Wednesday, February 27, 2013

KEHANGATAN PRU13...




PMO
 
Semakin hari semakin banyak peristiwa yang melucukan, mengelirukan, menyedihkan dan mengembirakan kita. Ini di perlihatkan pula oleh Pakatan Rakyat yang "rindu bayangan" kuasa dan Putrajaya mengumumkan Manifesto dengan Slogan Pakatan Harapan Rakyat. Manifesto ini di umumkan di celah-celah kegelisahan dan kedurjanaan Pakatan Rakyat dalam menghadapi kebangkitan rakyat yang acapkali di gunakan oleh Anwar Ibrahim sebagai "senjata" untuk menembak kerajaan Barisan Nasional. Segala yang berlaku dalam negara akan di juruskan kepada "Kebangkitan Rakyat" menentang kezaliman dan kerasuahan serta kekronian kerajaan Barisan Nasional. Malang sekali Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim gagal untuk melihat kecurangan dan kegagalan Pakatan Rakyat dalam merealisasaikan kebangkitan rakyat tersebut kepada "kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat". Sebaliknya Anwar Ibrahim menggunakan "rakyat" sebagai alatnya untuk mengadakan berbagai "democrazy rakyat" bagi mewujudkan suasana tidak tidak aman dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional di atas dasar "Kebangkitan Rakyat".

Akhirnya akibat terlalu banyak berpolitik "Kebangkitan Rakyat" manifesto yang di cipta semasa PRU12 lalu telah di iktirafkan sebagai Manifesto bukan satu Perjanjian.

Photo
Janji Pakatan Rakyat
Akibatnya rakyat di Selangor dan seluruh rakyat Malaysia telah di anggap seperti ayam dan lembu oleh Nikky Ajis. Itu kenyataan daripada seorang yang berilmu agama yang kononnya pemberian BRIM oleh kerajaan Barisan Nasional itu ibarat memberikan makanan kepada ayam dan lembu kerana ramai yang datang. Malangnya Nikky Ajis gagal untuk melihat bahawa penerima BRIM itu adalah rakyat Malaysia keseluruhannya tiada kategori fahaman, bangsa mahupun agama. 

Nampaknya macam bagi dedak dan rumput aje itu

Nikky Ajis menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. Kita akui bahawa ilmu itu penting kepada org Islam tetapi kalau dalam Al-Quran ada di nyatakan kita hendaklah bersedekah dan berzakat serta berlumba-lumba melakukan kebajikan, di manakah kewajaran kenyataan Nikky Ajis tersebut hanya bersandarkan "ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kpd manusia". Kita tanya Nikky Ajis ilmu apa yang telah beliau bekalkan kepada rakyat Kelantan supaya mereka tidak layak menerima BRIM????? 

Kita suka ulasan dari Mufti Perak menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat. Katanya, sikap "berpatah arang berkerat rotan" PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.  Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk. Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki. Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik.

Itu sahaja telah menunjukkan betapa berdendamnya Nikky Ajis terhadap tunjang Barisan Nasional iaitu parti UMNO. Kita juga tertarik dengan kenyataan bahawa sebagai anak mantan Presiden Pas Datuk Fadzil Noor, beliau lebih terbuka dalam mempersoalkan dua parti politik Melayu terbesar di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa parti UMNO itu adalah sebahagian dari PAS dan sebaliknya PAS juga adalah sebahagian dari UMNO kerana pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli akar umbinya mengucap kalimah syahadah. Perbedaan pendapat itu adalah di benarkan tetapi persoalannya kenapa kita terlalu cepat menjatuhkan hukuman yang menyebabkan kita terpisah jauh????? Beliau juga mengatakan bahawa kita hendaklah memilih pemimpin dan/atau parti yang mampu membawa negara dan rakyat di arah yang lebih baik.

Kita juga tertarik dengan kematangan beliau apabila mengatakan bahawa mungkin semasa pilihan raya akan berlaku sedikit perseteruan akibat politik. Tetapi apa yang lebih penting adalah selepas pilihan raya. Ini kerana selepas pilihan raya kita perlu mencari satu titik persamaan dan membuang semua pertengkaran dalam pilihan raya serta membuat satu matlamat sesama semua parti politik, apa yang perlu dilakukan sehinggalah pilihan raya akan datang berlangsung demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Kerangka itu perlu wujud kerana kita memerlukan persefahaman apa yang pembangkang boleh lakukan selepas pilihan raya demi membantu kerajaan yang memerintah untuk kesejahteraan rakyat. Perkara selepas PRU13 nanti yang kita masih sangsi yang boleh di ketepikan oleh seteru pilihanraya bagi membantu kerajaan memerintah untuk kesejahteraan rakyat. PRU 12 adalah contoh terbaik, di mana pihak pembangkang telah membaling batu setiap hari bermula dari hari pertama selepas PRU12 sehinggalah ke hari ini dan seterusnya PRU13 nanti. "Non stop politic marathon". Apa nak jadi dengan kita umat Melayu dan Islam di Malaysia?????

Kita hanya ada kuasa politik. Tanpa kuasa politik di mana kita akan di letakkan????? Sekarang dalam Perlembagaan Malaysia agama Islam adalah agama Persekutuan. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mestilah orang beragama Islam. Iaitu parti UMNO adalah tunjang Barisan Nasional. Siapa jadi Presiden dan Timbalan Presiden parti UMNO adalah secara automatik menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Itulah "convention"nya. Sudah 55 tahun tiada siapa yang berani mengusiknya waima menyentuhnya pun tidak berani tetapi dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kemungkinan "convention" itu akan bertukar, itupun kalau rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu dan Islam tidak mengikut saranan DAP yang inginkan umat Melayu dan Islam "ubah selamatkan Malaysia" dari "convention" lama kepada "republic baru" yang lebih liberal, plural dan sosialis.

Kemungkinan terjadi itu memang besar tetapi kedatangannya agak kelabu sekarang tetapi bila sudah dapat "kuasa dan Putrajaya" maka bunga "republic baru" itu akan menjelma. Ingat Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan boneka DAP di mana kemungkinan tercetus "pergaduhan antara kaum itu akan terjadi" adalah agak besar sekiranya tidak di bantu oleh tiga ADUN yang melompat menjadi bebas tapi menyokong kerajaan Barisan Nasional. Keadaan menjadi tegang dan genting kerana terlalu banyak polisi dan dasar kerajaan Perak pada ketika itu yang menjurus kepada kepentingan satu kaum sahaja. Ini kerana pada anggap DAP kaum mereka telah di tindas oleh kaum Melayu yang telah mengaut keuntungan dengan keistimewaan yang di peruntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia. 

Kalau tidak mengapa DAP menentang Negara Islam dan Hudud PAS seterusnya berdendam dengan parti UMNO yang menjadi parti keramat untuk umat Melayu dan Islam di Malaysia. DAP pandai memainkan peranan sebagai pencetus huru hara contoh yang terbaik ialah kenyataan Lim Guan Eng tentang kalimah ALLAH [SWT] boleh di gunakan oleh org bukan Islam. Ini bukan sahaja telah mencetuskan konflik antara org Islam tetapi juga telah membawa perpecahan yang ketara dalam PAS yang menjadi sekutu Pakatan Rakyat. Kenapa Lim Guan Eng mencipta polimek itu????? Kaedah politik Lim Guan Eng ini senang aje hendak di baca. Beliau inginkan PAS yang agak lemah dan tidak berwibawa serta bercelaru dengan "agenda dan perjuangan Islam"nya agar konsep Negara Islam dan Hudud PAS itu mati di tengah jalan. Kaedah lain beliau inginkan PAS mengikut telunjuk DAP yang mana DAP tahu bahawa untuk memerintah Malaysia PAS memerlukan DAP iaitu undi kaum Cina. Kaedah seterusnya ialah DAP sangat benci dan berdendam dengan parti UMNO yang sangat kuat dan kukuh walaupun telah di landa badai besar ataupun ombak tsunami  beberapa kali tetapi masih tetap di dokong dan di angkat oleh umat Melayu dan Islam sebagai "peneraju umat Melayu dan Islam" yang selalu di nyatakan di dalam setiap mesyuarat Agungnya bahawa parti UMNO berjuang demi agama, bangsa dan negara. Perjuangan demi agama, bangsa dan negara inilah yang amat sukar untuk di pecahkan oleg DAP yang telah di pegang oleh umat Melayu dan Islam sejak 55 tahun lalu.

