Saturday, March 9, 2019

KENAPA TAKUT DENGAN KERJASAMA ANTARA UMNO DAN PAS...




5/3/2019 maka termeterailah kerjasama antara UMNO dan PAS. Sejak hari tersebut pelbagai kata-kata pujian dan sindiran dan ugutan yang di lemparkan kepada kerjasama UMNO/PAS tersebut. Kebanyakkan bijak pandai dan pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu menyokong 100% kerjasama tersebut kerana ianya bukan melibatkan "penyatuan antara UMNO/PAS" tetapi lebih kepada "kerjasama pada perkara-perkara sealiran dan kebersamaan" yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak.  

Pada PRU14 pertandingan tiga penjuru antara UMNO/BN v PH v PAS tidak menguntungkan Islam dan Melayu yang mempunyai 70% majoriti penduduk di Malaysia termasuklah bumiputra Sabah, Sarawak dan Orang Asli. Ini menyebabkan 70% penduduk tersebut sekarang terpaksa tunduk kepada 30% penduduk yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Barang di ingat tidak semua penduduk mengundi UMNO/BN ataupun PAS mahupun PH tetapi undi rakyat telah di terjemahkan kepada kemenangan untuk PH. Maka jatuhlah kerajaan UMNO/BN yang telah memerintah selama 61 tahun sejak di zaman Merdaka 1957.

Sejak kejatuhan UMNO/BN dan kegagalan PAS untuk menawan beberapa negeri telah menyebabkan pemimpin-pemimpin kedua-dua parti terbesar Islam dan Melayu itu perlu melihat kepada perkara yang lebih besar iaitu "kenapa mereka gagal untuk mempertahankan pemerintahan Islam dan Melayu" di bumi Malaysia. Perlu di ingat bahawa PH naik adalah akibat daripada kesungguhan kaum Cina dan India untuk melihat bukan Islam dan Melayu memonpoli pemerintahan Malaysia walaupun "terpaksa meletakkan boneka untuk menjadi PM" sedangkan semua kementerian penting di pegang oleh kaum Cina dan India Dogtrin Dapigs. Memang sesungguhnya Dogtrin Dapigs telah berjaya mengunakan "peti undi" untuk mencorakkan tampuk pemerintahan Malaysia walaupun dengan "mengangkat senjata mereka gagal". Memang betul kaat-kata DSNR bahawa "sekiranya UMNO/BN jatuh Islam dan Melayu akan di bangsatkan di dalam tanahair sendiri".

Ini memang terjadi yang menyebabkan UMNO/PAS bekerjasama untuk memartabatkan dan mendaulatkan Islam dan Melayu. Bibit-bibit kerjasama UMNO/PAS ini di mulakan dengan Perhimpunan ICERD dan kemudian merebak kepada PKR Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong tetapi di Port Dickson UMNO/BN tidak bertanding kerana tidak bersetuju dengan matlamat calon yang bertanding. Selepas itu di Cameron Highland kerjasama tersebut telah membuahkan hasil di ikuti dengan kemamtapan kerjasama tersebut di Semenyih. Kerajaan PH mula gusar dengan kebangkitan Islam dan Melayu.

Bila UMNO/PAS memeteraikan kerjasama tersebut, maka kebanyakkan pemimpin2 PH mula mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan kerjasama tersebut.

Tun Mahathir - kerjasama UMNO/PAS hanya untuk menghalalkan jenayah yang di lakukan Najib dan UMNO/PAS gabung sebab Najib

DSAI - UMNO/PAS bukan penyatuan Melayu

Azmin Ali - Tiada keperluan PAS kerjasama dengan UMNO yang rosak

Wan Saiful Wab Jan (PTPTN) - Gabungan PAS-UMNO tidak akan kekal

Khalid Samad - PAS/UMNO adalah gabungan perompak dan penipu

Mukhriz Mahathir - Kenapa yang mungkar seperti UMNO jadi pilihan PAS

Tapi yang paling ganas kenyataan pemimpin-pemimpin Dogtrin Dapigs

Lim Guan Eng - Lim calls UMNO/PAS union a declaration of war on non-Malays

Nga Kor Ming - Malaysia jadi Afghanista dikuasai Taliban jika UMNO/PAS memerintah

Kenapa pemimpin-pemimpin PH perlu takut dengan kerjasama UMNO/PAS kerana ianya adalah kerjasama untuk menyatuan ummah tanpa meminggirkan kaum-kaum lain di Malaysia serta kerjasama ini berpaksikan prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia. Apa pula pemimpin-pemimpin yang sanggup mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dan rasis terhadap kerjasama tersebut seolah-olah Islam dan Melayu akan melakukan "ethnic cleansing" dan UMNO/PAS akan mengamal "sistem pentadbiran Taliban". Ini adalah kenyataan berniat jahat yang cuba melaga-lagakan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia yang selama ini hidup harmoni, aman damai dan bersefahaman tanpa mengira bangsa, keturunan, agama dan kebudayaan. 

PH menyatakan bahawa mereka lebih menjaga Islam dan Melayu tetapi bila TH dan Agama Islam di cerca, dicela dan dihina begitu juga Melayu di ketepikan, di hina tiada pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu yang membela kerana takutkan "big bro Dogtrin Dapigs". Kita jangan cakap sahaja tetapi hakikatnya rakyat semua tahu siapa yang membela Islam dan Melayu di Malaysia ini.

Semasa cebisan ini di tulis tanpa di duga Perhimpunan LGBT telah di laksanakan di Kuala Lumpur oleh golongan pencinta LGBT tetapi apakah tindakan pihak-pihak berwajib terhadap perkara ini. Menteri Wanita merangkap TPM pula menyatakan bahawa "fahaman LGBT ada hak di Malaysia asal bukan terbuka". Amat malang sekali Islam dan Melayu di Malaysia,

Sebenarnya di Malaysia partai yang paling jahat yang di sifatkan seperti "Iblis" ialah Dogtrin Dapigs yang mengunakan "Melayu untuk membunuh Melayu". Natijahnya partai-partai Islam dan Melayu terutamanya UMNO/PAS mesti berpendirian teguh tanpa mengambil peduli cakap-cakap yang ingin meruntuhkan kerjasama tersebut. Pada kita "kerjama UMNO/PAS" ini akan mendatangkan banyak kebaikkan daripada keburukan seperti:-

1. Kaum kerabat dapat di satukan semula akibat pertelingkah "fahaman politik".
2. Kampung, Taman, Surau dan Masjid dapat di satukan akibat daripada "fahaman politik pecah dan belah" sebelum ini.
3. Tiada lagi kafir mengafir. caci maki, perbalahan, permusuhan, dengki, salah sangka, dendam dan sebaginya.
4. Dapat mengembelingkan tenaga dan buah fikiran yang mantop di kalangan pemimpin-pemimpin.
5. Dapat menegakkan syiar Islam dan memperkukuhkan perpaduan Melayu.

Tiada Islam tanpa kalimah syahadat dan tiada Islam tanpa perpaduan dan kesefahaman serta kesatuan yang kukuh. Kita mesti faham bahawa ayat 103 Ali Imran Allah (SWT) turunkan sebagai pedoman untuk manusia iaitu Allah (SWT) memerintahkan kita supaya bersatu padu dan melarang perpecahan kerana perpecahan itu adalah kerosakan dan kesatuan itu adalah keselamatan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dari Abu Hurairoh bahawasanya Rasulullah (SAW) bersabda "Orang-orang Yahudi telah berpcah belah menjadi 71 golongan atau 72 golongan dan orang-orang Nasrani demikian juga, sedangkan umatku berpecah belah menjadi 73 golongan semuanya masuk neraka kecuali satu iaitu Al-Jama'ah (Bersatu Padu). Ayat 103 Ali Imran ini melarang berpecah belah (berkelompok-kelompok) dalam agama, sebagaimana berpecah-belahnya ahli kitab atau orang-orang jahiliyah yang lain. Ayat ini juga melarang malaksanakan segala sesuatu yang dapat menimbulkan perpecahan dan menghilangkan persatuan.

Kebangkitan Islam dan Melayu bermula dengan kerjasama dan perpaduan UMNO/PAS kerana fahaman politik kita berpecah belah dan kafir mengkafir serta berbalah sesama sendiri sehingga putus saudara, bercerai rumahtangga dan sebagainya. Kita adalah satu, mengucap kalimah syahadat, menyembah Allah (SWT) dan Al-Quran adalah pedoman kita. Tiada bedanya antara UMNO dan PAS hanya "politik iblis" yang membedakan kita selama ini.

Insya Allah usaha dan keikhlasan kita untuk melihat "kesatuan, kerjasama, perpaduan UMNO/PAS di peringkat akar umbi akan terjalin seperti mana terjalinnya di peringkat kepimpinan UMNO/PAS". Satu sahaja ingatan jangan satu pihak mengambil kesempatan daripada kekurangan di sebelah pihak yang lain dan jangan pihak di satu pihak menekan di pihak yang lain. Kita ini saling lengkap melengkapi. 

Alhamdulillah setelah sekian lama bergelumang dalam politik keturunan "UMNO" 5/3/2019 telah terjadi satu peristiwa yang amat manis untuk di jadikan "pedoman dan pegangan" untuk generasi di masa akan datang. 


Thursday, March 7, 2019

Politik balas dendam...rakyat sengsara di bawah PH...

