Tan Sri YAB TPM |
Menurut Tan Sri Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO bahawa UMNO sudah bersedia untuk memenuhi menjayakan pemilihan terbesar dalam sejarah penubuhannya pada 12 dan 19
Oktober nanti bagi menjadikan UMNO lebih kuat, disegani serta dihormati.
Menurut beliau segala persiapan sudah dilakukan dengan sebaik mungkin, para
perwakilan yang berjumlah 146,000 juga cukup matang untuk memilih
pemimpin di peringkat bahagian, sayap dan nasional bagi memimpin orang
Melayu serta negara Malaysia.
Malah, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri yakin apabila
selesai pemilihan kelak, UMNO bukan sahaja akan muncul sebagai sebuah
parti yang paling demokratik tetapi bersifat dinamik dengan mencerminkan
segala pengalaman dan keupayaan untuk memerintah.
Bagaimanapun, beliau tetap menasihatkan para perwakilan serta calon
yang bertanding agar memastikan pemilihan kali ini berjalan dalam
keadaan tertib, tersusun dan penuh kekeluargaan kerana banyak pihak
sedang memerhati perjalanan transformasi UMNO.
UMNO cukup bersedia. (menjalankan) Simulasi, kursus dan taklimat yang
melibatkan sejumlah tenaga yang begitu ramai. Ini bukan sesuatu perkara
yang terlalu susah kerana pemilihan UMNO sudah berlaku sekian lama,
cuma kali ini melibatkan format baharu. Ini demokrasi dalam parti. Kita lihat kebijaksanaan perwakilan. Saya
yakin mereka bijaksana dan tahu siapa mereka nak pilih, bukan sahaja
bahagian dan sayap, tetapi nasional.
Sekarang semangat pemilihan tersebut sedang rancak berjalan di serata pelusuk Malaysia di mana 146,000 orang ahli UMNO akan menentukan pemimpin-pemimpin untuk PRU14 nanti. Mana-mana pemimpin-pemimpin yang "otai" yang sudah tiada idea selain dari idea "basi" lebih baik berundur secara "hormat" sebelum "ahli-ahli" menetak "pemimpin tersebut" yang terus ingin berpegang kepada kuasa dan pangkat tetapi gagal dalam memberikan khidmat yang jitu kepada agama, bangsa dan negara selain dari "khidmat untuk poket sendiri".
Sekarang semangat pemilihan tersebut sedang rancak berjalan di serata pelusuk Malaysia di mana 146,000 orang ahli UMNO akan menentukan pemimpin-pemimpin untuk PRU14 nanti. Mana-mana pemimpin-pemimpin yang "otai" yang sudah tiada idea selain dari idea "basi" lebih baik berundur secara "hormat" sebelum "ahli-ahli" menetak "pemimpin tersebut" yang terus ingin berpegang kepada kuasa dan pangkat tetapi gagal dalam memberikan khidmat yang jitu kepada agama, bangsa dan negara selain dari "khidmat untuk poket sendiri".
Pada kita pemimpin datang dan pergi tetapi apa yang kita nak cari ialah pemimpin yang dapat meninggalkan "legasi" dan "impak" yang besar kepada agama, bangsa dan negara.
Ahli-ahli UMNO kena bijak memilih dan jangan terlalu mengikut perasaan dalam pemilihan nanti. Kita nak cari pemimpin yang ikhlas, jitu, mantop, berkaliber serta berwawasan bukan pemimpin "gua aje yang layak jadi pemimpin UMNO". Sindrom itu kita kena buang jauh-jauh kerana ianya akan memakan UMNO dari dalam. Ini di perlihatkan dalam PRU13 lalu di mana orang Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan Parti Anwar Ibrahim bukan PKR untuk semua kaum.
Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat sayap, MT dan bahagian UMNO.
Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya UMUM ke-14 (PRU14). Oleh itu perwakilan perlu juga memikirkan untuk memilih barisan pemimpin UMNO yang dapat menyaingi kehebatan barisan pemimpin pembangkang.
Sekarang semuanya terpulang kepada 146,000 orang ahli UMNO untuk membuat keputusan seperti berikut:-
1. Presiden - menang tak bertanding
2. Timbalan Presiden - menang tak bertanding
Jawatan Naib Presiden - Calon-calonnya:-
1. Zahid Hamidi - penyandang
2. Shafie Afdal - penyandang
3. Hishamuddin - penyandang
4. Mukhriz - MB Kedah
5. Isa Samad - Pengerusi Felda
6. Ali Rustam - Senator
Kita kena pilih yang dapat membantu UMNO bertahan untuk PRU14 nanti...
Jawatan Majlis Tertinggi - 25 orang calon:-
Ismail Sabri bin Yaacob | ||||||||
Rosnah Abd Rashid Shirlin | ||||||||
Abdul Azeez Abdul Rahman | ||||||||
Razali Ibrahim | ' | |||||||
Azalina Othman Said | 6 | |||||||
Raja Nong Chik Raja Zainal Azlan Man Sohaimi Shahadan Idris Haron Idris Jusoh Abdul Rahman Dahlan Nur Jazlan Mohamed Halimah Mohamed Sadique Md Alwi Che Ahmad Dr. Sazili Sahibi Jamaluddin Jarjis Mohd Puad Zarkashi Abdul Aziz Kaprawi | ||||||||
Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohamed Hasan Malek Mahadzir Khalid Samsul Anuar Nasarah Mustapa Mohamed | ||||||||
Mokhtar Radin
Dr. Zubir Harun
Jamil Khir Baharom | ||||||||
Ketua Pemuda - KJ (advantage) Naib Ketua - antara Jamawi Jaafar & Khairul Azwan Harun Wanita - Sharizat (advantage) Naib Ketua - YB Sungai Tiang ada (advantage) Puteri - seimbang | ||||||||