Perjuangan demi agama iaitu Islam di pertahankan, di martabatkan, di sebarkan dan di dakwahkan kepada bukan Islam baik di Malaysa mahupun di luar negara. Sehinggakan dunia tahu bahawa Malaysia adalah negara Islam yang sedang meningkat maju dan sentiasa menjadi destinasi pelancong asing kerana suasana stabil, aman, makmur, harmoni walaupun berbilang kaum dan agama Persekutuan adalah agama Islam. Keunikkan Malaysia dan gaya kepimpinan pemimpin Malaysia dari Barisan Nasional yang menterjemahkan dasar dan polisi yang merangkumi semua kaum telah menarik ramai pemimpin-pemimpin dunia mengganggap bahawa Malaysia adalah negara contoh bagaimana masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama boleh tinggal bersama-sama dan saling tolong menolong antara satu sama lain untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyatnya.

Seruan Anwar Ibrahim inikali berilah peluang kepada pembangkang sebagai "PAKATAN HARAPAN RAKYAT" adalah satu nyayian "rindu bayangan" kuasa dan Putrajaya sahaja. Pada kita Anwar Ibrahim tidak terlalu memikirkan pasal rakyat tetapi hanya memikirkan samada aku akan dapat jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya atau tidak. Rakyat hanya di gunakan untuk memenuhi agenda yang tersurat dan tersirat Anwar Ibrahim. Kebolehan Anwar Ibrahim ialah pertuturannya tetapi adakah pertuturan tersebut boleh memajukan dan mensejahterakan rakyat????? Ini telah di perlihatkan apabila Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor bergaji RM1-00. Semua isu akan di politikkan sehinggakan "air" terawat yang kurang di Selangor telah di politikkan, sehinggakan seolah-olah SYABAS yang telah menyebabkan krisis "air" di Selangor. MB Selangor dengan selambanya menawar pengambilalihan SYABAS dengan harga RM9.65 billion. Adakah dengan pengambilalihan tersebut krisis "air" di Selangor yang reda atau akan bertambah buruk lagi????? Adakah Anwar Ibrahim peduli permasalahan rakyat????? Pada Anwar Ibrahim rakyat mestilah bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional kerana kerajaan Barisan Nasional adalah bapa rasuah, kroni, nepotisme, zalim dan menindas rakyat. Semua projek di berikan kepada kroni tengok SYABAS, bila kita dapat Putrajaya kita akan bagi kepada yang layak melalui "open tender". Persoalannya pernah ke Anwar Ibrahim membuat "open tender" utk sebarang projek di negeri Pakatan Rakyat????? Kemudian apabila keputusan Mahkamah tidak memihak kepada Pakatan Rakyat maka sekat semua projek-projek Persekutuan sehingga rayuan keputusan AES itu selesai.

Negeri-negeri Pakatan di perintah mengikut citarasa dan kehendak kepimpinannya. Kalau di Selangor di perintah cara PKR, di Penang di perintah cara DAP, di Kelantan di perintah cara PAS dan di Kedah di perintah juga cara PAS tetapi pemerintahan di Kedah dan di Kelantan agak berlainan kerana kedua-dua MBnya mempunyai ego yang besar. Di Kelantan Nikky Ajis terkenal dengan "label Islam" dan kelas hari Jumaat tetapi rakyat Kelantan dapat apa dari "label Islam" Nikky Ajis????? Kelantan telah di perintah oleh PAS selama 22 tahun. Di zaman pemerintah mantan PM Tun Mahathir sudah beberapa kali Kelantan cuba  di tawan kembali, begitu juga di zaman mantan PM Tun Abdullah tetapi gagal kerana "label Islam" Nikky Ajis itu lebih kuat dari "pembangunan dan kemajuan ekonomi" yang cuba di bawa oleh Barisan Nasional. Akibatnya ramai rakyat Kelantan merantau mencari rezeki di luar Kelantan. Barisan Nasional di bawah YAB PM Najib dan YAB TPM Mahyuddin dengan 7 projek besar untuk Kelantan sekiranya Barisan Nasional diangkat oleh rakyat Kelantan sebagai pemerintah. Gelombang Merah (Red Warrior) yang di gerakkan oleh NGO-NGO di Kelantan dengan slogan "TUKAR" amat memeningkan pemerintahan PAS yang membuat lautan balas dalam bentuk "R" iaitu ROYALTI yang telah di putar belit untuk menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mengkhianati rakyat Kelantan. Pada kita isu nasional tidak banyak mempengaruhi pola pengundian rakyat Kelantan tetapi kekalahan PAS di Galas harus di jadikan satu titik tolak yang boleh di jadikan "benchmark" untuk menumbangkan PAS di Kelantan.

Sistem pemerintah PAS di Kedah lebih banyak menjurus kepada MBnya yang di ibaratkan oleh orang-orang kanannya sebagai MB serba tak tahu. MBnya banyak menerima tekanan bukan sahaja dari orang-orangnya tetapi juga dari rakyat yang ingin tahu di mana letaknya "KEDAH SEJAHTERA"????? Kita agak terkejut dengan permainan politik MB Kedah yang mengugut kerajaan Federal akibat dari tindakan pembalakan tidak terkawal di Kedah dengan mengatakan bahawa Federal bayar 100 juta Kedah akan stop pembalakkan. Pembalakkan yang tidak terkawal telah menjejaskan ekosistem Kedah terutamanya kawasan tadahan hujan seperti di Pedu. Di Kelantan Lojing sudah jadi macam loji tetapi di Kedah Pedu sudah jadi pilu apabila rakyat datang sendiri untuk melihat kegondolan dan pembalakan yang tidak terkawal demi projek tanaman buah-buahan. Kita ingin bertanya berapa banyak lagi pembalakan akan di jalankan sebelum "tanaman buah-buahan" dapat di jalankan di kawasan pemusnahan hutan semulajadi tersebut. Sekarang isu KUIN pula memenuhi agenda PAS Kedah dengan pekerja2 KUIN sendiri akan turun padang untuk memberitahu situasi sebenar KUIN di Kedah. Inilah di katakan sudah jatuh di timpa tangga. Akar umbi PAS di Kedah telah bangun menentang MBnya tetapi kakitangan GLC Kedah pula bangun menentang kemungkaran dan ketidakbolehan MBnya mentadbir Kedah. Pergolakkan dalam sistem pentadbiran MB Kedah juga banyak di pertikaikan oleh ahli-ahinya terutama "pertelingkahan antara MB Kedah dengan Phahrulradzi" sudah di ketahui umum di Kedah sehinggakan ada satu ketika YB Phahrulradzi di kunci supaya dia tidak dapat bagi ceramah di kawasan yang di kuasai oleh Azizan.

Manifesto  Pakatan Rakyat sudah di keluarkan dan telahpun di bentangkan di hadapan rakyat untuk di nilaikan. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam. Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini. Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya. Maknanya tiada agenda Islam dalam manifesto "Pakatan Harapan Rakyat".

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji menurun harga minyak, menawarkan caj elektrik dan bekalan lebih rendah, menurunkan harga kereta menerusi penghapusan cukai eksais, mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 seunit, menghapuskan tol dan monopoli serta menawarkan satu juta pekerjaan baharu dan gaji minimum RM1,100 sebulan. Pembangkang turut mengulangi janjinya untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, serta menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas, membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula Projek Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Shaharudin Badaruddin berkata, manifesto itu tidak mempunyai kerangka masa untuk janji berkenaan dilaksanakan. Manifesto itu perlu dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Setiap janji itu perlu ada masa ditetapkan untuk mencapai dan barulah manifesto itu mempunyai kekuatan dan menimbulkan kepercayaan di mata rakyat. Berdasarkan penelitian terhadap manifesto 35 muka surat itu, beliau berkata hanya sebahagian janji sahaja yang boleh ditunaikan."Contohnya harga minyak yang umum mengetahui ia bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara dan pasaran minyak dunia. Kita tidak boleh turunkan harga petrol secara mendadak kerana penurunan hanya boleh dicapai jika dilakukan secara perlahan-lahan dalam jangka masa panjang dan amat mustahil harga petrol boleh diturunkan dalam masa lima tahun," katanya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir menyifatkan manifesto pembangkang sebagai manifesto populis dalam usaha menakluk jiwa rakyat dengan cara menimbulkan rasa prihatin. Mereka mengeluarkan janji-janji luar biasa dengan motif untuk memancing undi tetapi sejauhmanakah kesemua janji ini dapat direalisasikan?" katanya. Jika diperhatikan sejak PRU-12 lepas, Jeniri berkata kebanyakan janji manis pakatan pembangkang masih tidak dilaksanakan di empat negeri yang dikuasai mereka iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. "Kalau dilihat manifesto terkini yang berjanji untuk membina lebuh raya di Sabah dan Sarawak, ini luar biasa," katanya, dan menambah kata bahawa sesiapa sahaja boleh membuat janji tetapi tanggungjawab untuk melaksanakan janji adalah suatu yang amat berat. Beliau berkata, janji-janji di dalam manifesto pembangkang itu kebanyakannya telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) seperti rawatan percuma untuk warga emas dan memartabatkan bahasa Malaysia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula manifesto pembangkang hanya dibuat bersandarkan kepada persepsi dan pandangan umum tanpa sebarang analisis dan kajian mendalam. "Pembangkang sentiasa menabur bermacam jenis janji. Kini pembangkang muncul dengan janji baharu sedangkan janji lama masih belum banyak ditunaikan. Misalnya pembangkang berjanji dalam manifesto akan turunkan harga minyak sedangkan harga minyak mentah mengikut pasaran harga dunia," katanya. Rakyat, katanya perlu berfikir secara lebih kritikal dan tidak menerima bulat-bulat manifesto berkenaan.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat menyifatkan manifesto pembangkang ini bagaikan "jerat politik" yang mengemukakan tawaran tidak realisitik. "Manifesto ini satu tawaran yang dibuat pembangkang untuk meraih undi daripada rakyat. Seperti negeri-negeri yang di bawah pentadbiran mereka, banyak lagi janji yang belum tertunai atas alasan mereka masih belum memperolehi kuasa sebagai kerajaan pusat," katanya.


