Saturday, April 21, 2012

YAB PM vs PEMIMPIN SUKA SAMA SUKA...SIAPA YANG LEBIH BOLEHKEPERCAYAAN...?????


Apa perbedaan kedua-dua pemimpin ini?????

Kita semua tahu sejarah YAB PM. Beliau adalah anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein pemimpin yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Arwah ayahanda YAB PM hanya sempat memegang tampuk pemerintah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke2 selama 5-6 tahun sahaja, selepas Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan tersebut berikutan trajedi 13 Mei, 1969. YAB PM meniti tangga politik dari MB Pahang pada usia 23-24 tahun sehinggalah menjadi TPM kepada Tun Abdullah yang bersara kerana kekalahan teruk UMNO dalam PRU12. YAB PM di angkat menjadi YAB PM ke 6 melengkap pusingan 30 tahun lebih sikit selepas kematian arwah ayahandanya meninggalkan kita di saat-saat kita memerlukan seorang pemimpin untuk memacu, mengikat, menyatukan padukan rakyat, ekonomi dan politik Malaysia.

Anwar Ibrahim pula adalah mantan TPM Malaysia di zaman Mantan PM, Tun Mahathir Mohamed yg di pecat kerana salah guna kuasa dan korupsi pelakuan moralnya. Sebelum ini Anwar Ibrahim adalah aktivis ABIM dan Yayasan Anda. Banyak ceramahnya berkisar di sekitar agama. Cakap sungguh memukau dan menakjubkan pendengar. Kita dan ramai rakyat Malaysia tidak tahu akan latarbelakang keluarga Anwar Ibrahim ini. Maknanya Anwar Ibrahim di angkat utk menjadi pemimpin oleh UMNO yang di ketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kewibawaannya dan kelancaran percakapannya dan untuk meredakan pukulan hebat Doktrin PAS terhadap UMNO. Semasa di zaman pemerintahannya sebagai TPM banyak kerosakkan dan kelemahan yg terpaksa di tutupi dan di selimuti oleh Mantan PM kerana sayangnya beliau terhadap permata hati Malaysia ini. Sayang itu seterusnya telah bertukar menjadi duri dalam daging apabila Anwar Ibrahim cuba memanjat tangga PM dengan bermuafakat dengan beberapa pemimpin Team Wawasan untuk menjatuhkan Mantan PM sebagai Presiden UMNO pada pemilihan UMNO. Selebihnya adalah sejarah politik Malaysia. 

Pada tahun 1998 selepas pemecatannya Anwar Ibrahim telah membawa falsafah Refomasi dan menubuhkan parti KEADILAN NASIONAL bercirikan demokrasi dan keadilan. Walaupun, beliau dalam penjara tapi Parti Keadilan Nasional terus mendapat simpati dan keanggotaan yg ramai. Mungkin pada masa itu rakyat melihatnya sebagai satu bentuk simpati ke atas Anwar Ibrahim dan keluarganya. Mungkin juga rakyat melihat betapa zalim dan rakusnya kerajaan Barisan Nasional menindas Anwar Ibrahim yang pada mereka tidak bersalah. Ini di burukkan lagi oleh tindakan ganas Ketua Polis Negara yg menumbuk beliau semasa dalam tahanan polis. Di zaman Mantan PM Abdullah kejayaan reformasinya di perhebatkan dengan demo jalanan, kacau bilau dan gangguan dalam berbagai bentuk dan cara supaya jentera kerajaan dinampakkan tidak berfungi langsung dan rasuah berkeliaran di sekitar jabatan kerajaan dan anggota keselamatan terutamanya PDRM. Akhirnya Mantan PM Abdullah yang mengepalai Barisan Nasional kalah dalam PRU12 apabila Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri dan menidakkan 2/3 majoriti Barisan Nasional pertama kali dalam sejarah PRU Malaysia. Itulah impak yg telah di bawa oleh Anwar Ibrahim.

