Monday, October 25, 2010

Sekarang Bulan Penuh melalui Mr. Betuluddin baru hendak menunjukkan ciri-ciri menegakkan Islam di Parlimen. Ini sudah baik kerana kita boleh berbeda pendapat dan idealogi tetapi kalau berkerabit dengan agama Islam kita mesti bersatu untuk menegakkannya. Nanti org Kafirun nampak kita sama kita berlaga dan berlainan pendapat di sebabkan fatwa dan dalil yang mengelirukan. Jangan di sebabkan kuasa dan Putrajaya kita menyimpang drp landasan Islam itu yang telah di terjemahkan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi.

  
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan khas yang berfungsi untuk menyelaraskan segala bentuk penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul berkaitan agama Islam.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, terdapat banyak isu kontroversi yang memerlukan satu bentuk penyelarasan dan tindakan-tindakan yang proaktif oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terutamanya dari segi pengurusan dan pengundangan syariah.

"Adakah pihak kementerian telah mewujudkan satu badan penyelaras di antara peguam-peguam muslim dan juga peguam sivil berkaitan isu-isu seperti hak sepencarian pasangan-pasangan yang bercerai yang asalnya dulu Islam dan mereka kembali kepada agama asal.

Begitu juga dengan isu penggunaan kalimah Allah baru-baru ini yang menimbulkan satu perdebatan yang agak serius," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, belum ada badan di bawah Jakim atau Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mempunyai autoriti untuk menyelaras isu-isu sedemikian.

"Adakah pada masa akan datang Yang Berhormat sendiri merasakan perlu untuk kita menyelesaikan isu-isu yang serius dan memerlukan tanggungjawab lebih besar daripada pihak Jakim?" soalnya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri meminta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan bagi meningkatkan agensi agama Islam negara ini bagi menghasilkan lebih banyak produk halal inovatif, pengurusan syariah, perundangan dan perbankan Islam yang mampu memberi impak positif kepada rakyat dan syiar Islam.

Menteri JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam jawapannya memberitahu, bagi keperluan industri halal, beberapa standard halal sedang dibangunkan, misalnya standard tulang, kuku dan bulu serta standard farmeseutikal sedang di peringkat akhir.

Selain Jakim dan dan agensi-agensi yang terlibat sedang menuju ke arah mewujudkan Standard vaksin.
Dari aspek perundangan Islam pula, kerajaan sentiasa menjalankan kajian dari semasa ke semasa terhadap undang-undang yang sedia ada bagi tujuan penambahbaikan atau mewujudkan undang-undang baru yang selaras dengan kehendak semasa.

We rakyat are real suckers: Kita baca nukilan blogger Salt, Pepper and a little Kicap. Kita boleh gambarkan betapa tamak dan rakusnya Pakatan Rompah untuk berkuasa dan merampas Putrajaya drp Dacing. Semua tertumpu kepada PRU 13. Sungguhpun PRU 13 itu masih lagi jauh tetapi Pakatan Rompah membuatnya seolah-olah PRU 13 akan di adakan esok. Kejadian di Batu Sapi ini akan mencerminkan kerakusan dan ketamakkan kuasa Pakatan Rompah. Mata Sepet cuba memujuk SAPP supaya tidak bertanding menentang Dacing tetapi gagal mungkin Mr. Yong rasa ini Negeri di Bawah Bayu mengapa Pakatan Rompah nak bertanding di Sabah, sedangkan Sabah mesti untuk org Sabah. Lagipun SAPP bukan di dalam Pakatan Rompahpun. Penulis juga telah memberi kepada kita bahawa gambaran musuh yang hendak di tentang ialah Dacing bukan SAPP. Buat apa Mata Sepet sibuk nak bertanding nampak sangatlah ketamakkan dan kerakusan Mata Sepet spt yang telah di gambarkan di dalam pemilihan Cabang-cabangnya serta pemilihan pucuk kepimpinan parti Mata Sepet. People like Azmin Ali can never shed their UMNO mentality. PKR is just another UMNO. Ok, a powerless version of UMNO. Everything else is the same. Their leaders have been hungry and poor for a long time waiting for Anwar to propel to the top. Everyone wants to get paid. Money, money, money. That's what PKR is all about. Justice? We should really stop bluffing ourselves. And it is PKR leaders' lust for money and power that will cause us rakyat never to be able to kick BN out of office. I am not giving up yet on us winning the next GE. But UMNO must be sensing that the timing is now good. PKR of today is not capable of mounting the killer blow. Not with the rakyat doubting PKR. Not with the rakyat shaking their heads looking at PKR's production of Scenario The Movie Part 5 with Azmin Ali taking over from Saiful Apek.

Anwar, Pack Up And Leave Batu Sapi

Posted by Simon Templar On Monday, October 25, 2010

We rakyat are real suckers.

At least that's what most of our Malaysian politicians seem to think.

The entire Barisan Nasional politicians think that we are idiots who cannot think. (Ok... Truth is I actually know quite a few people out there who can't think. But... Some other time...)

Then we have our not-so-beloved-anymore PKR who thinks that we enjoy watching their year-round circus acts. Yup, definitely not so loved anymore. And I don't think I am an isolated case. We shall leave DAP and PAS out for now as they are not the subject of discussion here. But mind you, they have their own shit-load pile of dung too.

Now what's with the Batu Sapi fight? Isn't PKR the one who first brought DAP and PAS to the table to discuss how to prevent a 3-corner (or more) fight. Isn't the objective of the entire 'opposition' coalition that to fight the single common enemy i.e. BN? So what is PKR now blardie doing in the Batu Sapi fight?

Some of you may say that why can't SAPP not fight and let PKR field their candidate?

Or some of you may say that well SAPP is not part of the coalition, so why should PR even need to talk to them in the first place.

That will be to miss the whole point of the rakyat's fight. The rakyat is not fighting for Anwar (please imprint this in your mind, Anwar). The rakyat is not fighting for PKR or DAP or PAS. You will be dammed if you think that we really love you. What we want is CHANGE. And you political parties are nothing but our tool to get BN out of power. Well that's how things are. You guys are using us to get to power. So don't complain or call us ungrateful.

It doesn't matter to us if SAPP is fighting BN or PKR is fighting BN. As long as someone is there to fight BN, then we'll be on your side. But if you have PKR, SAPP and BN in the fight, what do you want us to do? To choose who we love more between SAPP and PKR? What are you guys trying to do? Eh wankers... The common enemy is BN. Let's keep it that simple.

Now that we have establish that line of thought, PKR or SAPP for Batu Sapi? SAPP la. Look at the name - Sabah Progressive Party. Sabah dei, Sabah... Let the Sabahans fight their fight. This is why East Malaysians do not like West Malaysians. The West Malaysians are always thinking that they are better and more superior than the East Malaysians. What on earth is PKR trying to do fighting the Sabahan fight? You don't see UMNO (Penang based) Gerakan fielding their candidate in Sabah or Sarawak do you?

Seriously, I cannot understand PKR's objective in the Sabah fight. Do you see Ford aggressively selling cars in Japan? No, they do not. They acquire Mazda and let Mazda do the fighting. The profits still ultimately land on their laps.

Anwar, similarly, you do not need to penetrate Sabah via PKR. Neither will the Sabahans accept that. Don't you get it? The East Malaysians do not trust us West Malaysians (seriously, can anyone blame them when we have been ripping them off since 1963?) Let the Sabahans fight their own battle. Let them keep their own state. But while at that, get them to work together with us to form the ultimate central government. I mean, can you imagine PBS recruiting a Wan Kelantan and field him as a candidate in Galas? Ridiculous isn't it. That's exactly what PKR is doing right now at Batu Sapi.

But Yong Teck Lee is not exactly the best of character, shouts PKR. Like any of you politicians are. Who among you has no garbage up your arse? Who among you is as clean as the Pope? Ummm... is the Pope clean? What about the Dalai Lama? Snap, snap... focus.

So, how will letting SAPP run the show benefit PKR? No it does not. Why should PKR be benefiting in any way at all. As long as the rakyat benefits, that is good enough. SAPP may not be a coalition partner. But they are no longer in BN. Anyone who is against BN is on our side. Keep them as an ally. To form the next federal government, we know we are short. SAPP has their advantages in Sabah. The time will come when PR and SAPP can sit down to talk (again) about a larger coalition.

Of course that will be another problem because PKR has their own Sabah leaders who want this and that while SAPP will want to be the Sabah Chief and so on and so forth. At the end of the day, it is about who gets the power and who benefits more. Dear fellow rakyats, no one really cares about us la. If Pakatan really does care they will be giving SAPP the mandate to represent PR in Sabah. Pull PKR and DAP out of Sabah. Let the support for anti-BN be concentrated. Don't split votes. It is hard enough to defeat BN/UMNO with their might and money.

If the 3-corner fight remains, no need to waste time and money campaigning la. 60% bumi votes; say BN takes 30%, PKR (sapu all opposition votes) takes 30% and SAPP none. 38% Chinese votes; say BN takes 19%, SAPP (sapu all opposition votes) takes 19% and PKR none. Final tally: BN 49%, PKR 30% and SAPP 19%. Anwar and Azmin can then go for their celebratory party at Hyatt KK's Shenanigan's for achieving whatever their objective in Batu Sapi is.

That's PKR folks. People like Azmin Ali can never shed their UMNO mentality. PKR is just another UMNO. Ok, a powerless version of UMNO. Everything else is the same. Their leaders have been hungry and poor for a long time waiting for Anwar to propel to the top. Everyone wants to get paid. Money, money, money. That's what PKR is all about. Justice? We should really stop bluffing ourselves.