PERSOALANNYA SEKARANG BENARKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH MEMENUHI HARAPAN RAKYAT?????

Ahli-ahli politik boleh meletakkan segala macam janji yang muluk belaka tetapi pokok pangkalnya ialah pelaksanaan. Sekali pandang sudah ada yang menyatakan manifesto pakatan pembangkang itu agak menarik apatah lagi dengan warna jingga yang begitu menyerlah. Dokumen tersebut adalah kesinambungan Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat. Di hujung buku manifesto 35 muka surat tersebut, dikarang pula surat seorang individu bertarikh 14 September 2023 - menggambarkan keadaan Malaysia ketika itu setelah diperintah oleh pakatan pembangkang. Segala yang dinikmati kononnya adalah kerana keputusan selepas 10 tahun mengundi dalam PRU-13.

Benarkah segala perubahan itu akan tercapai melalui pembangkang sedangkan sejak dari awal lagi kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad melakarkan visi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat ketika itu memiliki pendapatan tinggi. Tanpa menyebut keseluruhan bajet bagi melaksanakan isu kandungan manifesto berkenaan, pakatan pembangkang hanya menyenaraikan pelbagai janji untuk rakyat namun belum menjamin pelaksanaannya secara berkesan. Dari segi pengalaman, rakyat sudah dapat menilai janji-janji yang dibuat itu ada yang gagal dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun pakatan pembangkang memerintah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.


AGENDA TRANSFORMASI:-

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, segala yang dirancangkan oleh kerajaan untuk negara terutamanya agenda transformasi negara telah membuahkan kejayaan, berkat daripada doa dan sokongan rakyat. Menurut Perdana Menteri, beliau juga gembira kerana pelbagai program transformasi yang dilaksanakan turut diterima baik oleh rakyat. ''Berkat doa rakyat, program transformasi yang dilakukan untuk membela nasib mereka berjaya dilakukan. ''Insya-Allah jika mendapat mandat, kita akan laksanakan apa yang diimpikan". Beliau turut berpesan kepada rakyat di negeri ini supaya melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik dan terjamin.

LAPORAN Transformasi Nasional yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri baru-baru ini adalah satu testimoni kejayaan dan kesannya amat memberangsangkan. Inilah jejak rekod (track-record) sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melakukan transformasi menyeluruh dalam bidang penggubalan dasar, strategi pelaksanaan, pengukuhan prasarana, pembangunan ekonomi dan sosial, pembangunan sumber daya insan, menyantuni kelompok miskin dan tidak berada dan mendukung strategi "Janji Ditepati".

Di antara intipati program transformasi yang diucapkan oleh Perdana Menteri adalah jumlah pendapatan negara telah meningkat kepada AS$997. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu. Kadar inflasi negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.

Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan sekolah. Sebanyak RM 22.3 bilion disediakan untuk subsidi. RM 873.5 juta untuk insentif manakala RM 14.6 bilion untuk bantuan. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah. Kemampuan menawarkan 100,000 unit kediaman mampu milik dan 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar dibina dan dibaik pulih. Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM 135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan.

Fokus dan strategi transformasi ialah untuk memacu Malaysia ke arah mencapai Wawasan Kebangsaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.



klcc
Kemajuan Malaysia



KEPUTUSAN RAKYAT:-

Di akhirannya rakyat juga yang akan menentukan segala-galanya. Itulah demokrasi, parti-parti politik akan cuba menjual minyak wangi masing-masing dengan mengatakan bahawa minyak aku lebih wangi dari minyak wangi orang itu tetapi rakyat yang ingin memakainya akan membuat pemilihan minyak wangi mana yang sesuai untuk rakyat demi agama, bangsa dan negara. Kita pasti rakyat inginkan kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan serta menolak haloba politik yang berlandaskan kebiadapan, kegilaan kepada kuasa dan sikap berdendam. Fikir-fikirkanlah demi masa depan agama, bangsa dan negara.

 

     

 



  

Friday, February 15, 2013

PUSINGAN AKHIR SEBELUM PRU13...



BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional adalah parti yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dengan jayanya baik dari segi pembangunan, modal insan, ekonomi dan sosial dan kemasyarakatan serta perhubungan antarabangsa. Malaysia di lihat sebagai model kepada banyak negara membangun di dunia, sebagai model kepada negara Islam di dunia, sebagai model "kestabilan dan keharmonian kaum" kepada dunia, sebagai model "kewangan Islam di dunia dan sebagai model "kepada dunia luar dalam memperkukuhkan agenda "keamanan dan toleransi" seperti yang di kecapi oleh Bangsamoro di Filipina.

Walaupun di pihak pembangkang (Doktrin DAP, Doktrin PKR dan Doktrin PAS kemudiannya di kenali sebagai si biadap, si gila kuasa dan si pendendam)  cuba melemparkan "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" tapi "engine" Barisan Nasional terus memacu kehadapan untuk membuktikan bahawa Malaysia boleh stabil, makmur, aman, sejahtera, harmoni, adil dan maju seperti mana juga negara-negara di dunia yang lebih maju di dunia. 

Di bawah pentadbiran YAB PM "Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan YAB TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin" negara kita, Malaysia terus bergerak mengikut landasan transformasi yang di galaskan iaitu dengan slogan 1Malaysia "rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan". Transformasi telah di laksanakan di dalam GTP, ETP dan PTP yang telah memperlihatkan hasil yang memberangsangkan sehinggakan setiap lapisan masyarakat dan rakyat jelata di Malaysia merasai akan "transformasi" tersebut.

Sesungguhpun pihak pembangkang si biadap, si gila kuasa dan si pendendam cuba untuk merosakkan rancangan 1Malaysia kerajaan Barisan Nasional dengan berbagai "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" seperti berikut:-

1. Ambiga Bershitttt 1, 2 dan 3,
2. Democrazy di dalam Parlimen dan di jalanan,
3. Hasutan di dalam negara dan di luar negara,
4. Dana Asing dan Bantuan Asing,
5. Demo Projek Lynas di Kuantan,
6. Demo Projek Hub LPG di Penggerang,
7. Gerakan Royalty Minyak di Kelantan,
8. Isu Air dengan Syabas,
9. Segala bentuk pemberian kerajaan Barisan Nasional adalah "gula-gula" PRU 13, dan
10. Agama, bangsa dan negara di perjudikan hanya untuk kepentingan "kuasa dan Putrajaya".

Apabila kita melihat perkara-perkara di atas yang kerap di mainkan oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam, maka kita dapati bahawa permainan politik di tahap "ganas" telah di gunapakai untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional dapat di tumbangkan bagi membolehkan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam dapat memerintah Malaysia dan Anwar Ibrahim dapat jadi Perdana Menteri. Jawatan Perdana Menteri itu masih menjadi teka teki lagi kerana Doktrin PAS inginkan "Hadi Awang" tapi Doktrin DAP mahukan "Anwar Ibrahim".



SUDAH BERJAYAKAH DOKTRIN PAS DI KEDAH?????

Di Kedah berbagai malapetaka menimpa kerajaan Doktrin PAS kerana "kesihatan, ketidakcekapan pentadbiran, kelesuan ekonomi, kepincangan dalam dasar dan polisi pengurusan kewangan dan kegagalan pengurusan hasil semulajadi negeri" telah menghantui pentadbiran Doktrin PAS di Negeri Kedah Darul Aman. Ini di burukkan lagi dengan "dasar Islam" yang kerap di perlekehkan oleh Doktrin DAP di Kedah yang menyebabkan "rakyat Kedah" mula melihat Doktrin PAS ini seperti "ayam berkokok berderai-derai tapi tahi bergelumang di belakang buntut". Akhirnya "rakyat Kedah" menjadi mangsa dan menerima padahnya iaitu kegiatan pembangunan, ekonomi dan kemasyrakatan mereka tergugat dan terganggu akibat dari ketidakcepakan dan kelesuan pentadbiran kerajaan Doktrin PAS di Kedah Darul Aman. Betul ke kerajaan Doktrin PAS Kedah telah berjaya melaksanakan "janji-janji PRU 12" dengan terbinanya Universiti KUIN atau adakah Universiti KUIN itu adalah projek kesinambungan kerajaan Barisan Nasional yang lalu????? atau pembinaan Universiti KUIN di biayai oleh bank sepenuhnya iaitu 100% loan?????

Di Penang keadaan sudah jadi haru-biru akibat dari Si Tokong Lim Dynasty yang memerintah secara "Tokong" di mana segala perintah beliau mesti di praktikkan kalau tidak "out you go". Inilah yang terjadi kepada "Tuanku Aziz" yang berpendapat "Democrazy Ambiga Bershittt 3.0 satu pelanggaran undang-undang dan kerja menghasut rakyat untuk menentang kerajaan secara "militan" iaitu menjatuhkan kerajaan secara "keganasan". Akibatnya Tunku Aziz di pecat dari Doktrin DAP. Di segi pentadbiran kerajaan negeri Penang pula, Si Tokong Lim Dynasty cuba membawa "angin chauvinis, rasis, anti Melayu dan anti Islam" dengan merobohkan "gerai-gerai perniagaan" Melayu di Penang di atas dasar untuk membersihkan kawasan Penang dari penjaja haram dan menghapuskan penempatan haram "Melayu dan India" yang sudah bertapak lama di atas dasar untuk membina perumahan "mampu milik rakyat" tetapi sebaliknya rumah harga "kos tinggi" yang di binanya. Ini lebih di burukkan oleh perutusan Hari Natal Si Tokong Lim yang menyeru agar kerajaan membenarkan org bukan Islam terutamanya "Kristian" menggunakan perkataan kalimah Allah [SWT] dalam versi Bahasa Melayu. Inilah yang telah mencetuskan satu polimek antara Majlis Ulama Doktrin PAS dengan pemimpin2 Doktrin PAS yang lain. Ini juga telah memperlihatkan kepada kita betapa Doktrin DAP ini cuba untuk mencetuskan "satu perbalahan" keharmonian beragama antara kaum di Malaysia yang mana seakan-akan tercetusnya kejadian 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Doktrin DAP juga.

Orang yang memulakan hasutan ini iaitu pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berjaya bukan saja menimbulkan kegelisahan orang Melayu/Islam tetapi juga mencetuskan polemik antara pimpinan PAS (sebuah parti yang kononnya berjuang untuk menegakkan kehendak Islam) dengan rakannya dalam pakatan pembangkang.





Ini di burukkan lagi oleh kecurangan pemilihan Doktrin DAP yang tidak menunjukkan bahawa Doktrin DAP mengamalkan "parti semua kaum" apabila tiada kaum Melayupun di pilih ke dalam CECnya. Ini di tambahkan lagi dengan kemudaratan dalam pengiraan pemilihan CEC yang di dapati terdapat "salah kira" kertas undi yang menunjukkan S/U Si Tokong Lim Dynasty menang yang sebelum ini hanya mendapat 300 undi sahaja tetapi akibat kesilapan tersebut undinya menjadi 800 undi. Persoalannya mana datangnya "undi hantu sebanyak 500 lagi". Adakah pendatang Bangla, Indo, Burma, Vietnam, China dan India "pangkah undi" tersebut?????


Photo
PEMILIHAN CEC PUN SALAH KIRA!!!!!

Barisan Nasional aka mengadakan sambutan CNY di Penang dengan menjemput PSY "Gangnam Style". Malang sekali ianya akan di cemburui oleh Si Tokong Lim Dynasty dan Nikky Ajis. Sehinggakan Si Tokong Lim Dynasty suruh rakyat Penang yang pergi ke majlis sambutan CNY Barisan Nasional itu memakai baju kuning, meraha dan hijau untuk menunjukkan ketidak setujuan dan protes terhadap kerajaan YAB PM. Inilah yang susah kalau "politician" semua benda hendak di politikkan untuk kepentingan "agenda" kuasa dan Putrajaya.


Di Selangor keadaan menjadi kelam kabut apabila tanpa di duga oleh rakan-rakan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam MB Selangor mengatakan akan membubarkan DUN Selangor selepas Chogome kerana hendakkan piliharaya yang betul-betul bersih. Masalah air yang sudah tidak bersih kerana di cemari oleh "tangan-tangan politik Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam" telah meletakkan kepentingan "politik dan kuasa" di atas kepentingan dan kesejahteraan rakyat.




Apa lagi yang hendak di pertikaikan kalau semua janji-janji Manifesto di anggap sebagai bukan satu "Perjanjian" tapi dalam Al-Quran ada sebut sekiranya kita berjanji maka kita mesti tunaikan kalau tidak kita sudah menjadi zalim. Apabila kerajaan Barisan Nasional memberikan peruntukkan RM120 juta untuk SYABAS menyelesaikan permasalahan air di Selangor, Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kata itu adalah "bail out" tapi Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam "bail out" TALAM bagaimana pula kita nak kategorikan????? Itulah kita berulangkali katakan jangan di politikkan isu air, kalau di politikkan maka ianya akan makan diri sendiri. Nampaknya isu air akan menjadi topik hangat kempen PRU13 nanti.



YAB PM bersantai di Pasar Siti Khadijah

YAB PM apabila melakukan gerak kerja santai di Kelantan tempoh hari telah mengumumkan beberapa Projek Mega akan di laksanakan di Kelantan sekiranya rakyat Kelantan memilih Barisan Nasional sebagai pemerintah. Projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baru yang lebih besar, masjid terbesar di Kelantan untuk menyemarakkan program dakwah Islamiah dan juga perumahan rakyat. Manakala bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dalam bandar kota Bharu dengan mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, diikuti pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bersepadu untuk menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih.

Semua 7 projek pembangunan yang diumumkan oleh PM ini diyakini mampu membawa Kelantan seiring dengan pembangunan negara dan ia bukan satu masalah untuk disempurnakan sekiranya dalam PRU 13 kelak majoriti pengundi Kelantan memilih BN untuk mengurus tadbir semula negeri ini.


Di Kelantan, kebangkitan NGO-NGO yang menyatakan ketidak puasan hati rakyat kepada kerajaan Doktrin PAS sedang bertiup kencang sekarang. Terbaru  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram. Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Mengulas lanjut
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme. Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP. Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam. Aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, pembangkang khususnya DAP jelas masih merujuk persetujuan Abdul Hadi seperti dinyatakan beliau dalam mesyuarat pakatan pembangkang 8 Januari lalu.

Katanya, Abdul Hadi perlu menyatakan pendiriannya secara tegas berhubung isu itu kerana masih wujud keraguan dalam kalangan umat Islam walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam. "Kegagalan Haji Hadi (Abdul Hadi) berbuat demikian (menyatakan pendiriannya) bererti masih ada unsur-unsur kompromi antara Pas dan DAP khususnya dalam isu tersebut.

Friday, January 4, 2013

JASA PAHLAWAN VS AMANAT HADI AWANG DAN GESAAN SI TOKONG LIM DYNASTY SERTA SALAH KIRA PEMILIHAN CEC DOKTRIN DAP...


Pahlawan Kanang anak Langkau

KUCHING 3 Jan. - Pahlawan Negara, Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 1.45 pagi ini dipercayai akibat serangan jantung. Isterinya, Datin Brawang Chunggot, 55, berkata, mendiang sebelum itu mengadu sakit dada sewaktu berada di kediaman mereka di Kampung Sungai Apong di sini. Semalam saya dan suami menonton siaran berita di televisyen sekitar pukul 11 malam, tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan batuk seperti tersedak sesuatu. Saya kemudiannya memberi suami minum air suam sebelum dia jatuh pengsan," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat HUS pagi ini.

Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1981.

Keberanian dan kegagahan kamu akan kami kenangi dan contohi selagi nyawa belum terputus dari badan perjuangan demi agama, bangsa dan negara akan di teruskan. Kita harap pihak kerajaan akan memberikan satu "penghargaan" teristimewa untuk "Pahlawan Kanang Anak Langkau".


