Monday, September 10, 2012

KENAPA DOKTRIN PAS AJAK ORG MELAYU SUPAYA MENYOKONG DOKTRIN PAS?????





Inilah kenyataan Presiden Doktrin PAS di bawah tajuk "Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan Rakyat". Maka Melayu terus berpaut dengan ranting UMNO yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain. Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi  jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka. Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan UMNO. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Walaupun UMNO menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh. UMNO sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain. Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam UMNO meninggalkan UMNO, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS. Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan UMNO sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli UMNO dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat. Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan

Kita merasa satu keajaiban tiba-tiba tiada hujan tiada ribut Presiden Doktrin PAS memohon simpati agar org-org Melayu memusatkan sokongan mereka kepada Doktrin PAS kerana Melayu dapat di perkasakan di dalam Doktrin PAS yang mempunyai perlembagaan pertubuhan berlandaskan Islam. Pemimpin2 Parti UMNO sanggup bermusuhan dengan Doktrin PAS hanya kerana Doktrin PAS itu Islam, lebih dahsyat dari bermusuh dengan kaum lain. Kalau nak selamatkan dan memperkasakan ketuanan org Melayu, org-org Melayu wajib masuk Doktrin PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya parti UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah.

Bukankah selama ini Doktrin PAS tidak mengenali apa itu erti Melayu sebaliknya Doktrin PAS hanya mengenali Islam for All. Adakah selama ini Doktrin PAS tidak sedar bahawa kewujudan Doktrin PAS itu adalah di sebabkan oleh org-org Melayu????? Oleh kerana terlalu ghairah dan kemaruk kuasa, Ustaz2 politik dalam Doktrin PAS telah menghalalkan dasar perjuangan Doktrin PAS kepada dasar perjuangan Al-Kitab 100 hari Buku Jingay yang telah diilhamkan oleh Pemimpin suka sama suka yg pernah di gelar sebagai Anugerah Tuhan dan Pemimpin Asia Timur yg akan membebaskan Masjidil Al-Aqsa di Palestine. Akhirnya Doktrin PAS terpaksa jual Agama Islam, jual Negara Islam dan jual Hudud [Doktrin PAS] demi untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya. Ini bermakna Doktrin PAS hanya berminat dengan kuasa dan jawatan sahaja selain daripada itu adalah "gimik politik" kerana org-org Melayu ini kalau di dendangkan dengan lagu "Islamik" akan patuh punya lebih-lebih lagi kalau Ustaz2 politik Doktrin PAS yg pandai-pandai belaka mengeluarkan  ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad [SAW] yang mendendangkannya.

Adalah suatu hal yang pelik apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat membangkitkan isu Islam dan Melayu semata-mata ingin menyatakan bahawa perjuangan PAS adalah Islam dan perjuangan Umno adalah Melayu. Lalu memperjuangkan nasionalisme Melayu itu dianggap asabiyah. Nik Aziz masih tak faham bahawa orang Melayu di Malaysia umumnya Islam. Analisis mudahnya kalau orang PAS adalah Islam maka orang Umno yang memperjuangkan Melayu adalah ‘kafir’. Sejak bila PAS dan Nik Aziz berpendirian begini. Datuk Kamaruddin Jaafar dalam bukunya mengenai perjuangan Dr. Burhanuddin al Helmi seorang pemimpin PAS awal menggunakan slogan perjuangan bangsa, agama dan negara. Apakah perjuangan bangsa Melayu oleh Burhanuddin di anggap tidak selari dengan syariat? Apakah Abu Bakar Bakir, Ustaz Zulkifli Muhamad pejuang PAS yang gigih menggunakan slogan yang sama juga dianggap asabiyah? Melayu dalam perlembagaan negara ditakrif sebagai beragama Islam, berbahasa Melayu dan menggunakan adat istiadat Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam. Melayu di Malaysia ialah Melayu yang Islam. Bahasa Melayu yang diperjuangkan ialah Bahasa Melayu yang terdapat di dalamnya ribuan istilah al-Quran. Apakah memartabatkan bahasa yang namanya Melayu adalah asabiyah atau bercanggah dengan Islam?

Dalam Al-Quran pun ada di ceritakan pasal kaum Quraisy, kaum Bani Israel, kaum Lut, Kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Musa, kaum Thamud dll. Tiada pun di dalam A-Quran yang mengisahkan bahawa sekiranya kita menyokong Doktrin PAS itu kita akan menjadi Islam bukannya bangsa2 yang membawa fahaman asabiyah. Perlu diingat bahawa sebelum kedatangan Islam kaum-kaum Arab bersikap asabiyah iaitu pentingkan kabilah tetapi bila Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad [SAW] perkara itu di hapuskan kerana Islam itu adalah kesatuan ummah dan tali persaudaraan sesama Islam itu amat penting bagi menunjukkan keutuhan dan kekuatan Islam itu sendiri. Bila wafat Nabi Muhammad [SAW] dan sesudah Khalifah Rasyidin [Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali], maka timbullah semula fahaman-fahaman yang berbagai di kalangan org-org Islam yg menyebabkan kita sesama Islam menuduh org Islam yang lain kafir, sesat, jahil dan munafik kerana tidak menjadi anggota, sokong dan undi pertubuhan atau parti mereka. Inilah yg terjadi di Malaysia, apabila Doktrin PAS yg kononnya lebih Islam, lebih beriman, lebih bertakwa dan lebih dekat dengan Allah [SWT] melabelkan parti UMNO itu kafir, sesat, jahil dan munafik. Maknanya ahli-ahli parti UMNO pun terpalit sama dengan tagline Doktrin PAS itu. Ini di burukkan lagi dengan Amanat Hadi Awang Presiden Doktrin PAS:-

“Saudara-saudara sekalian!”

“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”

“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”

“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”

Inilah amanat Presiden PAS Hadi Awang yg di gunakan oleh Ustaz2 politik Doktrin PAS untuk mengelirukan dan menyelewengakan pemikiran umat Melayu dan Islam agar terus berpecah belah. Sayang sekali Amanat Nabi Muhammad [SAW] sebelum kewafatan baginda mengamanahkan dua perkara sahaja kepada umat Islam iaitu "peganglah kamu kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW] sesungguhnya kamu tidak akan  sesat". Sekarang ini adakah Amanat Presiden PAS Hadi Awang itu betul-betul Islam yang tidak bercanggah dengan amanah Nabi Muhammad [SAW] atau amanat Ustaz politik yang beratukan "Syaitan Dapas" untuk mengaut kekuasaan dan jawatan demi untuk "survival" dan kelangsungan Doktrin PAS yang semakin merundum di himpit oleh Doktrin PKR dan Doktrin DAP.

Adakah org-org Melayu hendak berdiri di belakang Doktrin PAS apabila Agama Islam di jual dan di jaja macam goreng pisang oleh rakan-rakan Doktrin PAS di dalam ceramah, syarahan, tazkirah dan road show. Dahulu setiap rakyat menghormati dan menyanjung keislaman org-org Melayu tetapi sekarang org-org Melayu di anggap sebagai seperti org-org kafir juga kerana mereka pun boleh membicarakan, menterjemahkan dan menghafalkan ayat-ayat Al-Quran di setiap ceramah dan syarahan Doktrin PAS. Apa yg kita pelik ahli-ahli Doktrin PAS ini tidak merasakan apa-apa melainkan laungan takbir sahaja. Nampak sangat ketaksuban dan kejumudan dalam berpolitik yang melampau Doktrin PAS sehinggakan "Agama Islam" di anggap sebagai agama Islam untuk semua walaupun org-org kafir itu tidak memeluk agama Islam. Sekurang-kurangnya org-org kafir telah masuk Doktrin PAS, sokong Doktrin PAS dan undi Doktrin PAS itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa org-org kafir telah di tarbiyahkan untuk tidak menentang Islam seperti org-org UMNO dan parti UMNO. Sesungguhpun begitu Doktrin PAS masih tidak menyakinkan org-org Melayu apabila setiap kali Doktrin PAS membuka mulut untuk menegakkan dan memartabatkan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] pasti "Over my dead body" akan menghemtam Doktrin PAS kiri kanan atas bawah bagi menunjukkan Doktrin PAS siapa yang lebih berkuasa di dalam Pakatan Kitul Rakyat. 

