Pas hari ini dilihat berpaksikan kepada konsep matlamat menghalalkan
ke Putrajaya setelah sanggup mendoakan kehancuran sesama umat Islam yang
sekaligus mengambarkan mereka telah lari daripada perjuangan yang
sebenar.
|
Doa jalan ke Putrajaya...KO...KO...KO...BN |
Pemerhati Politik Datuk Wan Hasyim Wan Teh berkata apa yang berlaku
di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu juga menggambarkan kemuncak kepada
keghairahan serta ketaksuban parti Pas itu sendiri. Menurut beliau keghairahan Pas itu dikhuatiri bukan sahaja akan
menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan umat Islam malah
dibimbangi akan berulang sejarah dan pengalaman pada 1980-an dahulu.
“Politik ini umpama perlawanan bola sepak. Bukankah matlamat
kedua-dua pasukan adalah untuk menjaringkan gol dengan penuh semangat
kesukanan dan bukannya membawa kepada pergaduhan dan sebagainya.
“Ambil contoh itu adalah paling mudah. Perpaduan adalah
segala-galanya dan bukankah itu juga jika diapliaksikan dalam bab-bab
politik ini, ianya memberikan manfaat yang cukup luas bukan sahaja
kepada rakyat malah kepada negara khususnya Islam itu sendiri.
|
Amanat Haji Hadi peganggan Doktrin PAS |
“Dan paling penting bukankah Islam itu mengutamakan
perpaduan..Apabila berlakunya sedemikian rupa dan timbul perpecahan
serta sebagainya, siapakah yang akan menanggung rugi. Perpecahan akan
berlaku dan inilah yang kita tidak mahu,” katanya.
Beliau seterusnya menambah peristiwa berkenaan juga menggambarkan
kepada semua pihak bahawa ianya adalah signal kepada pilihan raya umum
dan kekuasan semata-mata khususnya Putrajaya.
“Apa pun saya melihat hakikat itu merendahkan martabat Pas itu
sendiri apabila sanggup mendoakan sedemikian rupa dan timbul persoalan
apakah parti berkenaan sudah berkerat rotan berpatah arang.
“Jika itulah hajatnya..ingatlah Islam menekankan kepada persaudaraan
dan ianya terkandung di dalam al-Quran yang mulia. Kenapakah sanggup
berbuat sedemikian rupa...
APAKAH DOKTRIN PAS MEMPERJUANGKAN:-
1. ISLAM.
2. BANGSA MELAYU.
3. NEGARA MALAYSIA.
SEBALIKNYA PARTI UMNO/BARISAN NASIONAL:-
1. Memperjuangkan Islam, memartabatkan dan mempertahankan islam.
2. Apa yang UMNO lakukan
utk membangunkan negara tidak bercanggah dengan Islam.
3. Apa yang di perjuangkan oleh UMNO dari segi menegakkan syiar Islam sudah berhasil.
4. Kejayaan UMNO membangunkan umat Melayu dan Islam dalam semua bidang tidak boleh di nafikan.
5. Bangsa Melayu di angkat di persada dalam negara dan di luar negara.
6. Malaysia terkenal di peringkat antarabangsa dan di anggap sebagai model "politik, ekonomi dan sosial" oleh masyarakat dunia.
Dalam Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam itu ada parti yang nak asas
Perlembagaan dipinda. Sebab DAP dengan ideologi Malaysian Malaysia yang
tidak menerima prinsip dan semangat Perlembagaan. Dan kita ada PAS yang
nak wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya
kerana definisi negara Islam itu pun masih kabur lagi. Ketiga, ada PKR
yang memperjuangkan pendirian boleh disangsi, termasuk kefahaman yang
terlalu liberal dan pluralisme yang boleh menimbulkan banyak
kontroversi.
Dalam BN, kita boleh jamin dasar kita konsisten.
Apa pun akan berlaku, kita ada jaminan bahawa hala tuju dan dasar yang
sudah dibentang kepada rakyat dapat kita teruskan. Tapi, pembangkang
penuh risiko, tanda tanya dan kesangsian. Sama ada kita sanggup
memperjudikan masa depan kita, itu menjadi soal pokok.
|
Kita suka Barisan Nasional |
Visi, wawasan dan hala tuju Barisan Nasional (BN), termasuk
Umno, yang jelas dalam membangunkan negara adalah antara lima sebab yang
digariskan oleh Perdana Menteri mengapa parti komponen itu perlu diberi
mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno
berkata sebagai sebuah parti berpengalaman, Umno selaku parti tunjang
dalam BN sentiasa memacu dan menggerakkan pelbagai idea dan transformasi
ke arah masa depan negara yang gemilang berbanding pakatan pembangkang
yang masih kabur mengenai perkara itu.
