Wednesday, February 29, 2012

ASAL BUKAN UMNO TAPI DOKTRIN ISLAM PAS BAGAIMANA PULA????? ADAKAH DENGAN MENGUNDI DOKTRIN ISLAM PAS KITA AKAN DAPAT PEMIMPIN ISLAM. KITA SUDAH LIHAT TRAJEDI DI SELANGOR DI MANA DOKTRIN ISLAM PAS "TERSUNGKUR" DI LEMBAH "SUKA SAMA SUKA". DOKTRIN ISLAM PAS PUN KERAP DI TEMPELAK OLEH DAP DALAM SOAL PENGUATKUASAAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI. DOKTRIN ISLAM PAS KERAP DI GUNAKAN SEBAGAI KELDAI UTK DI BEBANKAN DENGAN BARANGAN BERAT TETAPI BILA BARANGAN BERAT ITU TIADA MAKA DOKTRIN ISLAM PAS AKN DI PINGGIRKAN. DOKTRIN ISLAM PAS KERAP DI ANGGAP SEBAGAI PEMAIN SIMPANAN DALAM PAKATANAL "SUKA SAMA SUKA" SEHINGGAKAN YB KUALA SELANGOR KATA TIMBALAN PRESIDEN PAS PUN DOKTRIN ISLAM PAS BOLEH SERAHKAN KEPADA NON-MUSLIM...WOW MAKIN LAMA MAKIN SESAT DAN MENYESATKAN DOKTRIN ISLAM PAS INI...


KUALA LUMPUR, 15 Nov: Rakyat Melayu Islam digesa jangan terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda ‘tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung’.

Dalam satu kenyataan hari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak penulisan kebelakangan ini daripada pemikir Melayu Islam yang meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

“Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umnolah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

"Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Namun, apa yang penting ialah ‘Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?" tanya beliau.

Tuan Ibrahim berkata walaupun hujah di atas sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar namun beliau memberikan lapan hujah untuk direnungkan rakyat Melayu Islam sebelum membuat kesimpulan.

Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

Umno dah tewas lebih  20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana [BETUL UNDANG2 ISLAM DAPAT DI LAKSANAKAN DI KELANTAN]...

Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Untuk Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

“Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?” tegas beliau.

Tuan Ibrahim turut menyifatkan parti komponen BN masih mengamalkan pemikiran sempit dari era sebelum merdeka.

“Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC,” kata beliau.

Kini, kata Tuan Ibrahim rakyat negara dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka. Beliau turut mengingatkan hakikat bahawa kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah.

“Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya,” terang beliau sambil bertanya, “Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?”

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam.

“Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

“Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa,” tegas beliau lagi.

HUDUD ...SENJATA POLITIK DOKTRIN ISLAM PAS...

Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.

Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO.

Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum 1990, PAS telah membesar-besarkan isu hudud dan berjanji kepada rakyat, khasnya di Kelantan sekiranya parti itu berkuasa mereka akan melaksanakan hukum tersebut.

Setelah PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan, maka janji yang dibuat oleh PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu hanya tinggal janji, kerana sebelum itu tidak ada apa-apa persediaan yang dibuat bagi melaksanakan hukum tersebut. Tetapi apabila Pilihanraya Umum [PRU 13] yang baru heboh diperkatakan yang ianya akan diadakan tidak lama lagi, maka mahu tak mahu janji itu harus diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kalau tidak ianya akan mengancam kedudukan parti yang membuat janji itu.

Justeru itu dalam tempoh yang singkat, secara tiba-tiba pada 24 dan 25hb November 1993, maka bergemalah suara-suara yang lantang dan bersemangat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, menandakan lahirnya hukum Hudud untuk dilaksanakan di negeri itu. Oleh kerana hudud itu sudah dan diluluskan berdasarkan kepentingan politik dan bukan berdasarkan kebenaran serta perancangan yang rapi dan menyeluruh, maka banyaklah kelemahan dan kelonggaran yang tidak mencerminkan Hudud Islam tetapi lebih mencerminkan Hudud PAS.

Antara kelemahan-kelemahan dan kelonggaran yang terdapat dalam Hudud PAS itu menurut mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana hukum tersebut tidak dibuat melalui proses mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan akidah feqah yang syaamil.

Kajiannya amat terhad tidak boleh ditafsirkan sebagai selari dengan kaedah feqah untuk mencapai muslihat ummah. Undang-undang itu juga hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, sementara orang bukan Islam dikenakan mengikut Undang-undang Jenayah Biasa, perbezaan antara kedua-duanya amat ketara, tidak mencerminkan keadilan dalam apa jua sistem nilai dan agama. Justeru itu maka Hukum Hudud yang ditaja oleh PAS itu terpaksa ditolak dan dikaji semula.

Walaupun hukum itu ditolak, tetapi bagi pemimpin dan ahli-ahli PAS bukanlah merupakan masalah pokok yang perlu dikesali, yang penting mereka dapat melepaskan diri daripada ikatan janjinya terhadap rakyat Kelantan, kalau tidak janji itu akan mengancam kedudukan mereka dalam pilihanraya yang akan datang, sekarang mereka telah terselamat dari ancaman itu bahkan mereka juga telah mendapat modal baru untuk memancing undi dan modal itu sekarang telahpun kedengaran di sana-sini terkeluar dari lidah-lidah PAS yang panas dan membakar, kononnya UMNO menentang Hukum Hudud, UMNO membuat tipu helah untuk melaksanakan hukum hudud, UMNO menggunakan ulamak ala Amerika untuk menolak Hukum Hudud dan bermacam-macam tuduhan lagi dibuat.

Walau apa pun diperkatakan, UMNO tetap berpegang kepada aqidah dan kepercayaan bahawa Hukum Hudud itu adalah Hukum Allah yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah, ianya tidak boleh ditolak dan diingkari kebenaran dan kesempurnaannya, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran dan kepada sesiapa yang menuduh orang lain menolak dan mengingkari Hukum Hudud itu seperti juga ia menuduh orang lain kafir, sekiranya tuduhan itu tidak benar maka tuduhan itu kembali kepada orang yang menuduh itu sendiri.

Ini berdasarkan Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Abu Zar dalam Kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud;

"Barangsiapa yang menuduh fasik dan kafir, terhadap seseorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir, jika tuduhan itu tidak benar".

Tidak melaksanakan Hukum Hudud itu bukanlah beerti menolak atau tidak mempercayai hukum tersebut, kerana soal perlaksanaan adalah berbeza dengan soal kewajipan mempercayainya. Mempercayainya tidak ada syarat, tetapi melaksanakan hukum itu perlu kepada banyak syarat.

UMNO tetap berpegang kepada prinsip perjuangannya dalam menegak dan mengembangkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Dan undang-undang Hudud itu sebahagian kecil dari undang-undang Jenayah Islam yang sangat luas. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Ustaz Abdul Hadi, “ Hukum Hudud itu adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam”.

UMNO juga tidak akan mencemarkan Hukum Hudud yang lebih sempurna dan agung itu di mata orang-orang bukan Islam lantaran kepentingan politik, sedangkan kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakannya belum lagi mengizinkan.

Sunday, February 19, 2012

ANTARA PROPAGANDA DAN REALITI...

Adakah kita dapat merancang sesuatu kejadian itu hanya dengan propaganda sahaja sedang realitinya kita tidak akan mencapainya tanpa sebarang usaha dan dedikasi yg luhur utk mencapainya. Adakah kerana utk mencapai sesuatu cita-cita maka kita laksanakan propaganda jahat dengan membelakangi realiti semasa kononnya pemimpin itu telah menggabaikan amanah yg telah di berikan oleh rakyat. Adakah dengan mempropagandakan agenda politik sempit kita maka kita boleh memutarbelitkan fakta dan kebenarannya utk memalingkan pemikiran dan hati rakyat supaya menyokong kita kerana tujuan utk membalas dendam dan ingin sangat menjadi pemimpin "AAAnugerah Tuhan, Pemimpin yg di nanti-nantikan dari Asia Timur utk membebaskan Masjildil Al-Aqsa dan Pemimpin yang paling bersih di Malaysia. Adakah kerana agenda jahat kita ini maka kita mempropagandakan "autaman, fitnah, pembohongan dan dusta" untuk mendapatkan kuasa tanpa mengetahui apakah agenda sebenarnya apabila kita sudah mendapat kuasa itu dan bagaimana pula utk menggunakannya utk kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat melainkan kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan kita sahaja. Adakah dengan mempropagandakan keburukan pemimpin-pemimpin negara dan negara Malaysia di luar negara sudah cukup utk memalingkan rakyat daripada realiti sebenarnya, iaitu bagaimana pemimpin itu telah bertungkus lumus utk memberikan rakyat yg terbaik dan melonjakkan nama negara Malaysia di persada dunia. Adakah dengan objektif utk memberikan keadilan, demokrasi dan kesamarataan di kalangan rakyat maka kita selayak menggunakan segala mungkin taktik untuk menjatuhkan kerajaan yang sentiasa dekat di hati dan jiwa rakyat iaitu kerajaan yang mementingkan kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, keadilan dan kemajuan. Cuba kita lihat antara propaganda dan realiti itu...

