Saturday, March 20, 2021

Tuah ayam nampak di taji Tuah manusia di manakah letaknya...?

Tiada siapa tahu rezekinya di mana akan datang, bagaimana dia datang dan bila dia akan datang. Manusia hanya boleh merancang tetapi ketentuannya adalah terletak di tangan Allah (SWT). Adakah rezeki manusia telah tertulis dalam dalam Kitab Lufmahfuz atau memang Allah (SWT) akan mengurniakan kepada manusia setimpal dengan usaha manusia?

Sekiranya kita selidiki perumpaaan di dalam Al-Quran, maka akan dapati bahawa kita di beritahu untuk bekerja seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya tetapi kita juga di peringatkan untuk beramal ibadat seolah-olah kita akan mati esok.Ini bermakna kita mesti bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang ada di mukabumi Allah (SWT) ini dan sentiasa beramal ibadat kepada Allah (SWT) pada ketika dan masa yang telah di tetapkan kerana tiada siapa boleh menyatakan bahawa "si polan itu akan mati 1000 tahun lagi mahupun si polan akan mati esok. Itu semua rahsia Allah (SWT) yang tidak diketahui oleh manusia malahan Nabi Muhammada (SAW) iaitu kekasih Allah (SWT) pun tidak berani membicarakan dan/atau mengetahui akan rahsia Allah (SWT) tersebut.

Adakah kita ingin menjadi seperti Qarun yang mengatakan kekayaan dan kemewahan yang di nikmati pada ketika itu adalah hasil dari usaha gigihnya sahaja. Sedangkan kita tahu bahawa setiap apa yang ada di dunia ini adalah milik dan kepunyaan Allah (SWT). Itulah sebab nya Allah (SWT) kurniakan kekayaan kepada orang-orang kafir kerana mereka tidak tahu menyukuri nikmat dan kemewahan yang telah di berikan oleh Allah (SWT) melainkan menyatakan itu adalah usaha dan penat lelah mereka dan mereka juga menduakan Allah (SWT) dengan berhala-hala dan patung-patung gemuk kononnya berhala-hala dan/atau patung-patung gemuk tersebutlah yang telah memberi rezeki kepada mereka. Jangan kita sekali-kali ingkar dan sombong dengan kenikmatan dan kemewahan yang telah di berikan oleh Allah (SWT) kepada kita seperti "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan".

Kita tanya sekiranya kita inginkan sesuatu perkara dan/atau benda, apakah yang kita perlu buat? Kita mesti berusaha dan melaksanakan tugasan-tugasan tertentu untuk mecapai cita-cita apa yang kita inginkan. Kemudiannya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah (SWT) untuk memberikan nikmat dan kejayaan yang kita inginkan. Tapi kita mesti ingat pada ketika kita inginkan sesuatu baru kita tunduk dan mengadap serta menadah tangan kepada Allah (SWT) tetapi pada ketika sedang bergelumang dengan "nikmat dan kemewahan" adakah kita ingat kepada Allah (SWT)? Kekayaan, kemewahan. kesihatan, sihat tubuh badan dan nikmat semua pancaindera adalah kurniaan Allah (SWT) dan kita mesti menyukuri segala nikmat-nikmat dan kemewahan yang diberikan oleh Allah (SWT) kepada kita.

Dalam setiap nikmat dan kemewahan yang dikurniakan oleh Allah (SWT) kepada kita adalah satu amanah. Disetiap nikmat dan kemewahan tersebut terdapat bahagian orang yang perlu kita "infakkan" dalam bentuk sedekah dan/atau zakat". Seiap infak dan/atau sedekah yang kita keluarkan akan digantikan dengan perkara-perkara lain oleh Allah (SWT) kerana Allah (SWT) telah berjanji setiap satu tangkai yang kita infakkan dan/atau sedekahkan akan digantikan dengan 7 tangkai yang baru. Cuba bayangkan kita dapat 7 tangkai baru yang akan dikurniakan oleh Allah (SWT) dalam pelbagai bentuk dan rupa tetapi kadang kala kita mengganggapkan itu adalah perkara yang remeh contohnya apabila kita dikurniakan dengan kesihatan yang "tip-top" tetapi bukan kemewahan yang kita perolehi. Nikmat kesihatan dan sihat tubuh badan itu adalah satu kurniaan yang maha tinggi oleh Allah (SWT) kerana bukan sahaja kita boleh melaksanakan pelbagai bidang tugasan tetapi kita juga sentiasa dapat beramal ibadat kepada Allah (SWT) dengan jayanya.

Sekiranya ayam kita boleh nampak tuah di taji tetapi manusia tuah letak di mana? Siapa yang boleh baca rahsia Allah (SWT)? Malaikat pun takut untuk persoalkan rahsia Allah (SWT) begitu juga Nabi Muhammad (SAW) tidak pernah memyelidiki rahsia Allah (SWT). Adakah kita manusia mengetahui mengenai rahsia Allah (SWT) tersebut? Sekiranya kita akur dan percaya dengan kebesaran, keagungan dan kebijasaknaan serta sifat maha mengetahui Allah (SWT) itu, maka kita akan akur dengan rahsia tersebut dan tidak ingin mengetahui dari mana datangnya rezeki tersebut. Sebaliknya bagi munafik, kafirun dan yang tiada agama akan menyatakan bahawa rezeki itu adalah akibat dari usaha keras manusia seperti mana yang terjadi kepada Firaun, Qarun dan kaum-kaum Bani Israel yang sentiasa gagal dan/atau enggan untuk akur dengan perintah Allah (SWT).  

Kita mesti melihat kepada keadaan bumi yang kering kontang tetapi Allah (SWT) dengan kebesarannya telah turunkan hujan untuk membasahi bumi yang kering kontang tadi menjadi subur dan tumbuhan akan tumbuh. Adakah berhala-berhala dan/atau patung-patung sembahan kafirun itu dapat menurunkan hujan tersebut? Kita mesti ingat bahawa berhala-berhala dan/atau patung-patung itu adalah ciptaan manusia sahaja. Sekiranya manusia pun tidak dapat untuk menurunkan hujan, macam mana pula berhala-berhala dan/atau patung-patung itu boleh melaksanakannya?

Dalam Al-Quran telah dinyatakan bahawa "apabila kami berikan nikmat kepada manusia dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa". Inilah perangai manusia yang gagal untuk mempercayai bahawa "Allah (SWT) melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Allah (SWT) kehendaki. Sesungguhnya Allah (SWT) Maha Mengetahui segala sesuatu". Kita mesti ingat nasihat dalam Al-Quran "Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagain darinya (keuntungan dunia) tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat".



Saturday, February 20, 2021

Adakah UMNO menolak penyatuan ummah, menjaga kepentingan agama dan Melayu secara total...


Rakyat sudah tahu akan agenda PPBM dalam memimpin negara Malaysia diketika Pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia. Pemimpin-pemimpinnya mengatakan supaya parti-parti politik mengenepikan "politiking" mereka demi rakyat. Malangnya dalam keghairahan tersebut kerajaan PPBM terus melancarkan "Kempen Perikatan Nasional" dengan warna biru gelap. Nama dan warna pun sudah menyamai BARISAN NASIONAL yang di kenali rakyat sebagai tulang belakang kerajaan sebelum PRU14.

Segala polisi dan gerak kerja kerajaan PN lebih mirip kepada dasar-dasar dan polisi serta gerak kerja kerajaan BN. Rakyat amat mengetahui bahawa kabinet yang di anggotai oleh kerajaan PN adalah pemimpin-pemimpin yang menjadi "katak lompat" dari parti UMNO dan PKR. Rakyat juga mengetahui bahawa PPBM di tubuhkan kerana hendak menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dan DSNR sahaja. Malahan pemimpin utama PPBM pernah mencerca, menghina, mencaci dan mengherdik pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak rasuah dan sebagainya serta UMNO sudah lari dari dasar perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanahair. Sehinggakan melabelkan UMNO sebagai "parti busuk sampai ke usus dan parti sudah masuk longkang, rugi le saya sekiranya hendak menyertai parti UMNO balik. Semua ahli-ahli UMNO hendaklah menyertai PPBM untuk kita hidupkan kembali roh pejuangan agama dan Melayu". 

Kita sebagai ahli UMNO walaupun tidak bergerak aktif seperti orang lain tetapi kita sentiasa mengikuti perkembangan UMNO/BN dengan penuh teliti. UMNO banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ini tiada siapa boleh menafikan walaupun UMNO/BN kalah pada PRU14 tetapi tiada kejadian seperti mana DSAI di pecat dari jawatan TPM dan TP UMNO pada tahun 1998. Itulah menunjukkan UMNO/BN dan akar umbinya amat matang, menghormati mandat rakyat dan undang-undang negara. 

Malahan semasa pemerintahan PH selama 22 bulan tiada kejadian seperti era reformasi DSAI di ujudkan oleh UMNO/BN walaupun pemimpin-pemimpin utamanya di soal siasat, rumah di geladah dan di kenakan tindakan undang-undang dengan pelbagai tuduhan. Malahan pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah mencetuskan apa-apa api "reformasi" seperti apai reformasi DSAI. 

Dalam tempoh 22 bulan Malaysia berada di bawah PH macam-macam polisi dan gerak kerja yang merugikan rakyat dan negara di lancarkan sehinggakan segala yang di rancang oleh UMNO/BN di cantas habis dan di hentikan sehingga selesai siasatan dan/atau di timbang semula. Zaman kerajaan PH adalah "zaman balas dendam" terhadap UMNO/BN, agama dan orang Melayu amat ketara sekali. Manusia merancang tetapi perancangan Allah (SWT) adalah terbaik. Tanpa di duga Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai jawatan PM-7, maka secara automatik kerajaan PH tumbang. Setelah perbincangan di adakan antara UMNO/PAS/PPBM dan parti Sarawak serta parti Sabah mana di wujudkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah TSMY sebagai PM-8.

Pada ketika itu pandemik Covid-19 telah melanda Malaysia. Malaysia telah di letakkan di bawah perintah "lockdown" beberapa bulan dengan aktiviti ekonomi, kewangan dan sosial negara dan rakyat di sekat demi untuk membendung pandemik Covid-19. Permasalahannya timbul apabila kerajaan Warisan Sabah tumbang akibat dari Adun-Adun jadi si-katak lompat. Maka KM dengan izin TYT Sabah telah meluluskan PRN Sabah sekitar 26 September, 2020. Kes kejadian jangkitan Covid-19 di Sabah agak tinggi pada ketika itu dan apabila di banjiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti bertanding dari Semenanjung maka jangkitan Covid-19 meletup macam bom jangka. 

Selepas PRN Sabah, kejadian jangkitan Covid-19 melonjak tinggi dan kerajaan PN terpaksa menggunakan "AKTA DARURAT" untuk membendung jangkitan wabak Covid-19 tersebut. Rakyat tahu kerajaan tiada pilihan tetapi yang rakyat marah kenapa keputusan dan gesaan kerajaan PN itu flip flop. Gesaan parti-parti politik tidak mempolitikkan keadaan dan suasana semasa demi kepentingan parti politik tetapi kerajaan PN sebaliknya melancarkan "Kempen Perikatan Nasional" dengan secara aggresif sekali. Kerajaan PN menekan parti-parti politik lain terutama UMNO/BN agar akur dengan gesaan kerajaan tetapi pemimpin-pemimpin PPBM menekan pemimpin-pemimpin UMNO sehingga jatuhnya kerajaan "Peja di Perak" yang telah membuka mata rakyat betapa tamaknya dan rakusnya pemimpin-pemimpin PPBM dalam mentadbir negeri dan negara.

