Monday, December 15, 2025

Sejarah Muhammad Luqman Afiq sebagai penuntut MSRM...





Anak sulong (Muhammad Luqman Afiq bin Mohamed Lias) kepada Lias Ainul & Co yang telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan (Electric & Electronic) UITM pada 2/12/2025. 

Bermula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah sehinggakan Darjah 6 dan Sekolah Agama Al Wahidah di Taman Bukit Indah, Ampang (tapi tak berapa berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama kerana penguasaan bahasa Arab tidak berapa baik) telah melanjutkan pelajaran di MRSM Langkawi sehingga Tingkatan 5. Malangnya pada saat tiga bulan lagi hendak menduduki peperiksaan SPM 2008, beliau telah di tukarkan ke MRSM Serting. Di MRSM Serting sekali lagi terjadi perkara yang tidak di duga, beliau telah di minta untuk keluar daripada sistem MRSM kerana kes buli walaupun beliau tidak menyentuh budak yang di buli hanya sebagai pemerhati sahaja pada ketika itu. 

Pada ketika itu hanya tinggal sebulan untuk menduduki peperiksaan SPM 2008. Kita sebagai "parents" terpaksa menerima keputusan MRSM dan/atau Mara walaupun telah membuat rayuan sampai ke atas kerana mengenangkan peperiksaan SPM 2008 hanya tinggal lagi 4 minggu lagi. Walaupun berat, kami terima keputusan tersebut dan hanya berserah dan bertawakkal kepada Allah (SWT) dan pujuk anak sulong hadapi dugaan ini dengan tabah. Kami pergi ke PPD Gombak untuk mendapatkan tempat di Sekolah Menengah Taman Bukit Indah, Ampang bagi membolehkan beliau menduduki peperiksaan SPM 2008.

Walaupun berkecamuk dengan pelbagai dugaan, beliau terus mara ke depan untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dengan azam untuk berjaya sebagai pelajar (asuhan MRSM Langkawi) dan kami tidak mengganggu persekitaran pembelajarannya tapi hanya memantau gerak gerinya agar tidak terkeluar daripada "target" untuk mendapatkan keputusan baik dalam peperiksaan SPM 2008. Akhirnya beliau berjaya untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan SPM 2008 dan melayakkan beliau untuk memohon matrik, asasi dan sebagainya tetapi atas nasihat dan tunjuk ajar kami beliau telah memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma bidang kejuruteraan (elektrik dan elektronik) dan telah di tempatkan di UITM Dungun selama dua (2) tahun setenggah (1/2). Semasa duduk di MRSM Langkawi terpaksa berjauhan dengan keluarga dan berulang-alik naik "pesawat" untuk mencepatkan perjalanan yang tidak memenatkan begitulah juga semasa di UITM Dungun.

Setelah tamat Diploma di UITM beliau telah di terima terus untuk melanjutkan pelajaran Degree di UITM Shah Alam walaupun pada mulanya beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang "power" tapi terpaksa pergi ke UITM Penang, maka hasrat tersebut di tumpukan kepada kursus yang ada di UITM Shah Alam kerana tidak mahu berjauhan daripada keluarga. Walaupun beliau terlibat aktif dalam sukan ragbi di UITM dan boleh mendapatkan tempat di Kolej penginapan UITM Shah Alam tetapi beliau pilih untuk duduk bersama-sama dengan "coursemates" bagi memudahkan beliau untuk mengulangkaji dan memahami serta berbincang pelajaran yang di ajar oleh pensyarah. Setelah berulang alik turun naik UITM Shah Alam selama dua (2) tahun setengah (1/2) [dapat pengecualian terus masuk semester 3]. Pada tanggal 2/12/2025 beliau telah berjaya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang di gemarinya dan sekarang telah mendapat kerja dalam bidang kejuruteraan electrik. Beliau lebih gemar berkerja di luar daripada pejabat dan masih aktif dengan rugby bersama "THE OILERS".

Kita hanya memastikan bahawa setiap anak-anak akan mendapat segulung ijazah dan sekiranya anak-anak ingin melanjutkan pelajaran seterusnya di peringkat tertinggi itu adalah atas kecekalan dan/atau keperihatinya untuk mengapai kejayaan yang lebih tinggi lagi dalam bidang pelajaran.

Natijahnya sekiranya kita tekad untuk berjaya dan terus berusaha walaupun apapun yang mendatang dan/atau dugaan, kita mesti tempohi kerana itu adalah ujian daripada Allah (SWT) kepada kita untuk melihat samada manusia ini kental dan/atau lembik untuk menghadapi dugaan yang menimpanya. Kecelakaan dan kesenangan dan/atau kejayaan adalah ujian Allah (SWT) kepada kita supaya kita bersyukur dan sujud kepada Allah (SWT) setiap waktu yang telah di peruntukkanya. Sekiranya kita lalai maka Allah (SWT) akan terus duga kita setakat mana kita perlu lalai terhadap Allah (SWT). Adakah kita akan lalai setelah di kurniakan berbagai kesenangan oleh Allah (SWT) seperti Bani Israel yang menyelewengan Kitab Taurat dan Injil serta membunuh Nabi-Nabi yang di turunkan kepada mereka. Contoh akan kelalaian umat-umat terdahulu ada tercatit dengan nyatanya dalam Al-Quran dan kita umat manusia zaman moden ini perlu ambil iktibar akan kemusnahan dan kemurkaan Allah (SWT) terhadap umat manusia yang setelah di berikan kemewahan dan senangan ingkar dan/atau menyekutukan Allah (SWT) dengan benda-benda lain. Inilah yang terjadi kepada Firaun, Namrud, Qarun dan banyak lagi kaum-kaum yang terdahulu yang ingkar akan perintah Allah (SWT) dan bersikap zalim akhirnya azab di timpakan ke atas mereka. Adakah kita tidak ingin mengambil itu sebagai pengajaran dan/atau iktibar di jadikan sempadan agar apa yang di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada kita itu adalah ujian yang amat berat setakat mana kita mampu pikul agar landasan kita sentiasa ditunjukkan oleh Allah (SWT) kepada jalan yang lurus.





Wednesday, August 27, 2025

Apakah Pemuda UMNO lebih sudu daripada kuah...?

Isu pasang bendera terbalik ini sudah menjadi satu perbuatan yang mencabar kepatuhan dan ketatasusilaan serta ketaatan kita kepada negara Malaysia. Sekarang sudah menjadi trend seolah-olah bendera Malaysia ini di ibaratkan seperti patung permainan yang boleh diubah-ubah cara pemasangan mengikut citarasa dan/atau selesa di pemasanganya.

Adakah implikasi dengan memasang bendera Malaysia secara terbalik? Adakah rakyat Malaysia tiada rasa hormat kepada negara berdaulat seperti Malaysia yang telah mencapai 68 tahun merdeka? Adakah rakyat Malaysia masih tidak faham bagaimana caranya untuk memasang bendera Malaysia? Apakah tujuannya individu yang memasang bendera Malaysia secara terbalik? Kenapa parti-parti politik selain daripada Pemuda UMNO berdiam diri sahaja, seolah-olah mengalakkan perbuatan pemasangan bendera terbalik tersebut sebagai satu "kesilapan yang tidak di sengajakan"? Apabila di viral oleh rakyat maka si pemasang akan cepat-cepat mohon maaf. Tahun depan buat lagi. Kita mesti tegas dan melaksanakan undang-undang terhadap kedegilan dan ketidak bertanggungjawaban segelintir rakyat yang mencalarkan kedaulatan bendera Malaysia.

Adakah Pemuda UMNO lebih sudu daripada kuah dalam soal pemasangan bendera terbalik ini? Apa yang di perkatakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu ada kebenarannya kerana bendera Malaysia adalah lambang kedualatan dan kenegaraan Malaysia itu sendiri dan setiap warganegara Malaysia mesti tahu cara pemasanganya. Sekiranya gagal maka tindakan akan di kenakan kepada si pemasang kerana telah mencemarkan lambang kedaulatan dan kenegaraan Malaysia itu. Maka adalah wajar sekiranya kita tak mahu si pemasang di kenakan tindakan, adalah lebih baik pemimpin-pemimpin DAP berani turun untuk memperbetulkan dan/atau menunjuk ajar cara pemasangan yang betul kepada si pemasang tadi.

Adakah tindakan PBT untuk menutup klinik tersebut tidak wajar dan terlalu berat memandangkan kesalahan yang di lakukan? Perkara ini perlu di kaji oleh DAP apakah ketidakpatuhan dan ketatasusilan serta kehormatan kepada lambang negara Malaysia itu boleh di perlekehkan sesuka hati walaupun kita telah menjadi warganegara dan rakyat Malaysia selama 68 tahun. Begitu juga pertuturan kaum DAP yang kebanyakkannya tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia sehinggakan pelbagai perkataan yang "lucah" terkeluar daripada mulut kaum DAP. Apakah meraka ini benar-benar setia kepada Malaysia dan/atau hanya menunggu masa untuk mengambilalih Malaysia untuk di jadikan seperti mana Singapura?

Orang Melayu dan Islam di Malaysia amat sukar untuk di putar belitkan lebih-lebih lagi sekiranya ianya melibatkan Majlis Raja-Raja, Agama Islam, Hak-hak orang Melayu dan bumiputra dan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Ini semuanya telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Sekiranya kaum DAP ini memerintah Malaysia kaum DAP mesti menang 112 kerusi untuk mengubah Perlembagaan Malaysia. Setakat PRU15 kaum DAP hanya berjaya menguasai 40 kerusi Parlimen sahaja. Barang di ingat itu semua kerusi Parlimen dalam bandar di mana majoriti kaum DAP paling ramai.

Pengaruh kaum DAP terhadap orang Melayu dan Islam masih kecil dan segelintir sahaja yang terpengaruh dengan idealogi komunis DAP iaitu Malaysia Malaysian. Dahulu kaum DAP cuba ambilalih pemerintah Malaysia secara keganasan iaitu gerakan komunis Chin Peng tetapi sekarang idealogi tersebut telah di serapkan ke dalam sanubari kaum DAP melalui pilihanraya umum tetapi mereka hanya berjaya di kawasan-kawasan bandar sahaja. Itupun kawasan-kawasan bandar makin berkurangan kerana sudah tiada kawasan untuk di bangunkan dan rakyat sekarang lebih bertumpu kepada pinggir-pinggir bandar di mana kemudahan asas telah di sediakan oleh kerajaan BN/UMNO yang mengalakkan pertumbuhan pinggir-pinggir bandar baru yang menjadi tumpuan kepada rakyat Malaysia bukannya kaum DAP sahaja. Kerajaan BN/UMNO telah berjaya membangunkan pinggir-pinggir bandar bagi menyeimbangkan polarisasi penduduk daripada satu kaum kepada pelbagai kaum. Apa yang kita kaum Melayu dan Islam perlukan ialah "kesatuan" bagi menjamin kita ada "suara" di dalam Parlimen bagi mematikan segala tohmahan. andaian dan kocak-kocak kaum DAP terhadap Majlis Raja-Raja, Agama Islam, Hak-hak orang Melayu dan bumiputra dan bahasa Kebangsaan.

Kita bukan hendak menimbulkan permasalahan perkauman tetapi tindak tanduk DAP ini amat menguris hati dan sanubari orang-orang Melayu dan Islam. Pemimpin-pemimpin (lawyers Edward Bon dan Eric Paulsen) yang pro DAP secara terang-terangan menyatakan bahawa rakyat terutamanya kaum DAP tidak perlu patuh kepada titah dan perintah DYMM Agong dan/atau DYMM Sultan kerana ianya hanya terpakai kepada kaum Melayu dan Islam sahaja. Ini adalah satu tindakan dan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dan permasalahan perkauman di kemudian hari kerana kaum DAP tidak perlu patuh akan perintah dan titah DYMM Agong dan/atau DYMM Sultan. Inilah akibatnya apabila agama, kedaulatan dan institusi DiRaja dan keistimewaan kaum Melayu selalu di kocak-kocak oleh kaum DAP agar kaum Melayu bangun menimbulkan kekacauan dan/rusuhan.

PRU15 telah menunjukkan kepada kita bagaimana pemerintah Malaysia akan di corakkan sekiranya tiada parti yang dominan seperti sebelum PRU15. Segala apa yang di janjikan dahulu oleh pemimpin-pemimpin politik semasa kempen PRU15 hancur masuk ke dalam tong sampah sahaja. Apa yang ada adalah legasi yang di tinggalkan oleh BN/UMNO seperti Pan Borneo, ECRL, LRT 3, BRIM dan lain-lain. Apa yang peliknya adalah dulu cakapa "cash is king" tapi sekarang "cash" itulah menjadi umpan kepada rakyat Malaysia. Bak kata perpatah "rezeki jangan di tolak musuh jangan di cari" tapi bila datang masa mengundi kita pasti akan pangkah BN/UMNO. Kenapa BN/UMNO?

  1. Berpengalaman dalam pemerintahan dan banyak membawa pembangunan, infra dan kemajuan kepada Malaysia.
  2. Pemimpin-pemimpinnya cekap dan berwawasan bukan masa kini tetapi untuk masa depan rakyat dan negara.
  3. Pemimpin-pemimpinnya realistik dan tidak omong kosong kata di kotakan bukan janji-janji manis dan/atau formula kosong.
  4. Sentiasa ada pelapis yang akan mengalas dan/atau menjadi galang ganti kepada pemimpin-pemimpin sebelumnya.
  5. Berani, cekal dan sentiasa memikirnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara dan negeri.
  6. Kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia sentiasa menjadi agenda utama.
Kita lihat UMNO sekarang walaupun di asak dan dihimpit dan di pertaruhkan di Mahkamah tetap utuh dan jitu. Pemimpin-pemimpinnya sentiasa istiqomah memikirkan permasalahan rakyat dan kemajuan negara serta negeri. Kita tak mahu pemimpin-pemimpin yang macam lalang, bila angin tiup kanan ikut kanan tapi bila angin tiup kiri maka ikut kiri pulak. Inilah contoh pemimpin-pemimpin yang hanya kerja jawatan, kuasa dan harta tapi rakyat dan negara dan/atau negeri bagaimana. Setakat jadi ADUN, MP dan Menteri serta MB dan PM tetapi apakah jasa sebenar yang telah kamu laksanakan kepada rakyat dan negara Malaysia?

Kita perlukan suara lantang dan sifat ketegasan Ketua Pemuda UMNO untuk memacu BN/UMNO dalam kancah politik Malaysia yang banyak bersandiwara. Kenapa kita kata bersandiwara kerana politik di atas tidak nampak macam berkocak tetapi hakikatnya di bawah masing-masing prasangka terhadap tindak tanduk masing-masing.

Sekiranya kita lihat dari sudut undang-undang pulak, isu addendum ini sudah menjadi macam satu permainan "chess" siapa yang pandai mencorakkan langkah-langkah untuk memakan "queen" dan "king" maka dia akan menang. Surat Addendum DYMM Agong pun boleh di sorokkan dan tidak di berikan kepada peguam-peguam DSN. Inikan pula kita rakyat jelata yang terpaksa menghadapi percaturan di Mahkamah. Kita mesti berpegang kepada keluluran undang-undang tanpa "fear and favour" tapi selepas BN/UMNO tewas PRU14 musuh-musuh politik yang mencapai kemenangan telah melaksanakan "political prosecution" terhadap pemimpin-pemimpin UMNO kerana salah guna kuasa dan rasuah serta AMLA. Akhirnya rakyat dan negara tergoncang, gugur pemerintahan kaum PH/DAP dan sekarang PH dengan gabungan BN/UMNO dan parti-parti Sabah dan Sarawak cuba menstabilkan keadaan politik Malaysia yang kucar-kacir di sebabkan tamak kuasa dan sifat ingin balas dendam. Malangnya air yang tenang siapa kata tiiada buaya di mana yang di atas nampak tenang tetapi yang di bawah masih kucar-kacir lagi.

Persoalan sekarang adakah kita akan melihat perkongsian kuasa ini akan di teruskan selepas PRU16 nanti, sama-sama kita lihat apa yang terjadi pada PRN Sabah dalam masa terdekat ini. Keputusan PRN Sabah nanti akan mencorakkan keputusan parti-parti politik yang lain dalam gabungan kerajaan Persekutuan sekarang. Barang di ingat BN/UMNO tidak pernah bergabung di dalam PH (PKR, DAP dan Amanah) tetapi sebaliknya di jemput untuk menubuhkan kerajaan gabungan Persekutuan apabila PN (Bersatu, PAS dan Gerakan) menolak cadangan DYMM Agong tempoh hari.

BN/UMNO for all races...



Wednesday, January 8, 2025

Adakah UMNO rugi tak turun bersolidariti untuk BOSSKU...Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO perlu tuding jari anatara satu sama lain...Kenapa DSAI perlu berjumpa DSN...

Adakah UMNO rugi apabila tidak turun bersolidariti untuk BOSSKU? Kenapa perlu ada tuding menuding jari antara pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang beriaya-iya nak cari tempat dan kedudukan dalam pucuk kepimpinan peringkat tertinggi dalam UMNO. 

Apa yang UMNO laksanakan adalah sesuatu yang terbaik dan ianya bagi menghormati proses undang-undang dan titah perintah DYMM Agong ke 16 dan ke 17 yang mana DYMM Agong inginkan negara ini berada dalam keadaan aman dan politiknya stabil tanpa ada democrazy seperti zaman selepas pemecatan DSAI dan pasca PRU 13 dan PRU14. Di zaman itu politik Malaysia berada di tahap paling buruk dengan democrazy PKR, BERSIH dan banyak lagi sehinggakan rakyat gusar dan keamanan negara selama ini amat di cemburui oleh negara luar telah memalingkan para pelabur untuk tidak melabur di Malaysia kerana suasana politiknya tak stabil.

Perhimpunan solidariti BOSSKU itu adalah anjuran PAS dan BERSATU aka PN kenapa pula UMNO hendak berkecamuk di dalam dulang musuh yang sentiasa hendak menikam UMNO dari belakang, depan, atas dan bawah. Ingat UMNO pernah bermaufakat dengan PAS dalam Muafakat Nasional tetapi PAS ingkar kerana ingin bersama BERSATU tetapi PAS tidak ingin berkerjasama dengan AMANAH. UMNO pula tidak ingin bersama BERSATU kerana BERSATU ingin menjadikan UMNO No.2. Sebenarnya suasana politik Melayu ini amat rumit kerana orang Melayu ini suka sangat dan/atau inginkan jawatan dan kuasa untuk menunjukkan dialah yang paling bijaksana dan berpengetahuan dalam memerintah negeri dan negara. Sebaliknya apabila dapat tampuk pemerintahan apa yang telah di laksanakannya, rakyat boleh nilai sendiri. 

Pada dasarnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu menuding jari antara satu sama lain dengan menggelar macam-macam gelaran kepada si polan-si polan kerana ianya hanya akan merugikan UMNO sahaja. UMNO bila depan rakyat kata kita mesti BERSATU, BERSETIA dan BERKHIDMAT tetapi di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO bercakaran antara satu sama lain. Ini suatu permasalahan UMNO yang mesti di atasi sebelum kita kembali kepada rakyat untuk mendapatkan kepercayaian rakyat untuk mengundi UMNO sebagai pemerintah Malaysia kembali. 

Pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir untuk memberikan sokongan kepada BOSSKU itu adalah "kehadiran di atas kapasiti individu" kerana UMNO sudah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan turun untuk memberikan sokongan SOLIDARITI BOSSKU bersama PAS dan BERSATU aka PN. Adakah UMNO akan hilang sokongan Melayu dengan ketidakhadiranya? Pada kita politik ini adalah ibarat air di laut ada pasang surutnya. Kita lihat dalam beberapa PRK tempoh hari UMNO berjaya kembali mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dan ini boleh di jadikan "pemangkin" kepada UMNO untuk menghadapi PAS dan BERSATU aka PN dalam PRU16 nanti. Di sinilah perlunya pemimpin-pemimpin UMNO mesti menunjukkan kewarasan dan/atau kewajaranya untuk BERSATU BERSETUA dan BERKHIDMAT kerana rakyat sentiasa melihat kepada pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang sedang meningkat naik di kalangan pemuda, ahli AJK Bahagian dan ahli MKT. Bila kamu bercakaran antara satu sama lain dalam isu SOLIDARITI untuk BOSSKU ini maka rakyat akan melihat seolah-olah UMNO ini tidak pernah belajar daripada pengalaman dahulu. 

BOSSKU pun tidak harapkan pemimpin-pemimpin itu datang kerana selama ini BOSSKU hanya lawan dengan kapasitinya sebagai BOSSKU. BOSSKU tidak pernah bawa UMNO dalam kancah "legal battles" BOSSKU. So sekiranya dengan izin Allah (SWT) ada addendum tersebut, maka itu adalah atas usaha UMNO terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden dan endorseman MKT. So pemimpin-pemimpin dalam MKT perlu bertindak bijaksana dan kurangkan sikit "mulut celupar" dan "bertumbuk" sama sendiri bagi mengelakkan "persepsi UMNO ini tidak pernah berubah". Pendapat dan/atau pandangan berbeda itu amat di alu-alukan tetapi cukup sekadar di dalam mesyuarat MKT bukannya di dalam social media seperti TIK-TOK, Facebook dan sebagianya kerana itu menampakkan ketidakmatangan pemimpin-pemimpin UMNO dalam menghadapi sesuatu isu besar. Bila UMNO sudah keluarkan kenyataan tak hadir, maka kita perlu akur dan ada pemimpin-pemimpin nak hadir itu adalah "kehadiran di atas kapasiti sendiri". Maka pemimpin-pemimpin yang tak mahu hadir dan yang hadir tidak perlu bercakaran dengan menuding jari antara satu sama lain seolah-olah UMNO ini di penuhi oleh pemimpin-pemimpin egoistik dan/atau kepala batu serta mulut celupar.

Permasalahan ADDENDUM ini akan menghantui DSAI dan pentadbiran MADANI kerana ianya akan menunjukkan bahawa kerajaan MADANI cuba untuk menyorokkan sesuatu perkara yang membolehkan BOSSKU menjalani hukumannya untuk tempoh selanjut dalam "house arrest". Bila surat tersebut ada, maka rakyat akan tertanya-tanya kenapa nak aniaya BOSSKU sebegitu rupa walaupun DSAI telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakkan dakwaan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO adalah dakwaan bersifat "political prosecution" yang tidak mempunyai kekuatan dan keabsahan yang jitu. 

DSAI dan kerajaan MADANI pasti akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu apabila ADDENDUM ini di jadikan isu dalam kempen PRU16 nanti. DSAI mesti melakukan tindak bijaksana dan/atau mengerakkan langkah untuk memperbetulkan keadaan dengan berjumpa BOSSKU macam mana Tun M berjumpa dengan DSAI semasa Tun M, PAS dan BERSATU ingin menjatuhkan DSN dan UMNO semasa PRU14. Sekiranya Tun M boleh bercium dengan PAS dan DAP kenapa DSAI tidak boleh "berjumpa" dengan DSN. DSAI perlu ingat bahawa kebanyakkan projek-projek yang di laksanakan oleh kerajaan MADANI ini adalah projek-projek cetusan idea DSN semasa menjadi PM6 dan Presiden UMNO. Maka pengaruh dan/atau sokongan terhadap DSN agak "besar" di bandingkan dengan "fitnah, persepsi dan formula PKR yang tidak serupa bikin seperti cakap dan/atau sembang kari". Rakyat sudah melihat di mana kaca dan di mana intannya. Sekiranya PRU16 di laksanakan pada tahun 2025 dan atau 2026, sudah pasti kerajaan MADANI akan tergugur kerana rakyat sudah dapat jawapannya bahawa segala-gala yang terjadi dan pertukaran kerajaan adalah akibat "persepsi fitnah, hasad dengki dan sembang kari" sahaja. Perlu di ingat "pengaruh dan sokongan" kepada UMNO/BN semasa DSN ada dalam kempen-kempen PRK sebelum DSN di sumbat ke dalam penjara amat mengejutkan pemimpin-pemimpin PAS, BERSATU dan PH sehinggakan rakyat nampak ada sesuatu keajaiban yang di bawa oleh DSN di dalam setiap kempen-kempen dan/atau ceramah-ceramahnya.

Rakyat sudah pasti tak mahu PAS, BERSATU dan PN dan rakyat tak mahu DAP jadi dominan dalam pentadbiran negara mahupun negeri dan rakyat pun tidak inginkan pemimpin-pemimpin sembang kari dengan "formula yang tidak munasabah" tetapi rakyat hendakkan pemimpin-pemimpin yang dapat mensejahteraan kehidupan rakyat dan memajukan negara. Bila negara maju maka rakyat akan dapat limpahan tersebut. Rakyat sedar bahawa hanya satu parti sahaja yang dapat mengembalikan zaman tersebut. Rakyat sekarang hanya berdiam diri dan akur sahaja dengan pelbagai  "anjakkan kerajaan MADANI" kerana tidak mahu negara melalui seperti zaman DSAI sebagai pembangkang dan zaman DAP berkuasa sebagai Menteri MOF. Rakyat pun tahu akan tembelang pemimpin-pemimpin PAS dan BERSATU. So dalam ertikata lain tiada salahnya sekiranya DSAI pergi berjumpa dengan DSN sebagaimana Tun M pergi berjumpa dengan DSAI semasa nak menjatuhkan DSN dan UMNO/BN semasa PRU14. Politik tiada seteru yang berkekalan dan tiada kawan yang berpanjangan, keadaan akan berubah mengikut zaman samada aku di atas ataupun engkau di bawah. Siapa sangka Tun M/BERSATU boleh bercium dengan PAS dan DAP semasa PRU14 begitu juga siapa sangka UMNO boleh duduk semeja dengan PKR dan DAP selepas PRU15. Apakah selepas PRU16 ini UMNO/BN akan menjadi dominan semula setelah rakyat melihat sendiri di manakah kesilapan mereka dalam mengundi semasa PRU14 iaitu berdasarkan "persepsi fitnah, hasad dengki dan formula sembang kari".


Thursday, October 3, 2024

Perjalanan hidup seorang manusia...

Kejadian fitrah manusia adalah sesuatu yang ajaib yang di ciptakan oleh Allah (SWT) sejak daripada zaman Adam (AS) lagi. Manusia di jadikan oleh Allah (SWT) sebagai satu entiti yang akan memikul tanggungjawab sebagai mahkluk yang dicipta untuk menjadi khalifah di mukabumi. Tanpa ujian pasti manusia belum tentu akan dapat ganjaran dan nikmat daripada Allah (SWT) kerana imam dan takwanya masih belum di uji sepenuhnya.

Tapi bagaimana manusia bangkit daripada musibah yang di timpakan oleh Allah (SWT)? Manusia yang berpandangan jauh akan melihat ujian dan/atau musibah itu sebagai satu tamparan yang sikit sahaja kerana setiap manusia tidak akan di bebani dengan "ujian dan/atau musibah" yang tidak akan tertanggung oleh manusia. Ini ada di nyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 di mana Allah (SWT) menyatakan bahawa "Allah (SWT) tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya".

Manakala manusia yang berpandangan singkat akan menyalahi Allah (SWT) di atas segala ujian dan/atau musibah yang di turunkan kepada manusia tersebut. Malah manusia itu tidak ingin dan/atau ambil tak endah akan ujian dan/atau musibah yang di timpakan oleh Allah (SWT) sebagai satu tanda bahawa segala sesuatu kejadian itu semuanya datang dan/atau kehendak Allah (SWT) semata-mata. Sifat manusia sekiranya mendapat laba dan/atau keuntungan akan bersyukur akan nikmat Allah (SWT) tapi sebaliknya sekiranya Allah (SWT) menimpakan musibah dan/atau bala maka manusia itu akan menyalahi takdir dan/atau Allah (SWT) di atas segala kejadian yang menimpa manusia tersebut.

Sifat manusia yang sentiasa inginkan keuntungan tetapi tidak terfikir kenapa Allah (SWT) menurunkan ujian, musibah dan/atau bala kepada beliau sedangkan segala perintah dan/atau suruhannya telah di kerjakan dengan jayanya. Contoh yang paling dekat dengan Islam ialah permasalahan Palestine dan bumi Al-Aqsa. Kenapa Allah (SWT) memberikan kaum Yahudi menguasai Al-Aqsa dan bumi Palestine. Kenapa Allah (SWT) memerintahkan supaya Kiblat umat Islam di alihkan daripada Al-Aqsa kepada Mekah Al Mukarramah (Masjidil Haram)?

Allah (SWT) sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian. Ada yang di berikan pangkat tapi bongkak, sombong dan takbur, ada yang di berikan kekayaan dan kemewahan tetapi kikir, kedekut, bakhil, ada yang di berikan kepintaran dan/atau sentiasa dapat anugerah dekan tapi ada sifat-sifat muzmumah yang akan meracuni pemikiran manusia sepanjang hayatnya hidup di dunia. Contohnya Firaun pangkat, kekuasaan, jajahan takluk dan segala-galanya dalam tangan Firaun tetapi bila Nabi Musa (AS) berdakwah kepada Firaun di balas balik dengan kata-kata siapa yang lebih agung dan bijaksana Tuhan kamu Musa atau Firaun sehinggakan di suruh oleh Firaun kepada pembesar-pembesarnya untuk membina menara bagi melihat sendiri Tuhan Musa. Begiru juga Qarun yang menyatakan bahawa kekayaan yang di perolehinya adalah hasil usaha dan kebijaksananya tiada kaitan pun dengan Tuhan Musa. Akhirnya Firaun di tenggelamkan dalam Laut Merah dan Qarun di telah oleh bumi. Cuba bayangkan di manakah akhirannya Firaun dan Qarun?

Setiap kejadian dan musibah pasti ada hikmahnya. Allah (SWT) telah timpakan kepada manusia-manusia terdahulu supaya kita mengambil iktibar akan kejadian dan perlakuan yang sebegitu rupa tidak semestinya di ulangi oleh manusia-manusia terkemudian. Malangnya majoriti kita masih lagi di belenggu oleh sifat-sifat muzmumah tersebut sehinggakan segala perlakuan dan amal ibadat kita kepada Allah (SWT) menipis akibat kedurjanaan kita sendiri terhadap Allah (SWT).

Suatu ketika dahulu kita melihat manusia membentuk dan terbentuk melalui perilaku dan/atau persekitaran yang di dudukinya. Sekiranya kita duduk dalam kelompok manusia yang sentiasa melakukan kedurjaan maka suatu hari nanti bila kita membesar menjadi remaja, dewasa dan tua sifat-sifat kedurjaan tersebut akan dengan sendirinya terbentuk dan membentuk diri manusia tersebut melainkan dengan hidayah Allah (SWT) maka ada yang kembali ke pangkal jalan untuk kembali berfitrah kepada jalan Allah (SWT). 

Di zaman sains dan teknolgi ini, manusia membentuk dan terbentuk melalui gadget-gadget yang terdapat dalam handphone canggih masing-masing. Budak-budak yang berada di sekolah rendah malahan umur baru setahun jagung sudah tahu "applications" seperti Tik-Tok, Telegram, Facebook, Instagram, Twitter, You Tube dan lain-lain lagi. Pada kita jika di kaji dari sudut informasi dan/atau ilmu pengetahuan maka Handphone, Ipad dan lain-lain amat berguna kepada kita terutamanya pelajar baik di sekolah rendah, menengah dan di peringkat Universiti tapi jika di salahgunakan maka ianya akan menjadi tosik pula kepada pelajar-pelajar kita. Kawalan diri dan/atau displin diri amat penting dalam melayari handphone agar ianya tidak terlalu membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfeadah. Dahulu kita makan berkeluarga sambil berbual hal-ehwal aktiviti masing-masing tapi sekarang kita lebih berbual dengan gadget-gadget. Maka ujud soal permasalahan komunikasi kekeluargaan di kalangan masyarakt kita di zaman sains dan teknologi ini.

Apa yang paling di takuti ialah apabila anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa dan/atau orang tua berikutan trend yang mendahului "siapa cepat dia dapat". Inilah bahana kemajuan yang kita nikmati di zaman "gadget" di mana segala-gala maklumat samada yang betul dan/atau rekaan/fitnah sentiasa berlegar di alam maya untuk menjadi santapan orangramai yang suka akan cerita-cerita sensasi.

Di zaman 50 an, 60 an dan 70 an kanak-kanak bermain di laman rumah samada di lorong dan/atau padang tanah merah kemudian beralih ke padang rumput, padang tiruan dan seterusnya di zaman 2000 sudah mula beralih ke dalam "gadget" dengan pelbagai "jenis permainan" yang mengujakan kanak-kanak di zaman "gadget". Setiap kemajuan dalam sains dan teknologi pasti ada kebaikkan dan keburukkannya. Malahan ianya terpulang kepada manusia bagaimana manusia ingin melayari sains dan teknologi tersebut demi untuk kepentingan sejagat dan/atau menjadi satu bahan untuk menjahanamkan manusia dan dunia di satu ketika nanti. Kemajuan dan kebijaksanaan manusia tiada tandingannya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan Allah (SWT) yang mencipta bumi ini siang dan malam, turunkan hujan dan memberi nikmat yang tidak terhingga kepada manusia. Malangnya kebanyakkan manusia masih lagi membelakangi Allah (SWT) dalam segala segi demi untuk mengejar kemajuan dan kekayaan.

