Suasana kempen PRN Johor sedang rancak berjalan. Setiap parti ingin memberikan yang terbaik kepada para pengundi di PRN Johor. Pada mula kempen agar hambar dengan beberapa indidvidu pemimpin-pemimpin besar yang terlibat. Ianya semakin rancak apabila Datuk Seri Zahid Hamidi (DSZH) dan Datuk Seri Najid Tun Abdul Razak (DSN) mula bergerak ke arah selatan dan seterusnya menjelajah Johor untuk berkempen bagi UMNO/BN.
Mula kedengaran cemuhan kepada UMNO/BN apabila TSHA mengelar UMNO sebagai "itik kaki tempang yang telah di selamatkan oleh PAS" dan yang terakhir "Johor kurang kesedaran politik Islam"
TSMY sebagai Pengerusi PN mengeluarkan kenyataan bahawa "orang berkerumun dengan Bossku kerana mereka ini mengetahui dan mengenali wajah "perompak, penyamun dan pencuri duit rakyat. Dia tak tahu malu ke. Malu itu adalah salah satu daripada imam" dan yang terakhir Azmin Ali ajak Bossku berdebat pasal Felda. Bossku lontar balik dengan hujahan "sekiranya saya berdebat dengan Azmin Ali wajah dia kabur tak berapa nampak, kalau saya berdebat dengan Pengerusi PN iaitu TSMY ok dan Azmin Ali boleh bantu boss dia"
Tun dalam satu ceramah Pejuang mengelar "Bossku perompak, pencuri dan penyamun yang tak patut di angkat oleh orang Melayu". Kita mahukan pemimpin yang bersih dan bebas rasuah itulah sebab kita tubuhkan Pejuang. Rakyat tahu siapa Tun setelah 22 tahun 22 bulan memerintah Malaysia dan kebanyakkan orang Melayu mengelar Tun sebagai Mahapengkhianat Melayu dan Islam dan sanggup bersekongkol dengan Dapigs (musuh azali UMNO) demi untuk menjatuhkan UMNO/BN.
Katak PN, Ahli Parlimen Masjid Tanah mengelar UMNO/BN musibat yang menyebabkan PRN Johor macam PRN Melaka tempoh hari. Malangnya katak musibat itulah yang menyebabkan "politik hura hara" terjadi di Malaysia selepas PRU14.
Kita tengok pemimpin-pemimpin UMNO/BN bersahaja dengan 5 ikhtiar yang di utarakan oleh DS Hasni Mohamed yang bertanding DUN Benut iaitu bakal MB Johor sekiranya rakyat Johor memberikan mandat kepada UMNO/BN untuk memerintah Johor selepas 12/3/2022.
Momentum rakyat Johor secara keseluruhannya boleh di baca setelah 22 bulan PH dan 17 bulan PN memerintah negara dan negeri. Janji hanya tinggal janji malahan manifesto itu bukan kitab suci. Rakyat sekarang semakin bijak dan "savvy mediasocial". Pada mereka tak perlu pergi dengar ceramah dan cakap-cakap politik sedangkan semua boleh di perolehi dari media social. Inilah yang merunsingkan PH. PN, Pejuang, Muda, Warisan dan lain-lain parti.
Kita ambil balik kata-kata KIng of Penghasut "Rafizi Ramli" kerja pembangkang ialah menghasut dan cipta persepsi dan tanamkan dalam pemikiran rakyat kononnya UMNO/BN ini memang korup, salah guna kuasa dan kaut duit rakyat. Inilah yang terjadi semasa PRU14. Malangnya taktik yang sama cuba di gunakan oleh pembangkang dalam PRN Johor nampak "back fire" balik kepada pembangkang kerana rakyat sudah menyampah dan meluat serta tak mahu dengar pembohongan dan janji-janji palsu pembangkang.
Itulah sebabnya PKR memanggil semula Rafizi Ramli tetapi pada kita Razifi Ramli buat le macam mana pun sekarang rakyat sudah boleh baca "persepsi dan anadaian teori Rafizi Ramli" kerana kerjanya menghasut dan tabur fitnah. Betul kata perpatah "lain hulu lainlah parangnya lain dahulu lain sekarang".
Gelaran Kluster Mahkamah tidak diendahkan oleh rakyat sedangkan dalam Dapigs dan PKR juga ada Kluster Mahkamah. Dalam PN pun ada tapi telah di tarik balik semasa PH & PN jadi pemerintah dan Tommy Thomas jadi Peguam Negara. Berapa banyak kes-kes profile tinggi PH dan PN di tarik balik tetapi kes-kes profile tinggi UMNO/BN di teruskan. Inilah contoh "political prosecution". Kita harap sekiranya di izinkan Allah (SWT) UMNO/BN mengambilalih teraju negara sifat dan sikap "political prosecution" ini bubuh tepi. KIta amalkan politik matang iaitu politik memakmurkan negara dan mensejahteraan rakyat. Apa yang penting ialah #KESTABILAN DEMI MASADEPAN