Monday, December 15, 2025

Sejarah Muhammad Luqman Afiq sebagai penuntut MSRM...





Anak sulong (Muhammad Luqman Afiq bin Mohamed Lias) kepada Lias Ainul & Co yang telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan (Electric & Electronic) UITM pada 2/12/2025. 

Bermula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah sehinggakan Darjah 6 dan Sekolah Agama Al Wahidah di Taman Bukit Indah, Ampang (tapi tak berapa berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama kerana penguasaan bahasa Arab tidak berapa baik) telah melanjutkan pelajaran di MRSM Langkawi sehingga Tingkatan 5. Malangnya pada saat tiga bulan lagi hendak menduduki peperiksaan SPM 2008, beliau telah di tukarkan ke MRSM Serting. Di MRSM Serting sekali lagi terjadi perkara yang tidak di duga, beliau telah di minta untuk keluar daripada sistem MRSM kerana kes buli walaupun beliau tidak menyentuh budak yang di buli hanya sebagai pemerhati sahaja pada ketika itu. 

Pada ketika itu hanya tinggal sebulan untuk menduduki peperiksaan SPM 2008. Kita sebagai "parents" terpaksa menerima keputusan MRSM dan/atau Mara walaupun telah membuat rayuan sampai ke atas kerana mengenangkan peperiksaan SPM 2008 hanya tinggal lagi 4 minggu lagi. Walaupun berat, kami terima keputusan tersebut dan hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah (SWT) dan pujuk anak sulong hadapi dugaan ini dengan tabah. Kami pergi ke PPD Gombak untuk mendapatkan tempat di Sekolah Menengah Taman Bukit Indah, Ampang bagi membolehkan beliau menduduki peperiksaan SPM 2008.

Walaupun berkecamuk dengan pelbagai dugaan, beliau terus mara ke depan untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dengan azam untuk berjaya sebagai pelajar (asuhan MRSM Langkawi) dan kami tidak mengganggu persekitaran pembelajarannya tapi hanya memantau gerak gerinya agar tidak terkeluar daripada "target" untuk mendapatkan keputusan baik dalam peperiksaan SPM 2008. Akhirnya beliau berjaya untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan SPM 2008 dan melayakkan beliau untuk memohon matrik, asasi dan sebagainya tetapi atas nasihat dan tunjuk ajar kami beliau telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma bidang kejuruteraan (elektrik dan elektronik) dan telah di tempatkan di UITM Dungun selama dua (2) tahun setenggah (1/2). Semasa duduk di MRSM Langkawi terpaksa berjauhan dengan keluarga dan berulang-alik naik "pesawat" untuk mencepatkan perjalanan yang tidak memenatkan begitulah juga semasa di UITM Dungun.

Setelah tamat Diploma di UITM beliau telah di terima terus untuk melanjutkan pelajaran Degree di UITM Shah Alam walaupun pada mulanya beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang "power" tapi terpaksa pergi ke UITM Penang, maka hasrat tersebut di tumpukan kepada kursus yang ada di UITM Shah Alam kerana tidak mahu berjauhan daripada keluarga. Walaupun beliau terlibat aktif dalam sukan ragbi di UITM dan boleh mendapatkan tempat di Kolej penginapan UITM Shah Alam tetapi beliau pilih untuk duduk bersama-sama dengan "coursemates" bagi memudahkan beliau untuk mengulangkaji dan memahami serta berbincang pelajaran yang di ajar oleh pensyarah. Setelah berulang alik turun naik UITM Shah Alam selama dua (2) tahun setengah (1/2) [dapat pengecualian terus masuk semester 3]. Pada tanggal 2/12/2025 beliau telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang di gemarinya dan sekarang telah mendapat kerja dalam bidang kejuruteraan electrik. Beliau lebih gemar berkerja di luar daripada pejabat dan masih aktif dengan rugby bersama "THE OILERS".

Kita hanya memastikan bahawa setiap anak-anak akan mendapat segulung ijazah dan sekiranya anak-anak ingin melanjutkan pelajaran seterusnya di peringkat tertinggi itu adalah atas kecekalan dan/atau keperihatinya untuk mengapai kejayaan yang lebih tinggi lagi dalam bidang pelajaran.

Natijahnya sekiranya kita tekad untuk berjaya dan terus berusaha walaupun apapun yang mendatang dan/atau dugaan, kita mesti tempohi kerana itu adalah ujian daripada Allah (SWT) kepada kita untuk melihat samada manusia ini kental dan/atau lembik untuk menghadapi dugaan yang menimpanya. Kecelakaan dan kesenangan dan/atau kejayaan adalah ujian Allah (SWT) kepada kita supaya kita bersyukur dan sujud kepada Allah (SWT) setiap waktu yang telah di peruntukkanya. Sekiranya kita lalai maka Allah (SWT) akan terus duga kita setakat mana kita perlu lalai terhadap Allah (SWT). Adakah kita akan lalai setelah di kurniakan berbagai kesenangan oleh Allah (SWT) seperti Bani Israel yang menyelewengan Kitab Taurat dan Injil serta membunuh Nabi-Nabi yang di turunkan kepada mereka. Contoh akan kelalaian umat-umat terdahulu ada tercatit dengan nyatanya dalam Al-Quran dan kita umat manusia zaman moden ini perlu ambil iktibar akan kemusnahan dan kemurkaan Allah (SWT) terhadap umat manusia yang setelah di berikan kemewahan dan senangan ingkar dan/atau menyekutukan Allah (SWT) dengan benda-benda lain. Inilah yang terjadi kepada Firaun, Namrud, Qarun dan banyak lagi kaum-kaum yang terdahulu yang ingkar akan perintah Allah (SWT) dan bersikap zalim akhirnya azab di timpakan ke atas mereka. Adakah kita tidak ingin mengambil itu sebagai pengajaran dan/atau iktibar di jadikan sempadan agar apa yang di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada kita itu adalah ujian yang amat berat setakat mana kita mampu pikul agar landasan kita sentiasa ditunjukkan oleh Allah (SWT) kepada jalan yang lurus.





No comments:

Post a Comment