Amanat Haji Hadi Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak 
Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & 
Jawatankuasa Muzakarah)
Berita terkini
Kita tidak sangka pulak "Amanat Hadi Awang" itu akan menjadi "satu taufan maut" untuk Doktrin PAS sehinggakan Hadi Awang terpaksa memohon kepada RTM dan TV3 untuk memberikan beliau "airtime" selama satu (1) jam bagi menjelaskan "Amanat Hadi Awang" ini. Walaupun perkara itu telah di ucapakan 31 tahun dahulu tetapi kesan "Amanat Hadi Awang" itu terus menular di kalangan pengikut-pengikut akar umbi Doktrin PAS.



Nukilan "ex-Doktrin PAS"

Kesan tersebut telah di ceritakan oleh CN Afghani dalam buku Kafirkah Aku. Akibat citer tersebut maka tercetuslah fenomena mengapakah "Amanat Hadi Awang" itu masih menular di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan bahawa "Amanat Hadi Awang" itu salah dan terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah [ASWJ].  Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat tidak boleh berdiam diri dan cuci tangan dengan mengatakan bahawa itu adalah amanat politik semata-mata dan tiada kaitan pun dengan pengkafiran dan permurtadkan parti UMNO/Barisan Nasional.

Nabi Muhammad [SAW] beramanat kepada manusia sekelian ketika khutbah Jumaat terakhir, baginda telah berpesan supaya umat Islam berpegang kepada dua perkara sahaja iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW] sahaja. Doktrin PAS pula pada tahun 1981 telah mencipta "Amanat Hadi Awang" menggantikan "Amanat Nabi Muhammad [SAW]" tersebut. Amanat Hadi Awang itu lebih penting dan lebih afdal dan lebih Islamik dari Amanat Nabi Muhammad [SAW]. Kita turunkan Amanat Hadi Awang di sini:-

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
 
Bila Amanat Hadi Awang mengatakan kita menentang parti UMNO/Barisan Nasional kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah maka sepatutnya Doktrin PAS cuba memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia perlembagaan macam mana Doktrin PAS nak bawa, undang-undang macam mana Doktrin PAS nak guna, peraturan yang tak jahiliyah macam mana Doktrin PAS nak pakai. Malangnya Doktrin PAS sendiri yang mengucapkannya tetapi berlagak ibarat "ayam berkokok" sahaja tetapi najisnya bergelumang di buntut. Doktrin PAS bukan sahaja gagal dalam merealisasikan apa-apa yang di perkatakan kepada penentangan terhadap parti UMNO/Barisan Nasional itu malahan setiap ikrar yang di buatnya di bawah Pakatan Barisan Alternatif dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam perlembagaan penjajah tersebutlah yang akan di kekalkan, undang-undang kafir itulah yang akan di pakai dan peraturan jahiliyah itulah yang akan diteruskan.

Ini amat bertentang sekali dengan "Amanat Hadi Awang" apabila bila Doktrin PAS mendapat Putrajaya segala-gala apa yang kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional buat akan di teruskan dan di kekalkan. Ianya sudah tentu menimbulkan persoalan. Apa yang di tentang oleh Doktrin PAS sebenarnya, parti UMNO/Barisan Nasional atau perasaan dendam yang semakin menebal di dalam hati-hati pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang tidak mampu membuat sebagai mana pemimpin-pemimpin parti UMNO buat untuk membangunkan negara dan memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Amanat Hadi Awang itu di cipta untuk mengikis tanggapan rakyat bahawa parti UMNO adalah pembela umat Melayu dan Islam di Malaysia dengan melabelkan parti UMNO sebagai penyambung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Setelah 55 tahun di bawah pemerintahan parti UMNO/Barisan Nasional negara stabil, makmur, aman, rakyat sejahtera harmoni, undang-undang adil dan saksama dan negara semakin maju. Kita syukur kepada Allah [SWT] dengan limpah kurnianya negara Malaysia terus maju dan rakyatnya hidup aman damai dan harmoni. Inilah sebenarnya yang amat di cemburui oleh pemimpin-pemimpin Doktrin PAS terhadap parti UMNO/Barisan Nasional.

Doktrin PAS terus dengan khayalan dan mainan "kafir mengkafir" parti UMNO/Barisan Nasional. Malang sekali dengan kuasa Allah [SWT] telah di dorongnya Doktrin PAS berkawan dengan "parti kafir" iaitu Doktrin DAP dan Doktrin PKR. Sebelumnya di setiap ceramah, syarahan, usrah dan bengkel Doktrin PAS akan melabelkan hakmilik terpelihara bahawa parti UMNO/Barisan Nasional itu parti kafir. Bila cakap kafir maka segala-gala berkaitan dengannya kafir. Maka wujudlah perpecahan di kalangan umat Melayu dan Islam di Malaysia, sembahyang dua Imam, dua Masjid, nikah semula kerana nikah di bawah kadi kerajaan tidak sah, rumahtangga runtuh kerana berlainan fahaman, kenduri kendara tidak akan di hadiri kalau di buat oleh org UMNO/Barisan Nasional, sembelihan org UMNO/Barisan Nasional haram utk di makan, tanam mayat di laman tangga kerana tak mahu mayat bercampur dengan perkuburan awam yang di anggap kafir. Inilah beberapa contoh yang telah di luahkan oleh ahli-ahli akar umbi Doktrin PAS sendiri. Malangnya pemimpin-pemimpin Doktrin PAS mengganggap perkara ini remeh temeh dan memperlekehkan "ilmu ahli-ahli akar umbi" dengan mengatakan itu hanya anggap guru yang baru belajar ABC.


Che Rokeman Musa 

DUNGUN 4 Jan. - Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008. Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini. "Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO. "Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak.

Apabila Doktrin PAS berkawan dan berkongsi bantal sahaja dengan parti kafir Doktrin DAP melalui "tahaluf Siyasi" maka kekafiran tersebut telah di halalkan demi kepentingan jawatan dan kuasa serta politik Doktrin PAS. Ini bermakna selama ini Doktrin PAS cuba menyembunyikan fakta dan realiti sebenar di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, kebudayaan dan agama memerlukan setiap parti politik menjuarai kaum masing-masing atau bersatu bagi mendapatkan "kuasa majoriti" dari semua kaum di Malaysia. Maknanya apa yang telah di buat oleh parti UMNO/Barisan Nasional selama ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Madinah yang di cipta di zaman Nabi Muhammad [SAW] iaitu berkongsi ekonomi dan politik dengan kaum kafirun tetapi tidak berkongsi agama. Pemimpin-pemimpin Doktrin PAS tetap mengatakan parti UMNO/Barisan Nasional itu kafir walaupun "Tahaluf Siyasi" itu terpakai kepada Doktrin PAS dan juga parti UMNO kepada akar umbinya bagi memastikan sokongan padu dan "kegelapan" terus membelenggu akar umbi yang taksub dan jumud dengan Doktrin PAS yang di perlihatkan lebih Islamik dengan "penonjolan agamawan politik" bertopengkan agama tetapi bertandukkan "syaitan" iaitu untuk memecah belahkan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Mungkin inilah petunjuk yang ingin di perlihatkan oleh Allah [SWT] kepada kita betapa menyonsangnya, sesat dan menyesatkan perjuangan Doktrin PAS yang "banyak" mempergunakan elemen "agama" untuk meraih simpati dan undi umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Bagaimana Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat nak memperbetulkan "perpecahan dan kekeliruan serta kesongsang" tersebut dari terus menular di kalangan umat Melayu dan Islam?????

Allah [SWT] dalam Surah Ali-Imran ayat 103 "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurnia Allah kamu menjadi bersaudara sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu agar kamu mendapat petunjuk".

Ianya bersambungan dengan Surah Al-Imran ayat 104 "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung".

Ianya di teruskan dengan Surah Ali-Imran ayat 105 "Dan janglah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah kamu datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksaan yang berat".

Kalau di lihat dari ayat-ayat Surah Ali-Imran ayat 103-105, Allah [SWT] tidak pernah mengatakan bahawa hendaklah kamu bercerai-berai, berpecah dan berdendam di antara satu dengan yang lain. Ayat ini merupakan satu perintah Allah [SWT] untuk bersyukur kepadaNYA atas nikmat perpaduan yang telah dikurniakanNYA terutama di zaman Nabi Muhammad [SAW] antara kaum Aus dan Khazraj. Malangnya kita di kalangan umat Melayu dan Islam di Malaysia, akibat dari "Amanat Hadi Awang" ini yang mengatakan kita hendaklah perangi parti UNMO/Barisan Nasional kerana mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah telah melangkaui prinsip-prinsip Surah Ali-Imran ayat 103-105 iaitu pegang kepada tali Allah [SWT] maka kita akan aman, makmur, berpadu, bersaudara, bertolong-tolongan dan bermuafakat serta bersatu. Maka segala bibit-bibit permusuhan dan dendam khusumat terus di bakar oleh Doktrin PAS di kalangan pengikut-pengikut akar umbinya, segala rupa fitnah dan pemboikotan berterbangan sejak dari Amanat Hadi Awang diciptakan.    

