Sunday, January 22, 2023

Dua gurkha telah membuat laporan kepada ROS. KIta nantikan apakah tindakan ROS dan UMNO Pusat seterusnya.

RoS digesa siasat usul dua jawatan UMNO tidak dipertanding

KJ dan Tok Mail Bera sokong tindakan kedua-dua gurkha ini. Ini menunjukkan bahawa di dalam UMNO memang ada broker-broker dan/atau penyokong setia PN/PPBM. Mereka-mereka ini memang tidak bersetuju dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang mengheret UMNO ke dalam kancah kerajaan perpaduan tajaan DYMM Agong terutamanya yang di pimpin oleh DSAI. Walaupun telah diterangkan panjang lebar oleh Presiden dalam PAU 2022 tetapi masih ada prasangka sangsi dalam sanubari broker-broker PN/PPBM ini. 

KIta mesti ingat satu perkara "kemelut politik" berpanjangan tidak akan menguntungkan negara dan rakyat kerana "pertikaman politik" akan terus berlaku untuk merebut kuasa dan jawatan. Maka DYMM Agong telah menoktahkannya dengan anjuran "Kerajaan Perpaduan". Perlu diingat bahawa UMNO tidak masuk PH dan/atau bercium dengan DAPigs dalam PH tetapi hanya bergabung untuk menubuhkan kerajaan perpaduan anjuran DYMM Agong. DYMM Agong telah membuka peluang itu kepada PN dan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tetapi di tolak mentah-mentah oleh PN. Bila UMNO di berikan peluang, maka UMNO mengambil peluang itu untuk membolehkan kerajaan perpaduan di bentuk, adakah itu menjadi satu kesalahan di letakkan di atas bahu Presiden dan Timbalan Presiden?

Bila PN nak tubuhkan "kerajaan pintu belakang" dan mengajak UMNO untuk bergabung, maka tiada pula broker-broker PN/PPBM ini bising dan/atau jolok sana-sini untuk menjatuhkan institusi kepresidenan UMNO. Sebaliknya UMNO dengan berbesar hati memberikan laluan kepada Tok Mail Bera naik sebagai PM-9 walaupun tradisinya Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO adalah orang yang lebih layak pada ketika itu. Maka timbul pula kabilah Putrajaya dan kabila PWTC. Inilah permasalahan UMNO yang banyak dicemburui oleh pemimpin-pemimpin luar UMNO kerana setiap insan yang menjadi PM Malaysia pasti akan ada DNA UMNO. 

Kerajaan Perpaduan digesa hapuskan Akta SOSMA

Inilah perkara yang akan di bangkitkan kerana permasalahan ini banyak dikaitkan dengan permasalahan "sosial kaum India". Fahaman Tiger Eelam telah merebak di Malaysia dan terdapat ahli-ahli politik India yang menyokong secara terang-terangan pertubuhan haram tersebut tetapi telah di lepaskan semasa Tommy Thomas jadi Peguam Negara.

Kita tidak boleh mengambil "tindakan indah tak indah" dalam persoalan keselamatan negara dengan letakkan kepentingan sesuatu kaum itu lebih tinggi daripada keselamatan negara. Keselamatan negara adalah objektif utama negara manakala kepentingan kaum adalah agenda yang mesti selari dengan keselamatan negara. Ianya mesti tiada kompromi antara keselamatan negara dengan kepentingan kaum tertentu. 

Pemberian itu satu sedekah' - Abdul Hadi

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas Program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional, di Ladang Alam Warisan Kampung Tengah, Seri Menanti, hari ini. NSTP/Mohd Amin Jalil

KUALA PILAH: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

"Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia," katanya.

Inilah yang selalu di pertikaikan oleh umat Melayu yang beragama Islam. Siapa yang tak kenal dengan PAS yang banyak menggunakan dalil-dalil dan/atau nas Al-Quran untuk menghalalkan cara yang di gunakan oleh PAS. Pada pemimpin-pemimpin totok PAS, ianya adalah "satu pejuangan politik" untuk memartabatkan idealogi Isle PAS di Malaysia iaitu berkuasa dan berjawatan. Sekiranya di lihat kepada perkembangan politik di Kelate, Teganu dan Kedah kemajuan dan perkembangan Isle macam mana yang ingin di bawa oleh PAS yang boleh menjadikan Malaysia sebuah negara Isle sejati mengikut acuan PAS yang amat diidam-idamkan selama ini.

