Tuesday, July 25, 2023

Siapa kata UMNO sudah menyeleweng perjuangannya...

UMNO adalah wadah umat Melayu dan Islam di Malaysia tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia. Di Malaysia sahaja yang ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sekiranya kita pergi ke mana-mana negara samada di Asean, Asia mahupun di Eropah mahupun di Amerika Latin, mana ada sekolah mengikut bangsa seperti di Malaysia iaitu sekolah Cina dan Tamil. Itulah uniknya Malaysia yang di bina oleh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC enam puluh (60) tahun dahulu. Kita mesti mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana membenarkan rakyat berbilang bangsa berintegrasi menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia bukannya asimilasi menjadi Bangsa Malaysia yang banyak memperjudikan asal-usul bangsa tersebut seperti Iindonesi, Thailand dan lain-lain.

UMNO dengan tunjang perjuangan menegakkan Islam, bangsa dan negara Malaysia tidak kurang dikritik kerana telah kononnya mengenepikan perjuangan tersebut walaupun dalam PAU 2023 telah menyatakan NO ANWAR, NO DAP dan NO BERSATU. Selepas PRU15, UMNO/BN (MCA. MIC dan PBRS) hanya dapat 30 kerusi sahaja tetapi PH dapat 81 dan PN dapat 74. Pada ketika itu tiada mana-mana parti dapat "simple majority" 112 kerusi untuk membentuk kerajaan Malaysia. DYMM Agong telah meminta PH dan PN bergabung untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ada kerusi terbanyak. Malanganya gesaan DYMM Agong itu tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin PN, malahan pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju. Bila pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju, maka DYMM Agong menjemput BN untuk membentuk kerajaan gabungan iaitu kerajaan perpaduan. Setelah berbincang panjang lebar dan dapat persetujuan sebulan suara daripada MKT UMNO dan barisan kepimpinan Tertinggi BN, maka BN terima tawaran DYMM Agong tetapi dengan syarat-syarat yang di kemukakan oleh BN kepada DYMM Agong. Kepimpinan PH bersetuju dengan syarat-syarat BN, maka tertubuhlah kerajaan perpaduan dengan DSIA sebagai PM-10. Selebihnya adalah sejarah.

Maka tiada permasalahnya UMNO tidak boleh memperjuangkan ABATA dan UMNO telah bercium dengan DAP. UMNO bukannya masuk PH mahupun PH masuk BN tetapi parti-parti bergabung untuk membentuk "kerajaan perpduan" demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara. Itulah hakikatnya tetapi musuh-musuh UMNO terutama gurkha-gurkha yang berkiblatkan PN terutama PAS dan PPBM menyatakan UMNO telah menyelewengkan dan mati kerana telah mengkhianati perjuangan ABATAnya. Ini menjadi polimek apabila DSAM @ Raja Pantun UMNO menyatakan bahawa "kita dalam kerajaan perpaduan ini hendaklah mengundi (X) PH walaupun DAP". Gesaan itu adalah betul kerana UMNO/BN duduk dalam kerajaan perpaduan bukannya dalam PN. Masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO yang di pecat dan di gantung kerana permasalahan disiplin dan mengkhianati UMNO/BN semasa PRU15 agak tidak berpuashati dengan tindakan Presiden parti DSZH. Pada kita apa yang telah di lakukan oleh DSZH itu bertepatan dengan Perlembagaan UMNO/BN. UMNO/BN kena buang musuh dalam selimut dan/atau gunting dalam lipatan agar ianya tidak menjadi barah yang akan menular keseluruh tubuh badan UMNO/BN. 

Siapakah yang menggantikan UMNO sebagai payung bangsa Melayu? PN dengan sombong dan lantangnya mengaku mereka adalah suara dan payung bangsa Melayu tetapi di manakah Melayu kita PN memerintah? PN dengan berlagak mencaci dan menghina UMNO kerana "kluster Mahkamah" dan/atau "rasuah" tetapi hinaan dan cacian tersebut tersangkut pula kepada "PN" apabila pemimpin besarnya tersangkut dengan kes Jana Wibawa. Lebih malang lagi Parlimen Kuala Teganu terpaksa di kosongkan akibat "perbuatan rasuah oleh pemimpin-pemimpin PAS Teganu". Nampaknya berbuatan rasuah ini terjadi juga dalam PAS yang kononnya juara anti rasuah dan pemimpin-pemimpin patuh kepada "ajaran Islam". Inilah di katakan "ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus", malangnya seIslam PAS apabila sampai penghujungnya tetap bengkok dan/atau terlanat juga.