Rentetan peristiwa polimek Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] ini sahaja org-org Melayu sudah dapat rumusannya bahawa Doktrin PAS hanya anggota "pemain simpanan" di dalam Pakatan Kitul Rakyat. Doktrin PAS hanya di perlukan untuk meramaikan keadaan sekiranya Pakatan Kitul Rakyat nak membuat demonstrasi atau membantah apa sahaja perancangan kerajaan Barisan Nasional samada di jalanan, di depan bangunan ataupun di dalam Parlimen. Inilah pengaruh Pemimpin suka sama suka [ANWARINAS] yang telah menular ke dalam akar umbi Doktrin PAS sehinggakan antara halal dan haram pun amat sukar untuk di bedakan oleh Ustaz2 politik Doktrin PAS. Sekiranya org-org Melayu menyokong sepenuhnya terhadap Doktrin PAS dengan mengundi Doktrin PAS dalam PRU13 nanti adakah kedaulatan, keutuhan, ketuanan Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia itu dapat di kekalkan atau org-org Melayu hanya menjadi sisipan kepada kemajmukan penduduk2 di Malaysia sahaja????? Adakah Agama Islam akan dapat disebarkan, di tegakkan, dimarabatkan seperti sekarang????? Perkara "basis" yang mesti di tangani oleh Doktrin PAS tidak dapat di buat, inikan pula perkara-perkara besar yang berkaitan dengan perpaduan dan kesatuan ummah Melayu dan Islam. Contohnya di Selangor, Doktrin PAS gagal dalam mempertahankan Agama Islam dan syariat Islam apabila terpaksa akur kpd tindak-tanduk Doktrin PKR dan Doktrin DAP dan apabila MB Selangor ganti Hassan Ali di pecat kerana lantang menentang corak kepimpinan Pakatan Kitul Rakyat yang berpegang kepada Al-Kitab Hikayat 100 hari Buku Jingay. Sekiranya ada pemimpin2 Pakatan Kitul Rakyat tentang Al-Kitab Hikayat 100 Buku Jingay bermakna menentang corak kepimpinan Pakatan Kitul Rakyat. Akhirnya siapa yg rugi org-org Melayu juga. Kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir itu ada logiknya "better you vote the devil that you know rather than the angel that you don't know" ataupun dalam bidalan Melayu "apalah lebih baik kita mengundi syaitan yg dikenali daripada malaikat yang bertopengkan syaitan".

Inipun di jadikan bahan polimek oleh Doktrin PAS dengan mengatakan bahawa syaitan di kenali ialah "parti UMNO/Barisan Nasional" tetapi Doktrin PAS lupa bahawa Nik Aziz ada mengatakan bahawa "kita bukan sahaja berkawan dengan Doktrin DAP malahan berkawan dengan "syaitan" pun kita boleh berkawan". Akhirnya kerana terlalu taksub dan jumud berpolitik Allah [SWT] tunjukkan kepada org-org Melayu betapa perjuangan Doktrin PAS itu sudah sesat dan menyesatkan kerana "Syaitan Dapas" yg di agungkan oleh Doktrin PAS telah membawa Doktrin PAS ke alam perjuangan yang sesat dan menyesatkan iaitu jual Agama Islam, jual Negara Islam dan jual Hudud [Doktrin PAS].
kawan setan
Syaitan Dapas
    
Sekarang parti pembangkang atau lebih di kenali sebagai Pakatan Kitul Rakyat [Pakatan yg tidak di sahkan dan tidak di daftarkan dengan ROS] semakin hari semakin runcing dan meruncingkan terutama dalam meraih sokongan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa untuk merealisasikan impian mereka untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya [yg satu ketika dahulu hendak di lelong kalau Pakatan Kitul Rakyat sekiranya berjaya menguasai Parlimen].

