"Jelajah PHancing"
Sejak 1/3/2020 selepas TSMY di lantik menjadi Perdanan Menteri Malaysia No.8, maka PHancing telah melancarkan jelajah Mandat Rakyat secara rasminya.
Masalahnya tiada siapa yang menyuruh PHancing membubarkan dan/ataupun meletakkan jawatan dalam kabinet tetapi kesalahan tersebut hendaklah di tuding kepada Tun MM sendiri yang meletakkan jawatan sebagai PM pada 24/2/2020. Mak secara automatik semua jawatan Menteri kabinet Tun MM terlucut dengan sendirinya dan kerajaan PHancing rebah ke tanah.
Tiada istilah kerajaan pintu belakang kerana Tun MM tidak di gulingkan mahupun undi tidak percaya di laksankan di dalam Dewan Rakyat oleh pembangkang. Perancangan "Sheraton Move" juga gagal kerana Tun MM tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO secara en block. Tun MM hanya mahu bekerjasama dengan individu-individu di dalam UMNO sahaja.
Perancangan terakhir Tun MM juga gagal di mana Tun MM menjadi PM tetapi kabinet yang akan dipilih tidak semesti ada kaitan dengan mana-mana parti politik iaitu Tun MM akan memilih siapa sahaja yang di fikirkan sesuai dan "competent" untuk menduduki kabinet Tun MM kelak. Kuasa penuh adalah di dalam tangan Tun MM. Malangnya lontaran idea ini tidak di persetujui oleh Muafakat Nasional iaitu UMNO/PAS kerana Tun MM akan menjadi MAHAFIRAUN.
Maka persoalan lantikan PM-8 itu berlarutan sehingga 1/3/2020 yang mana TSMY telah di persetujui untuk membuat "coalition" baru yang di gelar PERIKATAN NASIONAL untuk membentuk kerajaan dengan majority 114 MP. Selepas pengisytiharan TSMY sebagai PM-8, DSAI menjadi kelam kabut terus menyokong Tun MM kononnya Tun MM sudah ada cukup MP-MP untuk menubuhkan kerajaan dan di lantik semula sebagai PM-8. Kita merancang tetapi perancangan Allah (SWT) itu lebih manfaat dan mudah dari perancangan manusia yang berbelit-belit banyak tipu daya serta pembohongan untuk terus memegang kuasa. Malangnya DYMM Agung tidak menerima sebarang temui janji berkaitan dengan lantikan PM-8 setelah Baginda memutuskan dengan muktamad selepas perbincangan dengan Duli-Duli Maha Mulia dalam bersidang Khas Raja-Raja Melayu pada 28/2/2020. Inilah lambang kebanggaan Kedaulatan Malaysia dan keluhuran Perlembagaan Malaysia yang kita mesti taat dan perhalusi iaitu kesetiaan kepada Raja.
Sebelum TSMY di lantik sebagai PM-8, Peguam Negara telah meletakkan jawatan. Setelah TSMY di lantik Pengarah SPRM pula meletakkan jawatan. Kemudian pada 6/3/2020 Tan Sri Idrus Harun iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan telah di lantik sebagai Peguam Negara. Semasa artikel ini di tulis kumpulan pendesak telah mendesak agar Pengarah SPR iaitu Azahar Harun dan teamnya meletakkan jawatan sebagai SPR kerana mereka ada kaitan dengan parti-parti politik PHancing semasa di lantik sebagai SPR dan masih lagi condong kepada sentimen kepartian dalam tindak tanduk mereka semasa PRK-PRK tempoh hari.
BERSIH 2.0 cuba mencetuskan "demo jalanan" apabila TSMY di lantik sebagai PM-8 tetapi gagal untuk menarik perhatian rakyat kerana rakyat boleh bedakan antara pemimpin penipu, pembohong, kaki kencing dan kaki fitnah dengan pemimpin yang bekerja untuk negara dan rakyat. Apabila BERSIH 2.0 gagal maka PHancing tukar kepada "jelajah Mandat Rakyat" kononnya untuk menipu, membohongi dan menyebarkan fitnah kepada rakyat kononnya TSMY telah mengkhianti PHancing dengan membentuk PERIKATAN NASIONAL secara pintu belakang.
Sekiranya kita dengar ceramah "jelajah mandate rakyat" terutama Mantan Menteri Agama, Mantan Menteri Wilayah dan lain-lain Menteri yang terlucut jawatan apabila Tun MM meletakkan jawatan pada 24/2/2020, maka kita pun terfikir adakah Mantan-Mantan Menteri ini hilang jawatan kerana mereka di gulingkan dan/atau kerana Tun MM tidak mahu DSAI menjadi PM-8 dan/atau Tun MM merasakan Mantan-mantan Menteri ini telah mengakibatkan Malaysia semakin teruk dari segi kesejahteraan, keharmonian, perkembangan ekonomi dan kemajuan yang ingin di capai. Dasar pemimpin-pemimpin Dapigs banyak merungkaikan ketidakbolehan kepimpinan PHancing untuk menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia adalah terserlah. Sebelumnya ini dalam Manifoottuhnya PHancing mengariskan berbagai janji dan kepimpinan PHancing yang kononnya berkaliber dan berilmu pengetahuan tinggi dengan pelbagai "formula" untuk contohnya minyak turun dan hapuskan tol, hapuskan PTPTN dan sebagainya", Malangnya apabila dapat sahaja kuasa semua "formula" hilang ke laut dan perkara bulan dan bintang tidak dapat di laksanakan kerana kekangan kewangan akibat kononnya kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan permasalahan rasuah salah guna kuasa serta hutang 1MDB yang mengakibat hutang negara telah melonjak kepada 1 trillion.
Permasalahan tersebut adalah sandiwara PHancing terutamanya Dapigs yang banyak memegang kuasa dalam pemerintahan PHancing. Dapigs memegang jawatan MOF, Penerangan, Pertahanan, Pelajaran, Industri, Sumber Manusia, MITI. Dapigs adalah penyebab segala aset-aset GLC terjual kepada orang ketiga yang bersekongkol dengan Dapigs kerana untuk mengurangkan penguasaan GLC dalam eknomi negara yang di terajui oleh bumiputra dan Melayu menjadi susut. Dapigs cuba untuk membunuh ekonomi bumiptra dan Melayu tetapi perancangan Dapigs ini telah dihidu oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin Melayu yang nasionalis. Ini di burukkan lagi apabila Dapigs cuba mencorakkan system pelajaran negara dengan acuan sistem pelajaran sekolah Cina yang mana jawi dan Pendidikan Islam tidak perlu di titik beratkan dan sejarah dalam sukatan pelajaran pula cuba di ubah dengan mengisytihar bahawa "komunis adalah penjuang kemerdekaan negara". Ini baru secebis "propaganda Dapigs dalam pentadbiran kerajaan PHancing" tetapi mereka-mereka yang pernah kerja dengan pemimpin-pemimpin Dapigs selama 22 bulan sudah tentu mengetahui akan perancangan sulit Dapigs untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah "REPUBLIK".
Undang-undang di bawah PHancing betul-betul menjadi "Rule of the Jungle" iaitu siapa yang berkuasa akan menentukan samada tindakan undang-undang akan di kenakan ataupun tidak. Inilah yang terjadi kepada kes Adib, kes rogol amah oleh YB Dapigs, kes rasuah SUpol Menteri Pertanian, kes rasuah Rafik PPBM, kes rasuah ADUN Dapigs, kes rasuah dan salah gunakuasa Gone End di tarik balik dan paling ketera kes ialah 12 orang berkaitan LTTE. Inilah yang di katakan "ketam mengajar anaknya berjalan lurus" sebelum menjadi kerajaan banyak tohmahan dan hasutan di buat terhadap kerajaan UMNO/BN tentang penguatkusaan undang-undang tetapi bila PHancing menjadi kerajaan penguatkuasaan undang-undang menjadi lebih buruk daripada buruk. Rakyat tidak percaya kepada sistem perundangan kerana sistem itu telah dicemari oleh PHancing dan rakyat menjadi sangsi samada sistem perundangan dapat menegakkan keadilan.
Kenapa PPBM nak buat rapat umum sedangkan PM-8 adalah Presiden PPBM iaitu TSMY. Adakah tujuan rapat umum PPBM tersebut? Adakah untuk mengatakan bahawa PM-8 telah mengkhianati Tun MM sedangkan Tun MM yang mengkhianati mandate rakyat apabila Tun MM meletakkan jawatan pada 24/2/2020. Persoalannya kenapa Tun MM letak jawatan? Adakah Tun MM tak mahu DSAI jadi PM dan/ataupun Tun MM sudah tidak boleh tahan dengan asakan serta mainan politik Dapigs. Tun MM tahu bahawa sokongan orang Melayu terhadap PPBM agak merosot teruk. Agenda Tun MM untuk mematikan UMNO gagal walaupun berbagai usaha dan rancangan di laksanakan tetapi UMNO tetap berdiri utuh dan semakin teguh apabila dalam lima (5) PRK (Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tg Piai dan Kemanis) UMNO/BN/PAS bi bawah agenda Muafakat Nasional telah berjaya menewaskan calon-calon PHancing dengan majority yang besar. Ini memberi tamparan hebat kepada ketokohan Tun MM yang terkenal dengan tagline "Melayu Muda Lupa". Pelbagai hinaan, cacian dan tohmahan di lemparkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan yang kena dakwa pun ramai termasuklah DSNR, DSZH, Ku Nan, DSAM, TSSM dan lain-lain. Scenario yang paling Tun MM geram dan benci ialah tagline "MALU APA BOSSKU" yang di angkat oleh DSNR. DSNR lebih senang didekati oleh rakyat walaupun tanpa jawatan PM yang menyebabkan gelombang "BOSSKU" telah mengharu birukan jentera PHancing dalam setiap PRK tempoh hari. Ini diperlihatkan kepada kenyataan Tun MM "saya hairan kepada BOSSKU yang dianggap sebagai pencuri, perompak dan penyamun" oleh Tun MM tetapi rakyat dengan senang hati bersalaman dan bersuarfoto serta mencium tangan BOSSKU tanpa segan dan silu.