Kemanakah tujuan akhiran manusia? Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang tumbuh pasti akan mati. Itu adalah fitrah kejadian alam dan manusia. Allah (SWT) tidak akan melewati dan/atau melambatkan setiap kejadian itu walaupun pun sesaat. Bila tiba masanya pasti kematian tersebut akan datang melawati manusia mahupun tumbuhan tersebut. Cuba bayangkan tumbuhan tersebut tumbuh rendang dan daun menghijau dengan buah-buahan tiba-tiba besoknya layu, kering dan terkelai mati. Siapakah yang menentukan perjalanan hidup manusia di mukabumi ini? Dalam Al-Quran telah di nyatakan dengan jelas dan terang bahawa setiap mahkluk yang hiduo di dunia ini semuanya adalah di jadikan oleh Allah (SWT). Begitu juga segala musibah dan/atau bala yang di timpakan ke dunia ini adalah datangnya daripada Allah (SWT). Siapa bioleh menduga bahawa Acheh boleh di landa tsunami sebegitu buruk dan banjir besar 2004 melanda Temerloh. Inilah hakikat yang mesti di terima oleh manusia bahawa kejadian dan/atau musibah itu adalah ujian kepada manusia supaya manusia sedar bahawa setiap kejadian itu datangnya daripada Allah (SWT).

Manusia di hidupkan dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua akhirnya mati. Ada juga yang mati semasa bayi, kanak dan remaja mahupun dewasa. Ada yang mati secara tiba-tiba, sebelum ini sihat walaafiat dan gelak tawa bersama keluarga dan kawan-kawan tetapi masanya tiba untuk menghadap Allah (SWT). Allah (SWT) mencabut nyawanya pada saat manusia itu sedang melakukan pelbagai pekerjaan seperti di janjikan oleh Allah (SWT) tanpa di lewatkan sesaatkan mahupun di percepatkan sesaatpun. Apakah persediaan kita sebagai manusia sebelum kita menghadap Allah (SWT)? Persediaan tersebut mestilah rapi dan tidak buat secara endah tak endah sahaja berdasarkan kepada bahawa "kita boleh bertaubat bila tua nanti". Istilah tersebut sudah tidak dapat di gunakan lagi memandangkan manusia hidup di dunia ini hanya antara 60-70 tahun sahaja mengikut umur umat Nabi Muhammad (SAW). Ada yang sebelum umur tuanya sudah di tarik nyawanya, maka adalah malang sekiranya kita sebagai manusia tidak melakukan sesuatu untuk menjadi bekalan kita di alam kubur nant dan seterusnya alam akhirat.

Oleh itu perjalanan hidup kita sebagai manusia amat singkat sekali dan pada bila-bila masa pun kita boleh di panggil balik untuk mengadap Allah (SWT). Adakah kita sudah bersedia untuk mengadap Allah (SWT)? Adakah kita masih lalai dan/atau masih berbuai dengan mimpi-mimpi dunia fana ini. Kita di dunia ini hanya sementara sahaja dan selagi kita sebagai manusia hidup di dunia ini mesti melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah (SWT) sekiranya kita ini beragama Islam. Allah (SWT) telah mengolongkan kita kepada golongan kanan dan golongan kiri. Adakah kita ingin menjadi golongan kanan? Maka apakah "criteria" untuk menjadi golongan kanan. Dalam Surah Waqiah ada di nyatakan golongan kanan dan golongan kiri. Nabi Muhammad (SAW) dan para Nabi adalah golongan kanan manakala Firaun, Qarun dan sekutu dengan syaitan dan iblis adalah golongan kiri. Adalah nyata bahawa golongan kanan Insya Allah pasti akan mendapat tempat di syurga manakala golongan kiri sudah pasti akan mendapat tempat di neraka. Cuba bayangan siksa di alam kubur yang mana kita manusia akan di perlihatkan nikmat dan siksa di syurga dan neraka. Itu adalah perjalanan permulaan kita manusia menuju ke akhirat. 

Kita di dunia ini di galakkan untuk bercucuk tanam agar kita mendapat hasilnya apabila kita memasukki alam kubur seterusnya alam akhirat. Cuba bayangkan di zaman Firaun dan Qarun lagi manusia telah mati dan sekarang di zaman sains dan tekniologi sekitar 2024 masih lagi kita hidup di dunia sedangkan manusia dahulu kala masih lagi di alam kubur menanti bilakah akan di bangkitkan untuk menuju ke akhirat. Sudah seribu tahun duhulu Nabi Muhammad (SAW) meninggalkan kita manusia tetapi Allah (SWT) masih memberikan kesempatan manusia untuk kembali kepada fitrah untuk mengabdikan diri manusia kepada Allah (SWT) iaitu agama Islam, Al-Quran dan sunnah Nabi. Malangnya masih ramai manusia yang masih lalai dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) tersebut. Ada yang masih menyembah berhala, patung dan lain-lain yang berlainan dengan fitrah kejadian manusia. Allah (SWT) tiada perantaraan dan Allah (SWT) tidak pernah dan/atau tidak mungkin akan dan/atau melahirkan anaknya seperti naman Isa (AS). Ini adalah hujah-hujah khurafat yang menyesatkan manusia akan kewujudan Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW) Nabi terakhirnya yang membawa agama Islam untuk alam sejagat agar semua kita dapat nikmat-nikmat yang di janjikan oleh Allah (SWT) di akhirat kelak. 

Manusia-manusia khurafat cuba untuk menghapuskan Islam dan Al-Quran tetapi malangnya mereka masih lagi gagal kerana Islam dan Al-Quran sentiasa di bawah lindungan Allah (SWT). Sejak berzaman manusia-manusia khurat cuba memesongkan Al-Quran seperti mana mereka lakukan kepada Taurat dan Injil tetapi masih lagi gagal. Islam dan Al-Quran adalah agama dan kitab untuk semua manusia yang kembali kepada fitrahnya iaitu menyembah dan beriman kepada Allah (SWT). Maka sebab itu Allah (SWT) melarang manusia beriman daripada mengambil manusia yang dimurkai Allah (SWT) sebagai pelindung kerana mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikkan di akhirat sebagaimana orang kafir yang berada dalam kubur juga berputus asa.

Oleh itu kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah (SWT) dan mengambil pedoman dan pengajaran dalam Al-QUran serta Sunnah Nabi Muhammad (SAW) maka semestinya kita patuh dan sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah (SWT) samada dalam senang mahupun susah. Apa-apa yang kita perolehi itu senang dan susah semuanya datang daripada Allah (SWT) yang ingin menguji manusia samada kita bersyukur dan sentiasa tunduk dan beriman kepada Allah (SWT) dan/atau kita akan menjadi Firaun dan Qarun yang berjalan di atas mukabumi ini dalam keadaan sombong dan bongkak. Pengajaran dan paduan telah di catitkan di dalam Al-Quran bagaimana keadaan manusia yang beriman dan tidak beriman akan melalui kehidupannya di dunia dan kehidupannya di alam kubur dan kehidupanya di akhirat kelak.

Jadikan lah Al-Quran sebagai pegangan dan panduan hidup di dunia dan sunnah Nabi Muhammad (SAW) sebagai pedoman sesungguhnya kita tidak akan sesat dan menjadi manusia tidak beriman kepada Allah (SWT).



   

   

 



Saturday, June 15, 2024

Harta Pusaka dan Amanah...

Ini adalah satu topik yang selalu di perkatakan oleh masyarakat kita di Malaysia terutama apa akan jadi kepada harta pusaka si mati selepas ianya meninggal dunia. Di kalangan masyarakat Melayu, ianya akan menjadi lebih meruncing apabila ada yang mempertikaikan harta pusaka si mati dari segi pembahagian dan/atau pecahan harta tak alih mahupun harta alih.

Apabila seseorang meninggal dunia samada bapa, ibu, anak dan sebagai, maka waris-waris yang tinggal ada dua cara untuk mendapatkan hak-hak ke atas harta pusaka si mati.

Cara pertama:

Ianya boleh di laksanakan dengan membuat permohonan kepada Pejabat Harta Pusaka Kecil di bawah peruntukkan Harta Pusaka Kecil. Permohonan ini hendaklah di buat secara online ke Pejabat Tanah berkenaan di mana harta alih dan/atau harta tak alih terletak. Misalnya sekiranya harta tak alih tersebut terletak di kawasan Gombak dan/atau di Bentong maka permohonan hendaklah di buat melalui online ke Pejabat Daerah dan Tanah samada di Gombak atau Bentong. Borang yang di perlukan ialah Borang A perlu di isi oleh pemohon dengan butiran lengkap seperti di minta dalam Borang A tersebut. Kemudian sebelum hari perbicaraan Borang DDA (waris-waris yang terlibat) hendaklah di isi dan di tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan ianya hendaklah di bawa bersama-sama pada hari perbicaraan kelak. Borang DDA ini hendaklah di isi selari dengan Borang A mengenai harta tak alih dan/atau harta alih, nama pemohon, waris-waris terlibat dan pembahagiannya.

Sekiranya tiada pembahagian di letakkan di dalam Borang DDA, maka Pejabat Pusaka Kecil akan melantik pemohon sebagai Pentadbir kepada harta pusaka tersebut. Pembahagian harta pusaka boleh di laksanakan secara faraid dan/atau pembahagian sama rata (setelah persetujuan semua waris-waris terlibat). Sekiranya waris-waris tidak bersetuju pembahagian sama rata, maka kaedah faraid akan di ikuti.

Sekiranya seoang Pentadbir telah di lantik dan ianya telah di daftarkan di Pejabat Daerah dan Tanah berkenaan apabila Perintah Harta Pusaka Kecil telah di keluarkan oleh Pejabat Tanah berkenaan, maka sekiranya harta tak alih hendak di jual, ianya boleh di laksanakan dengan cara membuat permohonan di Mahkamah Tinggia Malaya di mana harta tak alih dan/atau Perintah Harta Pusaka Kecil tersebut di keluarkan. Dalam proses ini, waris-waris perlu melantik seorang peguambela dan peguamcara untuk menguruskan hal-ehwal proses penjualan tersebut.

Harta tak alih tidak perlu di bahagikan kepada waris-waris sekiranya semua waris-waris bersetuju untuk menjual harta tak alih tersebut dan keuntungan daripada penjualan harta tak alih tersebut akan di bahagikan secara faraid dan/atau pembahgian sama rata (tidak kira lelaki atau perempuan). Pembahagian sama rata mestilah mendapat tersetujuan semua waris-waris terlibat. Sekiranya ada waris-waris yang tidak bersetuju pembahagian sama rata, maka pembahagian mestilah di laksanakan secara faraid.

Cara permohonan di Pejabat Harta Pusaka Kecil ini akan mengambil masa sikit untuk mendapatkan tarikh perbicaraannya. Maka kita ada alternatif cara kedua iaitu membuat permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Malaya di mana harta tak alih tersebut terletak dan/atau berdasarkan alamat pemohon. 

Cara Kedua:

Permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Malaya di mana waris-waris perlu melantik seorang peguamcara dan peguambela untuk menguruskan permohonan tersebut. Melalui cara kedua tarikh perbicaraan akan di perolehi selepas pemfailan permohonan LA di laksanakan oleh peguam yang di lantik. ianya akan selesai dalam jangka masa 6 bulan daripada tarikh pemfailan permohonan LA tersebut.

AMANAH:

Selepas mendapatkan Perintah Harta Pusaka Kecil dan/atau Surat Kuasa Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi Malaya, maka Pentadbir bolehlah melaksanakan tugas-tugas dalam mentadbir harta pusaka si mati seperti mana yang di peruntukkan oleh undang-undang Malaysia. Maka Pentadbir tersebut adalah pemegang amanah kepada waris-waris yang telah melantik beliau sebagai "Pentadbir". Amanah ini besar tanggungjawabnya. Harta pusaka si mati samada harta tak alih mahupun harta alih hendaklah di kendalikan secara jujur dan amanah kerana segala tindak tanduk akan di persoalkan di akhirat kelak (memakan harta anak yatim berat azabnya). Mesyuarat hendaklah di buat samada harta tak alih dan/atau harta alih hendak di bahagikan kepada waris-waris terlibat dan/atau di letakkan di bawah satu tabung (account khas untuk harta pusaka) di mana pentadbir tersebut akan menguruskannya. Sekiranya si mati itu bapa, ibu dan sebagainya telah menyebut bahawa harta-harta tak alih hendaklah di pegang oleh Pentadbir dan tiada nama waris-waris akan di letakkan di dalam geran harta-harta tak alih tersebut, maka Pentadbir hendaklah memastikan bahawa tiada waris-waris yang akan memonopolikan harta-harta tak alih tersebut untuk kepentingan peribadi dengan membelakangi waris-waris yang lain. 

Budi bicara dan persetujuan waris-waris terlibat mestilah di perolehi bagi seorang waris hendak menggunakan harta-harta tak alih tersebut. Cara ini akan mengelakkan perselisihan faham dan/atau pergaduhan adik-beradik dalam merebut harta pusaka peninggalan orang tuanya kelak. Sekiranya harta-harta tak alih di perturunkan kepada seorang waris, maka waris-waris lain mestilah akur dengan pembahagian yang telah di tetapkan sebelum kematian orang-orang tua mereka. Ini juga penting bagi mengelakkan perselisihan faham dan/atau pergaduhan antara adik-beradik berkaitan dengan harta pusaka. Selalunya sekiranya harta tak alih ini di perturunkan kepada waris-waris tertentu, maka harta tak alih tersebut akan menjadi "hutan" dan/atau terjual kepada orang lain adalah amat besar sekali. Jarang sekali waris-waris yang mewarisi harta-harta tak alih tersebut akan mengusahakan dan/atau membangunkan harta-harta alih tersebut menjadi sesuatu yang manfaatkan kepada beliau mahupun waris-waris yang lain. Inilah yang selalu menjadi pedoman dan persoalan mestikah kita mewariskan harta pusaka itu kepada "individu-individu" selepas kematian orang-orang tua kita?

Mungkin mewariskan kepada "individu-individu" akan menyelesaikan banyak perkara tetapi adakah ianya akan mendatangkan kemudaratan kemudian hari apabila "harta pusaka" tersebut terlepas ketangan orang lain. Ianya realiti yang perlu di fikirkan bukannya di sanggahkan kerana harta pusaka itu adalah hasil titik peluh orang-orang terdahulu untuk mendapatkannya. Datang orang-orang yang terkemudiannya habis di jualnya melainkan jual harta pusaka itu dijual untuk membeli harta baru bagi kegunaan "individu-individu" tersebut. Inilah permasalahan yang sering di hadapi oleh harta pusaka peninggalan orang-orang terdahulu samada ianya "terbiar tidak diselenggarakan menjadi hutan dan/atau terjual untuk mendapat tunai.

Berat sungguh tanggungjawab waris-waris yang di tinggalkan lebih berat lagi bagi individu yang menjadi "pentadbir kepada harta pusaka tersebut". Kita tidak perlu bergaduh dan/atau berselisih faham mengenai harta pusaka kerana ianya akan tinggal di dunia apabila kita di panggil untuk mengadap Allah (SWT). Tamak harta pusaka pun tidak akan mendatangkan keuntungan kepada waris-waris kerana ianya akan memberi impak yang besar dalam kehidupan seterusnya. Sekiranya kita tidak merasainya, maka anak-anak dan/atau cucu kita akan merasai impak tersebut kerana balasan Allah (SWT) itu akan datang tanpa di duga oleh kita sebagai manusia. Boleh kah kita menentukan hari ini akan hujan walaupun kita telah mendengar guruh dan petir berdentam detum di langit tetapi sekiranya Allah (SWT) tak izinkan hujannya turun maka hujan tetap tidak akan turun. Di sinilah kita kena fahami bahawa harta pusaka itu bukannya sesuatu jalan untuk mendapatkan keuntungan peribadi tetapi tanggungjawab yang mesti dipikul bagi memastikan setiap waris-waris akan hidup seperti yang di amanahkan kepada kita melainkan waris-waris itu memilih untuk menjalankan kehidupan seperti mana yang diingini sendiri. Kita sebagai pentadbir hanya boleh membantu setakat mana yang telah di amanahkan tidak lebih dan tidak kurang kerana waris-waris lain pun mesti di perhatikan supaya semuanya dapat hidup aman dan sentosa di dunia sebelum di panggil mengadap Allah (SWT).

Selamat menjalan yanggungjawab sebagai "PENTADBIR"...


  



Sunday, February 25, 2024

Politik, Kuasa dan Melayu...salah pilih tanggung le...

Di Malaysia kuasa politik setelah sekian lama di pegang oleh orang Melayu hampir terlepas akibat tamak kuasa, dendam kesumat, dengki, iri hati dan fitnah semasa PRU14. Akibatnya UMNO sebagai tunjang pentadbir negara Malaysia jatuh tersungkur di tangan PH. Sungguhpun begitu, PH yang naik di atas prinsip tamak kuasa, dendam kesumat, dengki dan iri hati akhirnya hanya boleh bertahan 22 bulan sahaja. Begitu juga PN yang berpaksikan kepada prinsip yang sama dengan PH tersungkur dan hanya dapat bertahan 17 bulan sahaja. Akhirnya naik UMNO di bawah Keluarga Malaysia yang mesra PN hanya dapat bertahan 15 bulan sahaja. Dalam masa 5 tahun (2018-2022) kita dapat tiga PM iaitu Tun M (PM-7), TSMY (PM-8) dan DSIS (PM-9). Selepas PRU15 kita dapat pulak kerajaan perpaduan yang di ketuai oleh DSAI (PM-10).

Gesaan untuk kerajaan perpaduan ini menjaga kestabilan politik dan meningkat ekonomi negara selalu di utarakan oleh rakyat jelata tetapi ada juga setengah pemimpin-pemimpin yang cuba menaburkan fitnah dan berita-berita yang kononnya kerajaan perpaduan ini akan runtuh dalam bulan Sepetember, 2023. Apakah pengajaran yang kita dapat daripada PRN di enam (6) buah negeri. Pengajaran yang penting ialah rakyat jelata terutama yang berbangsa Melayu dan Islam amat mudah terpengaruh dengan "istilah nak Islam atau nak kemajuan", "nak Melayu atau nak Cina memerintah". Kita mesti lihat kepada sejarah kepimpinan Melayu dan Islam di Malaysia yang bermula daripada PM-1 pada tahun 1957 sehinggalah ke PM-10 tidak pernah dimaktubkan bahawa bukan Melayu akan menjadi PM.

Kita orang Melayu dan Islam sekiranya berpolitik sehingga boleh pecah rumahtangga dan kemudian akan simpan dendam kesumat, iri hati dan buruk sangka kononnya "dia pemimpin yang unggul untuk memimpin Malaysia" tetapi bila di berikan peluang "satu perkara untuk negera dan rakyat jelata" tiada pun dalam agendanya. Kita sudah lalui berbagai duri dan onak tetapi kita tetap melakukan kesilapan seperti zaman dulu-dulu apabila terlalu percaya dengan "khabar angin dan/atau fitnah dan prasangka buruk. Akhirnya kita sebagai rakyat rugi dan negara pun turut rugi. Kita tidak tahu bedakan antara intan dan kaca sehinggakan intan yang terpelihara dan terbukti tulennya di anggap sebagai palsu malahan kaca yang sudah tentu kaca di anggap sebagai intan.

Sekarang telah terbukti segala cakap-cakap masa kempen PRU dan formula PRU hanya omong kosong belaka. Cakap-cakap PRU hilang entah ke mana dan formula PRU kena bungkus, akhirnya rakyat terpaksa tanggung apa sahaja yang kerajaan tidak mampu nak buat dan negara terkesan dengan ketidakcekapan dan ketidakmampuan pemimpin cakap-cakap kosong dan pakar formula. Sekarang semua agenda dan perkara-perkara pokok hendak di usiknya sehinggakan SST akan naik menjadi 8% pada 1/3/2024. Sudah dulu kena 10+6 sekarang 1/3/2024 jadi 10+8. Padan muka semua yang mendewakan kononnya raja formula akan menyelamatkan negara dan rakyat begitu juga king omong-omong kosong akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. Inilah akibat kita yang menandakan (X) semasa PRU tempoh hari.

Bukan sahaja harga minyak tidak dapat di selesaikan, harga beras pulak melambung, harga barangan runcit meningkat, harga barangan asas berlipat kali ganda dan matawang semakin merosot. Inilah bahana "politik fitnah dan prasangka". Kita bubuh PN pun akan jadi serupa itu juga kerana tok-tok lebai cakap macam bumi dan langit ini dia yang cipta tapi bila dapat kerajaan "satu hapak buat tak tahu nak buat macam mana". Tengok 4 negeri tok lebai dapat apa yang baru telah di bangunkan melainkan semuanya pakai yang kerajaan terdahulu buat. Alasannya kerana kerajaan pusat bukan di bawah tok lebai. Masa untuk berpolitik seperti 60 tahun dahulu telah berlalu kerana rakyat tak mahu lagi dengar slogan pembangunan, infra, pendidikan, kesihatan dan sosial tapi rakyat nak tahu siapa yang dapat memberikan "input jitu" ke atas permasalahan rakyat dan negara.

Kerajaan Madani cuba nak hapuskan skim pencen kakitangan awam tapi bila tanya pasal hapuskan skim pencen ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Negara dan ahli-ahli Dun senyap seribu bahasa. Kakitangan sudah tentu inginkan pencen tersebut kerana telah berkhimat sehingga umur 55 tahun dan/atau 60 tahun (lama tu 25 dan/atau 30 tahun) tapi ahli-ahli Parlimen, ahli-ahli Dewan Negara dan ahli-ahli DUN hanya 5 tahun itupun kalau di lantik semula oleh rakyat. Pada hemat kita hapuskan skim pencen ahli-ahli Parlimen, Dewan Negara dan DUN baru kerajaan boleh cerita pasal nak "review skim pencen" kakitangan awam.

Dulu cakap GST 6% itu cekik darah rakyat tapi SST 8% 1/3/2024 nanti apa pulak rakyat nak cakap? Nak balik kepada GST segan mati tak mahu tapi untuk tampung "kantong kewangan kerajaan" maka kita naikkan SST jadi 8%. Apa sudah jadi dengan GST yang cekik darah rakyat? Inilah formula yang di hasilkan oleh pemimpin-pemimpin omong-omong kosong dan formula di hujung jari, akhirnya yang menderita rakyat dan negara. Bolehkah kerajaan pantau dengan e-invois mereka-mereka yang tidak ingin bayar SST 8% itu? Ketirisan dan pengelak bayar cukai pasti akan berlaku. Formula boleh di ucapkan dan boleh di dendangkan tapi bila di bentang untuk di realisasikan agak sukar untuk di formulakan. Inilah yang terjadi kepada raja formula di mana tiada satu pun formulanya dapat di pakai untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan pendapatan dan/atau kewangan negara.

Inilah di katakan bila pilih jangan salah pilih nanti dapat "tong tahi" seperti dalam cerita Ali Baba dengan 40 Penyamun. Intan sudah ada dan terbukti ketulenannya tapi rakyat pilih kaca yang nampak lawa dan cantik tapi bila di paparkan cermin itu secara jelas nampak "keburukkannya".



      

Tuesday, July 25, 2023

Siapa kata UMNO sudah menyeleweng perjuangannya...

UMNO adalah wadah umat Melayu dan Islam di Malaysia tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia. Di Malaysia sahaja yang ada sekolah Cina dan sekolah Tamil. Sekiranya kita pergi ke mana-mana negara samada di Asean, Asia mahupun di Eropah mahupun di Amerika Latin, mana ada sekolah mengikut bangsa seperti di Malaysia iaitu sekolah Cina dan Tamil. Itulah uniknya Malaysia yang di bina oleh pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC enam puluh (60) tahun dahulu. Kita mesti mengucapkan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana membenarkan rakyat berbilang bangsa berintegrasi menjadi satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia bukannya asimilasi menjadi Bangsa Malaysia yang banyak memperjudikan asal-usul bangsa tersebut seperti Iindonesi, Thailand dan lain-lain.

UMNO dengan tunjang perjuangan menegakkan Islam, bangsa dan negara Malaysia tidak kurang dikritik kerana telah kononnya mengenepikan perjuangan tersebut walaupun dalam PAU 2023 telah menyatakan NO ANWAR, NO DAP dan NO BERSATU. Selepas PRU15, UMNO/BN (MCA. MIC dan PBRS) hanya dapat 30 kerusi sahaja tetapi PH dapat 81 dan PN dapat 74. Pada ketika itu tiada mana-mana parti dapat "simple majority" 112 kerusi untuk membentuk kerajaan Malaysia. DYMM Agong telah meminta PH dan PN bergabung untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ada kerusi terbanyak. Malanganya gesaan DYMM Agong itu tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin PN, malahan pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju. Bila pemimpin-pemimpin PN tidak bersetuju, maka DYMM Agong menjemput BN untuk membentuk kerajaan gabungan iaitu kerajaan perpaduan. Setelah berbincang panjang lebar dan dapat persetujuan sebulan suara daripada MKT UMNO dan barisan kepimpinan Tertinggi BN, maka BN terima tawaran DYMM Agong tetapi dengan syarat-syarat yang di kemukakan oleh BN kepada DYMM Agong. Kepimpinan PH bersetuju dengan syarat-syarat BN, maka tertubuhlah kerajaan perpaduan dengan DSIA sebagai PM-10. Selebihnya adalah sejarah.

Maka tiada permasalahnya UMNO tidak boleh memperjuangkan ABATA dan UMNO telah bercium dengan DAP. UMNO bukannya masuk PH mahupun PH masuk BN tetapi parti-parti bergabung untuk membentuk "kerajaan perpduan" demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara. Itulah hakikatnya tetapi musuh-musuh UMNO terutama gurkha-gurkha yang berkiblatkan PN terutama PAS dan PPBM menyatakan UMNO telah menyelewengkan dan mati kerana telah mengkhianati perjuangan ABATAnya. Ini menjadi polimek apabila DSAM @ Raja Pantun UMNO menyatakan bahawa "kita dalam kerajaan perpaduan ini hendaklah mengundi (X) PH walaupun DAP". Gesaan itu adalah betul kerana UMNO/BN duduk dalam kerajaan perpaduan bukannya dalam PN. Masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO yang di pecat dan di gantung kerana permasalahan disiplin dan mengkhianati UMNO/BN semasa PRU15 agak tidak berpuashati dengan tindakan Presiden parti DSZH. Pada kita apa yang telah di lakukan oleh DSZH itu bertepatan dengan Perlembagaan UMNO/BN. UMNO/BN kena buang musuh dalam selimut dan/atau gunting dalam lipatan agar ianya tidak menjadi barah yang akan menular keseluruh tubuh badan UMNO/BN. 

Siapakah yang menggantikan UMNO sebagai payung bangsa Melayu? PN dengan sombong dan lantangnya mengaku mereka adalah suara dan payung bangsa Melayu tetapi di manakah Melayu kita PN memerintah? PN dengan berlagak mencaci dan menghina UMNO kerana "kluster Mahkamah" dan/atau "rasuah" tetapi hinaan dan cacian tersebut tersangkut pula kepada "PN" apabila pemimpin besarnya tersangkut dengan kes Jana Wibawa. Lebih malang lagi Parlimen Kuala Teganu terpaksa di kosongkan akibat "perbuatan rasuah oleh pemimpin-pemimpin PAS Teganu". Nampaknya berbuatan rasuah ini terjadi juga dalam PAS yang kononnya juara anti rasuah dan pemimpin-pemimpin patuh kepada "ajaran Islam". Inilah di katakan "ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus", malangnya seIslam PAS apabila sampai penghujungnya tetap bengkok dan/atau terlanat juga.

Paku dulang paku serpih mengatakan orang tapi awak yang lebih. PAS dan PPBM dalam PN adalah sama aje dengan UMNO/BN dalam permasalahan isu rasuah ini. Pemimpin-pemimpin yang terasuah bukannya parti, malangnya cacian dan hinaan itu terus berlanjutan kepada UMNO/BN, akhirnya dalam PN pun wujud malapetaka rasuah @ sakau. Selagi kita bernama "manusia" maka selagi itu kita akan melakukan kesalahan seperti mana Amanat Hadi Kafirkan orang-orang UMNO. Inilah permulaan perpecahan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kebelakangkan ini di burukkan pula oleh Tun M yang sudah di sucikan oleh PAS tempoh hari.

Apa nak jadi dengan orang Melayu dan Islam, majoriti besar tapi kek kuasa politik terpaksa di pecahkan dengan di iris-iris kecil yang pernah mengakibatkan Melayu dan Islam hilang kuasa pada PRU14. Akhirnya rakyat yang sengsara dan negara yang rugi. Hutang tak sampai 1 trillion di omong-omongkan sudah 1 triliion. Akhirnya selepas PRU15 memang hutang negara 1 trillion. Di masa BN, barangan asyik naik aje simbolik BN (Barang Naik) tapi selepas PRU14 dan PRU 15 barang terus mendadak naik tak mahu turun pun. Maka rakyat dan negara rugi kerana apa yang telah dinikmati dulu telah di batalkan akibat "perancangan dan dendam kesumat" terhadap pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Inilah senario bakal di hadapi oleh para pengundi untuk PRN nanti. 

Sekarang apa yang dibayangkan telah terjadi namun untuk mendapatkan kembali zaman kegemilangan tersebut memerlukan iktilzam yang kuat dan pendirian yang jitu untuk mengubah nasib kita orang Melayu dan Islam yang selalu bercakaran antara satu sama lain dalam politik untuk mendapatkan kuasa dan pangkat. 

Saturday, July 22, 2023

Politik cacamarba orang Melayu...

PRN di enam (6) negeri memperlihatkan betapa taksubnya orang Melayu untuk berkuasa dan menjadikan medan politik sebagai agen untuk mengaut kuasa dan kedudukan. Kedudukan kerajaan Persekutuan sekarang adalah cerminan kerajaan perpaduan antara parti politik. Kemudian dalam PRN cerminan itu diwujudkan untuk mencorakkan kepimpinan yang jitu bagi mengepalai pentadbiran negeri sekiranya PH-BN menang kelak.

Malangnya di satu pihak pula sanggup bergolok bergadai maruah politik bagi mencapai cita-cita untuk berkuasa. Itulah sebabnya dalam politik tiada ertikata sahabat dan/atau lawan selama-lamanya. Tiba-tiba Tun M muncul di dalam ceramah perdana PAS di Kota Bahru baru-baru ini. KIta tidak terkejut mahupun pelik akan tindak tanduk Tun M yang agak aggresif terhadap kepimpinan DSAI dan DSZH. Kedua-dua pemimpin tersebut masih di anggap sebagai "burung yang perlu di matikan" bagi menghidupkan "perpaduan Melayu" yang sebelum ini telah di pecahkan oleh Tun M sendiri.

Kita mesti ingat sejarah politik Tun M dengan PAS di Kelantan, sejarah politik Tun M dalam UMNO dan sesudah meninggalkan UMNO. Siapa yang menubuhkan PPBM (Bersatu) untuk lawan UMNO dan kemudian tubuhkan Pejuang untuk lawan UMNO dan Bersatu pula. Semuanya berpunca daripada Tun M sendiri. Dalam ertikata lain Tun M adalah "BAPA PERPECAHAN" orang Melayu. Sekarang begabung pula dengan "BAPA PERPECAHAN ORANG ISLAM" iaitu PAS. Maka sudah jadilah "JEMBALANG PERPECAHAN MELAYU dan ISLAM".

Kita tidak perlu bicarakan istilah dan slogan PAS dalam setiap PRU dan PRN. Ianya adalah sama "tunggang agama untuk berkuasa". Adakah corak kepimpinan PAS itu bergitu jitu dengan pembangunan dan ekonomi negeri di bawah pertadbiranya melonjak sehinggakan melebihi pencapaian pembangunan dan ekonomi kerajaan pusat? KIta telah ulang beberapa kali mengenai isu PAS dengan Islam ini, ianya adalah satu idealogi yang tidak berpaksikan kepada Islam yang di anuti oleh kita di bawah payung syahadah iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sebelum ini UMNO telah di kafirkan, Tun M sudah lama kafir tapi sekarang apabila berceramah di pentas PAS, maka Tun M telah di Islamkan oleh PAS (disucikan oleh PAS) sebab nak menang PRN Kelate.

Annuar Musa yang di sucikan oleh PAS tanpa segan silu mengeluarkan ungkapan menyatakan orang Kelate mesti "haramkan tangan undi selain PAS". Apakah maknanya? Sebelum ini PAS pernah juga berkawan dan bercium dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Maka apakah pada ketika itu halal tangan orang Kelate undi PR walaupun ada DAP tetapi sekarang "haram tangan orang Kelate pangkah BN" kerana BN duduk dalam kerajaan perpaduan PH yang ada DAP. PAS memang pandai tunggang bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersetujui dan/atau di pecat daripada UMNO untuk kepentingan politik dan kuasa PAS di Kelate. Siapa tak takut hilang kuasa, pangkat dan imbuhan. Tanya kepada para pemimpin terutama yang sudah pernah pegang jawatan dan/atau berjawatan, maka pasti mereka inginkan kekalkan jawatan, pangkat dan imbuhan tersebut.

Maka dalam kempen-kempen politik untuk PRN kelak, pasti kita akan mendengar "kafir mengkafir", caci maki, hasutan, fitnah dan sebagainya dalam setiap ceramah politik dan di Selangor perkara itu telah di bentangkan dalam Khutbah Jumaat di setiap masjid atas perintah DYMM Sultan Selangor. Maka kita sebagai rakyat yang akan memangkah (X) mestilah memberikan undi kepada pemimpin yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, membangunkan kawasan sekitar, meningkatkan taraf ekonomi setempat dan yang mempunyai idea serta visi ke hadapan bukannya tunggang agama dan omong-omong kosong sahaja.