And it is PKR leaders' lust for money and power that will cause us rakyat never to be able to kick BN out of office. I am not giving up yet on us winning the next GE. But UMNO must be sensing that the timing is now good. PKR of today is not capable of mounting the killer blow. Not with the rakyat doubting PKR. Not with the rakyat shaking their heads looking at PKR's production of Scenario The Movie Part 5 with Azmin Ali taking over from Saiful Apek.

Saturday, October 23, 2010

Bangkit pertahankan Putrajaya: Ini adalah tangungjawab kita untuk mempertahankan sesuatu yang menjadi hak org Melayu untuk di pertahankan drp di rampas oleh petualang-petualang yang berpuaka yang hendak menggunakan Putrajaya untuk agenda dan kepentingan politik mereka. Pakatan Rompah hendakkan Putrajaya kerana tuduhan liwat dan boleh kaut hasil bumi Malaysia serta serahkan projek-projek kepada kroni-kroninya. Contoh-contoh pentadbiran Pakatan Rompah boleh di lihat drp Kota Darul Ehsan, Kota Darul Aman, Pulau Mutiara dan Kota Darul Naim. Tiada perubahan yang mampu di lakukan hanya projek sinambungan Dacing yang masih belum terlaksana. Politik retorik lain dengan politik pembangunan dan politik ekonomi. Politik retorik ialah janji-janji macam Mat Jenin tetapi apabila dpt tak tahu kat mana nak mula sebab cakap sahaja pandai kerja kurang. Politik pembangunan ialah memberikan insfrastruktur dan kemudahan-kemudahan lain bagi keselesaan rakyat. Begitu juga politik ekonomi yang mana rakyat di dahulukan dengan menwujudkan jaringan ekonomi yang dpt meninggikan taraf kehidupan dan pendapatan rakyat. Kita kena fikir nak politik retorik atau politik pembangunan dan ekonomi. Jangan emosi dan mempunyai perasaan dendam dan hasad dengki. Kita mesti mempunyai pemikiran dan hati yg bersih untuk membuat penilaian baru boleh membuat keputusan yang terbaik.

DALAM ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO ke-61 pada Khamis lalu, satu bahagian kecil ucapannya mengupas mengenai tiga fasa pemulihan dalam UMNO.

Pertama dan terpenting, kata beliau, adalah memperakui kelemahan dan masalah yang dihadapi. Fasa kedua, adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja.

Najib tidak menjelaskan secara terperinci maksud beliau mengenai gerak kerja yang harus diambil oleh ahli-ahli dan para pemimpin UMNO. Bagaimanapun, berdasarkan mesej beliau dalam ucapan itu, Najib menuntut segenap peringkat dalam UMNO bekerja keras untuk mempertahankan Putrajaya daripada dirampas oleh kumpulan parti lawan yang beliau sifatkan sebagai Saudagar Mimpi.

Beliau tidak menamakan ahli-ahli politik Saudagar Mimpi itu dalam ucapannya, tetapi semua ahli UMNO memahami identiti mereka. "Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada pengkhianat bangsa dan tanah air?" tanya beliau.

Najib kemudian menambah: "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

Mesej terpenting Presiden UMNO itu pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 ialah beliau mahu ahli-ahli UMNO dan orang Melayu memahami risiko yang sedang dihadapi: Mereka berhadapan dengan kemungkinan kehilangan kuasa jika kelemahan tidak diakui, penawar politik tidak dicari dan usaha ke arah mempertahankan kuasa -- yang Putrajaya menjadi simbolnya -- tidak dipastikan kejayaannya.

Dalam perhimpunan agung yang menggenggam erat agenda Melayu dan ditunjangi jaminan Najib bahawa hak-hak orang Melayu dan bukan Melayu terpateri kemas dalam Perlembagaan serta tidak mungkin dapat diubah kerana telah tersimpul mati, mesej politik beliau itu perlahan- lahan meresap ke akar umbi sungguhpun masih belum dirasai sepenuhnya.

Perbahasan, komen dan cadangan para perwakilan pada perhimpunan itu memperlihatkan Najib mendapat sokongan sepenuh hati daripada akar umbi UMNO.

Ucapan penggulungan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada hari terakhir perhimpunan tahunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang semalam pula menggambarkan anggota-anggota sayap UMNO itu memahami isyarat Najib.

Masing-masing membentangkan program-program yang telah dilaksanakan serta harapan tinggi supaya seruan pucuk pimpinan UMNO disambut dengan semangat oleh ahli-ahli parti.

Mereka menghuraikan tentang masalah persepsi,langkah-langkah mendekati orang muda dan wanita, pelan tindakan pilihan raya umum, isu dividen politik dan sokongan, titik sentuh dan betapa pentingnya strategi komunikasi bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.

Berbunga

Namun, belum pun sempat program dan harapan itu berbunga dengan puji-pujian, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendedahkan dalam ucapan penggulungannya tentang realiti politik yang dihadapi oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, dari Johor hingga ke Pulau Pinang dan Kedah, program pendaftaran pengundi melalui jentera UMNO dan BN masih jauh daripada memuaskan, yang mencerminkan kelemahan tertentu.

Jumlah pengundi yang berjaya didaftarkan melalui jentera UMNO di Johor, misalnya, hanya 13,125 orang. 

Dicampur jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti komponen BN lain, bilangan pengundi baru yang didaftarkan oleh UMNO dan BN di Johor hanya sebanyak 14,768 orang.

DAP pula mendaftarkan 10,693 orang pengundi baru di Johor. Bersama dengan parti-parti pembangkang lain, termasuk Pas dan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan parti-parti pembangkang telah berjaya menarik 18,129 orang penyokong mereka menjadi pengundi baru.

Dalam kes pendaftaran pengundi baru, prestasi UMNO dan BN tidak dapat menandingi apa yang dicapai oleh parti-parti pembangkang setakat ini.

Jumlah pengundi di Malaysia pada 2010 berjumlah 11.4 juta orang dengan bilangan pengundi baru yang mendaftar selepas 2008 dianggarkan sebanyak 569,137 orang. Memenangi minda dan hati mereka merupakan satu cabaran besar.

Fakta yang didedahkan oleh Mohd. Shafie itu adalah sesuatu yang memukul minda dan seharusnya menakutkan sayap-sayap UMNO. Sesiapa sahaja yang sayangkan UMNO harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini belum cukup bagus; kerja keras mereka pula masih belum membuahkan hasil.

Realitinya ialah di sebalik retorik ucapan-ucapan politik semasa perhimpunan dan di luar perhimpunan, UMNO dan BN sebenarnya berhadapan dengan situasi gerak kerja politik yang belum benar-benar efektif.

Najib mewarisi UMNO dan BN daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin UMNO dan BN dalam pilihan raya umum Mac 2008. Pilihan raya itu menyaksikan prestasi paling buruk BN dalam sejarah. Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada bulan April 2009 selepas BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan BN turut tersungkur di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak.

Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO, Najib menceritakan bagaimana dunia sudah seperti mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO dalam pergolakan tahun 1969, 1987, 1999 dan 2008, tetapi dalam setiap krisis, "UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita."

Najib percaya UMNO diselamatkan kerana jasa parti itu yang amat besar kepada orang Melayu dan rakyat pelbagai kaum. Sumbangan UMNO kepada kemakmuran negara ini dalam sejarah kekuasaannya yang panjang bersama parti-parti komponen BN dibalas dengan kepercayaan rakyat pada setiap pilihan raya umum.

Bagaimanapun, ekoran prestasi buruk BN pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 dan politik yang bergelora, beliau berpesan supaya semua orang Melayu berpasak kepada UMNO dan bertetap kepada panji-panji BN. Putrajaya, iaitu kota pentadbiran yang menjadi simbol kuasa, kata Najib, mesti dipertahankan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 perlu diadakan dalam tempoh 30 bulan lagi, mesej Najib itu amat penting diinsafi oleh ahli-ahli UMNO dan para penyokong BN. Tempoh 30 bulan tidak lama memandangkan Malaysia kini telah melepasi separuh usia Parlimen selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Saat-saat penentuan politik kian hampir, masa yang tinggal pula makin suntuk. Atas kesedaran itulah, dalam ucapan penggulungannya Najib bingkas menggariskan empat tonggak untuk menjamin kemenangan UMNO dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Empat tonggak kemenangan itu ialah: Pertama, kepimpinan nasional mesti diperkukuhkan; kedua, kepimpinan peringkat negeri mesti disenangi; ketiga, parti UMNO mesti diterima rakyat; dan keempat, UMNO menampilkan calon-calon yang boleh memenangi pilihan raya.

Transformasi

Model transformasi UMNO juga penting dalam perjuangan mempertahankan Putrajaya. Tema 'UMNO Dahulukan Rakyat', kata Najib dalam ucapannya, perlu menjadi pencorak kepada gerak kerja UMNO dalam bulan-bulan yang mendatang.

Anak Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu -- yang menegaskan beliau akan meneruskan semangat ayahandanya yang memperjuangkan keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru -- yakin transformasi UMNO itu, jika ia menjadi pegangan semua pihak, akan membawa perubahan besar kepada politik Malaysia.

Beliau memberikan analogi fenomena air bah besar di Pekan, Pahang iaitu kawasan Parlimen yang diwakilinya.

"Apabila air dari hulu mengalir (ke Pekan) bertemu dengan air laut pasang, ia akan menyebabkan berlaku limpahan bah besar di Pekan," katanya.

