Friday, March 14, 2014

KALAU BUKAN SAYA ISTERI SAYA...KALAU BUKAN ISTERI SAYA ANAK SAYA...


Kita sudah lama tidak menulis kerana tangan ini gatal menulis hujahan. Hari ini hati terpanggil pula untuk menulis sedikit kisah PRK DUN Kajang yang ramai di katakan sebagai "PRK pembaziran" walaupun Partai Kangkung Rakyat kata itu adalah "Kajang Move" untuk ke Putrajaya. Malangnya "Kajang Move" sudah jadi "Penjara Kajang and/or Penjara Sg. Buloh Move".


Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa tetapi dalam kes Si Gila Kuasa boleh dikatakan kerana terpedo badan binasa. Orang-orang tua sentiasa ingatkan jangan ikut nafsu nanti badan binasa jangan ikut hati nanti badan binasa dan jangan ikut syaitan nanti badan binasa. Sekarang sudah terbukti bahawa akibat "suka sama suka" akhirnya pahlawan Partai Kangkung Rakyat tersungkur di perkarangan Istana Kehakiman. Adakah itu salah kerajaan Barisan Nasional, UMNO ataupun Najib ataupun Institusi Kehakiman?????

Cuba kita fikir-fikir sejenak di mana konspirasi untuk mematikan career Si Gila Kuasa ini????? Dalam kes liwat terdahulu bolehlah Si Gila Kuasa katakan ada "konspirasi" tapi itupun tidak terbukti. Apa yang terbukti ialah Si Gila Kuasa ini memang susah nak "control terpedonya". Kalau tidak bagaimana seorang "mantan TPM" hendak balun "Cina Doll" sebegitu rakus macam Si Gila Kuasa melainkan sahabat baiknya Si Stoppa aje yang mempunyai selera macam Si Gila Kuasa. Kita tak mahu mengisahkan perkara itu kerana semua orang sudah tahu apa endingnya.

Berbalik kepada Kalau Bukan Saya Isteri Saya Kalau bukan Isteri Saya Anak Saya, itulah laungan yang di mainkan oleh Partai Kangkung Rakyat apabila Si Gila Kuasa tidak dapat bertanding untuk "Satay Kajang Move" maka Si Isteri yang pernah mengosongkan jawatan sebagai MP Permatang Pauh di gesa untuk mengambil alih tempat yang sudah disediakan oleh bekas Adun Kajang untuk Si Gila Kuasa. Matlamat Si Gila Kuasa bertanding adalah untuk menjadi MB Selangor yang kononnya berada di "gateway to Putrajaya" tetapi sebenarnya "gateway to Penjara Kajang or Penjara Sg. Buloh". Itulah kuasa Allah (SWT). Manusia boleh merancang tetapi Allah (SWT) menentukan segala-galanya. Kalau yang baik pasti Allah (SWT) akan membantu tetapi kalau yang buruk pasti Allah (SWT) akan mematikannya walaupun kita telah melangkah begitu jauh dan hampir dengan matlamatnya.



Kita kalau memikirkan permasalahan Partai Kangkung Rakyat ini peninglah. Adakah Partai Kangkung Rakyat ini hanya bergantung kepada Si Gila Kuasa dan keluarga sahaja dan/atau Si Gila Kuasa dan Konco-konconya. Kalau tengok pada PRK Permatang Pauh tempoh hari dan PRK Dun Kajang hari ini nampaknya Partai Kangkung Rakyat ini hanya bergantung kepada "Si Gila Kuasa dan Keluarga" sahaja. Nampaknya Mr. Toilet, Si Nasationg dan lain-lain kecuali Tan Khalid Ibrahim hanya di jadikan pak pacak sahaja. Pak Pacak apabila diperlukan kita akan gunakan kamu tetapi bila nak ke depan untuk mendapatkan habuan Pak Pacak duduk belakang, Si Gila Kuasa dan Keluarga akan ke hadapan kerana Partai Kangkung Rakyat ini wujud kerana "ANWAR IBRAHIM" ingat itu. Cian pulak kita tengok Pak Pacak Partai Kangkung Rakyat.

Adakah pergiliran kuasa begini sesuai untuk memegang tampuk pemerintahan negeri mahupun negara. Inilah yang kerap di gunakan oleh partai politik di zaman moden di mana anak akan menggantikan bapa, isteri akan menggantikan suami dan sebagainya. Inilah pernah berlaku di Filipina dan Indonesia tetapi kita harap ianya tidak berlaku di Malaysia. Walaupun YAB PM kita itu anak arwah TUN RAZAK tapi YAB PM naik dari mata tangga satu sehinggalah menjadi YAB PM. Beliau telah melalui berbagai-bagai "permasalahan manis, pahit, masam, masin, suka dan duka" sehinggalah sekarang tetapi Si Gila Kuasa pula telah menggunakan "roket"nya untuk melancarkan isteri dan anaknya ke bulan. Itulah berbedaannya antara Partai Kangkung Rakyat dan UMNO. 

UMNO tidak mementingkan kedudukan dan pertalian kekeluargaan untuk melonjak seseorang ke atas. UMNO memilih pemimpin melalui proses pemilihan ala sistem piliharaya. Ianya walaupun terdapat cacat cela di sana sini tetapi "proses pemilihan pemimpin UMNO" telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang buruk seperti Partai Kangkung Rakyat mahupun Partai Doktrin Dap sehingga kini masih terbelenggu dengan permasalahan pemilihan CEC.

Kemudian kita terkejut pula tengok perangai si Zaid Ibrahim tanpa segan silu memohon kepada pengundi-pengundi Cina untuk tidak memperlekehkan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO. Zaid Ibrahim kata pemimpin-pemimpin Melayu UMNO adalah "moderate" tidak extreme macam pemimpin-pemimpin Melayu Pakatanal Rakyatul Syaitan. Apakah Zaid Ibrahim ini sudah sedar bahawa pemimpin-pemimpin Melayu dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan itu kebanyakkannya sudah menjadi "Penjilat Punkoq Doktrin Dap"?????