Kita sudah ketinggalan lima (5) tahun kebelakang jika dibandingkan dengan rakan-rakan ASEAN yang lain terutama selepas PRU 14. Kita sepatutnya memberikan masa kepada kerajaan perpaduan untuk melonjakkan semula pembangunan dan ekonomi negara, soal Raja formula itu tolak tepi (memang tak boleh di pakai cakap-cakapnya). Kita berikan peluang kepada kepimpinan DSAI untuk membuktikan apa yang di janjikan. Sekiranya tiada, maka dalam PRU16 nanti kita ubah kepada parti-parti yang boleh mengubah Malaysia kembali sebagai negara membangun dengan ekonomi mantap dan rakyat hidup aman, makmur dan sejahtera.

Kita dan semua rakyat Malaysia inginkan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan. Tanpa perkara-perkara tersebut kita tidak boleh maju ke hadapan dan kita akan ketinggalan di takok lama tanpa sebarang perubahan. Inilah yang terjadi di Kelate jika di bandingkan dengan negeri pantai timur lain iaitu Teganu dan Pahang, macam langit dan bumi. Pembangunan dan ekonomi rancak di Teganu dan Pahang tetapi di Kelate agak malap kerana idealisma kepimpinan kerajaan Kelate adalah bertunjangkan Islam PAS yang bersifat "khawarij".

Kita jangan jadi cacamarba dalam berpolitik sehingga mengundang perpecahan yang amat ketara di kalangan orang Melayu dan Islam. Kita mesti berpaksikan kepada selagi pemimpin itu Islam dan tidak membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) maka kita mesti memilih pemimpin tersebut termasuklah mesti ada sifat amanah, bertanggungjawab, ada visi, idea untuk memajukan kawasan sekitar dan meningkatkan ekonomi setempat (ini akan diterjemahkan dan/atau diketahui setelah pemimpin itu diangkat). 

Kita Melayu dan Islam nampak banyak tetapi bila berpolitik nampak sangat "perpecahan kek politik tersebut". Inilah angkara jembalang politik iaitu PAS dan Tun M yang telah menanamkan benih politik perpecahan tersebut lebih 60 tahun ke dalam sanubari orang-orang Melayu dan Islam. Persoalannya adakah generasi XYZ sekarang masih terikut-ikut dengan politik taksub PAS dan Tun M untuk mendapatkan kuasa dan pangkat? Zaman internet dan "information" di hujung jari, kita mesti mengunakan akal fikiran dan membuat analisa sendiri ke atas sesuatu perkara dengan lebih realistik samada ianya bertepatan dengan kaedah semasa dan/atau sudah ketinggalan zaman.

Politik cacamarba, hasutan, caci maki, taksuban terhadap pemimpin dan idealismanya mesti di kerat daripada minda kita. Fokus mesti di beri kepada apakah agenda parti-parti untuk masa depan kita dan/atau anak-anak kita di kemudian hari. Pembangkang terutama PN cakap harga barang semua naik tetapi masih PN memerintahpun harga barangan naik juga, begitu juga nilai matawang ringgit terdapat susut nilai, ekonomi merudum, hutang mencecah 1 trillion. Kita sudah merasa pemerintahan BN, PN, PH dan sekarang PH-BN, cuma di empat (4) negeri sahaja lain iaitu PN/PAS (Kelate, Teganu, Kedah dan Perlis). Johor, Melaka, N9, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Penang dan Pahang sahaja yang berpaksikan Kerajaan Perpaduan.

Sekarang rakyat di berikan peluang untuk memilih parti-parti mana yang boleh memberikan masa depan yang lebih cerah jika di bandingkan dengan parti pemerintah yang sedia ada. Kekal status quo dan/atau ubah...





Monday, July 10, 2023

Perjuangan yang semakin meruncing...

Perjuangan UMNO sekarang amat meruncing sekali terutama selepas PRU15. UMNO terpaksa memilih samada hendak dengan Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH). Ini selepas DYMM Agong memberikan dulang kepada PH dan PN untuk membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan. Malangnya PN menolak, maka DYMM Agong terpaksa membuka kepada parti-parti lain untuk membentuk kerajaan gabungan da/atau kerajaan perpaduan. Akhirnya UMNO memilih untuk menyertai kerajaan perpaduan bersama-sama dengan parti-parti Sarawak dan Sabah dengan PH. 

Sejak itu UMNO di cemuh, dihina dan di nista serta di kritik kerana melanggari slogan "NO ANWAR, NO PKR dan NO DAP". Perlu diingat UMNO hanya ada 26 kerusi sahaja, MCA 2, MIC 1 dan PBRS 1. Semua kerusi ini yang berjumlah 30 kerusi telah di menangi di atas tiket Barisan Nasional (BN). 

Pesoalannya adakah bercantumnya UMNO dengan PH itu telah menyebabkan UMNO melanggar slogan NO ANWAR, NO PKR dan NO DAP? Kita mesti melihat perkara ini secara holistik dan dalam konteks masa depan politik Malaysia yang telah dibelenggu oleh ketidakstabilan politik sejak PRU14. Ketidakstabilan politik telah menyebabkan ekonomi Malaysia merudum dan pelabur lari daripada meletakkan Malaysia target No.1 sebelum ini untuk buat pelaburan. Akhirnya rakyat mat tersiksa dengan kos kehidupan yang semakin meningkat naik. Pemimpin2 politik pula bercakaran di antara satu sama lain untuk memegang kuasa dan mengaut keuntungan daripada permasalahan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang merudum.

DSAI telah di lantik sebagai PM10, kita tidak menyatakan kita menyokong mahupun tidak menyokong tetapi dengan adanya UMNO/BN di dalam kerajaan sekurung-kurangnya telah melegakan kebanyakkan rakyat untuk memberi peluang kepada kerajaan perpaduan DSAI untuk mengemudi Malaysia ke arah kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Walaupun polisi dan gerak kerjanya agak lembab tetapi setidak-tidaknya ianya bergerak kearah untuk mengujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara.

DSAI tidak sepopular seperti DSN dalam UMNO tetapi setidak-tidaknya, kita masih boleh bergerak ke hulu dan ke hilir dengan aman dan perniagaan semakin hari semakin rancak walaupun agak perlahan. Kemudian datang pula "usul untuk membuat gagasan dan/atau proclaimation of Melayu dan Islam" oleh Tun M. Ianya di sertai oleh banyak parti-parti yang berpaksikan Tun M seperti Putra, Berjasa, Bangsa Malaysia. PAS dan Bersatu hanya menyertainya apabila kedua-dua parti komponen PN itu tahu bahawa untuk mengekalkan Kedah, Kelate dan Teganu PAS perlukan sokongan kuat orang-orang Melayu yang majoriti adalah penduduk-penduduk Kedah, Kelate dan Teganu. Bagi PH untuk mendapatkan Kelate itu agak sukar kerana walaupun apapun masalahnya yang di wujudkan oleh kerajaan PAS selama 30 tahun pemerintahanya, rakyat Kelate tetap akan mengundi PAS kerana stigma PAS itu Isle dan Isle itu PAS walaupun pada hakikatnya Isle itu bukan PAS dan PAS bukan Isle. Pemimpin-pemimpin PAS pun bukannya semua yang bersfat "ikhlas dalam melaksanakan tugas demi Allah SWT" tetapi sama sahaja dengan pemimpin-pemimpin parti-parti lain berbohong, putar belit hadis dan ayat2 al-quran, sakau, bermewah-mewah dan berlumba-lumba untuk tambah bini. Apa yang paling ketara ialah pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu nak buat apa apabila menjadi pemerintah.

Ini jelas di Teganu apabila MB memberikan tanah kepada badan kebajikan isteri-isteri YB PAS yang diketuai oleh isteri MB walaupun tanah tersebut bernilai jutaan ringgit. Apa yang ada di Teganu adalah jasa UMNO/BN, nasib baik Teganu tak jadi macam Kelate, pemerintahnya boleh bertukar tangan setiap lima (5) tahun kerana mentaliti dan/atau pemikiran Teganu yang inginkan kestabilan dan kemakmuran ekonomi rakyat dan negari Teganu.

Adakah Kedah akan jatuh kepada gabungan PH & BN. Ini satu senario yang berstatus 50:50 kerana tiada siapa tahu mahupun boleh baca corak pemikiran dan polar pengundian rakyat Kedah yang lebih dinamika. Sebilangan rakyat suka dengan karektor MB Sanusi manakala ada pula sebilangan yang tidak suka dengan tinglaku dan tutur kata MB Sanusi dalam pelbagai perkara. Penyokong PAS sudah pasti akan menyokong penuh MB Sanusi tetapi penyokong-penyokong atas pagar yang tidak dapat di mentelaah oleh pemimpin-pemimpin PAS. Ini sudah tentu merisaukan PAS lebih-lebih lagi PAS telah mengatakan bahawa rakyat Kedah adalah bersama-sama dengan PAS/PN. 

Kita tinggal PRN kembali kepada PAU 2023. Apa yang boleh di perkatakan melainkan iainya adalah satu petunjuk dan/atau arah politik baru Malaysia di mana tiada sebuah parti pun boleh menjadi dominan di Parlimen melainkan parti-parti tersebut bergabung untuk menubuhkan kerajaan. Dalam PAU 2023 perkara yang pokok mesti di ingati bahawa UMNO/BN bukan parti yang mendominasi kerajaan tetapi adalah gabungan dan/atau sebahagian dalam kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat UMNO hanya ada 26 kerusi (MCA-2, MIC-1 dan PBRS-1), maka UMNO jangan memekik dan melolong untuk itu dan ini tetapi mesti berhemah dan beretika dalam mengemukakan pandangan bagi menarik minat dan sokongan rakyat kepada UMNO/BN. 

Kita telah melalui kerajaan PH di bawah Tun M, kerajaan PN di bawah TSMY, kerajaan keluarga Malaysia di bawah DSIS dan sekarang kerajaan Madani di bawah DSAI. Dulu masa DSN pegang tampuk pemerintahan, para pembangkang sibuk mengatakan hutang negara sudah 1 Trillion tetapi pada masa itu hanya lebih kurang 650-700 juta sahaja tapi di zaman kerajaan Madani hutang negara sudah menjadi RM1.5-1.7 trillion (kata-kata, ungkapan dan/atau omong-omong kosong pembangkang akhirnya menjadi kenyataan). Dulu Menteri Ekonomi kerajaan perpaduan mengutuk semua polisi kerajaan UMNO/BN tapi bila Menteri Ekonomi pegang jawatan dalam kabinet satu perkara penting pun tak boleh di selesaikan, formula terus hilang daripada radar. 

Jadi pembangkang memang senang, henyak semua polisi kerajaan walaupun bagus untuk negara dan rakyat sebab nak jatuhkan kerajaan. Maka persepsi, hasutan dan omong-omong kosong dna formula di cipta. Malangnya bila Menteri Ekonomi duduk dalam kerajaan semua yang di aur-aurkan sebelum ini tiada satu pun dapat di kotakan.

Sekarang kita telah menikmatan semua santapan yang di hidangkan dariapada zaman Tuanku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun M, Tun Abdullah, DSN, Tun M, TSMY, DSIS dan terkini DSAI. Corak kepinpinan adalah lebih kurang sama tapi perbedaannya amat ketara di zaman Tun Razak, Tun M dan Najib. Siapakah pemimpin yang dapat menyelematkan Malaysia daripada terus di belenggu oleh hutang 1 Trillion lebih???????



