Adakah UMNO rugi apabila tidak turun bersolidariti untuk BOSSKU? Kenapa perlu ada tuding menuding jari antara pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang beriaya-iya nak cari tempat dan kedudukan dalam pucuk kepimpinan peringkat tertinggi dalam UMNO.
Apa yang UMNO laksanakan adalah sesuatu yang terbaik dan ianya bagi menghormati proses undang-undang dan titah perintah DYMM Agong ke 16 dan ke 17 yang mana DYMM Agong inginkan negara ini berada dalam keadaan aman dan politiknya stabil tanpa ada democrazy seperti zaman selepas pemecatan DSAI dan pasca PRU 13 dan PRU14. Di zaman itu politik Malaysia berada di tahap paling buruk dengan democrazy PKR, BERSIH dan banyak lagi sehinggakan rakyat gusar dan keamanan negara selama ini amat di cemburui oleh negara luar telah memalingkan para pelabur untuk tidak melabur di Malaysia kerana suasana politiknya tak stabil.
Perhimpunan solidariti BOSSKU itu adalah anjuran PAS dan BERSATU aka PN kenapa pula UMNO hendak berkecamuk di dalam dulang musuh yang sentiasa hendak menikam UMNO dari belakang, depan, atas dan bawah. Ingat UMNO pernah bermaufakat dengan PAS dalam Muafakat Nasional tetapi PAS ingkar kerana ingin bersama BERSATU tetapi PAS tidak ingin berkerjasama dengan AMANAH. UMNO pula tidak ingin bersama BERSATU kerana BERSATU ingin menjadikan UMNO No.2. Sebenarnya suasana politik Melayu ini amat rumit kerana orang Melayu ini suka sangat dan/atau inginkan jawatan dan kuasa untuk menunjukkan dialah yang paling bijaksana dan berpengetahuan dalam memerintah negeri dan negara. Sebaliknya apabila dapat tampuk pemerintahan apa yang telah di laksanakannya, rakyat boleh nilai sendiri.
Pada dasarnya pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu menuding jari antara satu sama lain dengan menggelar macam-macam gelaran kepada si polan-si polan kerana ianya hanya akan merugikan UMNO sahaja. UMNO bila depan rakyat kata kita mesti BERSATU, BERSETIA dan BERKHIDMAT tetapi di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO bercakaran antara satu sama lain. Ini suatu permasalahan UMNO yang mesti di atasi sebelum kita kembali kepada rakyat untuk mendapatkan kepercayaian rakyat untuk mengundi UMNO sebagai pemerintah Malaysia kembali.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang hadir untuk memberikan sokongan kepada BOSSKU itu adalah "kehadiran di atas kapasiti individu" kerana UMNO sudah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak akan turun untuk memberikan sokongan SOLIDARITI BOSSKU bersama PAS dan BERSATU aka PN. Adakah UMNO akan hilang sokongan Melayu dengan ketidakhadiranya? Pada kita politik ini adalah ibarat air di laut ada pasang surutnya. Kita lihat dalam beberapa PRK tempoh hari UMNO berjaya kembali mendapatkan sokongan orang-orang Melayu dan ini boleh di jadikan "pemangkin" kepada UMNO untuk menghadapi PAS dan BERSATU aka PN dalam PRU16 nanti. Di sinilah perlunya pemimpin-pemimpin UMNO mesti menunjukkan kewarasan dan/atau kewajaranya untuk BERSATU BERSETUA dan BERKHIDMAT kerana rakyat sentiasa melihat kepada pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang sedang meningkat naik di kalangan pemuda, ahli AJK Bahagian dan ahli MKT. Bila kamu bercakaran antara satu sama lain dalam isu SOLIDARITI untuk BOSSKU ini maka rakyat akan melihat seolah-olah UMNO ini tidak pernah belajar daripada pengalaman dahulu.
BOSSKU pun tidak harapkan pemimpin-pemimpin itu datang kerana selama ini BOSSKU hanya lawan dengan kapasitinya sebagai BOSSKU. BOSSKU tidak pernah bawa UMNO dalam kancah "legal battles" BOSSKU. So sekiranya dengan izin Allah (SWT) ada addendum tersebut, maka itu adalah atas usaha UMNO terutamanya Presiden dan Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden dan endorseman MKT. So pemimpin-pemimpin dalam MKT perlu bertindak bijaksana dan kurangkan sikit "mulut celupar" dan "bertumbuk" sama sendiri bagi mengelakkan "persepsi UMNO ini tidak pernah berubah". Pendapat dan/atau pandangan berbeda itu amat di alu-alukan tetapi cukup sekadar di dalam mesyuarat MKT bukannya di dalam social media seperti TIK-TOK, Facebook dan sebagianya kerana itu menampakkan ketidakmatangan pemimpin-pemimpin UMNO dalam menghadapi sesuatu isu besar. Bila UMNO sudah keluarkan kenyataan tak hadir, maka kita perlu akur dan ada pemimpin-pemimpin nak hadir itu adalah "kehadiran di atas kapasiti sendiri". Maka pemimpin-pemimpin yang tak mahu hadir dan yang hadir tidak perlu bercakaran dengan menuding jari antara satu sama lain seolah-olah UMNO ini di penuhi oleh pemimpin-pemimpin egoistik dan/atau kepala batu serta mulut celupar.
