Di Malaysia kuasa politik setelah sekian lama di pegang oleh orang Melayu hampir terlepas akibat tamak kuasa, dendam kesumat, dengki, iri hati dan fitnah semasa PRU14. Akibatnya UMNO sebagai tunjang pentadbir negara Malaysia jatuh tersungkur di tangan PH. Sungguhpun begitu, PH yang naik di atas prinsip tamak kuasa, dendam kesumat, dengki dan iri hati akhirnya hanya boleh bertahan 22 bulan sahaja. Begitu juga PN yang berpaksikan kepada prinsip yang sama dengan PH tersungkur dan hanya dapat bertahan 17 bulan sahaja. Akhirnya naik UMNO di bawah Keluarga Malaysia yang mesra PN hanya dapat bertahan 15 bulan sahaja. Dalam masa 5 tahun (2018-2022) kita dapat tiga PM iaitu Tun M (PM-7), TSMY (PM-8) dan DSIS (PM-9). Selepas PRU15 kita dapat pulak kerajaan perpaduan yang di ketuai oleh DSAI (PM-10).
Gesaan untuk kerajaan perpaduan ini menjaga kestabilan politik dan meningkat ekonomi negara selalu di utarakan oleh rakyat jelata tetapi ada juga setengah pemimpin-pemimpin yang cuba menaburkan fitnah dan berita-berita yang kononnya kerajaan perpaduan ini akan runtuh dalam bulan Sepetember, 2023. Apakah pengajaran yang kita dapat daripada PRN di enam (6) buah negeri. Pengajaran yang penting ialah rakyat jelata terutama yang berbangsa Melayu dan Islam amat mudah terpengaruh dengan "istilah nak Islam atau nak kemajuan", "nak Melayu atau nak Cina memerintah". Kita mesti lihat kepada sejarah kepimpinan Melayu dan Islam di Malaysia yang bermula daripada PM-1 pada tahun 1957 sehinggalah ke PM-10 tidak pernah dimaktubkan bahawa bukan Melayu akan menjadi PM.
Kita orang Melayu dan Islam sekiranya berpolitik sehingga boleh pecah rumahtangga dan kemudian akan simpan dendam kesumat, iri hati dan buruk sangka kononnya "dia pemimpin yang unggul untuk memimpin Malaysia" tetapi bila di berikan peluang "satu perkara untuk negera dan rakyat jelata" tiada pun dalam agendanya. Kita sudah lalui berbagai duri dan onak tetapi kita tetap melakukan kesilapan seperti zaman dulu-dulu apabila terlalu percaya dengan "khabar angin dan/atau fitnah dan prasangka buruk. Akhirnya kita sebagai rakyat rugi dan negara pun turut rugi. Kita tidak tahu bedakan antara intan dan kaca sehinggakan intan yang terpelihara dan terbukti tulennya di anggap sebagai palsu malahan kaca yang sudah tentu kaca di anggap sebagai intan.
Sekarang telah terbukti segala cakap-cakap masa kempen PRU dan formula PRU hanya omong kosong belaka. Cakap-cakap PRU hilang entah ke mana dan formula PRU kena bungkus, akhirnya rakyat terpaksa tanggung apa sahaja yang kerajaan tidak mampu nak buat dan negara terkesan dengan ketidakcekapan dan ketidakmampuan pemimpin cakap-cakap kosong dan pakar formula. Sekarang semua agenda dan perkara-perkara pokok hendak di usiknya sehinggakan SST akan naik menjadi 8% pada 1/3/2024. Sudah dulu kena 10+6 sekarang 1/3/2024 jadi 10+8. Padan muka semua yang mendewakan kononnya raja formula akan menyelamatkan negara dan rakyat begitu juga king omong-omong kosong akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Inilah akibat kita yang menandakan (X) semasa PRU tempoh hari.
Bukan sahaja harga minyak tidak dapat di selesaikan, harga beras pulak melambung, harga barangan runcit meningkat, harga barangan asas berlipat kali ganda dan matawang semakin merosot. Inilah bahana "politik fitnah dan prasangka". Kita bubuh PN pun akan jadi serupa itu juga kerana tok-tok lebai cakap macam bumi dan langit ini dia yang cipta tapi bila dapat kerajaan "satu hapak buat tak tahu nak buat macam mana". Tengok 4 negeri tok lebai dapat apa yang baru telah di bangunkan melainkan semuanya pakai yang kerajaan terdahulu buat. Alasannya kerana kerajaan pusat bukan di bawah tok lebai. Masa untuk berpolitik seperti 60 tahun dahulu telah berlalu kerana rakyat tak mahu lagi dengar slogan pembangunan, infra, pendidikan, kesihatan dan sosial tapi rakyat nak tahu siapa yang dapat memberikan "input jitu" ke atas permasalahan rakyat dan negara.
Kerajaan Madani cuba nak hapuskan skim pencen kakitangan awam tapi bila tanya pasal hapuskan skim pencen ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Negara dan ahli-ahli Dun senyap seribu bahasa. Kakitangan sudah tentu inginkan pencen tersebut kerana telah berkhimat sehingga umur 55 tahun dan/atau 60 tahun (lama tu 25 dan/atau 30 tahun) tapi ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Negara dan ahli-ahli DUN hanya 5 tahun itupun kalau di lantik semula oleh rakyat. Pada hemat kita hapuskan skim pencen ahli-ahli Parlimen, Dewan Negara dan DUN baru kerajaan boleh cerita pasal nak "review skim pencen" kakitangan awam.
Dulu cakap GST 6% itu cekik darah rakyat tapi SST 8% 1/3/2024 nanti apa pulak rakyat nak cakap? Nak balik kepada GST segan mati tak mahu tapi untuk tampung "kantong kewangan kerajaan" maka kita naikkan SST jadi 8%. Apa sudah jadi dengan GST yang cekik darah rakyat? Inilah formula yang di hasilkan oleh pemimpin-pemimpin omong-omong kosong dan formula di hujung jari, akhirnya yang menderita rakyat dan negara. Bolehkah kerajaan pantau dengan e-invois mereka-mereka yang tidak ingin bayar SST 8% itu? Ketirisan dan pengelak bayar cukai pasti akan berlaku. Formula boleh di ucapkan dan boleh di dendangkan tapi bila di bentang untuk di realisasikan agak sukar untuk di formulakan. Inilah yang terjadi kepada raja formula di mana tiada satu pun formulanya dapat di pakai untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan pendapatan dan/atau kewangan negara.
Inilah di katakan bila pilih jangan salah pilih nanti dapat "tong tahi" seperti dalam cerita Ali Baba dengan 40 Penyamun. Intan sudah ada dan terbukti ketulenannya tapi rakyat pilih kaca yang nampak lawa dan cantik tapi bila di paparkan cermin itu secara jelas nampak "keburukkannya".