Saturday, March 25, 2023

PUASA di BULAN RAMADAN 2023

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ

‎ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”
-Surah al-Baqarah Ayat : 183

🕋 Kandungan Ayat

🪴 Allah S.W.T telah menyampaikan perintah kewajipan berpuasa kepada orang-orang yang beriman.
🪴 Puasa adalah suatu syariat yang penting, ia bukanlah suatu perkara yang baru kerana umat-umat terdahulu juga diperintahkan untuk berpuasa.
🪴 Natijah dari puasa yang berkualiti dari seorang mukmin, akan menghasilkan mukmin yang bertaqwa.

🕋 Pengajaran

🪴 Puasa mendidik kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita sebelum berpuasa.
🪴 Puasa merupakan ibadat yang paling hampir dengan keikhlasan bagi seorang hamba kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
🪴 Kejayaan sebenar seorang mukmin dalam melaksanakan kewajipan berpuasa ialah mencapai darjat ketaqwaan.
🪴 Orang Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan yang sama yang menandakan kesatuan ummah, masing-masing merasai nikmat kebaikan bulan Ramadhan  yang penuh keberkatan dan kerahmatan tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa dan sempadan geografi.

Betapa mulianya bulan Ramadan yang di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada umat Nabi Muhammad (SAW) untuk mendapat pahala, keimanan, ketakwaan dan menjadi pemangkin kepada perjalanan umat Islam ke alam akhirat tetapi selepas bulan Ramadan adakah kita akan kembali kepada asal iaitu melalaikan semua seruan Allah (SWT) dan/atau melambatkan, melonggarkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah (SWT) kerana leka dengan habuan dan/atau kejar mengejar duniawi yang telah mengelapkan mata kita dan/atau melalaikan kita kenapa kita di jadikan khalifah di dunia oleh Allah (SWT).

Puasa di bulan Ramadan akan berpancar juadah dan makanan di Pasar Juadah di bulan Ramadan. Puasa di bulan Ramadan ini adalah kewajipan untuk setiap umat Islam tak kira di mana mereka berada di Zon Utara, Barat, Timur mahupun Selantan samada tempat sejuk beku, panas lilit, hujan banjir mahupun kering kontang, puasa wajib dan/atau mesti di laksanakan oleh seorang muslim seperti mana firma Allah (SWT) dalam surah al-Baqarah ayat 183-185 dimana Allah (SWT) memerintahkan bahawa betapa seorang Islam wajib berpuasa seperti mana orang Islam yang sebelum itu berpuasa, supaya kamu bertakwa. Ianya telah menjadi satu kewajipan seorang Islam mesti meunaikannya seperti di nyatakan dalam Rukun Islam.

Di Malaysia, bulan Ramadan banyak di kaitkan dengan Pasar Juadah dan solat sunat Tawarih. Di sebelah siang, kaum muslimat dan muslimat akan berpusu-pusu membanjiri Pasar-pasar juadah untuk membeli samada minuman dan makanan untuk buat berbuka dan di sebelah malam akan berpusu-pusu ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Tarawih kerana ganjarannya seperti berikut;

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu

— Hadis riwayat Muslim


Umat Islam boleh memilih untuk membuat 8 rakaat dan 20 rakaat yang menjadi kelaziman di Malaysia kemudian di ikuti dengan 3 solat sunat witir. Umat Islam digalakkan untuk membaca al-Quran di bulan Ramadan seperti 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1-3)


Bagaimana kita nak mendapatkan malam lailatulqadar tersebut? Dalam setiap amal ibadat kita kepada Allah (SWT) mesti ada ketulusan hati dan keiklasan iaitu untuk menjadi orang beriman dan bertakwa iaitu setiap amalan kita akan mendapat kerehdaan Allah (SWT) . Pada masa sama digalakkan untuk meningkatkan usaha dengan bertadabbur iaitu mengetahui makna ayat kemudian diikuti membaca tafsir al-Quran bagi memahami isi kandungan mukjizat kurniaan kepada Nabi Muhammad (SAW). Istiqamah terbentuk dengan membiasakan diri dan diharap dengan melazimkan membaca sepanjang bulan ini, kita akan terus membaca al-Quran sebab itu kita digalakkan berdoa supaya dapat menghayati Ramadan, membaca al-Quran dan melakukan ibadat dengan niat baik.


Salah satu pintu yang di buka oleh Allah (SWT) untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa kedermawan adalah salah satu sifat Allah (SWT) sebagaimana hadis


"Sesungguhnya Allah (SWT) itu Maha Meberi. Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia. Ia membenci akhlak yang buruk" (HR Al Baihaqi, disahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami, 1744"


Dari hadis ini, demikian dapt diambil kesimpulan bahawa bakhil adalah akhlak yang but=ruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga sifat suka meminta-minta bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) 


"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta" (HR Bukhari no.1429 Muslim no. 1033)


Di bulan Ramadan musliman dan muslimat juga di tuntut untuk memperbanyakkan sedekah seperti Rasullullah (SAW) yang melipat gandakan sedekahnya seperti "angin yang berhembus". Ini menunjukkan betapa lajunya sedekah Rasullullah (SAW) tanpa berfikir panjang. Sedekah dapat menghapuskan dosa, mendapat naungan di hari akhirat, memberi keberkatan kepada harta, Allah (SWT) melipatkam gandakan pahala, pintu syurga yang di lalui oleh orang bersedekah, bukti keimanan seseorang, menghapuskan siksa kubur, dada lapang dan hati bahagia, jauhkan diri dari api neraka seperti mana di utarakan;


Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.” Kemudian yang kedua pula berdoa: “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain daripada itu, setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)

Semoga bulan Ramadan pada tahun 2023 akan memberikan lebih banyak pahala, keberkatan dan pembersihan hati dan bertambah keimanan serta ketakwaan kita dalam menunaikan segala kewajipan terhadap Allah (SWT).








Friday, March 24, 2023

Pemilihan UMNO yang mencerminkan "demokrasi"

Bila tiba musim pemilihan maka UMNO akan menjadi tumpuan rakyat kerana UMNO adalah parti pemerintah sebelum pasca PRU14 dan PRU15. Siapa yang menjawat jawatan dalam UMNO sudah pasti akan menjawat jawatan tertinggi dalam sistem pemerintahan Malaysia. Itulah kelazimannya. Malangnya perkara itu tidak terjadi selepas PRU14 dan PRU15, apabila PH mendapat mandat untuk memerintah selepas PRU14 walaupun jawatan PM itu bertukar tangan sebanyak 3 kali tetapi yang nyata UMNO masih ketandusan kepimpinan yang dinamika yang di perlukan untuk menerajui bahtera Malaysia di Putrajaya.

Selepas PRU15 UMNO sekali lagi kecundang dengan 30 kerusi sahaja tetapi parti-parti yang menang banyak kerusi dalam PRU15 tidak berjaya membentuk kerajaan tanpa dokongan UMNO. Maka untuk menjamin Malaysia mempunyai kerajaan selepas PRU15, DYMM Agong telah mengesyorkan penubuhan kerajaan perpaduan iaitu gabungan-gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan. Akhirnya UMNO bergabungan dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan tersebut bersama-sama dengan GRS, GPS dan lain-lain parti di Malaysia. PM10 adalah DSAI. Ini semua sejarah.

TEAM UMNO 2023-2026

PRESIDEN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN PRESIDEN Datuk Seri Mohamad Hasan
NAIB PRESIDEN 1. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
3. Datuk Seri Johari Abdul Ghani
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI 1. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah 2. Datuk Seri Zambry Abd Kadir 3. Datuk Seri Ahmad Maslan 4. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz 5. Datuk Seri Bung Moktar Radin 6. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 7. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 8. Datuk Seri Shahaniza Shamsudin 9. Datuk Azian Osman 10. Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad 11. Datuk Shaik Hussein Mydin 12. Datuk Zahida Zarik Khan 13. Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii 14. Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin 15. Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad 16. Datuk Mohd Puad Zarkashi 17. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 18. Datuk Johan Abd Aziz 19. Isham Jalil 20. Datuk Seri Abd Rahman Dahlan 21. Datuk Lokman Noor Adam 22. Datuk Seri Ahmad Said 23. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin 24. Datuk Mohd Rafi Allo Hassan 25. Datuk Abdul Razak Abdul Rah
Titik tolak daripada peristiwa dan sejarah PRU15, UMNO telah mengadakan proses pemilihan sayap-sayap parti di peringkat cawangan, bahagian dan pusat bagi sessi 2023-2026. Pelbagai kempen dan pengenalan calon-calon di adakan di seluruh negara secara "physical" mahupun secara maya. Persaingan adalah terbuka dan lebih meluas siapa pun boleh masuk bertanding tetapi kena isi borang percalonan. Cuba bayangkan 8 orang bertanding untuk 3 kerusi Naib Presiden dan 90 lebih orang bertanding untuk 25 kerusi MKT UMNO. Nasib baik kerusi Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan, kalau tidak sudah tentu berpenjuru di pertandingkan.

Proses pemilihan berjalan lancar walaupun terdapat insiden yang tidak di ingini berlaku, almaklumlah nak pegang jawatan dalam UMNO ini satu tanggungjawab yang besar dan berat kerana rakyat pandang kepada sesiapa yang pegang jawatan tersebut sebagai pembela dan/atau penyambung kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Pemimpin itu akan menjadi tempat mengadu dan/atau memohon pertolongan yang selalu dipraktikkan oleh rakyat ke atas pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian mahupun Pusat.

Itulah UMNO yang telah mengalami proses pertukaran kepimpinan daripada yang lama dan kepada yang baru, walaupun ada yang lama di kekalkan tetapi tiada siapa boleh menolak bahawa kepimpinan yang lama amat di perlukan untuk mengimbangkan dan/atau mengawal tindak tanduk pemimpin muda supaya ianya tidak melanggar perlembagaan dan/atau aturcara UMNO yang banyak melahirkan pemimpin-pemimpin berwibawa dalam pemerintahan Malaysia. PM1 sehingga 10 adalah pemimpin acuan UMNO, tiada siapa boleh mendabik dada mengatakan PM10 itu adalah acuan PKR. DSAI adalah TPM UMNO sebelum di nyahkan daripada jawatan TPM dan TP UMNO pada tahun 1998 semasa zaman Tun Mahathir. DSAI tubuhkan PKR yang menjadi duri dalam daging semasa pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun. Kita tak perlu ulas panjang tentang sejarah tersebut kerana rakyat amat maklum akan kisah disebalik peristiwa tersebut.

Sekarang Presiden dan Timbalan Presiden ingin membawa bantera UMNO melalui jalan mana, yang pasti tiada jalan yang tidak berduri dan beronak yang diperlu di lalui oleh UMNO. Presiden juga telah melantik SU baru, bekas Ketua Pemuda, Ketua Penerangan, Menteri Undang-Undang dan Ketua-Ketua Perhubungan Negeri masing-masing kecuali Sarawak.

Kita tunggu PRN di enam (6) negeri Selangor, N9, Penang, Kelantan, Teganu dan Kedah. Apakah matlamat dan iltizam UMNO dalam memenangi PRN di enam (6) buah negeri tersebut.