Apabila Tun Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO terpaksa memilih seorang yang berkaliber untuk memimpin UMNO kembali kepada zaman kegemilangannya iaitu berjuang demi agama, bangsa dan negara. Pada mulanya kita tengok YAB PM seperti mencari-cari di mana hendak di mulakan, di mana hendak di perbetulkan, di mana hendak di matikan dan di mana hendak di lanjutkan. Setelah memahami dan melalui hari-hari sebagai YAB PM, akhirnya YAB PM berjaya melancarkan program 1 Malaysia yg banyak di caduk dari konsep perpaduan ayahandanya Tun Abdul Razak. Mungkin Allahyarham tidak mempunyai kesempatan untuk melihat kejayaan dan keberkesanan konsep tersebut, tapi kita berasa lega dan hilang kegusaran serta kegelisahan apabila polisi-polisi ayahandanya di bangkitkan semula atau di hidupkan semula bagi merancakkan perpaduan, keharmonian, kesatuan dan keutuhan kemasyarakatan bangsa-bangsa di Malaysia ini di bawah satu bumbung iaitu 1 Malaysia. Sebaliknya pembangkang memandang sinis dan pra sangka buruk dengan konsep 1 Malaysia yg di anggap sebagai satu retorik Barisan Nasional sahaja. 

Anwar Ibrahim pula sibuk dengan agenda untuk mencipta sejarahnya utk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka di war-warkanlah bahawa sudah ada 30 MP Barisan Nasional akan melompat parti bagi membentuk kerajaan baru. Agenda itu kononnya mendapat sokongan dari ATM dan DYMM Agong. Bila tiba masanya iaitu pada 16/9/2008 rakyat Malaysia yg sebelum ini resah, gelisah, takut, risau dan tak tentu arah kerana agenda Anwar Ibrahim yg telah meracuni pemikiran dan menyebabkan ketidak tentuan politik Malaysia ke dalam benak dan pemikiran rakyat Malaysia akhirnya tersungkur di atas perbuatan autamannya. Apa yg di rasakannya berlaku tidak berlaku sebaliknya di Perak kerajaan di bawah Pakatan Rakyat tumbang kerana angkara lompat parti 3 Adun PKR dan DAP yg menjadi bebas dan menyokong Barisan Nasional. Seterusnya adalah sejarah politik Malaysia. Maka dari saat itu bermulalah autaman, fitnah, pembohongan dan dusta Anwar Ibrahim bertaburan di serata pelusuk Malaysia mengatakan bahawa YAB PM ini lemah dan tidak pandai menguruskan ekonomi, pentabiran dan hal-ehwal negara, takut bini dan bininya banyak mendatangkan masalah kepada Perbendaharaan Negara kerana sikap borosnya, UMNO korup, kejam, anti Cina dan India dan sebagainya.

YAB PM membawa polisi transfomasinya. YAB PM memperkenalkan ETP, GTP, PTP dll. Kemudian di ikuti dengan Klinik 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Menu 1 Malaysia, BRIM, bantuan persekolahan dan sekolah percuma, bantuan buku utk  mahasiswa, bantuan nelayan, PRIMA dll. UMNO pula lebih mantop dengan corak kepimpinan YAB PM di mana pemimpin dan akar umbi di ajak supaya sentiasa menghayati iltizam berjuangan UMNO iaitu demi agama, bangsa dan negara. dan  jangan mementingkan diri sendiri, poket sendiri dan kepentingan peribadi. Akhirnya kita lihat UMNO sekarang bergerak ke arah transfomasi yg di harapkan walaupun masih belum 100% lagi tapi bunga-bunga transfomasi itu sudah dapat di lihat hasil dari gerak kerja Puteri, Pemuda, Wanita UMNO. Bagi Barisan Nasional pula YAB PM inginkan supaya pemimpin2 komponen Barisan Nasional bergerak sebagai satu pasukan dalam menerangkan  agenda Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia yg berbilang bangsa, budaya dan bahasa. Agenda Barisan Nasional masih belum di perjelaskan kepada rakyat Malaysia lagi mungkin Barisan Nasional menanti PRU13 di umumkan oleh YAB PM.

