Saturday, May 5, 2018

Perebutan siapa lebih Islam di Kelantan...PRU14

Kehangatan percaturan politik Melayu dan Islam di Kelantan telah sampai kemuncaknya apabila Nik Omar anak arwah Tok Guru Nik Aziz telah mendaftarkan dirinya sebagai calon Partai Pakatan Harapan untuk PRU14 DUN Cempaka. DUN Cempaka adalah DUN yang selalu di tandingi oleh arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bila sahaja percalonan Nik Omar di DUN Cempaka tersebar luas di Kelantan, maka polimek politik di Kelantan pun bermula yang mana perebutan title "Islam" itu menjadi pertaruhan. Konflik kekeluarga di mainkan oleh para penyokong yang kononnya menyatakan Nik Omar tidak dapat restu ibunya untuk menjadi calon Pakatan Harapan di DUN Cempaka. Nik Abduh anak arwah Tok Guru yang bertanding Parlimen Bachok telah mengeluarkan statement dalam FBnya dan yang menjadi kelam kabut ialah apabila isteri arwah Tok Guru Nik Aziz pun terlibat sama untuk berkempen bagi calon PAS di DUN Cempaka.

Nik Omar dalam ceramahnya menyatakan bahawa "Pilihanraya ni kita bukan nak pilih agama, kita nak pilih pasukan yang terbaik untuk mentadbir Malaysia". Nik Omar juga menyatakan bahawa "DAP itu bukan anti Islam dan "khayalan DAP semata-mata DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak UMNO". Bila kita lihat dua kenyataan Nik Omar ini kita dapati bahawa mirip politiknya lebih kepada mirip politik arwah Tok Guru Nik Aziz yang pernah menyatakan bahawa "PAS bukan sahaja berkawan dengan DAP tetapi dengan SYAITAN pun PAS sanggup berkawan". Ini menunjukkan bahawa "pemikiran kekiri yang di pakai oleh Nik Omar itu amat bercanggah dengan prinsip-prinsip perjuangan PAS. Barangan di ingat bahawa PAS dan AMANAH adalah diibaratkan seperti anjing dang kucing, bila berjumpa pasti akan tercetus konflik.

Sebelum ini AMANAH tiada pemberat, apabila Nik Omar bersama mereka maka corak politik di Kelantan telah bertukar wajah dengan drastiknya. Di Kelantan sebelum PRU14 musuh azali PAS ialah UMNO tetapi sekarang telah bertukar kepada AMANAH. Percaturan politik Kelantan sekarang sudah sampai ke kemuncaknya apabila segala yang di pertaruhkan oleh PAS akan di jaja oleh AMANAH sebagai tidak menuruti apa yang di rancang oleh arwah Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini pemimpin-pemimpin AMANAH telah di perlekehkan di Kelantan tetapi bila Nik Omar memilih untuk bertanding di bahawa "brand Pakatan Harapan" AMANAH telah mendapat nyawa baru dan menarik nafas lega untuk membalun PAS di Kelantan di merata tempat di Semenanjung Malaysia dengan aura Nik Omar.

Sekarang kita nantikan 9/5/2018 dan berkempen tinggal bebarapa hari lagi, DUN Cempaka pasti menjadi tumpuan apabila isteri arwah Tok Guru Nik Aziz terlibat sama dalam kempen untuk calon PAS melawan anaknya sendiri, Nik Omar. Kita harap tiada perebutan yang boleh mendatangkan konflik yang mencetuskan "letupan gunung berapi" kerana ini adalah pertanding sihat antara dua parti yang mempunyai idealogi yang berbeda sahaja. Walapun pemainnya berbeda pendapat seharusnya ianya tidak boleh mencetuskan "perbalahan" yang berpanjangan. Kadangkala apabila difikirkan semula inilah ujian Allah (SWT) yang ingin menduga manusia apabila kita di datangi oleh "dua orang yang bersifat Qabil dan Habil" di Kelantan.

Inilah sifat manusia yang akan di ciptakan oleh Allah (SWT) yang akan mengikut laluan ke kanan dan laluan ke kiri. Ini fitrah yang tidak dapat di haling oleh sesiapa kerana itu telah ada sejak dari manusia itu di lahirkan ke dunia ini. Tengok Tun Mahathir siapa tahu beliau akan menjadi "kuda aka barua Dogtrin Dapigs" pada ketika badan beliau telah di mamah oleh usianya.

Kita hanya mampu berdoa kepada Allah (SWT) supaya terus menjadi Malaysia ini Negara Islam maju, aman, makmur, sejahtera, harmoni dan adil serta Melayu tidak berpecah belah seperti mana terjadi kepada bangsa Arab. 

No comments:

Post a Comment