Tiada siapa tahu rezekinya di mana akan datang, bagaimana dia datang dan bila dia akan datang. Manusia hanya boleh merancang tetapi ketentuannya adalah terletak di tangan Allah (SWT). Adakah rezeki manusia telah tertulis dalam dalam Kitab Lufmahfuz atau memang Allah (SWT) akan mengurniakan kepada manusia setimpal dengan usaha manusia?
Sekiranya kita selidiki perumpaaan di dalam Al-Quran, maka akan dapati bahawa kita di beritahu untuk bekerja seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya tetapi kita juga di peringatkan untuk beramal ibadat seolah-olah kita akan mati esok.Ini bermakna kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang ada di mukabumi Allah (SWT) ini dan sentiasa beramal ibadat kepada Allah (SWT) pada ketika dan masa yang telah di tetapkan kerana tiada siapa boleh menyatakan bahawa "si polan itu akan mati 1000 tahun lagi mahupun si polan akan mati esok. Itu semua rahsia Allah (SWT) yang tidak diketahui oleh manusia malahan Nabi Muhammada (SAW) iaitu kekasih Allah (SWT) pun tidak berani membicarakan dan/atau mengetahui akan rahsia Allah (SWT) tersebut.
Adakah kita ingin menjadi seperti Qarun yang mengatakan kekayaan dan kemewahan yang di nikmati pada ketika itu adalah hasil dari usaha gigihnya sahaja. Sedangkan kita tahu bahawa setiap apa yang ada di dunia ini adalah milik dan kepunyaan Allah (SWT). Itulah sebab nya Allah (SWT) kurniakan kekayaan kepada orang-orang kafir kerana mereka tidak tahu menyukuri nikmat dan kemewahan yang telah di berikan oleh Allah (SWT) melainkan menyatakan itu adalah usaha dan penat lelah mereka dan mereka juga menduakan Allah (SWT) dengan berhala-hala dan patung-patung gemuk kononnya berhala-hala dan/atau patung-patung gemuk tersebutlah yang telah memberi rezeki kepada mereka. Jangan kita sekali-kali ingkar dan sombong dengan kenikmatan dan kemewahan yang telah di berikan oleh Allah (SWT) kepada kita seperti "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan".
Kita tanya sekiranya kita inginkan sesuatu perkara dan/atau benda, apakah yang kita perlu buat? Kita mesti berusaha dan melaksanakan tugasan-tugasan tertentu untuk mecapai cita-cita apa yang kita inginkan. Kemudiannya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah (SWT) untuk memberikan nikmat dan kejayaan yang kita inginkan. Tapi kita mesti ingat pada ketika kita inginkan sesuatu baru kita tunduk dan mengadap serta menadah tangan kepada Allah (SWT) tetapi pada ketika sedang bergelumang dengan "nikmat dan kemewahan" adakah kita ingat kepada Allah (SWT)? Kekayaan, kemewahan. kesihatan, sihat tubuh badan dan nikmat semua pancaindera adalah kurniaan Allah (SWT) dan kita mesti menyukuri segala nikmat-nikmat dan kemewahan yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada kita.
Dalam setiap nikmat dan kemewahan yang dikurniakan oleh Allah (SWT) kepada kita adalah satu amanah. Disetiap nikmat dan kemewahan tersebut terdapat bahagian orang yang perlu kita "infakkan" dalam bentuk sedekah dan/atau zakat". Seiap infak dan/atau sedekah yang kita keluarkan akan digantikan dengan perkara-perkara lain oleh Allah (SWT) kerana Allah (SWT) telah berjanji setiap satu tangkai yang kita infakkan dan/atau sedekahkan akan digantikan dengan 7 tangkai yang baru. Cuba bayangkan kita dapat 7 tangkai baru yang akan dikurniakan oleh Allah (SWT) dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi kadang kala kita mengganggapkan itu adalah perkara yang remeh contohnya apabila kita dikurniakan dengan kesihatan yang "tip-top" tetapi bukan kemewahan yang kita perolehi. Nikmat kesihatan dan sihat tubuh badan itu adalah satu kurniaan yang maha tinggi oleh Allah (SWT) kerana bukan sahaja kita boleh melaksanakan pelbagai bidang tugasan tetapi kita juga sentiasa dapat beramal ibadat kepada Allah (SWT) dengan jayanya.
Sekiranya ayam kita boleh nampak tuah di taji tetapi manusia tuah letak di mana? Siapa yang boleh baca rahsia Allah (SWT)? Malaikat pun takut untuk persoalkan rahsia Allah (SWT) begitu juga Nabi Muhammad (SAW) tidak pernah memyelidiki rahsia Allah (SWT). Adakah kita manusia mengetahui mengenai rahsia Allah (SWT) tersebut? Sekiranya kita akur dan percaya dengan kebesaran, keagungan dan kebijasaknaan serta sifat maha mengetahui Allah (SWT) itu, maka kita akan akur dengan rahsia tersebut dan tidak ingin mengetahui dari mana datangnya rezeki tersebut. Sebaliknya bagi munafik, kafirun dan yang tiada agama akan menyatakan bahawa rezeki itu adalah akibat dari usaha keras manusia seperti mana yang terjadi kepada Firaun, Qarun dan kaum-kaum Bani Israel yang sentiasa gagal dan/atau enggan untuk akur dengan perintah Allah (SWT).
Kita mesti melihat kepada keadaan bumi yang kering kontang tetapi Allah (SWT) dengan kebesarannya telah turunkan hujan untuk membasahi bumi yang kering kontang tadi menjadi subur dan tumbuhan akan tumbuh. Adakah berhala-berhala dan/atau patung-patung sembahan kafirun itu dapat menurunkan hujan tersebut? Kita mesti ingat bahawa berhala-berhala dan/atau patung-patung itu adalah ciptaan manusia sahaja. Sekiranya manusia pun tidak dapat untuk menurunkan hujan, macam mana pula berhala-berhala dan/atau patung-patung itu boleh melaksanakannya?
Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa "apabila kami berikan nikmat kepada manusia dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa". Inilah perangai manusia yang gagal untuk mempercayai bahawa "Allah (SWT) melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Allah (SWT) kehendaki. Sesungguhnya Allah (SWT) Maha Mengetahui segala sesuatu". Kita mesti ingat nasihat dalam Al-Quran "Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagain darinya (keuntungan dunia) tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat".