Adakah kita dapat merancang sesuatu kejadian itu hanya dengan propaganda sahaja sedang realitinya kita tidak akan mencapainya tanpa sebarang usaha dan dedikasi yg luhur utk mencapainya. Adakah kerana utk mencapai sesuatu cita-cita maka kita laksanakan propaganda jahat dengan membelakangi realiti semasa kononnya pemimpin itu telah menggabaikan amanah yg telah di berikan oleh rakyat. Adakah dengan mempropagandakan agenda politik sempit kita maka kita boleh memutarbelitkan fakta dan kebenarannya utk memalingkan pemikiran dan hati rakyat supaya menyokong kita kerana tujuan utk membalas dendam dan ingin sangat menjadi pemimpin "AAAnugerah Tuhan, Pemimpin yg di nanti-nantikan dari Asia Timur utk membebaskan Masjildil Al-Aqsa dan Pemimpin yang paling bersih di Malaysia. Adakah kerana agenda jahat kita ini maka kita mempropagandakan "autaman, fitnah, pembohongan dan dusta" untuk mendapatkan kuasa tanpa mengetahui apakah agenda sebenarnya apabila kita sudah mendapat kuasa itu dan bagaimana pula utk menggunakannya utk kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat melainkan kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan kita sahaja. Adakah dengan mempropagandakan keburukan pemimpin-pemimpin negara dan negara Malaysia di luar negara sudah cukup utk memalingkan rakyat daripada realiti sebenarnya, iaitu bagaimana pemimpin itu telah bertungkus lumus utk memberikan rakyat yg terbaik dan melonjakkan nama negara Malaysia di persada dunia. Adakah dengan objektif utk memberikan keadilan, demokrasi dan kesamarataan di kalangan rakyat maka kita selayak menggunakan segala mungkin taktik untuk menjatuhkan kerajaan yang sentiasa dekat di hati dan jiwa rakyat iaitu kerajaan yang mementingkan kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, keadilan dan kemajuan. Cuba kita lihat antara propaganda dan realiti itu...
Adakah ini propaganda atau realiti |
Pemimpin yg telah memprojekkan diri sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia oleh pengikut-pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berkata apa nak jadi saya tetap akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Agenda Pemimpin "suka sama suka" ini senang aje kita akan sokong siapa sahaja yg menyokong dasar dan polisi kita iaitu "suka sama suka". Sekiranya dasar dan polisi itu ditentang maka kita akan tentang org itu habis-habisan. Ini dapat di lihat apabila Tok Guru Doktrin Islam PAS menegur Pemimpin "suka sama suka" supaya menarik balik dan memberi kenyataan secara umum kepada rakyat Malaysia atau saman WSJ tapi Pemimpin "suka sama suka" berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut kerana ianya telah di lapor luar dari konteks asal teks ucapannya dan telah di putar belitkan oleh UMNO dan media-media kerajaan. Persoalannya mengapa Pemimpin "suka sama suka" ini sanggup menggadaikan maruah diri dan negara Malaysia yg terkenal sebagai sebuah negara Islam di dunia yg menentang menubuhkan negara haram Israel mengeluarkan kenyataan yg bertentangan dengan dasar dan polisi luar negara Malaysia????? Adakah Pemimpin "suka sama suka" ini memerlukan "sponsor" dan "sokongan" dari luar untuk membantu Pemimpin "suka sama suka" mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7????? Sekiranya perkara ini berlaku bermakna sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah berulang kembali di mana Si Kitul dan Raja Mandaliar telah menjadi dalangnya dalam kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka selain dari percakaran dan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melaka di zaman kegemilangannya.
Kita semestinya mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yg berlaku di zaman silam sebagai panduan dan rujukan bukannya kita inginkan perkara-perkara buruk itu berlaku di negara Malaysia tercinta ataupun perkara-perkara itu mustahil untuk berlaku dan mustahil bagi Pemimpin "suka sama suka" menggadaikan dan menjual maruah Malaysia sebegitu rupa kerana itu adalah perbuatan dan sabotaj media-media propaganda UMNO dan Barisan Nasional sahaja yg memutar belitkan fakta kebenaran dan utk melindungi kekurangan dan kezaliman mereka. Sekiranya media-media propaganda UMNO dan Barisan Nasional memutar belitkan kenyataan kebenaran Pemimpin "suka sama suka" mengapa pula Pemimpin "suka sama suka" saman Utusan Malaysia bukannya WSJ????? Inilah yg terjadi kepada Pemimpin "suka sama suka" belum pun keputusan di umumkan maka beliau dan pengikut2nya telah mengajak rakyat Malaysia supaya mendemotrasi di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta yg di kenali sebagai demo 901 dengan agenda utk mengatakan kepada dunia betapa ketidakadilannya Mahkamah2 di Malaysia dan terdapat konspirasi antara kerajaan dan Mahkamah tetapi akhirnya Pemimpin "suka sama suka" di bebaskan. Kenyataan ketidakadilan Mahkamah dan teori konspirasi kerajaan itu tidak wujud sama sekali. Inilah propaganda yg sentiasa di mainkan oleh Pemimpin "suka sama suka" untuk memutar belitkan pemikiran rakyat Malaysia agar bangun dan menyokong REFORMASI berbanding dengan realitinya iaitu menyokong TRANSFORMASI. Kita bawa lagi propaganda di bandingkan dengan realiti....
Adakah kejadian di dalam pentadbiran Selangor Darul Ehsan yg di berikan jolokan oleh rakyat Selangor sebagai Selangor Darul Urut adalah propaganda atau realiti politik yg mesti di telan oleh Doktrin Islam PAS yg selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam tulen tetapi malangnya tersungkur di lembah "suka sama suka" di Selangor. Presiden Doktrin Islam PAS hanya boleh berkata bahawa MB Selangor memang layak pegang jawatan tersebut kerana beliau sentiasa mengadap dan berbincang dengan DYMM Sultan Selangor. Adakah itu sahaja alasannya?????
Kita hanya membawa dua isu yang hangat di perkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang. Ianya amat berkaitan sekali dengan hati dan jiwa kita iaitu Islam. Kita semestinya mempertahankan apa yg telah diberikan oleh Allah (SWT) kepada kita dan menentang apa yg sepatutnya di tentang bukannya sebaliknya iaitu menyokong apa yg di murkai oleh Allah (SWT). Oleh itu fikir-fikirlah wahai umat Melayu dan Islam di Malaysia agar kita tidak memilih pemimpin yg akan menjerumuskan kita ke dalam lembah "suka sama suka". Azab dan siksanya tidak datang serta merta tapi sikit demi sikit, ini dapat di lihat pada keadaan semasa di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
Adakah ini propaganda atau realiti |
Kita hanya membawa dua isu yang hangat di perkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang. Ianya amat berkaitan sekali dengan hati dan jiwa kita iaitu Islam. Kita semestinya mempertahankan apa yg telah diberikan oleh Allah (SWT) kepada kita dan menentang apa yg sepatutnya di tentang bukannya sebaliknya iaitu menyokong apa yg di murkai oleh Allah (SWT). Oleh itu fikir-fikirlah wahai umat Melayu dan Islam di Malaysia agar kita tidak memilih pemimpin yg akan menjerumuskan kita ke dalam lembah "suka sama suka". Azab dan siksanya tidak datang serta merta tapi sikit demi sikit, ini dapat di lihat pada keadaan semasa di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.
No comments:
Post a Comment