Kerajaan PN (PPBM) tahu bahawa sokongan UMNO/BN kepada mereka hanya setakat sebelum PRU15 sahaja tetapi apabila Parlimen di buburkan untuk PRU15 maka tamatlah sokongan UMNO/BN tersebut kepada PPBM. Ini amat mengusarkan pemimpin-pemimpin PPBM, maka PPBM memancing PAS untuk menyokong mereka dengan menyertai gabungan PPBM iaitu PN. Malahan parti Gerakan telah pun menyertai gabungan PN di bawah PPBM. UMNO dengan tegasnya menyatakan bahawa UMNO tidak akan menyertai PN kerana PPBM adalah parti percikan UMNO dan/atau kebanyakkan pemimpin-pemimpin PPBM adalah pemimpin-pemimpin UMNO dulu. 

Samada mereka itu melompat dan/atau menikam belakang UMNO/BN semasa PRU14 itu bukan persoalannya tetapi UMNO/BN amat menitikkan kesetiaan kepada parti dan menghormati perlembagaan parti agar ianya tidak menjadi "barah" untuk generasi akan datang. Kesetiaan dan menghormati perlembagaan parti di bandingkan dengan pengkhianatan dan memecah belahkan undi serta memporak perandakan keutuhan agama dan bangsa supaya kita saling berbalah untuk mencapai cita-cita peribadi adalah amat di keji. Inilah yang terjadi semasa PRU14 di mana PPBM telah menyertai PH untuk mejatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Cita-cita tersebut telah berjaya tetapi negara dan rakyat sengsara di bawah PH kemudian di bawah PN. 

Berita sensasi mengenai Tun Mahathir nak menyertai UMNO di lontarkan semula tetapi Presiden UMNO dengan tegasnya menyatakan Tun Mahathir "cari perumahan" lain untuk mencipta sejarah peribadinya untuk menjadi PM-9. Kenyataan tegas itu telah melegakan kegelisahan pemimpin-pemimpin UMNO dan akar umbinya dengan pelbagai andaian bahawa adakah UMNO akan menerima balik Tun Mahathir setelah apa yang Tun Mahathir telah lakukan terhadap UMNO dan pemimpin-pemimpinya.

Kemudian pemimpin-pemimpin PPBM mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mesti memikirkan ummah Melayu dan agama agar negara tidak jatuh ke bawah PH yang di ketuai oleh Dapigs. Persoalannya adakah PPBM semasa PRU14 memikirkan ummah Melayu dan agama apabila melancarkan perang fitnah dan persepsi buruk terhadap UMNO/BN?

Selama 63 tahun Malaysia merdeka, UMNO tidak pernah melupakan slogan demi agama, bangsa dan negara (ABATA) dalam setiap polisi dan gerak kerja UMNO untuk rakyat dan negara. Kita tidak menyangkalkan bahawa rakyat sebenarnya sedang menunggu untuk menghukum PPBM dan PH dalam PRU15. Slogan, janji manifesto dan polisi banyak yang mengencing rakyat dan merugikan negara. Bahana yang di kecapi oleh rakyat dan negara selepas {RU14 adalah akibat dari kelemahan pemimpin-pemimpin PH dan PPBM dalam menguruskan dan mentadbir negara.

Bah kata peribahasa Melayu "mengatakan orang tetapi awak yang lebih", itulah yang terjadi kepada PH dan PPBM.    "Cakap berdegar-degar tetapi tahi bergelumang di buntut" dan/atau "cakap tak serupa bikin", akhirnya rakyat dan negara yang merasai dan di rasainya. Inilah kelazatan slogan "INI KALILAH" "JOM UBAH", memang Allah (SWT) hendak menunjukkan kepada kita antara permata dan kaca. Bukan senang untuk mentadbir negara yang berbilang bangsa, agama, faktor sosial, ekonomi dan kewangan yang berbeda. Nak kata Malaysia tiada sumber asli, tiada sistem kewangan, tiada faktor ekonomi dan tiada tarikan kepada pelabur adalah satu perkara bohong. Malangnya pemimpin-pemimpin PH dan PPBM lebih pentingkan politik mileage dari kepentingan rakyat dan negara. Mereka tidak dapat membedakan bahawa PRU sudah tamat sekarang masa untuk kerja bagi rakyat dan negara bukan politiking sepanjang masa. Inilah yang membedakan antara UMNO/BN dengan PH dan PPBM.

Kita sokong sepenuh kenyataan MT UMNO tidak menerima jawatan TPM dan tiada kerjasama dengan PPBM demi agama, bangsa dan negara. Ini bukan tindakan balas dendam tapi lebih kepada pengajaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO serta akar umbi UMNO agar setia kepada parti dan perlembagaan parti. Ingat kekalahan umat Islam di Uhud adalah di sebabkan anggota-anggota tentera Islam yang tamak melihat harta perang dan tidak patuh kepada perintah pemimpin-pemimpin serta tak taat kepada syariat Islam.

Perbedaan antara UMNO dan PAS adalah UMNO telah menjadi kerajaan pusat selama 60 tahun lebih sebaliknya PAS hanya mampu menjadi kerajaan di Kelantan. Malahan di kerajaan Terengganu dan Kedah akan bertukar balik kepada UMNO apabila rakyat tidak berkenan dengan pentadbiran dan pengurusan polisi PAS. Adalah diingatkan bahawa PAS apabila dapat kuasa mereka lebihkan kepada ahli-ahli PAS dan ingin membanyakkan pengaruh dan cawangan serta PASTI PAS sahaja. Ini adalah untuk menyebarkan doktrin PAS yang kononnya Islam itu PAS, PAS itu Islam. Itulah yang terjadi dalam isu kafir mengkafirkan UMNO dan ahli-ahli UMNO satu ketika dulu. Kita mengganggap PAS ini seperti musang berbulu ayam. Mereka akan menyokong apabila ada kepentingan tetapi akan menarik balik sokongan sekiranya tidak memihak kepada mereka.

Kita harap UMNO jangan terkena seperti PRU14, ditikam dari kiri kanan depan dan belakang oleh kawan dan lawan sepanjang masa. 



 



 



 

 

 

Sunday, June 14, 2020

Adakah UMNO kena berkorban untuk PPBM bagi manfaatkan PN...



Keterujuaan PPBM dalam memerintah Malaysia sekarang di bawah panji Perikatan Nasional adalah satu matlamat untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia akibat dari perletakkan jawatan Tun Mahathir Mohamed sebagai PM-7. 

Adalah di maklumkan bahawa pemimpin2 UMNO/BN tahu bahawa setakat ini sokongan UMNO/BN kepada PN adalah bagi membolehkan TSMY menjadi PM-8 dan apabila Parlimen di bubarkan maka UMNO/BN akan bersama dengan PAS dalam Muafakat Nasional. Ini adalah matlamatnya iaitu pemimpinan Melayu dan Islam menerajui pemerintahan Malaysia dan negeri-negeri di Tanah Melayu.  

Adalah di ketahui umum bahawa PPBM sekarang sudah bergolak antara TMM dan TSMY di mana hanya 5 MP sahaja mengikut TMM. TMM pula lebih cenderong kepada PH yang di dalangi oleh Dapigs, PKR dan Amanah. Umum juga mengetahui bahawa PH gagal dalam menguruskan dan mentadbir Malaysia apabila rakyat telah memberi peluang kepada PH selepas menang PRU14 tempoh hari. PH adalah dianggap sebagai Kerajaan Gagalkrasi dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sahaja.

Sekarang TMM dan lima MP telah menyaman TSMY dan Pengarah ROS kerana pemecatan TMM dan lima MP itu tidak sejajar dengan Perlembagaan PPBM dan melanggar peraturan-peraturan mesyuarat PPBM dan ROS.

Kenyataan "PPBM Supreme Council Wan Saiful Wan Jan says UMNO will have to sacrifice the most if it wants the Perikatan Nasional (PN) coalition to continue".

Kita rasa kenyataan Wan Saiful ini tidak lebih dari kenyataan mainan politik PPBM yang tahu bahawa setelah lima kali PRK orang Melayu telah menolak bulat-bulat PPBM. Sebenarnya PPBM yang di persimpangan antara meninggalkan PPBM, menutup dan membubarkan PPBM kembali kepada UMNO atau bergabung dengan partai yang akan di bentuk oleh blok Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin. Bila terbentuk partai Azmin Ali bermakna Azmin Ali pun bercita-cita untuk menjadi PM, Maka terjadilah perebutan jawatan PM antara TMM, DSAI, TSMY dan AA. Barang di ingat sekiranya Insya Allah,  UMNO/BN/PAS menang dalam PRU15 maka lantikan ke jawatan PM akan di berikan kepada UMNO/BN dan PAS sebagai TPM. Ini memandangkan UMNO/BN lebih berpengalaman dalam mentadbir dan menguruskan hal-ehwal negara sebelum ini.

Kita suka dengan saranan Ku Li yang menggesa supaya PPBM di bubarkan dan kembali kepada UMNO seperti mana Semangat 46 dahulu kerana setiap pemimpin-pemimpin PPBM sekarang ada DNA UMNO di dalam tubuh badan mereka. Barang di ingat sekiranya kita berpecah maka ini akan menguntungkan pihak lawan terutamanya Dapigs yang akan kembali memerintah Malaysia. 

Adakah kita tidak serik dengan pemerintahan huru hara Dapigs selama 22 bulan. Allah (SWT) telah tunjukkan kepada kita pemerintahan PH (Dapigs, PKR, Amanah dan PPBM) yang banyak mencelakakan rakyat dan negara. Nasib baik Allah (SWT) sedarkan pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam dalam PH bahawa kelian tidak mampu mentadbir rakyat dan negara. 

Kita baru ini telah di kejutkan oleh kenyataan YB Mersing yang juga Menteri Luar Bandar iaitu UMNO Sabah sudah tidak laku lagi. Ini sudah tentu menimbulkan rasa marah di kalangan kepimpinan UMNO Sabah dan juga UMNO di peringkat pusat. Penasihat BN iaitu Tok Jib sarankan kita ambil balik kerusi Mersing dan kenyataan Tok Jib itu di sokong pula oleh DSZH walaupun YB Mersing telah memohon maaf akan kekhilafannya. Ini menunjukkan bahawa UMNO/BN akan bertanding di kawasan-kawasan yang di menangi oleh UMNO yang mana YB telah mengikut "acara katak si katak lompat" ke PPBM. Ini bermakna selain Mersing, Larut, Masjid Tanah, Hulu Teganu, Tasek Gelugur, Sabak Bernam, Tanah Merah dan Jeli tidak akan diberikan secara percuma kpd PPBM tetapi UMNO/BN akan bertanding semula di kawasan tersebut.