Paku dulang paku serpih mengatakan orang tapi awak yang lebih. PAS dan PPBM dalam PN adalah sama aje dengan UMNO/BN dalam permasalahan isu rasuah ini. Pemimpin-pemimpin yang terasuah bukannya parti, malangnya cacian dan hinaan itu terus berlanjutan kepada UMNO/BN, akhirnya dalam PN pun wujud malapetaka rasuah @ sakau. Selagi kita bernama "manusia" maka selagi itu kita akan melakukan kesalahan seperti mana Amanat Hadi Kafirkan orang-orang UMNO. Inilah permulaan perpecahan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kebelakangkan ini di burukkan pula oleh Tun M yang sudah di sucikan oleh PAS tempoh hari.

Apa nak jadi dengan orang Melayu dan Islam, majoriti besar tapi kek kuasa politik terpaksa di pecahkan dengan di iris-iris kecil yang pernah mengakibatkan Melayu dan Islam hilang kuasa pada PRU14. Akhirnya rakyat yang sengsara dan negara yang rugi. Hutang tak sampai 1 trillion di omong-omongkan sudah 1 triliion. Akhirnya selepas PRU15 memang hutang negara 1 trillion. Di masa BN, barangan asyik naik aje simbolik BN (Barang Naik) tapi selepas PRU14 dan PRU 15 barang terus mendadak naik tak mahu turun pun. Maka rakyat dan negara rugi kerana apa yang telah dinikmati dulu telah di batalkan akibat "perancangan dan dendam kesumat" terhadap pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Inilah senario bakal di hadapi oleh para pengundi untuk PRN nanti. 

Sekarang apa yang dibayangkan telah terjadi namun untuk mendapatkan kembali zaman kegemilangan tersebut memerlukan iktilzam yang kuat dan pendirian yang jitu untuk mengubah nasib kita orang Melayu dan Islam yang selalu bercakaran antara satu sama lain dalam politik untuk mendapatkan kuasa dan pangkat. 

Saturday, July 22, 2023

Politik cacamarba orang Melayu...

PRN di enam (6) negeri memperlihatkan betapa taksubnya orang Melayu untuk berkuasa dan menjadikan medan politik sebagai agen untuk mengaut kuasa dan kedudukan. Kedudukan kerajaan Persekutuan sekarang adalah cerminan kerajaan perpaduan antara parti politik. Kemudian dalam PRN cerminan itu diwujudkan untuk mencorakkan kepimpinan yang jitu bagi mengepalai pentadbiran negeri sekiranya PH-BN menang kelak.

Malangnya di satu pihak pula sanggup bergolok bergadai maruah politik bagi mencapai cita-cita untuk berkuasa. Itulah sebabnya dalam politik tiada ertikata sahabat dan/atau lawan selama-lamanya. Tiba-tiba Tun M muncul di dalam ceramah perdana PAS di Kota Bahru baru-baru ini. KIta tidak terkejut mahupun pelik akan tindak tanduk Tun M yang agak aggresif terhadap kepimpinan DSAI dan DSZH. Kedua-dua pemimpin tersebut masih di anggap sebagai "burung yang perlu di matikan" bagi menghidupkan "perpaduan Melayu" yang sebelum ini telah di pecahkan oleh Tun M sendiri.

Kita mesti ingat sejarah politik Tun M dengan PAS di Kelantan, sejarah politik Tun M dalam UMNO dan sesudah meninggalkan UMNO. Siapa yang menubuhkan PPBM (Bersatu) untuk lawan UMNO dan kemudian tubuhkan Pejuang untuk lawan UMNO dan Bersatu pula. Semuanya berpunca daripada Tun M sendiri. Dalam ertikata lain Tun M adalah "BAPA PERPECAHAN" orang Melayu. Sekarang begabung pula dengan "BAPA PERPECAHAN ORANG ISLAM" iaitu PAS. Maka sudah jadilah "JEMBALANG PERPECAHAN MELAYU dan ISLAM".

Kita tidak perlu bicarakan istilah dan slogan PAS dalam setiap PRU dan PRN. Ianya adalah sama "tunggang agama untuk berkuasa". Adakah corak kepimpinan PAS itu bergitu jitu dengan pembangunan dan ekonomi negeri di bawah pertadbiranya melonjak sehinggakan melebihi pencapaian pembangunan dan ekonomi kerajaan pusat? KIta telah ulang beberapa kali mengenai isu PAS dengan Islam ini, ianya adalah satu idealogi yang tidak berpaksikan kepada Islam yang di anuti oleh kita di bawah payung syahadah iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sebelum ini UMNO telah di kafirkan, Tun M sudah lama kafir tapi sekarang apabila berceramah di pentas PAS, maka Tun M telah di Islamkan oleh PAS (disucikan oleh PAS) sebab nak menang PRN Kelate.