Sebaliknya Pakatan Rakyat di ketuai oleh Ketua Pembangkang a.k.a AAAnugerah Tuhan a.k.a Pemimpin yg di nanti-nantikan dari Asia Timur utk membebaskan Masjidil Al-Aqsa dan Pemimpin yg paling bersih a.k.a Pemimpin "suka sama suka" mulakan ceramah, syarahan, demo dan propaganda politik Pakatan Rakyat sejak dari 8/3/2008. Agenda ceramah, syarahan dan propaganda politiknya adalah autaman, fitnah, pembohongan dan dusta. Ceramah akan di mulakan dengan puji-pujian kepada Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Selepas itu akan diikuti dengan cacian, maki hamun, celaan, cemuhan, dendam, dengki, iri hati dan pra sangka buruk terhadap pemimpin2 UMNO dan Barisan Nasional. PRU13 belum di umumkan tetapi Pakatan Rakyat dengan di ketuai oleh Anwar Ibrahim berani berjanji kepada rakyat bahawa minyak akan di turunkan, tariff letrik dan air akan diturunkan, tol di hapuskan, PTPTN di hapuskan, tol MEX di hapuskan, harga banrangan di turunkan. Kita akan gunakan duit-duit Petronas yang mempunyai berbillion-billion keuntungan untuk di berikan kepada rakyat. Dalam keghairahan Anwar Ibrahim mencari pengaruh dan mengatakan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah orang yg paling layak di lantik sebagai PM, negara Malaysia di kejutkan dengan laporan polis bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat pembantunya, Saiful. Maka bermulalah kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. Pada 901 Anwar Ibrahim di bebaskan dari tuduhan meliwat tersebut walaupun elements meliwat itu ada tapi Mahkamah tak mahu terlalu bergantung kepada cakap-cakap complainant sahaja. Sebelum itu Anwar Ibrahim telah gerakkan satu demo yg di gelar 901 utk menunjukkan kpd dunia betapa sistem kehakiman negara telah di baluti oleh sistem eksekutif. Tapi demo 901 itu gagal apabila sistem kehakiman mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah. Sebelum itu, negara Malaysia di kejutkan pula oleh satu pendedahan tergempar perlakuan sumbang pemimpin pembangkang dengan pelacur dalam bentuk video yg di rakam secara tersembuny. Akhirnya video itu disahkan tulen 99.9% dan pelakunya adalah tidak lain bukan tidak Anwar Ibrahim a.k.a Pemimpin "suka sama suka". Sehingga ianya telah tersebar dalam majalah "sex" popular di Jepun. Ini sudah tentu memalukan kita sebagai umat Melayu dan Islam keseleuruhannya. Walaupun begitu di pihak Doktrin PAS mengatakan terutamanya Presidennya, video itu adalah bahan bukti besi yg tidak boleh di guna pakai di mana-mana Mahkamah dan dalam peruntukkan undang-undang kita sememangnya tiada sebarang klausa-klausa yg mengatakan apa yg di lakukan oleh Pemimpin "suka sama suka" itu telah menyalahi mana-mana akta perundangan Malaysia. 

Rakyat Malaysia sekarang sedang berkira-kira siapa yg layak dan parti mana yg terbaik utk menjamin masa depan mereka. Majoriti rakyat Malaysia inginkan kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, kesefahaman, keadilan dan kemajuan. Segelintir rakyat Malaysia mahukan keagamaan sahaja tanpa kemajuan ekonomi dan pembangunan. Segelintir rakyat Malaysia mahukan keadilan dan demokrasi sahaja dan segelintir lagi rakyat Malaysia mahukan "Malaysia Malaysian".