Kita nantikan apakah kesudahan PPBM ini...UMNO/BN/PAS sudah ada Muafakat Nasional. Rakyat semakin serasi dengan Muafakat Nasional yang amat di cemburui oleh pihak lawan terutama TMM, DSAI dan Dapigs serta Baruanya PAN aka Amanah.

Kita akan sokong TSMY dan geng sekiranya PPBM di bubarkan dan masuk semula ke dalam UMNO. Tanpa PPBM insya allah UMNO tetap akan mendapat sokongan rakyat jelata. Lebih lagi kebanyakkan rakyat sekarang rindu pemerintahan UMNO/BN yang dapat menstabilkan politik Malaysia selama 60 tahun.





   

Friday, May 29, 2020

Politiking gila...



Politik Malaysia sekarang semakin gila di sebabkan pemimpin mantan PM4 & PM7 ("TMM") yang mengila untuk merebut dan/atau merampas jawatan PM dari Tan Sri Mahyudiin Yassin ("TSMY"). Ini adalah berikutan dari perletakkan jawatan PM7 oleh TMM pada 24/2/2020 tempoh hari dan seterusnya perlantikkan TSMY sebagai PM8 oleh DYMM YDPA setelah mendapati TSMY mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Perlu diingatkan bahawa TSMY adalah Presiden dari PPBM ("Bersatu") serpihan UMNO. Manakala TMM adalah Pengerusi Bersatu. Pertembungan antara TSMY dan TMM dalam Bersatu sudah tidak menjadi perkara yang perlu disorokkan lagi apabila MB Kedah telah kehilangan kepercayaan ahli-ahli DUN Kedah dan terpaksa meletakkan jawatan buat kali kedua dalam sejarah Kedah. Tidak pernah dalam sejarah Kedah MB terpaksa meletakkan jawatan sebanyak dua (2) kali. Mukhriz Mahathir telah mencipta sejarah seperti ayahnya juga mencipta sejarah menjadi PM dua kali dan seterusnya meletakkan jawatan PM walaupun telah di minta oleh DYMM YDPA tidak melakukannya.

Berikutan dari pergelutan tersebut partai Bersatu telah berpecah kepada dua (2) kem dan kedudukan TMM dalam Bersatu juga amat genting kerana tiada siapa berani mengatakan bahawa TMM bukannya Pegerusi Bersatu lagi. Turutan peristiwa tersebut dan penglibatan TMM dan 4 lagi MP Bersatu yang menyokong PH iaitu MP Muar, MP Simpang Renggam, MP Jerlun dan MP Kubang Pasu, maka Bersatu telah memecat kelima-lima MP tersebut. Surat pemecatan telah di keluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu tetapi malangnya SU Bersatu yang telah di pecat yang menyokong TMM memecat pula Setiausaha Kerja tersebut. Drama tersebut belum berakhir, apabila TMM seperti ayam jantan masuk ke dalam pejabat Bersatu dan meminta anggota-anggota Tertinggi Bersatu untuk memecat TMM semasa dalam siding akhbar tersebut.



TMM hanya dengan arwah Tun Razak sahaja beliau tidak bermusuh. Sekarang menjadi tandatanya adakah TMM sahaja yang layak untuk menjawat jawatan PM dan orang lain tidak layak dan tidak bijak dan tidak bagus sebagus TMM? Sekiranya di selidiki secara mendalam PM-PM sebelum ini adalah lebih baik dari TMM terutamanya DSN. Itulah sebabnya TMM menganggap DSN itu lebih bahaya dari semua PM-PM sebelum ini. 




YB Larut iaitu YB Dato' Hamzah Zainuddin yang juga SU Bersatu di bawah TSMY telah menyatakan dalam sidang akhbar bahawa TMM dan 4 lagi bukan di pecat tetapi keahlian mereka dalam Bersatu telah terhenti. "Apakah maksud telah terhenti" dalam Perlembagaan Bersatu. Nasib baik UMNO tiada perkara-perkara sebegini dalam Perlembagaannya. Inilah akibatkanya terlalu takut dan taksub dengan pemimpin yang "gila kuasa" sehinggakan nak cakap "kamu di pecat dari Bersatu" pun susah tapi sebaliknya cakap "keahlian kamu dalam Bersatu terhenti". Bersatu hanya bergantung kepada TMM begitu juga PKR kepada DSAI.

Akibatnya TMM lagi naik tocang dan dalam sidang akhbarnya banyak perkara-perkara "pengkhianatan" TSMY telah di lontarkan kepada wartawan tetapi umum tahu bahawa TMM sebenarnya ingin terus mengejar jawatan PM dan memegangnya sehinggalah saat kematiannya. Malangnya urusan Allah (SWT) itu lebih sempurna dari urusan manusia. Rakyat sudah memahami dan meluat serta mengkritik TMM secara terbuka sehinggakan ada yang cakap dalam media social "rumah sudah kata pergi kubur sudah kat mari". Rasa hormat kepada TMM sebagai negarawan telah hilang sebaliknya TMM di anggap oleh rakyat terutamanya orang-orang Melayu dan Islam sebagai "Pengkhianat dan Pembelot" kerana merobek kedaulatan dan kekebalan Melayu dan Islam kepada DAPIGS semasa PRU14. Akhirnya kerajaan PH yang di terajui oleh TMM dan di dokong kuat oleh DAPIGS jatuh setelah TMM meletakkan jawatan pada 24/2/2020. Rakyat Malaysia menganggap 22 bulan yang penuh dengan malapetaka.

Sekarang TMM sedang berusaha untuk memecat TSMY dari Bersatu setelah blogger TMM dan DSAI mengeluarkan kenyataan bahawa TMM dan DSAI mempunyai 129 MP untuk membentuk kerajaan baru yang mana DSAI akan menjadi PM9. Malangnya GPS telah mengeluarkan kenyataan bahawa itu adalah perkara lama, sekarang GPS solid di belakang TSMY. Kemudian DSAI keluarkan kenyataan bahawa sebenarnya perkara itu masih dalam work in progress. Ingat lagi kenyataan DSAI menjelang 16/9/2008 kita akan berarak menuju ke Putrajaya yang di momokkannya sehinggakan semua terhenti dan berhati-hati menantikan 16/9/2008 tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Ianya adalah momokkan blogger-blogger DSAI sahaja.

Politik Malaysia semakin meruncing akibat dari dua orang yang amat mengidamkan jawatan PM tersebut. TMM tergila-gilakan jawatan PM manakala DSAI terangan-angankan jawatan PM tersebut. Kedua-dua bolehlah di ketegorikan "gila jawatan dan kuasa PM" itu.

Sekarang kita sebagai rakyat Malaysia yang rasional mesti memikirkan adakah masa depan kita hendak di serahkan kepada TMM dan DSAI dan konco-konconya untuk meratah dan menjahanamkan Malaysia. Kita telah hadapi 22 bulan penuh dengan malapetaka kepada rakyat dan negara. Adakah kita ingin menghadapinya sekali lagi.









Wednesday, April 15, 2020

COVID-19...ujian Allah (SWT)...


"Allah (SWT) tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikannya) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya"...

Kadang-kadang kita bertanya kepada diri sendiri dan juga kepada Allah (SWT) kenapa kita di uji dengan berat sekali? Adakah kita tahu ujian itu sebenarnya datang daripada Allah (SWT) sebagaimana Rasul-Rasul terdahulu termasuklah Nabi Muhammad (SAW) pun telah di uji oleh Allah (SWT). Inikan pula kita manusia yang kerdil dan kecil sekelumit kuman di sisi Allah (SWT) di jadikan sebagai Khalifah di muka bumi untuk menegakkan agamanya, Islam dan menyebarkan agamanya, Islam berdasarkan apa yang telah di nyatakan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW).

Kebarangkalian kita tidak di uji itu adalah satu mitos yang tidak akan dibincangkan kerana setiap manusia yang di hidupkan di dunia oleh Allah (SWT) pasti akan diuji dengan pelbagai ujian untuk mengetahui samada manusia itu tetap teguh dengan akidahnya dan imannya serta patuh kepada Allah (SWT) malahan bersabar dengan ujian Allah (SWT). Hanya manusia yang putus asa dan berpaling dari Allah (SWT) sahaja akan di laknatinya kerana membantah dengan ujian Allah (SWT). 

Penyakit itu memang datang dari Allah (SWT) dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Kenapa negara China di landa dengan wabak yang sungguh dahsyat iaitu COVID-19. Kita mesti melihat dengan tingkahlaku, pemakanan dan persekitaran sesuatu tempat yang mengakibatkan wabak tersebut merebak. Inilah yang terjadi di Malaysia satu ketika dulu yang terkenal di Bukit Pelanduk "Wabak Nipah".

Kita mesti ingat bahawa di dalam Al-Quran Allah (SWT) telah menyatakan dengan jelas bahawa Allah (SWT) tidak akan sekali-kali menguji hambaNYa diluar kemampuan hambaNya. Allah (SWT) menguji kita bukan kerana Allah (SWT) benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah (SWT) sangat kasih kepada kita. Setiap kejadian yang di timpakan kepada kita oleh Allah (SWT) sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Cuba bayangkan sebelum kita dapat pergi ke mana sahaja di bumi yang ciptakan untuk kita samada melancong ke luar negara, umrah, makan minum di restoran mewah, melepak di kedai Kopitiam, Mamak, pergi masjid berjumaat, sembahyang berjemaah dan seterusnya pergi kerja dan melakukan segala aktiviti yang menjurus kepada kehidupan manusia di dunia dan diimbangi dengan tuntutan Allah (SWT) untuk akhirat. Apabila Covid-19 melanda negara Malaysia segala nikmat dan keselesaan kita telah di tarik balik apabila kerajaan mengisytiharkan "Movement Control Order (MCO)" selama 14 hari untuk mencegah wabak Covid-19 ini merebak, semasa article ini di tulis kerajaan telah melanjutnya MCO sampai 28/4/2020. 

Inilah ujian yang Allah (SWT) turunkan kepada kita iaitu untuk mengetahui samada kita ini manusia yang telah di jadikan oleh Allah (SWT) sebaik-baik manusia sanggup menghadapi ujian Allah (SWT) yang telah menarik nikmat kita ada sebelum ini.

Rasullah (SAW) bersabda:

"Tidak akan menimpa muslim SAKIT, KELETIHAN, KEBIMBANGAN, GANGGUAN, KESEDIHAN dan DUKA hingga duri yang mengenai dirinya. Kecuali Allah (SWT) akan MENGHAPUSKAN DOSAN-DOSANYA".

Manusia pasti akan merasa keletihan dan lesu apabila melakukan sesuatu pekerjaan ini. Kita harus ingat setiap keringat yang di keluarkan akan dinilai sebagai ibadat kepada Allah (SWT). Oleh itu "frontliner" pasti kamu ada kekuatan untuk terus berkhidmat kerana Allah (SWT) kerana kamu harus mengetahui bahawa tugasan yang kamu lakukan itu pasti ada kebaikan yang tersemat yang secara diam-diam Allah (SWT) hantar kepada kamu sebagai penghapus dosa-dosa lalu. Kepada orangramai atau rakyat tolong berikan kerjasama untuk mematuhi perintah MCO tersebut bagi mematikan wabak Covid-19 daripada menular dengan lebih cepat. Kita sama-sama bergandingan untuk mematahkan wabak Covid-19 dengan motto "Bersatu teguh Bercerai kita roboh". Bila benteng kita roboh sudah pasti Covid-19 ini akan menjarah kita dengan sesuka hati dan mungkin kita akan di kurung lebih lama lagi. Ini sudah tentu akan menyukarkan semua pihak baik kerajaan, hospital, petugas-petugas hospital, polis, tentera dan mahupun rakyat jelata. 

Bila sesorang itu di landa sakit maka Allah (SWT) akan hantar 4 malaikat untuk menjaga kita iaitu malaikat yang mengambil kekuatan kita sehingga menjadi lemah, malaikat mengambil rasa lazatnya makanan dari mulut kita, malaikat mengambil cahaya terang di wajah kita sehingga berubah menjadi wajah letih dan lesu dan malaikat yang mengambil semua dosa-dosa kita yang lalu maka berubahlah kamu menjadi suci dari dosa. Apabila Allah (SWT) memberi kesembuhan kepada kamu, maka Allah (SWT) akan memerintahkan malaikat-malaikat kembalikan nikmat kekuatan, nikmat kelazatan dan nikmat keserian wajah tetapi dosa-dosa lalu tidak dikembalikan. 

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah (SWT) seraya berkata "Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?"

Allah (SWT) menjawab "Tidak baik bagi kemulianKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut"

Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud:

"Setiap muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya".

Kebimbangan memang terpancar dalam setiap sanubari manusia ketika menghadapi wabak Covid-19. Sebagai manusia yang berakal kita mesti beriktiar untuk keluar dari rasa kebimbangan dengan cara berdoa dan bertawakal. Keputusanya serah kepada Allah (SWT). Dengan itu hati kita akan lebih tenang dan bahagia, Insya Allah. 

Allah (SWT) timpakan kita dengan ujian Covid-19 supaya kita bersabar. Jika kita anggap negara Malaysia sahaja yang ditimpa dengan musibah Covid-19 ini, maka kita mesti melihat paparan di akhbar-akhbar mahupun di media sosial bahawa Covid-19 ini sudah menjadi "epidemic dunia".  

 #STAYATHOMEFIGHTCOVID19
#DUDUKDIRUMAHLAWAN COVID-19  


Sunday, March 15, 2020

Tiga tokoh yang sedang berperang...






Tun Mahathir Mohamad

Tun telah menjadi PM-4 selama 22 tahun. Kenangan rakyat terhadap Tun ialah KLCC dan Putrajaya, kereta nasional Proton dan banyak projeknya yang di serahkan kepada kroni gagal di tengah jalan dan terpaksa di "bailout" oleh kerajaan contohnya LRT Ampang. Perwaja Steel, MAS, Bakun dan lain-lain. Malangnya rakyat tidak merasai apa-apa dari kenikamatan dan kemewahan Malaysia pada ketika itu. Malaysia di kejutkan dengan "permasalahan kerugian Forex" semasa pemerintahan PM-4. Tiada reformasi ekonomi yang utuh dan comprehensive yang telah di laksanakan semasa PM-4. Keutamaan PM-4 pada ketika itu ialah mengekalkan kuasa dan memperkayakan kroni-kroninya melalui dasar perswastaan. Habis semua ingin diswastakan dan diserahkan kepada kroni-kroninya untuk di majukan tetapi di pertengahan jalan banyak yang terbengkalai yang terpaksa di "bailout" oleh kerajaan. Maknanya pada ketika itu segala kemewahan yang di miliki oleh Malaysia telah di salurkan untuk menperkayakan kroni-kroninya sahaja.



Dato Seri Anwar Ibrahim

Pengasas Parti Keadilan Rakyat. DSAI telah di penjarakan semasa pemerintahan PM-4 akibat salah laku dan salah guna kuasa terutama kesalahan "meliwat" atau dalam bahasa mudah "main belakang". DSAI adalah pengasas ABIM dan banyak lagi sebelum beliau masuk UMNO dan terus menyinar naik ke puncak menjadi Timbalan Presiden UMNO. Regu Tun MM dan DSAI adalah di anggap regu yang paling dinamik dan utuh di kalangan pemerhati politik Malaysia pada ketika itu. Malangnya DSAI agak gelojoh dalam perang politiknya apabila cuba melawan towkay iaitu Tun MM. Maka terjadi peristiwa perang Mahathir v Anwar pada tahun 1998 di mana Anwar telah di pecat daripada kerajaan dan semua jawatannya dalam UMNO. Anwar telah melakukan gerakan democrazy seperti mana di lakukannya semasa Anwar menjadi pelajar universiti dahulu iaitu gerakan demo jalanan. Ini telah berterusan selama beberapa tahun semasa pemerintahan Tun MM dengan teriakan "REFORMASI". Semasa Anwar di penjarakan dan gerakan reformasi itu telah di pimpin oleh Dr Wan Azizah iaitu isteri Anwar. Semasa PRU12 PKR dengan Dap berjaya menawan Selangor dan Pulau Pinang. Inilah permulaan politik reformasi yang mana rakyat mula terpancing dengan politik "perception" seperti hasutan, fitnah, pembohongan dan penipuan yang di paparkan dalam media sosial. Kempen perception Pakatan Rakyat di laksanakan oleh Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Phua (Dap) dan di bantu oleh RBA. Semasa PRU13 Pakatan Rakyat telah berjaya mengurang majoriti BN dalam Parlimen Malaysia.




Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

Beliau adalah anak sulung Arwah Tun Razak ialah PM-2 Malaysia yang meninggal dunia dalam jawatan pada ketika umurnya 54 tahun. Perjalanan politik DSNR amat panjang dan berliku. Apabila ayahanda beliau meninggal dunia maka kekosong jawatan Dato' Shahbandar telah di isi oleh beliau. Kemudian timbul pula kekosongan jawatan Parlimen Pekan. UMNO/BN telah mencalonkan DSNR sebagai calon bagi mewakili UMNO/BN pada ketika itu di usia 23 tahun. Beliau menang dan di lantik untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. DSNR telah meniti tangga politik dengan secara berperingkat-peringkat iaitu 10 tahun pertama sebagai MB Pahang, 10 kedua sebagai Ketua Pemuda UMNO dan jawatan Timbalan Menteri, 10 tahun ketiga sebagai Naib Presiden UMNO dan jawatan Menteri penuh dan 10 keempat sebagai TPM dan seterusnya PM. Semasa menjadi PM DSNR telah memperkenalkan dasar 1Malaysia, Transformasi Bandar dan Luar Bandar, BRIM, rangkaian keretapi dalam bandar dan luar bandar dan yang paling di benci oleh towkay-towkay Cina ialah GST. Ini juga di benci oleh kroni-kroni Tun MM apabila syarikat-syarikat mereka telah di beli oleh syarikat pelaburan negara iaitu IMDB. Kegiatan perniagaan IMDB mula meletup sekitar 2016 dan memuncak pada 2018-2019 dengan perbagai persepsi iaitu DSNR telah merompak, menyamun dan mencuri duit rakyat menerusi IMDB. Akibatnya persepsi, fitnah, penipuan, pembohongan serta cacian akhirnya kerajaan UMNO/BN dan DSNR tumbang dan rebah ke tanah. Cita-cita DSNR untuk menjadikan Malaysia negara maju berkubor. Setelah jatuh DSNR terpaksa menghadapi pertuduhan di Mahkamah di atas pertuduhan salah guna kuasa, AMLA dan rasuah. Semasa artikel ini di tulis pihak pembelaan iaitu team pembelaan DSNR telah menutup kes mereka. Inilah harga di bayar oleh DSNR yang prihatin terhadap permasalahan rakyat dengan rakyat menjadi agenda utama pemerintahan DSNR selama 9 tahun. PHancing ingat mereka telah berjaya membunoh DSNR secara "total" tetapi andaian PHancing agak meleset sekali apabila DSNR bangkit dengan slogan #"MALUAPABOSSKU" yang telah menjadi satu fenomena rakyat untuk beramah mesra dengan DSNR secara santai.    

Malahan Tun MM telah mengakui bahawa Tok Jib aka #MALUAPABOSSKU itu adalah lebih merbahaya dari bahaya DSAI. Ini mengokohkan andaian bahawa Tun MM sememangnya takut dengan kelebihan Tok Jib dan perancangan yang telah di laksanakannya untuk raykat dan negara Malaysia selama 9 tahun Tok Jib memerintah Malaysia.




Kerjasama Tun MM dan DSAI serta DAPIGS

Menjelang PRU14 satu pakatan pembangkang telah terbentuk apabila Tun MM dan DSAI telah berbaik-baik semula untuk membentuk satu pakatan bagi menjatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Pada ketika itu tiada siapa dapat melawan gelombang yang telah di cipta oleh Rafizi Ramli dan Tony Phua dalam media sosial serta pasukan RBA dan Ideal untuk menjatuhkan UMNO/BN dan DSNR. Boleh dikatakan majoriti rakyat percaya apa yang di perkatakan di dalam media sosial oleh pasukan Pakatan pembangkang. Apabila PAS berpecah akibat daripada kekalahan para professional dalam pemilihan parti PAS, maka pemimpin-pemimpin professional dan ulamak berhaluan kiri telah keluar PAS dan menubuhkan parti AMANAH (PAN). Maka lengkaplah pakatan pembangkang ketika itu yang mana PAS tidak mahu mengganggotai pakatan pembangkang kerana ada Dap dan PAN. Walaupun PAS agak kekok dnegan agenda Tun MM dan DSAI. PAS telah menjadi pembangkang hampir 30-40 tahun dalam politik Malaysia. PAS pernah Bersama dengan Pakatan Rakyat yang ada Dapigs, Barisan Alternatif dan sebagainya tetapi tidak Berjaya menumbangkan UMNO/BN. 

Dapigs tercium satu peluang untuk Dapigs mempergunakan dan memecah belahkan undi Melayu dengan memperkudakan Tun MM dan DSAI bagi mendapatkan undi Melayu lebih kurang 15%-20% untuk membolehkan Dapigs menjadi kerajaan buat pertama kalinya. Dapigs tahu kaum Cina dan sebilagan kaum India akan menyokong agenda Dapigs iaitu Malaysia Malaysian. Kedua-dua Tun MM dan DSAI tidak menghidu agenda Dapigs tersebut, walaupun kedua-duanya tahu dan pernah berseteru dengan Dapigs semasa mereka dalam UMNO/BN dulu tetapi agenda "kuasa dan jawatan PM" itu lebih penting dari segala-gala. Maka bermulanya "PENGKHIATAN" terhadap agenda Melayu, Islam dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta apa sahaja yang ada kena mengena dengan Melayu dan Islam di caci, dihina, diherdik dan di perlekehkan.

Tun MM, DSAI, Lim Kit Siang dan Mat Sabu telah memeteraikan ikatan mereka di bawah PAKATAN HARAPAN iaitu Harapan untuk rakyat Malaysia Baru dengan agenda menumbangkan UMNO/BN dan DSNR. Manifootuh PHancing pun di keluarkan iiatu dalam 100 hari PHancing akan laksanakan iaitu hapuskan tol, turunkan harga minyak, tangguh pembayaran PTPTN sehingga gaji 4,000, peluang pekerjaan 1,000,000 dan lain-lain lagi. Majoriti rakyat Malaysia termakan dengan umpan PHancing lebih-lebih lagi team propaganda Rafizi Ramli dan Tony Phua telah memesongkan pemikiran rakyat menjadi nekad untuk "Ubah ini kali" dengan mengundi PHancing. Akhirnya Mei, 2019 kerajaan UMNO/BN dan DSNR tumbang dan rebah ke bumi. Maka bermula era PHancing di Putrajaya dengan di kepalai oleh PM-4 sebagai PM-7. Namun begitu PM-7 hendaklah memberikan jawatan PM tersebut kepada PM-8 "in waiting aka PM tepi" selepas dua tahun memegang tampuk jawatan PM. Malangnya selepas 19 bulan PM tepi tidak sabar menanti apabila PM-7 berdolak dalih tentang masa yang sesuai untuk menyerahkan jawatan PM tersebut. Maka permainan politik tikam belakang pun bermula. Pemimpin-pemimpin PHancing berkelahi antara mereka dalam menentukan siapa yang layak menjadi PM, ekonomi negara di ketepikan dan kesejahteraan rakyat diabaikan. Akhirnya ekonomi Malaysia semakin merudum, pasaran Bursa KLSE jatuh teruk, nilai ringgit jatuh dengan drastik, pergerakan ekonomi domestik yang perlahan dan rakyat semakin tertekan dengan harga barangan serta kos kehidpuan semakin meningkat. 

Janji-janji manifootuh PHancing hanya tinggal janji dan Tun MM katakan "manifootuh itu bukan kitab suci yang perlu di patuhi". Maka episode mengencing PHancing pun bermula rakyat betul-betul dikencing dan diabaikan. Semasa PHancing memerintah rakyat di gesa untuk membantu kerajaan dengan mendermakan harta benda mereka kepada Tabung Harapan kononnya untuk bayar untuk yang di tinggalkan oleh kerajaan UMNO/BN dan DSNR dalam krisis IMDB. Rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada PHancing dan mempercayai bulat-bulat apa yang di perkatakan. Malangnya rakyat tidak tahu apakah agenda PHancing sebenarnya untuk menumbangkan UMNO/BN dan DSNR. Segala penafian mengenai PHancing di kuasai oleh Dapigs tidak di nafikan oleh Tun MM. Ini memang terbukti apabila Dapigs dengan sombong dan angkuh melaksanakan agendanya dengan menghulurkan bantuan kepada kaum-kaum sejeninya dengannya dan membantu sistem Pendidikan sejenis dengannya serta banyak lagi yang di laksanakan Dapigs. Rakyat mula sangsi dengan PHancing. Akhirnya kerajaan PHancing yang tegak di atas penipuan, fitnah, pembohongan dan persepsi jatuh dengan sendirinya oleh PHancing juga. PHancing hanya Berjaya memerintah 22 bulan sahaja bukan 22 tahun.

Tamat sudah riwayat PHancing maka timbul pula Perikatan Nasional (PN) iaitu gabungan individu-individu (MP-MP) dari parti-parti politik UMNO/PAS/BERSATU yang di kepalai oleh TSMY. Kita nantikan episode apa yang terjadi pada 18/5/2020 nanti.


   


Friday, March 6, 2020

Jelajah PHancing...kembali kepada azalinya...

"Jelajah PHancing"


Sejak 1/3/2020 selepas TSMY di lantik menjadi Perdanan Menteri Malaysia No.8, maka PHancing telah melancarkan jelajah Mandat Rakyat secara rasminya. 

Masalahnya tiada siapa yang menyuruh PHancing membubarkan dan/ataupun meletakkan jawatan dalam kabinet tetapi kesalahan tersebut hendaklah di tuding kepada Tun MM sendiri yang meletakkan jawatan sebagai PM pada 24/2/2020. Mak secara automatik semua jawatan Menteri kabinet Tun MM terlucut dengan sendirinya dan kerajaan PHancing rebah ke tanah.

Tiada istilah kerajaan pintu belakang kerana Tun MM tidak di gulingkan mahupun undi tidak percaya di laksankan di dalam Dewan Rakyat oleh pembangkang. Perancangan "Sheraton Move" juga gagal kerana Tun MM tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO secara en block. Tun MM hanya mahu bekerjasama dengan individu-individu di dalam UMNO sahaja.

Perancangan terakhir Tun MM juga gagal di mana Tun MM menjadi PM tetapi kabinet yang akan dipilih tidak semesti ada kaitan dengan mana-mana parti politik iaitu Tun MM akan memilih siapa sahaja yang di fikirkan sesuai dan "competent" untuk menduduki kabinet Tun MM kelak. Kuasa penuh adalah di dalam tangan Tun MM. Malangnya lontaran idea ini tidak di persetujui oleh Muafakat Nasional iaitu UMNO/PAS kerana Tun MM akan menjadi MAHAFIRAUN.

Maka persoalan lantikan PM-8 itu berlarutan sehingga 1/3/2020 yang mana TSMY telah di persetujui untuk membuat "coalition" baru yang di gelar PERIKATAN NASIONAL untuk membentuk kerajaan dengan majority 114 MP. Selepas pengisytiharan TSMY sebagai PM-8, DSAI menjadi kelam kabut terus menyokong Tun MM kononnya Tun MM sudah ada cukup MP-MP untuk menubuhkan kerajaan dan di lantik semula sebagai PM-8. Kita merancang tetapi perancangan Allah (SWT) itu lebih manfaat dan mudah dari perancangan manusia yang berbelit-belit banyak tipu daya serta pembohongan untuk terus memegang kuasa. Malangnya DYMM Agung tidak menerima sebarang temui janji berkaitan dengan lantikan PM-8 setelah Baginda memutuskan dengan muktamad selepas perbincangan dengan Duli-Duli Maha Mulia dalam bersidang Khas Raja-Raja Melayu pada 28/2/2020. Inilah lambang kebanggaan Kedaulatan Malaysia dan keluhuran Perlembagaan Malaysia yang kita mesti taat dan perhalusi iaitu kesetiaan kepada Raja.

Sebelum TSMY di lantik sebagai PM-8, Peguam Negara telah meletakkan jawatan. Setelah TSMY di lantik Pengarah SPRM pula meletakkan jawatan. Kemudian pada 6/3/2020 Tan Sri Idrus Harun iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan telah di lantik sebagai Peguam Negara. Semasa artikel ini di tulis kumpulan pendesak telah mendesak agar Pengarah SPR iaitu Azahar Harun dan teamnya meletakkan jawatan sebagai SPR kerana mereka ada kaitan dengan parti-parti politik PHancing semasa di lantik sebagai SPR dan masih lagi condong kepada sentimen kepartian dalam tindak tanduk mereka semasa PRK-PRK tempoh hari. 

BERSIH 2.0 cuba mencetuskan "demo jalanan" apabila TSMY di lantik sebagai PM-8 tetapi gagal untuk menarik perhatian rakyat kerana rakyat boleh bedakan antara pemimpin penipu, pembohong, kaki kencing dan kaki fitnah dengan pemimpin yang bekerja untuk negara dan rakyat. Apabila BERSIH 2.0 gagal maka PHancing tukar kepada "jelajah Mandat Rakyat" kononnya untuk menipu, membohongi dan menyebarkan fitnah kepada rakyat kononnya TSMY telah mengkhianti PHancing dengan membentuk PERIKATAN NASIONAL secara pintu belakang.

Sekiranya kita dengar ceramah "jelajah mandate rakyat" terutama Mantan Menteri Agama, Mantan Menteri Wilayah dan lain-lain Menteri yang terlucut jawatan apabila Tun MM meletakkan jawatan pada 24/2/2020, maka kita pun terfikir adakah Mantan-Mantan Menteri ini hilang jawatan kerana mereka di gulingkan dan/atau kerana Tun MM tidak mahu DSAI menjadi PM-8 dan/atau Tun MM merasakan Mantan-mantan Menteri ini telah mengakibatkan Malaysia semakin teruk dari segi kesejahteraan, keharmonian, perkembangan ekonomi dan kemajuan yang ingin di capai. Dasar pemimpin-pemimpin Dapigs banyak merungkaikan ketidakbolehan kepimpinan PHancing untuk menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia adalah terserlah. Sebelumnya ini dalam Manifoottuhnya PHancing mengariskan berbagai janji dan kepimpinan PHancing yang kononnya berkaliber dan berilmu pengetahuan tinggi dengan pelbagai "formula" untuk contohnya minyak turun dan hapuskan tol, hapuskan PTPTN dan sebagainya", Malangnya apabila dapat sahaja kuasa semua "formula" hilang ke laut dan perkara bulan dan bintang tidak dapat di laksanakan kerana kekangan kewangan akibat kononnya kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan permasalahan rasuah salah guna kuasa serta hutang 1MDB yang mengakibat hutang negara telah melonjak kepada 1 trillion.

Permasalahan tersebut adalah sandiwara PHancing terutamanya Dapigs yang banyak memegang kuasa dalam pemerintahan PHancing. Dapigs memegang jawatan MOF, Penerangan, Pertahanan, Pelajaran, Industri, Sumber Manusia, MITI. Dapigs adalah penyebab segala aset-aset GLC terjual kepada orang ketiga yang bersekongkol dengan Dapigs kerana untuk mengurangkan penguasaan GLC dalam eknomi negara yang di terajui oleh bumiputra dan Melayu menjadi susut. Dapigs cuba untuk membunuh ekonomi bumiptra dan Melayu tetapi perancangan Dapigs ini telah dihidu oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin Melayu yang nasionalis. Ini di burukkan lagi apabila Dapigs cuba mencorakkan system pelajaran negara dengan acuan sistem pelajaran sekolah Cina yang mana jawi dan Pendidikan Islam tidak perlu di titik beratkan dan sejarah dalam sukatan pelajaran pula cuba di ubah dengan mengisytihar bahawa "komunis adalah penjuang kemerdekaan negara". Ini baru secebis "propaganda Dapigs dalam pentadbiran kerajaan PHancing" tetapi mereka-mereka yang pernah kerja dengan pemimpin-pemimpin Dapigs selama 22 bulan sudah tentu mengetahui akan perancangan sulit Dapigs untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah "REPUBLIK".

Undang-undang di bawah PHancing betul-betul menjadi "Rule of the Jungle" iaitu siapa yang berkuasa akan menentukan samada tindakan undang-undang akan di kenakan ataupun tidak. Inilah yang terjadi kepada kes Adib, kes rogol amah oleh YB Dapigs, kes rasuah SUpol Menteri Pertanian, kes rasuah Rafik PPBM, kes rasuah ADUN Dapigs, kes rasuah dan salah gunakuasa Gone End di tarik balik dan paling ketera kes ialah 12 orang berkaitan LTTE. Inilah yang di katakan "ketam mengajar anaknya berjalan lurus" sebelum menjadi kerajaan banyak tohmahan dan hasutan di buat terhadap kerajaan UMNO/BN tentang penguatkusaan undang-undang tetapi bila PHancing menjadi kerajaan penguatkuasaan undang-undang menjadi lebih buruk daripada buruk. Rakyat tidak percaya kepada sistem perundangan kerana sistem itu telah dicemari oleh PHancing dan rakyat menjadi sangsi samada sistem perundangan dapat menegakkan keadilan.