Annuar Musa yang di sucikan oleh PAS tanpa segan silu mengeluarkan ungkapan menyatakan orang Kelate mesti "haramkan tangan undi selain PAS". Apakah maknanya? Sebelum ini PAS pernah juga berkawan dan bercium dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Maka apakah pada ketika itu halal tangan orang Kelate undi PR walaupun ada DAP tetapi sekarang "haram tangan orang Kelate pangkah BN" kerana BN duduk dalam kerajaan perpaduan PH yang ada DAP. PAS memang pandai tunggang bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersetujui dan/atau di pecat daripada UMNO untuk kepentingan politik dan kuasa PAS di Kelate. Siapa tak takut hilang kuasa, pangkat dan imbuhan. Tanya kepada para pemimpin terutama yang sudah pernah pegang jawatan dan/atau berjawatan, maka pasti mereka inginkan kekalkan jawatan, pangkat dan imbuhan tersebut.

Maka dalam kempen-kempen politik untuk PRN kelak, pasti kita akan mendengar "kafir mengkafir", caci maki, hasutan, fitnah dan sebagainya dalam setiap ceramah politik dan di Selangor perkara itu telah di bentangkan dalam Khutbah Jumaat di setiap masjid atas perintah DYMM Sultan Selangor. Maka kita sebagai rakyat yang akan memangkah (X) mestilah memberikan undi kepada pemimpin yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, membangunkan kawasan sekitar, meningkatkan taraf ekonomi setempat dan yang mempunyai idea serta visi ke hadapan bukannya tunggang agama dan omong-omong kosong sahaja.

Kita sudah ketinggalan lima (5) tahun kebelakang jika dibandingkan dengan rakan-rakan ASEAN yang lain terutama selepas PRU 14. Kita sepatutnya memberikan masa kepada kerajaan perpaduan untuk melonjakkan semula pembangunan dan ekonomi negara, soal Raja formula itu tolak tepi (memang tak boleh di pakai cakap-cakapnya). Kita berikan peluang kepada kepimpinan DSAI untuk membuktikan apa yang di janjikan. Sekiranya tiada, maka dalam PRU16 nanti kita ubah kepada parti-parti yang boleh mengubah Malaysia kembali sebagai negara membangun dengan ekonomi mantap dan rakyat hidup aman, makmur dan sejahtera.

Kita dan semua rakyat Malaysia inginkan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan. Tanpa perkara-perkara tersebut kita tidak boleh maju ke hadapan dan kita akan ketinggalan di takok lama tanpa sebarang perubahan. Inilah yang terjadi di Kelate jika di bandingkan dengan negeri pantai timur lain iaitu Teganu dan Pahang, macam langit dan bumi. Pembangunan dan ekonomi rancak di Teganu dan Pahang tetapi di Kelate agak malap kerana idealisma kepimpinan kerajaan Kelate adalah bertunjangkan Islam PAS yang bersifat "khawarij".

Kita jangan jadi cacamarba dalam berpolitik sehingga mengundang perpecahan yang amat ketara di kalangan orang Melayu dan Islam. Kita mesti berpaksikan kepada selagi pemimpin itu Islam dan tidak membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) maka kita mesti memilih pemimpin tersebut termasuklah mesti ada sifat amanah, bertanggungjawab, ada visi, idea untuk memajukan kawasan sekitar dan meningkatkan ekonomi setempat (ini akan diterjemahkan dan/atau diketahui setelah pemimpin itu diangkat). 

Kita Melayu dan Islam nampak banyak tetapi bila berpolitik nampak sangat "perpecahan kek politik tersebut". Inilah angkara jembalang politik iaitu PAS dan Tun M yang telah menanamkan benih politik perpecahan tersebut lebih 60 tahun ke dalam sanubari orang-orang Melayu dan Islam. Persoalannya adakah generasi XYZ sekarang masih terikut-ikut dengan politik taksub PAS dan Tun M untuk mendapatkan kuasa dan pangkat? Zaman internet dan "information" di hujung jari, kita mesti mengunakan akal fikiran dan membuat analisa sendiri ke atas sesuatu perkara dengan lebih realistik samada ianya bertepatan dengan kaedah semasa dan/atau sudah ketinggalan zaman.

