Sunday, October 10, 2010

Meriam Buluh Bulan Penuh ini memang pandai untuk menfitnah dan membohongi rakyat sahaja. Kepakarannya setanding dengan Si Mat Serbu Bulan Penuh iaitu menfitnah dan pembohongan kerana pada Meriam Buluh org Melayu memang suka dengar perkara-perkara begitu. Cetek betul pemikiran Meriam Buluh Bulan Penuh ini. Kalau kita tengok Bajet 2011 itu, kita akan ibaratkan bukan sahaja "seluar dalam" dan "kelambu" emas Bajet 2011 boleh bagi pada Meriam Buluh Bulan Penuh ini tetapi Dacing lebih pentingkan rakyat jelata drp individu. Meriam Buluh Bulan Penuh ini malu untuk katakan bahawa Bulan Penuh itu pengkhianat org Melayu dan bumiputra serta Islam. Ini mungkin kerana rasa segan atau malu kepadaTok Guru Bulan Penuh atau memang taksub dengan fatwa dan dalil Tok Guru Bulan Penuh. Kalau dilihat dan diamati kenyataan Meriam Buluh Bulan Penuh ini kita akan dapati bahawa semua adalah fitnah dan pembohongan tujuannya hanya untuk melepaskan rasa dendam dan iri hati terhadap pemimpin-pemimpin Keris yang berjaya membawa agenda Melayu Islam dengan jayanya. Adakah ahli-ahli Bulan Penuh tahu ini fitnah dan pembohongan. Adakah Melayu Islam ini memang suka cerita-cerita fitnah dan pembohongan. Ini adalah satu tuduhan yang liar dan tidak berasas kerana Meriam Buluh Bulan Penuh memang sudah kehabisan idea. Almaklumlah terlalu banyak memberi ceramah perdana yang mencela, memcemuh, memfitnah dan membohongi rakyat maka Allah (SWT) pun pendekkan akalnya sehinggakan perkara-perkara yang tidak diketahuinya pun di utarakan untuk membohongi dan menaburkan fitnah supaya rakyat membenci kerajaan Dacing dan Keris. Inilah kerja-kerja pengkhianat sebenarnya. Pengkhianat yang bertopengkan Melayu Islam. Meriam Buluh Bulan Penuh ini bukan kira asalkan dapat memerintah. Kota Darul Aman dan Kota Darul Naim sudah dapat sekarang pemimpin-pemimpin Bulan Penuh inginkan Putrjaya pulak seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pembangkang - "kerajaan menunggu".

Najib akui tuduhan terhadap PR karut
    
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu



Najib Bentang 'Bajet Seluar Dalam' Kata Mahfuz
     
MO11KUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 2011 merupakan bajet retorik dan hanya mementingkan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan seawal tahun depan.

Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-Barisan Nasional.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai perkara yang amat menarik pada sesi pembentangan belanjawan pada kali ini.

Apa yang dikesalkan kata beliau, di sebalik kerajaan memberikan jaminan untuk tidak menaikkan bayaran tol selama 5 tahun, kerajaan juga sepatutnya turut memberikan jaminan bahawa semua jenis subsidi khususnya petrol, barang makanan dan keperluan asas juga tidak akan dinaikkan.


Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - Mahfuz
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya ketika menyambut gesaan Sultan Selangor supaya rakyat menjauhi pihak yang menggadai bangsa sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut," katanya.

Umno, katanya, seolah-olah mahu mengulangi tragedi yang berlaku ke atas rakyat Palestin apabila tanah mereka tergadai kepada Yahudi Zionis.

"Bukan sahaja tanah, peluang pendidikan yang selama ini menjadi wadah utama mengubah taraf hidup orang-orang Melayu juga dimangsakan dalam kerakusan Umno menggadai bangsa sendiri.

"Peruntukan untuk institusi-institusi pendidikan Melayu itu dikurangkan dengan begitu ketara dalam belanjawan 2010. Bagi IKM, peruntukan untuk 2010 RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009.

"Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009," kata beliau dengan penuh kesal.

Malah, katanya, peruntukan kepada MARA sendiri dikecilkan dengan begitu banyak.

"Peruntukan kepada MARA dipotong-potong sehingga berjumlah RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta untuk 2009," katanya.

Dari segi politik pula, kata Mahfuz, Umno juga menghalang pertambahan kerusi Melayu di Dewan Rakyat.

"Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003, kita tidak lihat pertambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu.

"Tidak ada pertambahan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah walaupun masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus," katanya.

Menurut Mahfuz, jika disenaraikan semuanya, terlalu panjang senarai perbuatan Umno menggadaikan kepentingan bangsa Melayu.

No comments:

Post a Comment