5/3/2019 maka termeterailah kerjasama antara UMNO dan PAS. Sejak hari tersebut pelbagai kata-kata pujian dan sindiran dan ugutan yang di lemparkan kepada kerjasama UMNO/PAS tersebut. Kebanyakkan bijak pandai dan pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu menyokong 100% kerjasama tersebut kerana ianya bukan melibatkan "penyatuan antara UMNO/PAS" tetapi lebih kepada "kerjasama pada perkara-perkara sealiran dan kebersamaan" yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak.
Pada PRU14 pertandingan tiga penjuru antara UMNO/BN v PH v PAS tidak menguntungkan Islam dan Melayu yang mempunyai 70% majoriti penduduk di Malaysia termasuklah bumiputra Sabah, Sarawak dan Orang Asli. Ini menyebabkan 70% penduduk tersebut sekarang terpaksa tunduk kepada 30% penduduk yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Barang di ingat tidak semua penduduk mengundi UMNO/BN ataupun PAS mahupun PH tetapi undi rakyat telah di terjemahkan kepada kemenangan untuk PH. Maka jatuhlah kerajaan UMNO/BN yang telah memerintah selama 61 tahun sejak di zaman Merdaka 1957.
Sejak kejatuhan UMNO/BN dan kegagalan PAS untuk menawan beberapa negeri telah menyebabkan pemimpin-pemimpin kedua-dua parti terbesar Islam dan Melayu itu perlu melihat kepada perkara yang lebih besar iaitu "kenapa mereka gagal untuk mempertahankan pemerintahan Islam dan Melayu" di bumi Malaysia. Perlu di ingat bahawa PH naik adalah akibat daripada kesungguhan kaum Cina dan India untuk melihat bukan Islam dan Melayu memonpoli pemerintahan Malaysia walaupun "terpaksa meletakkan boneka untuk menjadi PM" sedangkan semua kementerian penting di pegang oleh kaum Cina dan India Dogtrin Dapigs. Memang sesungguhnya Dogtrin Dapigs telah berjaya mengunakan "peti undi" untuk mencorakkan tampuk pemerintahan Malaysia walaupun dengan "mengangkat senjata mereka gagal". Memang betul kaat-kata DSNR bahawa "sekiranya UMNO/BN jatuh Islam dan Melayu akan di bangsatkan di dalam tanahair sendiri".
Ini memang terjadi yang menyebabkan UMNO/PAS bekerjasama untuk memartabatkan dan mendaulatkan Islam dan Melayu. Bibit-bibit kerjasama UMNO/PAS ini di mulakan dengan Perhimpunan ICERD dan kemudian merebak kepada PKR Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong tetapi di Port Dickson UMNO/BN tidak bertanding kerana tidak bersetuju dengan matlamat calon yang bertanding. Selepas itu di Cameron Highland kerjasama tersebut telah membuahkan hasil di ikuti dengan kemamtapan kerjasama tersebut di Semenyih. Kerajaan PH mula gusar dengan kebangkitan Islam dan Melayu.
Bila UMNO/PAS memeteraikan kerjasama tersebut, maka kebanyakkan pemimpin2 PH mula mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kerjasama tersebut.
Tun Mahathir - kerjasama UMNO/PAS hanya untuk menghalalkan jenayah yang di lakukan Najib dan UMNO/PAS gabung sebab Najib
DSAI - UMNO/PAS bukan penyatuan Melayu
Azmin Ali - Tiada keperluan PAS kerjasama dengan UMNO yang rosak
Wan Saiful Wab Jan (PTPTN) - Gabungan PAS-UMNO tidak akan kekal
Khalid Samad - PAS/UMNO adalah gabungan perompak dan penipu
Mukhriz Mahathir - Kenapa yang mungkar seperti UMNO jadi pilihan PAS
Tapi yang paling ganas kenyataan pemimpin-pemimpin Dogtrin Dapigs
Lim Guan Eng - Lim calls UMNO/PAS union a declaration of war on non-Malays
Nga Kor Ming - Malaysia jadi Afghanista dikuasai Taliban jika UMNO/PAS memerintah
Kenapa pemimpin-pemimpin PH perlu takut dengan kerjasama UMNO/PAS kerana ianya adalah kerjasama untuk menyatuan ummah tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia serta kerjasama ini berpaksikan prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia. Apa pula pemimpin-pemimpin yang sanggup mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan rasis terhadap kerjasama tersebut seolah-olah Islam dan Melayu akan melakukan "ethnic cleansing" dan UMNO/PAS akan mengamal "sistem pentadbiran Taliban". Ini adalah kenyataan berniat jahat yang cuba melaga-lagakan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia yang selama ini hidup harmoni, aman damai dan bersefahaman tanpa mengira bangsa, keturunan, agama dan kebudayaan.
PH menyatakan bahawa mereka lebih menjaga Islam dan Melayu tetapi bila TH dan Agama Islam di cerca, dicela dan dihina begitu juga Melayu di ketepikan, di hina tiada pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu yang membela kerana takutkan "big bro Dogtrin Dapigs". Kita jangan cakap sahaja tetapi hakikatnya rakyat semua tahu siapa yang membela Islam dan Melayu di Malaysia ini.
Semasa cebisan ini di tulis tanpa di duga Perhimpunan LGBT telah di laksanakan di Kuala Lumpur oleh golongan pencinta LGBT tetapi apakah tindakan pihak-pihak berwajib terhadap perkara ini. Menteri Wanita merangkap TPM pula menyatakan bahawa "fahaman LGBT ada hak di Malaysia asal bukan terbuka". Amat malang sekali Islam dan Melayu di Malaysia,
Sebenarnya di Malaysia partai yang paling jahat yang di sifatkan seperti "Iblis" ialah Dogtrin Dapigs yang mengunakan "Melayu untuk membunuh Melayu". Natijahnya partai-partai Islam dan Melayu terutamanya UMNO/PAS mesti berpendirian teguh tanpa mengambil peduli cakap-cakap yang ingin meruntuhkan kerjasama tersebut. Pada kita "kerjama UMNO/PAS" ini akan mendatangkan banyak kebaikkan daripada keburukan seperti:-
1. Kaum kerabat dapat di satukan semula akibat pertelingkah "fahaman politik".
2. Kampung, Taman, Surau dan Masjid dapat di satukan akibat daripada "fahaman politik pecah dan belah" sebelum ini.
3. Tiada lagi kafir mengafir. caci maki, perbalahan, permusuhan, dengki, salah sangka, dendam dan sebaginya.
4. Dapat mengembelingkan tenaga dan buah fikiran yang mantop di kalangan pemimpin-pemimpin.
5. Dapat menegakkan syiar Islam dan memperkukuhkan perpaduan Melayu.
Tiada Islam tanpa kalimah syahadat dan tiada Islam tanpa perpaduan dan kesefahaman serta kesatuan yang kukuh. Kita mesti faham bahawa ayat 103 Ali Imran Allah (SWT) turunkan sebagai pedoman untuk manusia iaitu Allah (SWT) memerintahkan kita supaya bersatu padu dan melarang perpecahan kerana perpecahan itu adalah kerosakan dan kesatuan itu adalah keselamatan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dari Abu Hurairoh bahawasanya Rasulullah (SAW) bersabda "Orang-orang Yahudi telah berpcah belah menjadi 71 golongan atau 72 golongan dan orang-orang Nasrani demikian juga, sedangkan umatku berpecah belah menjadi 73 golongan semuanya masuk neraka kecuali satu iaitu Al-Jama'ah (Bersatu Padu). Ayat 103 Ali Imran ini melarang berpecah belah (berkelompok-kelompok) dalam agama, sebagaimana berpecah-belahnya ahli kitab atau orang-orang jahiliyah yang lain. Ayat ini juga melarang malaksanakan segala sesuatu yang dapat menimbulkan perpecahan dan menghilangkan persatuan.
Kebangkitan Islam dan Melayu bermula dengan kerjasama dan perpaduan UMNO/PAS kerana fahaman politik kita berpecah belah dan kafir mengkafir serta berbalah sesama sendiri sehingga putus saudara, bercerai rumahtangga dan sebagainya. Kita adalah satu, mengucap kalimah syahadat, menyembah Allah (SWT) dan Al-Quran adalah pedoman kita. Tiada bedanya antara UMNO dan PAS hanya "politik iblis" yang membedakan kita selama ini.
Insya Allah usaha dan keikhlasan kita untuk melihat "kesatuan, kerjasama, perpaduan UMNO/PAS di peringkat akar umbi akan terjalin seperti mana terjalinnya di peringkat kepimpinan UMNO/PAS". Satu sahaja ingatan jangan satu pihak mengambil kesempatan daripada kekurangan di sebelah pihak yang lain dan jangan pihak di satu pihak menekan di pihak yang lain. Kita ini saling lengkap melengkapi.
Alhamdulillah setelah sekian lama bergelumang dalam politik keturunan "UMNO" 5/3/2019 telah terjadi satu peristiwa yang amat manis untuk di jadikan "pedoman dan pegangan" untuk generasi di masa akan datang.
Casino in Richmond, MO - MapYRO
ReplyDeleteWelcome to Casino in Richmond, MO. The Casino 양주 출장샵 offers the widest variety of 용인 출장안마 slots, 사천 출장마사지 table games, video poker, blackjack and other popular 대전광역 출장마사지 games. 부산광역 출장마사지 View map.