Politik cacamarba, hasutan, caci maki, taksuban terhadap pemimpin dan idealismanya mesti di kerat daripada minda kita. Fokus mesti di beri kepada apakah agenda parti-parti untuk masa depan kita dan/atau anak-anak kita di kemudian hari. Pembangkang terutama PN cakap harga barang semua naik tetapi masih PN memerintahpun harga barangan naik juga, begitu juga nilai matawang ringgit terdapat susut nilai, ekonomi merudum, hutang mencecah 1 trillion. Kita sudah merasa pemerintahan BN, PN, PH dan sekarang PH-BN, cuma di empat (4) negeri sahaja lain iaitu PN/PAS (Kelate, Teganu, Kedah dan Perlis). Johor, Melaka, N9, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Penang dan Pahang sahaja yang berpaksikan Kerajaan Perpaduan.

Sekarang rakyat di berikan peluang untuk memilih parti-parti mana yang boleh memberikan masa depan yang lebih cerah jika di bandingkan dengan parti pemerintah yang sedia ada. Kekal status quo dan/atau ubah...





Monday, July 10, 2023

Perjuangan yang semakin meruncing...

Perjuangan UMNO sekarang amat meruncing sekali terutama selepas PRU15. UMNO terpaksa memilih samada hendak dengan Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH). Ini selepas DYMM Agong memberikan dulang kepada PH dan PN untuk membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Malangnya PN menolak, maka DYMM Agong terpaksa membuka kepada parti-parti lain untuk membentuk kerajaan gabungan da/atau kerajaan perpaduan. Akhirnya UMNO memilih untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama-sama dengan parti-parti Sarawak dan Sabah dengan PH. 

Sejak itu UMNO di cemuh, dihina dan di nista serta di kritik kerana melanggari slogan "NO ANWAR, NO PKR dan NO DAP". Perlu diingat UMNO hanya ada 26 kerusi sahaja, MCA 2, MIC 1 dan PBRS 1. Semua kerusi ini yang berjumlah 30 kerusi telah di menangi di atas tiket Barisan Nasional (BN). 

Pesoalannya adakah bercantumnya UMNO dengan PH itu telah menyebabkan UMNO melanggar slogan NO ANWAR, NO PKR dan NO DAP? Kita mesti melihat perkara ini secara holistik dan dalam konteks masa depan politik Malaysia yang telah dibelenggu oleh ketidakstabilan politik sejak PRU14. Ketidakstabilan politik telah menyebabkan ekonomi Malaysia merudum dan pelabur lari daripada meletakkan Malaysia target No.1 sebelum ini untuk buat pelaburan. Akhirnya rakyat mat tersiksa dengan kos kehidupan yang semakin meningkat naik. Pemimpin2 politik pula bercakaran di antara satu sama lain untuk memegang kuasa dan mengaut keuntungan daripada permasalahan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang merudum.

DSAI telah di lantik sebagai PM10, kita tidak menyatakan kita menyokong mahupun tidak menyokong tetapi dengan adanya UMNO/BN di dalam kerajaan sekurung-kurangnya telah melegakan kebanyakkan rakyat untuk memberi peluang kepada kerajaan perpaduan DSAI untuk mengemudi Malaysia ke arah kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Walaupun polisi dan gerak kerjanya agak lembab tetapi setidak-tidaknya ianya bergerak kearah untuk mengujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

DSAI tidak sepopular seperti DSN dalam UMNO tetapi setidak-tidaknya, kita masih boleh bergerak ke hulu dan ke hilir dengan aman dan perniagaan semakin hari semakin rancak walaupun agak perlahan. Kemudian datang pula "usul untuk membuat gagasan dan/atau proclaimation of Melayu dan Islam" oleh Tun M. Ianya di sertai oleh banyak parti-parti yang berpaksikan Tun M seperti Putra, Berjasa, Bangsa Malaysia. PAS dan Bersatu hanya menyertainya apabila kedua-dua parti komponen PN itu tahu bahawa untuk mengekalkan Kedah, Kelate dan Teganu PAS perlukan sokongan kuat orang-orang Melayu yang majoriti adalah penduduk-penduduk Kedah, Kelate dan Teganu. Bagi PH untuk mendapatkan Kelate itu agak sukar kerana walaupun apapun masalahnya yang di wujudkan oleh kerajaan PAS selama 30 tahun pemerintahanya, rakyat Kelate tetap akan mengundi PAS kerana stigma PAS itu Isle dan Isle itu PAS walaupun pada hakikatnya Isle itu bukan PAS dan PAS bukan Isle. Pemimpin-pemimpin PAS pun bukannya semua yang bersfat "ikhlas dalam melaksanakan tugas demi Allah SWT" tetapi sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin parti-parti lain berbohong, putar belit hadis dan ayat2 al-quran, sakau, bermewah-mewah dan berlumba-lumba untuk tambah bini. Apa yang paling ketara ialah pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu nak buat apa apabila menjadi pemerintah.