Adakah ini propaganda atau realiti

Pemimpin yg telah memprojekkan diri sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia oleh pengikut-pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah berkata apa nak jadi saya tetap akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Agenda Pemimpin "suka sama suka" ini senang aje kita akan sokong siapa sahaja yg menyokong dasar dan polisi kita iaitu "suka sama suka". Sekiranya dasar dan polisi itu ditentang maka kita akan tentang org itu habis-habisan. Ini dapat di lihat apabila Tok Guru Doktrin Islam PAS menegur Pemimpin "suka sama suka" supaya menarik balik dan memberi kenyataan secara umum kepada rakyat Malaysia atau saman WSJ tapi Pemimpin "suka sama suka" berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan tersebut kerana ianya telah di lapor luar dari konteks asal teks ucapannya dan telah di putar belitkan oleh UMNO dan media-media kerajaan. Persoalannya mengapa Pemimpin "suka sama suka" ini sanggup menggadaikan maruah diri dan negara Malaysia yg terkenal sebagai sebuah negara Islam di dunia yg menentang menubuhkan negara haram Israel mengeluarkan kenyataan yg bertentangan dengan dasar dan polisi luar negara Malaysia????? Adakah Pemimpin "suka sama suka" ini memerlukan "sponsor" dan "sokongan" dari luar untuk membantu Pemimpin "suka sama suka" mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7????? Sekiranya perkara ini berlaku bermakna sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah berulang kembali di mana Si Kitul dan Raja Mandaliar telah menjadi dalangnya dalam kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka selain dari percakaran dan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melaka di zaman kegemilangannya.

Kita semestinya mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yg berlaku di zaman silam sebagai panduan dan rujukan bukannya kita inginkan perkara-perkara buruk itu berlaku di negara Malaysia tercinta ataupun perkara-perkara itu mustahil untuk berlaku dan mustahil bagi Pemimpin "suka sama suka" menggadaikan dan menjual maruah Malaysia sebegitu rupa kerana itu adalah perbuatan dan sabotaj media-media propaganda UMNO dan Barisan Nasional sahaja yg memutar belitkan fakta kebenaran dan utk melindungi kekurangan dan kezaliman mereka. Sekiranya media-media propaganda UMNO dan Barisan Nasional memutar belitkan kenyataan kebenaran Pemimpin "suka sama suka" mengapa pula Pemimpin "suka sama suka" saman Utusan Malaysia bukannya WSJ????? Inilah yg terjadi kepada Pemimpin "suka sama suka" belum pun keputusan di umumkan maka beliau dan pengikut2nya telah mengajak rakyat Malaysia supaya mendemotrasi di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta yg di kenali sebagai demo 901 dengan agenda utk mengatakan kepada dunia betapa ketidakadilannya Mahkamah2 di Malaysia dan terdapat konspirasi antara kerajaan dan Mahkamah tetapi akhirnya Pemimpin "suka sama suka" di bebaskan. Kenyataan ketidakadilan Mahkamah dan teori konspirasi kerajaan itu tidak wujud sama sekali. Inilah propaganda yg sentiasa di mainkan oleh Pemimpin "suka sama suka" untuk memutar belitkan pemikiran rakyat Malaysia agar bangun dan menyokong REFORMASI berbanding dengan realitinya iaitu menyokong TRANSFORMASI. Kita bawa lagi propaganda di bandingkan dengan realiti....

Adakah ini propaganda atau realiti

 Adakah kejadian di dalam pentadbiran Selangor Darul Ehsan yg di berikan jolokan oleh rakyat Selangor sebagai Selangor Darul Urut adalah propaganda atau realiti politik yg mesti di telan oleh Doktrin Islam PAS yg selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam tulen tetapi malangnya tersungkur di lembah "suka sama suka" di Selangor. Presiden Doktrin Islam PAS hanya boleh berkata bahawa MB Selangor memang layak pegang jawatan tersebut kerana beliau sentiasa mengadap dan berbincang dengan DYMM Sultan Selangor. Adakah itu sahaja alasannya?????

Kita hanya membawa dua isu yang hangat di perkatakan oleh rakyat Malaysia sekarang. Ianya amat berkaitan sekali dengan hati dan jiwa kita iaitu Islam. Kita semestinya mempertahankan apa yg telah diberikan oleh Allah (SWT) kepada kita dan menentang apa yg sepatutnya di tentang bukannya sebaliknya iaitu menyokong apa yg di murkai oleh Allah (SWT). Oleh itu fikir-fikirlah wahai umat Melayu dan Islam di Malaysia agar kita tidak memilih pemimpin yg akan menjerumuskan kita ke dalam lembah "suka sama suka". Azab dan siksanya tidak datang serta merta tapi sikit demi sikit, ini dapat di lihat pada keadaan semasa di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.