Pada 26/7/2021 Parlimen telah bersidang untuk mendengar taklimat kerajaan tentang Darurat dan Covid-19. Para pembangkang telah di berikan keutamaan untuk melibatkan diri dalam perbahasan dan pencelahan serta penjelasan dalam persoalan taklimat Darurat dan Covid-19 oleh kerajaan PN. Malangnya seperti yang di jangkakan para pembangkang lebih suka memperlihatkan perangai buruk mereka dari memberikan input dan cadangan demi kepentingan rakyat dan negara.
Semasa menjadi kerajaan, PH lebih banyak main politik dan mejalankan pemerintahan secara "balas dendam" dengan menghapuskan banyak perkara. Sekarang selepas 22 bulan gagal dalam mentadbir Malaysia, cuba untuk menjadi "jaguh" kampung dengan melalak, melolong dan menjerit-jerit seperti kera sumbang dalam Parlimen. Apabila orang bercakap dia pun nak bercakap tapi apabila bila orang memberikan taklimat dan penjelasan para pembangkang (PH) tak mahu dengar kemudian ulang-ulang soalan yang sama sehinggakan YDP Speaker dan Timbalan-timbalannya pun naik berang dan menyampah. Inilah perangai pembangkang dalam Parlimen Malaysia.
Kejaraan PN pun satu bila Darurat telah di tamatkan maka perkara penamatan Darurat ini hendaklah di laksanakan sebetul-betulnya mengikut lunas-lunas undang-undang. Jangan main cakap dalam Parlimen bahawa Undang-undang Darurat telah di tamatkan tetapi maka warta yang mengatakan Undang-undang Darurat tersebut telah di tamatkan pada 21/7/2021. Inilah permasalahan politik di Malaysia apabila mereka-mereka yang tidak berpengalaman dalam mentadbir Malaysia di berikan kuasa dan jawatan untuk mentadbir negara oleh rakyat. Akhirnya rakyat dan negara yang terkesan akibat dari pentadbiran dan selian yang agak lemah di peringkat pusat dan negeri.
Permasalahan ini telah berlarutan sehinggakan Sidang Parlimen terpaksa di tangguhkan sehingga September, 2021 untuk di perbetulkan tentang permasalahan Ordinan Darurat tersebut. Dalam pada itu "suasana politik" semakin hangat apabila UMNO menetapkan dan/atau mengesa MP-MPnya menarik balik sokongan ke atas TSMY sebelum berakhir Ogos, 2021. Apabila 15 MP UMNO menarik balik sokongan ke atas TSMY maka berakhirlah jawatan kemegahan TSMY sebagai PM Malaysia ke-8. Sebelum itu dalam ucapan terakhirnya TSMY telah menyalahkan kluster Mahkamah dan golongan kleptorat yang telah menyebabkan TSYM kehilangan jawatan PM tersebut. Sebenarnya TSMY di lantik ke jawatan PM adalah sokongan dan dokongan golongan kluster Mahkamah dan golongan kleptorat, walaupun pada mulanya agak keberatan untuk menandatangani SD yang ditetapkan tetapi demi agama, bangsa dan negara mereka tetap patuh kepada arahan dan aturan UMNO/BN.
Kluster Mahkamah dan golongan kleptorat tidak pernah sekali-kali meletakkan syarat bahawa kerajaan PN hendak menguggurkan pendakwaan terhadap mereka di Mahkamah dengan serta merta sebaliknya mereka ingin membuktikan bahawa dakwaan terhadap mereka adalah "pendakwaan bermotifkan politik semata-mata" yang telah di rancang oleh pemimpin-pemimpin yang iri hati, yang banyak tabur fitnah dan berdendam terhadap kebijaksaan pemimpin-pemimpin UMNO/BN mentadbir negara sebelum ini. Akibat fitnah, hasutan, iri hati dan dendam maka jatuhkanlah UMNO/BN apabila tewas kepada PH (PKR, DAPigs, Amanah dan PPBM). Pada ketika itu Tun Kitul telah di nobatkan sebagai PM-7 tetapi Allah (SWT) Maha Berkuasa, Maha Adil, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui dengan tidak semena-mena Tun Kitul telah meletakkan jawatannya pada Februari, 2021. Maka berakhirlah pemerintahan PH yang menjerumuskan Malaysia ke dalam kegawatan ekonomi, sosial, budaya, keagamaan, ketidakstabilan politik dan sistem keadilan yang double standard.
TSMY telah meletakkan jawatannya sebagai PM-8 pada 16/8/2021. Ini bermakna Malaysia akan mendapat PM-9 tidak lama lagi. PH mencanangkan DSAI yang telah menunggu agak lama tetapi kebanyakkan rakyat Malaysia tidak mahukan DSAI begitu juga di kalangan Raja-Raja Melayu. Sekiranya DSAI naik sebagai PM-9 maka DAPIgs sekali lagi akan jadi besar kepala dan kita akan sekali lagi berada di dalam kegawatan dalam pelbagai bidang terutama ekonomi, politik, sosial dan keagamaan.
DYMM Agung telah meminta setiap pemimpin-pemimpin utama politik mengemukakan nama-nama individu yang akan mendapat mandat dan sokongan majoriti di Parlimen kelak. UMNO/BN telah mengemukakan nama DSIS (MP Bera) sebagai calon tunggal mereka setelah mendapat mandat dan sokongan sebulat suara MKT UMNO dan pemimpin-pemimpin dalam BN serta GPS. Alhamdulillah nampaknya Malaysia akan kembali ke tangan UMNO/BN yang sememangnya layak untuk mentadbir negara kerana pengalaman luas dan telah menerajui Malaysia selama 60 tahun sebelum tewas pada PRU14 tempoh hari. Apa yang terjadi adalah ibarat "Bagai Sireh Pulang ke Gagang". Kita berharap DSIS dan pemimpin-pemimpin yang menganggotai kabinet DSIS nanti melakukan terbaik dalam memerangi dan mengawal pandemik Covid-19 dan permasalahan ekonomi Malaysia supaya Malaysia akan bangkit sebagai negara yang maju dan kehidupan rakyat dapat di sejahterakan.
No comments:
Post a Comment