Ini jelas di Teganu apabila MB memberikan tanah kepada badan kebajikan isteri-isteri YB PAS yang diketuai oleh isteri MB walaupun tanah tersebut bernilai jutaan ringgit. Apa yang ada di Teganu adalah jasa UMNO/BN, nasib baik Teganu tak jadi macam Kelate, pemerintahnya boleh bertukar tangan setiap lima (5) tahun kerana mentaliti dan/atau pemikiran Teganu yang inginkan kestabilan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negari Teganu.

Adakah Kedah akan jatuh kepada gabungan PH & BN. Ini satu senario yang berstatus 50:50 kerana tiada siapa tahu mahupun boleh baca corak pemikiran dan polar pengundian rakyat Kedah yang lebih dinamika. Sebilangan rakyat suka dengan karektor MB Sanusi manakala ada pula sebilangan yang tidak suka dengan tinglaku dan tutur kata MB Sanusi dalam pelbagai perkara. Penyokong PAS sudah pasti akan menyokong penuh MB Sanusi tetapi penyokong-penyokong atas pagar yang tidak dapat di mentelaah oleh pemimpin-pemimpin PAS. Ini sudah tentu merisaukan PAS lebih-lebih lagi PAS telah mengatakan bahawa rakyat Kedah adalah bersama-sama dengan PAS/PN. 

Kita tinggal PRN kembali kepada PAU 2023. Apa yang boleh di perkatakan melainkan iainya adalah satu petunjuk dan/atau arah politik baru Malaysia di mana tiada sebuah parti pun boleh menjadi dominan di Parlimen melainkan parti-parti tersebut bergabung untuk menubuhkan kerajaan. Dalam PAU 2023 perkara yang pokok mesti di ingati bahawa UMNO/BN bukan parti yang mendominasi kerajaan tetapi adalah gabungan dan/atau sebahagian dalam kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat UMNO hanya ada 26 kerusi (MCA-2, MIC-1 dan PBRS-1), maka UMNO jangan memekik dan melolong untuk itu dan ini tetapi mesti berhemah dan beretika dalam mengemukakan pandangan bagi menarik minat dan sokongan rakyat kepada UMNO/BN. 

Kita telah melalui kerajaan PH di bawah Tun M, kerajaan PN di bawah TSMY, kerajaan keluarga Malaysia di bawah DSIS dan sekarang kerajaan Madani di bawah DSAI. Dulu masa DSN pegang tampuk pemerintahan, para pembangkang sibuk mengatakan hutang negara sudah 1 Trillion tetapi pada masa itu hanya lebih kurang 650-700 juta sahaja tapi di zaman kerajaan Madani hutang negara sudah menjadi RM1.5-1.7 trillion (kata-kata, ungkapan dan/atau omong-omong kosong pembangkang akhirnya menjadi kenyataan). Dulu Menteri Ekonomi kerajaan perpaduan mengutuk semua polisi kerajaan UMNO/BN tapi bila Menteri Ekonomi pegang jawatan dalam kabinet satu perkara penting pun tak boleh di selesaikan, formula terus hilang daripada radar. 

Jadi pembangkang memang senang, henyak semua polisi kerajaan walaupun bagus untuk negara dan rakyat sebab nak jatuhkan kerajaan. Maka persepsi, hasutan dan omong-omong kosong dna formula di cipta. Malangnya bila Menteri Ekonomi duduk dalam kerajaan semua yang di aur-aurkan sebelum ini tiada satu pun dapat di kotakan.

Sekarang kita telah menikmatan semua santapan yang di hidangkan dariapada zaman Tuanku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun M, Tun Abdullah, DSN, Tun M, TSMY, DSIS dan terkini DSAI. Corak kepinpinan adalah lebih kurang sama tapi perbedaannya amat ketara di zaman Tun Razak, Tun M dan Najib. Siapakah pemimpin yang dapat menyelematkan Malaysia daripada terus di belenggu oleh hutang 1 Trillion lebih???????