Saturday, March 5, 2016

POLITIK PAKATUN 2016 (SIAPA SEBENAR YANG INGIN MEMERINTAH)...?????



Pada 4/3/2016 maka termuncullah PAKATUN selepas Tun sudah tidak tahan dengan kedegilan Tok Jib untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 selepas PRU13.

Kejadian yang sudah diduga oleh kebanyakkan penganalisa politik bahawasanya Tun akan bergabungan dengan "partai-partai pembangkang" bagi melonjakkan sokongan dan membawa rakyat sekali ke dalam kancah kemelut "Kempen Selamatkan Malaysia" daripada Tok Jib.

Semasa Tun di dalam UMNO, Tun cuba untuk "membangkitkan sentimen" penentangan di kalangan ahli-ahli UMNO terhadap Tok Jib tetapi ahli-ahli UMNO tidak berganjak melainkan segelintir sahaja yang menyuarakan "sentimen Tun" tersebut. Akhirnya Tun putus asa kerana ahli-ahli UMNO tidak mahu menyokongnya maka Tun mengumumkan "Tun keluar UMNO kali ketiga" kononnya meletakkan tekanan ke atas Tok Jib supaya meletakkan jawatannya untuk di gantikan dengan org lain.
 




Setelah itu dalam UMNO, Tok Jib mula membuat perancangannya sendiri. Selepas PAU 2015 Tok Jib walaupun terasa dan terguris telah menghulurkan "tangan" persahabatan "saling maaf memaafkan" dengan Timbalan Presiden. Walaupun Tok Jib telah menggugurkan (bukan di pecat tetapi tidak di lantik semula dalam rombakkan kabinet) Tok Din sebagai TPM di gantikan dengan Tok Hid. Pada hemat kita untuk mematikan penyakit baik bunuh kumannya dari dalam badan. Itulah yang di laksanakan oleh Tok Jib. Bila dalam mesyuarat Kabinet dan MT UMNO, Tok Din telah bersetuju bersama dengan kenyataan bahawa Tok Jib tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi bila berdepan dengan "rakyat" Tok Din tikam belakang Tok Jib akibat "hasutan" Tun.

Sekeliling mengetahui peranan Tok Din dalam mengulingkan Tun Dolah daripada jawatan PM selepas PRU12. Betapa Tok Din menjadi "pemain utama" dalam mengorakkan langkah "pencak" untuk mengulingkan Tun Dolah tempoh hari. Sekarang Tok Din ingin melakukannya sekali lagi terhadap Tok Jib dengan bantuan Tok Pie tetapi perkara tersebut tidak dapat di laksanakan apabila "tenaga UMNO yang cuba di gembelingkan" memberikan sokongan "padu tanpa berbelah bahagi" kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia Tok Jib.

Tok Din berterusan membangkitkan isu-isu yang teah di hujahkan oleh AG dan SPRM dan kegagalan Tok Din menerima bahawa Tok Jib tidak melakukan sebarang kesalahan telah menyebabkan "org UMNO" pandang serong terhadap Tok Din. Akhirnya MT UMNO telah membuat keputusan tanpa di hadiri oleh Tok Jib dan Tok Hid bahawasanya Tok Din di gantung daripada menjalankan tugas-tugas parti UMNO sebagai Timbalan Presiden UMNO. Jawatan tersebut telah di sandang oleh Tok Hid sehingga pemilihan UMNO kelak.

Sekembalinya Tok Din daripada luar negara kerana bercuti, beliau telah memberitahu di sidang akhbar bahawa beliau dan dua lagi rakan sekutunya (Tok Pie dan Tok Riz) tidak akan keluar UMNO tapi akan terus menembak Presiden UMNO daripada dalam di pentas "pembangkang". Alasannya adalah "berani kerana benar takut kerana salah" tapi kita bertanya mana "kebenarannya"...?????

Politik itu bersih tetapi pemain-pemain politikus yang menyebabkan "politik itu menjadi kotor dan menjijikkan". Hari kamu boleh menjadi seteru yang tidak boleh di maafkan tetapi besok lusa kamu boleh menjadi "rakan sebantal" demi kuasa dan kepentingan peribadi politikus-politikus. Kita tidak hairan langsung Tun telah mengrekrut "partai-partai pembangkang" dalam PAKATUN 2016 kerana pada Tun dengan cara tersebut sahaja "Tok Jib" akan turun daripada jawatannya sebagai "PM". Tun tak kira apa nak jadi kepada UMNO kepada Malaysia selagi Tok Jib tak letak jawatan selagi itulah Tun akan membangkit "semangat selamatkan Malaysa" di kalangan rakyat.

Pandangan kita adakah perkiraan Tun itu menetapi statusnya sebagai "NEGARAWAN" dan/atau hanya "gimik" untuk menarik perhatian "rakyat" bahawasanya Tun masih lagi berkuasa di Malaysia. Semua orang mesti kowtow kepada kata-kata Tun dan follow Tun punya arahan. Sekiranya langgar arahan tersebut maka kamu boleh ucap selamat tinggal kepada jawatan yang di sandang. Inilah contoh pemimpin yang "tamah haloba, iri hati, dengki dan penuh dendam". Pada pandangan mata kasar nampak "baik senyum dan gentleman tetapi disebalik muka yang sentiasa senyum tersebut terpendam "satu sifat dengki, iri hati dendam dan buruk sangka yang payah hendak di padamkan". Apa yang telah terjadi di zaman pemerintahan Tun (arwah Tunku dengan Team Semangat 46 melawan Team Tun) yang telah mengakibatkan orang Islam dan Melayu berpecah belah akibat daripada "adu domba, fitnah, iri hati, dendam" dan sebagainya. Inilah yang berlaku sekarang apabila Tun mengunakan platform "partai-partai pembangkang" untuk melancarkan "serangan selamatkan Malaysia" ke atas Tok Jib. Dulu Tun kata TR dan Tun Musa Hitam sebagai "pengkhianat Islam dan Melayu" sekarang kita boleh gelar Tun sebagai "pengkhianat Islam dan Melayu".

Pakatan harapan Dogtrin Dapigs ini di anggotai oleh Dogtrin Dapigs, PKR (Partai Ketum) dan partai serpihan PAS, AMANAH. Matlamat mereka ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO. Idealogi Pakatan Harapan ialah Sosial liberalisme dan Demokrasi liberalisme. Ini bermakna Pakatan Harapan memakai konsep "Malaysia Malaysian" yang di laungkan oleh Dogtrin Dapigs yang mengesakan "kesamarataan dalam segala segi baik dari segi agama, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya".

Partai PKR adalah serpihan UMNO dan partai AMANAH adalah serpihan PAS. Kedua-dua partainya ini diwujudkan akibat dari ketidakpuasan hati dan mempertikaikan kemenangan dan kesalahan yang di laksanakan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Akibat daripada "kekecohan dan perbalahan tersebut" pemimpin-pemimpin mereka telah menubuhkan parta-partai baru untuk menunjukkan partai lebih relevan dari segi Melayu, Islam dan mempertahankan adat-istiadat resam Melayu dan Raja-Raja Melayu serta mendaulatkan Bahasa Melayu dan memperkasa, memperteguhkan dan mengimarahkan lagi Islam di bumi Malaysia.

Pemimpin-pemimpin Dogtrin Dapigs pandai mengambil peluang keemasan akibat dari perpecahan UMNO dan PAS ini. Dogtrin Dapigs tahu untuk menawan Malaysia mereka mesti mendapatkan sokongan kaum Melayu dan untuk menjayakan wawasan "Malaysia Malaysian" Dogtrin Dapigs, partai ini sanggup membuka ruang kepada pemimpin-pemimpin Melayu untuk menyertai mereka. Malangnya apabila pemimpin-pemimpin Melayu ini masuk bertanding untuk jawatan-jawatan tinggi dalam Dogtrin Dapigs, tiada seorang pun yang berjaya mendapatkan tempat di hati para perwakilan yang kebanyakkannya terdiri kaum Cina. Adakah ini yang kita cari untuk memastikan bahawa agama, bangsa dan negara dapat dipertahankan dan diperteguhkan dengan titisan darah yang terakhir, sedangkan para pemimpin yang duduk di atas di kalangan bukan Islam iaitu golongan kafirun? Pemimpin-pemimpin Islam Melayu hanya berstatus "boneka" sahaja dalam partai Dogtrin Dapigs. Apa sahaja yang di suruh oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Dogtrin Dapigs laksanakan maka pemimpin-pemimpin Islam Melayu ini akan lakukan walaupun bertentangan dengan moral, sosial, agama dan budaya.

Inilah yang bakal terjadi apabila Tun berbahalol siyasi dengan Dogtrin Dapigs. Tun tahu untuk mendapatkan sokongan org Cina, Tun mesti gunakan Dogtrin Dapigs kerana MCA dan Gerakan tiada dalam PAKATUN kecuali mantan Presidennya sahaja. Itupun kerana mantan Presiden MCA itu terhutang budi dengan Tun dalam banyak perkara. Dogtrin Dapigs berbau "peluang keemasan" untuk merampas "kuasa" daripada Islam dan Melayu. Maka Bapa Tokong hadir dan sokong "sentimen selamatkan Malaysia" Tok Jib letak jawatan tetapi Dogtrin Dapigs ada agenda mereka sendiri.

Sekiranya kita membaca apa yang di huraikan oleh Tun dalam deklarasi selamatkan Malaysia itu tidak banyak benda yang baru semuanya berkisar dalam lingkungan "rasuah, salah guna kuasa dan ekonomi Malaysia yang teruk". Tapi di zaman Tun tidakkah perkara tersebut telah di bangkitkan oleh "partai-partai pembangkang"...????? Tun sekiranya ada bukti boleh kemukakan kepada pihak PDRM, SPRM dan kemudian AG. Kita tidak rasa PDRM, SPRM mahupun AG akan menutup kes itu begitu sahaja sekiranya di dapati ada bukti kukuh seperti kes Che Ketum. Tun dan sekutunya hanya bersandarkan kepada laporan "fitnah" Sarawak Report, WSJ dan laporan-laporan yang tidak sahih yang gagal untuk di buktikan di bawah "beyond reasonable doubt" Tok Jib memang telah menggunakan dana 1MDB dan 2.6 billion untuk kepentingan peribadi.

Sejarah telah mengajar kita kerajaan Islam dan Melayu di serata dunia dan Malaysia jatuh kerana "fitnah" yang di atur oleh orang-orang yang mempunyai perasaan dengki, iri hati, dendam, pra sangka. Sifat orang Melayu hukum dahulu sebelum membuat siasatan. Apabila siasatan telah di jalankan di dapati bahawa perkara itu adalah angkara "fitnah" maka nak tarik balik "hukuman" tersebut tidak boleh sebab mangsa telah mati di hukum. Inilah yang menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka jatuh kerana "kerja-kerja fitnah" dan "bersekongkol dengan pengaruh asing". Akhirnya runtuh Kesultanan Melayu Melaka.

Adakah pemerintah Islam dan Melayu sekarang akan menerima nasib yang sama di atas "pre text" nak jatuhkan Tok Jib. Bila Tok Jib turun keadaan akan kembali normal...????? Tun akan masuk balik UMNO dan pembangkang akan meneruskan kerja mereka untuk "membangkang apa sahaja kerajaan buat". Jangan sekali-kali bermain dengan api kerana api itu apabila besar ianya akan membakar apa sahaja yang datang di hadapan, di belakang, di kanan dan di kirinya. Tun boleh cakap macam-macam tapi natijahnya kita sebagai rakyat akan menanggungnya sampai mati.

