Friday, September 14, 2012

Sokongan kepada Barisan Nasional semakin bertiup kencang....


Pakatan Rakyat (PR) will not capture Putrajaya with only the support from the minority Chinese voters and international recognition from the United States, an analyst specialising in Malaysian politics said in the run-up to Malaysia’s tightest electoral race.

According to Prof William Case, acting head of department for Asian and International Studies at the City University of Hong Kong, the ruling Barisan Nasional (BN) coalition will not fall to PR without the majority support from the Bumiputera voters even if the opposition pact wins strong support from the Chinese community. He added that the BN will still win the 13th general election but with a reduced majority compared to Election 2008 due to more urban middle-class Malay voters swinging towards PR.
File photo of people lining up to cast their ballots in last year’s Sarawak state elections. According to a professor with a Hong Kong university, the Chinese votes alone will not help PR to capture Putrajaya.

“Whatever the Chinese sentiment, at a figure of 26 per cent of the population their numbers are not big enough to defeat BN. “Unless the Chinese consolidate with a majority of Bumiputera voters it will not happen.

“We must observe too the number of Chinese voters who returned to support Najib,” he told The Malaysian Insider in a recent email interview, referring to the BN coalition led by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Case feels that the US leans more towards a PR victory at the polls because of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s image as a moderate Muslim the world superpower is able to deal with.

Bila kita kira tolak dan campur andaian yang di utarakan oleh Prof. William Case itu ada kebenarannya. Mari kita lihat keadaan semasa yang membolehkan Barisan Nasional terus bertahan sebagai pemerintah di negara Malaysia tercinta.

1. Faktor YAB PM dan YAB TPM. Gandingan yang mantop telah cuba di porak-perandakan oleh Malaysiakini yang kononnya terdapat percanggahan dalam kabinet mengenai pindaan Evidence Act, 1950 Section 114A. Kemudian di ikuti oleh kejadian menaikkan poster YAB TPM sebagai pengganti YAB PM di Johor kononnya Mahyuddin akan mengangkat sumpah menjadi PM ke 7 selepas PRU13 nanti. Ini semua kerja-kerja untuk membinasakan perhubungan yg sudah akrab dan setia antara satu dengan lain bagi memastikan bahawa rakyat dan negara terus berada di atas landasan menuju ke arah negara maju pada Wawasan 2020 nanti. Bagi kita untuk meruntuhkan gandingan tersebut bukannya senang melainkan diri sendiri ingin meruntuhkannya iaitu ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti UMNO. Cara dan gaya serta linggo kenyataan YAB PM dan YAB TPM senada dan seiringan walaupun terdapat maksud dan nada tersirat yang agak berbeda antara pemimpin tersebut. Ini tidak boleh di jadikan ukuran kerana yang akan memberikan kata putus ialah YAB PM bukannya YAB TPM. Pada pendapat kita apa yang akan di putuskan oleh YAB PM sudah pasti YAB PM  tanya dan membuat rujukan kepada YAB TPM selain mendapat "feedbacks" dari sumber-sumber lain. Permesyuaratan itulah yang melihat segala polisi dan agenda kerajaan Barisan Nasional sentiasa dapat di terima oleh rakyat dan dapat memajukan negara Malaysia, walaupun ada penambahbaikan dari masa kesemasa demi kelangsungan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat kemanfaatan itu dapat mereka rasai bukan sahaja sekarang dan di masa datang. Contoh terbaru ialah "Pelan Transformasi Pendidikan Negara". Oleh itu untuk mengatakan tiada "chemistry" antara YAB PM dan YAB TPM itu adalah salah dan tidak tepat serta hanya mainan politik "sempit" pembangkang sahaja.