Kenapa PPBM nak buat rapat umum sedangkan PM-8 adalah Presiden PPBM iaitu TSMY. Adakah tujuan rapat umum PPBM tersebut? Adakah untuk mengatakan bahawa PM-8 telah mengkhianati Tun MM sedangkan Tun MM yang mengkhianati mandate rakyat apabila Tun MM meletakkan jawatan pada 24/2/2020. Persoalannya kenapa Tun MM letak jawatan? Adakah Tun MM tak mahu DSAI jadi PM dan/ataupun Tun MM sudah tidak boleh tahan dengan asakan serta mainan politik Dapigs. Tun MM tahu bahawa sokongan orang Melayu terhadap PPBM agak merosot teruk. Agenda Tun MM untuk mematikan UMNO gagal walaupun berbagai usaha dan rancangan di laksanakan tetapi UMNO tetap berdiri utuh dan semakin teguh apabila dalam lima (5) PRK (Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tg Piai dan Kemanis) UMNO/BN/PAS bi bawah agenda Muafakat Nasional telah berjaya menewaskan calon-calon PHancing dengan majority yang besar. Ini memberi tamparan hebat kepada ketokohan Tun MM yang terkenal dengan tagline "Melayu Muda Lupa". Pelbagai hinaan, cacian dan tohmahan di lemparkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan yang kena dakwa pun ramai termasuklah DSNR, DSZH, Ku Nan, DSAM, TSSM dan lain-lain. Scenario yang paling Tun MM geram dan benci ialah tagline "MALU APA BOSSKU" yang di angkat oleh DSNR. DSNR lebih senang didekati oleh rakyat walaupun tanpa jawatan PM yang menyebabkan gelombang "BOSSKU" telah mengharu birukan jentera PHancing dalam setiap PRK tempoh hari. Ini diperlihatkan kepada kenyataan Tun MM "saya hairan kepada BOSSKU yang dianggap sebagai pencuri, perompak dan penyamun" oleh Tun MM tetapi rakyat dengan senang hati bersalaman dan bersuarfoto serta mencium tangan BOSSKU tanpa segan dan silu. 

BOSSKU juga bergiat cergas dalam media social dengan fakta dan penyataaan yang benar untuk menangkis sebarang penipuan, fitnah, pembohogan dan kekencingan PHancing terhadap rakyat. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin percaya dan menyesal di atas apa yang berlaku terhadap UMNO/BN dan DSNR. Rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui siapa yang sebenar-benarnya yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara yang menyebabkan rakyat keluar beramai-ramai di setiap "temujanji BOSSKU" dengan rakyat. Cuba bayangan DSNR telah dipertuduhkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan mencuri, merompak dan menyamun duit rakyat melalui IMDB. Bukan itu sahaja akaun peribadinya di bekukan, akaun UMNO di bekukan, harta benda DSNR di rampas termasuklah DSRM dan anak-anaknya. Malangnya kerja-kerja zalim PHancing tidak berjaya untuk memalingkan rakyat daripada menyokong terus DSNR dengan tagline #MALAAPABOSSKU

Kebanyakan pemerhati politik mengandaikan bahawa PHancing adalah kerajaan sepenggal tetapi tidak cukup sepenggal kerajaan PHancing sudah runtuh iaitu 22 bulan sahaja. Selepas runtuh baru lah Menteri Kewayangan Dapigs menyatakan bahawa gula-gula untuk rakyat iaitu PTPTN dan penurunan harga minyak akan diumukan dan perangsang ekonomi di bentangkan. Malangnya nasi sudah jadi bubur apa yang ingin dicapai dalam agenda PHancing oleh Dapigs mati di tengah jalan dan rakyat rasa bersyukur amat sangat kerana dalam kerajaan sudah tiada Dapigs.

Rakyat mengharapkan PHancing sepatutnya lebih baik dari UMNO/BN kerana cakap pasal tiada lantikkan politik, anti rasuah, integrity, telus dalam segala bidang, tidak anti Melayu dan Islam, tidak rasis dan sebagainya tetapi setelah 22 bulan segala-gala yang di omongkan adalah kosong belaka rupanya ibarat "ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Pemerintahan PHancing lebih teruk dan kejatuhan nilai ringgit dan ekonomi negara runtuh teruk sedangkan hutang negara semakin meningkat kepada 1 trillion yang di buat oleh PHancing (apa yang di aur-aurkan oleh PHancing memang betul-betul terjadi) dan asset-asset negara dalam GLC habis di jual dan banyak lagi. PHancing dalam merancang dan membuat polisi sering menyalahkan UMNO/BN dan IMDB tetapi nilai pembangunan TRX dan Bandar Malaysia boleh membayar semua hutang IMDB ini cuba disorok dari pengetahuan umum.




Akhirnya perebutan jawatan PM telah meruntuhkan dan menjatuhkan kerajaan PHancing rebah ke tanah dengan penuh perasaan malu dan di tertawakan oleh semua pemimpin-pemimpin dunia. Ibarat "kera dapat bunga" dan macam "anjing dengan bayang-bayang", sendiri letak jawatan sendiri runtuhkan PHancing apabila PPBM keluar PHancing dan geng kartel Azmin Ali di pecat dari PKR. Tersungkur Menteri-Menteri PHancing yang sombong, bongkak dan angkuh dan terpaksa kembali ke azalinya iaitu jadi pembangkang dan turun di jalanan serta tidur atas jalan untuk menyatakan "Kerajaan PHancing di jatuhkan oleh Pengkhianat".       

    


Itulah kesudahan kerajaan pasola PHancing yang bertahan selama 22 bulan sahaja. Rakyat semakin lega dan tenang setelah Tun MM, DSAI dan Dapigs serta Gone Eng tiada dalam kerajaan Malaysia. Tetapi Raykat cukup benci dengan apa yang terjadi dan menyalahkan UMNO/BN/PAS iaitu Muafakat Nasional yang telah menyebabkan kerajaan Raykat tersungkur dan rebah ke tanah. Raykat terus mengelar Muafakat Nasional apabila berbagai tohmahan dan fitnah di sebarkan baik oleh PPBM mahupun PHancing yang lain. 

Kita tidak menyokong Semburit, Zuraida mahupun geng kartel kerana dalam politik kita mesti ada prinsip iaitu bebas dari sebarang manipulasi dan tikam belakang serta diri mestilah tinggi nilai moralnya serta berintegriti pembawaannya dan percakapannya.


Monday, March 2, 2020

Domino kejatuhan PHancing...



Apabila Kerajaan Perseketuan yang di ketuai oleh PHancing jatuh akibat perletakkan jawatan PM Tun MM yang menerajui PHancing tempoh hari dan TSMY menjadi PM-8, maka komposisi pemerintahan di negeri-negeri juga turut bertukar. 

Di Johor Darul Takzim, PHancing tumbang apabila Bersatu (PPBM) + Muafakat Nasional (UMNO+PAS) + BN menubuhkan kerajaan baru dengan Ketua Perhubungan UMNO Johor di lantik sebagai MB. Kemudian di ikuti oleh Kedah apabila MB Kedah meletakkan jawatan serta merta. Kemungkinan Muafakat Nasional akan mengetuai kerajaan Kedah Darul Aman dari PAS (ini masih belum disahkan oleh DYMM Sultan Kedah).

Di Perak MB Bersatu kena akur dengan komposisi di peringkat pusat apabila memberikan laluan kepada Ketua Perhubungan UMNO mengetuai kerajaan Perak. Setakat article ini di tulis DYMM Sultan Perak masih meneliti calon-calon berwibawa untuk di angkat sebagai MB Perak.

Di Melaka KM mengeluarkan kenyataan untuk membubarkan DUN tetapi permintaan itu di tolak oleh TYT Melaka. Maka KM dan Exco-exco Melaka kena kosongkan kedudukan mereka untuk memberi laluan kepada kerajaan baru iaitu Perikatan Nasional (UMNO+PAS+Bersatu+ Bebas) untuk melantik KM baru serta anggota Exconya. Mantan KM dari PHancing degil tak mahu letak jawatan kerana beliau di lantik oleh rakyat tetapi majority di dalam DUN milik Perikatan Nasional. Buat apa nak kecoh-kecoh berundur dengan hormat lain hari lawan lagi. 

Di Pantai Timur tiada sebuah negeri pun yang di kategorikan sebagai negeri pembangkang. Inilah sejarah kerana selama ini Kelantan akan kekal di bawah PAS yang dianggap sebagai negeri pembangkang, Terengganu dan begitu juga Pahang. Apabila pertukaran kerajaan di peringkat pusat kepada Perikatan Nasional status pembangkang kerajaan Pantai Timur terus bertukar kepada gabungan kerajaan pusat. 

Di Selangor dan di Pulau Pinang sahaja kerajaan telah bertukar status menjadi kerajaan pembangkang kerana komposisinya masih utuh di bawah PHancing.

Di Sarawak kerajaan masih di bawah GPS tetapi menyokong kerajaan Perikatan Nasional, maknanya Sarawak dalam gabungan Perikatan Nasional.

Di Sabah kerajaan Warisan akan menghadapi kesukaran kerana Warisan menyokong Tun MM sebagai PM tetapi gagal. Ini akan mengakibatkan kerajaan Warisan di anggap sebagai pembangkang. Ahli-ahli Parlimen dan Adun Sabah amat suka melompat apabila terjadi peralihan kuasa pemerintahan baik di negeri mahupun di pusat. Kemungkinan Warisan akan kehilangan majority di dalam DUN Sabah sama-sama lah kita tunggu perkembangan mutakhirnya. Inilah yang berlaku kepada UMNO apabila UMNO kehilangan kuasa di peringkat pusat dan negeri, maka Ahli-ahli Parlimen dan ADUN melompat sehinggakan hampir bungkus UMNO di buatnya. Tapi Ahli Parlimen Kinabatangan, DSBM dan team UMNO/BN telah berjaya meyakinkan rakyat Sabah bahawa UMNO/BN masih relevan yang telah di terjemahkan semasa PRK Kemanis. Ini yang menyebabkan Warisan agak gusar dengan perkembangan mutakhir di mana UMNO/BN di Sabah masih lagi utuh dan kuat.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan PHancing. Faktor yang paling besar ialah perebutan jawatan PM antara Tun MM dan DSAI (perjanjian peralihan kuasa). Faktor kedua terlalu banyak Hancingnya dalam melaksanakan agenda-agenda rakyat dan agenda-agenda pengukuhan ekonomi. Terlalu banyak U-Turn, pendakwaan terpilih, pendakwaan di tarik balik, pendakwaan di bakul sampahkan, pendakwaan yang menjijikkan, pendakwaan balas dendam. Ini bermakna semasa pemerintahan PHancing penguatkuasaan adalah ibarat "lu dalam group gua, maka gua akan kasi cancel lu punya Investigation Paper (IP)". Undang-undang di bawah PHancing adalah Undang-undang "rule of the jungle" siapa yang berkuasa pada ketika itu, maka dia lah yang menentukannya bukannya kepada KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. Ini belum di ambil kira polisi-polisi Kartun oleh Menteri-Menteri PHancing yang menyebabkan rakyat terus keliru dan menjadi bahan jenakan rakyat saban hari.