Kerajaan UMNO/BN telah menjamin kita keamanan, kemakmuran, kesejahteraan, kestabilan, keharmonian dan keadilan. Kita tak mahu puji melangit UMNO/BN nanti takut pemimpin2 UMNO/BN perasan pula. Tiada parti yang boleh memerintah Malaysia selain daripada UMNO/BN. Tengok Penang (Dogtrin Dapigs), Selangor (Che Ketum) dan Kelantan (PAS). Apa yang ada melainkan apa yang telah di laksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. Kita hormati pilihan "rakyat" tetapi adakah Tun menghormati "pilihan rakyat" apabila memekik dan melolong suruh Tok Jib turun sebagai PM dalam pentas bersama dengan "partai-partai pembangkang" kononnya untuk selamatkan Malaysia daripada Tok Jib tapi nak bagi kat siapa. Tun kata mereka mewakili "Rakyat". Sama aje tagline dengan Che Ketum yang menggunakan "Rakyat" sebagai perancangan untuk menumbangkan partai UMNO/BN dan seterusnya memerintah Malaysia. Tok Jib di lantik kerana UMNO/BN menang PRU13. Tok Jib di lantik oleh rakyat. Tok Jib bukan di lantik oleh Tun dan konco-konconya yang 50 orang itu.

Sekarang "rakyat fikir" samada Tun ini nak selamatkan Malaysia dan/atau merebut kuasa dan/atau demi kepentingan peribadinya. Tun pasti marah kepada Tok Jib kerana telah menggugurkan anaknya, DS Mukhriz daripada jawatan MB Kedah tempoh hari. Kita pun tak tahu apa sebenarnya bergolak dalam "politik Kedah". Kita pasti mesti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh DS Mukhriz daripada pandangan dan pengetahuan "rakyat Kedah" yang menyebabkan anggota2 BN lain mengambil tindakan drastik mengundi tidak percaya terhadap DS Mukhriz. Kita tidak fikir kelantangan menyuarakan "pandangan yang berlawanan" dengan kerajaan pusat tentang 1MDB dan dana 2.6 billion menyebabkan beliau kehilangan jawatan MB. Pasti ada sesuatu yang lebih drastik dan meluatkan "rakyat Kedah" yang menyebabkan penyingkirannya.

Bertitik tolak daripada perkara tersebut dan perkara-perkara yang tidak ingin di sambut oleh Tok Jib dan ahli-ahi UMNO menyebabkan Tun keluar UMNO dan seterusnya bergabung dengan "partai-partai Dogtrin Dapigs, PKR (partai Che Ketum) dan AMANAH (Mat Sabu) untuk menjatuhkan Tok Jib. Sekiranya Tok Jib jatuh maka jatuhlah UMNO/BN.

Adakah Tun sekarang dalam sindrom "tamak kuasa dan ingin memastikan bahawa "rakyat" Malaysia mengikut telunjuk beliau kerana beliau adalah PM untuk 22 tahun dan telah banyak membuat "bangunan-bangunan dan tugu-tugu mewah" untuk Malaysia. Maknanya pemerintah sekarang dan rakyat mesti akur kepada "pengaruh" beliau.

Pada kita apa yang berlaku di zaman pemerintahanya iaitu penentangan 2 mantan PM terhadap beliau telah berulangan di zaman Tok Jib. Itulah tulah yang Allah (SWT) nak tunjukkan kepada kita bahwasanya sesungguhnya sepandai-pandai manusia ada yang lebih pandai dan pintar lagi.

Kita menyerahkan kepada Allah (SWT) menentukan segala-galanya, sekiranya pemimpin sekarang adil dan saksama mana kekalkan lah sebaliknya sekira pemimpin sekarang zalim dan tidak adil maka tukarkan lah.

APA YANG HENDAK DI NYATAKAN DISINI IALAH KITA TIDAK MAHU ADA PENGKHIANAT YANG CUBA MEROSAKKAN DAN MENGHANCURKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KERANA KUASA DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

No comments:

Post a Comment