Pada 9/5/2018 selepas keputusan PRU14 buat pertama kalinya UMNO/BN gagal untuk menjadi pemerintah di Malaysia. Malahan berapa negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Harapan yang di anggotai oleh DAP, PKR, PPBM dan AMANAH. Maka bermulalah era Pakatan Harapan yang di terajui oleh mantan PM ke 4 iaitu Tun Mahtahir sebagai PM ke 7. Maka bermulalah era nepotism, kronisme dan kelentongisme serta pembohongisme.

Sasaran pertama Tun Mahathir ialah memastikan Tok Jib (mantan PM ke 6) di humban ke dalam penjara. Sasaran kedua ialah isteri Tok Jib (Datin Seri Rosmah Mansor) turut di humban ke dalam penjara. Mereka berdua pada pandangan Tun Mahathir adalah individu-individu yang telah merosakan negara dengan merompak ,mencuri dan mengamalkan salah guna kuasa serta rasuah untuk mengekalkan kuasa atau lebih di kenali sebagai zaman pemerintahan "cash is king".Ini adalah turutan daripada permasalahan dan/atau skandal 1MDB yang kononnya amat meruncingkan sehinggakan menyebabkan hutang negara berjumlah satu (1) Trillion yang di uar-uarkan oleh Tun Mahathir.

Kita tidak tahu apakah perjanjian antara Tun Mahathir dengan DAP, maka Lim Guan Eng telah di lantik menjadi Menteri Kewangan, Mat Sabu Menteri Pertahanan, Azmi Ali Menteri Hal-Ehwal Ekonomi di PMO, Zuraida Kamarudin Menteri Perumahan, Dr Mazlee Menteri Pelajaran dan sebagainya.

Maka bermulalah manifesto 100 hari Pakatan Harapan tidak akan di tunaikan seperti Hapuskan Tol, tangguh PTPTN apabila gaji 4,000 baru bayar, harga minyak turun 1.50, BRIM akan di teruskan, 1,000,000 peluang pekerjaan dan lain-lain. Malangnya selepas 5 bulan memerintah masih tidak nampak janji manifesto tersebut. Malahan rakyat di momokkan dengan GST di gantikan dengan SST yang bakal menurunkan harga barangan. Apabila SST di perkenalkan semula pada 1/9/2018 harga barangan tetap dan/atau naik mengikut kiraan SST. Ini di akui sendiri oleh Menteri MOF, Lim Guan Eng. Ini juga bermakna GST bukan penyebab kepada harga barangan naik. Malahan SST juga tidak akan menjamin harga barangan akan turun. Akhirnya rakyat juga yang akan di mamah oleh api di hujung sumbu.

Segala projek-projek mega di batalkan seperti HSR Kuala Lumpur-Singapura (kerajaan PH terpaksa membayar kos pampasan kepada kerajaan Singapura sebanyak RM45 juta kerana tangguh sehingga 2020), projek ECRL masih dalam kajian teka-teki (nak batal, kurangkan kos atau di tunda). Semasa kerajaan BN kosnya adalah 50 billion tetapi bila kerajaan PH ambilalih kosnya telah melonjak jadi 80 billion, maka terdapat lebihan sebanyak 30 billion. Inilah persoalannya sehinggakan Tun Daim yang menganggotai 'Council of Elders" telah mengesyorkan projek ECRL ini di swastakan tetapi adakah rakyat inginkan permasalahan seperti projek Lebuhraya Utara-Selatan? Projek MRT2 dan MRT3 di batalkan, kemudian projek LRT3 dibatalkan tetapi kemudian di hidupkan semula dengan kos serta set tren 3 gerabak di bandingkan dengan set 6 gerabak, saiz stesen di kecilkan. Stesen tren yang di batalkan ialah Lien Hoe, Temasya, Sirim, Bukit Raja dan Bandar Botani. Projek Pan-Borneo masih di teruskan. Projek TRX kononnya telah dibersihkan oleh "Menteri Kewangan Lim Guan Eng" akan menjana pelaburan sebanyak 40 billion tetapi Menteri Kewangan itu yang di kenali sebagai NOBITA telah menyatakan TRX adalah projek mega 1MDB dan ianya telah mengunakan duit rakyat yang di ilhamkan oleh Tok Jib. Itulah kaedahnya apabila kita masuk setelah semuanya berjalan lancer maka kita ambil "labanya" kononnya projek TRX itu kita telah membersihkannya.

Apa yang menjadi tarikan rakyat dalam menilai kerajaan PH ini adalah kelayakan Menteri-Menteri dan Menteri Besarnya. Padanya mula Timbalan Menteri Luar di katakana berlulusan Cambridge tetapi setelah di selidik dan di desak maka Timbalan Menteri Luar itu menyatakan bahawa beliau dapat kelulusan Cambridge di USA bukan di UK. Ini bermakna Timbalan Menteri Luar itu tidak mempunyai sebarang kelayakan. Maka bermulalah sindrom "SIJIL PALSU" dalam kerajaan PH. Menteri Kewangan Lim Guan Eng tiada Sijil Kelayakan Professional sebagai Akautan Bertauliah, Menteri Pertahanan Mat Sabu di buang daripada UITM, Menteri Perumahan Zuraida Kamarudin tiada SIJIL Degree daripada Universiti Nasional Singapura, Menteri Besar Perak gagal dalam pengajiannya, Menteri Besar Johor bukan student UPM.

Sudah le janji manifesto bukan sebuah kitab, makna janji manifesto itu bukannya mesti di tunaikan, sijil kelayakkan pun palsu. Ini seperti pepatah Melayu menyatakan "siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama jadi Menteri".

Selepas PRU14, kerajaan PH telah menghadapi PRK di Sungai Kandis, Port Dickson, Balakong, Seri Setia di menangi oleh PH tetapi bila tiba PRK di Cameron Highland kerajaan PH telah menerima tamparan hebat daripada kerjasama UMNO/PAS. Calon DapPH kalah dengan majoriti lebih 3000 walaupun berbagai cara dan kaedah di gunakan oleh kerajaan PH untuk menyuruh para pengundi Cameron Highland undi DapPH tetapi gagal. Sungguhpun kerajaan PH telah menurunkan Tun Mahathir dan DSAI tetapi masih gagal untuk memenangkan calon DapPH. Alasan kerajaan PH kawasan adalah kubu kuat BN. Kemudian berlaku lagi PRK di Semenyih pula dalam DUN SELANGOR iaitu kubu kuat kerajaan PH. Para pemimpin PH berkeyakinan bahawa para pengundi di Semneyih pasti akan memilih calon PH dan ada pemimpin PH yang mengatakan bahawa para pengundi Semenyih bukan macam para pengundi Cameron Highland yang ulu dan tak tahu apa-apa, sebaliknya di Semneyih ini sub-urban, urban dan berhampiran dengan Kuala Lumpur yang cerdik pandai. Akhirnya setelah berkempen hangat antara PH dan BN, alhamdulillah calon PH di tolak oleh para pengundi di Semenyih dan calon BN menang dengan majoriti 1900 lebih. Di Cameron Highland kerjasama UMNO/BN/PAS mantop tetapi di Semenyih kerjasama lebih mantop.

Pada 5/3/2019 telah terjadi satu kerjasama antara UMNO/PAS atas dasar untuk penyatuan ummah dan kesejahteraan negara serta tidak meminggirkan kaum-kaum lain serta menghormati apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sekarang pertembungan antara PH dan BN di lanjutkan kepada Rantau dalam DUN Negeri Sembilan. MB N9 telah menyuarakan keyakinannya bahawa DUN Rantau akan jadi milik PH tetapi itu cakap-cakap seperti mana pemimpin PH cakap-cakap di Semneyih, bila masa mengundi tiada siapa yang tahu para pengundi akan memangkah siapa. Hanya Allah (SWT) sahaja yang tahu.

BN akan meletakkan calonnya Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO yang sedang bercuti iaitu Tok Mat Hassan, manakala calon PH masih lagi jadi tandatanya? Apa-apa pun UMNO/BN dan rakan sepasukannya PAS telah bersedia untuk menghadapi pertempuran ini. Insya Allah kita akan melihat pertembungan BN (UMNO+MCA+MIC) + PAS + OTHERS [nasional demokrasi] v PH (Dapigs, PKR, PPBM dan Amanah) [Sosialis liberalisme] 

Sehingga kini kita sudah boleh menjangka bahawa rakyat sudah mengetahui dan boleh mempertimbangkan antara permata dan kaca. Rakyat sekarang amat bijak dan berilmiah dalam teknologi internet dan iPhone savvy. Mana-mana partai politik tidak mudah untuk menaburkan fitnah dan membohongi rakyat di zaman internet savvy ini. Itulah sebabnya Tun Mahathir gagal untuk menguasai Malaysia macam mana Tun Mahathir pada ketika menjadi PM 4 dulu selama 22 tahun. Sekarang kerajaan PH cakap polisi kasut hitam dan tanam buluh, rakyat sudah ambil tindakan balas dengan menyatakan "takkan Menteri Pelajaran dan Menteri Perusahaan punya polisi hanya kasut hitam aje" dan "tanam buluh di kawasan Felda". Akhirnya perubahan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia iaitu Malaysia baru tetapi sebenarnya PH telah menghadiahkan Malaysia kencing hancing kepada rakyat Malaysia. Inilah zaman "pemerintah gelap yang berdasarkan "Kangaroo Law and Court" dan inilah akibatnya rakyat terpedaya dengan "MANIFESTO PH" akhirnya rakyat Malaysia dapat "tahi" yang penuh dengan kebusukan dan keburukkan.

Apa-apa selamat dikencing oleh kerajaan PH...sabar le menanti 2023...

Saturday, May 12, 2018

Drama...Babak 1...Rafizi tembak Tun Mahathir...

Marah sebab tiada PKR duduk dalam portfolio penting

Peluru pertama telah di keluarkan oleh Rafizi (Pengerusi Invoke) terhadap Tun Mahathir kerana tidak berunding dengan PKR. Adalah di maklumkan PKR ada 48, DAP 42, PPBM 13 dan Amanah 11. Netizen mengutuk Rafizi tetapi Wong Chen membela Rafizi dengan berkata "nothing yet for PKR, the single largest party in Pakatan Harapan? So what did Rafizi do that is wrong in the eyes of the public?

Ambiga Sreenenasan tweeted "PKR please stop your nonsense"...

Thursday, May 10, 2018

PRU 14...tahniah PH...


Gambar ini akan menjelaskan segala-galanya

Keputusan telah kita ketahui bahawa BN hanya memperolehi 79 kerusi dan Pakatan Harapan yang bertanding atas tiket Partai Kencing Rakyat telah memperolehi 113 (Dogtrin Dapigs, Partai Kencing Rakyat, Amanah dan Partai Pecah Belah Melayu). Rakyat telah membuat pilihan dan setiap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa mesti menghormati kehendak rakyat. Itulah uniknya demokrasi berparlimen di Malaysia.

Persekutuan (Putrajaya) - PH
Perlis (BN)
Kedah (PH/PAS/BN)
Perak (BN/PH/PAS)
Selangor (PH)
Negeri Sembilan (PH)
Melaka (PH)
Johor (PH)
Pahang (BN)
Terengganu (PAS)
Kelantan (PAS)
Sabah (BN)
Sarawak (BN)

Tun Mahathir telah di lantik semula sebagai Perdana Menteri PH yang pertama dan Perdana Menteri ke 7 Malaysia untuk kali yang kedua pada 10/5/2018.  Maka bermula era Mahathirisme semula dengan MB baru di Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu. Kita doakan semoga Malaysia akan aman dan makmur di bawah pemerintahan PH. Kita nantikan kebangkitan "King Homo" dari tidur.

Ini lipatan sejarah Malaysia kerana Tun Mahathir yang mengetuai PH telah Berjaya menumbangkan legasi pemerintahan UMNO/BN yang mana Tun Mahathir juga yang telah memacu UMNO/BN selama 22 tahun. Kita tidak nafikan jasa-jasa beliau tetapi apa yang di lakukan sekarang telah melangkaui "kotak pemikiran orang Melayu yang terpesona dengan janji-janji manifesto PH". Inilah orang kata tangan yang menghulurkan itu tidak semestinya di hargai oleh tangan yang menerima bantuan kerana masing-masing mempunyai "agenda dan perancangan" masing-masing. 

Ini perancangan Allah (SWT) sebab Allah (SWT) adalah pemerintah di langit dan bumi. Mungkin hikmahnya Allah (SWT) hendak memperlihat kepada kita rakyat Malaysia PH memerintah dalam bentuk, cara dan gaya yang sejajar dengan perancangan dan wawasan untuk memartabatkan Islam dan memajukan Negara seperti yang di aur-aurkan oleh Tun Mahathir yang mana "Cash is no more King" dan "the heads of certain departments must fall. We find that some people are aiding and abetting the former prime minister who was described by the world as "kleptocrat". Seterusnya Tun Mahathir berkata "Pakatan led Federal Government would review previous charges on political leaders as some of these charges have been politically motivated. We need to look if there is a case. If there is no case, we want to see how we can look at these cases based on the laws of the country" dan "the new administration would review laws that are oppressive and unfair".

Ini perkara yang akan di nanti-nanti oleh rakyat Malaysia yang berpegang kepada "rule of law & human rights & freedom of speech & freedom of religion & freedom of assembly" dan sebagainya.



    

Monday, May 7, 2018

#VOTEBN9518...KESTABILAN, KEMAKMURAN, KEAMANAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN, KEMAJUAN DAN KEADILAN...BARISAN NASIONAL UNTUK MALAYSIA...

Pemerintah Islam & corak pemerintahan Islam


HEBATKAN NEGARAKU


BULATKAN TEKAD DAN PANGKAH (X) BARISAN NASIONAL YANG IBARATKAN BAGAI TEBING DENGAN AUR BERSAMA RAKYAT...

Saturday, May 5, 2018

Perebutan siapa lebih Islam di Kelantan...PRU14

Kehangatan percaturan politik Melayu dan Islam di Kelantan telah sampai kemuncaknya apabila Nik Omar anak arwah Tok Guru Nik Aziz telah mendaftarkan dirinya sebagai calon Partai Pakatan Harapan untuk PRU14 DUN Cempaka. DUN Cempaka adalah DUN yang selalu di tandingi oleh arwah Tok Guru Nik Aziz.

Bila sahaja percalonan Nik Omar di DUN Cempaka tersebar luas di Kelantan, maka polimek politik di Kelantan pun bermula yang mana perebutan title "Islam" itu menjadi pertaruhan. Konflik kekeluarga di mainkan oleh para penyokong yang kononnya menyatakan Nik Omar tidak dapat restu ibunya untuk menjadi calon Pakatan Harapan di DUN Cempaka. Nik Abduh anak arwah Tok Guru yang bertanding Parlimen Bachok telah mengeluarkan statement dalam FBnya dan yang menjadi kelam kabut ialah apabila isteri arwah Tok Guru Nik Aziz pun terlibat sama untuk berkempen bagi calon PAS di DUN Cempaka.

Nik Omar dalam ceramahnya menyatakan bahawa "Pilihanraya ni kita bukan nak pilih agama, kita nak pilih pasukan yang terbaik untuk mentadbir Malaysia". Nik Omar juga menyatakan bahawa "DAP itu bukan anti Islam dan "khayalan DAP semata-mata DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak UMNO". Bila kita lihat dua kenyataan Nik Omar ini kita dapati bahawa mirip politiknya lebih kepada mirip politik arwah Tok Guru Nik Aziz yang pernah menyatakan bahawa "PAS bukan sahaja berkawan dengan DAP tetapi dengan SYAITAN pun PAS sanggup berkawan". Ini menunjukkan bahawa "pemikiran kekiri yang di pakai oleh Nik Omar itu amat bercanggah dengan prinsip-prinsip perjuangan PAS. Barangan di ingat bahawa PAS dan AMANAH adalah diibaratkan seperti anjing dang kucing, bila berjumpa pasti akan tercetus konflik.

Sebelum ini AMANAH tiada pemberat, apabila Nik Omar bersama mereka maka corak politik di Kelantan telah bertukar wajah dengan drastiknya. Di Kelantan sebelum PRU14 musuh azali PAS ialah UMNO tetapi sekarang telah bertukar kepada AMANAH. Percaturan politik Kelantan sekarang sudah sampai ke kemuncaknya apabila segala yang di pertaruhkan oleh PAS akan di jaja oleh AMANAH sebagai tidak menuruti apa yang di rancang oleh arwah Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini pemimpin-pemimpin AMANAH telah di perlekehkan di Kelantan tetapi bila Nik Omar memilih untuk bertanding di bahawa "brand Pakatan Harapan" AMANAH telah mendapat nyawa baru dan menarik nafas lega untuk membalun PAS di Kelantan di merata tempat di Semenanjung Malaysia dengan aura Nik Omar.

Sekarang kita nantikan 9/5/2018 dan berkempen tinggal bebarapa hari lagi, DUN Cempaka pasti menjadi tumpuan apabila isteri arwah Tok Guru Nik Aziz terlibat sama dalam kempen untuk calon PAS melawan anaknya sendiri, Nik Omar. Kita harap tiada perebutan yang boleh mendatangkan konflik yang mencetuskan "letupan gunung berapi" kerana ini adalah pertanding sihat antara dua parti yang mempunyai idealogi yang berbeda sahaja. Walapun pemainnya berbeda pendapat seharusnya ianya tidak boleh mencetuskan "perbalahan" yang berpanjangan. Kadangkala apabila difikirkan semula inilah ujian Allah (SWT) yang ingin menduga manusia apabila kita di datangi oleh "dua orang yang bersifat Qabil dan Habil" di Kelantan.

Inilah sifat manusia yang akan di ciptakan oleh Allah (SWT) yang akan mengikut laluan ke kanan dan laluan ke kiri. Ini fitrah yang tidak dapat di haling oleh sesiapa kerana itu telah ada sejak dari manusia itu di lahirkan ke dunia ini. Tengok Tun Mahathir siapa tahu beliau akan menjadi "kuda aka barua Dogtrin Dapigs" pada ketika badan beliau telah di mamah oleh usianya.

Kita hanya mampu berdoa kepada Allah (SWT) supaya terus menjadi Malaysia ini Negara Islam maju, aman, makmur, sejahtera, harmoni dan adil serta Melayu tidak berpecah belah seperti mana terjadi kepada bangsa Arab. 

Friday, May 4, 2018

APAKAH DRAMA PRU14...

Semasa PRU13 drama screw Melayu dan/atau dapatkan undi Melayu telah di laksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat pada PRU14 kelibat PAS sudah tiada. Maka DAP perlukan pemain-pemain baru untuk discrewkan dan di jadikan kuda untuk mendapatkan undi orang-orang Melayu. Bila Tun Mahathir aka Mahakitol datang untuk memasukki Pakatan Harapan, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menerimanya dengan "dulang yang luas" walaupun pada hakikatnya pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah berjuang bermati-matian sampai ada yang di penjarakan di bawah ISA dan lebam matanya. Kesemua kesalahan Tun Mahathir yang lalu di ampunkan dan Tun Mahathir telah di anggap sesuci-sucinya dalam Pakatan Harapan.

Pemimpin-pemimpin DAP melihat inilah masanya untuk membuat propaganda baru yang kononnya "tsunami Melayu" akan berlaku kerana bekas PM selama 22 tahun dan bekas Presiden UMNO ada bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Kita baruakan Tun Mahathir
 
Perancangan DAP amat licik kerana DAP tahu orang-orang Melayu tidak akan mengundi DAP. DAP sanggup ketepikan sentimen penyokongnya yang membantah penggunaan logo PKR sebagai logo PRU14.

Barua pun Barualah janji Najib dan UMNO/BN jatuh

Semasa PRU13 DAP gagal untuk mencipta "UBAH dan INIKALILAH" kerana orang Melayu tidak mahu bersama-sama Pakatan Rakyat pada ketika itu walaupun kekuatan Pakatan Rakyat pada PRU13 lebih teguh dan kukuh dengan kehadiran Anwarisme dan PAS. Malangnya mereka gagal untuk menyakinkan orang-orang Melayu di pinggir bandar dan di luar bandar untuk mengundi DAP, PKR mahupun PAS. Sungguhpun DAP mendapat jumlah pengundian kaum Cina terbesar dalam sejarah PRU di Malaysia semasa PRU13 terutamanya di kawasan bandar dan majoriti kaum Cina tetapi ianya tidak dapat memberikan kelebihan kepada DAP untuk menjadi peneraju kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Pada PRU14 perebutan Putrajaya itu lebih menarik apabila orang-orang pencen Menteri dan UMNO mula menyebelahi Tun Mahathir aka Mahakitol. Ini diperlihatkan dalam penglibatan Daim yang menyatakan GST itu zalim, Rafidah yang menyatakan kontraktor sekarang perlu di tukar dan Rai Yatim yang sedang cuba untuk membakar jambatannya. Berita terkini Daim dan Rafidah telah menyertai perhimpunan Pakatan Harapan di Melaka dan berceramah untuk menjatuhkan Tok Jib dan UMNO/BN sedangkan mereka adalah ahli UMNO. Pihak tertinggi UMNO perlu mengambil tindakan segera yang tanpa prejudis kepada ahli-ahli di akar umbi yang akan di ambil tindakan segera sekiranya berlaku pengkhianatan terhadap UMNO semasa PRU berlangsung. Ini kita nanti tindakan UMNO seterusnya.

Langkah Kajang yang mana telah membawa kepada pemecatan TSKI

Langkah Kajang telah memporak perandakan PKR kerana Anwar dan Wan Azizah cuba untuk memecat TSKI daripada jawatan MB Selangor. Percaturannya selepas Anwar dikenakan hukuman liwat selama 5 tahun, ADUN Kajang di minta untuk meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar bertanding bagi membolehkan beliau untuk menjadi MB Selangor tetapi perkara tersebut tidak berlaku sebaliknya isteri Anwar, Wan Azizah yang bertanding dan menang. Semasa percaturan untuk melantik MB baru telah berlaku krisis antara PKR dan Istana kerana Istana Selangor tidak mahu perempuan sebagai MB Selangor seperti dalam Perlembagaan Negeri Selangor. Akhirnya sorong tarik, PKR terpaksa meletakkan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor. Maka meloponglah Anwar dan isteri serta konco-konconya yang mengharapkan sesuatu daripada Langkah Kajang.

Memang terdapat dua team dalam PKR, satu Azmin Ali dan satu lagi team Langkah Kajang. Semasa senarai terakhir di bawa untuk pengesahan Wan Azizah selaku Presiden PKR telah berlaku apa yang di katakanan "cantas mencantas" calon-calon PKR di Selangor sehinggakan tak tahu siapa yang akan bertanding pada 28/4/2018 (hari penamaan calon). Sekarang PKR bergembira kerana musuh ketat mereka selama ini sudah ada dalam tangan PKR iaitu Tun Mahathir yang bakal menjadi PM dan Wan Azizah akan menjadi TPM sementara. Malangnya Tun Mahathir pada mula kata untuk dua (2) tahun sahaja tetapi selepas itu kata mungkin akan mengambil masa yang lama sikit untuk membetulkan keadaan.


Kemungkinan sekiranya Pakatan Harapan dapat (Insya Allah tidak akan dapat) Putrajaya maka perebutan jawatan PM itu pasti akan terjadi seperti mana terjadinya Langkah Kajang. Barang di ingat bahawa kononnya Anwar akan keluar penjara sekitar Jun dan/atau Julai 2018. Kemungkinan perebutan tersebut berlaku adalah amat besar sekali dan ini sudah pasti akan menjejaskan kestabilan, keamanan, kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Kita mesti berfikiran jauh ke hadapan untuk melihat kerosakkan yang bakal akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya. Di Selangor dan Pulau Pinang betapa banyak kerosakkan yang telah di laksanakan oleh PKR dan DAP. Di Selangor tiada rumah mampu milik di laksanakan kerana aktiviti PKNS dan GLC negeri Selangor telah di ubah untuk memenuhi tuntutan politik PKR. Begitu juga krisis air di Selangor tidak boleh di selesaikan kerana politicking PKR. Permasalahan Tanah Ijok sampai ke hari ini tiada kata putus ke mana perginya duit baki penjualan tersebut. Cerita pong-pang kononnya PKR telah melaksanakan pelbagai agenda untuk kesejahteraan rakyat tetapi hakikatnya tiada kerana politicking 24 jam Azmin Ali. Kalau kita baca Selangorkini wah main di progandakan kerajaan PKR telah ini dan itu tetapi hakikatnya sekiranya kita pergi tengok sendiri tiada pun. Berapa lama lagi boleh bertahan dengan agenda pembohongan kerajaan PKR Selangor????? Di Pulau Pinang banjir besar, pembinaan perumahan mewah di lereng bukit, duit kowtim telewong Tokong, duit sogokan untuk mendapatkan rumah kos rendah, pembelian bunglow jalan pinhorn dan lain-lain lagi. Kemungkinan Dogtrin Dapigs akan di jatuhkan adalah amat besar sekali kerana kita tidak boleh baca "pola pemikiran rakyat senyap sunyi" hanya menantikan 9/5/2018 sahaja.

Sekarang kita tunggu DRAMA (Daim, Rafidah, Anwar, Mahathir, Azizah) nak buat apa lagi selepas ini. Tun Mahathir hina kematian dalam kejadian Memali, Mokhzani hina penerima BRIM, Rafidah suruh tukar kontraktor kononnya kontraktor sekarang tidak secekap bossnya dulu Tun Mahathir, Daim kata GST zalim, Anwar dalam penjara, Azizah ikut aje sahaja gelagat Tun Mahathir. Nampaknya Tun Mahathir & Co tidak puashati atau iri hati terhadap Tok Jib dan UMNO/BN, maka segala punca penentangan di laksanakan hanya untuk buang Tok Jib daripada UMNO/BN. Daim ramal Kedah dan Perak jatuh kerana sebelum ini ramalan Daim pada PRU12 dan PRU13 adalah tepat. Kemungkinan itu adalah kebetulan sahaja kerana kita boleh meramal sekiranya Allah (SWT) tidak mengizinkan ramalan kita itu dan Allah (SWT) menyatakan sebaliknya, maka kita mesti akur dengan ketentuan Allah (SWT) kerana Allah (SWT) adalah pemerintah di Langat dan di bumi. Tiada pemerintah yang Mahakuasa, Mahabijaksana dan Mahaadil selain daripada Allah (SWT).







Saturday, April 28, 2018

Pakatan Harapan yang bercelaru untuk PRU14...

PKR mengalami konflik dalam percaturan calon-calon bertanding untuk PRU14 antara kem Rafizi dan kem Azmin Ali. Ini terus berlanjutan semasa pernamaan calon yang mana calon tidak batalkan pencalonannya dan ada pula calon yang tidak mematuhi peraturan-peraturan pilihanraya. Akhirnya ramai calon-calon Pakatan Harapan gagal untuk meneruskan perjuangannya kerana dibatalkan percalonannya dan hilang kelayakan untuk menjadi calon.

Bila ini terjadi maka jentera fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan yang di ketuai oleh CEO Invoke mula menjalankan "anasir fitnah dan pembohongannya".




Ini pula penyebar "Fake New" di Sabah yang menceritakan kawasan-kawasan tertentu telah di menangi oleh Warisan dan/atau Pakatan Harapan menang tanpa bertanding.

SILAP SENDIRI...


KELEPETOKRASI...

Tok Jib curi dan rompak duit rakyat melalui 1MDB tapi mana buktinya sampai YB Kepong yang menjadi Timbalan Pengerusi PAC dulu tak terpilih sebagai calon PRU14 sebab mempertahankan kebenaran...bila tanya mana duit "balance" Tanah Ijok terus lagi naik GRAB...bila dapat undi rakyat di baldikan...kononnya CAT anti-rasuah tetapi dia sendiri salah guna kuasa dan rasuah dalam pembelian bunglow jalan pinhorn...siap bagi duit kowtim lagi untuk projek Telewong Tokong...kedai roti pun tidak terurus dan bukan dia punya kemudian nak jual tak boleh kerajaan & Tok Jib halang...siap cakap kerajaan & Tok Jib sabotage jet peribadi dia...lu tak boleh bertanding sebab lu ada denda RM2,000-00 lu jangan le salahkan kerajaan & Tok Jib...macam-macam kelepetokrasi Pakatan Harapan...akhirnya rakyat tertanya-tanya deme-deme ini boleh caya ke?????

Monday, April 23, 2018

PARLIMEN AMPANG P099...PRU14...

ZURAIDAH KAMARUDDIN PKR (PENYANDANG)


LEONG KIM SOON



CALON PAS

Calon-calon yang akan bertanding untuk P099 sudah di ketahui iaitu dari BN (MCA), Pakatan Harapan (PKR) dan PAS. Masing-masing calon yang bertanding untuk P099 mempunyai kelebihan masing-masing. Sekarang terpulang kepada rakyat di Ampang untuk menentukan calon-calon yang mana layak untuk menjadi Ahli Parlimen yang membawa permasalahan penduduk-penduduk di Ampang ke Parlimen.

Profile calon PKR adalah penyandang dan telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Ampang. Beliau adalah calon Pakatan Harapan yang di ketuai oleh DAP tetapi kita mesti melihat kepada apakah jasa beliau kepada rakyat di Ampang sepanjang 10 tahun menjadi Ahli Parlimen Ampang?????

Profile calon BN adalah graduan UKM dan Profile calon PAS adalah graduan UIA. Semasa PRU13 Zuraidah Kamaruddin menang besar dengan undi PAS tetapi sekarang PAS tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan. Ini akan menjadi satu laluan sukar kepada Zuraidah Kamaruddin untuk mengekalkan kerusi Parlimen Ampang kerana rakyat di Ampang tahu perkhidmatan corak mana yang beliau telah laksanakan. Kawasan masjid dan surau di Ampang kebanyakkannya di pegang oleh PAS dan serpihan PAS, Amanah. 

Kita jangkakan persaingan pasti hebat kerana BN pun akan pasti terkesan dengan permasalahan PPBM Tun Mahathir yang ingin menjatuhkan Tok Jib dan UMNO. DAP pula akan memainkan peranannya untuk mengembelingkan undi kaum Cina supaya mengundi calon PKR supaya kita boleh "Selamatkan Malaysia dan Membina Negara". Persoalannya mahukah kaum Cina mengulangi pengundian mereka secara mutlak kepada calon Pakatan Harapan (PKR) semata-mata atas doroangan palsu DAP untuk selamatkan "Selamatkan Malaysia dengan Pakatan Harapan". Di akhir kempen nanti pasti akan keluar "kita perlukan pembangkang yang kuat untuk memantau kerajaan UMNO/BN supaya tidak leka".

Dalam erti kata lain pembangkang tahu mereka tidak akan dapat Putrajaya dan memusingkan pemikiran rakyat dengan agenda manifestonya kerana rakyat tahu siapa yang telah berjaya memajukan negara dan berkebajikan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Keputusan adalah di tangan rakyat di Ampang. Kita mesti bijak menggunakan kuasa kita untuk menentukan hala tuju Ampang di masa depan iaitu selama 5 tahun akan datang.

Selamat Mengundi 9/5/2018...


Saturday, April 14, 2018

Pakatan Pembangkang Johor sudah kantoi sebelum gelanggang di buka...



Ini agak memalukan dan menjengkelkan kerana gelanggang belum di buka tetapi Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah kecundang di peringkat mempersembahkan "MANIFESTO UNTUK NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM".

Pakatan Harapan di ketuai oleh Dogtrin Dapigs telah mencanangkan bahawa tsunami Melayu akan berlaku di Johor Darul Takzim dengan meletakkan calon-calonnya di kawasan yang di populasikan oleh kaum Melayu untuk "test the water" seperti Liew Chin Tong akan bertanding di Ayer Hitam yang mempunyai dua DUN iaitu Yong Peng yang majoriti adalah kaum Cina yang di kuasai oleh Dogtrin Dapigs dengan kelebihan 2,000 undi pada PRU13 manakala Semarang yang majoritinya adalah kaum Melayu yang di kuasai oleh BN dengan majoriti 8,000 undi pada PRU13. Secara keseluruhannya Ayer Hitam penduduk majoritinya adalah Melayu dan calon BN menang untuk Parlimen adalah sebanyak 7,000 undi pada PRU13. Ini di perlihatkan pada PRU sebelum-belum ini, PAS telah meletakkan calon untuk bertanding di kawasan ini. 

PAS pasti akan meletakkan calon di kawasan Ayer Hitam pada PRU14 dan pertandingan tiga penjuru memang tidak dapat di elakkan. Ada desas desus kononnya Dogtrin Dapigs akan meletakkan Lim Kit Siang untuk bertanding di kerusi Johor Baru menentang Shahril Samad. Malangnya perkara itu hanya gembar gembur Pakatan Harapan sahaja. Sebaliknya Pakatan Harapan meletakkan Akmal Nasir Ketua Cabang Johor Baru. 



BN Johor telah mengeluarkan manifestonya dan Insya Allah rakyat Johor akan menyokong BN Johor yang ingin membawa Johor ke hadapan dengan berpaksikan kepada lima teras iaitu Pertumbuhan Ekonomi Nan Sejahtera, Penyediaan Prasarana Komprehensif, Pembangunan Minda, Bakat dan Kemahairan Bangsa Johor, kepimpinan Berpretasi Tinggi dan Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lestari Islami dan Berbudaya.

Desas-desus Johor akan jatuh kepada Pakatan Harapan akibat dari tsunami Melayu adalah persepsi Pakatan Harapan sahaja terutamanya Dogtrin Dapigs. Setelah tsunami kaum Cina yang telah melenyapkan MCA dan Gerakan, maka Dogtrin Dapigs terpaksa mencipta satu "slogan tsunami" baru bagi menyakinkan kepada kaum Cina supaya turut sama berubah kepada Pakatan Harapan. Di Sarawak semasa PRU Dewan Undangan Negeri Sarawak 2016 Dogtrin Dapigs kalah teruk kepada BN walaupun menggunakan "slogan Jom Ubah Melayu screw Melayu". Sekarang tatktik yang sama hendak di gunakan di Semenanjung Malaysia iaitu "Jom Ubah Melayu Screw Melayu". Ini kali yang kena screw ialah Tun Mahathir aka Mahakitul, TS Mahyuddin dan DS Mukhriz.

Wan Azizah dan lain pemimpin PKR sudah lama discrewkan oleh Dogtrin Dapigs dan perbuatan serta tindak tanduk pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak ubah seperti tindak tanduk dan perbuatan Dogtrin Dapigs juga. Kenapa ada persamaan Dogtrin Dapigs dan PKR ialah kerana Dogtrin Dapigs itu berlandaskan kepada Lim & family manakala PKR adalah Anwarisme. Kedua-duanya berdendam dengan UMNO/BN dan Mahakitul. Bila Mahkkitul masuk Pakatan Harapan dengan PPBM yang di haramkan sementara, maka dendam itu di tujukan pula kepada Tok Jib pula. 






Dalam ertikata lain Pakatan Pembangkang dengan apa sahaja nama yang di sebut selepas PRU14, Insya Allah tidak akan berjaya menumbangkan UMNO/BN melainkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN itu sudah tiada ketokohan dan lupa akan tujuannya sebagai pemimpin Melayu dan Islam. Selagi pemimpin-pemimpin UMNO/BN berpegang kepada paksi Melayu dan Islam selagi itulah rakyat akan sokong kerana Pakatan pembangkang tiada matlamat lain selain hendak menjatuhkan UMNO/BN. Sudah pelbagai Pakatan Pembangkang di wujudkan oleh pembangkang seperti PRU 12, PRU13 dan sekarang PRU14 daripada Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh DAP, PKR dan PAS pada PRU13, sekarang PRU14 di anggotai oleh pula DAP, PKR, AMANAH dan PPBM. Persoalannya kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh konsisten seperti UMNO/BN yang di anggotai oleh 14 komponen parti termasuk di Sabah dan Sarawak jika di bandingkan dengan Pakatan pembangkang.

Perkara sampingan pun boleh bercelaru inikan pula perkara pokok yang ada kaitan dengan Melayu, Islam, Bumiputra dan sebagainya. Insya Allah politik di Malaysia tidak sama jika di bandingkan dengan USA, UK, Australia dan lain-lain negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Maka setiap parti akan cuba untuk mendapatkan undi kaum-kaum yang di perjuangkan oleh parti tersebut. Melayu ada UMNO/PAS/AMANAH/PKR/PPBM. Cina ada MCA, GERAKAN, DAP, SUPP dan lain-lain, India ada MIC, PPP, HINDRAF dan lain-lain. Fahaman parti pula adalah berlandaskan pemimpin yang mengasaskan parti tersebut. UMNO lebih mirip nasionalis Melayu, PAS mirip kepada Islam, PKR parti majmuk lebih mirip kepada "keadilan social". Sementara AMANAH dan PPBM masih samar-samar fahamannya.

Kekuatan kaum Melayu adalah pada UMNO manakala kekuatan kaum Cina adalah Dogtrin Dapigs. Maka pertembungan antara kedua-dua parti ini semasa PRU14 sebenarnya yang mencorakkan pemerintahan Malaysia selama lima (5) akan datang. Maka dalam untuk mencari kemenangan UMNO dan Dogtrin Dapigs akan menggunakan segala apa yang ada untuk menghancurkan lawannya. Inilah yang di gunakan oleh Dogtrin Dapigs iaitu gunakan Mahakitul yang berdendam dengan Tok Jib sehinggakan sanggup Dogtrin Dapigs tidak menggunakan logo "Roket" yang tidak dapat di lancarkan kerana telah di bunuh oleh PKR semata-mata nak mengabui mata kaum Melayu sekiranya "kita undi PKR maka kita akan dapat pemerintah Melayu".





Selebihnya terpulang kepada kaum Melayu supaya fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan drastic. Di takuti nanti "rumah siap tapi pahat berbunyi" dan/atau "nasi sudah jadi bubur"...tiada guna di sesali lagi terima sahaja apa yang telah di hajati.

  







Monday, April 9, 2018

Adakah tsunami Melayu akan berlaku...?????

Demi kestabilan,kemakmuran, kesejahteraan,keamanan, keharmonian,
keamanan,kemajuan dan keadilan

Adakah kita nak menyerahkan kepada "barua DAP"


Semasa PRU12 ramai penganalisa politik menyatakan UMNO/BN kalah di beberapa kawasan adalah di sebabkan oleh tsunami kaum India. Bila PRU13 ramai menjangkakan UMNO/BN akan dapat balik kawasan-kawasan yang kalah semasa PRU12. Malangnya percaturan tersebut meleset apabila tsunami kaum Cina telah merobek keseluruhan yang di gandingkan dengan "swing vote" orang Melayu" kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pada ketika itu di anggotai oleh Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS. Pakatan Rakyat pula diketuai oleh DS Anwar Ibrahim aka KETUM.

Percaturan perang cyber telah di cetuskan oleh Pakatan dengan menyerang UMNO/BN secara bertali arus tanpa henti siang malam pagi petang. Sehinggakan di puncak hari mengundi itu telah di beritakan terdapat 400,000 orang Banglasia yang telah masuk Malaysia untuk di hantar ke kawasan-kawasan mengundi bagi memenangkan UMNO/BN. Maka kekecohan telah berlaku di beberapa kawasan-kawasan mengundi yang agen-agen pembangkang telah menghalang orang yang berkulit gelak macam Banglasia dari menjalankan kewajipannya sebagai warganegara Malaysia dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Kemudian semasa pengiraan undi di beritakan bahawa terdapat black out di beberapa tempat mengundi yang kononnya sengaja di matikan untuk memenangkan UMNO/BN tetapi semuanya "hoax" dan banyak lagi "fake news" yang menjalar semasa kempen PRU13 seperti berita "rasuah kapal selam scorpene yang mana Tok Jib akan di dakwa di Perancis, pembunuhan gadis Monggolia, cincin DS Rosmah dan banyak lagi. Perang cyber sungguh hebat dan drastik sehinggakan kita tak tahu mana satu musuh dan mana satu kawan. Peluru bertaburan di cybertronics tetapi perang melawan RBA (red beans army) adalah perang cyber yang hebat. RBA cuba untuk melonjakkan tagline Dogtrin Dapigs #Ubah Inikali kerana PAS ada bersama dengan mereka yang mana pada ketika PAS menyatakan bahawa "kita berkawan dengan syaitan pun tak apa selagi bukan UMNO/BN". Akhirnya memang undi Cina tiada satu pun yang lekat pada UMNO/BN semua di salurkan kepada Pakatan Rakyat (Dogtrin Dapigs, PKR dan PAS). Malahan tempat-tempat yang Dogtrin Dapigs tidak bertanding pun UMNO/BN kalah di sebab undi Cina dan undi PAS. Itulah scenario pola pengundian semasa PRU13.

Sungguhpun begitu tiada siapa boleh melawan ketentuan Allah (SWT) yang menentukan segala-gala kerana Allah (SWT) adalah pemerintah di langit dan di bumi. Itulah sebabnya kita mesti percaya kepada Allah (SWT) yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Adil. UMNO/BN dapat 133 kerusi dan Pakatan Rakyat dapat 89 kerusi. Selangor dan Penang di kuasai oleh Pakatan Rakyat selebihnya di kuasai oleh UMNO/BN.

Sekarang kita sekali lagi akan menghadapi PRU14 pula, perang cyber telah bermula, ceramah politik parti pembangkang yang di kenali sebagai Pakatan Harapan di anggotai oleh Dogtrin Dapigs, PKR, PPBM dan Amanah. Perang PRU14 lebih unik kerana PPBM dan Amanah adalah parti setahun jagung. PPBM yang di tubuhkan selepas Tun Mahathir keluar UMNO dan TS Mahyuddin Yassin serta DS Mukriz Mahathir dipecat kerana tikam UMNO dari belakang. Amanah pula di tubuhkan apabila golongan professional kalah dengan golongan ulama. Semasa PRU13 jentera PAS banyak membantu jentera Pakatan Rakyat yang ampuh. Sekarang PAS akan bergabung dengan parti-parti yang membentuk Gagasan Sejahtera. 

Pada PRU14 ini kepastian pertanding tiga puju akan berlaku antara BN. PAS dan Pakatan Harapan. Sebelum SPR menetapkan tarikh PRU14, PPBM telah di gantung sementara kerana tidak mematuhi terma-terma dan syarat-syarat ROS. Maka Pakatan Harapan terpaksa menggunakan logo parti lain apabila ROS juga mengantung penubuhan Pakatan Harapan kerana permasalahan PPBM. Setelah di persetujui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, maka logo PKR akan di gunakan. Bermulalah perjalanan reformasi yang berlawan dengan Mahafiraun, Mahazalim, Mahaperompak, Mahapenyamun dan Mahapelingkup negara di resapi dengan idealogi reformadey pula iaitu untuk menjadi penyelamat Malaysia yang diandaikan akan bankrap, Tok Jib telah merompak dan meyamun duit 1MDB dan hutang negara akan memncecah 1 trillion. Maknanya apa yang di perjuangkan oleh Anwarisme selama ini hanya pembohongan iaitu untuk menjatuhkan Mahafiraun dan Mahazalim sebaliknya ianya lebih kepada "gila kuasa dan tamakkan jawatan di Putrajaya". Maka wujud kata-kata dalam Pakatan Harapan terdapat Bapa pelingkup negara, Bapa peliwat, Bapa perkauman, anti Melayu dan Islam dan Bapa merapu the Sabu. Adakah rakyat ingin mempercayai bulat-bulat apa yang di perkatakan oleh mereka????? #tagline: Apa lagi aku nak bohong pada rakyat amat sinonim dengan Pakatan Harapan. 

Pakatan Harapan tahu untuk dapatkan Putrajaya, pengundi Melayu mesti di perolehi sebanyak mungkin terutama di kawasan-kawasan pinggir bandar dan di luar bandar serta felda. Sekiranya tidak dapat maka Ubah, Inikali, Sekali lagi selamatkan Malaysia akan berkubur di Laut China Selatan selama lima (5) tahun sebelum di bangkitkan kembali untuk menjadi Hantu PRU 15 pula.

Kita perhatikan negeri di Semenanjung Malaysia:-

1. Perlis (3) - tiga kawasan Parlimen. Semasa PRU13 ketiga kawasan Parlimen di kuasai oleh BN (Kangar, Padang Besar dan Arau).

2. Kedah (15) - 11 BN 4 PKR 1 PAS.

Semasa PRU13 BN menguasai Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Jerai, Sik, Merbok, Baling, Kulim-Bandar Baharu.
PKR menguasai Alor Setar, Kuala Kedah, Sungai Petani dan Padang Serai.
PAS pula menguasai Pokok Sena (sekarang Amanah).

Tun Mahathir akan bertanding di Langkawi. Langkawi di majukan oleh Tun Mahthir melalui UMNO/BN sekarang Langkawi hendak di benamkan oleh Tun Mahathir melalui Pakatan Harapan. Anaknya Mukhriz akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra, jadi MB Kedah kerana UMNO/BN sekarang nak jadi pengkhianat Kedah dengan bersekongkol dengan Dogtrin Dapigs untuk jatuhkan UMNO/BN Kedah. Wan Saiful Wan Jan (Idea) bertanding Parlimen Pendang manakala Datuk Amiruddin Hamzah (dulu PAS) bertanding Parlimen Kubang Pasu dan DUN Anak Bukit.

