Keterujuaan PPBM dalam memerintah Malaysia sekarang di bawah panji Perikatan Nasional adalah satu matlamat untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia akibat dari perletakkan jawatan Tun Mahathir Mohamed sebagai PM-7.
Adalah di maklumkan bahawa pemimpin2 UMNO/BN tahu bahawa setakat ini sokongan UMNO/BN kepada PN adalah bagi membolehkan TSMY menjadi PM-8 dan apabila Parlimen di bubarkan maka UMNO/BN akan bersama dengan PAS dalam Muafakat Nasional. Ini adalah matlamatnya iaitu pemimpinan Melayu dan Islam menerajui pemerintahan Malaysia dan negeri-negeri di Tanah Melayu.
Adalah di ketahui umum bahawa PPBM sekarang sudah bergolak antara TMM dan TSMY di mana hanya 5 MP sahaja mengikut TMM. TMM pula lebih cenderong kepada PH yang di dalangi oleh Dapigs, PKR dan Amanah. Umum juga mengetahui bahawa PH gagal dalam menguruskan dan mentadbir Malaysia apabila rakyat telah memberi peluang kepada PH selepas menang PRU14 tempoh hari. PH adalah dianggap sebagai Kerajaan Gagalkrasi dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja.
Sekarang TMM dan lima MP telah menyaman TSMY dan Pengarah ROS kerana pemecatan TMM dan lima MP itu tidak sejajar dengan Perlembagaan PPBM dan melanggar peraturan-peraturan mesyuarat PPBM dan ROS.
Kenyataan "PPBM Supreme Council Wan Saiful Wan Jan says UMNO will have to sacrifice the most if it wants the Perikatan Nasional (PN) coalition to continue".
Kita rasa kenyataan Wan Saiful ini tidak lebih dari kenyataan mainan politik PPBM yang tahu bahawa setelah lima kali PRK orang Melayu telah menolak bulat-bulat PPBM. Sebenarnya PPBM yang di persimpangan antara meninggalkan PPBM, menutup dan membubarkan PPBM kembali kepada UMNO atau bergabung dengan partai yang akan di bentuk oleh blok Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin. Bila terbentuk partai Azmin Ali bermakna Azmin Ali pun bercita-cita untuk menjadi PM, Maka terjadilah perebutan jawatan PM antara TMM, DSAI, TSMY dan AA. Barang di ingat sekiranya Insya Allah, UMNO/BN/PAS menang dalam PRU15 maka lantikan ke jawatan PM akan di berikan kepada UMNO/BN dan PAS sebagai TPM. Ini memandangkan UMNO/BN lebih berpengalaman dalam mentadbir dan menguruskan hal-ehwal negara sebelum ini.
Kita suka dengan saranan Ku Li yang menggesa supaya PPBM di bubarkan dan kembali kepada UMNO seperti mana Semangat 46 dahulu kerana setiap pemimpin-pemimpin PPBM sekarang ada DNA UMNO di dalam tubuh badan mereka. Barang di ingat sekiranya kita berpecah maka ini akan menguntungkan pihak lawan terutamanya Dapigs yang akan kembali memerintah Malaysia.
Adakah kita tidak serik dengan pemerintahan huru hara Dapigs selama 22 bulan. Allah (SWT) telah tunjukkan kepada kita pemerintahan PH (Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM) yang banyak mencelakakan rakyat dan negara. Nasib baik Allah (SWT) sedarkan pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam dalam PH bahawa kelian tidak mampu mentadbir rakyat dan negara.
Kita baru ini telah di kejutkan oleh kenyataan YB Mersing yang juga Menteri Luar Bandar iaitu UMNO Sabah sudah tidak laku lagi. Ini sudah tentu menimbulkan rasa marah di kalangan kepimpinan UMNO Sabah dan juga UMNO di peringkat pusat. Penasihat BN iaitu Tok Jib sarankan kita ambil balik kerusi Mersing dan kenyataan Tok Jib itu di sokong pula oleh DSZH walaupun YB Mersing telah memohon maaf akan kekhilafannya. Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN akan bertanding di kawasan-kawasan yang di menangi oleh UMNO yang mana YB telah mengikut "acara katak si katak lompat" ke PPBM. Ini bermakna selain Mersing, Larut, Masjid Tanah, Hulu Teganu, Tasek Gelugur, Sabak Bernam, Tanah Merah dan Jeli tidak akan diberikan secara percuma kpd PPBM tetapi UMNO/BN akan bertanding semula di kawasan tersebut.
Kita nantikan apakah kesudahan PPBM ini...UMNO/BN/PAS sudah ada Muafakat Nasional. Rakyat semakin serasi dengan Muafakat Nasional yang amat di cemburui oleh pihak lawan terutama TMM, DSAI dan Dapigs serta Baruanya PAN aka Amanah.
Kita akan sokong TSMY dan geng sekiranya PPBM di bubarkan dan masuk semula ke dalam UMNO. Tanpa PPBM insya allah UMNO tetap akan mendapat sokongan rakyat jelata. Lebih lagi kebanyakkan rakyat sekarang rindu pemerintahan UMNO/BN yang dapat menstabilkan politik Malaysia selama 60 tahun.
Kita akan sokong TSMY dan geng sekiranya PPBM di bubarkan dan masuk semula ke dalam UMNO. Tanpa PPBM insya allah UMNO tetap akan mendapat sokongan rakyat jelata. Lebih lagi kebanyakkan rakyat sekarang rindu pemerintahan UMNO/BN yang dapat menstabilkan politik Malaysia selama 60 tahun.