2. Kalau kita lihat corak pengundi di PRU DUN Sarawak 2011 lalu, kita dapat melihat bahawa penduduk-penduduk luar bandar dan bandar masih mengundi dan mempercayai kerajaan Barisan Nasional untuk memikul tanggungjawab sebagai pemerintah. Walaupun berbagai cara, tohmahan dan autaman serta pembohongan dan di rojakkan sekali dengan fitnah dan dusta terhadap kerajaan Ketua Menteri Pehin Sri Taib dan kerajaan Pusat di bawah YAB PM Najib dan YAB TPM Mahyuddin, pihak Pakatan Rakyat [pembangkang] masih gagal untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Apa yang kita dapati ialah polarisasi pengundi berbentuk perkauman telah wujud akibat dari alunan muzik Doktrin DAP iaitu di kawasan-kawasan bandar yang majoritinya kaum Cina sudah pasti pengundian kaum itu akan mengundi Doktrin DAP. Ini memang terpancar di DUN Sarawak apabila Doktrin DAP memenangi 12 kerusi sedang Doktrin PAS tiada kerusi dan Doktrin PKR hanya 1 atau dua kerusi sahaja selebihnya di menangi oleh Barisan Nasional iaitu sebanyak 51 kerusi. Adakah semasa PRU13 nanti kita akan dapat melihat polirisasi pengundi ala DUN Sarawak akan berulang kembali????? Kemungkinan besar ada kerana sentimen anti kerajaan memang kuat di kalangan penduduk2 bandar di bandingkan dengan penduduk2 di luar bandar. Kemungkinan di kawasan majoriti kaum Cina peluang untuk Barisan Nasional untuk menang itu agak tipis terutama dengan alunan muzik Doktrin DAP yang akan di mainkan bagi meracuni pemikiran rakyat di kawasan2 tersebut. Kita jangkakan tidak semua kaum Cina akan mengundi Doktrin DAP kerana ada yang lebih suka dengan MCA dan GERAKAN yang lebih liberal dan pragmatik di dalam bentuk pencapaiannya dan tindak balasnya untuk membantu dan memberikan perkhidmatan kepada kaum Cina. Ini dapat di lihat dalam kes di Penang yang mana kerajaan Doktrin DAP sekarang terpaksa menghapuskan tagline "sombong dan angkuh" dari kamus dan muka Ketua Menterinya yang di anggap sebagai "Street Fighter" yang tidak tahu bagaimana nak mengemudikan sebuah negeri selainkan menyalahkan kerajaan yang lepas iaitu Barisan Nasional. Apa-apa yang dilaksanakan dan polisi yang di buat tidak menjadi dan menimbulkan kemarahan rakyat maka Ketua Menteri Penang akan bermain dengan tagline "BLAME GAME" iaitu menyalahkan pemerintah yang lalu iaitu Barisan Nasional. Debat antara Ketua Menteri Penang dengan Presiden MCA sebanyak dua pusingan telah memberikan impak yang dalam kepada percaturan politik kaum Cina. Sekarang mereka tahu di mana kedudukan mereka di Malaysia, kalau mereka menyokong Doktrin DAP mereka belum tentu akan dapat seperti mana kerajaan Barisan Nasional berikan kepada mereka selama 55 tahun. Sekiranya mereka memberikan sokongan kepada MCA ataupun GERAKAN dengan mengundi Barisan Nasional sudah tentu keadaan akan menjadi lebih stabil, aman makmur, sejahtera, harmoni, adil dan maju. Bila negara aman makmur dan stabil perniagaan rancak boleh di wujudkan tetapi sekiranya negara dalam keadaan tidak menentu sudah tentu agak sukar untuk merancakkan pusingan ekonomi tersebut. Ini sudah pasti akan menjejaskan "periuk nasi" kaum Cina.

3. Ekonomi Malaysia berada di landasan yang betul iaitu hutang berada di sekitar di bawah 55% dibandingkan dengan KDNK. Baru-baru ini kerajaan Barisan Nasional mengumumkan 7 projek berimpak besar iaitu 7 projek baru ETP bernilai RM5.6 billion terutamanya yang akan di laksanakan di Pengerang, Johor yang akan menjadi nadi pengerak kearah pencapaian kita di dalam bidang LNG di mana sebuah terminal perdagangan LNG bebas pertama di Asia yang akan meletakkan Malaysia sebagai hab perdagangan LNG Asia. Pendapatan negara pun melebihi 100 billion hasil daripada kutipan cukai dan lain-lain sumber dan hasil negara. Kerajaan juga kemungkinan akan mengumumkan BRIM kedua [menurut Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim akibat dari pelorehan kerajaan yg memberangsangkan]. Ini sudah tentu di nanti-nantikan oleh rakyat dalam Budget 2013 nanti yang akan di umukan oleh YAB PM pada 28/9/2012.

4. Pendidikan memainkan peranan dan menjadi faktor penting dalam pola pengundian kaum Cina. Pada kaum Cina pendidikan akan membawa kepada keberhasilan cerdik pandai dan ianya akan membuka kepada penemuan dan pencapaian baru dalam bidang teknologi, invovatif, perniagaan dan perusahaan serta industri. Pendidikan yang dekat dengan mereka ialah pendidikan dalam bahasa ibunda. Ini memang sudah terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia tetapi Bahasa Malaysia tetap di jadikan sebagai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa untuk negara Malaysia. Itulah natijahnya yang telah diterima oleh majoriti penduduk Malaysia yang berketurunan/bangsa Cina. Kita rasa bangga sekiranya semua penduduk Malaysia dapat bertutur dengan lancar Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia tanpa predujiskan bahasa2 lain yang boleh di amalkan oleh penduduk2 Malaysia. Kita mesti faham bahawa pendidikan itu adalah elemen untuk menyatu padukan persefahaman dan keharmonian kaum-kaum di Malaysia agar kita dapat hidup aman makmur, stabil dan harmoni tanpa ada perasaan prejudis antara satu dengan lain. Kerajaan Barisan Nasional telah membina negara Malaysia ini selama 55 tahun berpaksikan pendidikan untuk semua kaum. Tiada siapa yang tertinggal melainkan orang itu tidak mahu ke sekolah atau memang sengaja tidak mahu anak bangsanya menerima pendidikan tersebut. Oleh itu untuk mengatakan kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin dalam bidang pendidikan itu adalah tidak wajar dan tidak tepat sekali. Semua kaum tidak kira Melayu, Cuna, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Bajau semua dapat pendidikan percuma dari kerajaan Barisan Nasional sehinggakan ke Tingkatan 5.      

Adalah wajar apabila kita katakan bahawa untuk pihak pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, pihak pembangkang memerlukan lebih dari tsunami politik bukan hanya setakat politik sempit yang di siberkan oleh pihak pembangkang iaitu politik benci dan penentangan terhadap semua polisi dan kerja tangan kerajaan Barisan Nasional di atas dasar "autaman, pembohongan di rojakkan pula dengan fitnah dan dusta". Tindakan keterlaluan pihak pembangkang yang menunjukkan sikap dan perangai biadap, sombong, angkuh dan pendendam itu sudah menjijikkan rakyat kerana majoriti rakyat Malaysia inginkan kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan. Politik sempit ala demonstrasi [Demo Ambiga Bershittt, Demo Demokrasi Merdeka, Demo Orange Jus, Demo Hijau, Demo Lynas dll] yang di bawa oleh pembangkang juga telah merosakkan bukan sahaja kepentingan awam, harta benda tetapi juga maruah dan imej negara di mata dunia luar. Ini sudah tentu menjejaskan sektor pelancungan dan juga sektor pelaburan asing masuk untuk melabur di Malaysia.