PAS pula tidak lagi bersama-sama dengan Pakatan Harapan. Maka kawasan-kawasan yang di menangi oleh PKR, Amanah dan PPBM boleh menjadi medan pertempuran yang sengit kerana pertandingan tiga penjuru tidak dapat di elakkan. PAS sudah pasti akan menurunkan jenteranya sebanyak mungkin untuk menawan semula Kedah Darul Aman. Langkawi akan menjadi tumpuan kerana para pengundi Melayu akan menjadi belah bahagi nak undi Tun Mahathir ataupun nak undi BN bagi kesinambungan kemakmuran dan pembangunan Langkawi. Alor Setar, Kuala Kedah, Sungai Petani dan Padang Serai sudah pasti akan menjadi medan mendapat undi-undi Melayu. Kaum Cina pula sudah jemu dengan tagline#Ubah, Inikali dan sebagainya kerana undi kaum Melayu tidak berubah kepada Pakatan Harapan. Sekarang pemimpin2 Pakatan Harapan sedang menyakinkan kaum Cina dan kaum India untuk tetap dengan Pakatan Harapan dengan harapan bahawa kaum Melayu akan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU14. Persoalannya adakah kaum Melayu akan memberi undi kepada Pakatan Harapan secara "total"????? Di Kedah pertembungan heavyweight selalu antara BN v PAS. Kalau pergi jalan-jalan cari makan di Kedah pasti akan terlihat bendera PAS berkibaran samada PRU ataupun bukan PRU. Pengaruh PAS di negeri Jelapang Padi memang tidak boleh di pertikaikan. Walau bagaimanapun pertembungan di Jelapang Padi pasti akan lebih menarik kali ini kerana anak emas Kedah bertanding di Langkawi dan bekas MB Kedah bertanding di Jerlun dan Jitra. Kita nantikan siapakah para pengundi akan pilih kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keharmonian, keamanan, kemajuan dan keadilan UMNO/BN atau fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan?????

3. Perak - PRU13 BN (13) DAP (6) PAS (2) PKR (3). Semasa PRU13 Pakatan Rakyat di dokongi oleh DAP, PAS dan PKR. Malangnya untuk PRU14 nanti Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP. PKR, PPBM dan Amanah tanpa PAS. Di Perak kawasan Lembah Kinta akan bersemuka sekali lagi dengan "the Malays belt" pada PRU14. Dogtrin Dapigs telah meletakkan calon Melayunya di Tebing Tinggi iaitu pakar undang-undang Aziz Bari. Percaturan Dogtrin Dapigs ialah gunakan Melayu untuk screw Melayu aka dapat undi Melayu seberapa banyak untuk menawan Perak dan Putrajaya. Bila menang kononnya Aziz Bari akan di lantik sebagai MB tetapi yang menentukan polisi pentadbirannya adalah pemimpin-pemimpin Dogtrin Dapigs. Serupa seperti selepas PRU12 iaitu pada ketika itu MB Nizar Pembohong (PAS) jadi MB tetapi hanya boneka sahaja. Ngeh dan King Kong Ming yang menentukan polisi-polisi pentadbiran di Perak. Nasib baik 11 bulan sahaja. Kita rasa orang Melayu di Perak sudah terkena sekali pasti tidak akan bersekongkol lagi dengan "barua-barua Dogtrin Dapigs".

Pertembungan heavyweights di Teluk Intan antara Mah Siew Keong (BN/Gerakan) v Nga Kong Ming (DAP). Jumlah pengundian adalah 42% Cina, 38% Melayu dan 19% India. Nga Kong Ming adalah YB Dap di Taiping sebelum ini tetapi kenapa beliau lari daripada kerusi Taiping untuk berlawan dengan Mah Siew Keong (Presiden Gerakan). Adakah DAP cuba nak membunuh ketua-ketua pemimpin parti Cina yang bergabung dalam BN kerana bencikan UMNO macam mana UMNO bencikan DAP. Kebencian UMNO kepada DAP memang sejak dari PRU 1 lagi kerana DAP memang terkenal dengan sikap chauvinis, anti Melayu dan Islam. Ianya bukan sahaja telah di perkatakan oleh bekas-bekas pemimpin Melayu dalam DAP malahan yang terbaru Zaid Ibrahim yang terkenal dengan firma Guaman Zaid Ibrahim & Co pun boleh tertipu dengan agenda DAP yang pandai menyorok kukunya bila berhadapan dengan orang Melayu dan Islam tetapi di belakang tabir akan cuba untuk menghapuskan Melayu dan Islam secara halus dan perlahan-lahan. Akhirnya Zaid Ibrahim sedar bahawa DAP itu parti Cina.



DAP parti Cina

Kenapa DAP tak pakai logo "roket" semasa PRU14????? Adakah DAP sudah boleh menerima apa yang tercatit dalam Perlembagaan Malaysia mengenai orang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu????? Kita jangan tertipu dengan mainan ala penjajah zaman cybertronics iaitu DAP yang cuba mengelirukan orang-orang Melayu dan Islam kononnya DAP telah menerima Melayu dan Islam dalam agenda DAP. Barang diingat bahawa di Perak hanya seorang (1) sahaja calon Melayu iaitu Aziz Bari di Tebing Tinggi yang di tanding di dalam kawasan majoriti orang Cina. Agendanya ialah sekiranya Pakatan Harapan Berjaya tawan Perak maka, DAP ada calon Melayu yang berkelayakan untuk di lantik jadi MB. Maka Perak sekali lagi akan dapat MB boneka DAP seperti Nizar Pembohong selepas PRU12 dulu.

DAP adalah penjajah zaman cybertronics yang buta kebenaran

Kita mesti berhati-hati di Perak agar kita tidak terperangkap dalam permainan DAP yang amat licik untuk memperdayakan Melayu dan Islam. DAP tahu untuk memerintah Perak mereka perlukan sokongan Melayu dan Islam kalau tidak DAP hanya bermimpi di siang hari sahaja. Sekarang  DAP adalah pencipta cerita-cerita pembohongan dan fitnah yang bersifat tegar yang kononnya Melayu dan Islam di bawah DAP lebih di jaga dan terbela tetapi DAP adalah parti yang tidak ingin menerima kebenaran berdasarkan fakta yang di bentangkan. Inilah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin DAP yang melanggar polisi dan kata-kata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Semasa PRU14 Dogtrin Dapigs akan menggunakan logo PKR (Mata Satu) semata-mata nak mengabui mata orang-orang Melayu dengan andaian bahawa Dogtrin Dapigs itu adalah parti untuk semua rakyat tetapi hakikatnya Dogtrin Dapigs adalah parti untuk kaum Cina sahaja. Pembahagian kerusi Dogtrin Dapigs di Perak untuk PRU14 adalah berdasarkan keputusan PRU13 di kawasan majoriti kaum Cina akan di tandingi oleh Dogtrin Dapigs dengan menggunakan logo PKR. Di kawasan yang majoriti kaum Melayu dan India di biarkan parti-parti PKR, Amanah dan PPBM berebut dengan UMNO/BN dan PAS. Selepas penamaan calon kita dapat lihat di setiap kerusi  yang di pertandingkan terdapat sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru 3 penjuru antara UMNO/BN, PKR dan PAS.

Begitu juga yang terjadi di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang mana di kawasan-kawasan bandar akan di bolot oleh Dogtrin Dapigs kerana Dogtrin Dapigs tahu di situlah kawasan anti-kerajaan yang akan menyokong polisi Dogtrin Dapigs Malaysia Malaysian iaitu kesamarataan antara semua bangsa di Malaysia dan tiada keinstimewaan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Malaysia akan di jadikan "Republic". Inilah cita-cita yang kita mesti haling dan sentiasa di bangkitkan di setiap PRU kerana tanpa menbangkitkan "suasana panas ini" Dogtrin Dapigs akan mencucuk jarumnya melalui "barua-baruanya seperti BUANG" untuk memusingkan orang-orang Melayu supaya meninggalkan "status quo" dan perasaan takut untuk mengundi PKR kerana itu adalah parti untuk semua rakyat Malaysia iaitu social liberalisme yang banyak berkisar pada idealogi Anwarisme.


Demi kestabilan,kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian,kemajuan dan keadilan

BN adalah parti yang sentiasa rapat dan prihatin terhadap denyut nadi rakyat. Kita tidak boleh nafikan apa yang telah di laksanakan oleh kerajaan BN kepada Malaysia dan rakyat keseluruhannya. Apakah sumbangan Dogtrin Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM mahupun PAS kepada Malaysia dan rakyat keseluruhanya?????

Kita lihat sendiri PKR di Selangor, Dogtrin Dapigs di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. Apa yang boleh di banggakan melainkan apa yang telah di bina oleh kerajaan sebelum iaitu sebelum di ambilalih pada tahun 2008. Selama 10 tahun apa yang di laungkan ialah agenda politik "Selangor dan Pulau Pinang dapat pujian Auditor General kerana mempunyai kewangan yang mantop". Cuba tanya mereka kenapa????? Cuba bayangkan kalau kerajaan Putrajaya tak belanja duitnya terhadap pembangunan dan infra, berapa banyak duit ada dalam tabung QARUN kerajaan Putrajaya?????

Insya Allah tsunami Melayu itu tidak akan berlaku tetapi tsunami penolakan terhadap Pakatan Harapan pasti akan berlaku di kebanyakkan kerusi di Malaysia oleh rakyat kerana selama ini Pakatan Harapan hanya cyberkan "hasutan dan tanamkan sifat benci dalam pemikiran rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN serta cyberkan fitnah dan pembohongan" kononnya Tok Jib mencuri dan merompak duit rakyat melalui 1MDB tetapi bila penerangan di laksanakan oleh Arul Kanda CEO 1MDB di merata tempat di Malaysia tiada pula pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan menyerbu sessi penerangan tersebut. Bila di Tanya mana buktinya tiada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang dapat memberikan melainkan mempunyai andaian dan spekulasi semata-mata. Ini di buktikan dalam 3 saman mengenai 1MDB yang telah di tolak oleh Mahkamah kerana tiada bukti yang boleh menyabitkan salah laku dan pecah amanah yang telah di lakukan oleh Tok Jib melainkan "speculation by the instigator of the oppositions". Kenapa agaknya????? Kita tidak boleh mendengar guruh yang di jangkakan akan hujan kemudian curahkan air dalam tempayam tetapi hujan yang di jangkakan tidak juga turun tetapi air dalam tempayam telah di curahkan, akhirnya siapa yang rugi kita juga kerana terpengaruh dengan "kata-kata fitnah dan pembohongan" Pakatan Harapan kita buang benda yang baik dan yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia semata-mata berdasarkan andaian kononnya Pakatan Harapan boleh melakukan yang lebih baik daripada UMNO/BN.