Adakah akan berlaku bah besar dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal menyaksikan UMNO dan BN kembali sebagai sebuah kuasa politik yang tiada tandingan? Adakah Putrajaya akan kekal selamat di pangkuan UMNO dan BN dalam tempoh 30 bulan lagi?

Misi dan visi politik itu jelas bermain-main dalam minda Najib.

Najib secara terbuka berkata, strategi untuk memastikan wujud bah besar yang berpihak kepada UMNO bukan sesuatu yang merupakan idea beliau. Elemen-elemen dalam strategi tersebut beliau cantumkan dengan idea-idea pemimpin akar umbi khususnya saranan-saranan yang dikemukakan oleh para perwakilan yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO.

Di atas kertas, elemen-elemen itu amat simplistik, efektif dan bukan sesuatu yang tidak berupaya untuk dicapai.

Pada acara penutup Perhimpunan Agung UMNO ke-61 semalam, Najib dalam diam-diam juga sudah memalu gendang perang.

Beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun melawat negeri-negeri untuk berjumpa dengan ahli-ahli UMNO dan rakyat. Jentera UMNO diarahkan untuk memastikan kejayaan program lawatan itu.

Dalam masa terdekat, rakyat akan melihat ahli-ahli UMNO merapatkan saf dan wajah barisan kepimpinan UMNO di peringkat tertentu disegarkan menjelang pilihan raya. Ia mengingatkan kita kepada program bertemu rakyat secara besar-besaran yang telah menukar mood politik negara pada zaman gelora tahun 1980-an dan 1990-an.

UMNO mempunyai sejarah yang hebat dalam program-program massa seumpama itu sejak zaman menentang Malayan Union pada tahun 1946 lagi.

Gerak politik yang bakal dilakukan oleh Najib itu pasti melengkapkan percaturan siasah dan gaya politik baru yang dimulakan sejak hari pertama beliau memimpin UMNO dan menerajui kerajaan pada April 2009 -- hari ketika beliau dipertanggungjawabkan dengan beban amat berat dalam persekitaran yang sungguh menekan.

Bahtera UMNO yang bergoncang kerana gelora politik dan asakan pembangkang tidak akan berhenti, itulah janji Perdana Menteri yang berusia 57 tahun itu. "Orang Melayu dan negara tidak boleh berharap kepada orang lain melainkan UMNO sahaja," tegasnya.

Pada mata Najib, hanya UMNO dapat menjamin masa depan orang Melayu dan negara. Maknanya, kukuh UMNO selamatlah Melayu; tegap UMNO, sejahteralah Malaysia.

Dan beliau mengajak lebih 3.5 juta ahli UMNO dan berjuta-juta rakyat Melayu dan bukan Melayu lain berkongsi salah satu matlamat perjuangan tersebut: Pertahankan Putrajaya - demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia.

Najib, tanpa diragui lagi, ingin mengukir masa depan politik dengan semangat itu.

Bulan Penuh teguh hadapi Keris/Dacing: Kata-kata azimatnya ialah perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat "membujur lalu, melintang patah" sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan. pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat. “Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT. “Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah. Inikah contoh-contoh pemimpin Islam yang kita hendak letakkan di Putrajaya. Inilah contoh-contoh pemimpin-pemimpin agama menggunakan agama untuk mengaut sebanyak mana laba bagi memancing sokongan rakyat yang taksub dengan perjuangan politik agama Bulan Penuh "Pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah (SWT) samada di dunia atau akhirat. Inilah yang paling kita takuti kerana rakyat tidak mengetahui akan main-main politik pemimpin-pemimpin Bulan Penuh ini. Sekiranya seseorg itu taksub dengan perjuangan Islam Bulan Penuh maka baring di atas jalanraya untuk menghalang lalulintas pun mereka sanggup kalau di suruh oleh pemimpin-pemimpin yang meniupkan "semangat perjuang Islam songsang kpd ahli-ahlinya". Kita sentiasa berdoa kpd Allah (SWT) supaya pemimpin-pemimpin Bulan Penuh ini kembali kepada landasan Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi. Jangan seksa rakyat begitu teruk nanti kita akan terima akibatnya di atas kerakusan dan ketamakkan kita untuk berkuasa.

   
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib meminta ahli dan penyokong parti agar tetap teguh serta tidak goyah dalam memperjuangkan Islam berhadapan dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Umno BN akan menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji serta habuan yang sementara.

“Bila kita berjumpa dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), kita kena teguh dengan Islam dan tidak terpengaruh dengan ‘gula-gula’ yang dijanjikan oleh mereka kerana berbentuk sementara sahaja,” tegasnya ketika berucap pada majlis perasmian Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu ke-14 di perkarangan Surau Tanjung, Batu Rakit, hari ini.

Katanya, perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS perlu diteruskan meski pun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan.

Menurutnya, perjuangan PAS bagi menegakkan Islam bersifat ‘membujur lalu, melintang patah’ sama ada gugur syahid atau mencapai kemenangan.

Justeru itu, katanya pejuang Islam tidak perlu bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat.

“Kita berjuang Islam jangan bimbang dengan kemenangan kerana telah dijanjikan oleh Allah SWT.

“Jika kita tidak menang di dunia tetapi tetap akan diberi kemenangan oleh Allah Taala di akhirat kelak, insya Allah,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu di hadapan 8,000 para hadirin.

Beliau juga mahu setiap ahli parti bekerja dengan cemerlang serta bersatu padu bagi mencapai kemenangan Islam.

Katanya, soal bila tarikh pilihan raya akan diadakan tidak penting sama ada dekat atau jauh kerana usaha bagi mencapai kemenangan mesti diteruskan.

Menurutnya, hanya dengan kemenangan Islam, rakyat akan mendapat kebaikan serta rahmat daripada Allah.
    

Meriam Buluh Bulan Penuh....

Najib akui tuduhan terhadap PR karut
     
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
 

Only UMNO can protect Malay rights - Najib: Kita dengar ucapan azimat di pembukaan PAU 2010 pada 21/10/2010 dan pada 23/10/2010 YAB PM telah memberikan kita satu lagi kata-kata keramat yang harus kita pakai untuk mentransformasikan agenda politik Keris di peringkat kepimpinan nasional, negeri, bahagian dan cawangan dengan berpaksikan 7 kriteria yang harus di perhalusi dan di praktikkan apabila kembali ke kawasan-kawasan masing demi agama, bangsa dan negara. Kita kena ingat bahawa segala yang kita dapati dan rezeki yang limpah ruah ini adalah hasil dan perjuangan Keris yang membolehkan kita merasai kenikmatan dan kekayaan tersebut. Ini bukan bermakna kita harus menyokong Keris tetapi setidak-tidak melihat bahawa Keris telah dan memang layak di panggil pencetus transformasi rakyat Melayu dan bumiputra di Malaysia. Kemudiannya ianya harus di cerminkan dengan penilaian dan pemikiran kita yang kreatif untuk menterjemahkannya di dalam bentuk satu rakyat satu undi kepada parti-parti yang rakyat rasa berhak untuk mendapat undi mereka. YAB PM dan TPM juga akan meninjau ke seluruh pelusuk tanahair itu melihat sendiri akan perkara-perkara yang telah di bincangkan dan di wacanakan semasa PAU 2010 bagi menjamin akar umbi Keris faham dan menjalankan gerak kerja bagi membolehkan YAB PM membubarkan Parlimen untuk PRU 13. Mari kita gembelengkan tenaga dan buah fikiran demi kelangsungan agama, bangsa dan negara Malaysia, Kita harus banyak gerakkan aktiviti yang berkaitan baik di Cawangan mahupun di Bahagian contohnya Temasya Sukan Juara Rakyat. Pertanding Memasak Juara Rakyat. Karnival Juara Rakyat . Pertandingan Memancing Juara Rakyat dan berbagai Sukan dan Riadah Juara Rakyat boleh di gerakkan. Jangan kita jadi seperti beruang apabila pergi PAU 2010 semangat berkobar-kobar kerana nak glamour kononnya kita kenal pemimpin itu dan ini tetapi apabila balik kita masuk dalam gua untuk bertapa biarkan cawangan dan bahagian tidak bergerak tetapi apabila kerajaan mengeluarkan tender dan projek hendak kaut semua kerana kita adalah pemimpin Keris. Adakah ini pemimpin yang diingni oleh pucuk kepimpinan Keris. Ubah diri musabah diri dan transformasikan diri baru kita boleh transformasikan ahli-ahli kita dan seterusnya rakyat. Ini kita tak nak ubah dan terus nak bergantungan dengan kuasa dan mengejar kekayaan macam mana ahli-ahli nak berubah sedangkan kepala tak berubah jangan harap badan dan ekor nak berubah. Inilah masalah yang sedang di hadapi oleh Keris. Kita harap pemimpin-pemimpin Keris kena jadi Transformers kalau tidak Decepticon akan ambil alih Putrajaya masa itu tiada agama, bangsa dan negara tetapi hanya ada Malaysia Malaysian sahaja.


KUALA LUMPUR, Oct 23 – Datuk Seri Najib Razak declared today that political power must remain in Umno’s hands to protect the special position of Malays.

He also promised his administration would not roll back affirmative action policies to protect Malay interests.

In winding up his party’s annual meeting, the Umno president (picture) attacked political rivals for twisting his words in arguing against his party’s relevance to protect constitutional provisions on Malay rights.

“The other side is very good at twisting my words. He said if the rights are guaranteed, then there is no need for Umno to remain in power,” said Najib in his winding up speech at the Umno assembly here.

“This is definitely not true, because political power must remain in Umno’s hands for us to translate the principles and the spirit of the constitutional position,” he told the 2,500 party delegates gathered here today.

