Wednesday, September 29, 2021

Kematian itu adalah pasti...

Semua orang tak mahu cerita pasal kematian kerana ianya amat memilukan dan kesedihannya boleh berpanjangan serta kerinduaan itu amat memenatkan. Namun itulah hakikatnya bahawa kematian itu adalah kepastian bagi tiap-tiap benda yang bernyawa. Nyawa kita di pegang oleh Allah (SWT) dan hanya Allah (SWT) sahaja yang tahu bila kita akan di panggil balik untuk mengadap Allah (SWT).

Setiap manusia, tumbuhan dan apa sahaja benda yang bergerak pasti akan sampai masa dan ketikanya untuk di matikan oleh Allah (SWT). Kita sebagai seorang muslim pasti akan mengakui hak Allah (SWT) dalam menentukan perjalanan setiap mahkluk, tumbuhan, gunung ganang dan apa sahaja di bumi ini adalah milik Allah (SWT) belaka. Kita telah dirancang oleh Allah(SWT) untuk mengemudi kehidupan kita kearah yang di redhainya iaitu kita sujud kepada Allah (SWT) bukan kepada benda-benda lain seperti patung-patung dan berhala untuk menggantikan Allah (SWT). Sekiranya kita melakukan syirik kepada Allah (SWT) maka azab yang bakal kita terima di dunia, di alam kubur dan di akhirat kelak amat mengerunkan. Kita di tugaskan untuk melakukan amal maaruf dan nahi mungkar, berzakat, haji, bersedekah, hormat ibubapa dan berbagai kebaikkan dan kemulian walaupun sebesar zarah sekalipun pasti akan di nilai dan di berikan ganjaran oleh Allah (SWT).

Inilah akibatnya apabila kematian datang dan kita di masukkan ke alam kubur maka kita akan memohon kepada Allah (SWT) supaya kita di kembalikan ke alam dunia semula kerana kita telah melihat seksaan Allah (SWT) semasa di alam kubur. Malangnya Allah (SWT) telah memberikan kita masa untuk melakukan segala amal maaruf dan nahi mungkar ketika kita hidup di dunia dahulu, tapi akibat kelalaian kita maka perkara-perkara kebaikkan tersebut tidak terlaksana secara konsisten. Inilah yang menyebabkan kerugian yang besar kepada kita apabila kematian bakal menjelma kelak.

Pada 30/6/2021 bapa saudara Sulaiman bin Osman telah di panggil mengadap Allah (SWT) pada umur 77 tahun dan tiga bulan kemudian bapa ku Mohd Marzuki bin Osman pula telah di panggil untuk mengadap Allah (SWT) iaitu pada 27/9/2021 pada umur 85 tahun. Semoga Allah cucuri ke atas roh mereka dan di tempatkan bersama-sama para Anbiya, Syuhadah dan golongan yang beriman kepada Allah (SWT). Al-Fatihah.

Kita yang di tinggalkan mesti terus berusaha dan mengamalkan apa-apa amal maaruf dan nahi mungkar yang telah di laksanakan oleh mereka-mereka yang telah kembali mengadap Allah (SWT).

Generasi Osman bin Abas yang pertama yang telah di panggil mengadap Allah (SWT) adalah seperti berikut:

1. Osman bin Abas - 1996 (Bapa)

2. Asiah binti Haji Ahmad - 2001 (Ibu)

3. Mohd Yusof bin Osman - 23 tahun (Ayah De)

4. Mak Ngah - mati kecil (Mak Ngah)

5. Siti Raubah binti Osman - 2020 (Mak Itam)

6. Sulaiman bin Osman - 30/6/2021 (Ayah Teh)

7. Mohd Marzuki bin Osman - 27/9/2021 (Abang Nong-Sulong).

Walaupun amat pedih dan pilu untuk di terima tetapi itulah hakikatnya setiap yang hidup pasti akan menemui kematiannya. Sejauh mana pun kita melarikan diri daripada kematian, ia tetap akan mengekori kita. Firman Allah di dalam Surah Al-Jumuah ayat 8 

"Katakanlah (Wahai Muhammad) Sebenarnya maut yang kamu ingin larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan mencari kamu, kemudian kamu akan di kembalikan kepada Allah (SWT) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)"

Kita yang hidup teruskan berdoa untuk arwah-arwah, teruskan kebaikkannya, teruskan amanatnya, teruskan tugasannya yang belum selesai, teruskan bersilaturrahim dan teruskan amal maaruf dan nahi mungkar.

Apabila meninggalnya anak Adam maka tinggallah segala-gala apa yang dia ada kecuali amalannya, sedekahnya dan doa anak yang soleh. Ini memang terbukti dalam proses pengkebumian mayat apabila ada kematian. Mayat akan di mandikan dengan pelbagai haruman, di bersihkan dari najis-najis, di wuhdukan dan di kafankan dengan kain puteh sebanyak tujuh lapis. Apabila di masukkan ke dalam liang lahad akan di hadapkan ke arah Kiblat dengan muka dan kaki di buka ikatannya. Maka jasad itu akan bersemadi seorang diri dalam perkuburan yang gelap gelita apabila telah di timbus dengan tanah Segala amalan, sedekah dan doa-doa anak yang solehlah yang akan membantu mereka untuk melalui ujian di alam kubur tersebut.

Maka bersedialah kita sebelum kita pula di panggil untuk mengadap Allah (SWT)...





 


No comments:

Post a Comment