Friday, August 5, 2022

Politik Malaysia banyak di bayangi oleh Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim...



Politik Malaysia sekarang sudah masuk phasa pra PRU15. Partai-partai politik Malaysia sibuk dengan persiapannya untuk menghadapi PRU15 dan wakil-wakil rakyat partai-partai politik sibuk turun ke gelanggang untuk mendekati para pengundi yang telah mengundi mereka pada PRU14 dahulu. Partai-partai politik baru tumbuh macam cendawan untuk sama-sama mencuba nasib dalam pilihanraya di Malaysia.

Siapa tak kenal Tun Mahathir politikus kontroversi yang banyak membayangi politik Malaysia. Siapa yang menjadi PM selama 22 tahun dalam pentadbiran UMNO/BN dan siapa pulak yang menjadi PM kali kedua selama 22 bulan dalam pentadbiran PH. Pada usia yang sebegitu lanjut Tun Mahathir cuba untuk melonjakkan dirinya sebagai pemimpin agung "Iskandar Zulkarnain" yang datang untuk menyelamatkan umat Melayu Islam dari pengkhianat-pengkhianat Melayu Islam di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) dengan bertujuan untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara. GTA adalah gabungan partai-parta Melayu (Pejuang, Berjasa, Imam, Putra, NGO, ahli professional dan akademik serta individu tertentu.

GTA diwujudkan untuk menentang UMNO dalam PRU15 di bawah slogan satu gerakan untuk menentukan nasib mereka menjadi lebih baik dengan menukar kerajaan yang utamakan kepentingan diri, kita akan berjuang untuk rakyat, negara dan agama Islam menjadi agama orang Melayu. Slogan GTA Tun Mahathir ini adalah retorik yang di ungkapkan berkali-kali semasa Tun Mahathir di dalam UMNO kemudian keluar UMNO masuk balik UMNO kemudian keluar UMNO tubuhkan partai baru PPBM (Bersatu aka Bunge) dan kemudian menyampak dengan TSMY tubuh pula Pejuang. Sekiranya di fikirkan Tun Mahathir nak perjuangkan agama, bangsa dan negara sudah lama Tun Mahathir boleh laksanakan semasa jadi PM 22 tahun 22 bulan. Semasa jadi PM kali pertama di bawah UMNO/BN selama 22 tahun yang orang Melayu ingat ialah "Melayu mudah lupa", kronisme, nepotisme dan kekayaan negara di bolot oleh orang-orang tertentu sahaja dan banyak bail-out sekiranya kronis-kronis tidak dapat melaksanakan projek tersebut dengan jayanya. Tol-tol berat sebelah kebanyakkannya di tandatangani di zaman Tun Mahathir begitu juga IPP (station jana eletrik) yang di bolot oleh kronis-kronisnya. Kebanyakkan projek penswastaan di bolot oleh kronis-kronisnya dan yang paling besar ialah kerugian akibat kerajaan Malaysia terlibat dalam "money market". Negara kerugian sekitar 30 billion pada ketika itu dan kantung Petronas terpaksa kaut untuk mengimbangi kerugian yang menjolokkan mata.

Tun Mahathir tak pernah bergaduh dengan siapa? Semasa zaman Tun Mahathir dalam UMNO terjadi perpecahan Melayu yang pertama iaitu Team A dan Team B. Team A di pimpin oleh Tun Mahathir dan Team B di pimpin oleh Ku Li. Pemecatan Tun Musa Hitam kononnya akibat peristiwa Memali. Pemecatan DSAI kerana onaknya dalam "kemaksiatan". Tapi pemecatan DSAI yang telah membawa negara menghadapi "demonstration" yang di laksanakan oleh DSAI dan penyokong-penyokong terhadap kerajaan yang di pimpin oleh Tun Mahathir. DSAI telah menubuhkan partai baru yang di panggil Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang banyak bergagasan kepada "demonstration" sekiranya ingin menuntut dan/atau menyuarakan sesuatu perkara dan/atau hajat. Dalam pada itu onak kemaksiatan DSAI berterusan berlaku sehinggakan DSAI di sumbat ke dalam "penjara" tetapi gerakan menghuru harakan negara terus menjadi agenda utama DSAI untuk merampas tampuk pemerintahan dan seterusnya menjadi PM. Semasa PRU13 gerakan Pakatan Rakyat gagal untuk merampas Putrajaya walaupun macam-macam hasutan, fitnah dan pembohongan di lemparkan terhadap kerajaan UMNO/BN di pimpin oleh DSNR.

Tun Mahathir bergaduh dengan Tun Hussein Onn dan menghantar surat layang mengenai TAR. Tun Mahathir bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi pada ketika itu PM5 akibat Tun Abdullah enggan melaksanakan jambatan bengkok di Johor. Ianya juga akibat Tun Abdullah banyak dikawal selia oleh "Budak-budak Tingkat 4 PMO". Maka Tun Abdullah terpaksa melepaskan jawatan PM5. Bila DSNR jadi PM6 Tun Mahathir juga cuba masuk campur dalam pentadbiran negara akhirnya DSNR jatun sebagai PM6 akibat dari hasutan, fitnah dan pembohongan Tun Mahathir untuk berkuasa semula jadi PM7. 

