Semasa PRU14 PH yang di ketuai oleh Tun Mahathir telah menyebarkan berita "fitnah" kononnya UMNO/BN akan menjadikan Malaysia negara bankrap dan Malaysia akan tergadai kepada Negara China apabila menandatangani Perjanjian antara Geely dan Proton serta Perjanjian ECRL.
Pelbagai inisiatif dan perancangan telah di buat oleh UMNO/BN untuk memajukan Malaysia sejajar dengan Wawasan 2050 Malaysia sebagai negara maju tetapi apakan daya rakyat semasa PRU14 telah memilih PH sebagai pemerintah Malaysia yang baru. Bermula dari situ pelbagai inisiatif dan perangan UMNO/BN telah di batalkan dan di mansuhkan oleh kerajaan PH kerana perbelanjaan terlalu besar dan kos yang akan tinggi.
Akibat projek ECRL di batal, MRT2 di batalkan, HSR di tangguhkan, LRT3 di batalkan, BRIM rasuah di jenamakan, Klinik 1Malaysia di jenamakan semula, AES di batalkan tetapi kemudian diteruskan dengan jenama AWAS walaupun rakyat membantah sehinggakan Menteri kata "bantah le macam manapun I don't care". Projek-projek yang berkaitan dengan IMDB di batalkan termasuklah projek TRX dan Bandar Malaysia. Seterusnya PH telah menjaja Tabung Harapan untuk rakyat membantu kerajaan dengan mendermakan "hasil" mereka untuk membayar hutang negara yang di tinggalkan oleh UMNO/BN dengan menjaja kepada rakyat hutang negara telah mencecah RM1 Trillion.
Pada bulan-bulan pertama rakyat terpengaruh dengan "mainan dan janji-janji PH" yang mana PRK Sungai Kandis, Balakong, Port Dickson di menangi oleh PH tetapi 2019 UMNO/BN telah berjaya menawan semula Cmeron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai sebaliknya PH hanya dapat Sandakan menerusi Dapigs. Keputusan PRK Tanjung Piai telah menjadi satu perbualan hangat di kalangan penganalisa politik bilamana UMNO/BN/PAS di bawah Muafakat Nasional telah berjaya memperolehi undi majoriti sebanyak 15,000 lebih mengalahkan calon PH/PPBM. Ini satu tamparan yang hebat kepada parti kerajaan yang memerintah kerana rakyat telah menyuarakan ketidakpusahati mereka terhadap segala-gala yang telah di janjikan oleh PH tidak di laksanakan. Sekarang kita nantikan keputusan PRK Kimanis di Sabah pula. Pertembungan gajah v gajah rumput akan mati bakal mewarnai PRK Kimanis di mana UMNO/BN/PAS di bawah Muafakat Nasional telah meletakkan calon UMNO melawan calon Warisan.
Dalam apa jua tindakan PH semasa memerintah sekiranya tidak dapat melaksanakan sesuatu agenda maka kesalahan tersebut sudah pasti akan di letakkan kepada pemerintah yang terdahulu iaitu UMNO/BN. Malangnya rakyat sudah sedar bahawa pemimpin-pemimpin PH banyak membuat "wayang politik" dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO/BN tetapi hakikatnya pemimpin-pemimpin PH gagal dan tidak "competent" dalam menghasilkan tindakan yang Jitu untuk melonjjakkan kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negara Malaysia. Sebaliknya rakyat mendapat "hampas kelapa" dan negara mendapat "sabuk kelapa" sedangkan pemimpin-pemimpin PH dapat "gulai ayam" dan "rendang daging". Inilah hakikatnya "rakyat kena ikat perut untuk bantu pemimpin-pemimpin PH hidup mewah".