Selain itu, Umno dan BN turut merupakan satu pakatan yang terikat
kepada dasar-dasar yang disokong secara bersama dan tidak ada
percanggahan sama ada dari segi dasar mahupun ideologi, dan ini berbeza
dengan parti lawan yang seringkali mengeluarkan pendapat yang
bertentangan walaupun atas soal-soal asas dan fundamental, katanya.
"Ketiga, kita mempunyai 'track record' pencapaian yang terbukti dan
tidak boleh disangkal dalam mengurus negara di mana kita juga telah
dapat meyakinkan rakyat bahawa peta jalan ke hadapan adalah berdasarkan
kemampuan kita untuk melaksanakannya selama ini.
"Maknanya, keyakinan rakyat bahawa kemampuan kita untuk melaksanakan
agenda negara iaitu transformasi besar yang ingin kita perlihatkan,"
katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan
Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di
Parlimen baru-baru ini.
Najib berkata sebagai sebuah kerajaan, Umno dan BN memiliki kekuatan
moral yang kukuh dan sentiasa berpegang kepada janji di mana setiap
janji yang dibuat dipastikan supaya ditunaikan serta tidak akan membuat
janji yang tidak mampu dipenuhi.
Beliau berkata janji kerajaan BN adalah jelas untuk kepentingan
rakyat dan sentiasa ditunaikan berdasarkan prinsip janji ditepati
berbanding janji pakatan pembangkang yang bertujuan memperdaya pengundi
demi memenuhi matlamat untuk menakluki Putrajaya.
Pengerusi BN berkata sebab terakhir yang perlu diberi perhatian ialah
rakyat tidak perlu menggadai masa depan dengan menyerahkan negara
kepada parti yang tidak boleh menjanjikan masa depan lebih baik ketika
kredibiliti mereka juga dipertikaikan.
"Masa depan kita, masa depan anak-anak kita terlalu mahal untuk
diperjudikan, sebaliknya dengan Barisan Nasional tahap keyakinan lebih
tinggi... ini dapat dilihat dari segi prestasi pasaran dengan kemasukan
pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara," katanya.
Mengenai mengapa orang Melayu tidak menggunakan agama sebagai asas
penyatuan seperti yang dilakukan kaum lain, Najib berkata: "Orang Melayu
telah dikelirukan dengan hasutan dan fitnah yang bertalu-talu terhadap
pemimpin Umno dan Umno itu sendiri, walaupun dakyah-dakyah tersebut
merupakan serangan politik dan tidak ada asasnya."
Najib berpendapat orang Melayu juga terpedaya dengan imej luaran
seperti label parti yang dikatakan parti Islam dan rupa pemimpin yang
mereka anggap lebih Islamik.
Beliau berkata sepatutnya sesebuah parti itu dinilai dari segi
pengisian dan agenda yang boleh meninggikan perjuangan dan syiar Islam,
dan Umno telah membuktikan parti itu dapat memperjuangkan tuntutan Islam
berdasarkan Maqasid Syariah.
"Sejak dulu lagi kita perjuangkan Islam, bermula dengan Perlembagaan,
pembentukan institusi-institusi Islam serta program-program Islam yang
kita telah wujudkan dan martabatkan seperti perbankan Islam," katanya.
Ditanya harapan beliau kepada para perwakilan selepas tamat
perhimpunan kali ini, Najib berharap seluruh warga Umno yang hadir dapat
menghayati mesej yang diterapkan seterusnya menterjemahkan dalam bentuk
tindakan serta sikap masing-masing.
"Umpamanya, banyak penegasan akan dibuat tentang bagaimana mereka
harus mendepani cabaran PRU-13 dan bagaimana kita harus meletakkan
persediaan kita secara mantap bukan sahaja dari segi persiapan fizikal
seperti bilik gerakan, bantuan material dan sebagainya tetapi juga dari
segi semangat dan sikap untuk meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai
yang perlu diutamakan dan tidak ada apa-apa perhitungan yang lain
meskipun sesuatu itu memang sangat dihajati oleh kita," katanya.
Beliau juga berharap perwakilan yang berbahas mampu mengupas,
menjawab dan menangkis sebarang isu nasional serta tohmahan yang
dihalakan kepada parti.
PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM lebih banyak melagukan "persepsi dan tohmahan serta agenda "meracuni pemikiran rakyat supaya membenci dan menentang kerajaan" dengan berbagai-bagai "agenda PROVOBASI" mereka:-
1. DOA JALAN KE PUTRAJAYA...KO...KO...KO...BN yang di bacakan oleh adik NIkky Ajis.
2. Nikky Ajis GELAR UMNO MURTAD.
3. Pemimpin Suka Sama Suka ingin BAWA CAMPURTANGAN ASING...AUSTRALIA.
4. Belum dapat sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya sudah berlaku PEREBUTAN JAWATAN PERDANA MENTERI.
5. Ada pulak kata BANGSA MELAYU BERHAK MEMILIH AGAMA.
6. Walaupun Mahkamah telah memberikan lesen utk LYNAS memulakan operasi tapi DEMOCRAZY LYNAS terus berjalan.
|
NIKKY AJIS |
MAAF UMNO AKAN DITERIMA JIKA UMNO TUKAR DASARNYA:-
Umno harus tukar dari dasar berjuang atas nama kebangsaan Melayu kepada
Islam yang syumul selari dengan tuntutan biro Ulama Umno tahun 1951
dulu. Nik Aziz (gambar di atas) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden
Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf atas segala kesalahan
dilakukan sebelum ini, dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir
semalam. Syarat kedua, jelas Nik Aziz yang juga Menteri Besar
Kelantan, kesemua peruntukan pembangunan hendaklah disalurkan kepada
kerajaan negeri bukannya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Dan
syarat ketiga, katanya, hak rakyat Kelantan hendaklah ditunaikan dengan
membayar royalti kepada kerajaan negeri. Jika tidak sanggup
buat tiga perkara ini, maka tiada maaf bagimu katanya dalam satu
kenyataan melalui Setiausaha Politiknya Wan Nik Wan Yussof. NAMPAK SANGAT SIKAP PENDENDAM NIKKY AJIS TERHADAP UMNO. Adakah UMNO ingin tunduk kepada Nikky Ajis dengan mengadaikan dasar perjuangan UMNO iaitu demi agama, bangsa dan negara semata-mata nak Nikky Ajis memaafkan UMNO????? Siapa Nikky Ajis????? Adakah Nikky Ajis lebih besar dari Allah [SWT] yang boleh memaafkan maklukNYA, begitu juga Nabi Muhammad [SWT] memaafkan umatnya. Siapa Nikky Ajis yang ingin meletakkan terma-terma dan syarat-syarat tertentu untuk memaafkan UMNO????? Macam perpaduan yang di syorkan tempoh hari Nikky Ajis meletakkan terma-terma dan syarat-syarat "seperti nak meminang Puteri Ladang Rakyat", akhirnya akibat ketindak ikhlasan Nikky Ajis dan Doktrin PAS, perpaduan umat Melayu dan Islam itu amat sukar untuk di capai.
|
Syok tidor ke Mat Sabu |
KATA-KATA MAT SABU SEMASA HIMPUNAN KEBANGKITAN
RAKYAT DI PARIT SALLEH ROS, PARIT RAJA JOHOR DARUL TAKZIM malam ini...
"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan.
Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu...Yang rakyat
lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk
menipu rakyat...Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya
akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin...CUBA KITA
FIKIRKAN...12 KALI PRU...KENAPA SEKARANG AJE PERKARA INI TIMBUL...APAKAH
TUJUAN SEBENARNYA.
DI MANAKAH KEKUATAN PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM:-
1. AUTAMAN
2. PEMBOHONGAN
3.
FITNAH
4. DUSTA
5. PERSEPSI
6. PROPAGANDA PROVOBASI
7.
DOA
8. ISLAM DEMONCRAZY
9. DEMOCRAZY
10. DANA ASING
11.
CAMPURTANGAN ASING.
KITA AMBIL KERATAN JELAJAH ANWAR IBRAHIM DI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT NEGERI JOHOR DI PARIT SALEH ROS, BATU PAHAT...APABILA ANWAR IBRAHIM MENJANJIKAN "KITA AKAN KEMBALIKAN HAK RAKYAT JOHOR YANG TANAH-TANAHNYA TELAH DI AMBIL SEWENANG-WENANG". KITA YANG PELIKNYA IALAH ADAKAH TANAH-TANAH ORG KAMPUNG YANG DI AMBIL SEKIRANYA ADA TIDAK MELALUI PROSES PENGAMBILAN TANAH DI BAWAH AKTA PENGAMBILAN TANAH DI MANA PAMPASAN AKAN DI BAYAR BERDASARKAN PENILAIAN SEMASA DAN SEKIRANYA PEMILIK2 TANAH TIDAK BERPUASHATI BOLEH MEMBAWA PERSOALAN TERSEBUT KE MAHKAMAH...JANGAN "AUTAMAN DAN BOHONG" RAKYAT KERANA RAKYAT SEDAR BAHAWA SEMUA PENGAMBILAN TANAH OLEH KERAJAAN AKAN MENDAPAT PAMPASAN...SO TIDAK TIMBUL PENGAMBILAN TANAH2 ORG KAMPUNG TANPA PENGETAHUAN TUANPUNYA TANAH MELAINKAN TERDAPAT TANAH-TANAH YANG MEMPUNYAI PEMILIKAN YANG RAMAI...DAN ALAMAT TUAN TANAH TIDAK SELARI DENGAN APA YANG ADA DALAM REKOD DI PEJABAT TANAH BERKENAAN...HANYA SEGELINTIR NYAMUK TAK AKAN KITA NAK BAKAR SELURUH KELAMBUT DENGAN MENERIMA SLOGAN PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM IAITU "UBAH SELAMATKAN MALAYSIA"...
Doktrin PAS mengakui bahawa amat sukar untuk menawan Johor Darul Takzim tetapi Anwar Ibrahim ingin terus mengempur kubu kuat UMNO/Barisan Nasional untuk membuktikan bahawa beliau adalah "ANUGERAH TUHAN" yang paling "BERSIH" yang bakal di angkat sebagai "PEMIMPIN SUKA SAMA SUKA" untuk membebaskan Majidil Al-Aqsa, walaupun YAB PM mengelarnya "SI KITUL MODEN".
Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor
ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini
ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim.
“Insya-Allah sebaik tawan Johor,
kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan
hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi
kita kena buat. “Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat
proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,”
katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di
Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu
Pahat, malam tadi. Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md
Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka
dijadikan pusat pelupusan sampah.
Kampung itu menggemparkan negara berikutan pendedahan Suara Keadilan
apabila majorit penduduknya keluar Umno kerana tertipu dengan janji
wakil rakyat yang mahu kononnya mahu menyelesaikan masalah itu.
Isu tanah di Johor kritikal
sehingga Pakatan pada 5 Mei lalu menuntut kerajaan negeri menyelesaikan
segera tuntutan, permohonan dan pampasan pengambilan melibatkan puluhan
kes. Antaranya isu pengambilan tanah di Pengerang, Felda Cahaya Baru
Masai, Kampung Plentong Tengah, Sungai Balang, Bekok, Kampung Skudai
Kiri dan puluhan lagi. “Dulu, orang Umno Johor kuat sokong saya. Tapi, adakah sokong untuk
curi tanah? Sekarang siapa dapat? Syed Mokhtar yang banyak dapat.
Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pasir Gudang dan lain-lain. Tidak ada orang
lainkah?” kata Anwar.
Beliau juga kagum dengan
kebangkitan rakyat di Johor berikutan sokongan sedemikian dulunya hanya
berlaku di Kedah dan Kelantan yang sinonim dengan parti pembangkang. "Kalau di Kedah, di Kelantan, ramai sebegini tak pelik. Tapi puluh
ribu hadir di Johor. Johor apa dah jadi ni? “Sebab apa? Sebab rakyat ada minat (terhadap Pakatan). Mereka
menyatakan kegelisahan, kekecewaan dan harapan. Inilah yang dikatakan
kebangkitan rakyat,” katanya.
Kita akan tahu betapa besarnya "kebangkitan rakyat" Johor Darul
Takzim ini pada PRU 13 nanti. Kita ingin melihat siapa akan terkedu
Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam atau Barisan Nasional.
Mari kita nantikan sama-sama apa "kebangkitan rakyat" Johor...
|
YB Gombak |
YB Gombak [a.k.a Mr. Toilet] kata “Hutang negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456
bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran
Dalam Negara Kasar),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti
PKR hari ini. Beliau membidas ucapan Perdana Menteri yang mendakwa kononnya Ketua
Pembangkang bukan ‘pengurus ekonomi yang cekap’ sewaktu menjadi Menteri
Kewangan dari 1992 hingga 1998. Azmin berkata, sepanjang pentadbiran Anwar, defisit belanjawan negara
hanya sekitar 0.8 peratus sehingga 2.4 peratus.“Manakala pada era Najib, ia meningkat sekitar 4.1 peratus sehingga
6.7 peratus. Ini sumber dari Kementerian Kewangan.
