Friday, February 15, 2013

PUSINGAN AKHIR SEBELUM PRU13...



BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional adalah parti yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dengan jayanya baik dari segi pembangunan, modal insan, ekonomi dan sosial dan kemasyarakatan serta perhubungan antarabangsa. Malaysia di lihat sebagai model kepada banyak negara membangun di dunia, sebagai model kepada negara Islam di dunia, sebagai model "kestabilan dan keharmonian kaum" kepada dunia, sebagai model "kewangan Islam di dunia dan sebagai model "kepada dunia luar dalam memperkukuhkan agenda "keamanan dan toleransi" seperti yang di kecapi oleh Bangsamoro di Filipina.

Walaupun di pihak pembangkang (Doktrin DAP, Doktrin PKR dan Doktrin PAS kemudiannya di kenali sebagai si biadap, si gila kuasa dan si pendendam)  cuba melemparkan "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" tapi "engine" Barisan Nasional terus memacu kehadapan untuk membuktikan bahawa Malaysia boleh stabil, makmur, aman, sejahtera, harmoni, adil dan maju seperti mana juga negara-negara di dunia yang lebih maju di dunia. 

Di bawah pentadbiran YAB PM "Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YAB TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin" negara kita, Malaysia terus bergerak mengikut landasan transformasi yang di galaskan iaitu dengan slogan 1Malaysia "rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan". Transformasi telah di laksanakan di dalam GTP, ETP dan PTP yang telah memperlihatkan hasil yang memberangsangkan sehinggakan setiap lapisan masyarakat dan rakyat jelata di Malaysia merasai akan "transformasi" tersebut.

Sesungguhpun pihak pembangkang si biadap, si gila kuasa dan si pendendam cuba untuk merosakkan rancangan 1Malaysia kerajaan Barisan Nasional dengan berbagai "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" seperti berikut:-

1. Ambiga Bershitttt 1, 2 dan 3,
2. Democrazy di dalam Parlimen dan di jalanan,
3. Hasutan di dalam negara dan di luar negara,
4. Dana Asing dan Bantuan Asing,
5. Demo Projek Lynas di Kuantan,
6. Demo Projek Hub LPG di Penggerang,
7. Gerakan Royalty Minyak di Kelantan,
8. Isu Air dengan Syabas,
9. Segala bentuk pemberian kerajaan Barisan Nasional adalah "gula-gula" PRU 13, dan
10. Agama, bangsa dan negara di perjudikan hanya untuk kepentingan "kuasa dan Putrajaya".

Apabila kita melihat perkara-perkara di atas yang kerap di mainkan oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam, maka kita dapati bahawa permainan politik di tahap "ganas" telah di gunapakai untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional dapat di tumbangkan bagi membolehkan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dapat memerintah Malaysia dan Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri. Jawatan Perdana Menteri itu masih menjadi teka teki lagi kerana Doktrin PAS inginkan "Hadi Awang" tapi Doktrin DAP mahukan "Anwar Ibrahim".



SUDAH BERJAYAKAH DOKTRIN PAS DI KEDAH?????

Di Kedah berbagai malapetaka menimpa kerajaan Doktrin PAS kerana "kesihatan, ketidakcekapan pentadbiran, kelesuan ekonomi, kepincangan dalam dasar dan polisi pengurusan kewangan dan kegagalan pengurusan hasil semulajadi negeri" telah menghantui pentadbiran Doktrin PAS di Negeri Kedah Darul Aman. Ini di burukkan lagi dengan "dasar Islam" yang kerap di perlekehkan oleh Doktrin DAP di Kedah yang menyebabkan "rakyat Kedah" mula melihat Doktrin PAS ini seperti "ayam berkokok berderai-derai tapi tahi bergelumang di belakang buntut". Akhirnya "rakyat Kedah" menjadi mangsa dan menerima padahnya iaitu kegiatan pembangunan, ekonomi dan kemasyrakatan mereka tergugat dan terganggu akibat dari ketidakcepakan dan kelesuan pentadbiran kerajaan Doktrin PAS di Kedah Darul Aman. Betul ke kerajaan Doktrin PAS Kedah telah berjaya melaksanakan "janji-janji PRU 12" dengan terbinanya Universiti KUIN atau adakah Universiti KUIN itu adalah projek kesinambungan kerajaan Barisan Nasional yang lalu????? atau pembinaan Universiti KUIN di biayai oleh bank sepenuhnya iaitu 100% loan?????

Di Penang keadaan sudah jadi haru-biru akibat dari Si Tokong Lim Dynasty yang memerintah secara "Tokong" di mana segala perintah beliau mesti di praktikkan kalau tidak "out you go". Inilah yang terjadi kepada "Tuanku Aziz" yang berpendapat "Democrazy Ambiga Bershittt 3.0 satu pelanggaran undang-undang dan kerja menghasut rakyat untuk menentang kerajaan secara "militan" iaitu menjatuhkan kerajaan secara "keganasan". Akibatnya Tunku Aziz di pecat dari Doktrin DAP. Di segi pentadbiran kerajaan negeri Penang pula, Si Tokong Lim Dynasty cuba membawa "angin chauvinis, rasis, anti Melayu dan anti Islam" dengan merobohkan "gerai-gerai perniagaan" Melayu di Penang di atas dasar untuk membersihkan kawasan Penang dari penjaja haram dan menghapuskan penempatan haram "Melayu dan India" yang sudah bertapak lama di atas dasar untuk membina perumahan "mampu milik rakyat" tetapi sebaliknya rumah harga "kos tinggi" yang di binanya. Ini lebih di burukkan oleh perutusan Hari Natal Si Tokong Lim yang menyeru agar kerajaan membenarkan org bukan Islam terutamanya "Kristian" menggunakan perkataan kalimah Allah [SWT] dalam versi Bahasa Melayu. Inilah yang telah mencetuskan satu polimek antara Majlis Ulama Doktrin PAS dengan pemimpin2 Doktrin PAS yang lain. Ini juga telah memperlihatkan kepada kita betapa Doktrin DAP ini cuba untuk mencetuskan "satu perbalahan" keharmonian beragama antara kaum di Malaysia yang mana seakan-akan tercetusnya kejadian 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Doktrin DAP juga.

Orang yang memulakan hasutan ini iaitu pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berjaya bukan saja menimbulkan kegelisahan orang Melayu/Islam tetapi juga mencetuskan polemik antara pimpinan PAS (sebuah parti yang kononnya berjuang untuk menegakkan kehendak Islam) dengan rakannya dalam pakatan pembangkang.





Ini di burukkan lagi oleh kecurangan pemilihan Doktrin DAP yang tidak menunjukkan bahawa Doktrin DAP mengamalkan "parti semua kaum" apabila tiada kaum Melayupun di pilih ke dalam CECnya. Ini di tambahkan lagi dengan kemudaratan dalam pengiraan pemilihan CEC yang di dapati terdapat "salah kira" kertas undi yang menunjukkan S/U Si Tokong Lim Dynasty menang yang sebelum ini hanya mendapat 300 undi sahaja tetapi akibat kesilapan tersebut undinya menjadi 800 undi. Persoalannya mana datangnya "undi hantu sebanyak 500 lagi". Adakah pendatang Bangla, Indo, Burma, Vietnam, China dan India "pangkah undi" tersebut?????


Photo
PEMILIHAN CEC PUN SALAH KIRA!!!!!

Barisan Nasional aka mengadakan sambutan CNY di Penang dengan menjemput PSY "Gangnam Style". Malang sekali ianya akan di cemburui oleh Si Tokong Lim Dynasty dan Nikky Ajis. Sehinggakan Si Tokong Lim Dynasty suruh rakyat Penang yang pergi ke majlis sambutan CNY Barisan Nasional itu memakai baju kuning, meraha dan hijau untuk menunjukkan ketidak setujuan dan protes terhadap kerajaan YAB PM. Inilah yang susah kalau "politician" semua benda hendak di politikkan untuk kepentingan "agenda" kuasa dan Putrajaya.


Di Selangor keadaan menjadi kelam kabut apabila tanpa di duga oleh rakan-rakan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam MB Selangor mengatakan akan membubarkan DUN Selangor selepas Chogome kerana hendakkan piliharaya yang betul-betul bersih. Masalah air yang sudah tidak bersih kerana di cemari oleh "tangan-tangan politik Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam" telah meletakkan kepentingan "politik dan kuasa" di atas kepentingan dan kesejahteraan rakyat.




Apa lagi yang hendak di pertikaikan kalau semua janji-janji Manifesto di anggap sebagai bukan satu "Perjanjian" tapi dalam Al-Quran ada sebut sekiranya kita berjanji maka kita mesti tunaikan kalau tidak kita sudah menjadi zalim. Apabila kerajaan Barisan Nasional memberikan peruntukkan RM120 juta untuk SYABAS menyelesaikan permasalahan air di Selangor, Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kata itu adalah "bail out" tapi Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam "bail out" TALAM bagaimana pula kita nak kategorikan????? Itulah kita berulangkali katakan jangan di politikkan isu air, kalau di politikkan maka ianya akan makan diri sendiri. Nampaknya isu air akan menjadi topik hangat kempen PRU13 nanti.



YAB PM bersantai di Pasar Siti Khadijah

YAB PM apabila melakukan gerak kerja santai di Kelantan tempoh hari telah mengumumkan beberapa Projek Mega akan di laksanakan di Kelantan sekiranya rakyat Kelantan memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah. Projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru yang lebih besar, masjid terbesar di Kelantan untuk menyemarakkan program dakwah Islamiah dan juga perumahan rakyat. Manakala bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dalam bandar kota Bharu dengan mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, diikuti pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bersepadu untuk menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih.

Semua 7 projek pembangunan yang diumumkan oleh PM ini diyakini mampu membawa Kelantan seiring dengan pembangunan negara dan ia bukan satu masalah untuk disempurnakan sekiranya dalam PRU 13 kelak majoriti pengundi Kelantan memilih BN untuk mengurus tadbir semula negeri ini.


Di Kelantan, kebangkitan NGO-NGO yang menyatakan ketidak puasan hati rakyat kepada kerajaan Doktrin PAS sedang bertiup kencang sekarang. Terbaru  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram. Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Mengulas lanjut
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP. Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam. Aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, pembangkang khususnya DAP jelas masih merujuk persetujuan Abdul Hadi seperti dinyatakan beliau dalam mesyuarat pakatan pembangkang 8 Januari lalu.

Katanya, Abdul Hadi perlu menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung isu itu kerana masih wujud keraguan dalam kalangan umat Islam walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam. "Kegagalan Haji Hadi (Abdul Hadi) berbuat demikian (menyatakan pendiriannya) bererti masih ada unsur-unsur kompromi antara Pas dan DAP khususnya dalam isu tersebut.

"Kalau benar pendiriannya adalah sama dengan keputusan Majlis Ulama Syura Pas, beliau mesti tarik balik kenyataan bersamanya dalam pakatan pembangkang sebelum ini bagi menegaskan kalimah Allah tidak boleh digunakan penganut agama lain". Seorang lagi aktivis Ummati, Mohd. Syukri Ab. Latiff berkata, ulama Pas sepatutnya sepakat menarik balik kesepakatan bersama pemimpin pembangkang berhubung isu tersebut.

"Seperti Nik Aziz (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selaku Mursyidul Am Pas yang dikatakan menganggap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai mengarut, boleh menasihatkan Abdul Hadi bertindak demikian".


Photo: Yang Dibelakang Kita Jadikan Ibarat, Jang Dihadapan Kita 
Tetap Akan Hadap. Menghayati Dan Menyelami Isihati Persoalan Yang Belum 
Terjawab.
Amanat Hadi Awang

Adakah Hadi Awang tahu akan akibatnya ketelanjuran beliau dalam mengumumkan persetujuan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam mengenai kalimah Allah [SWT] boleh di gunakan oleh orang bukan Islam pada 8/1/2013 bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan Si Tokong Lim Dynasty. Permasalahan ini sama seperti Amanat Hadi Awang yang menyebabkan serbannya telah membelit lehernya sehinggakan tidak terkata bahawa Amanat Hadi Awang itulah yang menjadi punca perpecahan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Sekarang Hadi Awang sekali lagi terpaksa duduk dalam dilemma akibat dari perbuatannya yang rakus dan bernafsu untuk mendapat "kuasa dan Putrajaya" di permainkan oleh Anwar Ibrahim dan Si Tokong Lim Dynasty dengan mengumumkan kalimah Allah [SWT] boleh di gunakan oleh orang bukan Islam sedangkan Majlis Syura Doktrin PAS menentangnya dan di ikuti pulak oleh pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang lain terpaksa membuat "U-TURN" atau Flip-Flop.


Photo: Penangan Isu Kalimah Allah.



Hari ini ramai dikalangan umat Islam (termasuk ahli PAS) tidak bersetuju
 penggunaan kalimah Allah oleh agama Kristian dalam kitab Bible. Namun 
tidak semua orang sedar bahawa sewaktu pengundian berlaku ketika 
Pilihanraya Umum, mereka yang mengundi PAS, secara tidak langsung 
mengundi DAP (menyokong penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible) 
selagi mana PAS tidak berdiri sendiri dibawah entitinya sendiri yang 
bukan dalam Pakatan.



1 undi PAS = 1 undi DAP



Ini bermakna, jika PAS masih dalam pakatan dan tidak bertanding sebanyak
 sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen (untuk memerintah negara), 
bermakna orang yang menyokong dan mengundi PAS adalah mereka yang juga 
menyokong penggunaan kalimah ALLAH kepada agama Kristian dalam kitab 
Bible. 



Wallahua'alam... Renung-renungkan.
Isu Kalimah Allah [SWT]

Menurut Tindakan Pas mengubah pendirian dan akhirnya akur dengan menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan tidak boleh diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama. Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah berkata, tindakan itu juga membuktikan parti pembangkang itu kurang ilmu agama dan tidak layak menjadi pemimpin.

Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah

Abdullah mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam setelah didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti negeri. Beliau turut menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO sebagai parti yang matang kerana berjaya membangun serta mempertahankan Islam sepanjang memerintah negara ini.

Sementara itu, Pengasas Pondok Madrasah Ulummudiniah Al-Osmaniah, Tanjung Kapur, Jitra, Sabri Osman, turut menyatakan persetujuan beliau terhadap kenyataan Abdullah dan menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh dibiar kerana ia seperti menyekutukan Allah. Saya tidak setuju kalimah Allah ini diberi peluang kepada kafir lebih-lebih lagi diguna dalam Bible kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk mempersendakan Allah. Sesiapa syirik dengan Allah maka haram baginya masuk syurga. Kita kena mempertahankan, jangan benarkan kafir tindas agama Islam.


Hassan Ali
Ahli-ahli Pas diingatkan jangan memberikan undi mereka kepada calon parti itu dan calon rakan sekutu mereka iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pakatan pembangkang. Ahli dari bawah perlu mendesak pemimpin Pas mengambil langkah menyelamatkan parti itu daripada terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar pakatan pembangkang.
"Jika opsyen itu gagal, ahli dan penyokong Pas tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu, jangan memberi undi kepada calon pakatan pembangkang, sebaliknya memilih calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam di luar pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau memberitahu, Pas kini ibarat di persimpangan kerana ahli parti itu kini semakin marah dan bosan dengan cara kepemimpinan Pas menangani tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan apa sahaja tindakan Pas berhubung perkara berkaitan Islam.

