Rakyat sudah tahu akan agenda PPBM dalam memimpin negara Malaysia diketika Pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia. Pemimpin-pemimpinnya mengatakan supaya parti-parti politik mengenepikan "politiking" mereka demi rakyat. Malangnya dalam keghairahan tersebut kerajaan PPBM terus melancarkan "Kempen Perikatan Nasional" dengan warna biru gelap. Nama dan warna pun sudah menyamai BARISAN NASIONAL yang di kenali rakyat sebagai tulang belakang kerajaan sebelum PRU14.
Segala polisi dan gerak kerja kerajaan PN lebih mirip kepada dasar-dasar dan polisi serta gerak kerja kerajaan BN. Rakyat amat mengetahui bahawa kabinet yang di anggotai oleh kerajaan PN adalah pemimpin-pemimpin yang menjadi "katak lompat" dari parti UMNO dan PKR. Rakyat juga mengetahui bahawa PPBM di tubuhkan kerana hendak menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dan DSNR sahaja. Malahan pemimpin utama PPBM pernah mencerca, menghina, mencaci dan mengherdik pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak rasuah dan sebagainya serta UMNO sudah lari dari dasar perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanahair. Sehinggakan melabelkan UMNO sebagai "parti busuk sampai ke usus dan parti sudah masuk longkang, rugi le saya sekiranya hendak menyertai parti UMNO balik. Semua ahli-ahli UMNO hendaklah menyertai PPBM untuk kita hidupkan kembali roh pejuangan agama dan Melayu".
Kita sebagai ahli UMNO walaupun tidak bergerak aktif seperti orang lain tetapi kita sentiasa mengikuti perkembangan UMNO/BN dengan penuh teliti. UMNO banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ini tiada siapa boleh menafikan walaupun UMNO/BN kalah pada PRU14 tetapi tiada kejadian seperti mana DSAI di pecat dari jawatan TPM dan TP UMNO pada tahun 1998. Itulah menunjukkan UMNO/BN dan akar umbinya amat matang, menghormati mandat rakyat dan undang-undang negara.
Malahan semasa pemerintahan PH selama 22 bulan tiada kejadian seperti era reformasi DSAI di ujudkan oleh UMNO/BN walaupun pemimpin-pemimpin utamanya di soal siasat, rumah di geladah dan di kenakan tindakan undang-undang dengan pelbagai tuduhan. Malahan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah mencetuskan apa-apa api "reformasi" seperti apai reformasi DSAI.
Dalam tempoh 22 bulan Malaysia berada di bawah PH macam-macam polisi dan gerak kerja yang merugikan rakyat dan negara di lancarkan sehinggakan segala yang di rancang oleh UMNO/BN di cantas habis dan di hentikan sehingga selesai siasatan dan/atau di timbang semula. Zaman kerajaan PH adalah "zaman balas dendam" terhadap UMNO/BN, agama dan orang Melayu amat ketara sekali. Manusia merancang tetapi perancangan Allah (SWT) adalah terbaik. Tanpa di duga Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai jawatan PM-7, maka secara automatik kerajaan PH tumbang. Setelah perbincangan di adakan antara UMNO/PAS/PPBM dan parti Sarawak serta parti Sabah mana di wujudkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah TSMY sebagai PM-8.
Pada ketika itu pandemik Covid-19 telah melanda Malaysia. Malaysia telah di letakkan di bawah perintah "lockdown" beberapa bulan dengan aktiviti ekonomi, kewangan dan sosial negara dan rakyat di sekat demi untuk membendung pandemik Covid-19. Permasalahannya timbul apabila kerajaan Warisan Sabah tumbang akibat dari Adun-Adun jadi si-katak lompat. Maka KM dengan izin TYT Sabah telah meluluskan PRN Sabah sekitar 26 September, 2020. Kes kejadian jangkitan Covid-19 di Sabah agak tinggi pada ketika itu dan apabila di banjiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti bertanding dari Semenanjung maka jangkitan Covid-19 meletup macam bom jangka.
Selepas PRN Sabah, kejadian jangkitan Covid-19 melonjak tinggi dan kerajaan PN terpaksa menggunakan "AKTA DARURAT" untuk membendung jangkitan wabak Covid-19 tersebut. Rakyat tahu kerajaan tiada pilihan tetapi yang rakyat marah kenapa keputusan dan gesaan kerajaan PN itu flip flop. Gesaan parti-parti politik tidak mempolitikkan keadaan dan suasana semasa demi kepentingan parti politik tetapi kerajaan PN sebaliknya melancarkan "Kempen Perikatan Nasional" dengan secara aggresif sekali. Kerajaan PN menekan parti-parti politik lain terutama UMNO/BN agar akur dengan gesaan kerajaan tetapi pemimpin-pemimpin PPBM menekan pemimpin-pemimpin UMNO sehingga jatuhnya kerajaan "Peja di Perak" yang telah membuka mata rakyat betapa tamaknya dan rakusnya pemimpin-pemimpin PPBM dalam mentadbir negeri dan negara.
Kerajaan PN (PPBM) tahu bahawa sokongan UMNO/BN kepada mereka hanya setakat sebelum PRU15 sahaja tetapi apabila Parlimen di buburkan untuk PRU15 maka tamatlah sokongan UMNO/BN tersebut kepada PPBM. Ini amat mengusarkan pemimpin-pemimpin PPBM, maka PPBM memancing PAS untuk menyokong mereka dengan menyertai gabungan PPBM iaitu PN. Malahan parti Gerakan telah pun menyertai gabungan PN di bawah PPBM. UMNO dengan tegasnya menyatakan bahawa UMNO tidak akan menyertai PN kerana PPBM adalah parti percikan UMNO dan/atau kebanyakkan pemimpin-pemimpin PPBM adalah pemimpin-pemimpin UMNO dulu.
