO haram di makan dan banyak lagi.
PAS tidak pernah duduk dalam kerajaan sebelum PRU14 tetapi selepas Agenda Sheraton, PAS telah di jemput untuk duduk dalam kerajaan dan seterusnya bergabung dengan PPBM dan Gerakan dalam PN. Apa tujuan PAS hanya pemimpin-pemimpin PAS sahaja yang boleh menjawab.
Keretakan MN antara UMNO dan PAS bermula pada PRN Sabah walaupun tidak begitu ketara tetapi dalam PRN Melaka keretakkan itu nampak paling ketara apabila PAS bergabung dengan PPBM dan Gerakan untuk melawan UMNO/BN. Persepakatan telah ada tapi bukan gabungan politik seperti PN, sabaliknya PAS ajak UMNO/BN sertai PN dalam gabungan politik kemajmukkan dan ukhwah yang besar. Malangnya PAS gagal untuk menyelami pendirian UMNO yang tidak berganjak dengan tiada Dapigs, tiada PKR dan tiada PPBM. PAS juga gagal untuk mengajak seteru kuatnya Amanah (PAN) untuk menyertai PN. Kenapa ukhwah itu mesti di bina dalam kerangka UMNO/BN sahaja tetapi tidak dalam tubuh badan Amanah (PAN) yang kebanyakkanya adalah pemimpin-pemimpin PAS sebelum PRU14. Alasannya Amanah (PAN) kena tinggalkan Dapigs. Sama juga dengan UMNO/BN, PPBM adalah parti katak si katak lompat dan PPBM pernah bersama-sama PH untuk bunuh UMNO/BN.
UMNO tidak pernah berpatah arang dengan PPBM tetapi UMNO tidak suka akan sikap PPBM yang mengkhianati UMNO dan ingin membunuh UMNO secara terang-terangan. Agenda PPBM pada ketika penubuhannya oleh PM7 dan PM8 adalah PPBM untuk menggantikan UMNO sebagai partai Melayu terbesar di Malaysia tetapi ianya tidak di terima oleh Presiden UMNO dan saf kepimpinan UMNO yang setia dengan UMNO. Begitu juga akar umbi UMNO enggan menerima PPBM kerana pada pendapat mereka PPBM cuba menikam dan membunuh UMNO dari luar dan dalam. Ini sebabkan pro PPBM dalam UMNO kena hemtam luar dan dalam seperti TSAM.
Semasa PRN Sarawak UMNO/BN memang tidak mahu mengambil bahagian kerana menghormati GPS yang menjadi rakan karib UMNO/BN sejak sebelum PRU14 tetapi selepas PRU14, UMNO/BN kalah GPS keluar dari BN dan menjadi partai gabungan Sarawak untuk orang Sarawak. Namun UMNO/BN tetap menghormati pendirian partai-partai Sarawak dan pemimpin-pemimpin Sarawak juga menghormati UMNO/BN. Insya Allah sekiranya UMNO/BN dapat balik Putrajaya, GPS pasti akan duduk dalam gabungan UMNO/BN.
Sekarang tumpuan kita adalah ke arah PRN Johor yang banyak di perkatakan oleh rakyat sebagai ("benchmark") PRU15 kelak. Pemimpin-pemimpin PH dan PN banyak melobikan andaian bahawa UMNO/BN tamak kuasa dan rakus untuk meraih jawatan dalam DUN Johor. Sebelum pembubaran DUN Johor, TSMY pernah mengatakan bahawa beliau boleh tekan "button" maka DUN Johor jatuh dan melabelkan TSSS sebagai pemimpin bodoh. Rakyat dan kepimpinan di Johor sudah berkali-kali meminta TSMY untuk tekan button tapi TSMY gagal untuk melaksanakan kata-kata yang diungkapkan. Malahan kononnya tidak mahu mengganggu dan prihatin akan kesukaran dan permasalahan Covid-19 tapi semasa PRN Sabah beliau yang tekan button.
Bila DUN Johor di bubarkan keluar pula cerita kononnya ini adalah desakan Kluster Mahkamah dan sekiranya Johor jatuh kepada UMNO/BN maka Kluster Mahkamah akan senang nanti. Kita ingin memaklumkan PRN Johor tiada kena mengena dengan Kluster Mahkamah kerana DSN dan DSZH tidak bertanding semasa PRN Johor yang akan berlangsung pada 26/2/2022 hari penamaan calon, 8/3/2022 undi awal dan 12/3/2022 hari pengundian. Insya Allah sekiranya UMNO/BN di berikan mandat maka DS Hasni Mohammad akan di lantik sebagai MB Johor. Gerak kerja UMNO/BN adalah jelas kerana UMNO/BN adalah milik rakyat dan UMNO/BN kerja untuk rakyat. Insya Allah UMNO/BN ingin mengekalkan #kestabilan dan kesejahtreaan rakyat sebagai agenda utama UMNO/BN.
