Friday, October 25, 2013

Bajet 2014 - memenuhi janji PRU13 - paling berani ialah pengurangan subsidi gula dan GST...BRIM naik RM650-00 orang gaji RM4,000-00 pun boleh mohon...bujang gaji RM2,000-00 boleh dapat RM300-00...pencen RM250-00 dan kakitangan kerajaan dapat RM500-00 bonus...selain anak-anak sekolah dapat RM100-00 dan pelajar U dapat voucher RM250-00...rumah akan di pergiatkan lagi pembinaannya...kurangkan ledakan kenaikkan harga rumah dan spekulasi...RPGT 3-4 tahun naik 30% dan 4-5 tahun naik 20% tahun ke 6 di kenakan RPGT 5%...Kita nak tengok apa impaknya kepada pasaran hartanah...


Bajet 2014 - RM264.2 billion

Bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009.

Lima teras itu adalah merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar serta mensejahtera kehidupan rakyat. Melainkan pembentangan mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendapat reaksi kurang senang daripada Ahli Parlimen pembangkang, keseluruhan pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang bermula kira-kira pukul 4.05 petang dan berakhir 6.25 petang berlangsung lancar.

Dalam mengurangkan rungutan pembayar cukai menerusi sistem sedia ada pula, Bajet 2014 mencadangkan pembayar cukai tidak lagi perlu mengemukakan borang cukai pendapatan sekiranya berpuas hati dengan potongan cukai bulanan (PCB) yang dikenakan.

Sementara itu, paling banyak mendapat manfaat pula adalah golongan muda yang disediakan beberapa insentif secara langsung antaranya pemberian 'one-off' sebanyak RM500 kepada individu berumur antara 20 hingga 30 tahun yang menyertai Skim Persaraan Swasta (PRS).

Dalam galakan kepada golongan itu terutama siswazah menganggur terlibat dalam perniagaan pula, Bajet 2014 turut menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta menerusi Tabung Usahawan Siswazah di bawah SME Bank.

Turut mendapat manfaat ialah golongan peniaga pasar malam yang disediakan dana sebanyak RM100 juta bagi menampung kos perniagaan seperti modal pusingan, sewaan tapak, bahan mentah dan kelengkapan perniagaan.

Agenda bumiputera juga terus diperkasa antaranya menerusi penubuhan Dana Ekuiti Bumiputera (EquiBumi) dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah SME Bank.
 
















































































No comments:

Post a Comment