Ada pula andaian rakyat yang kononnya Tok Jib yang menjadi punya kepada permasalahan negara dan rakyat. Apa permasalahan Negara GST, duit ringgit merosot, ekonomi teruk dan Malaysia nak bankrupt????? Rakyat terpaksa sengsara kerana GST harga naik mendadak dan gaji tak naik????? Sekarang duit ringgit mengukuh terhadap dolar USD, ekonomi Malaysia manpan walaupun ekonomi dunia mengalami tekanan yang "melantun-lantun", Malaysia nak bankrupt adalah andaian dan spekulasi jahat untuk memburukkan kerajaan UMNO/BN, GST (45 billion 2017) pula telah banyak membantu kerajaan dalam mengatasi sumber kewangan yang dikutip di jika bandingkan dengan sistem SST dulu.

Kerajaan sekarang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat untuk mengatasi tekanan kenaikkan harga barangan harian. BRIM. SLIM. bantuan sekolah, baucer pelajar dan lain-lain. Kalau nak baca lagi gi tengok e-rakyat, banyak infor pasal kebajikan kerajaan UMNO/BN.

  

Demi kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, keharmonian, kemajuan dan keadilan. Fikirkan masa depan kita sekiranya kita menaruhkan pemerintahan negara di tangan Pakatan Harapan. 











Saturday, April 7, 2018

Matifesto Pakatan Harapan v Manifesto Barisan Nasional...pilih racun atau madu...?????

Parti Barisan Nasional telah membentangkan manifestonya kepada rakyat Malaysia untuk jangkamasa lima (5) tahun akan datang. Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sentiasa konsisten dalam melaksanakan janji-janji manifestonya. Sebaliknya Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat melepaskan batuk di tangga di mana Pakatan Harapan yang di dominasikan oleh Dogtrin Dapigs terpaksa membuat pusingan U dalam polisi yang kononnya mahu di lakukan untuk menyelamatkan negara.


Selamatkan Negara dengan Pakatan Harapan?


Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs tidak akan mampu mencapai kejayaan merealisasikan matifesto seperti kerajaan BN kereka mereka tidak mempunyai pendirian yang jelas untuk pembangunan rakyat dan negara. Pakatan Harapan cuba untuk mencuri tumpuan rakyat dengan tawaran matifesto yang bersifat populis dan sukar untuk dilaksanakan. Apa yang diutamakan mereka adalah politik dendam dan kebencian yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN. Matifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan tawaran baru kepada peminjam PTPTN adalah helah untuk memanipulasikan emosi rakyat terutamanya golongan muda.

Matifesto Pakatan Harapan adalah ibarat tin kosong berbunyi bingit namun tiada erti malahan Tun Mahathir mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan janji yang diucapkan kononnya tidak cukup dana seperti katanya "Kita tidak akan membuat kenyataan yang kita tahu tak boleh tunaikan melihat kepada kedudukan ekonomi semasa negara". Apabila Tun Mahathir di temubual oleh Singapore Sunday Times telah menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan semua janjinya. "Kadangkala saya rasa bahawa kita mungkin tidak mampu menunaikan kesemua janji-janji. Parti kami, rakan-rakan gabungan kami, anda tahu mereka sangat sosialis. Mereka suka memberi kepada orang ramai. Saya beritahu mereka ianya tidak boleh ditunaikan. Anda mahu mansuhkan semua tol lebuhraya? Saya kata lihat kita perlu menyelenggara jalan raya. Anda perlu membina lebih banyak jalan. Dari mana anda mahu mendapatkan wang jika anda mahu menyelenggara semua lebuhraya sendiri? Tetapi mereka mahukan populariti jadi mereka lebih gemar memberikan janji".

Dalam satu wawancara lain pula "kita akan menghapuskan tol secara berperingkat-peringkat pula" dipetik Malay Mail. Pakatan Harapan di lihat begitu yakin dengan matifesto tidak akan menjejaskan negara, pakar ekonomi dari Bank Dunia pula menyatakan sebaliknya. Pakar Ekonomi Bank Dunia itu bimbang kerana negara sudah mengutip RM44 billion (2017) menerusi GST apabila di hapuskan, maka Pakatan Harapan terpaksa meningkatkan cukai-cukai lain dan ini akan mengurangkan perbelanjaan atau membuat perbelanjaan defisit. Tindakan ini di sifatkan tindakan kebelakang ekoran SST merupakan sistem lama yang sudahpun ditolak 160 negara lain di dunia dan Malaysia di bawah pimpinan Tun Mahathir sekiranya Pakatan Harapan menang akan menjadi negara pertama membuat pusingan U ini.

Matifesto populis Pakatan Harapan:-

1. Hapus GST
2. PTPTN tangguh sehingga peminjam dapat gaji 4,000-00.
3. Tiada pendidikan percuma.
4. Tol hapus berperingkat-peringkat.
5. BRIM akan di kekalkan.

Pelancaran matifesto Pakatan Harapan di Johor pun tidak dapat menyakinkan rakyat Johor kerana sebahagian daripada Matifesto Pakatan Harapan untuk Johor telah di laksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. Manakah inisiatif ataupun kegelojohan Pakatan Harapan nak selamatkan Johor khasnya dan Malaysia amnya?????




Manakala manifesto Barisan Nasional menjanjikan program-program menghebatkan Malaysia untuk masa depan yang lebih cerah dengan mendahulukan rakyat serta pembangunan lebih adil dan menyeluruh dari Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak. Manifesto bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku" menyusun pembangunan yang menyeluruh terutama di kawasan yang dianggap terabai selama berdekad sebelum ini. Terasnya undi BN kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan.




Penghapusan GST bermakna kerajaan kehilangan RM20-25 billion. Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan nak hapuskan tol tetapi Tun Mahathir sudah terbiasa dengan tol. Sekiranya tol di hapuskan berperingkat-peringkat, kita tidak nampak bagaimana Pakatan Harapan nak meningkat kewangan untuk meneruskan BRIM melainkan menaikkan cukai pendapatan dan cukai perniagaan dan cukai korporat. Ini sudah tentu akan mengecilkan perbelanjaan individu dan syarikat. Bila pusingan perbelanjaan kecil tapi harga barangan tidak turun walaupun GST tiada, apa akan jadi kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebaliknya manifesto BN, duit GST akan di salurkan dalam bentuk BRIM kepada rakyat. BRIM tambahan untuk kategori berpendapatan RM3,000-00 ke bawah bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada RM800 sebelum ini terima RM1,200 setahun jadi RM2,000-00 setahun. Bagi isi rumah berpendapatan RM3000-00 sehingga RM4,000-00 bayaran BRIM Jun-Ogos ditingkatkan kepada 600 sebelum ini terima RM900-00 setahun jadi RM1,500-00 setahun. Kategori baru baharu isi rumah berpendapatan antara RM4,000-00 hingga RM5,000-00 sebulan akan terima bayaran RM700-00 yang dibayar pada Jun dan Ogos ini. Ada pula tambahannya bayaran one-ff sebanyak RM1,500-00 kepada anak-anak penerima BRIM yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi. Ini semua boleh dilaksanakan kerana kerajaan mempunyai lebihan dalam kantung QARUN. Macam juga sektor swasta bila syarikat untung, pekerja akan dapat bonus. Ini rakyat Malaysia anggap sebagai bonus 2018 sebab yang dapat pun bukan penyokong-penyokong UMNO/BN sahaja tetapi keseluruhan rakyat Malaysia yang layak.

Cuba bayangkan sekiranya GST di hapuskan, di manakah kerajaan nak korek duit untuk memberikan ganjaran seperti di atas. Jawapannya ialah naikkan cukai-cukai yang ada akhirnya rakyat akan merana sebab duit tak cukup harga barangan tak turun dan pembangunan terpaksa di tangguhkan. 




Kerajaan pula terpaksa korek duit dalam rizab, GLC dan mana-mana yang ada dan kemungkinan "projek penswastaan" akan di hidupkan kembali. Rakyat kena game lagi dengan Tun Mahathir. Lu mahu gua jadi saviour maka lu kena ikut cara gua. Sekiranya kita lihat pada perbandingan antara Tok Jib dengan Tun Mahathir nampak perbedaannya di mana Tok Jib lebih tenang tak cepat melatah jika di bandingkan dengan Tun Mahathir. Stail pentadbirannya pun berbeda dan fokusnya juga berbeda serta penglibatan rakyat dalam pembangunan Malaysia juga berbeda.





Kedua pihak telah membentangkan manifesto dan matifestonya, sekarang terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang mana seperti kata Tok Jib "This election cannot be described as a personal choice. This election is not about Najib versus the Opposition leader. This election is not about BN versus the Opposition. The main thing is which side can provide a better life for you, your family, your children and your grand children as well as their future".