Petanda akan kekalahan PN dalam PRN Johor apabila TSMY tidak mahu bertanding kerusi DUN Johor dan TSMY tidak mahu mempertahankan kerusi DUN Gambir. Rakyat Johor masih ingat kejadian semasa arwah Osman Sapian PH (PPBM) dan Dr Sahruddin Jamal jadi MB Johor dari PH (PPBM). Setelah permasalahan yang meruncing, DSHM telah di lantik menjadi MB Johor seterusnya sehinggalah DUN Johor di bubarkan. Pada ketika itu DUN Johor ada 56 di mana gabungan PN ada 27, PH ada 28 dan 1 berkecuali. Inilah permasalahannya sebenar kenapa DSHM membubarkan DUN Johor. Sekiranya tidak di bubarkan ianya mungkin merumitkan perkara-perkara pokok dan asas yang perlukan sokongan DUN Johor tidak akan dapat di laksanakan. Ianya tiada kena mengena dengan tamak kuasa haloba jawatan dan/atau Kluster Mahkamah. Ianya hanya bersandarkan DUN Johor perlukan mandat rakyat untuk menentukan siapa yang terbaik untuk memerintah dan memimpin Johor ke arah kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan serta pembangunan yang manpan.
Sekarang semua partai-partai yang ingin bertanding menuding jari ke arah UMNO/BN kerana partai-partai tersebut seperti PH (PKR, Dapigs, Amanah dan Muda) & PN (PPBM, PAS, Gerakan) & Pejuang tahu bahawa harapan mereka tipis dalam memenangi hati rakyat setelah apa yang terjadi semasa pemerintah PH dan PN di Johor. Maka PH, PN dan Pejuang mencipta persepsi dan fitnah terkini kononnya PRN Johor adalah untuk menyelamatkan Kluster Mahkamah. Sebenarnya PH, PN dan Pejuang tiada agenda lain selain untuk menumbangkan UMNO/BN. Ini memang terjadi di peringkat pusat dan negeri. Di peringkat pusat PH hanya bertahan selama 22 bulan di bawah TMM dan 17 bulan di bawah TSMY. Kenapa, sendiri fikirlah...Manakala di Johor dalam penggal DUN Johor ke 14 ini, sudah tiga kali MB bertukar. Kenapa, sendiri fikirlah... Apabila UMNO/BN tumbang di peringkat pusat rakyat bersorak gembira kerana kerajaan Kleptrokrasi telah di jatuhkan dan rakyat menjangakakan PH akan dapat memberikan segala-gala seperti dalam manifesto mereka semasa PRU14. Inilah akibatnya partai dan pemimpin yang naik menerusi persepsi dan fitnah akhirnya rakyat yang sengsara, ekonomi negara merudum dan malap. Rakyat di paksa membantu negara dengan mengadakan Tabung Kutipan PH untuk membantu membayar duit IMDB dan kerajaan PH terkenal dengan bantuan 30 hinggit. Akibat kecelakaan PH dengan tidak semena-mena PM7 letak jawatan, maka tersungkur semua saf kepimpinan PH dalam kerajaan dan agenda PH terutama Dapigs terhadap rakyat serta negara berkubur. Begitu juga PM8 terlalu banyak politiking dan rakyat sudah jemu dengan Akta Darurat Parlimen dan Lockdown sehinggakan Raja-Raja Melayu terpaksa masuk campur untuk memulihkan sistem demokrasi berpalimen Malaysia.
Kempen sudah berjalan tapi secara "serangan media social" dengan tagline "jangan beri Kluster Mahkamah menguasai PRN Johor", "UMNO/BN yang rakus kuasa, sombong dan tamak haloba", "UMNO/BN itik patah kaki", "jangan beri UMNO/BN menguasai Johor kerana kepimpinan penuh rasuah dan salahguna kuasa" dan berbagai "persepsi" dan "fitnah" untuk mengelirukan rakyat Johor supaya jangan undi UMNO/BN. Pemimpin-pemimpiin PN cakap le pasal "Kluster Mahkamah" sedangkan Kluster Mahkamah tak bertanding pun di Johor. Pemimpin-pemimpin PN tiada bahan tabur persepsi dan fitnah untuk mengelirukan rakyat, begitu juga dengan PH yang berkecamuk di antara mereka, hanya retak menunggu belah sahaja. SU PN dalam satu kenyataan mengatakan bahawa "PN akan mencapai kemenangan besar pada 12/3/2022 nanti" apabila ramai rakyat menghadiri majlis anjuran PN siap tagline lagi #Kalau UMNO tak takut saya tak tahulah...#MB Kedah kata kalau nak kestabilan jangan undi UMNO/BN...#Sri Kandi PN pula cakap kita ambil roh perang Badar untuk lawan UMNO/BN.
Banyak kenyataan PN (PPBM. PAS dan Gerakan) yang mencela, menghina dan memperkecilkan serta memperlekehkan UMNO/BN tapi kenapa UMNO/BN tetap di hati rakyat...lu fikir le sendiri... Sekarang kita tunggu 12/3/2022 siapa yang akan di sejuk bekukan oleh rakyat Johor...#Kestabilan politik menjamin kemakmuran ekonomi.
No comments:
Post a Comment