Najib had said that the special position of the Malays was part of the social contract agreed before independence in exchange for citizenship for the non-Malays.

He had also pointed out that the position of Malays was enshrined in the Federal Constitution and could not be easily amended without the consent of the Conference of Rulers.

Today Najib also said that he has been consistent on the issue of special Malay position, adding that he had delivered the same message at the MCA assembly two weeks ago.

“During the MCA assembly, which I officiated, I was surrounded by MCA leaders but what did I say? I said in any country it would be unfair for the majority to have only a small control of the economy,” said Najib to loud cheers from the delegates.

He assured the party that he would not backtrack from the principles of the pro-Bumiputera New Economic Policy (NEP) introduced during the administration of his father Tun Razak Hussein, the second prime minister.

“Who started the NEP? As the son I will ensure the spirit and principle of the struggle continues,” said Najib.
The prime minister also revealed that the government has formed a supreme council committee on the Bumiputera agenda chaired by him to protect the interest of the community.

The formation of the committee was suggested by the party’s delegates when debating the motion on the economy.

“In fact the supreme council on Bumiputera agenda has been formed. The first meeting was held last month,” Najib told the assembly.

“I am the chairman with deputy prime minister as the deputy and selected ministers as members of the council,” he said adding that the three Umno vice-presidents Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Datuk Shafie Apdal are also members of the council.

Friday, October 22, 2010

Setiap orang perlu berpijak di bumi nyata kerana mereka yang menyokong pembangkang sudah tidak peduli soal agama, bangsa dan negara mereka, sebaliknya hanya mahu merampas tampuk kuasa dengan apa cara sekali pun, walaupun menanggung dosa. Sebelum 21 Oktober 2010, bukanlah rahsia bahawa ramai orang Melayu resah dengan sikap dan keputusan kerajaan yang sering dilihat mengambil jalan tengah dalam setiap keputusan dan tindakan politik dan bukan politik. Banyak keputusan yang diumumkan menimbulkan persoalan, menyebabkan orang Melayu menggeleng kepala, bukan kerana dengki, tetapi kerana mereka meraba-raba mencari alasan rasional tindakan seumpama itu diambil. Jika Bajet 2011 dirumus berasaskan kepada pandangan daripada rakyat seperti yang dijelaskan Najib sendiri sebelum ini, ucapan dasar perhimpunan agung juga dibuat selepas meneliti, memahami dan menyelami kehendak serta perasaan rakyat. Ia adalah ucapan yang terhasil daripada suara dan tuntutan orang Melayu. Bagi bukan Melayu, mereka tidak perlu gusar kerana kepentingan mereka juga tidak pernah diabaikan. Jika UMNO, sebuah parti terbesar orang Melayu menerima hakikat ini, tidak ada sebab kaum lain perlu takut dengan kepentingan masa depan kaum mereka. Apa yang sepatutnya ditakuti ialah apabila orang Melayu mempertikaikan secara terbuka tuntutan yang dianggap keterlaluan yang boleh menghakis hak dan keistimewaan orang Melayu. Dengan penjelasan Najib mengenai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain dari segi politik yang sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja Melayu, segala yang keruh menjadi jernih.

Suara orang Melayu 

Ucapan dasar Presiden UMNO padam ‘api sebelum marak’

MUSTAHIL dengan hanya mendengar satu ucapan Presiden UMNO, semua masalah selesai. Mengambil kira sistem politik demokrasi hari ini, keajaiban seperti ini tidak akan berlaku. Jika ada pihak yang mengatakan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 kelmarin boleh menyebabkan seluruh orang Melayu, termasuk daripada parti pembangkang terus menyokong dan menyertai UMNO, ia juga adalah sesuatu kenyataan yang keterlaluan.

Setiap orang perlu berpijak di bumi nyata kerana mereka yang menyokong pembangkang sudah tidak peduli soal agama, bangsa dan negara mereka, sebaliknya hanya mahu merampas tampuk kuasa dengan apa cara sekali pun, walaupun menanggung dosa.

Apa yang jelas, inti ucapan Najib memberi kelegaan kepada ramai pihak, khasnya orang Melayu berhubung pendekatan yang diambilnya sejak 18 bulan lalu mengurus negara dan membimbing rakyat bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.
 
Setidak-tidaknya, apa yang samar sebelum ini, sudah diterangkan, apa yang bengkok sudah pun diluruskan dan yang beku sudah dicairkan.

Sebelum 21 Oktober 2010, bukanlah rahsia bahawa ramai orang Melayu resah dengan sikap dan keputusan kerajaan yang sering dilihat mengambil jalan tengah dalam setiap keputusan dan tindakan politik dan bukan politik. Banyak keputusan yang diumumkan menimbulkan persoalan, menyebabkan orang Melayu menggeleng kepala, bukan kerana dengki, tetapi kerana mereka meraba-raba mencari alasan rasional tindakan seumpama itu diambil.

Mereka tidak mendapat penjelasan yang tepat mengenai kebijaksanaan suatu keputusan itu dilaksanakan. 

Kesannya, orang Melayu membuat andaian sendiri. Sebaik saja sesuatu keputusan dilihat memberi keistimewaan kepada kaum lain, orang Melayu bersungut, menyimpan dendam di jiwa dan bara menyemarak di hati.
 
Sehinggakan pada satu peringkat orang Melayu mula mengandaikan keutamaan bukan lagi diberikan kepada mereka tetapi kepada kaum lain.
 
Tanpa pemahaman yang jelas juga orang Melayu mempertikaikan gagasan 1Malaysia dengan kata-kata ia tidak menguntungkan mereka hinggakan ada yang menyatakan kegusaran dengan mengatakan ‘kerana takutkan undi kaum lain hilang, UMNO akhirnya akan kehilangan undi orang Melayu’.

Walaupun banyak lagi cerita dan rungutan, bagi orang Melayu, mereka tetap bersabar menunggu penjelasan. Mereka sememangnya menunggu perhimpunan agung kali ini untuk meluahkan rasa. Namun, dalam ucapan dasar Presiden semalam, Najib bercakap pada masa dan tempat yang betul. Beliau berjaya menjelaskan rasional tindakannya selama ini dengan kronologi dan analogi yang jelas, bermula dengan rentetan sejarah hasrat Presiden UMNO pertama, Datuk Onn Jaafar yang mahu membuka UMNO kepada bukan Melayu.

Jika Bajet 2011 dirumus berasaskan kepada pandangan daripada rakyat seperti yang dijelaskan Najib sendiri sebelum ini, ucapan dasar perhimpunan agung juga dibuat selepas meneliti, memahami dan menyelami kehendak serta perasaan rakyat. Ia adalah ucapan yang terhasil daripada suara dan tuntutan orang Melayu.

Bagi bukan Melayu, mereka tidak perlu gusar kerana kepentingan mereka juga tidak pernah diabaikan. Jika UMNO, sebuah parti terbesar orang Melayu menerima hakikat ini, tidak ada sebab kaum lain perlu takut dengan kepentingan masa depan kaum mereka. Apa yang sepatutnya ditakuti ialah apabila orang Melayu mempertikaikan secara terbuka tuntutan yang dianggap keterlaluan yang boleh menghakis hak dan keistimewaan orang Melayu.

Dengan penjelasan Najib mengenai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain dari segi politik yang sudah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja Melayu, segala yang keruh menjadi jernih.

Daripada inti ucapan Najib jelas menampakkan beliau sudah pun mendapat mesej daripada orang Melayu. Setiap mesej yang baik dan buruk, tersurat dan tersirat, sudah pun mendapat perhatian dan penilaian Presiden UMNO itu. Bolehlah disimpulkan Najib dapat menyelami hati nurani dan keresahan orang Melayu yang amat bimbangkan hak dan keistimewaan keturunan mereka kelak akan lupus di bumi Melayu ini.

Bagi orang Melayu, mereka cukup takut pendekatan sebelum ini yang memberi laluan dan membuka peluang seluas-luasnya kepada kaum lain hanya kerana andaian takut undi kaum bukan Melayu jatuh kepada parti pembangkang dalam pilihan raya nanti. Orang Melayu fobia jika mereka bukan saja kalah sorak, tapi kampung juga tergadai.

Mereka amat resah bila melihat UMNO tunduk dengan desakan pihak lain. Berita baik ialah jika sebelum hari Perhimpunan Agung UMNO ada ura-ura mengatakan bahawa perbahasan usul akan berbahang, ia tidaklah sepanas yang diramalkan.
 
Panas tetap panas kerana ia adalah forum orang Melayu untuk menuntut hak mereka. Namun, api yang mula marak cepat-cepat disirami air. Segala-galanya yang dilakukan ada alasan yang tersirat.

Najib, sebagai anak Melayu, tidak berganjak walau seinci pun daripada asas perjuangannya untuk membela nasib orang Melayu. Namun, sebagai pemimpin sebuah kerajaan, beliau perlu adil kepada setiap insan yang berpijak di bumi ini, apatah lagi mereka yang menunjukkan taat setianya kepada negara ini.

Jika orang Melayu marah kaum lain yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) atau UMNO atas alasan mereka bukan Melayu, kita seharusnya lebih marah kepada orang Melayu yang menentang UMNO, tetapi menyokong PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tunduk kepada dasar DAP.

Najib mengambil pendekatan politik menarik benang dalam tepung dan berlandaskan dua firman Allah SWT yang diungkap dalam ucapan dasarnya itu. Antara firma ialah surah Ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud: “Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.
 
Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarah dengan mereka dalam urusan itu.”

Apa yang penting, ucapan Najib menjadi penyuluh kepada cita rasa dan nurani orang Melayu. Najib tahu pengaruh UMNO dan orang UMNO seperti yang disebutnya bahawa tidak ada seorang pun dapat menafikan, apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepemimpinannya menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanah air



Angka 13 membawa bencana politik? Dato' Noor Azam dengan selamba mengatakan bahawa kecelakaan politik adalah di sebabkan oleh perbuatan Melayu itu sendiri. Kita juga bersetuju dengan pandangan dan pendapat penulis ini kerana bila di lihat keadaan Melayu sekarang amat kritikal dan meruncingkan kerana bergaduh sesama sendiri, menfitnah, melakukan pembohongan dan mengadu domba serta pra sangkan yang amat tinggi. Ini semata-mata untuk mengelabukan pemikiran rakyat supaya menyokong parti yang memperjuangkan Islam dan menidakkan parti yang tidak memperjuangkan Islam. Islam itu juga boleh dipersendakan dan di buat seperti bola disepak dan diterajang ke sana ke sini tanpa sebarang tindakan yang kukuh di sebabkan oleh fatwa dan dalil yang mengelirukan org Islam. Bagi Roket Naga Kepala 2 undi org "sebelah sinun" akan pergi kpd Roket Naga Kepala 2. Ini adalah satu terjahan yang berasaskan pola pengundi org "sebelah sinun" di PKR di kebanyakkan tempat di Malaysia. Kita mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan agama tidak semudah itu Roket Naga Kepala 2 hendak memerintah. Jangan ada Melayu jadi pak sanggup spt Tengku Aziz. Kemungkinan dalam pemikiran Tengku Aziz, beliau akan dapat jawatan apabila memuji Ketua Pembangkang yang di sifatkan sebagai pemimpin ideal untuk Malaysia. Itu pandangan Tengku Aziz dari sudut pembangkang tetapi dari sudut rakyat pula bagaimana? Sungguhpun begitu kita akan lihat selepas transformasi ekonomi dan politik serta gerak kerja Keris/Dacing maka perubahan besar pasti akan ketara. Kita mempunyai 2 tahun sebelum tempoh tamat itu sampai. Maka kita akan gunakan tempoh tersebut untuk mengembelengkan usaha dan gerak kerja yang ikhlas untuk memajukan rakyat dan negara serta mengembalikan sokongan padu rakyat kepada Dacing. Insyaallah.

TIADA lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.

Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?

Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.

Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".
Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.

Teo mungkin terlupa, "Majlis Syura Pas telah bersetuju dan membenarkan orang bukan Islam bertanding di bawah lambang Pas. Zaman dulu, Pas tuduh UMNO kafir kerana berpakat dengan MCA untuk memerintah, tetapi sekarang 'Pas baru' pimpinan Tok Guru Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Aziz boleh ikut memerintah dengan DAP. Di Pulau Pinang, khatib pun mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat. Banyak lagi alasan mengapa pengundi Cina tak akan undi UMNO, tetapi pasti akan undi DAP.

Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.

Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."

Akan tetapi masih ramai orang Melayu, termasuk pemimpin politik dan generasi muda, tidak menganggap perubahan ini suatu kecelakaan besar. Orang seperti Datuk Nazri Aziz mungkin tak kisah, sebab beliau "rakyat Malaysia terlebih dulu, barulah orang Melayu". Tok Guru Nik Aziz pun "tak bangga jadi Melayu".
Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.

Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.

Beliau memerintah negara dan menjadi Pengerusi BN selama 22 tahun. Mengepalai BN bertarung dalam lima pilihan raya. Ada pilhan raya yang BN menang besar dan ada yang hampir hilang kuasa. Beliau kalah di Kelantan, Terengganu dan Sabah. Mengalami dua krisis UMNO yang sangat besar. Pada zamannya, UMNO pecah dua dan diharamkan di mahkamah.

Beliau turut berhadapan dengan raja-raja kerana meminda Perlembagaan. Ada orang Melayu menggelar beliau "Maha Firaun" dan ada orang UMNO kata, dia "diktator". Beliau menangani krisis kewangan yang gawat. Dan macam-macam krisis dan cabaran lagi. Dihadapi dan diselesaikan satu persatu.

Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.

Tan Sri Harussani, Mufti Perak, seorang ulama dan bukan orang politik yang telah cuba memperkukuh politik Melayu, akhir-akhir ini ikut prihatin dan mengingatkan: "Jika UMNO dan Pas tidak bersatu, Melayu akan hilang kuasa pada PRU ke-13" dan "Akan berlaku satu bentuk penjajahan baru." Lebih daripada itu, dalam masa dua tahun terakhir ini, beberapa orang Raja Melayu pun, sudah berkali-kali memberi nasihat dan amaran. Tidak pernah Raja-Raja Melayu bercakap politik seperti sekarang. Tidakkah ini alamat keruntuhan kedaulatan institusi Raja Melayu sudah bermula?

Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."

Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.

"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."

Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.

PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.

Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.

Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.

Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.

Cakap-cakap politik menjurus kepada PRK Dun Galas.

Pakatan targets Kelantan Umno leader over football betting licence



Nik Aziz: Look at what Umno was trying to do. They are Malays and Muslims. Here we have a Chinese who refused to allow sports betting, but Umno still wanted it.

GUA MUSANG, Oct 29 — The PAS campaign in Galas revived the football licence debacle, placing much of the blame on Kelantan Umno deputy chief Datuk Dr Awang Adek Husin for the now aborted venture.

At a rally in an all-Malay village of Sungai Terah both PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and DAP secretary-general Lim Guan Eng reminded the voters how Pakatan Rakyat’s (PR) opposition to football betting resulted in its cancellation.

“Who wanted football betting? Incidentally he is a Kelantanese. The man from Bachok,” said Kelantan Mentri Besar Nik Aziz.

“I was so embarrassed by his action,” he told the crowd of about 200.

Last May Awang Adek who is a deputy finance minister had announced that the government was seriously considering legalising sports betting ahead of the 2010 World Cup.

Lim: They gathered the people to collect the so-called ‘haram’ money but until today the state government has not received a single sen. - Picture by Choo Choy May
The decision however was overturned less than two months later when Datuk Seri Najib Razak announced the government would not issue a football betting licence, just weeks after tycoon Tan Sri Vincent Tan said his Ascot Sports Sdn Bhd had received approval for an old licence.
Several Barisan Nasional (BN) parties had supported the move but Umno Johor, Perak and Youth wing opposed the licence saying the social cost outweighed the possible tax revenue.

Tan's listed Berjaya Corporation Berhad had announced the approval in a filing to Bursa Malaysia last May 12 but Najib denied it in Parliament on June 7.

PR governments in Penang, Selangor and Kedah said they will not approve business licences for football betting although Tan said he will try to persuade them.

Today Nik Aziz said that Umno leaders who supported the decision should learn from his Penang counterpart Lim, who tried to stop football betting.

“Look at what Umno was trying to do. They are Malays and Muslims. Here we have a Chinese who refused to allow sports betting, but Umno still wanted it,” said Nik Aziz.

The crowd in prayer in Sungai Terah. - Picture by Choo Choy May
Meanwhile Lim who spoke before Nik Aziz defended his administration which has been accused to be anti-Islam by the Penang opposition. The Penang government has been accused by Umno leaders of using gambling revenue to pay the RM100 annual aid to senior citizens.

“They gathered the people to collect the so-called ‘haram’ money but until today the state government has not received a single sen. The state does get any money from gambling,” said Lim.

“Remember football betting? Who wanted football betting it was Umno, Awang Adek who is a Kelantanese. I am sorry but I have to say it. Umno wanted to introduce football betting but who objected to it? Penang state government stopped it,” he added.

Both Nik Aziz and Lim however spared BN’s Galas election director Tengku Razaligh Hamzah from any attack.

The Kelantan prince who is also the Gua Musang Umno chief has been a strong supporter of Nik Aziz administration’s demand for oil royalty from Putrajaya.

 Nampaknya Ketua Penerangan Bulan Penuh ini emosi dan taksub dengan agenda Bulan Penuh. Alihkan pandangan rakyat Galas kepada TPM yang emosi cuba tutup janji Manek Urai. Kita rasa tiada apa yang dijanjikan di Manek Urai tidak di tunaikan ianya bergantung samada cepat atau lambat sahaja. Alamaklumlah peruntukkan dan perkara-perkara teknikal perlu di selesaikan dahulu baru boleh projek jalan. Kita bukan janji hari ini besok projek kena jalan. Kita rasa Bulan Penuh boleh buat macam itu kot sebab Bulan Penuh telah memerintah Kota Darul Naim selama 20 tahun, maka bila Bulan Penuh kata kita buat projek jalanraya dan rumah kos rendah maka besok projek tersebut akan berjalan. Ini adalah kata-kata ulamak dan bijak pandai agama mana boleh salah semua kena betul-betul belaka. Natijahnya jangan cakap org emosi tetapi tengok diri sendiri lagi emosi kerana cuba mempertahankan kawasan drp di rampas oleh org dengan cakap "Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan". Kita jangan percaya cakap-cakap Bulan Penuh kerana mereka menjurus kepada perpecahan umat Islam dengan fatwa dan dalil yang bercelaru serta pemimpin-pemimpinnya hanya pandai beretorik sahaja kerja kurang kerana bila kuasa dalam tangan kita sudah dapat tempat di akhirat.

Muhyiddin emosi, cuba tutup janji Manek Urai

  
KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidn Yasin yang mengatakan "Kalau hendak harapkan PAS, seperti menunggu bulan jatuh ke riba" sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di Manek Urai.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas yang hanya bersebelahan.

"Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai.

"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.

Muhyiddin didakwa berkata demikian sewaktu sidang media selepas pengumuman calon BN bagi PRK Galas, di Gua Musang semalam.

Tambah Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu juga seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," tambahnya lagi.

Muhyiddin juga jelasnya seperti membuka pekong sendiri apabila menuding kepada PAS Kelantan sedangkan rakyat Sabah di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun, masih tidak terbela.

"Sabah di bawah umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?," soalnya lagi.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat Galas katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya.

Rakyat juga katanya tahu, sikap buruk kerajaan pusat di bawah Umno BN yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan  tidak dilaksanakan sejak RMK 6.

"Inilah sikap busuk hati pemimpin umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

"Usah buang masa  di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," tegasnya.

Nampak sangat Bulan Penuh tak pernah jenguk penempatan Org Asli selepas PRU 12. Sekarang PRK Dun Galas baru Bulan Penuh dtg untuk melawat dan  cuba memberi tazkirah Bulan Penuh tetapi bendera Keris sudah terpampang di ruang tamu rumah Org Asli itu. Jangan salahkan JHEOA tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan semasa berkuasa untuk menunjukkan kecekapan dan keperihatinan Bulan Penuh terhadap kehidupan Org Asli. Jabatan JHEOA itu memang bergerak untuk memjaga dan menyuraikan permasalahan Org Asli. Ianya adalah sebuah agensi kerajaan. Kalau kita bekerja dengan baik dan melaksanakan program dengan ikhlas dan tawaduk org akan nampak dan akan diberkati oleh Allah (SWT) tetapi kita gagal. Kita lebih kepada tazkirah dan retorik politik mana org nak nampak apa yang telah kita laksanakan. Natijahnya jangan salahkan org apabila org cuba merampas kawasan kita kerana kita tak ambil peduli bagaimana nak naikkan taraf pembangunan dan sumber pendapatan rakyat tempatan.  

Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?

    
GUA MUSANG, 25 Okt: Umno kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kaum Orang Asal bagi merealisasikan hasrat merampas Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Keadaan itu terbukti apabila Umno dikatakan memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi mengawal hampir kesemua perkampungan masyarakat terbabit yang  terletak di pedalaman Gua Musang.

Penasihat Jentera Pilihan raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, perbuatan Umno memperalatkan JHEOA amat memalukan kerana ia berlaku pada kempen pilihan raya.

“Ini amat memalukan kerana sebelum ini JHEAO dikatakan hanya datang sekali sekala sahaja ke kawasan penempatan Orang Asal,” katanya ketika ditemui semasa mengikuti lawatan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed ke beberapa penempatan di Hau, 60 kilometer dari bandar Gua Musang, semalam.

 

"Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN. Walau
berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya
mesti kita pertahankan" Ini bermakna:-

"we will fight you in the sea, we will fight you in the air and we will fight on the land but to surrender Putrajaya to Pakatan Rakyat no way!!!"

Kita akan berlawan secara gentleman iaitu siapa yang akan rakyat undi di PRU 13. Tengok di masa PRU 12 Dacing kalah di Kota Darul Ehsan, Kota Darul Aman, Kota Darul Ridzuan, Pulau Mutiara dan Kota Darul Naim tetapi Dacing tak pernah memberontak ataupun menghalang Pakatan Rompah mengambil alih kekuasaan tersebut dengan lancar sekali tetapi di Kota Darul Ridzuan kejatuhan Pakatan Rompah adalah di sebabkan oleh agenda Pakatan Rompah sendiri. Ianya tiada kena mengena dengan Dacing cuba merampas apa yang bukan haknya tetapi pada ketika itu terdapat "lacuna" dalam pemerintahan Kota Darul Ridzuan maka Dacing masuk dengan sokongan 3 ADUN bebas yang menyokong Dacing. Tiada rampas kuasa terjadi tetapi perkara tersebut telah menjadi satu keputusan Mahkamah tertinggi di Malaysia yang akan di gunakan sekiranya terdapat kes-kes sebegini rupa di masa akan datang.

Kita rasakan bahawa kata-kata azimat YAB PM telah menakutkan Pakatan Rompah seolah-olah Malaysia akan menghadapi rampasan kuasa tetapi sebenarnya Pakatan Rompah tahu tahu bahawa kata-kata azimat YAB PM itu adalah lonjakkan semangat kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Keris serta Dacing untuk bekerja keras dan mendampingi rakyat bagi mempertahankan apa yang telah Keris/Dacing memperjuangkan selama 53 tahun. Rakyat jelata dari berbagai keturunan dan kedudukan melihat akan Keris/Dacing untuk mengembalikan semula semangat juang tersebut. Pada 21/10/2010 semangat tersebut telah di tiup oleh YAB PM dan nampaknya Pakatan Rompah amat gentar dengan perkara tersebut. Richard Loh drp Malaysia Chronicle menulis seolah-olah YAB PM membelakangi rakyat dan menyuruh rakyat beramauk sesama mereka untuk mengwujudkan sistem pemerintahan ketenteraan. Ini dapat di lihat drp penulisannya iaitu apabila saya bangun drp tidur tiada apa yang berlaku hanya deruman injin kereta sahaja yang memecah kesunyian pagi. Inilah contoh kedengkelan seorang dalam mentafsirkan apa yang tersurat dan tersirat adalah satu yang di anugerahkan oleh Allah (SWT). Ianya tidak dapat di miliki oleh seorang itu sekiranya beliau mempunyai sikap benci, dengki, khianat, takbur, sombong, suka fitnah, suka membohongi dan suka meracuni kata-kata org di pemikiran rakyat. Akibatnya otak kita di pendekkan oleh Allah (SWT) sehinggakan apa yang tersurat dan tersirat pun tidak dapat di selami oleh Pakatan Rompah. Kita kesian dan sedih dengan corak pemikiran saudara kita di dalam Bulan Penuh terutama Pengarah Pilihanrayanya Mohd Firdaus Jaafar apabila mengatakan kata-kata azimat YAB PM seolah-olah menunjukkan rampasan kuasa akan berlakudan YAB PM gagal memahami amalan demokrasi. Presiden Mata Sepet pula cakap YAB Pm patut minta maaf kepada rakyat Malaysia seolah-olah YAB PM anti demokrasi. Kita tanya mereka berdua bolehkah nada membaca apa yang tersurat dan tersirat daripada kata-kata azimat YAB PM kita itu?
 
Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa
     
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini.

"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan.

"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno berkata, Umno perlu mempertahan Putrajaya dari pihak yang mahu merampasnya biarpun terpaksa hilang nyawa.

Firdaus bagaimanpun turut mempersoal niat Najib di sebalik berkata begitu, atau mungkin mempunyai agenda politik tersembunyi.

"Adakah dia cuba menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat ini perampas kuasa secara ganas?" soalnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan, kenyataan tersebut dilontar Najib hasil daripada perasaan takut melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika Pakatan Rakyat benar-benar dapat menguasai Putrajaya.

"Atau Najib mahu ahli Umno bertindak ganas pada Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, Pakatan Rakyat tetap bertekad dan sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya, dengan sokongan padu rakyat negara ini.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan mahu Najib memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai anti-demokrasi.

"Saya mewakili pimpinan dan anggota KEADILAN mendesak agar Presiden Umno menarik semula kenyataan beliau yang jelas sekali berniat jahat dan bersifat anti-demokrasi.

"KEADILAN juga menuntut supaya Datuk Sri Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memberi jaminan bahawa sekiranya perubahan Kerajaan Persekutuan benar-benar berlaku dalam Pilihan Raya Umum akan datang, maka Umno BN akan menyerahkan kuasa secara terhormat dan dalam suasana yang aman dan harmoni," katanya.


Desakkan Gugur Tuduhan liwat untuk menarik pelabur asing (Kroni Mata Sepet)

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya.

PNB Mahu Guna Dana Pencarum Untuk Kayakan Poket Kroni Umno-BN (Meriam Buluh Bulan Penuh)
     
MO11KUALA LUMPUR 22 Okt - Permodalan Nasional Berhad (PNB) di dakwa memperjudikan wang simpanan rakyat yang mencarum kepada pelbagai dana di bawah institusi tersebut untuk membina Menara Warisan Merdeka 100 tingkat  demi memenuhi ketamakan pimpinan Umno-Barisan Nasional yang gilakan projek mega bagi kepentingan diri sendiri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk mahfuz Omar memberi

amaran dana terkumpul RM115 bilion milik orang ramai kini dipertaruhkan untuk memperkayakan lagi kroni Umno-BN.

Sehubungan itu, Mahfuz meminta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berhubung kenyataan beliau bahawa pembinaan projek mega berharga RM5 bilion tersebut tidak membabitkan dana unit amanah tetapi menggunakan dana khas daripada keuntungan yang dibuat oleh institusi itu.

"Saya ingin mengingatkan beliau bahawa nilai saham yang terkumpul dalam PNB adalah RM115 bilion, hasil daripada Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera dan lain-lain dana.

"Saya tidak fikir PNB mempunyai dana yang lebih besar daripada yang dikumpulkan dari segenap masyarakat,

"Apa yang saya ingin ditegaskan di sini, secara langsung atau tidak ia akan melibatkan hasil keuntungan daripada dana saham-saham amanah tersebut," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen tengahari semalam.

logo_PNBTambah beliau, apa yang dikesalkan keuntungan tersebut sepatutnya diberikan sebagai dividen kepada pemegang saham dan tidak adil jika PNB mahu menggunakan keuntungan itu untuk membina menara mega dalam keadaan di mana Kuala Lumpur sudah pun mempunyai lambakan ruang pejabat yang tidak disewa.

Mahfuz juga memberikan contoh di mana syarikat Naza juga akan membina bangunan 100 tingkat melalui pertukaran tanah dengan pihak Matrade bagi membina bangunan tersebut.

"Selepas ini, kita akan ada 200 tingkat sedangkan kita sudah melihat lebihan ruang tersebut sehingga 2014, jumlahnya adalah 15 juta kaki persegi sedangkan permintaan sudah berkurangan.

"Umpamanya pengurangan kadar sewa oleh Menara Citibank daripada RM7 sekaki kepada RM6 menunjukkan permintaan telah berkurangan sehingga terpaksa menawarkan dengan kadar harga yang lebih murah di kawasan segi tiga emas bandaraya," tegas Naib Presiden PAS itu.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb2gL1p5dIKuSfwn9IQ36Phj4v0QxOIuqOo4boTnbmXWd7cVYDAlKFzKgTaXlIOdR4580ectrAMh_mzh52zbUQhSd6-07EO8_SZaRrGl3rRQJq039InMhbBG3CTIyfsjIkSkqyUvRZh_Q/s400/Awang+Adek+Hussin.jpg

Pembangkang Manipulasi Pembangunan Demi Politik Sempit – Awang Adek

KUALA LUMPUR 22 Okt – Orang ramai khususnya rakyat di akar umbi disaran agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan dongengan palsu serta hipokrit pembangkang yang memanipulasi pelbagai projek pembangunan kerajaan termasuklah cadangan pembinaan  menara warisan merdeka 100 tingkat.

Wakil Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein  berkata  golongan hipokrit tersebut hanya tahu memanipulasi benda-benda terbabit dengan tujuan untuk me nimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan bukannya melihat sebagai satu projek memajukan infrastruktur negara.

http://manjanik.files.wordpress.com/2007/06/alwi-ketereh.jpg

Kelantan Kerajaan Abu Nawas, Menteri Besar Kuat ‘Auta’

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Kerajaan Pas Kelantan diibaratkan sebagai kerajaan Abu Nawas kerana Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang pemimpin yang kuat ‘auta’.

Datuk Alwi Che Mat yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden mendedahkan bagaimana beliau menjadi  mangsa kepada Nk Aziz pada persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Kelantan.

“Saya tanya kenapa terlalu marahkan UMNO hingga sanggup berkawan dengan syaitan dan iblis, malah hingga sanggup mendoakan perkara yang tidak baik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w  ketika ditanya bagaimana untuk masuk syurga, baginda menjawab sebanyak tiga kali iaitu jangan marah. Bagaimanapun Nik Aziz kata beliau akan menjawabnya pada sebelah petang.

“Ketika menjawab soalan berkenaan, Nik Aziz kata nafsu tidak boleh ditahan. Ia mesti dikeluarkan. Sebab itulah tok-tok guru semuanya kena kahwin…kalau tidak kahwin tidak ada maknanya dan jadilah macam paderi.

“Saya kemudiannya bangun. Saya kata , yang saya tanya adalah nafsu amarah dan jawapan yang diberikan adalah nafsu syahwat. Saya tanya buah oren kenapa pula dijawabnya buah epal. Tengok bagaimana dia pusing,” katanya .

Alwi yang juga Ketua Penerangan UMNO Kelantan menegaskan, kerajaan Pas Kelantan bukan sahaja  gagal dalam pengurusan, malah turut gagal meningkatkan mercu syiar Islam.

“Saya juga pernah bertanya di dalam dewan persidangan..Apakah kegemilangan Islam yang telah dicapai oleh kerajaan Kelantan. Lalu dijawab oleh Nik Aziz kegemilangan Islam yang dibawa ialah bahawa pemindahan akaun kerajaan negeri kepada Bank Islam.

“Saya kata, letak duit di dalam Bank Islam itu bukanlah kecemerlangan Islam tetapi penubuhan Bank Islam itu sebenarnya kejayaan dan ia adalah hasil usaha UMNO. Naik kapal bukan kejayaan tetapi bina kapal itu adalah satu kejayan,” katanya sambil mednapat tepukan gemuruh para perwakilan.

Katanya, pakatan pembangkang hari ini umpama pakatan “Ahzab” iaitu sebuah pakatan pada zaman Rasulullah s.a.w yang mahu menghancurkan kerajaan Islam yang baru ditubuhkan di Madinah.

“Pakatan “Ahzab” pada waktu itu dianggotai oleh pakatan musyrik Mekah yang mengandungi beberapa parti.  Sebab itulah dinamakan peperangan “Ahzab” iaitu peperangan parti.

“Pada waktu itu orang munafiq Madinah, yahudi bersama kaum bani Al-Mustalaq berkumpul di tengah-tengah tanah arab bersatu untuk hancurkan sebuah kerajaan Islam. Rasulullah s.a.w akhirnya memohon dan berdoa kepada Allah memohon perlindungan.

“Saya nampak pakatan ini sama dengan sebelah sana yang kononnya diketuai oleh orang Islam sedangkan pada hakikatnya adalah tidak benar sama sekali kerana Pas “junior partner”, PKR juga “junior partner”.

Pakatan mereka sebenarnya dipelopori DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP,”katanya.

Justeru katanya jangan biarkan pakatan terbabit menghancurkan Islam dengan memastikan UMNO terus kuat dan mantap untuk mempertahan serta meningkatkan lagi kejayaan dan kecemerlangan syiar Islam yang telah digarap sekian lama.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini. Pas ini celaru.

“Saya meminta agar Datuk Seri Presiden meneruskan kesinambungan perjuangan Islam berdasarkan sistem Piagam Madinah iaitu bersama dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah sebuah negara di mana Islam menjadi teras asas perjuangan,” katanya.

PAS harap UMNO belajar menjadi orang kalah 

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.  Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa.  Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
 
PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilihanraya akan datang.  

Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.  Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. 

Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat.  Banyak perwakilan UMNO telah membangkitkan bagaiamana pemimpin UMNO yang tidak mempedulikan rakyat selama ini.  Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.
 
PAS mengharapkan supaya UMNO belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik.  PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden UMNO "walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga?

Demokrasi apakah ini?

Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.  

PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959, tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan taktik undang-undang darurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada UMNO, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.  PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui taktik kotor.

Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004.  Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.  Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka UMNO BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

Wednesday, October 20, 2010

Chin Peng a battle for pride and passage: Kita ulangani kenyataan bahawa Chin Peng adalah pengganas yang sepatutnya di klasifikasikan sebagai "pengganas". Akibat drp kesombongan dn ketaburannya ramai rakyat Malaysia telah terkorban baik di pihak berkuasa ataupun di pihak org awam, harta benda jangan ceritalah. Keganasannya telah menyebabkan Malaysia di istiharkan di bawah Darurat dan rakyat di letakkan di bawah keadaan perintah berkurung. Chin Peng adalah pengkhianat negara sekiranay di Cina beliau akan di hukum tembak. Adakah kita ingin bertolak ansur dengan kekejaman, keganasan, kedurhakaan dan tidak berperi kemanusia kader-kadernya ke atas pihak berkuasa dan rakyat jelata yang gagal mengikut idealoginya dapat dimaafkan begitu sahaja. No to Chin Peng!!!!



Ong celebrates his 85th birthday in Bangkok last year. — file pic

KUALA LUMPUR, Oct 21 — Sitiawan-born Ong Boon Hua — more commonly known as Chin Peng — is battling to clear his name in Malaysia’s top court, in a last-ditch bid to pave the way for his return home.

The former leader of the feared Communist Party of Malaya (CPM) who turned 86 on Tuesday will know today if he can sue the government of Malaysia for going against the spirit of the 1989 Peace Accord, and which promised him the freedom to return home with a clean slate.

The Federal Court in Putrajaya has fixed the former CPM secretary-general’s suit for case management today.

“We have filed an application for leave to appeal against the decision of the Court of Appeal dismissing his case for breaching the terms of the Peace Accord,” the ex-guerrilla fighter’s lawyer, Chan Kok Keong, told The Malaysian Insider.

“In this case, Chin Peng asked for damages and that the Peace Accord be specifically performed by an injunction that the Malaysian government desist from uttering slanderous remarks,” he added.

The three-way treaty, signed 21 years ago in Haadyai by CPM leaders and senior government officials representing Malaysia and Thailand, signalled the end of a decades-long jungle war in the two Southeast Asian countries.

Chan explained that under the terms of the treaty, the parties had “agreed not to make slanderous remarks against each other and mention words such as mass surrender and capitulation”.

“The Court of Appeal ruled that ‘such as’ is limited to mass surrender or capitulation, whereas Chin Peng contends that ‘such as’ only means ‘for example’,” the lawyer said.

“We are considering taking the dispute to the International Centre for Human Dialogues and see if the matter can be resolved,” Chan intimated.

Now living in Bangkok, the man whose Communist-given name once earned him infamy as the country’s “Public Enemy No. 1” first filed to sue the ruling Barisan Nasional (BN) government in 2005 for making him out to be a ruthless villain, but lost at the High Court here in September 2009.

Ong, who sees himself as a freedom fighter against colonial British rule, wants Putrajaya to stop tarring him as a terrorist.

On July 27 this year, the Court of Appeal had struck out the aged warrior’s bid.

The three-man bench had unanimously ruled that the federal government did not breach the conditions of the Haadyai Peace Accord when it allowed the publication of statements describing Ong as a “terrorist communist”.