Apa yang terjadi kepada LDP di Jepun berlaku di Malaysia. Parti-parti gabungan pembangkang yang menjadi kerajaan gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya apabila rakyat Jepun memilih Gabungan Pembangkan untuk memerintah, maka rakyat Jepun kembali kepada LDP semula. Sayonara PHancing sesungguhnya kamu hanya layak secara azalinya duduk di kerusi "PEMBANGKANG".

Akhirnya tiada satu kerajaan pun akan kekal melainkan kerajaan di langit dan di bumi yang semuanya di miliki oleh Allah (SWT). Tamak, sombong, angkuh, sifat dendam, dengki, iri hati, bongkak adalah amat di keji oleh Allah (SWT). Inilah pengajaran dan iktibar yang mesti di ambil rakyat bahawa tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah (SWT). Kita hanya di amanahkan tetapi sekiranya kita melanggar amanah tersebut dengan menjauhkan serta membelakangkan Islam maka padah pasti akan menimpa kita satu ketika nanti. Inilah akhirannya apabila PHancing bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan PM dan melupakan amanah yang di pertanggungjawabkan.



 

 

  

Negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional adalah seperti berikut:-


Saturday, February 29, 2020

PHancing runtuh dan berkecai di Istana Negara



Pakatan Harapan telah memerintah selama 22 bulan selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14. Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah PM 4 semasa Barisan Nasional memerintah yang menjadi PM 7. Corak pemerintahan Pakatan Harapan amat berbeda dengan Barisan Nasional yang mana banyak projek-projek Barisan Nasional untuk rakyat di batalkan tetapi kemudian di hidupkan balik apabila mengetahui akan keuntungannya. Rakyat di pinggirkan tetapi Raykat di angkat sebagai warganegara kelas pertama. 

Segala bantuan dan kebajikan rakyat di capatikan dan akhirnya 5 PRK iaitu Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tg Piai dan Kimanis telah di menangi oleh Barisan Nasional dengan undian yang lebih besar dari PRU14. Kekalahan ini telah merunsingkan Pakatan Harapan yang mula di gelar sebagai Pakatan Hancing sehinggakan satu pantun telah di cipta untuk mengambarkan betapa hancingnya Pakatan Harapan berbunyi begini;

Sekiranya tuan nak pergi memancing
Jangan lupa bawa umpan
Sekiranya tuan tak mahu kena kencing
Jangan le undi Pakatan Harapan

Berikutan daripada kekalahan tersebut Tun MM telah di desak untuk menyerahkan jawatan PM kepada PM tepi iaitu PM-8, DSAI. Pada dasarnya Tun MM tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada PM tepi walau apa pun akan terjadi. Pada pengamatan Tun MM, DSAI tidak di sukai oleh orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam akibat liberalism dan moralnya yang bercelaru. Malangnya Tun MM masih gagal untuk melihat bahawa orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam juga tidak menyukai Tun MM kerana telah mengkhianati Melayu dan Islam dalam tindak tanduk pemerintahan Pakatan Harapan dengan membiarkan pemimpin-pemimpin Dapigs bermaharajalela terutamanya Menteri Kewayangan, Gone End. Menteri-menteri Pakatan Harapan semuanya bercelaru dan tidak tahu untuk memerintah negara, malahan mentality pembangkang telah di bawa ke dalam cabinet meeting. 

Akibat daripada desakan dan asakkan Menteri-Menteri Pakatan Harapan pada 24/2/2020 telah meletakkan jawatan sebagai PM-7 dan Pengerusi Bersatu. Peristiwa ini di ikuti dengan PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan Geng Kartel Azmin Ali di pecat dari PKR. Sheraton Move telah di aturkan tetapi ianya tidak menjadi. YDPA telah melantik Tun MM sebagai PM interim bagi mengalas tanggungjawab untuk memimpin negara semasa ketiadaan PM dan cabinet. 

Muafakat Nasional istiqomah untuk BUBAR sahaja Parlimen kembalikan kuasa kepada rakyat. PH cuba memujuk Tun MM tetapi gagal pada mulanya. Maka PH terpaksa kembali kepada DSAI sebagai PM-8. Nampaknya jumlah yang menyokong PH berkurangan kerana Dapigs yang menimbulkan berbagai "chain reaction" terutamanya kepada Melayu, Islam dan bumiputra maka PH terpaksa kembali semula kepada Tun MM. 

Isu PM-8 mungkin akan berlarutan sekiranya Muafakat Nasional tidak berjiwa besar dengan mengembelingkan anggota-anggota MPnya untuk menyokong calon PM iaitu TSMY walaupun berat dan sukar tetapi demi Melayu, Islam dan Negara MN berlapang dada dengan DSHA dan DSZH turun mengiringi TSMY ke Istana Negara untuk menyembahkan berkenan Duli Tuanku bahawa Perikatan Nasional sudah mempunyai bilangan majority untuk menubuhkan kerajaan dengan PM-8 ialah TSMY. MN pula di sokong oleh MP-MP Sabah dan Sarawak yang tidak berapa gemar akan tindak tanduk Dapigs terhadap mereka semasa memerintah selama 22 bulan.

Akhirnya, TSMY telah di perkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku untuk dilantik sebagai PM-8 dengan adat istiadat angkat sumpah akan di laksanakan di Istana Negara pada 1/3/2020 jalam 10:30 pagi, maka secara rasminya pemerintahan Pakatan Hancing telah di tamatkan pada 1/3/2020. Kita tidak perlu lagi berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing yang sombong. egoistik, tak tahu buat kerja, tidak berkebajikan, tidak prihatin terhadap rakyat, tidak tahu menguruskan kewangan dan tidak tahu mentadbir serta menyelia sebuah negara.

Kita ingatkan semasa rakyat Malaysia memberikan undi majority kepada PH maka kehidupan rakyat akan berubah dari bagus kepada lebih bagus tetapi sangkaan kita meleset sama sekali apabila PH gagal dalam segala segi baik sosial, kewangan, pengurusan, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Inilah padahnya majority rakyat Malaysia yang mempercayai kata-kata azimat PH terutama kaki fitnah No.1 di Malaysia iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang amat terkenal dengan "formula minyak dan formula tol". Bila memerintah formula minyak dan formula tol hancur lebur dan tidak boleh di implimentasikan kerana PH tidak mempunyai kewangan yang memcukupi akibat daripada kebodohan PH sendiri dengan menghapuskan GST.

Bila tiada kewangan macam mana nak buat kebajikan, macam mana nak puaskan hati rakyat, macam nana nak buat projek dan macam mana nak lonjakkan ekonomi negara. Inilah pengajaran dan hikmah di sebalik kenapa Barisan Nasional kalah semasa PRU14. Kita harap rakyat secara keseluruhannya tahu siapa intan dan siapa kaca. Kita pun tidak mengatakan bahawa Barisan Nasional itu tiada kesilapan tetapi kesilapan BN tidaklah seburuk PH yang memerintah selama 22 bulan.

Rakyat masih lagi terpalit dengan sindrom pemimpin-pemimpin BN rasuah, perompak dan pencuri duit rakyat tetapi setakat ini perbicaraan masih lagi di jalankan. Malahan duit UMNO dan akaun DSNR pun telah di tarik balik dari di bekukan kerana tiada kaitan dengan IMDB. 

Agenda sebenarnya Mission Muafakat Nasional ialah menolak Tun MM, DSAI dan Dapigs dari berada dalam kerajaan serta kepentingan rakyat dan negara di dahulukan.

Dengar khabar Tun MM telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM pada 24/2/2020. Sekarang TSMY yang memangku jawatan Pengerusi PPBM. Nampaknya MB Kedah mempertikaikan lantikan TSMY sebagai PM-8. Kemungkinan PPBM akan berpecah macam partai Ku Li dan kembali kepada UMNO. Inilah kita hendak lihat iaitu perpaduan dan kesatuan Melayu dan Islam dalam menentang Dapigs.

Akhir kata tahniah TSMY sebagai PM-8. Perjalanan politik TSMY selepas ini pasti berliku-liku kerana PH mesti akan cuba merobohkan ikatan Muafakat Nasional, PPBM, partai Sabah dan partai Sarawak.

     


    

Friday, January 3, 2020

BN buat tak boleh negara akan bankrap dan Malaysia akan tergadai tapi...PH buat ok...

Semasa PRU14 PH yang di ketuai oleh Tun Mahathir telah menyebarkan berita "fitnah" kononnya UMNO/BN akan menjadikan Malaysia negara bankrap dan Malaysia akan tergadai kepada Negara China apabila menandatangani Perjanjian antara Geely dan Proton serta Perjanjian ECRL.

Pelbagai inisiatif dan perancangan telah di buat oleh UMNO/BN untuk memajukan Malaysia sejajar dengan Wawasan 2050 Malaysia sebagai negara maju tetapi apakan daya rakyat semasa PRU14 telah memilih PH sebagai pemerintah Malaysia yang baru. Bermula dari situ pelbagai inisiatif dan perangan UMNO/BN telah di batalkan dan di mansuhkan oleh kerajaan PH kerana perbelanjaan terlalu besar dan kos yang akan tinggi.

Akibat projek ECRL di batal, MRT2 di batalkan, HSR di tangguhkan, LRT3 di batalkan, BRIM rasuah di jenamakan, Klinik 1Malaysia di jenamakan semula, AES di batalkan tetapi kemudian diteruskan dengan jenama AWAS walaupun rakyat membantah sehinggakan Menteri kata "bantah le macam manapun I don't care". Projek-projek yang berkaitan dengan IMDB di batalkan termasuklah projek TRX dan Bandar Malaysia. Seterusnya PH telah menjaja Tabung Harapan untuk rakyat membantu kerajaan dengan mendermakan "hasil" mereka untuk membayar hutang negara yang di tinggalkan oleh UMNO/BN dengan menjaja kepada rakyat hutang negara telah mencecah RM1 Trillion.

Pada bulan-bulan pertama rakyat terpengaruh dengan "mainan dan janji-janji PH" yang mana PRK Sungai Kandis, Balakong, Port Dickson di menangi oleh PH tetapi 2019 UMNO/BN telah berjaya menawan semula Cmeron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai sebaliknya PH hanya dapat Sandakan menerusi Dapigs. Keputusan PRK Tanjung Piai telah menjadi satu perbualan hangat di kalangan penganalisa politik bilamana UMNO/BN/PAS di bawah Muafakat Nasional telah berjaya memperolehi undi majoriti sebanyak 15,000 lebih mengalahkan calon PH/PPBM. Ini satu tamparan yang hebat kepada parti kerajaan yang memerintah kerana rakyat telah menyuarakan ketidakpusahati mereka terhadap segala-gala yang telah di janjikan oleh PH tidak di laksanakan. Sekarang kita nantikan keputusan PRK Kimanis di Sabah pula. Pertembungan gajah v gajah rumput akan mati bakal mewarnai PRK Kimanis di mana UMNO/BN/PAS di bawah Muafakat Nasional telah meletakkan calon UMNO melawan calon Warisan.