Ceramah Wan Azizah di Sungai Kantan, Kajang malam semalam masih menjawab isu ‘patung’ dan ‘kes liwat II’ suaminya itu. “Saya geram tau, pasal apa ? Orang kata saya boneka. Orang kata saya ‘Doll’, saya patung…“Sekarang ni hari saya ya. Sekarang ni katalah macam-macam kepada saudara Anwar. Tetapi fikirkanlah. “Kes itu (liwat II). Sebelum kes itu berlaku, anak muda yang tuduh Anwar (Mohd Saiful) telah pergi ke rumah Perdana Menteri. "Masa itu ada Datuk Shafee Abdullah. Fikirkanlah.“Pendakwa masa kes mula-mula jadi (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden), dia telah berhenti dan dia tidak mahu lagi dengan pendakwaan itu. Dia telah datang kepada kami dan menjadi pembela kami dalam kes BERSIH. “Pilihanraya kecil Kajang ini, saya mohon sangat-sangatlah, berilah saya mandat..” katanya. Hujah Wan Azizah berkaitan kes liwat II sudah tentu cubaan untuk menghidupkan ‘teori konspirasi’ yang tidak digunakan oleh pasukan peguam Anwar semasa pembelaan kes tersebut. 

Kita tidak ingin untuk membicarakan mengenai PRK Dun Kajang kerana ianya adalah satu "perbuatan" yang telah dirancang begitu licik sekali untuk mempersendakan rakyat supaya memberi kepercayaan sekali lagi kepada Partai Kangkung Rakyat dengan "slogan Satay Kajang Move road to Putrajaya".

Kita pun tak mahu mengulas peluang Barisan Nasional mahupun peluang Partai Kangkung Rakyat kerana PRK Dun Kajang tidak mengubah apa-apa kedudukan di dalam DUN Selangor mahupun "boleh menimbulkan gempa bumi kepada politik negara". Sekiranya Barisan Nasional memang ianya tidak mengubah DUN Selangor hanya kemenangan moral, sebaliknya sekiranya Partai Kangkung Rakyat menang maka ianya sudah menjadi kerusi Partai Kangkung Rakyat sebelum ini. Menang kalah bukan persoalannya tetapi persoalannya adalah kenapa Partai Kangkung Rakyat membuat "Satay Kajang Move"????? 

Nak kata Si Gila Kuasa nak jadi PM lambat lagi. Kena tunggu PRU14 iaitu mungkin pada 2018 Parlimen akan dibubarkan. Nak kata Si Gila Kuasa nak jadi MB Selangor pun tak dapat apabila Mahkamah "We found you guilty of the offence charged. We hereby sentenced you to 5 years imprisonment from the date of the guilty verdict". Maka kelayakkannya terputus tetapi Si Gila Kuasa masih ada "peluang" untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak zalim dan tidak memanupulasikan "sistem kehakiman". Kebebasan sistem kehakiman dari badan eksekutif adalah terpelihara mengikut Pelembagaan Malaysia. Hanya pemimpin-pemimpin pembangkang Pakatanal Rakyatul Syaitan sahaja yang menyatakan sabaliknya kerana "keputusan" badan kehakiman tidak memihak kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Si Gila Kuasa dan Si Lumpuh tempoh hari. Sendiri buat sendiri tanggung janganlah salahkan orang lain. Mahkamah hanya memutuskan berdasarkah fakta dan perundangan yang ada. Sekiranya fakta dan perundangan menjurus kepada kesalahan tersebut, bagaimana Mahkamah hendak menyatakan sebaliknya?????

Walaupun begitu, cita-cita Si Gila Kuasa tetap tidak terpadam dari hendak menjadi "Firaun" Malaysia. Gerak Kerja untuk "Reformasi II" gagal dapat sambutan. Rakyat semakin sedar akan tabiat "suka sama suka" Si Gila Kuasa. Sekarang macai-macai Partai Kangkung Rakyat hanya bertumpukan kepada siberkan "autaman dan pembohongan" untuk menaikan rating kebencian rakyat terhadap "kerajaan Barisan Nasional" sahaja. Ini dapat di lihat dalam krisis MH370. Berbagai kritik dan perlekehan di terima oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional dari pemimpin-pemimpin pembangkang Pakatanal Rakyatul Syaitan tetapi mereka tetap committed untuk meneruskan pencarian sehingga di ketemukan dengan MH370.


Di mankah kamu wahai MH370

Kita doakan semoga segala usaha yang di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional akan membuahkan hasil. Kita hanya berusaha kemudian berserah kepada Allah (SWT) iaitu bertawakkal. Kalau kita hanya pandai memperlekehkan dan mengkritik usaha kerajaan Barisan Nasional kemudian bertawakkal supaya Allah (SWT) menunjukkan kita di manakah MH 370, adakah Allah (SWT) akan menunjukkannya?????

DALAM KATA LAIN JANGAN JADI KALAU SAYA TIDAK BOLEH ISTERI SAYA BOLEH KALAU ISTERI SAYA TIDAK BOLEH MAKA ANAK SAYA BOLEH. Cakap lain buat lain. Salah orang nun jauh di lautan nampak tapi salah sendiri sebesar gajah tak dinampakkan. Kemudian tidak mengaku pulak tu kononnya "teori konspirasi". Nanti kita tanya "Bomoh DO RE MI"...?????


Kumbang Biru Macho's photo.
Adakah ini pemimpin anda?????


 
 









































No comments:

Post a Comment