Kalau kita lihat dari intipati Perlembagaan Negara Malaysia dan Rukun Negara Malaysia pun kita dapati isi kandungannya banyak berkisar kepada kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, kesefahaman, keadilan dan kemajuan. Tiada intipati yang mengatakan bahawa kita harus bergantung kepada agama sahaja untuk menunjukan ke alam selepas alam dunia iaitu alam akhirat. Allah (SWT) pun ada berpesan kepada kita sebagai manusia supaya beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, bekerjakan kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Pengolahan dan pesanan Allah (SWT) itu telah merungkaikan segala-galanya iaitu kita semesti keluar mencari rezeki sebanyak mana utk di bawa ke meja makanan dan untuk kelengkapan kita melaksanakan amal-amal ibadat yg lain. Dalam mencari rezeki itu kita juga di nasihati supaya mengikut norma-norma yg telah di peruntukkan kepada kita iaitu rezeki yang halal dan bukan yang haram. Tiada dalam Perlembagaan Negara dan Rukun Negara kata kita mesti bergantung kepada keadilan dan demokrasi begitu juga kita harus bergantung kepada konsep "Malaysia Malaysian" sahaja. Ini menunjukkan bahawa semangat menyeluruh Perlembagaan Negara dan Rukun Negara itu mesti di adaptasikan yg boleh merungkai permasalahan kita yang selalu di selubungi oleh sifat-sifat syak wasangka antara kaum-kaum di Malaysia.

Dalam kita memilih pemimpin pun Allah (SWT) ada memberi kita panduan iaitu pilihlah pemimpin yg telah mendapat sokongan ramai dan tidak berlaku zalim dan menindas rakyat serta yang tidak meninggalkan ajaran Islam sentiasa patuh dan tunduk kepada Allah (SWT), Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Pilihlah Ulul Amri yg beramanah, berjiwa rakyat, berwawasan dan berilmu pengetahuan. Semasa ucapan DYMM Agong sempurna pertabalan baginda sebagai DYMM Agong ke 14 ada di nyatakan bahawa Beta berasa berbangga kerana mendapat seorang Memanda Menteri yang telah mewarisi kesinambungan pentadbiran negara yg berhemah, cekal dan berwawasan. Ini bermakna kita rakyat Malaysia perlukan kesinambungan tersebut untuk kita memacu negara Malaysia ke arah kemajuan yang kita idamkan iaitu negara maju menjelang 2020.

Sekarang kita berada di pusingan terakhir  di mana pihak SPR telah menetapkan 20/4/2013 sebagai hari penamaan calon dan 5/5/2013 adalah hari pengundian bagi seluruh rakyat Malaysia. Barisan Nasional di bawah YAB PM telah membentangkan AKUJANJI BARISAN NASIONAL begitu juga MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN telah juga di bentangkan oleh Ketua Pembangkan dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. AKUJANJI BARISAN NASIONAL akan meneruskan apa yang telah di buat selama 5 tahun yan lalu tetapi MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN ingin membuat Malaysia sebagai sebuah "welfare state" di mana semuanya free. Secara realitinya Barisan Nasional lebih praktikal dan lebih telus di dalam merangka dan memperkukuhkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Namun Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam tidak menyatakan dari mana sumber kewangan yang akan di gunakan untuk memberikan Malaysia status "welfare state" itu. Sekarang hutang negara berada di bawah paras 55% dari KDNK tetapi dengan "penambahan" imbuhan kepada rakyat oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam hutang negara boleh mencecah sehingga 65% dari KDNK. Ini sudah tentu akan membebankan kewangan negara yang mana perbelanjaan lebih dari hasil. Cuba bayangankan kalau "pendapatan isu rumah" berbelanja lebih dari hasil????? Begitulah akan terjadi kepada negara Malaysia yang tercinta. Adakah kita ingin Malaysia berstatus seperti Greek, Cyprus, Italy, Ireland dll.

Adakah kita hendak bergantung kepada janji2 dongengan oleh saudagar janji a.k.a Pemimpin "suka sama suka" atau kita mesti bergantung kepada pemimpin yang melaksanakan dan membuktikan janji yang di laungkan itu akan di kotakan. Kita serahkan kepada budi bicara dan otak pemikiran rakyat Malaysia untuk menentukannya supaya kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita tidak akan mengalami masalah yang sama seperti mana-mana negara Iraq, Mesir, Libya, Greece, Portugal, Spain, Italy, Ireland. Jangan hancurkan Malaysia hanya kerana politik kebencian, menabur janji2 kosong, menolak kebenaran dan kufur nikmat.   


















No comments:

Post a Comment