Samada mereka itu melompat dan/atau menikam belakang UMNO/BN semasa PRU14 itu bukan persoalannya tetapi UMNO/BN amat menitikkan kesetiaan kepada parti dan menghormati perlembagaan parti agar ianya tidak menjadi "barah" untuk generasi akan datang. Kesetiaan dan menghormati perlembagaan parti di bandingkan dengan pengkhianatan dan memecah belahkan undi serta memporak perandakan keutuhan agama dan bangsa supaya kita saling berbalah untuk mencapai cita-cita peribadi adalah amat di keji. Inilah yang terjadi semasa PRU14 di mana PPBM telah menyertai PH untuk mejatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Cita-cita tersebut telah berjaya tetapi negara dan rakyat sengsara di bawah PH kemudian di bawah PN.
Berita sensasi mengenai Tun Mahathir nak menyertai UMNO di lontarkan semula tetapi Presiden UMNO dengan tegasnya menyatakan Tun Mahathir "cari perumahan" lain untuk mencipta sejarah peribadinya untuk menjadi PM-9. Kenyataan tegas itu telah melegakan kegelisahan pemimpin-pemimpin UMNO dan akar umbinya dengan pelbagai andaian bahawa adakah UMNO akan menerima balik Tun Mahathir setelah apa yang Tun Mahathir telah lakukan terhadap UMNO dan pemimpin-pemimpinya.
Kemudian pemimpin-pemimpin PPBM mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mesti memikirkan ummah Melayu dan agama agar negara tidak jatuh ke bawah PH yang di ketuai oleh Dapigs. Persoalannya adakah PPBM semasa PRU14 memikirkan ummah Melayu dan agama apabila melancarkan perang fitnah dan persepsi buruk terhadap UMNO/BN?
Selama 63 tahun Malaysia merdeka, UMNO tidak pernah melupakan slogan demi agama, bangsa dan negara (ABATA) dalam setiap polisi dan gerak kerja UMNO untuk rakyat dan negara. Kita tidak menyangkalkan bahawa rakyat sebenarnya sedang menunggu untuk menghukum PPBM dan PH dalam PRU15. Slogan, janji manifesto dan polisi banyak yang mengencing rakyat dan merugikan negara. Bahana yang di kecapi oleh rakyat dan negara selepas {RU14 adalah akibat dari kelemahan pemimpin-pemimpin PH dan PPBM dalam menguruskan dan mentadbir negara.
Bah kata peribahasa Melayu "mengatakan orang tetapi awak yang lebih", itulah yang terjadi kepada PH dan PPBM. "Cakap berdegar-degar tetapi tahi bergelumang di buntut" dan/atau "cakap tak serupa bikin", akhirnya rakyat dan negara yang merasai dan di rasainya. Inilah kelazatan slogan "INI KALILAH" "JOM UBAH", memang Allah (SWT) hendak menunjukkan kepada kita antara permata dan kaca. Bukan senang untuk mentadbir negara yang berbilang bangsa, agama, faktor sosial, ekonomi dan kewangan yang berbeda. Nak kata Malaysia tiada sumber asli, tiada sistem kewangan, tiada faktor ekonomi dan tiada tarikan kepada pelabur adalah satu perkara bohong. Malangnya pemimpin-pemimpin PH dan PPBM lebih pentingkan politik mileage dari kepentingan rakyat dan negara. Mereka tidak dapat membedakan bahawa PRU sudah tamat sekarang masa untuk kerja bagi rakyat dan negara bukan politiking sepanjang masa. Inilah yang membedakan antara UMNO/BN dengan PH dan PPBM.
Kita sokong sepenuh kenyataan MT UMNO tidak menerima jawatan TPM dan tiada kerjasama dengan PPBM demi agama, bangsa dan negara. Ini bukan tindakan balas dendam tapi lebih kepada pengajaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta akar umbi UMNO agar setia kepada parti dan perlembagaan parti. Ingat kekalahan umat Islam di Uhud adalah di sebabkan anggota-anggota tentera Islam yang tamak melihat harta perang dan tidak patuh kepada perintah pemimpin-pemimpin serta tak taat kepada syariat Islam.
Perbedaan antara UMNO dan PAS adalah UMNO telah menjadi kerajaan pusat selama 60 tahun lebih sebaliknya PAS hanya mampu menjadi kerajaan di Kelantan. Malahan di kerajaan Terengganu dan Kedah akan bertukar balik kepada UMNO apabila rakyat tidak berkenan dengan pentadbiran dan pengurusan polisi PAS. Adalah diingatkan bahawa PAS apabila dapat kuasa mereka lebihkan kepada ahli-ahli PAS dan ingin membanyakkan pengaruh dan cawangan serta PASTI PAS sahaja. Ini adalah untuk menyebarkan doktrin PAS yang kononnya Islam itu PAS, PAS itu Islam. Itulah yang terjadi dalam isu kafir mengkafirkan UMNO dan ahli-ahli UMNO satu ketika dulu. Kita mengganggap PAS ini seperti musang berbulu ayam. Mereka akan menyokong apabila ada kepentingan tetapi akan menarik balik sokongan sekiranya tidak memihak kepada mereka.
Kita harap UMNO jangan terkena seperti PRU14, ditikam dari kiri kanan depan dan belakang oleh kawan dan lawan sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment