Saturday, April 21, 2012

YAB PM vs PEMIMPIN SUKA SAMA SUKA...SIAPA YANG LEBIH BOLEHKEPERCAYAAN...?????


Apa perbedaan kedua-dua pemimpin ini?????

Kita semua tahu sejarah YAB PM. Beliau adalah anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein pemimpin yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Arwah ayahanda YAB PM hanya sempat memegang tampuk pemerintah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke2 selama 5-6 tahun sahaja, selepas Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj melepaskan jawatan tersebut berikutan trajedi 13 Mei, 1969. YAB PM meniti tangga politik dari MB Pahang pada usia 23-24 tahun sehinggalah menjadi TPM kepada Tun Abdullah yang bersara kerana kekalahan teruk UMNO dalam PRU12. YAB PM di angkat menjadi YAB PM ke 6 melengkap pusingan 30 tahun lebih sikit selepas kematian arwah ayahandanya meninggalkan kita di saat-saat kita memerlukan seorang pemimpin untuk memacu, mengikat, menyatukan padukan rakyat, ekonomi dan politik Malaysia.

Anwar Ibrahim pula adalah mantan TPM Malaysia di zaman Mantan PM, Tun Mahathir Mohamed yg di pecat kerana salah guna kuasa dan korupsi pelakuan moralnya. Sebelum ini Anwar Ibrahim adalah aktivis ABIM dan Yayasan Anda. Banyak ceramahnya berkisar di sekitar agama. Cakap sungguh memukau dan menakjubkan pendengar. Kita dan ramai rakyat Malaysia tidak tahu akan latarbelakang keluarga Anwar Ibrahim ini. Maknanya Anwar Ibrahim di angkat utk menjadi pemimpin oleh UMNO yang di ketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kewibawaannya dan kelancaran percakapannya dan untuk meredakan pukulan hebat Doktrin PAS terhadap UMNO. Semasa di zaman pemerintahannya sebagai TPM banyak kerosakkan dan kelemahan yg terpaksa di tutupi dan di selimuti oleh Mantan PM kerana sayangnya beliau terhadap permata hati Malaysia ini. Sayang itu seterusnya telah bertukar menjadi duri dalam daging apabila Anwar Ibrahim cuba memanjat tangga PM dengan bermuafakat dengan beberapa pemimpin Team Wawasan untuk menjatuhkan Mantan PM sebagai Presiden UMNO pada pemilihan UMNO. Selebihnya adalah sejarah politik Malaysia. 

Pada tahun 1998 selepas pemecatannya Anwar Ibrahim telah membawa falsafah Refomasi dan menubuhkan parti KEADILAN NASIONAL bercirikan demokrasi dan keadilan. Walaupun, beliau dalam penjara tapi Parti Keadilan Nasional terus mendapat simpati dan keanggotaan yg ramai. Mungkin pada masa itu rakyat melihatnya sebagai satu bentuk simpati ke atas Anwar Ibrahim dan keluarganya. Mungkin juga rakyat melihat betapa zalim dan rakusnya kerajaan Barisan Nasional menindas Anwar Ibrahim yang pada mereka tidak bersalah. Ini di burukkan lagi oleh tindakan ganas Ketua Polis Negara yg menumbuk beliau semasa dalam tahanan polis. Di zaman Mantan PM Abdullah kejayaan reformasinya di perhebatkan dengan demo jalanan, kacau bilau dan gangguan dalam berbagai bentuk dan cara supaya jentera kerajaan dinampakkan tidak berfungi langsung dan rasuah berkeliaran di sekitar jabatan kerajaan dan anggota keselamatan terutamanya PDRM. Akhirnya Mantan PM Abdullah yang mengepalai Barisan Nasional kalah dalam PRU12 apabila Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri dan menidakkan 2/3 majoriti Barisan Nasional pertama kali dalam sejarah PRU Malaysia. Itulah impak yg telah di bawa oleh Anwar Ibrahim.

Apabila Tun Abdullah meletakkan jawatan sebagai PM, UMNO terpaksa memilih seorang yang berkaliber untuk memimpin UMNO kembali kepada zaman kegemilangannya iaitu berjuang demi agama, bangsa dan negara. Pada mulanya kita tengok YAB PM seperti mencari-cari di mana hendak di mulakan, di mana hendak di perbetulkan, di mana hendak di matikan dan di mana hendak di lanjutkan. Setelah memahami dan melalui hari-hari sebagai YAB PM, akhirnya YAB PM berjaya melancarkan program 1 Malaysia yg banyak di caduk dari konsep perpaduan ayahandanya Tun Abdul Razak. Mungkin Allahyarham tidak mempunyai kesempatan untuk melihat kejayaan dan keberkesanan konsep tersebut, tapi kita berasa lega dan hilang kegusaran serta kegelisahan apabila polisi-polisi ayahandanya di bangkitkan semula atau di hidupkan semula bagi merancakkan perpaduan, keharmonian, kesatuan dan keutuhan kemasyarakatan bangsa-bangsa di Malaysia ini di bawah satu bumbung iaitu 1 Malaysia. Sebaliknya pembangkang memandang sinis dan pra sangka buruk dengan konsep 1 Malaysia yg di anggap sebagai satu retorik Barisan Nasional sahaja. 

Anwar Ibrahim pula sibuk dengan agenda untuk mencipta sejarahnya utk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka di war-warkanlah bahawa sudah ada 30 MP Barisan Nasional akan melompat parti bagi membentuk kerajaan baru. Agenda itu kononnya mendapat sokongan dari ATM dan DYMM Agong. Bila tiba masanya iaitu pada 16/9/2008 rakyat Malaysia yg sebelum ini resah, gelisah, takut, risau dan tak tentu arah kerana agenda Anwar Ibrahim yg telah meracuni pemikiran dan menyebabkan ketidak tentuan politik Malaysia ke dalam benak dan pemikiran rakyat Malaysia akhirnya tersungkur di atas perbuatan autamannya. Apa yg di rasakannya berlaku tidak berlaku sebaliknya di Perak kerajaan di bawah Pakatan Rakyat tumbang kerana angkara lompat parti 3 Adun PKR dan DAP yg menjadi bebas dan menyokong Barisan Nasional. Seterusnya adalah sejarah politik Malaysia. Maka dari saat itu bermulalah autaman, fitnah, pembohongan dan dusta Anwar Ibrahim bertaburan di serata pelusuk Malaysia mengatakan bahawa YAB PM ini lemah dan tidak pandai menguruskan ekonomi, pentabiran dan hal-ehwal negara, takut bini dan bininya banyak mendatangkan masalah kepada Perbendaharaan Negara kerana sikap borosnya, UMNO korup, kejam, anti Cina dan India dan sebagainya.

YAB PM membawa polisi transfomasinya. YAB PM memperkenalkan ETP, GTP, PTP dll. Kemudian di ikuti dengan Klinik 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Menu 1 Malaysia, BRIM, bantuan persekolahan dan sekolah percuma, bantuan buku utk  mahasiswa, bantuan nelayan, PRIMA dll. UMNO pula lebih mantop dengan corak kepimpinan YAB PM di mana pemimpin dan akar umbi di ajak supaya sentiasa menghayati iltizam berjuangan UMNO iaitu demi agama, bangsa dan negara. dan  jangan mementingkan diri sendiri, poket sendiri dan kepentingan peribadi. Akhirnya kita lihat UMNO sekarang bergerak ke arah transfomasi yg di harapkan walaupun masih belum 100% lagi tapi bunga-bunga transfomasi itu sudah dapat di lihat hasil dari gerak kerja Puteri, Pemuda, Wanita UMNO. Bagi Barisan Nasional pula YAB PM inginkan supaya pemimpin2 komponen Barisan Nasional bergerak sebagai satu pasukan dalam menerangkan  agenda Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia yg berbilang bangsa, budaya dan bahasa. Agenda Barisan Nasional masih belum di perjelaskan kepada rakyat Malaysia lagi mungkin Barisan Nasional menanti PRU13 di umumkan oleh YAB PM.

Sebaliknya Pakatan Rakyat di ketuai oleh Ketua Pembangkang a.k.a AAAnugerah Tuhan a.k.a Pemimpin yg di nanti-nantikan dari Asia Timur utk membebaskan Masjidil Al-Aqsa dan Pemimpin yg paling bersih a.k.a Pemimpin "suka sama suka" mulakan ceramah, syarahan, demo dan propaganda politik Pakatan Rakyat sejak dari 8/3/2008. Agenda ceramah, syarahan dan propaganda politiknya adalah autaman, fitnah, pembohongan dan dusta. Ceramah akan di mulakan dengan puji-pujian kepada Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Selepas itu akan diikuti dengan cacian, maki hamun, celaan, cemuhan, dendam, dengki, iri hati dan pra sangka buruk terhadap pemimpin2 UMNO dan Barisan Nasional. PRU13 belum di umumkan tetapi Pakatan Rakyat dengan di ketuai oleh Anwar Ibrahim berani berjanji kepada rakyat bahawa minyak akan di turunkan, tariff letrik dan air akan diturunkan, tol di hapuskan, PTPTN di hapuskan, tol MEX di hapuskan, harga banrangan di turunkan. Kita akan gunakan duit-duit Petronas yang mempunyai berbillion-billion keuntungan untuk di berikan kepada rakyat. Dalam keghairahan Anwar Ibrahim mencari pengaruh dan mengatakan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah orang yg paling layak di lantik sebagai PM, negara Malaysia di kejutkan dengan laporan polis bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat pembantunya, Saiful. Maka bermulalah kes Liwat 2 Anwar Ibrahim. Pada 901 Anwar Ibrahim di bebaskan dari tuduhan meliwat tersebut walaupun elements meliwat itu ada tapi Mahkamah tak mahu terlalu bergantung kepada cakap-cakap complainant sahaja. Sebelum itu Anwar Ibrahim telah gerakkan satu demo yg di gelar 901 utk menunjukkan kpd dunia betapa sistem kehakiman negara telah di baluti oleh sistem eksekutif. Tapi demo 901 itu gagal apabila sistem kehakiman mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah. Sebelum itu, negara Malaysia di kejutkan pula oleh satu pendedahan tergempar perlakuan sumbang pemimpin pembangkang dengan pelacur dalam bentuk video yg di rakam secara tersembuny. Akhirnya video itu disahkan tulen 99.9% dan pelakunya adalah tidak lain bukan tidak Anwar Ibrahim a.k.a Pemimpin "suka sama suka". Sehingga ianya telah tersebar dalam majalah "sex" popular di Jepun. Ini sudah tentu memalukan kita sebagai umat Melayu dan Islam keseleuruhannya. Walaupun begitu di pihak Doktrin PAS mengatakan terutamanya Presidennya, video itu adalah bahan bukti besi yg tidak boleh di guna pakai di mana-mana Mahkamah dan dalam peruntukkan undang-undang kita sememangnya tiada sebarang klausa-klausa yg mengatakan apa yg di lakukan oleh Pemimpin "suka sama suka" itu telah menyalahi mana-mana akta perundangan Malaysia. 

Rakyat Malaysia sekarang sedang berkira-kira siapa yg layak dan parti mana yg terbaik utk menjamin masa depan mereka. Majoriti rakyat Malaysia inginkan kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, kesefahaman, keadilan dan kemajuan. Segelintir rakyat Malaysia mahukan keagamaan sahaja tanpa kemajuan ekonomi dan pembangunan. Segelintir rakyat Malaysia mahukan keadilan dan demokrasi sahaja dan segelintir lagi rakyat Malaysia mahukan "Malaysia Malaysian".

Kalau kita lihat dari intipati Perlembagaan Negara Malaysia dan Rukun Negara Malaysia pun kita dapati isi kandungannya banyak berkisar kepada kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keharmonian, kesefahaman, keadilan dan kemajuan. Tiada intipati yang mengatakan bahawa kita harus bergantung kepada agama sahaja untuk menunjukan ke alam selepas alam dunia iaitu alam akhirat. Allah (SWT) pun ada berpesan kepada kita sebagai manusia supaya beramal ibadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok, bekerjakan kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Pengolahan dan pesanan Allah (SWT) itu telah merungkaikan segala-galanya iaitu kita semesti keluar mencari rezeki sebanyak mana utk di bawa ke meja makanan dan untuk kelengkapan kita melaksanakan amal-amal ibadat yg lain. Dalam mencari rezeki itu kita juga di nasihati supaya mengikut norma-norma yg telah di peruntukkan kepada kita iaitu rezeki yang halal dan bukan yang haram. Tiada dalam Perlembagaan Negara dan Rukun Negara kata kita mesti bergantung kepada keadilan dan demokrasi begitu juga kita harus bergantung kepada konsep "Malaysia Malaysian" sahaja. Ini menunjukkan bahawa semangat menyeluruh Perlembagaan Negara dan Rukun Negara itu mesti di adaptasikan yg boleh merungkai permasalahan kita yang selalu di selubungi oleh sifat-sifat syak wasangka antara kaum-kaum di Malaysia.

Dalam kita memilih pemimpin pun Allah (SWT) ada memberi kita panduan iaitu pilihlah pemimpin yg telah mendapat sokongan ramai dan tidak berlaku zalim dan menindas rakyat serta yang tidak meninggalkan ajaran Islam sentiasa patuh dan tunduk kepada Allah (SWT), Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Pilihlah Ulul Amri yg beramanah, berjiwa rakyat, berwawasan dan berilmu pengetahuan. Semasa ucapan DYMM Agong sempurna pertabalan baginda sebagai DYMM Agong ke 14 ada di nyatakan bahawa Beta berasa berbangga kerana mendapat seorang Memanda Menteri yang telah mewarisi kesinambungan pentadbiran negara yg berhemah, cekal dan berwawasan. Ini bermakna kita rakyat Malaysia perlukan kesinambungan tersebut untuk kita memacu negara Malaysia ke arah kemajuan yang kita idamkan iaitu negara maju menjelang 2020.

Sekarang kita berada di pusingan terakhir  di mana pihak SPR telah menetapkan 20/4/2013 sebagai hari penamaan calon dan 5/5/2013 adalah hari pengundian bagi seluruh rakyat Malaysia. Barisan Nasional di bawah YAB PM telah membentangkan AKUJANJI BARISAN NASIONAL begitu juga MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN telah juga di bentangkan oleh Ketua Pembangkan dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. AKUJANJI BARISAN NASIONAL akan meneruskan apa yang telah di buat selama 5 tahun yan lalu tetapi MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN ingin membuat Malaysia sebagai sebuah "welfare state" di mana semuanya free. Secara realitinya Barisan Nasional lebih praktikal dan lebih telus di dalam merangka dan memperkukuhkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Namun Pakatan si baidap, si gila kuasa dan si pendendam tidak menyatakan dari mana sumber kewangan yang akan di gunakan untuk memberikan Malaysia status "welfare state" itu. Sekarang hutang negara berada di bawah paras 55% dari KDNK tetapi dengan "penambahan" imbuhan kepada rakyat oleh Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam hutang negara boleh mencecah sehingga 65% dari KDNK. Ini sudah tentu akan membebankan kewangan negara yang mana perbelanjaan lebih dari hasil. Cuba bayangankan kalau "pendapatan isu rumah" berbelanja lebih dari hasil????? Begitulah akan terjadi kepada negara Malaysia yang tercinta. Adakah kita ingin Malaysia berstatus seperti Greek, Cyprus, Italy, Ireland dll.

Adakah kita hendak bergantung kepada janji2 dongengan oleh saudagar janji a.k.a Pemimpin "suka sama suka" atau kita mesti bergantung kepada pemimpin yang melaksanakan dan membuktikan janji yang di laungkan itu akan di kotakan. Kita serahkan kepada budi bicara dan otak pemikiran rakyat Malaysia untuk menentukannya supaya kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita tidak akan mengalami masalah yang sama seperti mana-mana negara Iraq, Mesir, Libya, Greece, Portugal, Spain, Italy, Ireland. Jangan hancurkan Malaysia hanya kerana politik kebencian, menabur janji2 kosong, menolak kebenaran dan kufur nikmat.   


















GAMBAR2 YG MENYATAKAN PERKARA SEBENARNYA...




http://penaksj.files.wordpress.com/2012/04/wpid-kartun_minyak1.jpeg
Panas...panas...panas...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3Rozwu-qcYgKg0iRvW9GKlvfCbVdXh4U1JaDAcNHjZvYNij9K1QqcPOSQIkZf1OqlkQ3nbKLmnnZhPvJ37kxiXOPYFyV2Ghakaje6zOGJnz0h5mqegEd9sqXQLsqTH8GeYBufPxEB0C9q/s400/kartun+politik.JPG
Semasa Doktrin PAS di tarbiyahkan oleh Doktrin DAP


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMd4Spv89aBsMLmZ-QUOGPC58M0aCClS8zBHqtX8KHfOPaUu2hawmSmPsqzKjXhJYFLZSazweDzmqkDqsIl1tOSeqvPFwMCSYayWIr5i7LrvRpoJWzySeA9RmZVZPMlFEflX-RzfFVQg8/s1600/REFO010_16sept.jpg
Pemimpin "suka sama suka"


Doktrin DAP parti rasisNo.1 di Malaysia



Si Kitul "suka sama suka"

























































































Monday, April 16, 2012

JANJI2 PAKATAN KITUL RAKYAT DI SELANGOR?????


90 Peratus Suri Rumah Di Selangor Tak Dapat Elaun Seperti Yang Di Janjikan


Sunday, April 1, 2012

YOU TOO CAN BE LIKE PENANG, GUAN ENG TELSS MALAYSIA...LGE, Malaysia is a country of many states, each with it's own conditions. A coalition must be able to bring development to all these states in parallel. For me, Penang alone is not a sufficient gauge to indicate whether PR is good enough to rule the country. The condition and growth of Selangor, kedah and Kelantan must also be taken collectively. After all, these are all PR states isn't it? It is easy to trump Penang as it already has inherent advantages carried over from the past BN government. But what about the other PR states? We are talking about PR, not DAP. So LGE, the question you should ask is not whether Malaysians want to be like Penang, but whether Malaysians want to be like kedah, Kelantan, Selangor and Penang? In my view, I am not confident I want to...

KALAU MEWARISI AIR TANGAN ORG LAIN DAN KATA ITULAH KEJAYAAN KERAJAAN DOKTRIN DAP DI PENANG ADALAH TINDAKAN BODOH SOMBONG...SEMUA ORG TAHU SIAPA LIM GUAN ENG????? SEKARANG KERAJAAN DOKTRIN DAP SIBUK DENGAN MEGA PROJEK, SEDANGKAN SATU MASA DAHULU DOKTRIN DAP TERUTAMA STREET FIGHTER INI ADALAH PENENTANG UTAMA...DIKATAKAN PEMBAZIRAN DAN RAKYAT TIDAK DAPAT FAEDAHNYA...SEKARANG SIAPA PULA YG BERTUNGKUS LUMUS MELAKSANAKAN PROJEK MEGA ITU????? ADAKAH RAKYAT PENANG DAPAT MANFAAT DARI PROJEK MEGA DOKTRIN DAP????? ALAM SEKITAR BAGAIMANA????? SUDAH KE DIBAWA BERBINCANG DENGAN RAKYAT JELATA?????

 


KUALA LUMPUR, April 1 — Lim Guan Eng has called on Malaysians to vote for Pakatan Rakyat (PR) if it wants to see Penang’s success replicated in their states as speculation mounts of a general election this June. 

The Penang chief minister brushed aside doubts over the federal opposition’s election manifesto when it goes up against the ruling Barisan Nasional (BN) in upcoming polls, calling on voters to judge the two coalitions according to their track records. 

“Now we have a track record to show. Penang’s record is topping investments for the first time in 50 years and then repeating it,” he said when questioned why PR’s polls pledges brought “nothing new.” 

Lim said that after PR has governed four states as a coalition, “it allows you to show your report card to the people.” 

“If you want to be as good as Penang, you must vote for us. See what we’ve done for Penang,” the DAP secretary general told The Malaysian Insider in a recent interview. 

Although he said “Selangor also has the same achievements” and the PKR-led state was a “safer state” for the coalition than Penang, Lim has repeatedly talked up the island’s topping of national investment charts while reducing its debt and maintaining a surplus budget. 

The state has won praise from international media including the Economist, Wall Street Journal and Singapore’s Straits Times, which compare the DAP-led administration favourably against BN’s federal government. 

Penang attracted the most manufacturing investments of any state in Malaysia in both 2010 and 2011 with RM12.2 billion in 2010 and RM9.1 billion last year. 

Lim has also claimed that Penang’s public debt fell by 95 per cent to RM30 million at the end-2011 from RM630 million in 2008 with budget surpluses every year since taking office. 

The Bagan MP also said in the interview that before ending BN’s uninterrupted rule of Malaysia since Independence in 1957, “there must be a successful precursor.” 

“We have to show Penang to be a model of good governance, then people will be more confident of delivering support for a PR federal government,” he said. 

He offered other areas which George Town compared favourably to Putrajaya, such as social aid where it has dished out RM100 annually to senior citizens, single mothers, the disabled and school children in Primary 1 and 4 as well as Form 1 and 4. 

“This is institutionalised social aid, not just once every five years but every year. BR1M should be done every year, annuallised and institutionalised,” he said, referring to the Najib administration’s Bantuan Rakyat 1 Malaysia cash handouts this year. 

Lim had previously called the RM500 given to households earning less than RM3,000 a month “a naked attempt to buy votes” as it was only offered prior to an election that must be called within the next 14 months. 

PR has repeatedly talked up a “new deal” for voters and PKR especially has said that “as a reformist party, we cannot go into an election with the same old.” 

Although, PKR promises to put forward concrete ideas reforming higher education, land transport and the civil service in its manifesto it says will be ready by next month. 

But the coalition’s joint manifesto launched in January was a “marriage” of previous policies in its Common Policy Framework (CPF) and Buku Jingga policy, as described by PKR strategic director Rafizi Ramli. 

The coming elections will likely be the most keenly contested in history after PR made record gains in March 2008, winning 82 federal seats and denying BN its customary two-thirds supermajority in Parliament as well as taking power in five states.

Saturday, March 31, 2012

Kalau tak ubah kita hanya tunggu mati...KITA TAK TAHU BANYAK CITER TENTANG SABAH DAN KITA PUN BELUM PERNAH GI SABAH...SO KITA HARAP PEMIMPIN2 DI SABAH AMBIL IKTIBAR DARI LUAHAN YB KOTA KINABALU INI...



27 March 2012

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP sentiasa sibuk membantu rakyat di negeri bawah bayu menyelesaikan masalah mereka.  Wartawan Roketkini Fairuz Azhan menemu bual Dr Hiew untuk mengetahui dengan lebih mendalam isu-isu semasa di Sabah.

 


Apakah merupakan masalah-masalah yang melanda rakyat negeri Sabah ketika ini?

Di Sabah masalah memang banyak. Yang pertama ialah masalah ekonomi. Di Sabah kita mengalami masalah pendatang tanpa izin (PATI) lebih 700,000 orang di Sabah. Yang mereka ini memang bawa banyak masalah seperti ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka ini semua juga mendapat MyKad dengan cara yang tidak betul. Mungkin ada dalang yang membantu mereka.

Anak-anak muda juga tidak mahu balik ke Sabah. Mereka keluar pergi Kuala Lumpur, Johor Baru dan bandar-bandar Semenanjung. Ini menyebabkan ‘brain-drain’ dan ini semua ada sebabnya. Di Sabah pembangunan tiada, duit pun tiada, pelabur juga tak mahu datang ke Sabah. Ini semua berpunca daripada pengurusan negeri Sabah yang teruk. Pemerintah tak ambil kisah apa yang sedang berlaku kerana mereka menganggap Sabah ini sebuah negeri ‘deposit’. Oleh itu, mereka hanya mengambil sahaja, tapi tak mahu memberi.

Sabah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam seperti petroleum, gas, hutan, tanah dan sebagainya, namun kenapa kita yang paling miskin? Sabah ialah negeri paling miskin di Malaysia. Sabah menyumbang 42 % rakyat Malaysia yang berada di bawah garis kemiskinan seluruh negara. Mengapa ini berlaku?

Kalau kita susun satu-satu, kita boleh nampak mengapa ini berlaku di Sabah. Kerajaan Persekutuan hanya cakap saja, tindakan tiada. Orang Sabah semakin lama membuka mata dan mereka berasa amat marah. Mereka asyik ditipu semenjak penubuhan Malaysia. Mereka ditipu dan diekspoitasi. Bila tiba pilihan raya, mereka bom rakyat dengan pelbagai gula-gula untuk menyokong Barisan Nasional. Oleh itu, persepsinya adalah kita Pakatan Rakyat adalah lemah di Sabah.

Tugas kita adalah untuk membina kepercayaan rakyat dan memberitahu rakyat apa yang benar, apa yang salah demi masa depan kita dan anak-anak kita. Dari situlah kita boleh mengubah ‘pengurus’nya kerana pengurusan yang kini ada di Sabah adalah pengurusan yang tak berguna. Bukan sahaja tak guna, mereka merampas harta milik rakyat Sabah. Memang cari nahas kalau kita masih percaya dengan orang-orang seperti ini.

Satu lagi masalah ialah taktik-taktik BN yang mahu pecahkan undi. Hanya di Sabah sahaja berlakunya pertandingan 5-7 penjuru. Dari mana mereka datang? Apa agenda mereka? Siapa yang biaya mereka? Siapa hantar mereka? Taktik ini memang berkesan untuk mereka, tetapi siapa yang rugi? Rakyat Sabah juga.

Apa yang boleh dilakukan oleh DAP dan Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah ini demi kemaslahatan rakyat Sabah?

Apa sebenarnya tujuan pilihan raya? Kita mahu pilih orang yang baik, bersih, kerja kuat dan telus. Banyak ‘Yang Berhormat’ tidak berkerja. Ramai yang tak pernah turun padang. Malah BN kali ini sudah memberikan arahan supaya turun padang. Ini membuktikan jika sekiranya mereka selama in mereka turun padang, arahan tak perlu diberi dan setiap kali mereka turun padang, ia tak perlu di’highlight’ kerana itu perkara semula jadi.

Pekara pokoknya adalah pangkah pengundian kita harus diberikan kepada orang yang sepatutnya. Kita tak kisah sama ada beliau seorang nama besar ataupun tidak. Yang penting hati beliau bersih, bukannya hati kotor. Ini sangat penting. Di Sabah, kali ini kali yang terakhir. Kali ini kalau kita tak dapat tukar, habis wayang. Ini peluang terakhir. Peluang terakhir kerana kerana negeri ini dah merundum jauh ke dalam longkang.

Yang kedua, dengan pertambahan ‘bumiputera baru’ (asalnya PATI), adakah warga bumiputera asal Sabah dapat mengembalikan apa yang telah hilang selama ini? Mereka dah kuasai segala-galanya dan kita rakyat Sabah tidak akan mempunyai kuasa untuk mengubah semua ini. Lihatlah kadar pertambahan penduduk di Sabah. Mengapa ia 5 kali ganda lebih pantas dari mana-mana negeri di Malaysia? Ini semua tak logik dan tak masuk akal.

Angin perubahan dilihat lebih kencang di Semenanjung berbanding di Sabah dan dikatakan bahawa PR susah untuk menembusi negeri Sabah. Mengapa ini berlaku?

Saya lihat ada 3 sebab yang utama. Yang pertama, untuk PR Sabah, DAP boleh dikatakan maju tapi PAS dan PKR ada masalah sendiri di Sabah. PKR pemimpinnya bertukar-tukar dan ini sebenarnya melemahkan jentera dan mekanisme mereka untuk bergerak. PAS pula masih belum diterima sepenuhnya kerana kepelbagaian agama di Sabah sudah menjadi budaya. Satu lagi adalah kekurangan pendedahan media.
Kita dalam DAP Sabah kena masuk kampung dan kita memang buat itu. Bila kita masuk kampung, kita bagi akhbar Roket Bahasa Melayu dan itu sangat bagus. Kita bagi dan mereka baca dan mereka boleh faham kita. Oleh itu di Sabah DAP semakin diterima orang Bumiputera dan banyak cawangan-cawangan Bumiputera kita. Siapa kita DAP ini parti Cina? Kita parti rakyat Malaysia. Bukan Kadazan Dusun, bukan Cina, bukan Melanau.

Isu yang sedang hangat diperkatakan di Sabah kini adalah isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), boleh saudara jelaskan apa sebenarnya isu tersebut?

Isu ini banyak ‘grey area’. Apa yang boleh dibuat, tak boleh buat. Apa kuasa mereka, dan sebagainya dan masalah ini merupakan masalah sejak zaman British lagi. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Sabah ketika ini. Dah lama dah. Sepatutnya sekarang, pindaan-pindaan ataupun undang-undang patut dah lama dibuat tapi mereka tak buat apa. Mereka asyik berdalih dan memberikan alasan sahaja. Kerana apa? Rampas tanah! Mereka asyik mencari ‘loopholes’ dalam undang-undang lepas itu ekploitasikannya.
Jadi yang jadi mangsa penduduk kampung yang dah duduk situ berapa generasi pun kita tak tahu, dihalau. Tanah sudah kena angkat dengan syarikat-syarikat kroni. Macam mana semua ini? Mengapa kita tak boleh bagi geran hak milik? Saya berani berjanji bahawa sekiranya PR mentadbir Sabah maka kita akan memperbetulkan semua ini dan menjuarai rakyat negeri Sabah. Beratus ribu ekar tanah dirampas daripada rakyat Sabah dan semua ini harus dihentikan. Beribu-ribu orang berjumpa saya tentang isu ini. Rumah kena robohlah, kena halaulah, tak tau apa nak buat, menangislah, tak boleh tanam sayurlah, semua masalah ini.

 

Bagaimana peluang PR di Sabah dalam PRU ke-13?

Lim Kit Siang mengatakan bahawa beliau mahu menjadikan Sabah, Sarawak dan Johor sebagai negeri barisan hadapan. Ini kerana negeri-negeri ini diakui sukar nak tembus. Oleh itu kita kena berusaha bersungguh-sungguh supaya maltamat kita tercapai. BN tidak akan benar kita ‘have a good time’ untuk merebut pertandingan kerusi. Mereka akan menggunakan semua cara untuk memusnahkan kita. Hantar parti-parti kecil dan calon mereka supaya undi itu pecah. Andai kata satu parti mengumumkan mereka mahu bertanding 40 kerusi. BN akan tanya satu kerusi berapa (ringgit)? 40 kerusi darab RM500,000 hanyalah RM20 juta. RM20 juta untuk menawan satu negeri amat murah! Jadi hantar lagi satu parti, hantar lagi satu parti, jadilah pertandingan 5 penjuru. Kalau kita tidak jaga semua ini, habis wayang.

Mereka asyik nak memfitnah DAP. Mereka akan berkata, DAP parti Semenanjung, DAP itu parti Cina, adakah rakyat akan percaya? Memang ada yang akan percaya, tambahan pula ada gula-gula. Pemberian RM500 baru-baru ada kesannya. Tapi kita kasi tahu rakyat, BN kasi anda RM500 sekali sahaja menjelang pilihan raya, kita akan bagi RM1,000 setiap tahun. Selama 55 tahun, mereka hanya berikan RM500 sekali ini, tapi kita nak kasi mereka RM1,000 untuk setiap tahun. Bagaimana kita boleh janji ini semua? Kerana kita tidak mengamalkan rasuah. Kita nak bina semula kerajaan negeri Sabah, kasi ekonomi bangun semula barulah kita hidup lebih baik.

Peluang untuk menang pilihan raya bukannya tiada, tapi DAP, PAS dan PKR harus merunding kerusi dengan baik. Dulu DAP bertanding sendiri, PKR bertanding sendiri, PAS bertanding sendiri, tapi kini kita berkerjasama. Untuk kawasan-kawasan tertentu, kita tahu siapa dia calon PR yang terbaik. Kita tak kisah dari parti mana asalkan dia merupakan calon terbaik PR. Jika calon anda lagi baik dari calon saya, saya akan berundur. Kita kena pakai format dan formula ini, baru kita boleh menang. Kerjasama ini sangat penting dan kita harus sepakat dan utuh.

Kit Siang bilang sama saya, berikan saya 9 kerusi dari Sabah. Sarawak 9 atau pun 10, Johor 9 ataupun 10, lepas itu kita boleh berjaya menumbangkan BN sekali dan selamanya. Jika kita berkerja keras, kita akan meretakkan Barisan Nasional.

Apakah mesej saudara tentang pentingnya “ubah” kepada seluruh rakyat Sabah?

Sepertimana yang saya sebut tadi, rakyat Sabah menderita, rakyat Sabah kecewa. Infrastruktur teramatlah teruk dan ini ditambahkan pula dengan bermacam-macam masalah yang lain. Anak muda sudah lari tak mahu duduk Sabah. Belajar tinggi-tinggi, tak mahu balik. Lama-kelamaan Sabah semakin tertinggal di belakang. Ini yang kita tak mahu. Jika pengurus Sabah itu baik, Ketua Menteri dan Menteri-Menteri, jika mereka baik, tak ada masalah. Tapi lihatlah situasinya sekarang.

Jadi kita kena tukar pengurus. Dulu di Sabah kalau pilihan raya kita lihat baju kena tukar, tapi orangnya tidak bertukar. Pairin berapa kali? Yong Teck Lee ke, Musa Aman ke, masih duduk sana! Ini bukannya perubahan! Baju sudah tukar, parti sudah tukar, tapi orangnya masih duduk atas sana. Orang Sabah bukannya orang bodoh dan mereka dapat melihat semua ini. Orang Sabah mahukan perubahan. Kalau kita tak ubah, kita hanya menunggu kematian. Itulah situasinya sekarang.

Oleh itu kita kena sentiasa berkerja keras dan kita beruntung kerana kita mempunyai barisan pimpinan di Sabah yang sememangnya berkerja keras. Tapi saya ingin berkata pada rakyat, bahawa bukan sahaja PAS, DAP dan PKR yang kena kerja kuat. Kamu semua juga kena berkerja dan berkempen kuat-kuat. Ini bukan untuk DAP, PAS dan PKR. Kita hanyalah sebagai pencetus, yang lainnya terletak pada anda kerana ini semua berkaitan masa depan kita semua.

Saya boleh pergi, pembantu-pembantu saya boleh pergi, tapi mana anda semua mahu pergi? Jika kita tak mahu berkerja keras untuk masa depan kita, ambil RM500 dari BN dan puas hati, itu hak anda, tetapi anda harus menjawab pada diri sendiri. Apabila kita memangkah seseorang (undi) maka dengan ini kita menyerahkan hak kita dan tanggungjawab kepada beliau yang anda percaya itu. Oleh itu pastikanlah anda meletakkan pangkah anda dalam kotak yang tepat. Pilihlah orang yang anda percaya dan orang yang tidak akan mencuri dari anda.

Friday, March 30, 2012

Tiket ke Syurga dan Tak payah bayar hutang PTPTN lagi...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqBlvSzBnU41buHlaOQyoszKSoDvTVHryfuJOMvB78Rc-ahl76uqS6wYM9xPX8jsOZ8LDi_BXP9G5prnu4mTIFH67MFaUXgGf5rzJjAfNE9Zoe80-xi1XWmju967ffaAHzM3p4aRE45-Cl/
DOKTRIN PAS

Doktrin PAS akan meneruskan kempen "undi doktrin PAS akan masuk syurga" seperti kata-kata Tok Guru Doktrin PAS bahawa Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yg di siarkan dalam Sinar Harian 31/3/2012. Adakah ini di samaertikan bahawa Doktrin PAS menggunakan agama Islam sebagai senjata politiknya iaitu utk mengaitkan umat Melayu dan Islam agar mengundi parti PAS kerana org Islam akan di jamin syurga. Adakah parti PAS itu Islam ataupun parti PAS itu membawa ajaran agama Islam yg baru atau parti PAS lebih Islam daripada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad (SAW)????? Kita tak mahu mempersoalkan akidah dan syariat ataupun betul atau salah kenyataan Tok Guru itu. Beliau sebagai seorg ulama gelaran yg di berikan oleh ahli-ahli Doktrin PAS patut tahu akan keghairahan dan kegelisahannya utk mendapatkan undi umat Melayu dan Islam dan seharusnya tidak memutar belitkan fatwa dan dalil dengan mengatakan bahawa "Doktrin PAS akan meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila org melahirkan sokongan kpd Doktrin PAS semasa PRU13 nanti. Maknanya kalau umat Melayu dan Islam tidak menyokong Doktrin PAS maka ianya sudah jatuh kafir dan di golongkan di dalam kategori jahiliyah. Inilah apa yg di rungkaikan semasa Khutbah Jumaat apabila khatib menceritakan kisah pahlawan2 Islam memerangi dan menewaskan tentera Rom. Di akhir katanya beliau terus menyentuhkan akan perlunya kesatuan ummah dalam menyokong Doktrin PAS kerana ianya memperjuangkan Islam dan Islam Doktrin PAS itu harus di tegakkan. Kalau tidak kita akan tersesat dan tergolong dalam kategori jahiliyah apabila mati nanti. 

Kita agar hairan kenapa Tok Guru tergamak mengatakan begitu sedangkan dalam Al-Quran dan buku-buku agama tidak ada yg menyebut bahawa "kita akan mati syahid bila menyokong Doktrin PAS dan mengundi Doktrin PAS itu kita akan masuk syurga". Apa yg Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) kata sekiranya kita mati syahid di atas jalan Allah (SWT), kerana Allah (SWT), demi Allah (SWT), demi kerana dan utk Agama Islam maka kita insyaallah selayaknya boleh di masukkan ke dalam syurga tapi itupun atas timbang tara Allah (SWT) bukannya kita manusia menentukan syurga dan nerakanya tempat penginapan kekal kita nanti. Kita jangan mempergunakan agama Islam itu sebagai senjata politik kepartian kita dengan mengatakan bahawa kita sahaja yg Islam orang lain itu kafir, sesat, jahil dan munafik. Nabi Muhammad (SAW) pun tidak menyuruh umat manusia menyembah dirinya melainkan menyembah Allah (SWT) sahaja.  Apa lagi dalam soal syurga dan neraka. Nabi Muhammad (SAW) hanya menjamin 10 org sahaja yg sudah di maktubkan utk masuk syurga di akhirat kelak iaitu Abu Bakar As Shiddiq, Umar Al Khatab, Usman bin Affan, Ali Abu Thalib, Thalhah Ubaidillah, Az Zubair Al Awwam, Abdul Rahman Auf, Saad Abu Waqqash, Abu Ubaidah Al Jarrah dan Said Zaid. Umat Islam yg lain kenalah melakukan kebaikkan dan mengelakkan kejahatan utk mendapatkan tempatnya di syurga seperti mana 10 org tadi.

Kalau Doktrin PAS dapat menjamin syurga dan neraka sudah tentu ramai umat Melayu dan Islam serta Al-Kafirun datang berduyong-duyong berjumpa dengan ulama2 Doktrin PAS utk memohon keberkatan dan kebenaran bagi memastikan bahawa setiap individu yg datang dapat tiket masuk syurga. Kita pernah dengar kalau kita melaksanakan kebaikkan sebiji zarah sekalipun insyaallah kita akan di tempat di syurga tetapi kalau kita melakukan sebiji zarah sekalipun kejahatan kita akan di tempatkan di neraka. Ini bermakna kita tidak akan mencium bau syurga selagi kita belum bertaubat dan kembali kepada amal baik dan menyembah Allah (SWT) dan patuh kepada ajaran agama Islam yg telah di perturunkan oleh Allah (SWT) kepada Nabi Muhammad (SWT) dan patuh kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Kalau kita patuh kepada Allah (SWT), Nabi Muhammad (SAW), Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) tidak semestinya kita kena menyokong Doktrin PAS. Perjuang-pejuang Islam yg menegakkan dan mempertahankan Islam tidak akan melaksanakan ciri-ciri perjuangan ala Doktrin PAS kerana pada mereka Doktrin PAS itu sudah menyimpang dan jauh dari landasan perjuangan utk memartabatkan, menegakkan dan mempertahankan syiar Islam di bumi Malaysia. Kita memperjuangkan Islam bukan dengan cara menggunakan agama Islam itu sebagai senjata politik iaitu mempergunakan kepandaian dan kepakaran kita dalam sesuatu perkara [Tafsir, Al-Hafiz dll] utk mengeluarkan fatwa dan dalil songsang yang akan mengelirukan umat Melayu dan Islam di Malaysia supaya menyokong dan mengundi Doktrin PAS. Itu sudah salah kerana Islam tidak mengajar kita agar berbalah memecahkan kesatuan dan ukhwah umat Islam itu sendiri. Nampaknya Malaysia ini sudah jadi seperti di zaman perang Shiffin antara Ali dan Muawiyah. Kita tidak nampak UMNO sekarang di bawah YAB PM dan TPM ingin membawa umat Melayu dan Islam ke arah kehancuran, menduakan Allah (SWT), membelakangi hukum hakam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW). Kalau UMNO itu melakukan sesuatu yg melanggar tatasusila agama Islam sudah lama UMNO itu dilaknati oleh Allah (SWT). Setiap kejadian dan musibah yg berlaku terhadap pemimpin ada hikmah dan tauladan yang seharusnya diambil iktibar oleh bakal-bakal pemimpin masa akan datang bukannya salah parti itu tetapi corak dan gaya kepimpinan pemimpin itulah sendiri yang salah kerana lebih mengejar kemewahan dan kedunian dari menggimbangi tuntutan duniawi dan akhirati. Oleh itu kita hendaklah berdiri tegak, berlapang dada dan membuka minda serta kotak pemikiran kita untuk menilai yg mana baik dan yang mana buruk, yang mana boleh menjamin kelangsungan agama Islam dan yang mana tidak dapat menjamin kelangsungan agama Islam itu sendiri. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh89uhjMHayVKp7e0vCiGQhNU9AZSzUlieiC3sKK0QgPFbZ9vJDl9O89IG0B71Ms9OVUI3ADkFi7NHtTPmYWhNGbRijBhimXQZhaahXOMUQYJQ-ZmPX1IW1XYSRm2dii2ORlhBWCpM8Kjt1/s1600/pakatan-rakyat.jpg
PAKATANAL "SUKA SAMA SUKA"
 Anwar Ibrahim dalam ceramah politiknya di Port Dickson, di Ampang dan di Bangi berkata bahawa Pakatan Rakyat akan memperjuangkan untuk golongan berpendapatan rendah melawan kroni2 UMNO. Beliau juga mengatakan bahawa akan menghapuskan PTPTN, MINYAK TURUN, TARIFF API DAN AIR TURUN DAN HARGA BARANGAN AKAN TURUN.

PTPTN

Bagi menyahut seruan Anwar Ibrahim anak didiknya SMM [Solidariti Mahsiswa  Malaysia] yang di pengerusikan oleh Muhamad Safwan Anang menyasarkan 5,000 pelajar dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan berhimpun di ibu negara bulan depan menuntut pemansuhan pinjaman menerusi agensi itu, bulan depan. Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata, perhimpunan itu akan diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini. Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIEgS6maMppXkan3IkRedLSKmR8qlbUUi6UCZ-P8RLwR64egihmSCu5TY00haKa_IjyysVsbK63lMSmN-yT4ZVopixlHOUsfcz_gM9ZVFKrguRlSaTZdS52gywR46CRyeE6KWXO5IJb-no/s1600/ANWAR_RUSUUH.jpg
Mahasiswa di pergunakan oleh Pemimpin "suka sama suka"



Kalaulah tujuan untuk menghapuskan PTPTN dengan mengadakan demo, maka SMM ini diibratakan sebagai "alat mainan" Anwar Ibrahim sahaja. Kenapa Anwar Ibrahim nak sangat hapuskan PTPTN????? Kita kena lihat senario PRU13 nanti. Boleh di katakan 30%-40% pengundi-pengundi baru dalam PRU13 adalah golongan muda. Maka untuk memastikan golongan muda ini menyokong dan memangkah (x) Pakatan Rakyat, maka janji2 manis untuk hapuskan hutang mereka dengan PTPTN patut di utarakan bagi memancing undi. Kalau tidak Anwar Ibrahim memang sudah tiada idea bagaimana nak lawan dengan BRIM, Bantuan Sekolah dan Mahasiswa 1 Malaysia melainkan janji penghapusan PTPTN dan gerakan SMM supaya mengadakan demo bagi memperlihatkan kepada rakyat betapa kejam dan zalimnya kerajaan menindas mahasiswa dalam demo tersebut. Kita tahu mana-mana mahasiswa yg liat nak bayar pasti gembira dengan tawaran dan persepsi "invitation to treat" Anwar Ibrahim ini. Pada mereka aku sudah habis belajar buat apa nak bayar pulak. Biarkan aje. Nanti kalau PTPTN kejar cakap aku akan bayar sikit-sikit kerana gaji aku kecil dan baru kerja. Tapi sayangnya setengah itu sudah bekerja dan memegang jawatan yg baik tetapi masih liat juga utk membayar. Senario ini samalah dengan pinjaman Mara, Yayasan, GLC dan lain-lain yang terpaksa mengiklankan nama-nama mahasiswa dalam suratakhbar bagi memberitahu mereka akan ketidak cekapan mereka dalam melaksanakan bayaran pinjaman pelajaran mereka. Ini sudah tentu akan menidakkan peluang pelajar-pelajar lain dalam mendapatkan bantuan untuk membiayai pengajian mereka. Pada kita kerajaan bukan nak mengujudkan mahasiswa berhutang tapi mahasiswa yg tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jangan pentingkan diri sendiri. Mahasiswa  harus dan sentiasa melihat ke hadapan akan keperluan org lain pula. Kalau kita dapat keistimewaan tersebut pasti orang lain hendak juga keistimewaan tersebut. Kerajaan tidak memaksa mahasiswa supaya membayar apabila sudah habis pengajian tetapi kadang kala mahasiswa juga bersalah kerana tidak mahu berjumpa dengan pegawai2 PTPTN utk memaklumkan kepada mereka bahawasanya mahasiswa itu dan ini belum lagi bekerja. Ada juga yang sudah bekerja tapi mengaku tidak bekerja lagi kerana tak mahu bayar pinjaman PTPTN. Inilah yang kita hairan dan pelik kerana setitik nila susu seperiuk musnah. Lepas itu untuk memastikan tujuan mahasiswa liat nak bayar tercapai, maka usulkan kepada Anwar Ibrahim supaya di hapuskan PTPTN dan berikan pinjaman percuma kepada semua mahasiswa utk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS. Seronoklah  semua Mahasiswa belajar itu sudah menjadi "suka sama suka" sebab tak perlu bayar apa-apa semuanya "suka sama suka" sahaja. Apa-apa cakap dengan Anwar Ibrahim maka sudah tentu akan dapat polisi, gagasan dan wawasan "suka sama suka". 

Oleh rakyat Malaysia kena lihat dan perhatikan jangan main sedap cakap sahaja nak hapuskan ini dan itu, nak turunkan ini dan itu tapi natijahnya apa implikasinya kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Mungkin pada Anwar Ibrahim implikasi ekonominya tiada kerana beliau adalah Mantan Menteri Kewangan dan Mantan TPM satu masa dahulu. Ilmu ekonomi dan pengurusannya lebih baik dari YAB PM dan TPM serta Menteri Kewangan yang ada sekarang. Pada kita janji2 PRU12 dahulu tidak tertunai inikan pula janji PRU13. Inilah pepatah Melayu kata pi mai pi mai tang tu juga. Kalau pembangkang tetap dengan ciri-ciri pembangkangnya. Tabur janji2 manis bagi menyedarkan hati dan perasaan rakyat Malaysia kononnya Pakatan Rakyat akan melakukan keajaiban tetapi setelah memerintah Selangor, Penang, Kedah dan 20 tahun di Kelantan, tiada keajaiban yg dapat di laksanakan melainkan dengan bantuan dan kewangan kerajaan Pusat seperti di Pelabuhan Tok Bali, Kelantan. Penang pula sekarang sibuk dengan projek Meganya yang satu ketika dahulu Doktrin DAP dan street fighternya, LGE menentang sekeras-kerasnya. Kedah pula dengan perebutan kuasa dan perebutan kerusi PRU13. Mana ada keajaibannya Pakatan Rakyat melainkan autaman, fitnah, pembohongan dan dusta sahaja. 

Thursday, March 29, 2012

JANJI-JANJI MANIS MU UTK PRU13 SUDAH BERKUMANDANG...Janji memang senang cakap aje modalnya air liur mana ada melibatkan matawang dan kerja serta pelaksanaannya. Janji PRU12 belum di tunaikan sekarang sudah Janji PRU13 pula. Apakah rasionalnya nak hapuskan PTPTN????? Senang aje jawapannya, generasi Y atau golongan muda akan masuk gelanggang pada PRU13 nanti, maka utk memikat hati mereka dan meraih undi mereka, Pemimpin "suka sama suka" dan Pakatan berjanji menghapuskan apa yg selama ini di anggap bebanan kpd para pelajar yg liat nak bayar balik pinjaman...sama senarionya dengan pinjaman MARA...pinjaman Petronas, pinjaman Yayasan Negeri, pinjaman badan berkanun dll...Mengapa PTPTN sahaja yg jadi mangsa????? Mungkin ianya kendalikan oleh kerajaan Barisan Nasional...Mungkin apabila Pakatan ambil alih Putrajaya maka akan di wujudkan pula bantuan percuma "Tabung Pakatanal "suka sama suka" Negara yg akan memberikan pembiayaan percuma kepada semua rakyat Malaysia utk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam ataupun Swasta. WOW! satu insiatif yg baik secara propaganda sahaja tapi realitinya bagaimana????? Kita mesti berfikir secara rasional dan jangan berfikir secara emosi dan perasaan dengki, dendam, iri hati dan pra sangka buruk maka kita akan dapat melihat betapa Pakatan ini hanya pandai menaburkan propaganda janji2 PRU13 sahaja tapi realitinya Pakatan gagal utk menunaikan janji2 PRU12 lalu...APA yg telah di janjikan kpd rakyat semasa PRU12 dahulu?????


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkD_GC_XW5nzntFlYMUhsWnZ5iOE7DBnBoVRha1CDUuVizIpb2ILVPQMEtmoIF0MBytQ7e6WHM2t7CRAzlGQ7q1e7yDeChihOcsDvIqn8r9jqSoIlsqna8Nq-3o1KvlZsiqfyLAbQJv0U/s1600/ANWAR-ESKAY.jpg
Kita janji tak apa tapi kenal tidak



PORT DICKSON 23 Mac dan AMPANG 27 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu di ikuti dengan ceramah Pakatan Rakyat di Taman Kosas, Ampang Selangor Darul Ehsan, 27 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Sunday, March 25, 2012

HAND OFF SELANGOR, ANWAR TELLS NAJIB...Perang pilihanraya sudah di rasai di Selangor apabila YAB PM semasa di Hulu Langat dan Ampang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yg di pimpin oleh PKR gagal menunaikan janji-janjinya. Insyaallah, YAB PM berkeyakinan bahawa rakyat Selangor akan menumbangkan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah Selangor pada PRU13 nanti. Ini menyebabkan Pemimpin "suka sama suka" marah. Semasa ceramahnya di Kuala Selangor beliau mengatakan bahawa Barisan Nasional bukan tandingan Pakatan Rakyat di Selangor sebaliknya Pemimpin "suka sama suka" mengatakan bahawa kita Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya!!!!! Suara sombang dan bongkak seperti di zaman Firaun sudah kedengaran setiap kali ceramahnya. Malahan tabiatnya yg suka menaburkan autaman dan pembohongan serta meracuni pemikiran rakyat Selangor amat di ketahui umum. Ini di perlihatkan melalui MB PKR Selangor pula mengatakan bahawa kejayaan ekonomi Selangor adalah kerana Pemimpin "suka sama suka" yg menjadi Penasihat Ekonomi Selangor sebelum ini Ustaz PKR mengatakan bahawa beliau adalah Pemimpin "suka sama suka" yg di nanti-nantikan utk membebaskan Masjidil Al-Aqsa tapi natijahnya Pemimpin "suka sama suka" mengatakan bahawa beliau akan mempertahankan dan mengawal keselamatan Israel itu telah melonjakkan autamannya. Adakah Selangor begitu berjaya kerana Pemimpin "suka sama suka" ataupun Pakatan Rakyat hanya memakan laba yg telah di laburkan oleh pemerintahan sebelumnya????? Rakyat Selangor harus berhati-hati kerana si autaman, fitnah, pembohong dan dusta sedang berkeliaran di seluruh daerah Selangor. Rakyat Selangor seharusnya bijak dan saksama dalam pertimbangannya kalau pilih Barisan Nasional ini yang kita dapat dan kalau pilih Pakatan Rakyat [PKR, DAP dan PAS] itu yg kita dapat.... Siapakah yg dapat memberi kita kestabilan, kesejahteraan, kemakmuran, keamanan, keselamatan, keharmonian, keadilan, kemajuan...Tanam tebu di bibir...selepas dapat manisannya maka hamPASnya di buangkannya...Inilah yg terjadi kpd Doktrin PAS di Selangor yg tersungkur di lembah "suka sama suka" gara-gara PKR dan DAP...

KUALA SELANGOR, March 26 — The battle for Selangor has begun ahead of the next general election as Datuk Seri Anwar Ibrahim challenged the prime minister to try and win Selangor for Barisan Nasional (BN), dismissing the ruling federal coalition as a potential threat to Pakatan Rakyat (PR).

The PKR de facto leader told about 5,000 PR supporters that the time had come to “launch a war” against Umno-BN, and that elections were very much around the corner.
“Najib says he wants to take over Selangor... what are you talking about? He wants to come and take Selangor? We want to take over Putrajaya!” Anwar screamed to loud cheers of approval from the crowd here last night.

The opposition leader said the reason why Najib cannot win Selangor was because BN’s line-up of leaders promised and nurtured a culture of cronyism and corruption.

Anwar wasted little time and launched into a verbal tirade against the PM, and questioned him for not taking stern action against Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil over the National Feedlot Centre (NFC) scandal.

“Our leaders in PR, in Selangor, in our states are clean, not dirty, and our leaders are not plunderers,” Anwar exclaimed.

Najib said yesterday that BN was ready to win the next general election as well as take back Selangor, and that public feedback has been encouraging.

He said that people have been telling him BN has regained public support since the 2008 polls. 

The PM has said BN must win back Selangor, a key state due to its industrial and natural resources, “at all costs.”

Anwar spent a good portion of his speech last night on Najib and warned the PM against using the mainstream media to launch personal attacks.

“Who is the leader of Umno? Najib? What happened to Altantuya? What happened in Port Dickson?

“I must warn him, confine (attacks) to rule of law, good governance and not personal attacks. I have been victimised enough,” said Anwar.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, who spoke before Anwar, said that state reserves had improved tremendously under PR and that it was currently at RM1.9 billion. He also said that Selangor contributed 22 per cent of the country’s gross domestic income.

Khalid also said Selangor’s successes were partly due to Anwar, who is the state economic adviser.

“These are all indicators that to guard the state’s finances, we have been better than the previous state government.

“If he (Anwar) is not there, how can I give these figures? Anwar was finance minister. Any Umno representatives in Selangor with that kind of credentials?” Khalid asked.

The function last night hit a temporary snag when several youths entered the stadium where the event was held, holding placards and banners.

PR security staff took the youths away when the crowd became restless and went after them.

“Thugs. Hooligans. Umno goons,” Anwar said later, referring to the youths who were detained by security personnel.

Friday, March 23, 2012

SEMAKIN DEKAT SEMAKIN BANYAK PERLU DI SELESAIKAN...



Mengapa NGO ini menentang Lynas?????

Mengapa pula NGO2 ini menentang Lynas. Adakah mereka mendapat penerangan yg spesifik dan terperinci mengenai Lynas atau sengaja memutar belitkan fakta supaya menampakkan ianya akan mengeluarkan radiasi apabila mula beroperasi nanti.
Isu Lynas masih tidak reda lagi apabila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bahawa Pakatanal "suka sama suka" tidak akan menyertai PSC utk membincangkan isu Lynas. Yg DiPertua Dewan Rakyat pula mengatakan bahawa tanpa penyertaan pembangkang PSC tetap akan di teruskan kerana itu adalah kepentingan awam dan negara. YAB PM pula berkata Lynas tidak akan di benarkan sekiranya Lynas memudaratkan penduduk dan alam sekitar tetapi PSC kena bagi bukti saintifik bukan bukti autaman, fitnah, pembohongan dan dusta. Inilah yg sentiasa di berikan oleh pembangkang yg di ketuai oleh YB Kuantan yg cuba memerangkap rakyat khususnya di Kuantan supaya bangkit menolak Lynas. Tapi bila PSC di tubuhkan, YB Kuantan adalah org pertama yg bersuara bahawa pembangkang tidak akan menyertainya. Agenda pembangkang senang aje, sekiranya PSC membuat keputusan maknanya itu keputusan kerajaan bukan keputusan PSC kerana pembangkang tiada dalam PSC. Alasannya kerana YAB PM tidak terikat dengan keputusan yg bakal di capai oleh PSC nanti.


Pemimpin2 Pakatan yg tidak akan turut serta dalam PSC

Selepas menolak PSC ada pulak suara-suara sumbang dari Pakatanal "suka sama suka" terutama Doktrin DAP yg terkenal dengan parti RASIS No.1 di Malaysia melalui Al-Karifunnya Lim Guan Eng berkata "YAB PM should immediately halt the construction of the Lynas refinery in Gebeng to prove his commitment to public safety. Penang Chief Minister Lim accused the prime minister of contradicting himself during an interview with radio station 988FM yesterday, where Najib had said he would scrap the Lynas plant construction if there was scientific evidence to prove it was hazardous". Nampaknya pihak Pakatanal cuba menaburkan lagi minyak petrol ke dalam api yg sudah semakin sedikit supaya ianya semakin marak lagi dan terus hidup. Apa yg kerajaan inginkan ialah kepentingan dan keselamatan awam serta hak-hak alam sekitar tidak di perlekehkan begitu sahaja.


Kemudian negara di kejutkan oleh Fatwa dan Dalil baru Presiden Doktrin PAS yg mengatakan bahawa kalau berdagang dan berniaga dengan Yahudi okay tapi kalau dengan Zionis tak boleh. So kalau kerajaan Malaysia berniaga dengan Yahudi okay tapi tidak dengan Zionis. Bolehkah kita bedakan antara Yahudi dan Zionis di zaman moden ini. Kalau di lihat dari perpekstif Al-Quran, Yahudi a.k.a Bani Israel adalah bangsa yg di anugerahkan oleh Allah (SWT) dengan berbagai keistimewaannya dan Yahudi adalah manusia terpilih di jadikan di muka bumi. Allah juga ada menceritakan oleh kerana keterpilihan tersebutlah maka Yahudi jadi sombong, bongkak, dengki, iri hati, dendam, bakhil, tamak haloba dan bernafsu serakah serta mengamalkan sistem riba. Sehinggakan Allah menurunkan 24 Rasul (A.S) kepada kaum Yahudi tapi semuanya samada di bunuh, di sanggahnya, di cercanya, di hukum, di pulaukan, di campakkan ke dalam penjara ataupun di buang negara. Ini terjadi di zaman Nabi Adam (A.S) sehinggalah Nabi Isa (A.S). Di zaman Firaun,  penduduknya berpecah belah kerana Firaun telah berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) kepada Bani Israel. Bani Israel telah di tindas, Firaun telah menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Kezaliman Firaun ini memang terserlah dan amat di takuti oleh kaum Bani Israel sehinggakan Allah (SWT) gelar mereka adalah org fasik. Firaun sendiri telah berkata "Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakalrah tanah liat untukku wahai Hamam, kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan aku yakin bahawa dia termasuk pendusta. Firaun dan bala tenteranya berlaku sombong di bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami. Kami jadikan mereka para pemimpin yang mengajak manusia ke neraka dan Kami susulkan laknat kepada mereka di dunia dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong.

Dari cerita Firaun dan Nabi Musa (AS) itu kita sudah dapat kupasan bahawa Allah (SWT) tidak akan bersama-sama dengan pemimpin2 yg banyak onak dan durinya. Kita tak mahu menuding jari dan mengaitkan mana-mana pemimpin dengan kejadian di zaman Firaun dan Nabi Musa (AS) itu tapi cerita dan peristiwa-peristiwa ahli sihir, mengaku Tuhan dan bersikap sombong, takbur, dendam, dengki, iri hati dan pra sangka buruk serta gila kuasa memang berulang kembali seperti mana di ceritakan dalam kisah Firaun dan Nabi Musa (AS).

Berbalik kepada persoalan Yahudi dan Zionis ini, maka adalah tidak wajar kita bersekongkol dengan musuh yg Allah (SWT) terjemahkan di dalam Al-Quran sebagai musuh ketat orang Islam sepanjang zaman. Apa-apapun fahaman politik, kita tidak seharusnya bersekutu, nampak bersekutu dan di lihat bersekutu dengan Yahudi baik dari segi perbuatan dan percakapan serta kenyataan. Inilah sebabnya kalau kita ingin melonjakkan corak kepimpinan kita dan parti kita jangan sekali-kali menggadaikan prinsip keislaman kita semata-mata utk mendapatkan modal politik. Persoalannya adakah kenyataan Anwar Ibrahim "kita akan mempertahankan dan menjaga keselamatan Israel" sebagai satu dokongan utk mendapatkan bantuan dan sokongan serta dana Yahudi bagi mencapai cita-cita gilanya utk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar tahu bahawa jentera dan gerak kerja Barisan Nasional dan UMNO adalah mantop dan kukuh sekali dan bukannya mudah utk memalingkan kepercayaan majoriti rakyat Malaysia terhadap Barisan Nasional dan UMNO. Maka dana yg besar di perlukan utk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO. Kalau tiada dana Anwar Ibrahim boleh melupakan gila kuasanya itu.


logo najib-raja petra-anwar
Debat Wickedleaks Najib, RPK dan Anwar
Selepas kejadian Yahudi ini, negara di perhangatkan lagi dengan isu-isu debat Anwar Ibrahim dengan YAB PM, kemudian debat Anwar, Najib dan RPK pulak yg bakal di anjurkan oleh Wickedleaks. Tujuan apa perdebatan tersebut, kita pun tak tahu dan dalam setiap pemberitaan pun tidak dinyatakan dengan tepat akan tujuan perdebatan tersebut. Anwar sudah bersetuju dan RPK pula kata debat itu seharus menjuruskan kpd tentang Islam sahaja. Di pihak pembangkang memang ramai pemimpin2 mereka mengatakan bahawa YAB PM bacul dan penakut utk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Berdebat hanya utk kepentingan politik tidak akan membawa kita ke mana-mana selain dari ego diri sendiri dan utk kepentingan parti politik itu sendiri. Apakah yg ingin di capai oleh Anwar Ibrahim daripada hasil debat tersebut????? Kita boleh rumuskan bahawa debat itu bukan sahaja menjadi medannya utk menlonjakkan kepopularitinya yg sudah merosot dan semakin merundum tapi ianya menjadi tapak utk menempatkan Pakatanal "suka sama suka" sebagai parti alternatif kpd Barisan Nasional apabila isu-isu yang tiada kaitan akan di bangkit dalam debat itu  sekiranya ianya terjadi akan di hujahnya. Inilah yg telah di cuba semasa persidang Parlimen dengan membentangkan hujahan masing2 dan mempersoalkan tindakan kerajaan dalam isu-isu SBPA, isu NFC, isu Lynas dll. Nampaknya pembangkang semakin hari semakin terdesak dan kebuntuan dalam idea-idea pembangunan ekonomi dan politik serta sosial yang semakin merosot. Akibatnya rakyat di negeri2 Pakatanal "suka sama suka" yg terpaksa menanggung kerugian. Ini sudah semakin jelas dan nyata sekarang di Selangor, di Penang, di Kedah dan di Kelantan.

Persoalannya apa faedahnya dari debat  anjuran Wickedleaks itu. Adakah itu bertujuan utk memecah belahkan lagi umat Melayu dan Islam di Malaysia atau ingin mencari keburukkan dan kedunguan org-org yg terlibat dalam perdebatan tersebut. Kita tidak fikir rakyat Malaysia akan dapat apa-apa faedah dari perdebatan tersebut melainkan utk melonjak ego dan kepentingan politik diri dan parti masing-masing sahaja. Apa yg rakyat perlu sekarang ialah jamin bahawa sebuah kerajaan yg kukuh dan kuat dalam memacukan negara ke arah negara maju, stabil, aman, makmur, adil, harmoni, sejahtera dan berkebajikan. Jangan cakap aje seperti ayam berkokok setiap hari tapi tiada pelaksanaannya. Rakyat Malaysia hendakkan realiti bukannya propaganda ataupun autaman sahaja. Kita sudah tahu siapa RPK a.k.a Raja Mandaliar, Anwar Ibrahim a.k.a Pemimpin Reformasi Autaman "suka sama suka" dan YAB PM pelaksana Tranformasi Malaysia dengan konsep 1 Malaysia yg telah mengenengahkan iadea-idea GTP, ETP, PTP dllnya. Kita rasa majoriti rakyat Malaysia sudah tahu siapa yg harus di berikan kepercayaan apabila kertas soalan PRU13 nanti di keluarkan oleh SPR kelak. Kita tidak payahlah memdesak agar YAB PM turut terlibat dalam isu-isu debat ini kerana YAB PM pernah berkata kita tahu ada segelintar rakyat yg membenci dan menaburkan racun ke dalam pemikiran rakyat tapi kita akan teruskan kerja bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa kita kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yg bertanggungjawab terhadap apa sahaja bebanan yg terpaksa di pikul samada baik mahupun buruk. Ini bermakna YAB PM akan terus bekerja bagi memastikan rakyat mendapat apa-apa yg rakyat hajati iaitu keselamatan, pendidikan, pekerjaan, rumah utk tinggal dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan awam.


Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Wanita UMNO
 Kemudian angin-angin PRU13 di kejutkan pula oleh keceluparan dan kelancangan kata-kata pemimpin No.2 dalam Wanita UMNO apabila  beliau mendesak supaya Ketua Wanita UMNO meletakkan jawatannya. Ini adalah berikutan kes NFC yg telah melibatkan keseluruhan anggota keluarga Ketua Wanita UMNO tersebut. Kita faham akan keceluparan dan kelancangan pemimpin No.2 Wanita UMNO tersebut. Walaupun NFC itu tidak melibatkan Ketua Wanita UMNO secara lansung tapi secara tidak langsung ianya melibatkan sikap moral dan intergriti Ketua Wanita UMNO tersebut iaitu di mana letaknya sikap amanah, kebertanggungjawabannya dan keiklasannya. Kita juga tahu bahawa suaminya sebagai Pengerusi NFC telah di tuduh di Mahkamah dan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO tidak di sabitkan apa-apa kesalahan atau pecah amanah oleh pihak berkuasa lagi. Lagipun beliau telah di calonkan dan di sokong oleh para perwakilan Wanita UMNO Malaysia dalam pemilihan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia. Maka selayaknya beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga pemilihan baru di adakan kelak. YAB PM pun telah berkata Ketua Wanita UMNO akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia sebab beliau di pilih oleh ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. YAB PM mahu pergerakan Wanita UMNO supaya lupakan persoalan tersebut dan tumpukan kpd persoalan yg lebih besar iaitu PRU13. YAB PM mahu Pergerakan Wanita UMNO yg mantop dan kukuh serta teguh bukannya Pergerakan Wanita UMNO yg condong dan longgai seperti rumah yg tidak berpenghuni atau rumah yg hampir roboh. Agenda Pergerakan Wanita UMNO ialah memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang dalam PRU13 nanti. Nampaknya isu ini sudah terkubur buat sementara sehingga selesai PRU13. Ianya mungkin akan timbul semula apabila di adakan pemilihan pucuk kepimpinan UMNO nanti.

Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon pilihan raya mengikut kehendak rakyat merupakan keputusan yang bertepatan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Kami menyokong penuh pendirian Perdana Menteri. Jika dahulu rakyat tetap memilih UMNO dan BN tidak kira siapa pun calon yang dipilih bertanding, tetapi kini tidak lagi kerana rakyat semakin bijak menilai. Oleh pasukan YAB PM utk PRU13 ini mestilah yg mantop, berkesan, berintergriti, amanah, bertanggungjawab dan bersih serta cekap dalam menjalan tugasan sebagai YB kelak. Kita nak YB rakyat bukannya YB kumpul hartabenda.




  

 








Saturday, March 17, 2012

SEMAKIN HARI SEMAKIN PANAS...


Mr. Kitul Moden


Negara di gemparkan dengan pendedahan terbaru iaitu YAB PM menggunakan duit kerajaan utk belanja Majlis Pertunangan anaknya. Ini telah di dedahkan oleh Strategis Autaman Parti Kelentong Rakyat, Mr. Kitul Moden Rafizi. Pejabat PM menafikannya tetapi Si Kitul Moden Rafizi tak puas hati terus desak lagi. Pihak Shangri-la pula keluarkan statement katakan bahawa YAB PM bayar sendiri perbelanjaan Majlis pertunangan anaknya sebanyak RM400,000-00. Tapi Si Kitul Moden Rafizi ini tak berpuashati babitkan pula Majlis Harijadi YAB PM pula sebanyak RM80,000-000. Kenapa perkara ini di bangkitkan. Apa kena-mengena dengan perbelanjaan peribadi YAB PM dengan Kewangan Negara. Adakah Si Kitul Moden Rafizi ini menonjolkan bahawa YAB PM ini boros dan tidak tahu mengawal citarasanya dalam berbelanja. Adakah tujuan sebenarnya adalah utk menyerang isteri YAB PM yg sudah mendapat jolokan sebagai "Imelda Marcos" in the making oleh Parti Kelentong Rakyat. Inilah contoh bagaimana pengaruh Yahudi telah meresap ke dalam urut nadi Parti Kelentong Rakyat. Serangan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dari segala segi timbulkan persepsi dan propagandakan autaman, fitnah, pembohongan dan dusta supaya rakyat terus terkeliru dengan agenda-agenda tersebut dan terus membenci kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Persepsi benci dan prasangka buruk itu harus di teruskan bagi memastikan bahawa Pemimpin "suka sama suka" yg gilakan jawatan Perdana Menteri Malaysia itu dapat apa yg di gilakan dan konco-konconya akan dapat habuan bila kuasa Perdana Menteri sudah dalam tangan. Kita sentiasa berikan ingatan kepada rakyat Malaysia "JANGAN MEMPERDANAMENTERIKAN PEMIMPIN "SUKA SAMA SUKA".
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTYkTV6w4qOxUDCLC18ronTWEq3LmuCmd04C2TPcgh1tyOvUMNYNZCrZRgIBw4GwIURMk2OSSns-8kjqARPls5JlyVziE8cttnpJJg5I93ynbXbL64bySpzGr1QfsdH523nBUqs_lFl5d1/s1600/videoanwar.gif
Pemimpin "Suka sama Suka"


Kemudian bangkit pula isu-isu kaitan Parti Kelentong Rakyat dengan badan-badan Yahudi seperti NDI, SIAPA YG MENULIS SURAT KPD...Presiden National Endowmwnt for Democracy (NED), Carl Creshman dan George Soros????? SIAPA YG BERSEKONGKOL DENGAN...Konrad Adeneur Foundation (KAF)????? Timbalan Presiden Parti Kelentong Rakyat hanya fitnah dan kerja buruk UMNO terutama UMNO Selangor. Kalau fitnah cuba buktikan bahawa itu adalah fitnah dengan memberikan alasan itu adalah fitnah adalah seperti org mengatakan bahawa itu adalah benar dalam penafian. Pasti Parti Kelentong Rakyat tertanya-tanya mana depa dapat maklumat tersebut????? Kita nyatakan di sini tidak mustahil Malaysia akan mengadakan hubungan Diplomatik dengan Negara Haram Israel kalau Parti Kelentong Rakyat ini berkuasa dan tidak mustahil juga bahawa puak-puak Yahudi ini menyalurkan dana dan peruntukkan utk menjatuhkan kerajaan dan utk menyebarkan autaman, fitnah, pembohongan dan dusta terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kita tunggu perkembangan seterusnya mengenai dana  dan gerak kerja Yahudi ini dalam pilihanraya di Malaysia.

Pemimpin "suka sama suka" itu cuma memcabar Ketua Pemuda UMNO membidas tindakan Mantan PM yg pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga PM Negara Haram Israel. Pendedahan kerajaan Barisan Nasioanl tentang surat-surat tersebut kpd rakyat Malaysia telah menunjukkan sikap berani dan telus kerajaan Barisan Nasional dalam menegakkan kebenaran. Adakah Pemimpin "suka sama suka" ini berani utk menegakkan kebenaran. Betul juga kata-kata Raja Mandaliar [RPK] tentang Pemimpin "suka sama suka"...
The article, ‘Anwar’s clownish rants’ in the NST yesterday, has reinforced my perception that this man is truly public enemy No 1, and shouldn’t be let loose on the streets any longer...Yes, it’s true, how can a man with a bad back and wears a sympathetic neck-brace gets to jet around the world, badmouthing our country? How does he manage to hold together, a loose rag-tag Opposition coalition called the Pakatan Rakyat with such a bad back?...While PAS struts around with their ‘serban’ style turbans and green suits portraying a ‘holier than thou’ attitude, DAP looks more like Chinese ‘cat loving’ cowboys trying to implement a CAT administration everywhere...Like the ‘Orang Minyak’ a slicky man dressed in a coat of black oil, Anwar Ibrahim is so slippery that the minute you managed to grab him, the next minute he’s disappeared into thin air. Such is his reputation, that today he still walks the country a free man, even though tonnes of police reports are piling up gathering dust all over the country made against him for his gross misbehaviour...

Adakah Pemimpin "suka sama suka" ini boleh di kategorikan sebagai "Orang Minyak" moden yg sungguh licik dalam mempropagandakan agenda-agendanya utk menjatuhkan lawan dan kawannya dalam arena politik supaya cita-citanya utk menjadi PERDANA MENTERI tercapai. Kita tak pernah tengok mana-mana Pemimpin dalam arena politik Malaysia selama 54 tahun Malaysia merdeka terlalu tamak dan gilakan kuasa PERDANA MENTERI. Adakah ini petunjuk Allah (SWT) bahawa Firaun zaman moden akan muncul?????

YAB PM akan melawat Selangor...maka kerajaan PKR Selangor sibuk membuat kenyataan bahawa...Residents of low-cost flats with bulk meters can finally enjoy free water for the first 20 cubic metres like the rest of Selangor from April 1 onwards...“We urge residents of low-cost flats to push their management corporations, joint management bodies and residents’ associations to contact their COB (controller of building) in order to get free water,” said Iskandar Abdul Samad, chairman of the S...elangor State Housing, Building Management and Squatter Committee, in a statement today...In March 2008, the Pakatan Rakyat-led Selangor government launched the free water policy, which allowed households to get the first 20 cubic metres of water for free...But flat-dwellers, many of whom are from the lower-income group, were excluded due to the bulk meters installed in their buildings...Kenapa rakyat Selangor yg tinggal di rumah pangsa, apartments, dan condominium terpaksa tunggu 4 tahun baru perkara itu hendak di laksanakan. Adakah ini "rasuah pilihanraya". Almaklumlah sokongan di kalangan rakyat Selangor terhadap Pakatanal "suka sama suka" sekarang semakin hari semakin merundum, maka kerajaan PKR terpaksa melaksanakan sesuatu drastik itu memperbaiki mana-mana kebocoran yg sudah nampak nak runtuh. Kita nampak yg nak runtuh nanti ialah kawasan Ijok di mana YB Kuala Selangor dan MB PKR gagal dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

YB Kuala Selangor

YB Kuala Selangor ini cuba menyelesaikan pertikaian pasal hal tanah di Ijok yg tak boleh di selesaikan oleh MB PKR. Tapi gagal juga. Nampaknya rakyat Ijok sudah meluat dan fed-up dengan kedua-dua YB PAS dan MB PKR ini. YB Kuala Selangor yg telah membuat sensasi dengan mengatakan bahawa Non - Muslim pun boleh menjadi Timbalan Presiden Doktrin PAS, sehinggakan Mantan PM kata lebih baik bubuh aje Penasihat Doktrin DAP Rasis sebagai Presiden Doktrin PAS. Nampak tak gaya dan lenggong politiknya yg cuba memancing undi kaum Cina dan India kpd Doktrin PAS. Statement ini oleh YB Kuala Selangor ini lebih dahsyat lagi...The majority the Malay votes are being scared off from Pakatan Rakyat (PR) due to Umno’s “alarmist tactics of using the threat of Christianisation against Islam” and cash handouts to low-income households, most of whom are Malays, said a PAS policy wonk last night...Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad told a forum his Islamist party was “finding the Malay vote a big challenge"...Kerajaan Barisan Nasional hanya membantu golongan yg berpendapatan RM3,000-00 ke bawah. Semua lapisan rakyat dapat tak kira bangsa, agama dan fahaman politik. Pihak pembangkang sentiasa menaburkan dan menyiberkan sentimen kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional walaupun perkara itu baik utk rakyat. Permasalahan murtad di Selangor ini memang sudah meruncing dan ianya telah di dedahkan oleh bekas pemimpin Doktrin PAS sendiri yg telah menubuhkan NGO Jati. Oleh itu agak sukar utk Doktrin PAS di Selangor ingin mengatakan bahawa tuduhan murtad itu adalah datangnya dari UMNO.

Adakah Parlimen Ampang akan jatuh ke tangan Barisan Nasional apabila perkara ini terjadi...Congratulate YB. Zuraida Kamaruddin, the MP for Ampang, for being successfully able to replace her former crony, Mr. Tan Hua Meng (ex-MPAJ councilor Zone 8) with Mr. Tan’s close friend and proxy, Mr. Fong Teck Keong (current MPAJ councilor Zone 8). It must be expressly mentioned here that this is a brilliant strategic move as Mr. Tan has outlived his usefulness and that a professional was brought ...in to replace him to advance to a higher level of corruption...For those uninformed, Mr. Fong was the unnamed “FTK” mentioned in the past editorial, the “independent contractor” that was nominated by Mr. Tan, and seconded by YB. Zuraida, to undertake the building of Ampang Walk in the vicinity of Spectrum Shopping Mall, the project that did not have the mandatory building approvals from MPAJ during the time of construction, and the project that still does not possesses any building/renovation approvals from MPAJ now (after construction, commissioning and usage)...Kalau UMNO berkata mereka boleh buat maka PKR pun boleh buat juga...PKR sought US$10m kickback from developer...Company Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB)...CONTRACT...AASB with the Selangor government in 1997 involved the relocation of the existing Selayang market plus a workshop and a multipurpose office owned by Majlis Perbandaran Selayang (MPS)...KITA TUNGGUUUU...siapakah Towkay2 PKR yg dapat kickback itu?????

Di Perak...YAB PM telah membuat kunjungan berkali-kali bagi mengembelingkan tenaga dan gerak kerja Barisan Nasional jangan lesu sahaja. Pakatanal "suka sama suka" sekarang sibuk masuk ke kampung2 bagi ceramah one to one dengan rakyat kampung2 di Perak memandangkan kononnya rakyat di bandar2 akan menyokong Pakatanal "suka sama suka". Kita masih ingatlah ungkapan "Black Metalic" oleh YB Taiping yg di buat semasa ceramah di Perak di hadapan puak-puak Doktrin PAS. Kita yg peliknya puak-puak Doktrin PAS ini turut ketawa terbahak-bahak dan menyetujui ungkapan-ungkapan YB Taiping itu. Inilah contoh bagaimana RASISnya DOKTRIN DAP ini tetapi kalau UMNO mengatakan perkara tersebut maka akan di arak merata ceruk di Malaysia ini mengatakan bahawa UMNO rasis dan anti Malaysia Malaysian.

Di Pahang pula Pakatanal "suka sama suka" mengembelingkan demo jalanan utk membantah isu pembinaan Lynas yg di ketuai oleh YB Kuantan a.k.a kaki Fauziah Fitnah. Ianya berterusan walaupun YB Hulu Langat telah mengatakan bahawa loji Lynas itu selamat kerana YB Hulu Langat mempunyai kepakaran dalam bidang nuklear tapi YB Kuantan hanya ada kepakaran dalam menabur fitnah sahaja. Kita pasti kerajaan tidak akan mengabaikan keselamatan dan kesihatan rakyat Pahang demi untuk mengejar keuntungan pelaburan. Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa PSC utk melihat sektor keselamatan Lynas ini. Jawatankuasa ini di wakili oleh 4 kerajaan, 3 pembangkang dan 1 bebas. Keputusan akan di ketahui sekitar April, 2012.


Kuantan MP YB Fuziah Salleh vs Lynas "Radiation Safety 
Officer" Nick Tsurikov
YB Kuantan a.k.a YB Fitnah
Kewujudan reaktor nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi sejak tahun 70-an adalah bukti kepada kejayaan kerajaan BN ini. Setakat ini tidak ada seorang kakitangan atau penduduk setempat yang terjejas dengan kesan sampingan yang disebabkan oleh radiasi nuklear seperti yang menjadi tajuk bantahan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan dalam isu Lynas. Jika Pakatan Rakyat benar-benar prihatin dengan masalah kesihatan dan pencemaran ekosistem penduduk setempat, mereka seharusnya telah mengambil tindakan menutup loji Nuklear di Bangi itu sebelum menjuarai isu Lynas di Pahang. Barulah boleh dikatakan mereka ikhlas dalam menjuarai isu ini demi alam sekitar bukan faktor ekonomi. Tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka tahu loji tersebut tidak membahayakan sesiapa sejak mula dibina hingga sekarang.

Selain loji Nuklear di Bangi, sebuah kilang magnet nadir bumi, Shin Etsu Sdn Bhd juga di Selangor turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk keluarannya sejak 90-an lagi. Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah sendiri tidak membantah kewujudun kilang tersebut????? Adakah kerana ia akan menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan membawa kepada tumbangnya Pakatan Rakyat di Selangor?????

MB PAS Kedah




 Di Kedah berbagai kelemahan dan kepincangan dalam urus tadbir Kerajaan PAS Kedah di perlihatkan kepada rakyat Kedah. Rentetan terbaru ialah kedegilan dan kegilaan dua Exco yg cuba utk memujuk lain-lain exco supaya menumbangkan pentadbiran MB Kedah ini. Kita simpati dan kesian dengan bebanan yg di pikul oleh MB Kedah dalam merencankan Kedah sebagai Negeri Sejahtera kerana beliau tidak dapat sokongan penuh dari Exco2 Kedah sendiri. Beliau lebih mirip kepada konsep 1 Malaysia kerana beliau tahu bahawa Kedah ini bukan Kelantan. Itulah sebabnya beliau menolak Hudud Doktrin PAS kerana beliau kata persetujuan dari ahli-ahli Pakatanal "suka sama suka" mesti di pelorehi dahulu. Itu sahaja sudah menunjukkan kegialan dan kecelaruan pentadbiran Kerajan PAS Kedah. Ini di terukkan lagi oleh campurtangan Parti PAS Pusat dalam Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah yg telah mengatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah akan di pantau oleh Jawatan Kuasa Pemandu.  Peranan jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan Pas pusat bagi memastikan pelaksanaan manifesto Pas Kedah membuktikan bahawa kerajaan negeri Kedah yang diterajui parti itu gagal menunaikan janji yang disenaraikan dalam manifesto parti berkenaan. Apabila Pas Pusat mahu memantau kerajaan Pas Kedah supaya melaksanakan manifesto, mereka mengesahkan keresahan rakyat tentang kegagalan Pas Kedah mentadbir negeri dengan baik. Sekarang dengar khabar MB PAS Kedah nak gi bercuti pulak...PENING...PENING...PENING...

Maka rakyat Malaysia fikir-fikirkan lah...dua negeri belum kita usik lagi iaitu Penang dan Kelantan...kita akan cuba bawa di dalam story board yg lain pula...