Pada 1/6/2020 seluruh negara di letakkan di bawah PKP. Kemudian di lanjutkan ke 28/6/2021 tetapi kes Covid-19 tidak juga mahu melandai. Sekarang 3/7/2021 Kuala Lumpur dan Selangor di letakkan di bawah PKPD. Rakyat di larang untuk bekerja, bergerak dan bersukan tetapi kilang-kilang kononnya "essential businesses" tetap di benarkan di buka.
Pengarah Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan statistiknya bahawa 80% kluster yang merebakkan pandemik Covid-19 adalah sektor perkilangnya dan hanya 11% peratus sahaja sektor tempat kerja. Malangnya kerajaan PN masih tidak nampak akan permasalahan ini.
Kami juga di kejutkan oleh kepermergian bapa saudara yang di kasihi iaitu Sulaiman bin Osman yang tewas kepada pandemik Covid-19 pada 30/6/2021 jam 6:02 petang di Hospital Ampang dan di kebumikan di Raudhatul Sakinah Gombak. Legasinya tetap di ingati dan di praktikkan agar generasi keturunan Osman Abas akan terus maju ke hadapan. Al-fatihah.
Covid-19 memang tidak mengenal mangsa. Berapa lama lagi rakyat ingin bertahan dengan SOP ketat dan tidak bekerja tanpa pendapatan. Ada yang di buang kerja dan ada yang dapat separuh gaji. Mereka yang berniaga tidak dapat berniaga dan yang mencari pendapatan secara on-line pun turut terjejas kerana "customers" tidak mampu nak order. Malangnya ahli-ahli politik kerajaan PN tidak nampak itu semua. Kononnya pandemik Covid-19 akan reda sekitar bulan Ogos, 2021 dan kerajaan PN pun telah memberikan fasa-fasa pemulihannya tetapi fasa pemulihan yang pertama pun tak lepas lagi. Kerajaan PN kena ingat ini sudah bulan Julai, 2021 di mana Kuala Lumpur dan Selangor di letakkan di bawah PKPD tetapi kluster-kluster yang menyebabkan peningkatan jangkitan pendemik Covid-19 di biarkan bermaharajalela. Macam mana rakyat nak percaya bahawa kerajaan PN mampu menangani permasalahan pandamik Covid-19 ini.
DYMM Agong pun sudah jumpa dengan YDPDR selepas berjumpa dengan pemimpin-pemimpin politik dan Raja-Raja Melayu, telah di maklumkan bahawa Parlimen boleh bersidang tetapi kenapa kerajaan PN enggan memanggil Sidang Parlimen. Parlimen mesti bersidang untuk membincangkan isu pengisythiran Darurat dan Pandemik Covid-19 ini.
Indikator bacaan Covid-19 pun masih berlegar di sekitar 6,600 mata dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 3,047 mata setakat tarikh 3/7/2021. Hampir separuh kes positive Covid-19 adalah rakyat Selangor. Cuba bayangkan betapa "takut dan ngeri"nya rakyat Selangor sekarang. Sudahlah pendaftaran untuk mendapatkan vaksin melebihi berjuta rakyat tetapi kerajaan Selangor hanya memohon 40,000 dos vaksin untuk rakyat Selangor. Di mana logiknya perkiraan pedaftaran untuk mendapatkan vaksin dengan dos vaksin. Patutlah rakyat Selangor ada yang telah mendaftar sejak Februari, 2021 tetapi sehingga kini masih lagi tidak memperolehi tarikh untuk divaksinkan.
Sekarang kempen "menaikkan bendera putih" telah dilancarkan bagi mengetahui siapa yang kebuntuan dan keputusan bekalan dan mengalami kesempitan hidup semasa Covid-19 ini. Malangnya ada juga pemimpin-pemimpin yang enggan dan secara sombongnya mengatakan bahawa kerajaan beliau tidak merestui "menaikkan bendera putih" kerana tidak ikut saluran betul dan sebagainya. Masalahnya Jabatan-jabatan yang berkaitan tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan dan terlalu banyak "peraturan-peraturan" yang amat sukar untuk di penuhi oleh rakyat. Akhirnya rakyat bertindak sendiri "naikkan bendera putih". Sekarang YB-YB mula sibuk kehulu kehilir untuk menghulurkan bantuan yang sebelum ini terperap dalam "gua tempurung".
Covid-19 ini banyak mengajar rakyat Malaysia tentang peraturan contohnya beratur, menjaga kebersihan, jangan percaya khabar angin & fitnah dan sebagainya. Kita juga dapat merasai bagaimana Covid-19 ini telah meragut nyawa insan-insan yang di kasihi. Bagaimana mayat hanya di sembahayang oleh petugas-petugas Covid-19 di hospital dan di tanah perkuburan hanya anggota KMM dan tanah perkuburan sahaja di benarkan berada di pusara si mati. Waris-waris hanya dapat melihat dari jauh dan hanya 2 orang sahaja di benarkan untuk masuk ke liang lahat dengan pemakaian pakaian PPE.
Covid-19 banyak mengajar kita tentang betapa susahnya kita untuk melakukan pelbagai aktiviti baik bersolat berjemaah, solat Jumaat, perniagaan, pelancongan, penerbangan, berinteraksi sosial dan sebagainya. Kita di kenakan pelbagai sekatan dengan SOP ketat. Akhirnya rakyat sengsara dengan pelbagai himpitan dan dugaan. Ada yang mengakhiri riwayat mereka dengan membunuh diri.