Perlbagai taktik dan cara di gunakan untuk meraih minat dan sokongan kepada Pakatan Kitul Rakyat. Dalam kerajaan rancak memenuhi janji-janji pilihanraya dengan 1Malaysia Janji Ditepati, Pakatan Kitul Rakyat terutamanya Parti Kelentong Rakyat sudah memulakan desakan agar slogan Hari Kemerdekaan tersebut di tukar kepada yang tidak berbentuk atau berbau politik. Kemudian muncullah pula slogan Hari Kemerdekaan Pakatan Kitul Rakyat Senegara Sebangsa Sejiwa tapi natijahnya bukankah Senegara, Sebangsa, Sejiwa itu menjurus kepada erti kata 1Malaysia. Kemudian yg lebih teruknya slogan turutan dari slogan Hari Kemerdekaan itu, kalau kerajaan Barisan Nasional mempunyai satu slogan iaitu 1Malaysia Janji Ditepati tapi Pakatan Kitul Rakyat mempunyai berbagai slogan yang Selangor lain, Penang lain, Kedah lain dan Kelantan pun lain. So di manakah kesepakatan si kitul rakyat ini????? Kita ambang Hari Kemerdekaan akan di sambut dengan bacaan Yasin dan doa selamat dan "count down" di Dataran Merdeka tetapi Pakatan Kitul Rakyat melalui NGOnya Ambiga Bershitttt menganjurkan pula "Janji Demokrasi Merdeka". Walaupun pihak polis tidak membenarkan perhimpunan di kawasan Dataran Merdeka namun kedegilan dan kebiadapan Ambiga Bershittt dengan "Janji Demokrasi Merdeka" terus menganjurkan demo jalanan tersebut. Akibatnya seperti dalam Ambiga Bershittt 3 segala perbuatan dan tindakan bagaikan "syaitan dapas" menunjukkan kebiadapan, kegilaan dan keruntuhan kesopanan dan kesusilaan para peserta dapat dilperhalusi dan diperincikan . Akhirnya siapa yg rugi diri sendiri dan memalukan ibubapa. Sudahlah di buang kolej, ibubapa pula kena minta maaf di depan rakyat dan memohon maaf kepada YB PM di atas berbuatan biadap tanpa kesopanan dan kesusilaan langsung anak-anak mereka.

Apa nak jadi dengan Generasi Y?????





Sang Saka Bangsa ganti Jalur Gemilang




Adakah perbuatan biadap dan kerakusan untuk berkuasa tidak lagi dapat di perhatikan oleh rakyat Malaysia dengan jelas dan terang????? Kebanyakkan dan majoriti rakyat Malaysia menolak agenda dan tabiat kebiadap yang di tunjukkan oleh Pakatan Kitul Rakyat menerusi Demo Demokrasi Merdeka. Ini juga serupa dengan tabiat dan kerakusan untuk berkuasa dan kegilaan utk memegang jawatan Perdana Menteri serta Putrajaya di dalam Demo Ambiga Bershittt 3 dahulu.

Ambiga Bershittt 3.0


Kemudian kita di cemari lagi dengan kebiadapan Pakatan Kitul Rakyat ini terhadap protokal terutama berkaitan dengan Majlis Rasmi seperti Hari Kemerdekaan terutamanya di Selangor. DYMM Sultan Selangor tidak di undang langsung untuk menghadiri Hari Kemerdekaan kononnya tidak perlu tetapi apabila di desak, MB Selangor memulakan "Blame Game" mengatakan SUK Selangor patut jemput DYMM Sultan Selangor bukan mereka. Kita ingin petik kata-kata Datuk A. Kadir Jasin "Patriotic events are always about loyalty to king and country. Hence, they are rarely complete without a sovereign figure up there. The Sultan not being there is one thing but to have Anwar there alongside the Mentri Besar did not go down well with many people. I suppose they put him there to show that they rejected the federal government’s national day celebration. They wanted to show their power in Selangor and allow people a peek at the future if Pakatan wins Putrajaya. It was their way of saying that politicians will play a bigger role than at present. But they shot themselves in the foot". Why give the Barisan a chance to attack and why antagonise the palace????