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah lagi teruk perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad, apabila lawan puak-puak ini [org UMNO/Barisan Nasional] kalau kita mati akan dapat syahid tak perlu masuk Buddha, Hindu, Kristian. Kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku dan agama suku".

Dalam Al-Quran tiada pun di sebut bahawa memerangi parti UMNO/Barisan Nasional itu jihad melainkan Allah [SWT] memerintahkan agar mengajak orang mengesakan Allah [SWT] dan menyeru orang memeluk Islam. Kita tidak nampak pun parti UMNO/Barisan Nasional ingin membawa umat Melayu dan Islam ke arah kekufuran (tidak mempercayai keesaan Allah [SWT]) dan Isyraak Billah ( menyekutukan Allah [SWT]). Kerajaan UMNO/Barisan Nasional sentiasa menjaga, memartabat, menegakkan dan menyerukan serta menyebarkan seruan Agama Islam kepada rakyat Malaysia. Seruan Amanat Hadi Awang supaya memerangi puak-puak ini (org UMNO) adalah jihad tetapi orang UMNO adalah orang Islam yang bersyahadah mengakui tiada Tuhan yang berhak di sembah selain dari Allah [SWT] dan Muhammad adalah pesuruh Allah [SWT]. Orang UMNO tidak pernah memurtadkan diri mereka dan menkafirkan diri mereka untuk melayakkan Doktrin PAS memerangi atau berjihad terhadap orang UMNO. Inilah contoh bagaimana "Amanat Hadi Awang" itu telah mengelirukan umat Melayu dan Islam kononnya Allah [SWT] membenarkan Doktrin PAS memerangi parti UMNO kerana parti UMNO itu kafir, sedangkan Doktrin PAS hanya berfatwa dan berdalilkan "Amanat Hadi Awang" sahaja yang amat bertentangan dengan konsep "Fi Sabilillah" di sisi Allah [SWT]. Tiada berjihadnya derma kita kepada Doktrin PAS melainkan mengkayakan pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang mengharapkan belas ihsan dan kebajikan rakyat terutamanya umat Melayu dan Islam untuk terus mengembangkan "konsep fi sabilillah Doktrin PAS" yang sesat dan menyesatkan itu.

Tiada satu pun ayat-ayat Al-Quran mengenai "Amanat Hadi Awang" berkaitan dengan jihad "Fi Sabilillah" membolehkan pejuang-pejuang Doktrin PAS layak di gelarkan sebagai "syahid". Trajedi Memali itu amat menyedihkan dan memilukan serta membuka mata kita bahawa betapa taksub dan jumudnya "Ibrahim Libya" dan pengikut-pengikutnya terhadap "Amanat Hadi Awang". Hanya Allah [SWT] sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Firman Allah [SWT] "Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Tuhan tiada akan mensia-siakan pekerjaan mereka. Tuhan akan memimpin mereka dan memperbaiki mereka. Dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diberitahu kepada mereka". Berlainan sungguh konsep jihad "Amanat Hadi Awang" dengan konsep "Fi Sabilillah" Agama Islam. Doktrin PAS menyeru agar akar umbinya dan pemimpin-pemimpinnya terus memerangi parti UMNO dan orang UMNO kerana itu jihad sedangkan parti UMNO dan orang UMNO tidak pernah menduakan Allah [SWT] mahupun memurtadkan diri mereka iaitu keluar dari Islam. Persoalanya adakah jihad dalam "Amanat Hadi Awang" itu "jihad ingin membalas dendam kesumat yang terbuku di dalam hati setiap pemimpin-pemimpim Doktrin PAS terhadap parti UMNO dan orang UMNO"?????

Akhir sekali kita tidak payah masuk Buddha, Hindu, Kristian tapi kita menjadi kafir apabila mengamalkan politik suku dan agama suku. Kita tidak ingin menyelami perkara ini begitu mendalam kerana Islam itu adalah agama syumul iaitu merangkumi semua. Agama Islam itu memberikan kita satu kelebihan dalam melaksanakan "amal makruf nahi mungkar". Tetapi meletakkan kekafiran kepada orang Islam lain hanya kerana "Amanat Hadi Awang" mengatakan menjadi kafir apabila mengamalkan politik suku dan agama suku adalah suatu yang mengelirukan umat Melayu dan Islam di Malaysia.


Rentetan dari situ, para penyokong Doktrin PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya. Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin Doktrin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.

Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut Doktrin PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu. Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan?????

Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak?????

Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut Doktrin PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian. Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain, para pemimpin UMNO, ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam.

"Bezanya antara UMNO dan Doktrin PAS ialah, UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam". Manakala "Doktrin PAS pula, mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi" pemimpin-pemimpin Doktrin PAS.

Oleh kerana "kepentingan politik" Doktrin PAS dalam Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam  itulah walaupun kalimah Allah s.w.t dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian, Mursyidul Am Doktrin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.

UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara. Dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden Doktrin PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri. Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981, beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah, sekular dan kafir.

Jika benar UMNO mengamalkan fahaman “politik suku agama suku” sebagaimana dipropagandakan oleh Doktrin PAS, nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara. Dalam hal “politik suku agama suku” para pengikut Doktrin PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.

Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am Doktrin PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama? Begitu juga apabila Naib Presiden Doktrin PAS, Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik, bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik?

Malah Ketua Dewan Ulama Doktrin PAS, Haron Taib juga pernah dengan lagak egonya mempersoalkan campurtangan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan berikutan teguran mereka berdua berhubung kesesatan Amanat Hadi. Kesemua tingkah laku pemimpin-pemimpin Doktrin PAS itu segalanya menjurus kepada “politik suku agama suku”. Bukan begitu?
Sekali lagi Doktrin PAS terpaksa tunduk kepada gesaan Doktrin DAP. Walaupun golongan agamawan dalam Doktrin PAS menolak gesaan Si Tokong Lim Dynasty tapi Mat Sabu tetap kata Doktrin PAS senada dengan Doktrin DAP bahawa orang Kristian boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam Kitan Injil versi bahasa Melayu. Gesaan ini di sokong pula oleh Mujahid Yusuf Rawa dalam ceramahnya "kenapa org Kristian tidak boleh menggunakan perkataan "Allah" tiada masalah besar".


 

Arena politik Malaysia di kejutkan pula dengan permainan "wayang opera" Doktrin DAP yang mengatakan bahawa telah terdapat kesilapan dalam pengiraan undi calon-calon menduduki pucuk pemilihan CEC Doktrin DAP tempoh hari. Kenapa selepas 3 minggu baru nak kata terdapat "permasalahan pengiraan atau masalah teknikal". Adakah sokongan terahadap Doktrin DAP semakin merosot maka Si Tokong Lim Dynasty kata Doktrin DAP mesti menunjukkan kebenarannya kepada rakyat.

Selepas tiga (3) minggu terdapat lebihan kepada undian Zairil (S/U Politik Si Tokong Lim Dynasty). Inilah keajaiban yang di cipta oleh Doktrin DAP. Sebelum ini Doktrin DAP lantang menyerlar SPR dengan mengaakan SPR tidak adil, tidak beretika, tidak amanah, tidak bermoral dan selewengkan "undi" dengan mengamalkan "undi hantu" tetapi Doktrin DAP undi sekecil pemilihan CEC pun tidak dapat hendak di atasi inikan pula nak "play the balme game" terhadap SPR. Cemuhan Doktrin DAP terhadap SPR sudah terkena kepada batang hidung sendiri. Sebelum ini terkena pasal undi Melayu yang mana org Melayu dalam Doktrin DAP di pinggirkan tetapi Doktrin DAP terutamnya Si Tokong Lim Dynasty hanya anggap itu mainan politik UMNO/Barisan Nasional sahaja. Selepas pemilihan CEC kenyataan Doktrin DAP rasis, anti Melayu dan anti Islam memang terserlah dan menjadi nyata. Ianya telah membuka mata org Melayu dan Islam bahawa sesungguhnya Doktrin DAP itu adalah petualang untuk menghancurkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.



Sikap Chauvinis Doktrin DAP

 Mengapa selepas di hemtan atas bawah dan kiri kanan baru nak kata terdapat permasalahan tersebut, iaitu setelah 3 minggu. Adakah Doktrin DAP cuba menutup kelemahannya atau cuba untuk memancing undi org Melayu. Keikhlasan Doktrin DAP ini sentiasa di ragui oleh umat Melayu dan Islam sejak dari peristiwa 13 Mei, 1969. Doktrin DAP memang terkenal sikap chauvinis dan tagline "rasis, anti Melayu dan anti Islam". Kita rasa tagline tersebut akan kekal pada PRU 13 nanti.





