Rakyat Melaka akan turun membuang undi untuk PRN Melaka ke 16 tidak lama lagi. Parti-parti politik telah di maklumkan akan pembuburan DUN Melaka 2-3 bulan lepas sebelum pembuburan tersebut di muktamadkan oleh Ketua Menteri Melaka selepas mendapat perkenaan TYT Melaka.
Sebelum pembuburan DUN Melaka, PH yang di wakili oleh DAP telah keluar daripada mengganggotai kerajaan Melaka kerana sebab-sebab kerajaan UMNO/BN hendak meminda perlembagaan Melaka dengan melantik beberapa ahli ADUN ke dalam DUN Melaka. Ini bermakna kerajaan Melaka hanya ada 21 anggota yang terdiri daripada ADUN UMNO/BN. DUN Melaka hanya mempunyai 28 kerusi sahaja. Persoalannya adakah UMNO/BN akan menghadapi PRN Melaka ke 16 secara solo ataupun bergabung dengan part-parti lain?
UMNO/BN gagal di peringkat Parlimen apabila kerusi-kerusi Parlimen Melaka di kuasai oleh Bersatu/PN (3) dan PH/DAP (3). Adakah UMNO/BN mampu untuk menguasai sekurang-kurangnya 14 kerusi daripada 28 kerusi DUN Melaka untuk kembali memerintah Melaka? UMNO/BN dalam PRN Melaka ke 15 menang 21 kerusi tapi dalam PRU 15 kalah kesemua 6 kerusi Parlimen. Di manakah kekurangan UMNO/BN pada ketika PRU ke 15? Banyak faktor yang menyebabkan kekalahan tersebut, antara faktornya ialah;
1. Pembohongan PH/PN
2. Fitnah PH/PN
3. Hasutan PH/PN
4. Permasalahan 1 MDB
5. Rakyat ingin mencuba PH/PN
Setelah kita lalui PRN Melaka ke 15 dan PRU ke 15, satu petanda atau tanda aras boleh di putuskan bahawa tiada kerusi yang selamat di Melaka kerana rakyat boleh memilih mana-mana parti yang rakyat rasa boleh membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada Melaka.
Adakah UMNO/BN gagal untuk menaik tarafkan Melaka selama UMNO/BN memerintah pada penggal PRN 15? Adakah PRN Melaka akan menjadi pemangkin kepada "Malaysia Biru"?
Sekiranya UMNO/BN bergerak solo, bolehkah UMNO/BN mempertahankan 21 kerusi yang di menangi pada PRN Melaka ke 15? Gerak hati rakyat Melaka sukar hendak di baca sekiranya di lihat secara kasar tetapi sekiranya kita turun kelapangan sambutan yang di berikan kepada setiap "event" UMNO/BN agak memberangsangkan dan Adun-Adun UMNO/BN telah berkerja keras untuk memastikan Melaka berada di tahap kemajuan yang di banggakan dan kehidupan rakyat adalah di tahap terjamin.
Sekarang terpulang kepada rakyat Melaka untuk menilai yang mana satu permata dan yang mana satu kaca, contoh-contoh telah di perlihatkan di depan mata rakyat Melaka. Rakyat Melaka yang akan menentukan samada ingin terus maju dan sejahtera atau ingin bergelumang dalam "angan-angan" Mat Jenin yang akan di bawa oleh parti-parti lawan UMNO/BN. Isu-isu IMDB dan pengampunan Najib Razak akan di mainkan, begitu juga 87 pertuduhan Presiden UMNO, UMNO/BN tikam belakang PH, Melaka tiada kemajuan dan rakyat Melaka semakin tertekan dengan kos sara hidup akan di mainkan oleh parti-parti lawan UMNO/BN kelak.
Sekiranya kita ambil keputusan PRN Johor dan PRN N9, maka kita akan dapati bahawa rakyat semakin teruja untuk menolak PH dan PN kerana pada rakyat kemelut yang rakyat hadapi sekarang semuanya berpunca daripada PH dan PN. Adakah kita akan melihat sesuatu yang berlainan terjadi pada PRN Melaka ke 16? Kita nantikan keputusannya kemudian...