Sebelum itu bus "Jelajah Demokrasi Merdeka" Doktrin PKR di simbah dengan cat merah di Kota Baru dan yang terbaru di Melaka pula. Maka Doktrin PKR terutamanya Pemimpin suka sama suka kata itulah kerja samseng-samseng parti UMNO. Kita kalau nak mainkan "Blame Game" itu senang kerana apa yang perlu ialah cakap, wujudkan persepsi dan propagandakan kepada rakyat supaya benih kebencian dan penentangan terhadap kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional itu sentiasa di hati rakyat walaupun Pemimpin suka sama suka tahu majoriti rakyat sudah tahu akan agenda "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" yg sebelum ini dapat jolokan "Anugerah Tuhan".

Berita terkini di gemparkan oleh Timbalan Perhubungan Barisan Nasional Selangor, Nor Omar bahawa UNISEL berhutang sebanyak 54.8 juta sejak 2008 iaitu tahun Pakatan Kitul Rakyat menerajui Selangor Darul Ehsan. Adakah ini petunjukkan bahawa Selangor maju di bawah Pakatan Kitul Rakyat????? Sebuah Universiti pun tak boleh nak diuruskan, inikan pulak sebuah negeri seperti Selangor khasnya dan negara seperti Malaysia amnya. Cermin dahulu di mana letaknya ketokohan korpurat MB Selangor dan di mana pula keagungan ilmu ekonomi penasihat ekonomi Selangor itu????? Kita kalau boleh tak mahu tunggu sampai nak terberak baru nak buat jamban. Inilah yang terjadi dengan kedegilan dan keangkuhan serta kesombongan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Kitul Rakyat apabila "walaupun krisis air meruncing" di Lembah Kelang dan Putrajaya menjelang 2014 tapi Selangor di bawah Pakatan Kitul Rakyat tetap tidak benarkan projek Langat 2 dibina kerana kerajaan pusat tak mahu memenuhi syarat-syarat pengembalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. [SYABAS]. Kita pun pelik apalah yg hendak di buat apabila pengurusan air di bawah Pakatan Kitul Rakyat, kalau di lihat dari bebolehan dan keseliaan pemimpin2 Pakatan Kitul Rakyat terhadap sesuatu isu adalah ibarat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Ini dapat dilihat apabila penghuni-penghuni kediaman flat dan pangsapuri yang mempunyai meter pukal memohon air percuma mereka di kembalikan kepada mereka seperti yg telah di janjikan dalam manifesto Pakatan Kitul Rakyat semasa PRU12 lalu kemudian di kuatkan lagi dengan jamin YB Iskandar seperti berikut:-

PROGRAM AIR PERCUMA "LAPOR DAN DAPAT" DIPERLUASKAN.

Program "Lapor Dan Dapat" sekarang dibuka kepada penduduk pangsapuri kos rendah. "Lapor Dan Dapat" adalah program di mana penduduk kediaman berstrata yang tidak memiliki meter individu boleh mendapat 20 meter padu air percuma dengan hanya melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jumlah unit kediaman berpenghuni di pangsapuri mereka. PBT kemudian akan memberitahu Syabas akan jumlah ini dan Syabas akan melakukan potongan pada bil di meter pukal. Pihak yang menguruskan pangsapuri itu pula akan melakukan potongan pada bil-bil setiap kediaman di situ. Program "Lapor Dan Dapat" ini telah membantu penduduk pangsapuri kos rendah mendapat air percuma di bawah program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES).

Dengan kejayaan program ini, ianya sekarang dibuka kepada pangsapuri kos sederhana. Pihak yang menguruskan kediaman berstrata kos sederhana seperti pemaju, agen pengurusan, JMB, MC atau persatuan penduduk boleh menghubungi Pesuruhjaya Bangunan (COB) di Pihak Berkuasa Tempatan mereka untuk menyertai program ini. Adalah diharapkan dengan membuka penyertaan kepada pangsapuri kos sederhana, lebih ramai rakyat Selangor akan menikmati skim air percuma di bawah program MES.