Saturday, December 29, 2012

AMANAT HADI AWANG...PERHIMPUNAN SHAMSIDAR...PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT...PERHIMPUNAN OREN JUS...JANJI KEPADA PEMANDU TEKSI...SI KITUL "DEEPAK"...ISU PERKATAAN ALLAH...ISU PEMILIKKAN TANAH DI KELANTAN...


Suasana politik di Malaysia semakin panas apabila kita menghampiri ke saat garisan penamat tahun 2012. Gerakan politik Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam di perhebatkan bagi menyerang pihak kerajaan Barisan Nasional dari atas, bawah, kanan dan kiri sehinggakan nak bernafas pun pihak kerajaan tidak mampu. Kita sangat teruja melihat kebiadapan, kegilaan dan kependendaman Pakatan pembangkang terhadap pemimpin2 Barisan Nasional terutamanya YAB PM dan YAB TPM. Semua usaha untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat akan di ertikan sebagai pemberian kepada kroni dan ketidakadilan pihak Barisan Nasional kepada rakyat.

Anwar Ibrahim berceramah kepada pemandu-pemandu teksi

Kita ambil usaha kerajaan Barisan Nasional dalam meningkat pendapatan, mutu perkhidmatan dan kebajikan pemandu-pemandu teksi. Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam pula mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional pandang enteng terhadap kegelisahan pemenadu-pemandu teksi. Maka Anwar Ibrahim menjanjikan "goodies" kepada pemandu-pemandu "Anwar Ibrahim mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya. “Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi". Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan.

Kita tidak menolak bahawa pemandu teksi adalah salah satu agen perubahan yang terpenting di dalam sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu pihak kerajaan Barisan Nasional telah membantu pemandu-pemandu teksi dengan memberi skim tayar, insuran berkelompok, naikkan tambang, lain-lain bantuan bagi meringankan bebanan pemandu-pemandu teksi dalam menghadapi hidup yang penuh mencabar di bandar. Kalau nak kira kerajaan Barisan Nasional pandang enteng terhadap pemandu-pemandu teksi itu adalah satu "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam sahaja. Natijahnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan meminggirkan mana-mana sektor. Ini telah di terjemahkan dalam Bajet 2013 di mana semua sektor dari surirumah sampai kepada pengusaha dan ahli korporat di berikan berbagai insentif untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Amanat Hadi Awang hangat di perkatakan sehinggakan seorang pengikut Doktrin PAS tegar telah keluarkan buku berjudul "Kafirkah Aku". 


Zainon Ismail @ C.N. Al-Afghani


Beliau telah mengatakan bahawa betapa menyesalnya tindakan beliau akibat terpesong dengan ketaksuban dan kejumudan terhadap Amanat Hadi Awang, di mana beliau sanggup menkafirkan saudara kandung dan ayahnya sendiri. Inilah contoh bagaimana Doktrin PAS telah meracuni pemikiran dan pandangan serta kefahaman "Islam" rakyat Malaysia terhadap Islam dengan melemparkan "fatwa dan dalil songsang" sebagai bahan pegangan "politik agama" untuk membunuh lawan atau seteru politiknya.

Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri. Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila. Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Dalam mempertahankan "politik agama" Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan "Amanat Hadi Awang" itu. Mursyidul Am itu akan muncul dengan hujah yang meletakkan kepentingan politik Doktrin PAS mengatasi segala-galanya. Biarlah apa pun ulama kata, biarlah apa juga pandangan mufti dan tidak kisahlah apa pun kesan ke atas umat Islam kerana amanat itu, bagi Nik Abdul Nik Aziz semua itu tidak penting. Pada Nik Aziz Nik Mat itu adalah isu lapuk dan ramai pengikut-pengikut yang kafirkan UMNO sudah keluar Doktrin PAS maka Hadi Awang tidak perlu takut kerana tidak pernah murtadkan dan kafirkan UMNO. Nampak kedangkalan dan ketidak prihatinan Nik Aziz Nik Mat terhadap akibat "Amant Hadi Awang" itu kepada umat Melayu dan Islam keseluruhannya. Pemimpin-pemimpin Doktrin PAS sudah melihat betapa buruknya kesan daripada amanat tersebut justeru kalau pun hendak bercakap desaklah Hadi menarik balik amanatnya atau meminta penyokong Pas supaya tidak lagi berpegang kepada amanat itu. Tetapi masalah Pas tidak akan berbuat demikian apatah lagi pada saat-saat pilihan raya umum semakin hampir.

Hadi Awang dalam kenyataan balasnya terhadap desakan tarik balik dan memohon maaf "Amanat Hadi Awang" itu meminta beliau di benarkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar di kaca televisyen RTM dan TV3 selama satu (1) jam. Kita pun tak tahu samada Hadi Awang ikhlas untuk tarik balik dan memohon maaf atau nak menegakkan bahawa apa yang di nyatakan sebagai "Amanat Hadi Awang" itu tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dan jauh sekali bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW]. Pelikkan kenyataan Hadi Awang itu. Dia akan berikan penjelasan apabila RTM atau TV3 memberikan "air time" kepada beliau selama satu (1) jam, kalau tidak tiada sebarang penjelasan ataupun tarik balik "Amanat Hadi Awang". Ini boleh di ertikan bahawa Hadi Awang adalah ibrarat seperti  "acungkan senapang ke muka sendiri". Kita masih ingat lagi ketika UMNO mengajak dan ketika Doktrin PAS mengajak UMNO bergabung atau bekerjasama demi agama, bangsa dan negara. Doktrin PAS meletakkan syarat UMNO tarik balik "perjuangan nasionalis" kerana Nabi Muhammad [SAW] tidak pernah memperjuangkan nasionalis begitu juga Doktrin PAS. Nabi Muhammad [SAW] hanya memperjuangkan "ISLAM" begitu juga Doktrin PAS hanya memperjuangkan "Islam" tetapi "Islam" bentuk apa, kita semua sudah maklum. Agama Islam di perjuangkan di bibir dan di mulut tetapi sekali di jolok oleh Doktrin DAP, Islam Doktrin PAS gugur ke bumi kerana tiada "ketahanan dan kejituan" dalam memperjuangkan Islam itu. Akibatnya Agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] di gadaikan dan di julakan hanya nak diselariskan "perjuangan Islam" dengan Negara Berkebajikan Doktrin DAP dan Doktrin PKR dalam Hikayat 100 Hari Buku Jingay.

Namun apa yang melucukan ialah apabila Nik Abdul Aziz berkata, agama bukan hak Hadi. Soalnya parti manakah selama ini begitu beria-ia melaungkan kononnya merekalah pejuang Islam????? Parti manakah yang pemimpinnya begitu mudah memperlekehkan segala usaha UMNO dalam soal mengembangkan syiar Islam????? Dan kita juga bertanya parti manakah yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum ke atas sesama Islam hanya semata-mata kerana perbezaan ideologi politik?????

Perhimpunan Oren Jus yang di anjurkan oleh ANAK Doktrin PAS yang di ketuai oleh Mazlan Alimin ingin mengembalikan maruah Felda supaya jangan tertipu oleh gula-gula kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Barisan Nasional ingin membawa Felda ke alam kemajuan tetapi ANAK Doktrin PAS ingin membawa Felda ke takuk lama. Kita mesti faham bahawa gugusan Felda mempunyai 52 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN. Inilah yang menyebabkan ANAK Doktrin PAS berusaha keras siang dan malam untuk menyeru warga Felda supaya bangkit menentang kerajaan dan berubah demi kesejahteraan Felda di masa akan datang. Kalau di lihat dari segi peruntukkan kerajaan Barisan Nasional berikan kepada Felda dan peneroka-peneroka Felda sudah tentu ANAK Doktrin PAS ataupun Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam tidak mampu untuk menandinginya. ANAK Doktrin PAS hanya mampu menyaingi kerajaan Barisan Nasional dengan cara "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta". Warga Felda sudah sedar dan yakin bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu membela nasib dan kehidupan mereka di bandingkan dengan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam yang hanya menjanjikan "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" sahaja. Ini telah di terjemahkan dengan penolakkan beberapa siri Jelajah Oren Jus di gugusan Felda sehingga boleh mencetuskan "perbalahan" yang tidak di ingini oleh warga Felda yang inginkan "kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan kemajuan". Ini tidak mampu di berikan oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam jika di bandingkan dengan kerajaan Barisan Nasional. Akhir sekali ANAK Doktrin PAS telah mengajak pengikut-pengikut Oren Jus untuk berdemocrazy di lapangan Dataran Felda di Ibu Negara bagi mendesak agar Pengerusi Felda Isa Samad letak jawatan kerana beliau sebelum ini telah di dapati bersalah kerana menggunakan "politik wang" dalam pemilihan pucuk kepimpinan UMNO.