Dalam apa jua tindakan PH semasa memerintah sekiranya tidak dapat melaksanakan sesuatu agenda maka kesalahan tersebut sudah pasti akan di letakkan kepada pemerintah yang terdahulu iaitu UMNO/BN. Malangnya rakyat sudah sedar bahawa pemimpin-pemimpin PH banyak membuat "wayang politik" dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada UMNO/BN tetapi hakikatnya pemimpin-pemimpin PH gagal dan tidak "competent" dalam menghasilkan tindakan yang Jitu untuk melonjjakkan kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negara Malaysia. Sebaliknya rakyat mendapat "hampas kelapa" dan negara mendapat "sabuk kelapa" sedangkan pemimpin-pemimpin PH dapat "gulai ayam" dan "rendang daging". Inilah hakikatnya "rakyat kena ikat perut untuk bantu pemimpin-pemimpin PH hidup mewah".



  

  

Friday, April 5, 2019

Kerajaan PH semakin malap...

"Siapa yang berkuasa"
Dalam kita melalui zaman pemerintahan Pakatan Harapan sekarang, rakyat masih tertanya-tanya parti mana yang sebenarnya menguasai setiap "tindak tanduk dan kata putus dalam menentukan pembahagian kek antara kaum di Malaysia".

Di zaman BN ketokohan dalam menerajui pemerintahan Malaysia adalah lebih sinonim dengan UMNO yang merupakan tunjang kepada BN yang di anggotai oleh MCA, MIC, Parti-parti Sarawak dan Parti-parti Sabah. Ini dapat diperkuatkan dengan jumlah kerusi Partlimen yang di tandingi oleh UMNO. Malangnya di zaman pemerintahan Pakatan Harapan, jumlah kerusi yang di tandingi oleh PPBM adalah amat kecil tetapi Tun Mahathir di lantik jadi PM kerana pengalamannya mengemudikan Malaysia semasa jadi PM ke4 dahulu. Parti PPBM hanya mempunyai 13 kerusi sebelum "pemimpin-pemimpin UMNO" lompat si katak lompat ke PPBM yang menjadikan PPBM mempunyai 22 kerusi sekarang. 

Walaupun sebelum ini, Pakatan Harapan menyatakan tidak akan menerima pemimpin-pemimpin lompat si katak lompat dari UMNO tetapi oleh kerana kuasa dan jumlah bilangan kerusi, lompatan pemimpin-pemimpin UMNO tersebut di terima dengan tangan terbuka oleh PPBM. Mereka di anugerahkan dengan "CARD ANGGOTA" dalam upacara gilang gemilang tempoh hari.

Persoalannya adalah dengan kemasukkan pemimpin-pemimpin UMNO tersebut telah mengukuhkan parti PPBM secara keseluruhannya dan mencerminkan pegangan kepimpinan Tun Mahathir ke atas Pakatan Harapan. Inilah yang kerap di tanya oleh rakyat tetapi raykat amat gembira dengan scenario politik Pakatan Harapan sekarang.

RAYKAT yang mewakili penyokong-peyokong tegar DAP, PKR, AMANAH, PPBM tidak menaruh sangsi langsung dengan jawatan-jawatan kerajaan yang penting di pegang oleh pemimpin-pemimpin DAP. Sebaliknya RAKYAT semakin hari semakin panas dan meluat dengan tindak tanduk pemimpin-pemimpin DAP yang rata-rata "kurang ajar" dan memainkan "sentiment perkauman yang tersangat dahsyat". Ini dapat di lihat daripada ungkapan Lim Guan Eng (Menteri Kewayangan) yang mengutarakan sekiranya "UMNO-PAS bergabung maka ianya akan menjadi satu pengisytiharan perang terhadap kaum bukan Melayu &Islam" dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, YB Teluk Intan Nga Cock Ming menyatakan bahawa "gabungan UMNO-PAS sekiranya dapat memerintah Malaysia akan menjadikan Malaysia satu pemerintahan Taliban seperti di Afghanistan". Adakah kata-kata ini bukan bersifat "perkauman dan menyentuh keperibadian dan hak orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia?

Apa yang menjadi persoalan tiada satu pun pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam dalam Pakatan Harapan menyatakan apa-apa melainkan membisu seribu bahasa. Tun Mahathir, DSAI, Mahyuddin, Mat Sabu dan lain-lain semuanya senyap untuk membantah ungkapan-ungkapan pemimpin-pemimpin DAP yang akan menguris hati dan naluri orang Melayu dan Islam. Malangnya bila UMNO-PAS membalas balik dengan kenyataan-kenytaan lain, maka mereka pula di katakan mengunakan isu-isu  perkauman dan agama. 

Kita tidak fikir pengalaman 13 Mei 1969 itu sudah cukup sebagai pengajaran kepada DAP kerana DAP akan tetap mengunakan "perkauman dan isu-isu agama" untuk menawan hati naluri RAYKAT. Sekarang kita tunggu apakah kesudahan DAP yang menjadi tunjang pemerintahan Pakatan Harapan dengan polisi, agenda dan pertaruhan yang cuba di implimentasikan untuk Malaysia mengikut acuan DAP. 

TH di jarahnya dengan syarikat TH di letakkan di bawah SPV di bawah MOF. Walaupun Menteri Agama (Mujahat) cuba berselindung dengan sokongan DAP dan RAKYAT tetapi Rakyat telah menghidu permainan itu. Paling malang sekali Hibah TH yang di tunggu-tunggu oleh pendeposit hanya di berikan 1.25% sahaja untuk Tahun 2018. Petronas di jarahnya RM82 billion, syarikat Khazanah di jualnya (IHH), Royale Chulan di jualnya dan Tun Mahathir menyatakan bahawa tanah-tanah kerajaan akan di jual kepada orang tempatan. Ini sudah tentu akan mengundang isu-isu "kronisme dan nepotisme" dan/atau bailout yang sudah tentu akan mengembalikan Malaysia ke tahap di zaman pemerintahan PM ke4 dahulu.

Kita berasa amat malang sekali kerana apa yang telah di usahakan oleh kerajaan BN semuanya akan di jual pegangannya kepada syarikat-syarikat asing mahupun tempatan (kaum Cina) yang sebelum ini amat irihati dengan pertambahan pegangan ekuiti Melayu dalam syraikat-syarikat besar di Malaysia. Inilah sebabnya mengapa para peniaga kaum Cina ingin menghapuskan GST yang di lihatkan sebagai "cukai pemerasan terhadap rakyat" dengan menaikkan harga-harga barangan. Apabila kerajaan menghapuskan GST dan mengantikannya dengan SST harga barangan tidak pula di turunkan malahan para peniaga kaum Cina telah meningkatkan lagi harga barangan. Memang betul di katakan dalam Al-Quran "kaum kafirun adalah sejenis manusia yang tamak harta dan kemewahan di dunia sahaja" dengan menindas manusia lain untuk mengaut keuntungan berlebihan. Sekarang kerajaan PH telah termakan dengan agenda DAP yang sememangnya chauvinis dan hanya mementingkan RAYKAT sahaja dengan memberikan peruntukkan yang berlipat ganda kepada sekolah-sekolah swasta Cina dan badan-badan NGO yang menguntungkan agenda perjuangan DAP.

Sebaliknya sifat kebajikan BN kepada rakyat Malaysia di abaikan yang amat mengecewakan RAKYAT Malaysia tetapi itulah yang di sukai oleh RAYKAT. Kerajaan PH sekarang sibuk dengan tanam bulu, nenas, kereta terbang, kereta nasional ketiga, jambatan ketiga di Johor, jambatan ketiga di Penang, penghapusan Tol antara 12:00 tengahmalam sehingga 5:00 pagi dan lain-lain.

Kerajaan Pakatan Harapan juga tidak berunding dahulu dengan stakeholders mengenai ICERD dan STATUT ROME sehinggakan kerajaan Pakatan Harapan setelah di desak menarik balik kedua-dua perkara tersebut. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak begitu berwibawa untuk mempertahankan apa yang di utarakan setelah di desak oleh RAKYAT, maka U-TURN akan di laksanakan. Sekarang kempen di RANTAU sedang rancak berjalan dan kedua-dua belah pihak BN dan PH sedang mengintai ke manakah para pengundi akan meletakkan undi mereka pada 13/4/2019. PH mengharapkan para pengundi memberikan undi tersebut kepada PH kerana UMNO/BN gagal dalam agenda meraka terutamanya Tok Mat Hassan selaku MB selama 3 penggal. Sebaliknya UMNO/BN menyatakan PH yang gagal dalam melangsaikan janji-janji PRU14 100 hari yang di canangkan semasa berkempen untuk mendapatkan Putrajaya. Sekarang apabila sudah mendapat Putrajaya, janji manifesto itu bukan kitab suci pula dan kerajaan PH kekurangan dana akibat daripada sikap perompak, pencuri dan penyamun BN sebelum PRU14. Maka Menteri Kewayangan (Lim Guan Eng aka Nobita) menyatakan bahawa hutang negara sekarang sudah mencacah 1 Trillion walaupun BNM menyatakan bahawa hutang negara sekitar 682 billion dan sekarang naik kepada 778 billion akibat penjarahan dan samurai bon 7.3 billion, nilai ringgit turun, bursa saham KLSE turun dan lain-lain.

INILAH yang terjadi kepada Negara Malaysia yang tercinta apabila bukan ahli yang menjadi pemerintah setelah lebih 61 tahun menjadi "pembangkang" tetapi setelah menjadi "pemerintah" pun sifat-sifat pembangkang itu masih terlekat di hati pemimpin-pemimpin PH. RAKYAT Malaysia menjatuhkan UMNO/BN dan Tok Jib dengan andaian RAKYAT akan menikmati apa yang telah di janjikan dalam menifasto 100 hari Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya RAYKAT yang gembira kerana musuh azali RAYKAT iaitu UMNO/BN telah ditewaskan dengan pertolongan MELAYU MUDAH LUPA. Akibatnya RAKYAT yang menerima padahnya kerana termakan dengan janji-janji palsu PH tetapi RAYKAT yang inginkan perubahan tersebut telah menikmati segala kebajikan yang di laksanakan oleh UMNO/BN kepada RAKYAT. Inilah pepatah kata "marahkan nyamuk habis kelambu di bakarnya". Hasil yang di sangkakan manis tetapi sebaliknya masam, pahit, kelat dan beracun yang di nikmati oleh RAKYAT. Sebaliknya RAYKAT dan DAP yang bertepuk tangan kerana berjaya menawan MELAYU MUDAH LUPA untuk menjatuhkan kerajaan Melayu dan Islam yang megah dan masyhur selama 61 tahun.   

Nasi sudah jadi bubur tiada penyesalan dan pemaafan yang dapat mengembalikan kegemilangan dan kemasyhuran Melayu dan Islam di Malaysia melainkan Melayu dan Islam sedar bahawa "kita akan jadi bangsat di negara Malaysia" sekiranya Pakatan Harapan berterusan memerintah Malaysia...