Permasalahan ADDENDUM ini akan menghantui DSAI dan pentadbiran MADANI kerana ianya akan menunjukkan bahawa kerajaan MADANI cuba untuk menyorokkan sesuatu perkara yang membolehkan BOSSKU menjalani hukumannya untuk tempoh selanjut dalam "house arrest". Bila surat tersebut ada, maka rakyat akan tertanya-tanya kenapa nak aniaya BOSSKU sebegitu rupa walaupun DSAI telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebanyakkan dakwaan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO adalah dakwaan bersifat "political prosecution" yang tidak mempunyai kekuatan dan keabsahan yang jitu.
DSAI dan kerajaan MADANI pasti akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu apabila ADDENDUM ini di jadikan isu dalam kempen PRU16 nanti. DSAI mesti melakukan tindak bijaksana dan/atau mengerakkan langkah untuk memperbetulkan keadaan dengan berjumpa BOSSKU macam mana Tun M berjumpa dengan DSAI semasa Tun M, PAS dan BERSATU ingin menjatuhkan DSN dan UMNO semasa PRU14. Sekiranya Tun M boleh bercium dengan PAS dan DAP kenapa DSAI tidak boleh "berjumpa" dengan DSN. DSAI perlu ingat bahawa kebanyakkan projek-projek yang di laksanakan oleh kerajaan MADANI ini adalah projek-projek cetusan idea DSN semasa menjadi PM6 dan Presiden UMNO. Maka pengaruh dan/atau sokongan terhadap DSN agak "besar" di bandingkan dengan "fitnah, persepsi dan formula PKR yang tidak serupa bikin seperti cakap dan/atau sembang kari". Rakyat sudah melihat di mana kaca dan di mana intannya. Sekiranya PRU16 di laksanakan pada tahun 2025 dan atau 2026, sudah pasti kerajaan MADANI akan tergugur kerana rakyat sudah dapat jawapannya bahawa segala-gala yang terjadi dan pertukaran kerajaan adalah akibat "persepsi fitnah, hasad dengki dan sembang kari" sahaja. Perlu di ingat "pengaruh dan sokongan" kepada UMNO/BN semasa DSN ada dalam kempen-kempen PRK sebelum DSN di sumbat ke dalam penjara amat mengejutkan pemimpin-pemimpin PAS, BERSATU dan PH sehinggakan rakyat nampak ada sesuatu keajaiban yang di bawa oleh DSN di dalam setiap kempen-kempen dan/atau ceramah-ceramahnya.
Rakyat sudah pasti tak mahu PAS, BERSATU dan PN dan rakyat tak mahu DAP jadi dominan dalam pentadbiran negara mahupun negeri dan rakyat pun tidak inginkan pemimpin-pemimpin sembang kari dengan "formula yang tidak munasabah" tetapi rakyat hendakkan pemimpin-pemimpin yang dapat mensejahteraan kehidupan rakyat dan memajukan negara. Bila negara maju maka rakyat akan dapat limpahan tersebut. Rakyat sedar bahawa hanya satu parti sahaja yang dapat mengembalikan zaman tersebut. Rakyat sekarang hanya berdiam diri dan akur sahaja dengan pelbagai "anjakkan kerajaan MADANI" kerana tidak mahu negara melalui seperti zaman DSAI sebagai pembangkang dan zaman DAP berkuasa sebagai Menteri MOF. Rakyat pun tahu akan tembelang pemimpin-pemimpin PAS dan BERSATU. So dalam ertikata lain tiada salahnya sekiranya DSAI pergi berjumpa dengan DSN sebagaimana Tun M pergi berjumpa dengan DSAI semasa nak menjatuhkan DSN dan UMNO/BN semasa PRU14. Politik tiada seteru yang berkekalan dan tiada kawan yang berpanjangan, keadaan akan berubah mengikut zaman samada aku di atas ataupun engkau di bawah. Siapa sangka Tun M/BERSATU boleh bercium dengan PAS dan DAP semasa PRU14 begitu juga siapa sangka UMNO boleh duduk semeja dengan PKR dan DAP selepas PRU15. Apakah selepas PRU16 ini UMNO/BN akan menjadi dominan semula setelah rakyat melihat sendiri di manakah kesilapan mereka dalam mengundi semasa PRU14 iaitu berdasarkan "persepsi fitnah, hasad dengki dan formula sembang kari".
No comments:
Post a Comment