Sebenarnya ANAK Doktrin PAS sudah kehausan isu untuk menyerang Felda. Seruan selama ini Felda bankrap, saham FGVH jatuh di paras IPO tidak mengena dan tidak di ambil peduli oleh majoriti warga Felda kerana warga Felda sudah nak bosan dan meluat dengan taktik dan tohmahan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam terhadap mereka sebagai peneroka-peneroka Felda.

Doktrin PAS menerusi YB Pokok Sena yang kita gelar Meriam Buluh Doktrin PAS telah melalak ke hulu ke hilir mendesak supaya kerajaan membuat "kertas siasatan" terhadap YAB PM dan isteri berkaitan dengan kenyataan "Si Kitul Deepak". Desakan terbaru ialah supaya "panggilan dan percakapan talipon" YAB PM dan isteri di siasat kerana terdapat bukti-bukti yang mengaitkan YAB PM dan isteri dalam konspirasi "Si Kitul Deepak". Kita hairan kenapa YB Pokok Sena ini seperti "bagaikan dagu melebihi hidung". Adakah YB Pokok Sena ini tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim dan Mat Sabu itu mempunyai "percakapan talipon" yang lebih hebat dari YAB PM dan isteri yang perlu di siasat????? Ini ti tambahkan lagi dengan "video Cinadoll" Anwar Ibrahim yang di anggap oleh Hadi Awang sebagai besi kerana "tiada hidung, telinga, mata dan mulut". Bagaimana YB Pokok Sena itu nak suruh PDRM dan SPRM siasat kalau perkara-perkara berkaitan sudah di kategorikan sebagai "besi". Inilah agenda sebenar Doktrin PAS dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kalau lawan semua di bolehkan tapi kalau Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam semua di nafikan kerana mereka lebih "islam" lebih "faham hukum hakam" dan lebih arif "tentang haram dan halal".

Menjelang 2013 kita akan di kejutkan dengan dua (2) perhimpunan iaitu Perhimpunan Kebangkitan Rakyat dan Perhimpunan Shamsidar. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat itu memang telah di duga tetapi Perhimpunan Shamsidar memang tidak pernah terfikir langsung. Perhimpunan Kebangkitan Rakyat adalah kesinambungan Ambiga Bershittt yang gagal di manfaatkan tetapi ingin di teruskan dalam konteks yang berlainan apabila Ambiga gagal mengawal "keganasan" di kalangan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam meratah dan merosakkan harta benda awam di Kuala Lumpur tempoh hari. Perhimpunan Shamsidar ini tiada kena mengena dengan politik. Ianya hanya berkaitan dengan "masalah" aktiviti sampingan Anwar Ibrahim. Apabila Mahkamah memutuskan bahawa Shamsidar akan menjadi "saksi" dalam kes perbicaraan "Anwar vs Nalla" dalam saman malu bernilai 100 juta, maka Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam mula goyang dan terketar lutut. Maka di cetuskan "Perhimpunan Shamsidar" bagi mendesak Mahkamah supaya tidak memanggil Shamsidar sebagai saksi. Adakah selama ini Mahkamah tidak adil kepada rakyat Malaysia????? Perjalanan kes belum pun bermula tapi satu gerakan "Perhimpunan Shamsidar" telah di mulakan. Adakah Anwar Ibrahim gentar dengan "pendedahan" bakal yang "muntahkan" oleh Nalla atau Anwar Ibrahim "berani kerana benar takut kerana salah" dalam isu "Perhimpunan Shamsidar" ini?????

ISU penggunaan perkataan Allah [SWT] oleh Si Tokong Lim Dynasty telah membawa kembali polimek antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia. Kenapa di hari sambutan Kristmas Si Tokong Lim Dynasty mengeluarkan kenyataan "org Kristian patut di benarkan menggunakan perkataan Allah [SWT]". Adakah ini untuk melindungi "permasalahan" pemilikkan tanah di Kelantan oleh pemimpin-pemimpin Doktrin DAP Perak. Adakah ini untuk menutup "perundingan sulit" antara Doktrin DAP Perak dengan Doktrin PAS Kelantan. Isu penggunaan perkataan Allah [SWT] itu akan di bincangan dalam mesyuarat Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam seperti kata Anwar Ibrahim. Majlis Fatwa Kebangsaan telah melarang dan mengatakan perkataan Allah [SWT] itu adalah hak ekslusif umat Islam di Malaysia, begitu juga dengan pemimpin-pemimin Doktrin PAS kecuali Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim belum menyatakan pendirian mereka. Adakah mereka berani menyanggah kenyataan Si Tokong Lim Dynasty atau mereka akan akur dengan kenyataan tersebut????? Isu tanah di Kelantan antara Doktrin DAP Perak dan Doktrin PAS telah membuakkan dimensi baru dalam arena politik Kelantan kerana sebelum ini banyak tuduhan dan tohmahan di tujukan kepada kepimpinan UMNO dalam menyerahkan "tanah" kepada kaum kafirun. Sekarang Doktrin PAS walaupun tahu bahawa "untuk memiliki tanah di Kelantan" agar sukar terutamanya kalau anda bukan anak jati Kelantan, tetapi di sebabkan perkara-perkara tertentu maka di bolehkan juga "pemilikkan tanah" oleh kaum kafirun di Kelantan. 

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Doktrin PAS mengamalkan sikap "anak kera di hutan di susukan sedangkan anak sendiri di rumah di biarkan kelaparan". Isu ini telah membongkar segala-gala ketidak cekapan dan kelemahan pentadbiran kerajaan Doktrin PAS Kelantan dalam urusan yang melibatkan "kepentingan rakyat" di bandingkan dengan "kepentingan politik Doktrin PAS". 

Menjelang tahun 2013 nanti kita akan di sajikan dengan lebih banyak lagi "kerenah-kerenah" politik "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam yang sangat mengidamkan sekumtum bunga tahi ayam di laman Putrajaya. Lebih-lebih lagi 2013 akan di jadikan "medan" PRU 13 sehinggakan YAB TPM kata sabar bila sampai ketikanya YAB PM akan umumkan PRU 13.

Tuesday, December 25, 2012

MUSIM BANJIR...DOKTRIN PAS SIBUK MENANYAKAN DI MANA BANTUAN PARTI UMNO...


Photo
Doktrin PAS cuba menangguk ikan di musim banjir     

Photo
Apa Doktrin PAS buat di Kelantan

Di mana silapnya Doktrin PAS dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang Darul Makmur dan di Kelantan. Adakah dengan menghulurkan bantuan sekali-sekala sudah menunjukkan bahawa Doktrin PAS prihatin terhadap kesukaran yang di tanggung oleh mangsa banjir di musim monsoon ini. Kita kalau nak membuat kebajikan mesti ikhlas dengan hati yang terbuka tanpa memikirkan dari mana bantuan tersebut datang baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang. Apa yang rakyat hendak ialah ada pihak yang prihatin terhadap kesukaran mereka di masa musibah.

Kita tidak fikir parti UMNO/Barisan Nasional hanya berdiam diri sahaja mengenai kejadian banjir di Kuantan ini. Cuma parti UMNO/Barisan Nasional tidak mahu memperbesarkan bantuan mangsa-mangsa banjir di Kuantan dan di Kelantan ini kerana berpegang kepada kalau tangan kanan hulurkan bantuan tangan kiri tidak tahu. Dalam Al-Quran juga ada di catitkan kita mesti berlumba-lumba melakukan kebajikan. Baguslah kalau Doktrin PAS sudah mula berlumba-lumba melakukan kebajikan. Cuma jangan melakukan kebajikan dengan mengharapkan org Kuantan undi Doktrin PAS atau undi Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam kerana Doktrin PAS telah memberi bantuan ketika penduduk Kuantan dan di Kelantan dalam kesusahan bukannya kerajaan Barisan Nasional.

Rezeki yang di beri tiada siapa yang akan menolak, permusuhan yang di hulurkan pasti akan di tolak. Oleh  itu tak perlulah Doktrin PAS nuding jari kepada parti UMNO/Barisan Nasional apabila ingin melakukan kebajikan. Teruskan usaha murni tersebut semoga dapat rahmat dan limpah kurnia Allah [SWT] iaitu ganjaran atau pahala, bukannya dengan mengundi Doktrin PAS di musim PRU baru kita dapat pahala.