Penduduk adalah digesa agar mendesak pengurus bangunan mereka membuat laporan kepada COB secepat mungkin. Tanpa kerjasama pengurus bangunan, Kerajaan Negeri tidak akan dapat membantu penduduk.


ISKANDAR ABDUL SAMAD
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN SETINGGAN
NEGERI SELANGOR /
AHLI DEWAN NEGERI CHEMPAKA
30 Mei 2012


MB Selangor mengatakan bahawa manifesto PRU12 bukannya Perjanjian so rakyat negeri Selangor yang mempunyai meter pukal tidak berhak ke atas air percuma kerajaan negeri Selangor. Kita rasa tiada pemimpin yang sanggup berkata sedemikian jika benar beliau mesra dan pentingkan rakyat melainkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Dahulu kita pernah di sajikan betapa Doktrin DAP menentang pembinaan dicerun bukit tetapi sekarang kerajaan Pulau Pinang di bawah Li Gulai Egg telah "jadi mesra pembangunan cerun" dan "mesra pemaju cerun bukit" yang semakin hangat di Pulau Pinang. Isu tanah Manggis belum habis lagi, tanah cerun bukit pula datang menimpa Doktrin DAP di Pulau Pinang. Ini belum lagi isu kaum Melayu dan isu kaum India, isu peniaga2 kecil dan tapak perniagaan, lesen perniagaan dll. 

Keadaan sekarang semakin kelam kabut di Selangor apabila corak dan gaya kepimpinan Pakatan Kitul Rakyat semakin hari semakin terserlah dengan elemen "CAT"nya yang lebih berbentuk "kebiadapan, kegilaan dan kerakusan" utk merampas jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya dari menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan. 


Kerajaan Doktrin PKR, Doktrin DAP dan Doktrin PAS telah diberikan oleh rakyat selama 5 tahun untuk menunjukkan teladan mereka sebenarnya iaitu mereka lebih baik dari parti UMNO/Barisan Nasional dalam menerajui negeri masing-masing dan mereka patut di berikan peluang untuk memimpin dan memerintah Malaysia bagi menggantikan parti UMNO/Barisan Nasional . Sebaliknya Doktrin PKR, Doktrin DAP dan Doktrin PAS lebih banyak menunjukkan teladan seperti yang di pamerkan pada "Janji Demokasi Merdeka", "Demo Ambiga Bershittt 3.0", Demo dalam Parlimen, Janji-janji Dicapatikan, biadap, angkuh dan sombong dan suka menaburkan atau menyiberkan persepsi dan propganda "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta di kalangan rakyat Malaysia agar sentimen bencikan kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional itu dapat di terjemahkan dalam bentuk "kebangkitan rakyat" untuk menggulingkan kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional.

Majoriti rakyat sebenarnya sudah terlalu penat dengan cara berpolitik "kebencian dan kebiadapan". Sudah ada cakap-cakap yang mengatakan minta-minta YAB PM selepas Budget 2013 nanti bubarkan Parlimen supaya rakyat Malaysia boleh mengundi dan "matikan" terus politik "kebencian dan kebiadapan" dari bumi Malaysia. Lagi lama lagi banyak onak dan kerenah yang akan di tanggung oleh rakyat akibat dari perbuatan si biadap, si gila kuasa dan si ustaz politik dalam mengemudikan bahtera "jelajah demokrasi merdeka" mereka menuju ke Putrajaya dan mengambil jawatan Perdana Menteri untuk di berikan kepada Pemimpin suka sama suka a.k.a Anugerah Tuhan. Sungguhpun begitu, YAB PM sudah kata kita akan sekat dengan "politik kebenaran" dan "janji ditepati" supaya Putrajaya kekal dan jawatan Perdana Menteri terus di bawah parti UMNO/Barisan Nasional. Angin-angin PRU13 semakin kencang apabila parti UMNO sibuk menyelesaikan mesyuarat dan siapsiaga untuk menghadapi PRU13 yang dinobatkan sebagai PRU paling getir dalam sejarah politik Malaysia bukan macam 916 the biggest political "deceit and liar" in Malaysia's political history.














No comments:

Post a Comment