Pihak pembangkang terlalu banyak bergantung kepada kononnya undi kaum Cina untuk menjayakan rancangan mereka iaitu mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya. Kegilaan, Kebiadapan dan Kedendaman Pakatan Pembangkang terhadap kerajaan Barisan Nasional telah lama terbuku dan mereka Pakatan Pembangkang melihat kejayaan PRU12 pada tahun 2008 telah membuka ruang kepada kepercayaan itu bahawa kerajaan Barisan Nasional ini boleh di jatuhkan dengan hanya mainkan emosi dan perasaan rakyat bagi menimbulkan "sifat kebencian dan penentangan" terhadap kerajaan Barisan Nasional. Mungkin semasa PRU12 2008 itu rakyat tidak dapat melihat dengan jelas dan nyata melainkan semua yang di siberkan di pelopori oleh puak-puak Pakatan Pembangkang iaitu kerajan tidak telus, korup, seleweng, kuku besi dan lain-lain. Akibatnya kerajaan Barisan Nasional kehilangan lima [5] negeri dan 2/3 majoriti di Parlimen. Tun Abadullah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri Malaysia ke 5 dan YAB Najib Tun Razak telah di pilih untuk menggantikan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia. Selebihnya adalah lipatan sejarah yang bakal menyusuri perairan Malaysia menjelang 916 Malaysia di kejutkan dengan kononnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional akan menjadi "katak si katak lompat" menyertai Pakatan Pembangkang maka akan runtuhlah kepimpinan yang di pilih oleh rakyat, maka Anwar Ibrahim akan di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7. Tiada siapa boleh melawan Allah (SWT) yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, akhirnya rancangan licik dan jahat tersebut terbongkar dan ahli-ahli Perlimen serta ahli2 Dun Pakatan Pembangkang yang menjadi "katak si katak lompat" jadi bebas dengan menyokong Barisan Nasional.

Sekarang Doktrin PAS sibuk untuk mencari sokongan kaum Melayu selepas kehancuran dan kemusnahan yang telah di laksanakan dengan menjual Agama Islam, jual Negara Islam dan jual Hudud [Doktrin PAS]. Doktrin PAS juga jual bangsa Melayu kerana Doktrin PAS hanya ada "label Islam" sahaja. Presiden PAS dalam kenyataan terkini "Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk UMNO yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan". Selepas menumpukan sepenuh perhatian Doktrin PAS kepada "Islam for All" akhirnya Doktrin PAS tahu bahawa undi org Melayu itulah menjadi penentu kepada jatuh bangunnya Doktrin PAS dalam PRU13 nanti. Akhirnya Doktrin PAS tahu bahawa undi kaum Cina itu agak sukar untuk di menangi terutama dalam melaksanakan agenda Doktrin PAS iaitu Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] yang mana sentiasa mendapat penentangan yang hebat dari "Over my dead body" dan Al-Kitab 100 hari Buku Jingay. Akhirnya mainkan irama "BLAME GAME" salahkan parti UMNO walaupun sudah memerintah 55 tahun tapi masih gagal dalam melaksanakan hukum Allah [SWT] dan dengan sendiri jatuh kafir, sesat, jahil dan munafik. Maka org Melayu hendaklah kembali kepada Doktrin PAS yang akan melaksanakan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] tetapi persoalannya sekarang majoriti rakyat terutama kaum Melayu dan Islam tertanya betul ke apa yang di luahkan oleh Doktrin PAS itu????? Kalau di lihat 22 tahun memerintah Kelantan dan 4 tahun memerintah Kedah tetapi bunga-bunga Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] tidak kelihatan langsung walaupun di Kelantan kelulusan Dun dan DYMM Sultan telah di perolehi untuk membolehkan pelaksanaan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS]. Malangnya semua itu hanya "gimik politik" musim PRU sahaja. Keikhlasan tiada dan kesungguhan serta kepatuhan kepada janji-janji dalam Manifesto PRU tiada di dalam hati pemimpin2 Doktrin PAS yang lebih terkenal sebagai "Ustaz politik". Akibatnya rakyat berterusan di buai mimpi Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] dan setiap hari pula di dalam ceramah, syarahan, khutbah dan tazkirah akan di nyatakan bahawa Doktrin PAS nak laksanakannya tetapi parti UMNO menjadi penghalangnya. Maka sebaiknya kita jatuhkan parti UMNO/Barisan Nasional bagi membolehkan pelaksanaan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS]. Sampai bila org Melayu dan Islam hendak di autaman dan di bohongi oleh "Ustaz2 politik" Doktrin PAS yang sentiasa berdendam, dengki, iri hati dan pra sangka buruk terhadap parti UMNO?????

Anwar Ibrahim dalam menjayakan rancangan kotor dan liciknya untuk menjadi Perdana Menteri dan dapatkan Putrajaya telah menabur berbagai andaian "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" di siberkan kepada rakyat Malaysia terhadap kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional pada mulanya rakyat terpesong juga tetapi selepas kejadian 916 Hari Memperingati "autaman dan pembohongan" terbesar di dalam sejarah politik Malaysia rakyat mula mengesyaki akan ketulenan sifat dan sikap Anwar Ibrahim. Ini diikuti pula oleh aduan liwat oleh pembantunya dan kemudian negara di gemparkan pula dengan rakaman video Anwar Ibrahim sedang "mengetuk pintu" dengan Cinadoll. Inilah dua memungkaran yang masih bermain di minda dan pemikiran rakyat yang telah menimbulkan lagi keraguan kepimpinan Anwar Ibrahim untuk memerintah negara Malaysia. Ini diikuti pula dengan pendedahan pembiayaian George Soros terhadap Parti Keadilan dan Suaram yang menjadi pakar dalam menyiberkan "fitnah dan dusta" kononnya Scorpene tidak boleh menyelam, kononnya YAB PM terbabit dalam pembunuhan Altantuya dan kononnya YAB PM dapat banyak komisyen dari pembelian kapal selam tersebut yang kononnya satu saman telah di failkan di Mahamah Perancis. Akhirnya apa yang rakyat ingin ketahui telah dibentangkan oleh Menteri Pengguna bahawa Suaram telah mendapat pembiayaan dari George Soros dan begitu juga dengan Parti Keadilan yang di ketuai oleh Anwar Ibarhim. Kegilaan untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri telah meresapi segala hati dan sanubari Anwar Ibrahim yang sanggup menjadi tali barut Yahudi dn Cina untuk menjatuhkan pemerintah orang Melayu dan Islam. Apabila parti UMNO/Barisan Nasional jatuh maka Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri boneka kepada "Yahudi dan Cina" yang menjadi pembiayai kerjaya politik Anwar Ibrahim. Maka habislah agama Islam, agenda Melayu dan negara Islam Malaysia.

Oleh itu untuk Doktrin DAP mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya, maka undi kaum Melayu dan Islam mestilah di perolehi bukannya hanya bergantung kepada kaum Cina sahaja. Doktrin DAP juga mesti melihat kepada kaum-kaum lain seperti India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Bajau dan lain-lain kaum etnik di Malaysia. Kenyataan Prof. William Case itu agak sukar untuk ditelan oleh Doktrin DAP kerana kebiadapannya dalam berpolitik tidak akan menyebakan semua kaum Cina menyokong prinsip dan aspirasi perjuangan Doktrin DAP itu. Sekarang dari 10 yang di temubual oleh kita hanya 4 sahaja yang mengatakan sokongan padu kepada Doktrin DAP, tiga lagi mengatakan bahawa mereka melihat keadaan ketika kempen PRU13 nanti dan 3 lagi sudah mengatakan sokongannya kepada MCA atau GERAKAN iaitu undi Barisan Nasional. Ini telah memperlihatkan faktor YAB PM dan YAB TPM telah mengubah sikap dan mentality kaum Cina kepada kerajaan yang di lihat lebih realistik dalam memenuhi aspirasi dan keinginan rakyat dan negara dari Pakatan Pembangkang yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim.

Sekarang Pakatan Pembangkang sibuk menyediakan Hikayat Buku Jingay untuk "wanita" di desa dan pendalaman. Nampaknya mereka tahu bahawa "wanita" di bandar dan pinggir bandar amat sukar untuk di tembusi kerana kemudahan maklumat yang banyak tetapi mereka, Pakatan Pembangkang juga tidak tahu bahawa kaum "wanita" di desa dan pendalaman juga mendapat kemudahan "internet" dan rancagan "astro" yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional. Bagi Pakatan Pembangkang menembusi "kotak" pemikiran "wanita" desa dan pendalaman adalah kemestian kerana untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional skongan "wanita" desa dan pendalaman di perlukan tetapi ianya akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan Barisan Nasional telah melaksanakan 'transformasi" luar bandar [desa dan pendalaman] dalam program RTC di bawah Kementerian Luar Bandar dan Kementerian Wanita sejak 55 tahun lalu. Kita lihat setakat mana sokongan "wanita" desa dan pendalaman terhadap Pakatan Pembangkang dalam PRU13 nanti.     

     

No comments:

Post a Comment