Friday, May 29, 2020

Politiking gila...



Politik Malaysia sekarang semakin gila di sebabkan pemimpin mantan PM4 & PM7 ("TMM") yang mengila untuk merebut dan/atau merampas jawatan PM dari Tan Sri Mahyudiin Yassin ("TSMY"). Ini adalah berikutan dari perletakkan jawatan PM7 oleh TMM pada 24/2/2020 tempoh hari dan seterusnya perlantikkan TSMY sebagai PM8 oleh DYMM YDPA setelah mendapati TSMY mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Perlu diingatkan bahawa TSMY adalah Presiden dari PPBM ("Bersatu") serpihan UMNO. Manakala TMM adalah Pengerusi Bersatu. Pertembungan antara TSMY dan TMM dalam Bersatu sudah tidak menjadi perkara yang perlu disorokkan lagi apabila MB Kedah telah kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN Kedah dan terpaksa meletakkan jawatan buat kali kedua dalam sejarah Kedah. Tidak pernah dalam sejarah Kedah MB terpaksa meletakkan jawatan sebanyak dua (2) kali. Mukhriz Mahathir telah mencipta sejarah seperti ayahnya juga mencipta sejarah menjadi PM dua kali dan seterusnya meletakkan jawatan PM walaupun telah di minta oleh DYMM YDPA tidak melakukannya.

Berikutan dari pergelutan tersebut partai Bersatu telah berpecah kepada dua (2) kem dan kedudukan TMM dalam Bersatu juga amat genting kerana tiada siapa berani mengatakan bahawa TMM bukannya Pegerusi Bersatu lagi. Turutan peristiwa tersebut dan penglibatan TMM dan 4 lagi MP Bersatu yang menyokong PH iaitu MP Muar, MP Simpang Renggam, MP Jerlun dan MP Kubang Pasu, maka Bersatu telah memecat kelima-lima MP tersebut. Surat pemecatan telah di keluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu tetapi malangnya SU Bersatu yang telah di pecat yang menyokong TMM memecat pula Setiausaha Kerja tersebut. Drama tersebut belum berakhir, apabila TMM seperti ayam jantan masuk ke dalam pejabat Bersatu dan meminta anggota-anggota Tertinggi Bersatu untuk memecat TMM semasa dalam siding akhbar tersebut.



TMM hanya dengan arwah Tun Razak sahaja beliau tidak bermusuh. Sekarang menjadi tandatanya adakah TMM sahaja yang layak untuk menjawat jawatan PM dan orang lain tidak layak dan tidak bijak dan tidak bagus sebagus TMM? Sekiranya di selidiki secara mendalam PM-PM sebelum ini adalah lebih baik dari TMM terutamanya DSN. Itulah sebabnya TMM menganggap DSN itu lebih bahaya dari semua PM-PM sebelum ini. 




YB Larut iaitu YB Dato' Hamzah Zainuddin yang juga SU Bersatu di bawah TSMY telah menyatakan dalam sidang akhbar bahawa TMM dan 4 lagi bukan di pecat tetapi keahlian mereka dalam Bersatu telah terhenti. "Apakah maksud telah terhenti" dalam Perlembagaan Bersatu. Nasib baik UMNO tiada perkara-perkara sebegini dalam Perlembagaannya. Inilah akibatkanya terlalu takut dan taksub dengan pemimpin yang "gila kuasa" sehinggakan nak cakap "kamu di pecat dari Bersatu" pun susah tapi sebaliknya cakap "keahlian kamu dalam Bersatu terhenti". Bersatu hanya bergantung kepada TMM begitu juga PKR kepada DSAI.

Akibatnya TMM lagi naik tocang dan dalam sidang akhbarnya banyak perkara-perkara "pengkhianatan" TSMY telah di lontarkan kepada wartawan tetapi umum tahu bahawa TMM sebenarnya ingin terus mengejar jawatan PM dan memegangnya sehinggalah saat kematiannya. Malangnya urusan Allah (SWT) itu lebih sempurna dari urusan manusia. Rakyat sudah memahami dan meluat serta mengkritik TMM secara terbuka sehinggakan ada yang cakap dalam media social "rumah sudah kata pergi kubur sudah kat mari". Rasa hormat kepada TMM sebagai negarawan telah hilang sebaliknya TMM di anggap oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam sebagai "Pengkhianat dan Pembelot" kerana merobek kedaulatan dan kekebalan Melayu dan Islam kepada DAPIGS semasa PRU14. Akhirnya kerajaan PH yang di terajui oleh TMM dan di dokong kuat oleh DAPIGS jatuh setelah TMM meletakkan jawatan pada 24/2/2020. Rakyat Malaysia menganggap 22 bulan yang penuh dengan malapetaka.

Sekarang TMM sedang berusaha untuk memecat TSMY dari Bersatu setelah blogger TMM dan DSAI mengeluarkan kenyataan bahawa TMM dan DSAI mempunyai 129 MP untuk membentuk kerajaan baru yang mana DSAI akan menjadi PM9. Malangnya GPS telah mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah perkara lama, sekarang GPS solid di belakang TSMY. Kemudian DSAI keluarkan kenyataan bahawa sebenarnya perkara itu masih dalam work in progress. Ingat lagi kenyataan DSAI menjelang 16/9/2008 kita akan berarak menuju ke Putrajaya yang di momokkannya sehinggakan semua terhenti dan berhati-hati menantikan 16/9/2008 tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Ianya adalah momokkan blogger-blogger DSAI sahaja.

Politik Malaysia semakin meruncing akibat dari dua orang yang amat mengidamkan jawatan PM tersebut. TMM tergila-gilakan jawatan PM manakala DSAI terangan-angankan jawatan PM tersebut. Kedua-dua bolehlah di ketegorikan "gila jawatan dan kuasa PM" itu.

Sekarang kita sebagai rakyat Malaysia yang rasional mesti memikirkan adakah masa depan kita hendak di serahkan kepada TMM dan DSAI dan konco-konconya untuk meratah dan menjahanamkan Malaysia. Kita telah hadapi 22 bulan penuh dengan malapetaka kepada rakyat dan negara. Adakah kita ingin menghadapinya sekali lagi.