|
YAB PM |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan
memastikan had hutang Malaysia tidak melebihi 55 peratus daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sebagai strategi pengurusan
berhemat dalam mengurus kewangan negara. Kerajaan juga mengambil langkah mengurangkan defisit fiskal, selari
dengan komitmen untuk memastikan pertumbuhan, katanya. “Tahun lepas, defisit fiskal berada pada kedudukan 4.8 peratus KDNK
berbanding 5.0 peratus,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam
ucapan dasar pada persidangan “Invest Malaysia 2012″ di sini hari ini.
|
YB Menteri Kewangan 2 |
Rakyat tidak perlu bimbang dengan kadar hutang negara kerana kerajaan
mampu membayarnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah. Beliau berkata kerajaan membuat pinjaman berdasarkan kemampuannya
untuk membayar balik pinjaman berkenaan. “Kita mampu bayar balik. Tidak pernah di dalam sejarah (kita tidak
bayar hutang).... sejak saya Ahli Parlimen, kita tidak pernah hadapi
hutang kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak di sini hari
ini. Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa Belanjawan 2013 yang
dibentangkan semalam tidak mengambi kira situasi ekonomi dengan hutang
negara yang semakin meningkat. Ahmad Husni berkata keupayaan membayar hutang itu bergantung kepada
beberapa faktor termasuk jumlah dan tempoh bayaran pinjaman yang dibuat. “Kalau kita buat pinjaman RM1 bilion dan tempoh bayarannya adalah 20
tahun, jumlah yang perlu dibayar adalah rendah berbanding bayaran dalam
tempoh lima tahun,” katanya. Beliau berkata hutang negara ketika ini berada pada paras tidak
melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ahmad Husni menjelaskan pinjaman yang dibuat oleh kerajaan digunakan
untuk tujuan pembangunan yang dapat menghasilkan kesan berganda bagi
memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata kerajaan perlu meminjam bagi memastikan pembangunan
dapat dilaksanakan. “Kita perlu meminjam. Jika tidak, kita tidak dapat melaksanakan
sebarang pembangunan tetapi perlu dilakukan pada tahap keupayaan untuk
membayar balik,” katanya. Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan semalam menyebut hutang
kerajaan Persekutuan dijangka meningkat 10.1 peratus kepada RM502.4
bilion disebabkan pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi
keperluan pembiayaan.Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka
meningkat kepada 53.7 peratus daripada KDNK tahun ini.
|
YAB PM semasa perhimpunan PPP |
SEKALI lagi Najib Tun Razak memperlihatkan sikap budimannya apabila
memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekhilafan BN dan UMNO pada
Perhimpunan Agung UMNO. Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Najib pernah membuat
kejutan memohon maaf di hadapan para hadirin ketika berucap pada majlis
di Kuala Ketil, Kedah pada awal tahun ini. Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti politik
memohon maaf atas perihal lampau. Seperti dijangka, beberapa pemimpin pembangkang mempersoal dan
memperlekehkan tindakan Perdana Menteri.
Mereka sebenarnya bimbang sikap merendah diri
Najib akan memenangi hati rakyat, yang bermakna merugikan pembangkang. Persoalannya jika Perdana Menteri boleh memohon maaf mengapa pemimpin
pembangkang enggan berbuat demikian. Kita menunggu sejak sekian lama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim
memohon maaf atas isu moral dan integriti . Dalam banyak hal, Anwar mengheret rakyat dalam isu moral beliau
dengan strategi untuk menyelamatkan diri. Itu belum menyentuh banyak
demonstrasi ganas oleh PKR yang menggugat keharmonian sejak beliau
dipecat daripada kerajaan.
Begitu juga dengan banyak kenyataan Anwar yang memudaratkan
kepentingan agama, bangsa selain memburuk-burukkan negara yang tidak
pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin. Ada lagi besar. Anwar tidak putus-putus berusaha mendapatkan campur
tangan asing, yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai pengkhianatan.
Kita juga tertanya-tanya bila Presiden Pas, Hadi Awang mahu memohon
maaf atas banyak kesilapannya termasuk amanat Haji Hadi yang membawa
perpecahan kepada umat Islam. Apatah lagi Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang lebih ghairah
mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Siapa yang sebenarnya lebih dituntut memohon maaf? Mungkin mereka
malu mengakui kekhilafan kerana tidak cukup keyakinan diri. Bukan semua
orang berjiwa besar seperti Najib.