Tun Mahathir pernah berkata bahawa "DAP anti Melayu, rasis & chauvinis tetapi 2017 dan seterusnya menjelang PRU 14 DAP tidaklah seburuk yang disangka". Di Perak semasa Pakatan Rakyat DAP berkuasa di bonekakannya "MB PAS" Si Nizar Pembohong. Dahulu saya kata DAP rasis lebih syaitan dari syaitan sekarang tidak salah ikut DAP. Sayalah orang yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh kita terpaksa memburukkkan imej musuh. Ini macam kata-kata YB Pandan, kita pembangkang kalau nak menang mesti kena hasut rakyat setiap hari pagi petang siang dan malam.
Nampak sangat Tun Mahathir terdesak untuk menjatuhkan Tok Jib sehinggakan sanggup meninggalkan "prinsipnya" dengan bergabung dengan musuh azalinya "SYAITAN DAP" untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang telah di tunjangi selama 22 tahun. Kita rasa Tun Mahathir telah menjadi Pakitul "di zaman cybertronics" dengan menyebarkan berita autaman dan fitnah sepanjang masa yang sebelum ini di pelopori oleh Rafizi pembohong No.1 Malaysia. Persoalannya kenapa Tun Mahathir bergamak berselimut dan bersekedudukan dengan "SYAITAN DAP" untuk menjatuhkan Tok Jib?
UMNO/BN adalah partai yang telah menjulang Tun Mahathir dalam masa "thick and thin" selama 22 tahun. Apakah perancangan Tun Mahathir tidak di endahkan oleh Tok Jib yang menyebabkan Tun Mahathir berdendam sangat dengan Tok Jib sehingga sanggup mengelar apa sahaja yang di berikan oleh Tok Jib kepada rakyat sebagai "rasuah" termasuklah BRIM. Semasa Tun Mahathir dulu, kita rasa rakyat tidak pernah menerima bantuan "kewangan" seperti BRIM dan lain-lain bantuan kerana Tun Mahathir lebih pentingkan "kronisme and projek mega".
Kita masih ingat lagi laungan Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya tetapi malangnya Pakatan Harapan mengangkat Tun Mahathir sebagai calon PM dan TPM Wan Azizah (sementara) sehingga Anwar Ibrahim keluar penjara. Kita nak tanya di manakah reformasi yang dilaungkan oleh PKR dahulu yang menyatakan Tun Mahathir Mahafirau, Mahazalim dan sebagainya? Adakah laungan tersebut mati dan dosa Tun Mahathir telah diampunkan apabila Tun Mahathir menyertai Pakatan Harapan? Nampak sangat Pakatan Harapan tiada pemimpin yang berkaliber untuk menerajui Putrajaya sebaliknya terpaksa mengambil pemimpin "cyclone" untuk menjadi Ketua walaupun akar umbi menyatakan sebaliknya. Kita rasa undi protes akan berlaku di kebanyakkan tempat di Semenanjung Malaysia kerana akar umbi PKR tidak berapa senang dengan kehadiran Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan kelihatan seperti kapal yang akan karam di tengah lautan apabila kelasi-kelasi kapal meninggalkan kapal untuk terjun membunuh diri dari bertuankan Tun Mahathir.
Tun Mahathir yang bercium dengan "SYAITAN DAP" di kacamata UMNO/BN adalah ibarat belangkas yang sudah hampir menemukan "SYAITAN YANG KENALI". Mengapa kita mengelar "SYAITAN YANG DIKENALI" ialah kerana selama ini kita di nodai oleh luahan dan kata-kata Tun Mahathir yang lunak-lunak bagai buluh perindu. Apabila Tun Mahathir menunjukkan kukunya dalam mencorakkan pentadbiran dan siapa patut jadi PM dan TPM, maka kita sudah nampak "persetannya" untuk menaikkan "BOBOI"nya walaupun kredibiliti BOBOI sebagai MB Kedah di pertikaikan oleh banyak pihak. Pada kita tiada salahnya Tok Jib dalam permasalahan IMDB kerana PAC yang di lantik oleh Parlimen untuk mengkaji dan membuat soal-siasat IMDB tidak menampakkan keterlibatan Tok Jib dalam permasalahan IMDB. Ini telah di akui oleh YB Kepong (YB DAP) yang telah membuat kenyataan akhbar setelah Lapaoran PAC di keluarkan. Duit 2.6 billion pula telah di akui sebagai duit derma kepada Tok Jib dari putera Arab Saudi untuk menghadapi PRU 13 bagi menjamin kepimpinan Islam terus kekal di Malaysia. Itu pun pemimpin2 Pakatan Harapan masih berkata-kata lagi sedangkan isu itu sudah basi.
Sekarang isu Kem Sg Besi di canang kononnya Tok Jib telah menjualnya kepada Negara China tetapi pada dasarnya Tanah Kem Sg Besi tersebut hendak di bangunkan menjadi Bandar Malaysia dan TUDM telah di berikan tapak baru di Sendayan sebagai Kem TUDM yang lebih besar dan lebih canggih. Persoalannya kenapa rakyat begitu terpengaruh dengan "cybertroopers PH" yang cuba menimbulkan persepsi buruk terhadap UMNO/BN dan Tok Jib. Kita tidak jangka Tok Jib begitu "bodoh" untuk mengadaikan maruah negara hanya untuk menutup hutang IMDB. Sekarang duit ringgit berbanding dolar America pun sudah mencecah 3.8000 dan KLCI pun semakin melonjak dan ekonomi Malaysia semakin kukuh. Adalah pengukuhan tersebut adalah akibat "Tun Mahathir berjumpa dengan pemimpin-pemimpin EU tempoh hari". BOBOI dalam termubualnya menyatakan bahawa EU semakin berminat untuk melabur di Malaysia selepas perjumpaan tersebut iaitu berjumpa dengan "PM in the making". BOBOI dalam temubualnya juga menyatakan bahawa beliau malu mengaku sebagai rakyat Malaysia kerana masalah yang Malaysia hadapi sebaliknya mengaku beliau adalah rakyat Brunei. Pelik bin ajaib. Itulah manusia selagi bernyawa selagi itulah tak puas dengan apa yang mereka ada. Allah (SWT) sudah bagi satu peti hendak peti yang kedua macam QARUN yang kuncinya sahaja di pikul oleh ratusan "kadam-kadam". Akhirnya harta QARUN tenggelam bersama dengan QARUN dalam perut bumi. Setiap kali orang bergali lubang dalam Tanah mimpikan terjumpa harta QARUN.
Natijahnya kita jangan jadi seperti QARUN mahupun seperti FIRAUN yang mahazalim dan mahafiraun sehinggakan mengaku FIRAUN adalah lebih TUHAN dari ALLAH (SWT). Pemimpin dating dan pergi, sebelum pemimpin pergi mengadap Allah (SWT) hendaklah pemimpin berfikiran waras dan melihat kepada apa yang pemimpin tersebut telah lakukan semasa pemimpin di pinjamkan kuasa oleh ALLAH (SWT). Apabila Tun Mahathir bersekongkol dengan "SYAITAN DAP" maka niat Tun Mahathir ialah untuk menjatuhkan pertadbiran Islam dan pemimpin Islam untuk di serahkan kepada pemimpin "boneka SYAITAN DAP". Dalam pembahagian kerusi PH tempoh hari 52 kerusi PPBM, 51 kerusi PKR, 35 kerusi DAP dan 21 kerusi AMANAH. Persoalannya adakah SYAITAN DAP tidak akan memenangi kesemua 35 kerusi yang dipertandingkan? Di sini kita masih was-was dengan agenda PH yang kononnya melantik Tun Mahathir dan Dr Wan Azizah sebagai PM dan TPM tetapi pada hakikatnya SYAITAN DAP akan menguasai pentadbiran Putrajaya seperti mana di Selangor, Penang dan Perak satu ketika dulu. Kita sebagai rakyat masih ingat akan kejadian milikan Tanah 999 tahun yang di anjurkan oleh SYAITAN DAP di Perak. Di Selangor MB PKR pun tidak dapat menghalang kerakusan SYAITAN DAP dalam menjarah bumi Selangor sesuka hati. Di Penang jangan cerita sehinggakan "projek tunnel" yang belum bermula sudah menelan berjutaan ringgit sehinggakan SPRM terpaksa di panggil untuk membuat siasatan.
Natijahnya Tun Mahathir adalah pengkhianat dan pembelot kepada agenda UMNO/BN yang ingin memperkasakan Islam dan Melayu di Malaysia baik dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kita tidak perlu untuk menyatakan satu persatu mengapa Tun Mahathir mengkhianat perjuangan UMNO/BN tetapi rakyat Malaysia terutama Melayu dan Islam boleh melihat, membaca dan meneliti setiap kata-kata yang diutarakan oleh Tun Mahathir itu samada ianya adalah untuk kepentingan rakyat ataupun kepentingan peribadi, keluarga dan kronisme. Semasa PRU 13 pun perang "cybertronics" adalah lebih getir di bandingkan dengan PRU 14 nanti kerana di ketika PRU 13 para "cybertroopers" UMNO/BN tidak begitu "berani menonjolkan diri" tetapi sekarang "perang cybertroopers" agak seimbang. Ini bermakna Tun Mahathir tidak dapat mengaut keuntungan dari blog Che.Datnya kerana setiap hari akan ada penerangan mengenai apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir. Kita berharap Tun Mahathir sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat agar "Pakitul" tidak akan timbul selepas beratus tahun di buang dalam Selat Melaka.