Parti berlabel Islam itu juga, katanya, dilihat akur dan menyerah kalah kepada DAP hampir dalam semua insiden sehingga mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar Putrajaya. "Pas mesti memutar stereng sama ada ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik ke pangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan bajaan keringat, air mata dan darah.

"Membelok ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh Islam serta orang Melayu. Pas terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah dalam kalangan pimpinan DAP dan PKR," katanya. Menurut beliau, Malaysia berkemungkinan besar bakal menjadi sebuah republik sekular dengan mengamalkan fahaman liberalisme Barat apabila pakatan pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Natijahnya kita sebagai umat Melayu dan Islam di Malaysia harus berfikir siapa yang berkelayakan untuk terus memimpin negara Malaysia tercinta ini yang banyak di lempahkan rahmat dan rezeki oleh Allah [SWT]. Selama ini Malaysia stabil, aman, makmur, sejahtera, harmoni, adil dan maju. Barisan Nasional telah terbukti dengan pengalaman dan pengetahuan serta dedikasinya untuk memajukan negara dan seterusnya mensejahterakan rakyat tetapi Pakatan pembangkang masih di belenggu dengan "kerapuhan dan kecurangan" antara satu sama lain yang mana jawatan Perdana Menteri itu masih lagi jadi rebutan antara Doktrin PAS dan Doktrin DAP yang mana Majlis Syura menolak Anwar Ibrahim tapi Doktrin DAP mahukan Anwar Ibrahim. Kalimah Allah [SWT] juga turut di perlekehkan oleh Pakatan pembangkang di mana Majlis Syura menolak persetujuan Pakatan Doktrin DAP, Doktrin PKR dan Doktrin PAS pada 8/1/2013 kalimah Allah [SWT] boleh di gunakan oleh orang bukan Islam tetapi Doktrin DAP, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mendesak supaya Hadi Awang kekalkan "persetujuan Pakatan pembangkang" tersebut.

Dua isu besar yang boleh memporak perandakan rakyat Malaysia iaitu dari segi isu "pentadbiran" dan isu "agama". Perkara-perkara ini tidak boleh di ambil mudah kerana ianya akan mengakibatkan "anarki" dan pertumpahan "darah" perang agama antara rakyat di Malaysia. Masih ingat 13 Mei 1969 yang di pelupori oleh Doktrin DAP. Cetusan kalimah Allah [SWT] juga di cetuskan oleh Si Tokong Lim Dynasty. Apakah tujuannya????? Tujuannya hanya satu iaitu untuk memecah belahkan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kalau umat Melayu dan Islam di Malaysia bersatu maka gagalnya agenda Doktrin DAP untuk memperkudakan umat Melayu dan Islam di Malaysia dengan kononnya mengatakan bahawa Doktrin DAP akan menjaga hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam apabila mereka berkuasa dan dapat Putrajaya. Itu hanya gimik politik chauvinis, rasis, anti Melayu dan anti Islam Doktrin DAP. Memang betul sekiranya di katakan bahawa sokong Doktrin DAP bermakna sokongan yang akan membawa kita terjun ke dalam gaung dan kita akan di kikis sedikit demi sedikit bagi merealisasikan "agenda Malaysia Malaysian" Doktrin DAP.

Ingat satu undi kepada Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam bermakna satu undi kepada Doktrin DAP kerana tunjang dalam Pakatan ialah Doktrin DAP. Inilah sebabnya Anwar Ibrahim pun takut dengan Doktrin DAP. Kalau tidak sudah tentu Anwar Ibrahim tentang habis-habisan Doktrin DAP mengenai kalimah Allah [SWT] tetapi Anwar Ibrahim akur sahaja apa yang di perkatakan oleh Doktrin DAP semata-mata kerana "kuasa, Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri.




No comments:

Post a Comment