Friday, July 20, 2012

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN...


Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Ramadan yg di nanti telah kunjung tiba. Adakah kita sudah bersedia dengan "hati dan naluri" utk menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang "Islam" seperti ayat 183, 184 dan 185 Surah Al-Baqarah.

1. Niat Puasa.
2. Berbuka Puasa di galakkan dengan makan buah tamar dan disegerakan berbuka puasa. 
3. Sahur adalah sunnah walaupun dengan makanan yang sedikit.
4. Sembahyang Tarawikh.
5. Qiyamullail [ibadat malam hari].
6. Baca Al-Quran.
7.10 malam terakhir Ramadan.
8. Malam Lailatul Qadar.
9. Zakat Fitrah.


Insyaallah puasa yg kita kerja di bulan Ramadan akan membina ketakwaan kita sebagai "hamba" kepada pencipta Allah (SWT). Barangsiapa yang bertambah takwanya di bulan Ramadan dan di bulan-bulan selepas Ramadan maka sesungguhnya ia telah memperolehi manfaat yang besar dari ibadat puasa yang dikerjakan dan ianya merupakan isyarat untuk penerimaan amalan puasanya itu oleh Allah (SWT).