Sekiranya Isle PAS di anuti di Malaysia kemungkinan besar besar PASTI akan di martabatkan sebagai satu bentuk "pra persekolahan" untuk anak-anak di Malaysia kerana PASTI sudah menjadi satu "batu loncatan" untuk mendoktrinkan anak-anak ke dalam "idealisme PAS". Sebenarnya PAS tidak mempunyai kemampuan seperti parti-parti Melayu lain iaitu UMNO kerana corak kepimpinan dan falsafah kepimpinan PAS ini terlalu "extreme" sehinggakan sekiranya terlanggar bai'ah akan terlucut keislaman sesorang itu. Persoalan yang kerap di lontarkan oleh kita ialah adakah PAS ini Islam dan Islam itu PAS. Sehingga kini perkara itu tidak dapat di jawab oleh pendokong PAS.

Peristiwa lalu berkaitan dengan PAS amat memilukan dan/atau merobek jiwa masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Amanat Hadi yang telah memecahbelahkan masyarakat Melayu dan Islam kepada dua (2) iaitu Islam PAS dan Islam UMNO telah menjurangkan perpecahan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia bgitu meluas sekali. Walaupun sekarang nampak politik perpecahan masyarakat Melayu dan Islam itu tenang tetapi ianya akan bergolak apabila terdapat "PRK, PRN dan PRU". Pada ketika itu kita akan dapati kelompok-kelompok perpecahan tersebut bersungguh-sungguh untuk mematikan satu pihak lagi supaya puak-puak kopiah tinggi ini boleh mendapat kuasa dan jawatan. Sebaliknya bila dapat kuasa dan jawatan apa yang di buatnya tengok contoh Kelate. Ianya telah terbukti bahawa pemimpin-pemimpin PAS tiada kebolehan yang jitu dan perancangan untuk membawa kemajuan kepada sesuatu tempat melainkan menyibarkan idealogi dan kefahaman politik dan dasar perjuangan Isle PAS.

Setiakawan jauh sekali tikam belakang memang banyak telah di lakukan oleh PAS. Pada PAS apa yang menguntungkan mereka, maka PAS akan masuk walaupun bercium dengan "syaitan" sekali pun. Sesiapa yang tidak kenal politik dan idealogi serta perjuangan Isle PAS, maka individu itu masih kurang mantop dalam permasalahan perpecahan dalam masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Natijahnya apa sahaja yang dilaksanakan dan/atau bakal dilaksanakan oleh PAS pasti akan ada dalil-dalil dan nas Al-Quran untuk menyokong perbuatan tersebut. Inilah yang dikatakan dalil-dalil dan/atau fatwa-fatwa yang menghalalkan cara PAS untuk memesongkan pemikiran masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Ianya lebih kepada idealisme "Isle PAS" sebagai sebuah parti politik jika di bandingkan sebagai sebuah perjuangan untuk memartabatkan Isle di Malaysia.


Kenyataan pertahankan rakan sekutu walaupun niat itu satu rasuah...

mk-logo
BERITA
Beri wang pada pengundi: Niat lebih penting, kata Hamzah
2

Perkara yang lebih utama yang perlu diambil kira berhubung pemberian wang tunai adalah niat di sebaliknya, kata Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin.

Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mempertahankan pemberian wang tunai ketika PRU15 sebagai sedekah.

Walau apapun niatnya "rasuah" tetap rasuah juga. Cuba kita tanya SPR dan SPRM apakah interpretasi "niat sedekah" itu dalam konteks Akta SPR dan Akta SPRM untuk perkara di atas???????

Semasa di luar kerajaan berbagai formula di keluarkan tetapi bila dalam kerajaan "formula Razifi" semakin cetek pula...

Orang ramai diminta 'pulau' restoran, kedai makan yang gagal turun harga - Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ketika mengakui kerajaan tidak mampu campur tangan terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan itu, mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memulau premis yang gagal menurunkan harga.

Semasa membangkang memang senang cakap fitnah, autaman, bohong sana sini dan buat persepsi tetapi bila duduk sebagai Menteli Ekonomi baru tahu betapa susahnya nak turunkan harga barangan makanan asas dan harga makanan di restoran dan kedai makan walaupun harga barangan mentah sudah nampak penurunannya.

Akhirnya keluar kata-kata seperti Menteli-Menteli sebelum ini "kita pulau restoran dan kedai makan tersebut". Harga ayam naik jangan makan ayam, harga telur naik kita jangan beli telur dan sebagainya. Inilah orang cakap Bapak ketam nak ajar anak ketam berjalan lurus tetapi Bapak Ketam jalan pun senget macam mana anak ketam nak berjalan lurus...

Sunday, January 15, 2023

Kerajaan Perpaduan...tapi tiada reformasinya...PAU 2023...Jawatan Presiden & Timbalan Presiden di pertandingkan...

Kerajaan Perpaduan di wujud setelah PN dan PH tidak boleh duduk dalam satu mangkuk. Kerajaan Perpaduan itu merangkumi PH, BN. GPS, GRS, Warisan dan lalin-lain parti. Maka politik Malaysia ini tiada satu parti pun boleh mendadik dada bahawa mereka ada mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan berdasarkan simple majoriti iaitu 112 kerusi (222 kerusi Parlimen).

Indikator yang dapat di rumuskan daripada Kerajaan Perpaduan adalah kita tidak boleh mempercayai mana-mana parti politik dalam ceramahnya yang mengatakan pelbagai tomahan, hasutan, fitnah dan cemuhan kepada parti lawan. Sebaliknya apabila keputusan pilihanraya di umumkan mereka-mereka itulah yang berpelukan dan bercium mulut untuk membentuk Kerajaan.

Pemimpin-pemimpin sekarang hanya pentingkan jawatan dan kuasa untuk menunjukkan bahawa mereka adalah lebih baik dan lebih berkaliber daripada orang lain. Inilah yang dapat dilihat di antara pertembungan DSAI, TSMY, DSZH, TSHA dan TM. Akhirnya TM tewas dan hilang duit deposit, DSAI menang 3,000 undi lebih, DSZH menang 300 undi lebih, TSMY dan TSHA memang selesa tapi tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana sikap sombong. bongkak dan pentingkan parti daripada kepentingan rakyat.

PRU15 telah memperlihat satu perubahan drastik politik Malaysia yang mana tiada parti-parti yang dapat membentuk kerajaan dengan selesa tanpa bergabung dengan parti-parti lawan. Maka jalan tengah mesti di cari untuk membolehkan kerajaan di bentuk untuk memajukan Malaysia dan mensejahterakan rakyat. Selepas PRU15 suasana politik semakin reda kecuali di Sabah yang terpalit dengan senario politik "perebutan kuasa kerana ADUN2 yang keluar parti PPBM". Permasalahan politik di Malaysia ini kebanyakkannya adalah permasalahan PPBM. Oleh itu untuk menghapuskan permasalahan "politik katak" ini AKTA LOMPAT PARTI perlu di wujudkan di negeri-negeri agar ianya selaras dengan Undang-Undang yang telah di bentangkan di Parlimen tempoh hari. Cuba bayangan sekiranya AKTA LOMPAT PARTI tiada selepas PRU15 apa akan jadi dengan percaturan dan/atau lompat parti bagi mencukupkan "corum" parti-parti tertentu untuk memerintah dan berkuasa.

Selepas ini mohon sekiranya Menteri Hal-Ehwal Undang-Undang wujudkan pula AKTA DANA POLITIK supaya ianya memudahkan dan/atau menyelaraskan dana-dana berunsur politik yang di terima oleh pemimpin-pemimpin parti-parti untuk kegunaan parti-parti masing-masing. Ini untuk mengelakkan daripada "political prosecution" yang tidak sepatutnya di dakwa atas penerimaan dana politik.


PAU UMNO 2022

Hentikan kegilaan ini, jangan matikan demokrasi dalam UMNO – KJ

Ramai pemimpin-pemimpin di peringkat Pemuda, Wanita telah menyuarakan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden begitu juga ahli-ahli MKT perlu di pertandingkan dalam pemilihan yang akan di adakan selepas 6 bulan PRU15 iaitu sekitar bulan May, 2023.

UMNO mesti mengekalkan kesuburan demokrasi dalam parti itu sendiri supaya tidak akan di cemuh dan di tohmahkan oleh netizen-netizen di luar bahawa UMNO cakap pasal demokrasi tapi dalam parti UMNO diktator di biarkan bergerak bebas.

Dalam ucapan pembukaan Presiden UMNO, DSZH telah menjelaskan tentang pelbagai isu yang di hadapi UMNO sehinggalah ke tarikh selepas PRU15 di mana UMNO telah menjadi penentu untuk pembentukkan kerajaan perpaduan. Malahan dalam ucapannya DSZH juga telah memberikan mandat sepenuhnya kepada perwakilan PAU 2022 untuk menentukan samada akan ada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada bulan May, 2023.

Bila para perwakilan PAU 2022 memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, maka broker-broker PN dan PPBM mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. KJ telah menyatakan bahwa terdapat "perwakilan import" dan mantan PM-9 pula menyatakan dibimbangi jejaskan keyakinan orang muda terhadap UMNO". Sekiranya di perhalusi soal pertanding untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ini adalah lebih baik ianya tidak di pertandingkan memandangkan permasalahan broker-broker PN dan PPBM telah bergantayangan dalam UMNO. Peranan broker-broker PN dan PPBM ini adalah amat licik dan jahat sekali sehinggakan sanggup mengadaikan perjuangan UMNO demi untuk mendapatkan jawatan dan kuasa. Inilah yang menjadi permasalahan UMNO kerana tiada yang sebulat hati dan cekal untuk mempertahankan institusi kepresidenan UMNO.

Masing-masing nak tunjukkan lagak dan sombong bahawa merekalah pemimpin yang lebih berkaliber untuk memimpin UMNO di bandingkan dengan DSZH sehinggakan ada yang terang-terang cakap semasa kempen PRU15 yang akan bertanding jawatan Presiden dan ada juga yang telah menubuhkan Muafakat Nasional secara senyap-senyap sebagai NGO kononnya.

Inilah sebabnya UMNO kurang mendapat sambutan orang muda bukan kerana orang muda tidak kenang jasa UMNO tetapi sikap dan ego pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak dapat mengawal diri dan patuh kepada perjuangan UMNO serta institusi kepresidenan UMNO itu telah menyebabkan orang muda lari menyokong parti-parti lain. Bila kalah salahkan Presiden UMNO tetapi pemimpin-pemimpin itu tidak mahu melihat keadaan dirinya yang tidak di senangi oleh para pengundi di kawasannya setelah sekian lama bertapak tanpa mahu lepaskan jawatannya. Kedudukkan kepimpinan mesti ada hadnya kerana tidak semua orang akan suka kepada kita walau macam mana pun kita telah melakukan untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat.

Bukannya PH (PKR, DAP, AMANAH dan MUDA) itu baik dalam terbaik dan bukannya PN (PPBM, PAS, GERAKAN) itu terbaik di kalangan yang terbaik tetapi mungkin rakyat ingin mencuba sesuatu yang berlainan daripada 60 tahun dahulu. UMNO mesti terus mencorak dan melakukan perubahan sepantas halilantar untuk membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Peluang telah di berikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan perpaduan. Kita harap pemimpin-pemimpin itu dapat perlihatkan prestasi cemerlang dalam membantu DSAI untuk menstabilkan politik, memakmurkan dan memajukan negara serta mensejahterakan rakyat. Kos sara hidup dan kebajikan rakyat telah di letakkan pada tahap tinggi dan ianya telah menjadi keutamaan kepada kerajaan perpaduan. 

Bagi mengelakkan sebarang tindakan yang tidak diingini dalam UMNO maka adalah wajar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Sekiranya Presiden dan/atau Timbalan Presiden tewas kemungkinan broker-broker PN dan/atau PPBM akan menarik balik sokongkan terhadap kerajaan perpaduan adalah amat besar sekali. Kita ucapkan tahniah kepada para perwakilan yang telah memberi mandat supaya tiada pertandingan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Sungguhpun begitu terdapat juga suara-suara sumbang broker-broker PN dan/atau PPBM supaya satu usul di kemukakan kepada ROS untuk menentukan keabsahan mandat perhimpunan PAU 2022. Inilah contoh betapa tidak kesatuannya UMNO dalam memperjuangkan dasar UMNO untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat. Masing-masing ingin menegakkan pucuk masing-masing yang berpunca daripada "kabilah-kabilah" dalam UMNO.

Dalam arus politik yang telah berubah sejak PRU14 tidak mungkin UMNO akan mendapat undi terbanyak sekiranya tidak memilih "pasukan" yang dapat meraih undi Melayu dan bukan Melayu. Keputusan PRU15 telah menunjukkan kepada kita bahawa PH sudah pasti akan berjaya mengaut undi terbanyak di kawasan bandar, sub-bandar dan sekarang di luar bandar begitu juga PN yang berjaya mengaut undi Melayu terbanyak manakala BN hanya bergantung kepada undi Melayu yang masih menyokong dan setia dengan UMNO. Sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO tidak berubah dan masih syok sendiri, maka kemungkinan UMNO akan di kuburkan oleh pengundi Melayu adalah amat besar sekali melainkan PH mahupun PN tidak dapat memberikan pilihan yang dikehendaki oleh rakyat.

Nak bangkit daripada kekalahan adalah tugas besar dan berat sekali sama juga kita hendak mengekalkan tempo kemenangan tersebut. Semuanya terletak di atas bahu pucuk kepimpinan UMNO dan ke arah mana pucuk kepimpinan hendak bawa "kapal UMNO" yang terpaksa melintasi samudera yang ganas untuk menuju ke destinasi "alam kemenangan dan kembali sebagai pemerintah" di persada politik Malaysia. KIta sebagai pendokong UMNO mendoakan kepimpinan UMNO di kurniakan taufik dan hidayah oleh Allah (SWT) untuk terus menjadi pemimpin selagi tidak membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Bagi yang hendak menjadi broker-broker PN dan/atau PPBM kembalikan kesetiaan kelian kepada UMNO dan institusi kepresidenan UMNO tersebut jangan di carik-carik bulu ayam, sampai "dibakar" hangus tetapi lama-lama bercantum semula demi kelangsungan UMNO itu sendiri dalam persada politik negara.