Sebelum PRU14 Tun Mahathir telah melakukan sesuatu yang tidak pernah di laksanakan oleh mana-mana pemimpin UMNO/BN iaitu berkerjasama dengan musuh politik azali UMNO/BN iaitu DAPigs dalam Pakatan Harapan. Pada ketika itulah Tun Mahathir telah menyokong untuk melepaskan seteru politiknya iaitu DSAI dari penjara dengan mendapat pengampunan penuh oleh DYMM Agung pada ketika itu Sultan Kelantan. Setiap hari siang malam ceramah politik PH yang diketuai oleh Raja penghasut, pemfitnah, pembohong iaitu "RAFIZI RAMLI" telah terang-terangan menyatakan bahawa kerja PH adalah untuk menghasut, menabur fitnah dan berbohong untuk menumbangkan UMNO/BN. Ianya di ikuti dengan permasalahan IMDB yang di kawal selia oleh DSNR dan teamnya dan DSRM yang di lihat sebagai "the iron lady" yang banyak "control" keputusan DSNR dalam kerajaan. Rentetan ini telah di canaikan lagi oleh DSNR yang telah memecat TSMY, DSSA dan DSMM yang kemudiannya telah menubuhkan PPBM (Bersatu) yang menjadi sekutu DAPigs dalam PH. Kemudian permasalahan TH, LTAT dan harga barangan naik, harga minyak naik dan lain-lain yang menyebabkan rakyat "bertukar arah" kepada PH.

DSNR adalah PM pertama dalam UMNO/BN yang tewas dalam PRU. Setelah 60 tahun UMNO/BN bertapak maka runtuh makhota UMNO/BN dan hilang kuasa UMNO/BN di Putrajaya. Maka berlakulah apa yang panggil "Katak Si Katak Lompat" dalam politik Malaysia. Ramai pemimpin-pemimpin UMNO meninggalkan UMNO/BN dan seterusnya menyertai PPBM (Bersatu) terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO Sabah. UMNO Sabah hampir lumpuh tetapi DSBM berjaya mengemudi UMNO Sabah sehingga menjadi "Kukuh se Kukuh Gunung Kinabalu" kini.

Secara halusnya masa Tun Mahathir dan DSAI sudah lama berlalu. Generasi "internet dan handphone canggih" ingin sesuatu yang berlainan dari "demi agama, bangsa dan negara dan jeritan reformasi". Generasi sekarang ingin melihat negara Malaysia maju dan dapat bersaing dengan negara maju yang lain dari segi ekonomi, perindustrian, teknologi, peluang pekerjaan, kesihatan, peluang pelajaran dan lain-lain. Retorik Tun Mahathir dan DSAI sudah berlalu dan generasi canggih sekarang mahukan pemimpin-pemimpin seperti mana di Melaka dan Johor mengambilalih pentadbiran negara. Masa Tun Mahathir sudah berlalu di mana rakyat sudah menguji Tun Mahathir selama 22 tahun 22 bulan begitu juga DSAI rakyat sudah boleh menilai corak kepimpinan DSAI yang banyak retorik politik dari ingin memajukan negara dan mensejahterakan rakyat. Partai DSAI PKR sekarang sudah terumbang-ambing dan terpaksa panggil balik "Raja fitnah, penghasut dan pembohong aka Rafizi Ramli" untuk mengemudi PKR dalam kancah PRU15 nanti. 

Adakah rakyat ingin menjiwai idealogi dan kata-kata Rafizi Ramli dan formula-formula "Rafizi Ramli" lagi. Inilah yang menjadi perbualan di setiap kedai kopi dan kedai lepak mamak. Adakah GTA itu lebih baik dari UMNO/BN, PH dan PN. Adakah PH itu boleh dipercayai selepas 22 bulan dan begitu juga PN selepas 17 bulan. Politik PRU14 telah menunjukkan rakyat akan baik buruknya "politik of scheme", politik Katak SI Katak Lompat, politik hasut, fitnah dan pembohongan. Akhirnya rakyat terus sengsara di himpit oleh permasalahan ekonomi, pekerjaan, pelajaran, sosial, kesihatan dan lain-lain. 

Pada pandangan kita PH sudah di berikan peluang selama 22 bulan untuk menunjukkan kepada rakyat apa yang mereka boleh buat tapi PH yang ditunjang oleh DAPigs gagal (kerajaan gagalkrasi). PH banyak main sentimen politik dan perkauman dalam pemerintahannya dan banyak menghancurkan ekonomi negara dan perpaduan rakyat. Kemudian PN telah di berikan peluang selama 17 bulan tetapi banyak main "political of schemes" yang mengakibatkan Katak Si Katak Lompat bermaharajalela di sana sini. Politik menjadi tidak stabil pasti akan berlaku "lompat melompat" yang akan menjatuhkan kerajaan. Ekonomi tidak berkembang dan rakyat terhimpit dengan "lockdown".

PILIHAN ADA PADA KAMU SEBAGAI RAKYAT PILIH YANG BOLEH MEMAJUKAN NEGARA, MEMARBATKAN BANGSA DAN MENGUKUHKAN DAN MENDAULATKAN AGAMA.