“We have closely scrutinised this particular Item of the Administrative Arrangement but we are unable to accept that Item 1.2 provided for the non-publication of all manner of slander, rather, we find Item 1.2 only limited to the non-publication of words to the effect of ‘mass surrender’ and ‘capitulation,’” Court of Appeal judge Datuk Sulong Mat Jerai said in his ruling.

The exiled Ong has maintained that Item 1.2 of the lengthily-named “Administrative Arrangement Between The Government Of Malaysia And The Communist Party Of Malaya Pursuant To The Agreement To Terminate Hostilities”, was intended to safeguard the reputation of CPM members in their voluntary laying down of arms 21 years ago.

The particular item of the one-page document states: “All press statements issued by either party thereafter shall be in the spirit of the agreement and shall not contain any slanderous terms such as ‘mass surrender’ and ‘capitulation’”.

3 Projek utama gagal kerana kronisme: Kita ingin mengetahui jugak kegagalan yang bagaimana yang di maksudkan oleh YB-YB Bulan Penuh ini. Adakah kegagalan tersebut di sebabkan oleh kroni atau memang kegagalan tersebut di sebabkan faktor lain. Adakah projek-projek tersebut sedang berjalan tetapi terdapat kelewatan di sana-sini yang membabitkan masalah teknikal dan sebagainya. Inilah contoh YB-YB yang tiada idea untuk memajukan rakyat dan negara, yang YAB-YB ini tahu ialah memfitnah dan membohongi rakyat bahawa kerajaan yang sedia ada Dacing dan tunjangnya Keris adalah kerajaan yang mengamalkan kroni dan kerja tak boleh jalan. Kita masih ingat lagi tentang projek Istana Negara yang mana Ketua Pembangkang telah menunjukkan bahawa projek tersebut gagal kerana kroni tetapi kemudiannya di sambut oleh YB-YB pembangkang tetapi perkara ini mati di tengah jalan kerana tiada sumber-sumber yang dapat mengesahkan pendedahan tersebut. Natijahnya rentikanlah taktik memfitnah dan membohongi rakyat kerana rakyat sudah naik jelak dan meluat dengan perkataan kroni, gila kuasa dan nepotisme. Apa parti pun di Malaysia semua perkara tersebut ada. Bulan Penuh jangan cakap tiada kroni, gila kuasa dan nepotisme dan gila fatwa dan dalil, Mata Sepet jangan tuduh org kroni, gila kuasa dan nepotisme tetapi Mata Sepet lebih teruk macam Brutus dan Roket Naga Kepala 2 jangan tuduh org perkauman tetapi Roket Naga kepala 2 adalah parti perkauman No.1 di Malaysia kononnya amalkan CAT tetapi Roket Naga Kepala 2 amalkan Cari, Ambil dan Telan lagi teruk. So mana ada parti yang bersih suci daripada dosa dan noda. Sungguhpun begitu kalau di banding Keris/Dacing dengan Pakatan Rompah nampaknya Pakatan Rompah yang lebih teruk dan lebih dahsyat dengan kroni, gila kuasa dan nepotisme. Kalau tidak takkan Ketua Pembangkang keluarkan kenyataan akan bayar bonus kakitangan awam sekiranya Pakatan Rompah dapat Putrajaya dan Tok Guru Bulan Penuh keluarkan Fatwa dan Dalil terbaru "Tawan Bangunan UMNO adalah simbolik tawan Putrajaya" dan kerajaan yang ada adalah kerajaan Facisme". Ini menunjukkan bahawa Pakatan Rompah memang kekurangan idea dan wawasan untuk mengembalingkan ahli-ahli bagi memenangi hati rakyat.

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.

Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.

Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.

"Ini adalah kontraktor Bumiputera kelas A tetapi ditamatkan kontraknya oleh kontraktor utama, Sunshine Fleet kerana pertikaian berhubung pembayaran progresif. Lalu GM Health menawarkan kepada kerajaan untuk meneruskan projek ini dengan diskaun RM3 juta dan sanggup menyiapkan projek dalam tempoh 18 bulan.

"Walaupun syarikat itu telah membayar komisen kepada Sunshine Fleet tetapi ia masih sanggup untuk menerukan projek tersebut," kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Saifuddin Nasution (PKR-Machang) pula mendedahkan, kos pembinaan Institut Kanser Negara meningkat dua kali ganda daripada tawaran asal RM340 juta kepada RM690 juta.

Ini berlaku kerana Umno BN masih mengamalkan budaya kronisme dan 'untung atas angin' (rent seeking) walaupun menjanjikan kepada rakyat pendekatan tender secara terbuka akan diamalkan dalam Model Ekonomi Baru.

Menurut Saifuddin, acara pecah tanah telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 9 Januari 2007 di Putrajaya dan menjadi sebahagian daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Projek tersebut yang merupakan inisiatif kerajaan untuk pesakit kanser dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

"Pada 10 Mac 2009, Timbalan Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Dr Latiff Ahmad menyebut kerajaan berada di tahap akhir untuk membina institut tersebut dengan kos sebanyak RM700 juta.

"Ertinya, selepas 24 bulan diumumkan, harganya sudah pun meningkat 100%," ujar beliau.

Menurut Saifuddin, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati projek itu telah diberikan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd dan dalam penyata akaun tahunan syarikat tersebut pada tahun 2009 mengesahkan ia telah memperolehi surat tawaran untuk membina institut pada Januari 2008.

Satu lagi projek yang menjadi mangsa salah laku Umno BN iaitu pembinaan Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 2 apabila dua pakej projek pembinaan bernilai RM59.2 juta gagal disiapkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang ahli jawatankuasa Umno Hulu Terengganu.

Abdul Wahid Endut (PAS-Kuala Terengganu) dalam sidang media sama berkata, syarikat kepunyaaan kroni Umno itu hanya menyiapkan 15.1 peratus sahaja Pakej 9B yang diberi dalam tempoh lebih dua tahun sejak 2007.

"Apa yang syarikat ini berminat ialah menebang semua balak di dalam kawasan pembinaan lebuh raya itu dan menjualnya untuk keuntungan mereka.

"Apabila projek terbengkalai kerajaan sekali lagi membuka tender dan serahkan kepada satu lagi syarikat kroni dengan kenaikan kos pembinaan sebanyak 20 peratus," kata Abdul Wahid

Tambah beliau, sehingga Jun LPT2 yang bermula dari Jabor di Terengganu hingga Temerloh di Pahang hanya siap 70.4 peratus berbanding 82 peratus dalam perancangan awal.

"Sebab lambat ialah kerana kerajaan memberi projek secara rundingan terus dan kemudiannya syarikat berkenaan meninggalkan projek,” ujarnya.

Katanya, LPT2 membabitkan kos yang tinggi iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus kosnya datang daripada dana khas negeri Terengganu.

Projek itu, ujarnya mempunyai 17 pakej dan dua daripadanya diberi kepada sebuah syarikat, Arah Jitu Sdn Bhd milik  AJK Umno Hulu Terengganu.

“Beliau diberi Pakej 9B dan Pakej 8. Di Terengganu, Umno selalu beri projek kepada OKU, bukan orang kurang upaya tapi 'Orang Kuat Umno'," ujar beliau.

Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi UMNO negeri "import" - Jangan bercakaran dan jatuh menjatuh itulah petua untuk org "import" mengembalikan pucuk kepimpinan Keris Kota Darul Aman kepada org Kota Darul Aman. Satu ketika dahulu Keris Kota Darul Iman wujud berpuak-puak dan bercakaran tetapi sekarang telah dipulihkan di bawah Naib Presiden Keris Hishamuddin apabila di adakan Konvensyen Kota Darul Iman baru-baru ini. Kita tidak nampak perkara ini terjadi kepada Keris di Kota Darul Aman. Seolah-olah Keris di Kota Darul Aman lesu dan pucat aje. Tiada pergerakan yang berterusan kecuali sekali sekala kedengaran contohnya pasal isu air. Kita masih tidak nampak pemimpin yang berkaliber yang dapat menyatukan Keris di Kota Darul Aman. Gesaan Pemuda itu amat berat sekali untuk kita tidak layan kerana Pemuda adalah aspirasi yang akan membantu kita memberikan baton dengan deras sekali untuk menuju ke garisan penamat sepantas kilat tetapi kadang kala terseliuh di tengah larian atau terpijak kasut atau tersalah lorong atau kepenatan di tengah larian. Kita apabila meminta sesuatu haruslah berhemah dan beretika tinggi terutama sekali yang ada jawatan di peringakat Bahagain ataupun Cawangan jangan meluru kepada media untuk mendapatkan sokongan atau menyatakan bantahan kerana kita tidak tahu keikhlasan media tersebut. Natijahnya gunakanlah saluran yang telah ditetapkan kerana gesaan dan bantahan serta permasalahan tersebut akan mendapat pertimbangan yg sewajarnya drp Keris Pusat. Apa yang hendak di kisahkan dengan pembangkang kerana mereka memang macam itu. Keris Kota Darul Aman bukan tiada pemimpin yang berkaliber tetapi semangat setiakawan dan keakraban tersebut mesti diterjemahkan di dalam bentuk bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Demi agama, bangsa dan negara Keris Kota Darul Aman mari kita bersatu menjana aspirasi Keris untuk memajukan Kota Darul Aman seiringan dengan kemajuan negara 2020.






KUALA LUMPUR, 20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

“Datuk Seri Shafie ini orang hebat, dia mampu menangkan negeri Kedah ini. Tapi kita kena realistik.
“Sentimen ini dimain-mainkan oleh pembangkang, takde pemimpin baik dari Kedah sampai kena import pemimpin dari luar.