BOSSKU juga bergiat cergas dalam media social dengan fakta dan penyataaan yang benar untuk menangkis sebarang penipuan, fitnah, pembohogan dan kekencingan PHancing terhadap rakyat. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin percaya dan menyesal di atas apa yang berlaku terhadap UMNO/BN dan DSNR. Rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui siapa yang sebenar-benarnya yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang menyebabkan rakyat keluar beramai-ramai di setiap "temujanji BOSSKU" dengan rakyat. Cuba bayangan DSNR telah dipertuduhkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan mencuri, merompak dan menyamun duit rakyat melalui IMDB. Bukan itu sahaja akaun peribadinya di bekukan, akaun UMNO di bekukan, harta benda DSNR di rampas termasuklah DSRM dan anak-anaknya. Malangnya kerja-kerja zalim PHancing tidak berjaya untuk memalingkan rakyat daripada menyokong terus DSNR dengan tagline #MALAAPABOSSKU.
Kebanyakan pemerhati politik mengandaikan bahawa PHancing adalah kerajaan sepenggal tetapi tidak cukup sepenggal kerajaan PHancing sudah runtuh iaitu 22 bulan sahaja. Selepas runtuh baru lah Menteri Kewayangan Dapigs menyatakan bahawa gula-gula untuk rakyat iaitu PTPTN dan penurunan harga minyak akan diumukan dan perangsang ekonomi di bentangkan. Malangnya nasi sudah jadi bubur apa yang ingin dicapai dalam agenda PHancing oleh Dapigs mati di tengah jalan dan rakyat rasa bersyukur amat sangat kerana dalam kerajaan sudah tiada Dapigs.
Rakyat mengharapkan PHancing sepatutnya lebih baik dari UMNO/BN kerana cakap pasal tiada lantikkan politik, anti rasuah, integrity, telus dalam segala bidang, tidak anti Melayu dan Islam, tidak rasis dan sebagainya tetapi setelah 22 bulan segala-gala yang di omongkan adalah kosong belaka rupanya ibarat "ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Pemerintahan PHancing lebih teruk dan kejatuhan nilai ringgit dan ekonomi negara runtuh teruk sedangkan hutang negara semakin meningkat kepada 1 trillion yang di buat oleh PHancing (apa yang di aur-aurkan oleh PHancing memang betul-betul terjadi) dan asset-asset negara dalam GLC habis di jual dan banyak lagi. PHancing dalam merancang dan membuat polisi sering menyalahkan UMNO/BN dan IMDB tetapi nilai pembangunan TRX dan Bandar Malaysia boleh membayar semua hutang IMDB ini cuba disorok dari pengetahuan umum.
Akhirnya perebutan jawatan PM telah meruntuhkan dan menjatuhkan kerajaan PHancing rebah ke tanah dengan penuh perasaan malu dan di tertawakan oleh semua pemimpin-pemimpin dunia. Ibarat "kera dapat bunga" dan macam "anjing dengan bayang-bayang", sendiri letak jawatan sendiri runtuhkan PHancing apabila PPBM keluar PHancing dan geng kartel Azmin Ali di pecat dari PKR. Tersungkur Menteri-Menteri PHancing yang sombong, bongkak dan angkuh dan terpaksa kembali ke azalinya iaitu jadi pembangkang dan turun di jalanan serta tidur atas jalan untuk menyatakan "Kerajaan PHancing di jatuhkan oleh Pengkhianat".
Itulah kesudahan kerajaan pasola PHancing yang bertahan selama 22 bulan sahaja. Rakyat semakin lega dan tenang setelah Tun MM, DSAI dan Dapigs serta Gone Eng tiada dalam kerajaan Malaysia. Tetapi Raykat cukup benci dengan apa yang terjadi dan menyalahkan UMNO/BN/PAS iaitu Muafakat Nasional yang telah menyebabkan kerajaan Raykat tersungkur dan rebah ke tanah. Raykat terus mengelar Muafakat Nasional apabila berbagai tohmahan dan fitnah di sebarkan baik oleh PPBM mahupun PHancing yang lain.
Kita tidak menyokong Semburit, Zuraida mahupun geng kartel kerana dalam politik kita mesti ada prinsip iaitu bebas dari sebarang manipulasi dan tikam belakang serta diri mestilah tinggi nilai moralnya serta berintegriti pembawaannya dan percakapannya.